[ 16 ]
SJH 3113
SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE 20
1.0 PENGENALAN
Dunia Barat pada zaman sekarang jika dibandingkan dengan dunia Barat pada zaman dahulu sangat ketara perbezaan antara keduanya. Hal ini kerana pada zaman sebelum terjadinya satu gerakan luar biasa yang dikenali dengan renaissance, dunia barat berada keadaaan gelap gelita "The Dark Age" tanpa ada cahaya pengetahuan sedikitpun pada masa tersebut. Perkembangan ilmu pengetahuan sangat dikongkong oleh gereja, sehingga pada masa tersebut, manusia berfikir secara sempit dan terbatas.
Akan tetapi, masyarakat Eropah semakin mengetahui kepentingan ilmu pengetahuan dan cuba untuk melepaskan diri dari kekuasaan gereja. Gerakan seperti ini semakin kuat dan berkembang dengan pesat setelah mereka sedar kepentingan ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu pengetahuan mereka dapat membina suatu keadaan yang lebih baik dan lebih maju. Dengan kesedaran inilah mereka membuka halaman baru sejarah dan menutup zaman kegelapan yang selama ini telah mengikat dan membatas kehidupan mereka.
Gerakan renaissance merupakan sebuah gerakan yang sangat berpengaruh dalam perkembangan dan kemajuan manusia pada zaman itu hingga zaman sekarang. Dengan adanya gerakan ini manusia mempunyai kebebasan dalam mengembangkan diri dalam segala aspek dan segi tidak hanya dalam segi keagamaan saja, tetapi juga dalam segi ilmu pengetahuan, seni, budaya, penjelajahan, falsafah, dan berbagai macam disiplin ilmu lainnya. Pada zaman ini pula berkembang faham-faham pemikiran yang akan mempengaruhi bentuk pemikiran manusia pada zaman mendatang. Faham-faham itu meliputi rasionalisme, empirisme, idealisme, materealisme, dan posotivisme.
Begitu besarnya pengaruh renaissance dalam kemajuan peradaban manusia sehingga kita dituntut untuk dapat memahami semangat yang ada pada gerakan ini, sehingga kita tidak hanya mengapresiasi gerakan tersebut, tetapi mampu mengaplikasikan semangat itu dalam kehidupan kita sehari-hari menuju zaman yang lebih baik.
2.0 RENAISSANCE
Renaissance merupakan perkataan Perancis yang bermaksud "rebirth" atau kelahiran semula. Zaman Renaissance merupakan zaman pembaharuan atau kelahiran semula ilmu pengetahuan di Eropah. Gerakan pembaharuan telah bermula di bandar-bandar Itali yang mempunyai hubungan perdagangan dengan dunia Islam dan Timur. Bandar-bandar Itali seperti di Genoa, Milan, Venice, dan Florence telah menjadi kaya dan mempunyai penduduk yang paling ramai di Eropah. Kemakmuran hidup di kota-kota tersebut telah menyebabkan penduduknya mula tertarik kepada kesenian dan ilmu pengetahuan baru.
Minat baru dalam bidang ilmu pengetahuan bertambah apabila golongan kelas menengah menaungi para ilmuan. Golongan ini sanggup meluangkan masa dan wang untuk tujuan seni dan sains. Saudagar-saudagar kaya mula menjadi perintis kepada perkembangan kesenian dan ilmu pengetahuan. Misalnya, keluarga Medici yang berkuasa di kota Florence menaungi para ilmuan dan seniman dan memberi bayaran yang tinggi kepada mereka. Itali bukan sahaja terkenal dengan bandar-bandar yang makmur dan orang-orang kaya yang gemarkan seni dan ilmu pengetahuan, tetapi juga tempat orang-orang yang berjuang untuk mendapatkan kebebasan berfikir dan mengeluarkan idea-idea mereka. Di sini timbulnya satu gerakan yang dinamakan fahaman Humanisme.
Dapat dilihat orang Islam menyebabkan tercetusnya Renaissance iaitu mereka menjadi contoh apaabila memberikan kebebasan kepada setiap individu untuk mempelajari dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Sudah diketahui zaman kebangkitan semula di Eropah berkait rapat dengan perhubungan mereka dengan tamadun Islam sebagai contoh perhubungan melalui perdagangan, hubungan diplomatik, terjemahan karya-karya Islam, migrasi penduduk, kehadiran pelajar-pelajar Eropah ke Negara Islam dan peperangan Salib.
