RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
SENARAI ALATAN DAN BAHAN JAHITAN
Alatan dan bahan jahitan boleh dikategorikan mengikut kegunaan seperti alatan mengukur, mendraf, menanda, menggunting, menekan, alatan menjahit dan alatan lain.
Alatan mendraf > Pembaris sesiku > Pembaris melengkung
Alatan mengukur > Pita ukur > Pembaris
Alatan menggunting > Gunting Alat menanda
> Snipper
> Roda surih > Karbon tukang jahit > Kapur tukang jahit
Alatan Jahitan
> Seterika
Alatan lain
> Bod seterika
> Jarum peniti > Threader > Jidal > Peretas
Alatan menekan
Alatan menjahit > Mesin jahit > Jarum tangan
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
3. SENARAI ALATAN MENJAHIT
ALATAN MENGUKUR
PENGGUNAAN
Pita ukur
Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik
Pembaris lurus
Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola. Mengukur fabrik.
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
ALATAN MENANDA
PENGGUNAAN
Roda surih dan karbon tukang jahit
Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.
Kapur tukang jahit
Menandakan garis pemadan pada fabric. Memindahkan garisan tanda pola pada fabrik.
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
ALATAN MENGGUNTING
PENGGUNAAN
Gunting fabrik
Digunakan untuk trim kelim dan bulu
Gunting triming
Menggunting fabric.
Snipper
Digunakan untuk menggunting benang jahitan.
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
ALATAN MENEKAN
PENGGUNAAN
Seterika
Menekan dan menyeterika setiap proses pada semua peringkat jahitan supaya kemas dan rata.
Bod seterika
Memudahkan semua prosesmenyeterika dan menekan.
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
ALATAN MENJAHIT
PENGGUNAAN
Mesin jahit elektronik
Mesin jahit tepi
jarum tangan
Menjahit dan mencantum fabric. Menjahit jahitan sulaman. Menjahit lubang butang. Mengemas tepi fabrik.
Untuk jahitan biasa seperti menjahit jelujur dan menyembat kelepet
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
ALATAN LAIN
PENGGUNAAN
Digunakan untuk menetapkan pola pada fabrik semasa menggunting atau menjahit. Untuk menandakan kedudukan
Jarum peniti
Peretas jahitan
Digunakan untuk menetas mata jahitan, membuat lubang butang, menanggalkan benang jelujur dan menanggalkan butang.
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
4. SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN JENIS BAHAN
PENGGUNAAN
Bahan utama untuk menghasilkan kemeja T
Fabrik kapas
Benang
Digunakan untuk jahitan tangan dan mesin. Mencantumkan kepingan fabrik
Butang
Sejenis pengikat bagi memastikan kemeja atau seluar tertutup
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
5. PENGIRAAN KOS
A) KOS BAHAN BIL 1
BAHAN Fabrik kapas
KUANTITI 2 meter
2 3 4
Benang jahit Butang Lapik kolar
1 buku 6 biji ½ meter
KOS SEUNIT RM 8.00 / meter RM 0.80 / buku RM 0.30 / biji RM 4.00 / meter
JUMLAH
KOS ( RM ) RM 16.00 RM 0.80 RM 1.80 RM 2.00 RM 20.60
B) KOS UPAH BIL 1 2 3
KEPAKARAN Membuat pola Jahit tepi / kelim Menjahit
KUANTITI 6 6 20 jam JUMLAH
KOS UPAH RM 1.00 / pola RM 0.50 / kpg RM 1.00 / jam
KOS ( RM ) RM 6.00 RM 3.00 RM 20.00 RM 29.00
KUANTITI
KOS SEUNIT
KOS ( RM ) RM 3.00 RM 3.00
C) KOS SAMPINGAN BIL 1
PERKARA Elektrik
JUMLAH
D) KOS KESELURUHAN Kos projek
= kos bahan + kos upah + kos sampingan = RM 20.60 + 29.00 + 3.00
Jumlah kos projek
= RM 52.60 sehelai
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
6. UKURAN BADAN BIL
BAHAGIAN BADAN
A)
GARIS MELINTANG
UKURAN ( cm )
1
Leher
43
2
Dada
119
3
Pinggang
117
4
Punggung
122
5
Bahu
45
6
Bidang hadapan
47
7
Bidang belakang
47
8
Keliling hujung lengan
55
9
Keliling ketiak
58
B)
GARIS MENEGAK
10
Garisan tengah belakang
47
11
Labuh baju
70
12
Labuh lengan
64 / 45 / 35
RBT 3106
7. SUSUN ATUR POLA
REKA BENTUK PAKAIAN
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
8. REKOD KERJA A) PROSES JAHITAN BIL PROSES JAHITAN
TARIKH
1
8 Sept 2012
Penghilang gelembung
ILUSTRASI
CATATAN Lisu setentang
( lisu setentang )
2
Kelim belah kangkung a) Bahu mendatang b) bahu c) rusuk
1. kelim belah kangkung. 2. mengemas 3. menekan sama lebar
3
Belah a) Belah kelepet sama lebar
kelim mesin
4.
