1.0
Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat mengenal pasti jenis mesin jahit dan fungsi bahagian mesin jahit memasang benang atas dan benang bawah menggunakan mesin jahit, menjahit kertas tanpa benang dan menjahit fabric menggunakan benang membaiki kesilapan memesin menyenggara mesin jahit mereka bentuk artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit menghias artikel dengan jahitan insang pari, suji bilang, silang pangkah, renda dan kun menilai hasil kerja
2.0
Pengenalan
Menjahit merupakan satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Kemahiran ini dapat membantu dalam membaiki pakaian yang benangnya terbuka. Disamping itu, sekiranya kemahiran ini dipelajari oleh setiap pelajar, ia akan memudahkan dalam menghasilkan artikel yang menarik.
3.0
Mesin Jahit
Mesin jahit merupakan alatan yang sangat penting kerana alatan ini memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja menjahit. Terdapat pelbagai mesin jahit yang dijual di pasaran. Oleh itu kita hendaklah memilih jenis mesin jahit yang sesuai dengan kemampuan kita. Mesin jahit ialah alat jahitan yang amat berguna dalam melakukan kerja-kerja menjahit. Jahitan mesin adalah lebih mudah dan cepat dilakukan jika dibandingkan dengan jahitan tangan. Terdapat pelbagai jenis dan jenama mesin jahit yang boleh diperolehi di pasaran. Berikut adalah tip-tip yang boleh digunakan apabila membeli mesin jahit. Antaranya ialah:
Pilih mesin mengikut kesesuaian dengan keperluan dan kemampuan kita.
Pilih mesin yang bermutu tinggi (bagi mengelakkan kerosakan dalam masa yang yang singkat).
Pilih mesin yang berjenama popular (bagi memudahkan mendapat alat ganti sekiranya berlaku kerosakan pada mesin).
Pada zaman dahulu, mesin jahit tidak dilengkapi dengan kemudahan untuk menjahit jahitan yang hanya boleh dijahit dengan tangan. Contohnya variasi dalam jahitan sulaman (jahitan silang pangkah, jahitan lubang butang dan sebagainya). Namun, apabila berlakunya revolusi dalam pemikiran dan teknologi manusia, mesin jahit moden telah dihasilkan. Mesin jahit moden dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan pelbagai jahitan yang dahulunya hanya boleh dijahit dengan tangan.
3.1
Jenis Mesin Jahit
Terdapat pelbagai jenis mesin jahit yang terdapat di pasaran. Setiap jenis mesin ini mempunyai cara penggunaan dan penyenggaraan yang berbeza-beza. Berikut merupakan jenis-jenis mesin jahit 3.1.1
Mesin Tangan
Gambar foto 1: Mesin tangan
1. Mesin ini murah. 2. Mudah diangkat dan boleh diletakkan pada mana-mana permukaan yang rata. 3. Dijalankan dengan cara memusingkan pengayuhnya yang melekat pada roda imbang. 4. Pergerakan mesin ini sangat lambat dan memenatkan penjahit. Sebelah tangan digunakan untuk memegang kerja dan sebelah lagi memusingkan roda.
3.1.2
Mesin Kaki
Gambar foto 2: Mesin kaki
1. Mesin ini dipasang pada rangka keluli dan dijalankan dengan pergerakan kaki yang diletakkan pada pemijak. 2. Kedua-dua belah tangan boleh digunakan untuk mengawal jahitan. 3. Mesin ini lebih laju daripada mesin tangan. 4. Boleh disimpan dan dimasukkan ke dalam rangka dan meninggalkan permukaan rata yang boleh digunakan sebagai meja.
3.1.3
Mesin Elektrik
Gambar foto 3: Mesin elektrik
1. Digerakkan dengan menggunakan kuasa elektrik. 2. Mesin tangan dan mesin kaki boleh menjadi mesin elektrik dengan memasang motor pada bahagian mesin tersebut. 3. Lebih mahal, senang digunakan dan tidak menggunakan tenaga untuk menjalankannya. 4. Mesin ini berfungsi apabila alat penekanan ditekan atau dipijak. 5. Had lajunya dikawal dengan alat penekat kaki (semakin kuat ditekan, semakin laju pergerakan mesin).
3.1.4
Mesin Elektronik
Gambar foto 4: Mesin elektronik 1. Jenis yang paling moden sekali. 2. Harganya lebih mahal daripada mesin elektrik. 3. Berbagai-bagai jenis mata jahitan, corak dan proses dapat dikendalikan. 4. Memerlukan kecekapan dan kemahiran semasa menggunakannya.