Azam Hamzah dan Zulekha Yusoof menyatakan sarjana Barat yang paling besar berperanan di dalam memindahkan ilmu pengetahuan dan sains Islam ke Eropah ialah Gerard of Cremona yang berasal dari Itali. Beliau menterjemahankan sejumlah 71 hingga 100 buah karya Arab ke bahasa Latin dan meliputi bidang biologi, falsafah, matematik, astronomi dan sebagainya. Disini ditegaskan bahawa tamadun Islam yang mula mempelajari dan memperkembangankan bidang ilmu sains, astronomi,perubatan dan matematik dan bukannya tamadun Eropah. Malah dunia Barat tidak mungkin mencapai kemajuan seperti hari ini jika tidak kerana sumbangan cendikiawan Islam terutamanya dari Andalus.
Paus dan gereja mengambil alih kekuasaan politik, ekonomi dan ilmu pengetahuan setelah kerajaan Romawi Barat hancur akibat serangan musuhnya. Gereja telah bertindak atas nama Tuhan dengan sewenang-wenangnya dan orang ramai telah dibebankan dengan pelbagai bentuk pemerasan. Semua pendapat, teori atau hasil penyelidikan dianggap salah kecuali yang bersesuaian dengan kehendaknya. Pada masa yang sama dalam sejarah mereka menyaksikan para ilmuan diseksa dan dihukum dengan kejamnya kerana mengemukakan hasil penyelidikan yang tidak sealiran dengan gereja. Impak daripada ini maka timbullah gerakan-gerakan untuk membebaskan ilmu pengetahuan dan sains dari kekuasaan gereja disamping kemarahan dan dendam di jiwa rakyat.
Kritikan dan tentangan terhadap institusi gereja mula meluas misalnya dengan hukuman ke atas para ilmuan. Galileo iaitu seorang ahli sains yang masyhur dalam bidang ilmu hisab, ilmu kaji bintang, mekanik, pemain muzik, pengarang yang berbakat dan sarjana klasik antara yang mendapat hukuman daripada pihak gereja. Sir William Cecil Dampier menyatakan;
"beliau menguji secara amali astronomi Copernicus yang didasarkan pada suatu prinsip a priori keringkasan matematik dengan menggunakan teleskop. Di atas segala-galanya beliau menggabungkan kaedah eksperimen dan kaedah induktif Gilbert dengan deduksi matematik dan dengan itu menemui dan memapankan kaedah sebenar sains fizik"
Justeru itu, gerakan pembebasan ilmu pengetahuan dari cengkaman institusi gereja di Eropah meletus dengan mengorbankan banyak nyawa dan melahirkan zaman kemajuan saaintifik. Kemudian kemunculan golongan humanism, rasionalisme dan pelbagai lagi berjaya menjatuhkan cengkaman pihak gereja dan membataskan nilai-nilai pengajaran agama dalam kehiduoan umat manusia sehingga tidak dapat dibendung. Akibatnya agama Kristian telah disempitkan dalam lingkungan gereja tetapi tidak dalam urusan kehidupan seharian. Kesemua ini memunculkan fahaman sekularisme yang dianggap paling sempurna dalam kehidupan. Oleh itu maka lahirlah teori-teori dari cendikiawan Eropah yang menafikan adanya Pencipta dan menggalakan manusia melupakan Tuhan. Akhirnya ramai yang menumpukan perhatian terhadap pengajian dan pelbagai bidang ilmu yang bercorak sekular dan mengaplikasinya dalam kehidupan.
Kesimpulannya pada zaman ini merupakan tempoh yang penting iaitu permulaan kemunculan Revolusi Sains pada abad 17 dan kemunculan Revolusi Industri pada abad ke 20. "Renaissance juga menandakan zaman intelek eropah meninggalkan pemikiran yang berasaskan pegangan ajaran gereja, lalu membina kerangka pemikiran berlandaskan rasional manusia".
3.0 REFORMASI PROTESTAN
Gerakan Renaissance telah menukar pandangan masyarakat Eropah terhadap institusi gereja Katholik. Mereka mula menyoal tentang ajaran-ajaran gereja. Mereka mula sedar kekurangan dan penyelewengan pihak gereja. Sementara itu raja-raja negara bangsa yang baru muncul di Eropah tidak suka Pope (Paus) campur tangan dalam hal ehwal negara mereka. Akibat daripada kepincangan dalam amalan gereja Katholik pada awal kurun ke-16, perpaduan Katholik di Eropah Barat telah berpecah kepada dua mazhab Katolik dan Protestant. Mazhab Protestant mengemukakan pendekatan baru terhadap doktrin Kristian yang bertentangan dengan gereja Katholik.