Kolar a) kolar lurus
15 Sept. 2012
1. kolar dipotong mengikut ira fabrik. 2. kolar hendaklah ditanda dengan tepat, dijelujur dan dijahit sama untuk mendapat bentuk yang sama dan sekata. 3. kolar dijahit dengan kemas.
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
BIL PROSES JAHITAN
TARIKH
5
23 Sept 2012
Penyudah tepi a) kelepet lurus
ILUSTRASI
CATATAN 1. Dibuat pada hujung pakaian yang lurus. 2. Jahitan mesin
6
1. Tidak berkedut atau berlisu.
Lengan a)Lengan padanan rata
2. Garis tengah lengan bertemu di garis bahu.
Belah a) Belah kelepet sama lebar
3. Kelim lengan bertemu di kelim rusuk 4. Basi kelim dikemaskan
7.
Kancing a) Butang empat lubang
25 Sept. 2012
1. Alat untuk menutup belah pakaian atau artikel untuk mengekalkan bentuk asal pakaian
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
B ) LANGKAH JAHITAN BIL
TARIKH
PERKARA
1
14.7.2012 Perbincangan reka bentuk
ILUSTRASI
1. Projek menghasilkan sehelai kemeja secara individu
pakaian
2
16.7.2012
CATATAN
Membuat lakaran stail pakain yang diingini. Terdiri daripada 3 contoh lakaran dan membuat 1 pilihan lakaran terbaik.
1. Semua lakaran stail pakaian dilampirkan dalam folio.
lakaran pilihan 3.
23.7.2012
Melukis pola pakaian mengikut ukuran atau contoh yang telah diberikan oleh pensyarah
contoh pola yang telah siap dilukis 4.
24.7.2012
Menggunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis
5.
25.7.2012
a) Menyusun pola ke atas fabrik
1. Terdapat 5 bahagian pola yang perlu dilukis iaitu : a) badan belakang b) badan belakang c) kolar d) lengan e) bahu mendatang
Penyusunan pola dilakukan mengikut saiz pola yang besar ke saiz pola yang kecil
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
BIL
TARIKH
PERKARA
6
25.7.2012
b) Fabrik dipotong setelah selesai penyusunan pola dilakukan.
ILUSTRASI
CATATAN
1. Fabrik ditanda menggunakan kapur tukang jahit, karbon tukang jahit dan roda surih
c) Pemindahan pola ke fabrik dilakukan setelah kesemua fabrik dipotong.
7
8.9.2012
Proses menjahit dijalankan. a) menjahit lisu dan juga bahu mendatang. b) menjahit belah kelepet sama lebar. c) menjahit kelim bahu : kelim belah kangkung
1. Menyemat menggunakan jelujur kasar. 2. Cantuman bahagian badan hadapan dan badan belakang
RBT 3106
8.
15.9.2012
REKA BENTUK PAKAIAN
Proses menjahit kolar. a) menyediakan kolar b) meratakan kolar c) menyediakan bahagian badan pakaian d) memadankan garis bahu dan kelepet e) mencantumkan kolar ke badan f) mengemas kolar
9.
23.9.2012
Proses mencantum dan menjahit lengan.
1. Gunakan lapik kolar untuk mendapatkan hasil kolar yang lebih menarik
Menyemat menggunakan jelujur kasar
a) menyediakan lengan. b) menjahit kelim lengan. c) mengemaskan hujung lengan. d) Mencantumkan lengan. e) Menjahit lengan. 10.
23.9.2012
Menjahit penyudah tepi dengan menggunakan kelepet
Jahitan mesin
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
BIL
TARIKH
PERKARA
11.
25.9.2012
Proses menjahit lubang butang dan butang baju
12
25.9.2012
Proses terakhir :
Menyeterika pakaian supaya kelihatan lebih kemas dan menarik.