3.2
Bahagian Utama Mesin Jahit dan Fungsinya
Rajah 1: Mesin jahit
1. Roda imbang •memulakan atau menghentikan mesin 2. Tiang benang •memegang buku benang 3. Tuas pemegang benang •mengawal pergerakan benang apabila mesin bergerak 4. Tuas angkat •menaikkan dan menurunkan penekan jahitan 5. Ceper penegang benang •mengawal ketegangan dan tarikan benang 6. Spring pemegang benang •mengawal benang 7. Pemusing gelendung •menggulung benang 8. Skru pemberhenti •mengawal gerakan jarum 9. Penekan jahitan •menetapkan kain yang hendak dijahit 10. Gigi penolak •menolak kain ke hadapan ketika menjahit 11. Pemegang jarum •memegang jarum jahit 12. Pelaras mata jahitan •melaraskan saiz mata jahitan yang dikehendaki Rajah 2: Bahagian mesin jahit dan fungsinya
3.3
Memasang Benang Pada Mesin Jahit
3.3.1
Memasang Benang
1. Menjahit perlu mengikut proses tertentu 2. Sebelum kerja menjahit dijalankan, perkara-perkara yang perlu dilakukan:
memasang benang atas
memasang benang bawah
a) Memasang benang atas i.
Benang yang hendak digunakan harus dimasukkan dalam tiang benang yang
terletak di bahagian atas mesin. ii. Dari tiang benang, bawa benang yang berfungsi mengawal ketegangan mata jahitan iii. Seterusnya, masukkan benang ke dalam lubang tuas pemegang benang dan akhir sekali masukkan benang ke dalam lubang jarum mesin.Untuk mesin model lama, benang harus dimasukkan ke mata jarum melalui sebelah kiri mesin. iv. Benang yang telah dimasukkan ditarik sepanjang 7.6 cm atau 10 cm.
Memasang benang pada mesin jahit model lama
Memasang benang pada mesin jahit model baru
b) Memasang benang bawah Perkara-perkara yang berikut dilakukan semasa memasang benang bawah: i.
Menggulung benang pada gelendung
Langkah-langkah
Penerangan Longgarkan skru pemberhenti jahitan supaya jarum tidak bergerak.
Masukkan gelendung pada pemusing gelendung
Tekan pemusing gelendung
Bawa benang dari ‘a’ ke ‘b’ hingga bertemu ‘c’ dan terus menuju ke ‘d’ (gelendung)
Pegang hujung benang dengan tangan kiri dan jalankan mesin.
Apabila gelendung penuh, pemusing gelendung akan terkeluar.
ii. Memasang gelendung pada sekoci Langkah-langkah
Penerangan Pegang sekoci dengan tangan kiri dan gelendung di tangan kanan. Benang hendaklah mengikut arah lawan pusingan jam
Masukkan gelendung ke dalam sekoci dan tarik benang ‘a’. Sisipkan benang ke bawah kepingan logam X (lihat b) dan tarik benang melalui ‘c’.
iii. Memasukkan gelendung ke dalam mesin Langkah-langkah
Penerangan Tarik sisip keluar daripada sekoci. Masukkan gelendung ke dalam sekoci mesin jahit.
Lepaskan sisip dan tekan sekoci ke dalam.
3.4
Menggunakan Mesin Jahit
3.5
Menjahit Kertas Tanpa Benang
3.6
Menjahit Fabrik Menggunakan Benang
3.7
Membaiki Kesilapan Mesin Jahit
3.8
Menyenggara Mesin Jahit
Menyenggara mesin jahit merupakan salah satu keperluan yang perlu dipelajari bagi memastikan kerja- kerja menjahit berjalan dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, mesin jahit perlu diselenggara dari semasa ke semasa agar bahagian-bahagian mesin jahit kekal dalam keadaan baik ketika digunakan. Terdapat beberapa cara menyenggara mesin jahit antaranya ialah:
Mengganti jarum mesin.
Menukar tali sawat mesin yang longgar atau putus.
Meminyak mesin jahit.
Mengganti jarum mesin akan dilakukan sekiranya jarum mesin jahit patah, bengkok atau tumpul. Jarum yang patah tidak dapat digunakan kerana benang tidak dapat di masukkan ke dalam lubang benang pada jarum. Seterusnya, jarum yang bengkok tidak dapat menembusi kain dengan tepat sebaliknya akan mengenai bahagian penekan jahitan mahupun gigi penolak dan boleh menyebabkan mata jahitan melangkau. Selain itu, jarum yang tumpul juga perlu ditukar bagi mengelakkan jahitan berkedut dan mata jahitan melangkau. Sekiranya menggunakan mesin jahit kaki, anda perlulah mengetahui cara menukar tali sawat mesin yang longgar atau putus. Jika tali sawat mesin jahit longgar, tali sawat perlu dipotong mengikut ukuran dan disambung semula menggunakan cangkuk besi untuk memastikan gerakan mesin lancar. Begitu juga tali sawat yang putus, perlu disambung dengan cangkuk besi. Minyak mesin jahit merupakan satu keperluan apabila menggunakan mesin jahit. Minyak mesin digunakan untuk melincirkan bahagian sendi dan bahagian besi mesin jahit untuk mengelakkan pengaratan berlaku dan seterusnya mengelakkan mesin jemmed . Proses meminyak mesin jahit boleh dilakukan sendiri dirumah. Proses meminyak mesin jahit tidaklah terlalu sukar. Pada bahagian atas mesin, anda perlu menitikkan 1 titik minyak ke dalam setiap lubang yang ada. Selepas itu, anda perlulah membaringkan mesin dengan menolakkannya kebelakang untuk mengisi minyak pada bahagian bawah mesin. Di bahagian bawah mesin anda perlu menitikkan pada setiap sendi yang bergerak. Anda cuma perlu meminyak mesin jahit paling kurang seminggu sekali. Jika anda jarang menggunakan mesin jahit anda perlu meminyak mesin jahit setiap kali selepas selesai menggunakan mesin jahit. 3.8.1
Cara-Cara Menyenggara Mesin Jahit
1. Mengganti Jarum Mesin
Rajah 1: Mengganti jarum mesin a. Longgarkan skru pemegang jarum. b. Pastikan bahagian rata jarum menghadap skru. c. Masukkan jarum dan ketatkan skru pemegang jarum. d. Pusingkan roda imbang menghala anda untuk menurunkan jarum. Tentukan bahawa jarum masuk di pertengahan lubang jarum di antara gigi penolak.