Betrand Russel (1961) menyatakan bahawa keislahan dan islah Katolik tertumpu kepada pemberontakan politik dan teologi. Luther dan Calvin sendiri digambarkan membentuk penentangan untuk mengurangkan kuasa Gereja dalam hubungan antara roh dan tuhan. Agama Kristian bertindak sebagai agama penting kerana telah merintis kebangkitan Reformasi dalam tamadun Barat.
Malah dalam hal ini sumbangan tokoh seperti Saint Thomas Aquinas mempercepatkan lagi Reformasi. Martin Luther merupakan tokoh reformasi abad ke 14 menyangkal aliran Aristotle. Reformasi Protestant pula lahir dari rasa tidak puas hati rakyat terdapat institusi Gereja Katolik.
Pengasas mazhab Protestant ialah seorang paderi dari Jerman bernama Martin Luther. Luther merupakan seorang mahasiswa yang melibatkan diri dalam mistisisme Katolik dan beliau dipengaruhi oleh John Wycliff iaitu seorang lelaki mistik abad ke 13. Luther mendalami bidang teologi dan mengkaji falsafah Saint Augustine, malahan beliau juga pernah menjadi mahaguru tafsir Al-kitab (Ahmad Suhelmi 2000). Dengan latar belakang dan ilmu pengetahuan yang mantap, Luther tidak gentar memulakan perbalahan dengan pihak Gereja.
Pada tahun 1517, beliau telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgences oleh pihak gereja. Beliau juga menentang amalan rasuah, pecah amanah dan penyelewengan-penyelewengan Gereja Katholik yang lain. Martin Luther seterusnya mengkritik penyalahgunaan kuasa oleh Pope. Beliau juga menentang penyembahan keramat dan menyeru orang Kristian merujuk kepada kitab Bible sebagai ajaran yang mutlak dan menolak Pope sebagai perantara dalam hubungan penganut Kristian dengan tuhan.
Malah Luther juga menekankan doktrin keimanan dan doktrin panggilan. Tindakan Luther dilihat seolah-olah meruntuhkan mitos kesucian yang dipegang kuasa gereja. Menurutnya lagi, tiada perbezaan antara para Pendeta dengan manusia biasa. Kesemuanya sama sahaja disisi tuhan. Hal ini menyebabkan Luther mendapat sokongan penuh dari rakyat dan telah meneruskan protesnya terhadap gereja yang menggunakan tradisi Katolik, iaitu melarang sesiapa sahaja selain daripada golongan Pendeta mentafsir isi kandungan Al-kitab. Sikap beginilah yang menyebabkan kandungan Al-kitab disalah guna oleh golongan Pendeta untuk kepentingan sendiri bukan untuk rakyat.
Satu perjanjian Ausburg dianjurkan oleh Kekaisaran Suci Rom yang memberi kelonggaran kepada rakyat untuk memilih mazhab mereka sendiri berdasarkan satu lunas dalam bahasa Latin yang berbunyi "cejus region ejus religio". Maka mazhab Protestant diiktiraf secara rasminya dan mazhab Protestant telah tersebar secara meluas melalui beberapa pemimpin Kristian seperti John Calvin, Ulrich Zwingli dan lain-lain.
Gereja Protestant kemudiannya berpecah kepada pelbagai bahagian kerana pengaruh politik. Bahkan perkembangan Reformasi Protestant di bawah pimpinan Luther berjaya memisahkan agama dengan negara. Perkembangan ini melahirkan taat setia masyarakat Barat terhadap bangsa dan negara. Seterusnya Reformasi ini melahirkan hak-hak ketuhanan Raja iaitu para penguasa atau bangsawan yang mempunyai hak-hak memerintah yang wajib di taati. Ini kerana pemerintah menerima kuasa daripada Tuhan. Jika mereka melanggar perintah bermakna mereka melakukan penyelewengan kuasa dan harus bertanggungjawab ke atasnya. Akhirnya keadaan ini melahirkan kekuasaan mutlak raja dan bangsawan yang menggerak perkembangan negara dan bangsa seterusnya.