ILUSTRASI
CATATAN
Selesai proses jahitan.
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
10. REFLEKSI Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, dapat jua saya menyiapkan kerja projek rekabentuk pakaian ini dengan jayanya. Penghasilan projek ini telah memberikan pengalaman baru dalam hidup saya, dimana inilah kali pertama saya menggunakan mesin jahit dan menghasilkan pakaian hasil tunjuk ajar pensyarah yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman beliau iaitu Cik Fauziah binti Hj. Jamil. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan yang diberikan. Pada mulanya saya berasa kurang gembira apabila diberitahu tugasan pada semester ini adalah menghasilkan pakaian kerana saya berasa kurang yakin dengan diri saya sendiri. Tiada pengalaman menggunakan mesin jahit menambahkan lagi rasa gementar saya apabila memikirkan tugasan yang perlu saya siapkan. Tetapi dengan sokongan dan cabaran yang diberikan oleh rakan-rakan sekuliah membuatkan saya berusaha untuk melakukan yang terbaik. Proses pertama adalah memilih jenis dan corak fabrik yang sesuai. Seterusnya melukis pola sehinggalah proses menjahit pakaian dimana pelbagai pengalaman baru saya peroleh dan pastinya pengalaman menghasilkan pakaian ini adalah satu pengalaman yang tidak ternilai dan mana mungkin ditukar ganti dengan wang ringgit. Proses menjahit lengan dan kolar merupakan proses jahitan yang agak rumit sehinggakan saya terpaksa meretas semula jahitan kerana hasil yang diperoleh kurang memuaskan. Tetapi berkat kesabaran saya teruskan juga bagi sehingga saya dapat mengatasi masalah ini dengan jayanya. Setelah melalui pelbagai ringtangan dan dugaan, penghasilan pakaian ini merupakan satu kejayaan yang besar dalam hidup saya. Diharap projek yang telah saya siapkan ini dapat memuaskan hati semua pihak. Akhir kata dari saya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mana-mana individu yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menghasilkan tugasan rekabentuk pakaian ini.
RBT 3106
REKA BENTUK PAKAIAN
1.0 PENGENALAN
Pembelajaran
secara
amali
yang
berteraskan
kemahiran
kendiri
amat
dititikberatkan di dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Pembelajaran berteraskan amali mampu memberi kesan penguasaan kepada pelajar secara umumnya. Sejarah
telah
menunjukkan
bagaimana
manusia
telah
menggunakan
sumber
semulajadi sebagai bahan asas untuk melindungi tubuh mereka. Kini dengan kemajuan sains dan teknologi telah dapat menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu dari sumber asli dan juga bahan kimia untuk pakaian serta seni reka pakaian yang amat menarik. Dalam proses menghasilkan sehelai pakaian, beberapa aspek perlu di ambil kira. Antaranya ialah prinsip asas pemilihan pakaian seperti bentuk badan, corak, warna, tekstur, rupa fabrik dan garisan cantuman supaya kita dapat menyembunyikan ciri fizikal yang lemah dan menonjolkan penampilan luaran yang positif. Manusia mempunyai bentuk badan berbeza. Secara amnya, bentuk badan boleh dibahagi kepada empat jenis iaitu tinggi dan langsing, rendah dan langsing, rendah dan gempal serta tinggi dan gempal. Stail pakaian pula ialah cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan. Pemilihan stail pakaian kerap dipengaruhi oleh bentuk pakaian kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna tekstur dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis leher dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya. Corak ialah motif pada fabrik yang beraneka sepeti garisan, bunga, bentuk geometri, genggang dan lain-lain yang bertujuan mengenal fabrik. Pilihan corak yang sesuai akan menghasilkan pakaian yang menarik, nilai estetika yang tinggi serta memberikan kesan ilusi kepada bentuk badan. Warna juga boleh memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Terdapat tiga kategori warna iaitu warna terang, warna lembut dan warna gelap. Warna terang akan menampakkan orang yang kurus elihatan lebih gempal. Warna lembut akan menampakkan orang yang gempal kelihatan lebih gempal. Warna gelap pula akan menampakkan orang yang gempal kelihatan lebih langsing. Manakala gabungan warna
RBT 3106
gelap
dan
REKA BENTUK PAKAIAN
terang
akan
menampakkan
seseorang
kelihatan
lebih
pendek.
Kesimpulannya jenis fabrik,corak dan juga stail pakaian mempengaruhi pakaian serta individu yang memakainya.