2. Menukar Tali Sawat Mesin Yang Longgar Atau Putus
Rajah 2: Menukar tali sawat mesin jahit a. Tebuk lubang pada kedua-dua hujung tali mesin. b. Sambungkan kedua-dua hujung tali mesin dengan memasukkan cangkuk besi dan tekan rapat. 3. Meminyak Mesin Jahit.
Rajah 3: Antara bahagian yang perlu diminyakkan a. Tuangkan minyak mesin melalui lubang-lubang pada kepala mesin. b. Gerakkan mesin tanpa benang untuk beberapa ketika. c. Kemudian, letakkan fabrik di bawah penekan jahitan sebagai tadahan bagi menyerap minyak yang menitis.
4.0
Penghasilan Artikel
Sekiranya sudah mahir menggunakan mesin jahit, kita boleh mencuba menjahit beberapa artikel mudah.
4.1
Mereka Bentuk Artikel Mudah dengan Menggunakan Mesin Jahit
Alas almari
Alas tudung saji
Sarung bakul sampah
Apron
Beg gantung
Beg kepit
Sarung kerusi
Beg serba guna
Sarung tombol pintu
Pemegang periuk
Poket dinding
Poket serba guna
Sarung cermin mata
Sarung kusyen
Sarung tangan ketuhar
Tuala gantung
Sarung kotak tisu
Sarung tempat duduk bayi
Jadual 4.1: Contoh artikel yang boleh direka menggunakan mesin jahit untuk mencantum dan jahit tangan untuk menghias
4.2
Menghias Artikel Dengan Jahitan-Jahitan Asas
4.2.1
Jahitan Lilit Ubi
Rajah 4.1: Jahitan lilit ubi
Kegunaan: 1. Mengelakkan tepi kain dari berbulu. 2. Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih (Contoh: tampal cantum atau rendarenda). 3. Untuk mengemas tepi-tepi fabrik (Contoh: tepi kocek tampal, kelim belah kangkung, kelim-kelim pinggang dan lengan). 4. Melekatkan tampal dan tampal hias pada artikel atau pakaian 5. Menyambung dua tepi fabrik yang berlipat.
Cara Menjahit: 1. Jahitan dimulakan dari kanan ke kiri. 2. Jarum diletakkan tegak kepada fabrik dan hujung jarum menghala ke arah penjahit 3. Jahit seakan melilit fabrik 4. Mulakan jahitan dengan meninggalkan kira-kira 1 cm benang di antara lipatan kain. 5. Jahit dari kanan ke kiri dengan jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit. 6. Mata jahitan mesti rapat untuk mengelakkan alur daripada terjadi. Bentuk mata jahitan serong. 7. Akhiri jahitan ini dengan menjahit balik ke kanan di atas 3-4 mata jahitan lilit ubi yang membentuk silang. Jahitan ini kukuh dan erat.
4.2.2
Jahitan Silang Pangkah
Kegunaan: 1. Jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet, lipatan atau mengemas tepi kain. 2. Boleh dijadikan jahitan sulaman.
Rajah 4.2: Jahitan silang pangkah Cara Menjahit: 1. Menjahit dari kiri ke kanan fabrik. 2. Mulakan dengan jahitan kia. 3. Masukkan jarum pada P dan keluarkan jarum pada Q dengan jarak 1mm (Rajah 4.3 (a)). 4. Masukkan jarum ke dalam lipatan pada R dan keluarkan jarum pada S dengan jarak 1mm (Rajah 4.3 (b)). 5. Ulangi langkah 3 dan 4 sehingga habis. 6. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Rajah 4.3 (a)
Rajah 4.3 (b)
Rajah 4.3 (a) dan (b): Cara jahitan silang pangkah
4.2.3
Jahitan Insang Pari
Kegunaan: 1. Untuk mengemas tepi kain atau basi kain 2. Untuk ulat-ulat 3. Untuk menjahit rumah butang tersirat atau bergelung untuk butang cangkuk. 4. Sebagai jahitan perhiasan
Cara menjahit: 1. Mulakan dengan jelujur halus menegak pada sebelah kiri. 2. Jarum menegak tepat dan ke arah penjahit 3. Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di bawah jarum.
Rajah 4.4: Langkah menjahit insang pari
Rajah 4.4: Jahitan insang pari