Gerakan ini telah disebarkan ke Switzerland pada tahun 1518 oleh Ulrich Zwingli. Ia juga tersebar ke Sweden, Denmark, Norway dan beberapa negara lain. Raja Henry VIII, dari England memutuskan hubungan dengan Pope dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Gereja Inggeris (Gereja Anglican). Di Perancis, seorang peguam bernama John Calvin telah melakukan reformasi Kristian dan menamakan alirannya sebagai Calvinisme. Ajarannya memberikan penekanan terhadap amalan hidup masyarakat Kristian yang bukan sahaja menyentuh soal agama bahkan juga mencakupi aspek sosial dan kemasyarakatan.
Pendekatannya yang rasional dan kejayaannya menyesuaikan agama Kristian dengan arus perkembangan semasa membolehkan pengaruhnya berkembang dengan cepat. Contohnya, Calvinisme menggalakkan perniagaan di kalangan penganutnya dengan menghalalkan amalan riba. Beliau mempunyai ramai pengikut yang dikenali sebagai Huguenots. Gerakan Reformasi Protestant berjalan selama kira-kira 40 tahun membawa kesan yang mendalam kepada masyarakat Eropah. Gerakan reformasi telah memecahbelahkan masyarakat Kristian di Eropah. Penganut mazhab Katholik atau "Roman Catholic" masih taat kepada Pope di Rom, manakala satu lagi mazhab iaitu kumpulan penentang atau Protestant yang menentang Pope di Rom. Perpecahan ini telah membawa kepada peperangan di Eropah yang berlarutan sehingga ke abad yang ke-17.
Muhammad kamlin (1986) menjelaskan terdapat enam sumbangan yang dihasilkan oleh Reformasi dalam tamadun Barat. Pertamanya ialah berhubung dengan pemikiran dan pendekatan terhadap masalah-masalah social iaitu sikap keinsanan. Sikap ini mencabar sikap beragama dan mengembangan fahaman sekularisme yang mengasingkan bidang politik dan social dari agama. Kedua, dalam bidang ekonomi lahir sistem pelaburan modal yang baru iaitu kapitalisme, wang dan kewujudan pinjaman disediakan untuk memajukan perusahaan dan perniagaan.
Seterusnya berlaku peningkatan dalam perniagaan apabila terjumpa kawasan-kawasan baru seperti Amerika dan teknik-teknik baru yang membantu perkembangan perniagaan. Dalam bidang kemajuan sains dan teknologi, meskipun berkembang sekitar abad ke 17 namun, asas kemajuan tersebut di pelopori oleh tokoh-tokoh seperti Leonardo Da Vinci dan Galileo bermula abad ke 15. Perkembangan terakhir ialah perkembangan ilmu pengetahuan yang menyumbang kepada kesenian, pembinaan bangunan dan lukisan dari segi gaya, teknik, rekabentuk dan sebagainya. Perkembangan ini diasaskan oleh satu pendekatan baru yang tidak lagi berasaskan ajaran agama. Pendekatan ini menggunakan prinsip rasionalisme yang menjadi asas bagi segala pencapaian manusia di dunia. Ini bermaksud segala fenomena alam yang boleh diterangkan oleh akal sahaja dianggap rasional.
4.0 REVOLUSI SAINS
Kesan penting gerakan Renaissance ialah kemunculan revolusi sains. Minat terhadap sains membawa kepada tertubuhnya akademi sains di kota Rom. Pada tahun 1603, satu kumpulan ahli sains telah menubuhkan Akademi Lynxes.. Pada tahun 1662, Persatuan Diraja Inggeris telah diberi piagam oleh Raja Charles II untuk menyelidik dan mengkaji sains. Manakala pada tahun 1666, Akademi Sains Perancis telah diperbaharui oleh Raja Louis XIV. Pada pada abad ke-17, akademi-akademi yang serupa telah didirikan di kota-kota lain, terutamanya di Itali dan Jerman Pemerintah-pemerintah Barat telah memberi dorongan kepada kemajuan pengetahuan sains dan menjadikan diri mereka sebagai penaung ilmu pengetahuan. Ilmu astronomi menjadi ilmu yang penting pada zaman revolusi sains. Pada mulanya, masyarakat Barat berpegang kepada teori kaji bintang yang dibuat oleh Claudius Ptolemy yang hidup dalam permulaan abad kedua Masihi.
Masyarakat pada Zaman Pertengahan menerima teori Ptolemy yang berpendapat bahawa bumi merupakan pusat alam dengan menyatakan matahari dan bintang-bintang mengelilinginya. Tiada seorang ilmuan pun yang berani menyoalnya kerana teori tersebut turut disokong oleh institusi gereja Kristian. Selain itu, Nicholaus Copernicus (1473-1543) seorang ilmuan dan paderi yang berasal dari Poland. Beliau ialah seorang pengajar yang mengajar ilmu matematik di Rom. Beliau telah mengkaji sistem matahari dan mendapati bumi mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya. Ini menyebabkan beliau diumumkan sebagai pengingkar kerana melahirkan pendapat yang bertentangan dengan pihak gereja. Keberaniannya telah mendorong ilmuan-ilmuan yang lain mengikut jejak langkahnya, antaranya ialah Galilei Galileo (1564-1642), Johannes Kepler (1571-1630), dan Sir Isaac Newton (1642-1727).
Penemuan-penemuan baru oleh Sir Isaac Newton telah mengubah persepsi masyarakat terhadap ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sains, matematik, fizik dan lain-lain. Sebagai contoh, Wililiam Stukeley kawan kepada Sir Isaac Newton, menulis bahawa ketika mereka sedang duduk minum teh di bawah pohoh epal, Newton melihat sebiji epal jatuh dari pohonnya. Dikatakan bahawa Newton mendapat ilham dari jatuhnya buah epal tersebut. Menurutnya, jika graviti berfungsi di puncak pohon epal, ianya juga berfungsi di puncak gunung, malahan ianya juga mungkin berfungsi sampai ke bulan.
Dengan menyatakan bahawa graviti bumi yang menahan bulan pada orbitnya, Newton mengembangkan teori gravitinya. Pada abad ke-17, Newton menjumpai bahawa ada interaksi yang sama yang menjadi penyebab jatuhnya buah epal dari pohon dan planet tetap berada pada orbitnya ketika mengelilingi matahari. Demikian juga bulan, satu-satunya satelit bumi tetap berada pada orbitnya. Interaksi ini dikenal dengan gaya graviti.
Dalam bidang Fizik, Newton berhasil mencipta sebuah teleskop reflek yang pertama dan mengembangkan teori warna berdasarkan pengamatan bahawa sebuah kaca prisma akan membahagi cahaya putih menjadi warna-warna lainnya.
Pada tahun 1704, Sir Issac Newton mengumumkan konsep baru dalam penciptaan teleskop. Newton menyatakan bahawa lensa dapat memecah cahaya putih menjadi spektrum cahaya yang membentuknya sehingga menyebabkan menjadi lenturan kromatik . Newton menyelesaikan masalah tadi dalam teleskop dengan memakai cermin lengkung yang digunakan untuk mengumpulkan cahaya dan memancarkan kembali ke titik fokusnya. Cermin pemantul ini bertindak sebagai pengumpul cahaya iaitu semakin besar bukaan, semakin banyak cahaya yang dapat dikumpulkan. Teleskop Newton ini disebut teleskop cermin. Perkembangan teleskop bermula pada perkembangan pergerakan objek-objek di langit serta hubungan antara satu dengan yang lainnya dan seterusnya ianya boleh mengetahui kemungkinan pencarian dan kiraan objek-objek yang lain di langit.
Dalam bidang matematik, Newton mengembangkan pengiraan perbezaan dan pengiraan integra. Ia juga berhasil mengembangkan "kaedah Newton" untuk melakukan pendekatan terhadap nilai suatu fungsi, dan berkontribusi terhadap kajian dari pangkat. Manakala dalam bidang Astronomi, Sir Isaac Newton menerbitkan buku karyanya yang masyhur iaitu Prinsip-prinsip matematik mengenai falsafah alam semester pada tahun 1678. Dalam buku itu Newton mengemukakan teorinya tentang hukum gaya berat dan tentang hukum gerak. Dia menunjukkan bagaimana hukum-hukum itu dapat digunakan untuk mengira secara tepat pergerakan planet berputar mengelilingi matahari. Persoalan utama bidang astronomi adalah bagaimana untuk mengira kedudukan yang tepat dan pergerakan bintang ke bintang serta planet-planet. Ia membuktikannya dengan menunjukkan konsistensi antara hukum gerak planet Kepler dengan teori gravitinya.
Revolusi sains telah merintis jalan kepada perkembangan sains moden. Pembinaan cara penyelidikan sains adalah berdasarkan kepada logik dan matematik. Ia menyebabkan masyarakat Eropah hilang kepercayaan terhadap agama. Mereka menjadikan teori sains sebagai asas pegangan hidup dan menolak kepercayaan agama.
5.0 GERAKAN PENCERAHAN
Gerakan pencerahan atau Enlightment merupakan gerakan yang memperjuangkan hak semulajadi manusia atau tabii manusia yang lahir pada abad ke-18. Ia juga dikenali sebagai Zaman Pencerahan. Pemikir-pemikir gerakan ini terdiri daripada ahli-ahli falsafah, pakar-pakar politik, ahli-ahli ekonomi, ahli-ahli ekonomi dan sosial. Ia menjadi satu revolusi intelektual yang telah melahirkan pemikiran yang liberal dan moden. Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka. Antara pelopor gerakan ini ialah John Locke (1632-1704), Montesquieu (1689-1755), Voltaire (1694- 1778), dan Rousseau (1712-1778). Mereka berusaha untuk membebaskan pemikiran manusia daripada mitos, fantasi dan kepercayaan-kepercayaan lama yang dianggap kolot termasuk agama.
Sebagian ciri yang patut mendapat perhatian dalam peredaran perkembangan ilmu pada zaman gerakan pencerahan adalah munculnya pandangan baru mengenai ilmu pengetahuan. Pandangan itu merupakan kritikan terhadap pandangan Aristoteles, iaitu bahawa ilmu pengetahuan sempurna tak boleh mencari keuntungan, namun harus bersikap kontemplatif, akan tetapi telah diganti dengan pandangan bahawa ilmu pengetahuan harus mencari keuntungan, iaitu digunakan untuk memperkuat kemampuan manusia di bumi ini.
Pada abad-abad berikutnya, di dunia barat dan di dunia luar barat, diketahui keyakinan dan kepercayaan bahawa kemajuan yang di capai oleh pengetahuan manusia khususnya ilmu-ilmu alam, akan membawa perkembangan manusia pada masa depan yang semakin gemilang dan makmur. Sebagai akibatnya, ilmu pengetahuan semasa Gerakan Pencerahan sangat mempengaruhi dan mengubah manusia dan dunianya. Sehingganya terjadilah revolusi I, kemudiannya terjadi pula revolusi II dan kemudian revolusi III.
Dengan demikian adanya perubahan pandangan tentang ilmu pengetahuan mempunyai peranan penting dalam membentuk peradaban dan kebudayaan manusia, dan dengan itu pula kemudiannya, muncul suatu kecenderungan yang terjalin pada setiap ilmu pengetahuan dan juga para ilmuwan untuk lebih berinovasi untuk penemuan dan penciptaan berikutnya. Sedangkan perkembangan ilmu pengetahuan di zaman komputer dikenali dengan pelbagai teknologi canggih. Teknologi dan informasi termasuk salah satu yang mengalami perubahan kemajuan yang pesat. Mulai dari penemuan komputer, kemudian satelit komunikasi, internet dan lain-lain. Manusia dewasa ini memiliki kebolehan yang begitu tinggi, karena pengaruh teknologi komunikasi dan informasi. Bidang ilmu lain juga mengalami kemajuan pesat, sehingga terjadi perkembangan ilmu yang semakin meluas.
Demikian bidang-bidang ilmu lain di samping kecenderungan lain adalah hubungan antara bidang ilmu satu dengan lainnya, sehingga dihasilkannya bidang ilmu baru seperti bioteknologi dan psikolinguistik. Falsafah moden menampakkan tingkah lakunya dengan lahirnya pelbagai aliran-aliran falsafah lain, yang dimulakan oleh Rasionalisme dan Empirisme. Selain kedua aliran itu, diketengahkan aliran-aliran besar lainnya yang ikut berperanan sebagai falsafah moden, iaitu idealisme, materialisme, positivisme, fenomenologi, eksistensialisme dan pragmatisme. Para sarjana zaman moden menegaskan bahwa pengetahuan tidak berasal dari kitab suci atau ajaran agama, tidak juga dari para penguasa, tetapi dari diri manusia sendiri. Aliran rasionalisme beranggapan bahawa sumber pengetahuan adalah kebenaran pasti berasal dari akal. Aliran empirisme, sebaliknya, meyatakan pengalamanlah sumber pengetahuan itu, baik yang dalaman, mahupun yang luaran. Lalu muncul aliran kritisisme, yang cuba memgabungkan kedua pendapat berbeza itu.
6.0 PENUTUP
Perkembangan ilmu atau aliran-aliran falsafah yang berkembang di Barat hanya sesuai dalam konteksnya sahaja kerana ia merupakan pengalaman mereka berdasarkan perkembangan sejarah yang dialami. Rasionaliti menjadi asas kepada intelektual yang diiktiraf dan fahaman yang wujud ketika itu boleh diumpamakan sebagai racun yang mematikan keyakinan yang bernar iaitu iman Islam.
Malah dalam menilai erti pembangunan yang sebenarnya, pemimpin dan masyarakat telah mengambil kemajuan Barat sebagai model utama walaupun bertentangan dengan prinsip Islam. Kesemua ini adalah kejayaan Barat dalam menakluki dunia Islam dengan mengeksport ideologinya agar dapat menguasai idea dan fikiran umat Islam.
Oleh itu era Enlightenment ( pencerahan) Berjaya membentuk paradigm Barat yang sesuai menurut kehendaknya sehingga mereka Berjaya menguasai dan mendominasi sains dan teknologi. Kebangkitannya disebabkan literasi, perubahan sikap yang tidak ingin menerima penindasan dan impian keadaan kehidupan yang lebih sempurna. Namun Barat terperangkap dengan ideanya sendiri sehingga menjahanamkan mereka
Sebab itulah mereka tercari-cari suatu bentuk metafizik yang diingini dan menciptanya bagi mengisi kekosongan jiwa. Namun metafizik yang dicipta sendiri ini mempunyai banyak kelemahannya dan ternyata membawa kerosakan rohani dan jasmani. Demikianlah perkembangan yang berlaku di dunia Barat yang mengubah keseluruhan aspek pemikiran dan hala tuju kehidupan mereka yang nyata membawa idea dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
7.0 RUJUKAN
BUKU
Sivachandralingam Sundra Raja. (2002). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors.
Qasim Ahmad. (1994). Eropah Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Weech, W.N.(terj). (1981). Sejarah Dunia Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan
Pustaka
R. Suntharalingam. (1987). Pensejarahan Barat. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
JURNAL
Mohamad Kamal bin Kamaruddin. (2009). Selatan Sepanyol Abad Ke-8-11M:
Sumbangannya Terhadap Kebangkitan Reinaissance di Eropah. Jurnal Sejarah
Kaji Selidik. 100(1)
INTERNET
https://fastnote.wordpress.com/zaman-renaissance/
http://s4g09jjlook-ppc.blogs.smjk.edu.my/
http://eropah.weebly.com/zaman-renaissance.html
http://triindrapurnama.blogspot.my/2010/12/reformasi-protestan-oleh-martin-luther.html
8.0 REFLEKSI
Terlebih dahulu, saya ingin memanjangkan rasa syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya dan rakan saya yang lain menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Siti Rahimah Binti Hamat@Mamat kerana sedia membantu kami, memberi nasihat dan buah fikiran dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Secara peribadi saya merasakan kerja kursus ini sangat menarik memandangkan tajuk kali ini berkaitan dengan Tamadun Eropah yang merupakan satu cabang ilmu yang perlu kami miliki untuk ke sekolah nanti. Bagi saya, tugasan ini adalah satu proses pembelajaran yang memerlukan komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat. Secara keseluruhannya, melalui tugasan ini, dapat saya simpulkan daripada 4 aspek penting, iaitu kekuatan, halangan dan cara mengatasi serta peluang.
Kekuatan tugasan ini, yang pertama adalah dari segi kemudahan mendapatkan maklumat. Saya mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk memastikan tugasan ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Saya juga mendapatkan maklumat di pusat sumber Ibnu Sina iaitu pusat sumber milik IPG Kampus Dato' Razali Ismail untuk mendapatkan buku dan jurnal yang sesuai dengan tajuk Tamadun Eropah. Seterusnya, saya juga mengakses internet untuk mendapatkan bahan tambahan yang dapat dijadikan rujukan bagi tugasan ini. Saya juga merujuk pensyarah pembimbing untuk mendapatkan nasihat serta komen mengenai tugasan yang telah diberikan.
Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, banyak halangan yang terpaksa dilalui. Pertama adalah masalah yang wujud semasa proses mendapatkan maklumat melalui internet. Ketika menggunakan wifi IPGKDRI, kebanyakan maklumat yang tidak dapat diperoleh kerana laman web yang disekat. Ini menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan maklumat penuh daripada internet. Disebabkan masalah ini, saya mengikhtiarkan cara lain untuk mendapatkan maklumat di internet iaitu kami terpaksa mencari individu yang memiliki broadband. Melalui kemudahan broadband pula saya mendapat maklumat yang terlalu meluas.
Di sebalik setiap ujian dan cabaran yang dihadapi, wujud juga peluang-peluang yang menjadikan tugasan ini lebih seronok mendatangkan faedah kepada saya. Melalui tugasan ini saya dapat mempelajari lebih mendalam tentang sejarah yang terdapat dalam Tamadun Eropah ini. Bagaimana perkembangan ilmu pada zaman dahulu menyebabkan perubahan yang ketara kepada masyarakat dunia. Melalui pengajian Tamadun Eropah ini juga saya mengetahui sejarah munculnya fahaman-fahaman falsafah yang masih digunakan pada zaman kini. Kelahiran ilmuan-ilmuan hasil daripada reformasi telah mengubah tamaduan Eropah dari hidup dalam kegelapan kepada masyarakat berilmu pengetahuan. Ini sangat penting untuk saya kuasai kerana apabila ditempatkan di sekolah nanti, saya akan menggunakan ilmu ini untuk membuat mengajar murid-murid mengenai tamadun luar. Ini melatih saya untuk bersedia lebih awal untuk menjadi seorang bakal guru Sejarah.
Selain itu, melalui tugasan ini, saya juga dapat mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang guru Sejarah yang berkesan agar dapat menarik minat murid mempelajari mata pelajaran ini. Menjadi guru yang berkesan sangat penting kerana minat kefahaman murid bergantung dengan kebolehan dan keberkesanan seseorang guru ketika mengajar.
Seterusnya, melalui tugasan ini, secara tidak langsung dapat merapatkan dan mengeratkan hubungan saya dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Ini dapat menggalakkan perkongsian pendapat antara kami dan mewujudkan persefahaman dalam kalangan ahli sekelas. Bagi saya, semakin banyak perbincangan, semakin banyak maklumat yang dapat diperolehi. Apabila banyak maklumat yang saya perolehi, maka semakin bertambah ilmu dan idea akan berkembang.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Tamadun Eropah ini dengan jayanya, walaupun saya dan terpaksa berhadapan dengan beberapa bentuk masalah. Saya juga sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tanpa bantuan daripada mereka, saya mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan ini menjadi titik tolak untuk saya menjadi guru yang baik pada masa hadapan.
LAMPIRAN
Kehidupan masyarakat Eropah jahil dalam ilmu pengetahuan kerana dilarang oleh pihak gereja
Satu kaedah penyelidikan dan ujikaji yang menyatakan bahawa akal merupakan sumber utama pengetahuan
Satu falsafah yang menyatakan bahawa semua ilmu pengetahuan berasal dari pengalaman manusia
Satu sifat iaitu sikap atau perbuatan yang melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal dan sempurna
Satu falsafah mengenai tujuan hidup manusia untuk mendapatkan suatu matlamat dari segi kebendaan
zaman pemulihan budaya di Eropah
Kebebesan berfikir dan member idea
Satu kempen peperangan yang dipengaruhi oleh isu keagamaan dan politik. Misi asal tentera salib adalah menawan Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya daripada Pemerintah Islam. Peperangan ini terjadi sebanyak 10kali siri peperangan
Ketua paderi dan agama Kristian
Sebuah empayar Rom
ibid
ibid
Pencipta Yang Esa iaitu Allah s.w.t
Aspek agama dan politik dibahagi kepada dua aspek dan mesti wujud secara terasing
Wan Fuad Wan Hassan
ibid
Ajaran atau pegangan
Seorang ahli falsafah dan teologi yang terkenal kerana membuat rumusan dari falsafah Aristotle
Mengkaji perkara yang mistik
amalan penjualan surat pengampunan dosa
pemimpin tertinggi agama kristian
The doctrin of faith
calling
Orang alim bagi agama Kristian
Kitab Injil
Perjanjian menentukan pemilihan mana-mana mazhab agama Kristian
Sesebuah kawasan berhak memilih mazhab mereka sendiri
Sekularisme
Seorang ahli geografi, ahli astronomi dan ahli astrologi Mesir lama.
Seorang ahli fizik Inggeris yang menerangkan berkenaan dengan daya tarikan graviti alam dengan hukum-hukum gerakan Newton.
Lingkaran cahaya kemerahan di sekitar objek yang dilihat dengan menggunakan cermin.
Penggunaan mesin-mesin mekanikal
Penciptaan eletrik dan penggunaan lampu
Penggunaan sistem komputer
[Pick the date]