1
2
BIL.
PERKARA
MUKA SURAT
PENGHARGAAN
3
BIODATA DIRI
4
TOK JANGGUT
6
MAT KILAU
10
DATO’ MAHARAJA LELA
17
TUNKU ABDUL RAHMAN
22
PENUTUP
35
3
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM PERTAMA SEKALI, SYUKUR KEPADA ALLAH SWT KERANA TELAH MENGIZINKAN M ENGIZINKAN SAYA UNTUK MENYIAPKAN FOLIO INI. KEDUA, JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA SAYA KERANA TELAH BANYAK MEMBANTU SAYA MENCARI BAHAN-BAHAN UNTUK MENYIAPKAN FOLIO INI. KETIGA, UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU NOORHAYATI BINTI ALIAS KERANA TELAH MENGAJAR SAYA CARA-CARA UNTUK MEMBUAT FOLIO INI. AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH KEPADA TOK DAN MAK LANG SAYA YANG JUGA TELAH BANYAK MEMBANTU MENYIAPKAN FOLIA INI. ALHAMDULILLAH, SAYA SUDAH DAPAT MENYIAPKAN FOLIO INI DENGAN JAYANYA.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
4
NAMA: NAFEESAH AL-WAFA’ BT. MOHD KHOUSHAINI UMUR: 10 TAHUN TARIKH LAHIR: 20/9/2005 TEMPAT LAHIR: HOSPITAL BESAR SEREMBAN MAKANAN KEGEMARAN: NASI TELUR KICAP MINUMAN KEGEMARAN: AIR TEH SUSU KENANGAN MANIS: BERJALAN-JALAN DENGAN KELUARGA KENANGAN PAHIT: JATUH BASIKAL CITA-CITA: DOKTOR
5
6
TOK JANGGUT
Latar belakang
– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas – dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada – dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan – mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah – mahir dalam ilmu persilatan – menetap di Kampung Nering, Kelantan – bekerja sebagai petani dan peniaga
7
♣
♣
a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915. b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau. c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British. d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::
8
Nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’. Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.
Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.
9
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara. Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara. Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini. Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
10
MAT KILAU
Gambar sebenar Mat Kilau ** LATAR BELAKANG MAT KILAU **
Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau. Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung. ** ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU ** Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanakkanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu. Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti denganberdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai ‘Dikir Pahang’. o
o
o
o
o
o
11
Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorangpendikir yang terkenal di Pulau Tawar. ********************************************************************************* ************************************* ** HOBI MAT KILAU ** Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir , Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid. Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang ketika itu ) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar . Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila ‘peran tua’ (ketua berburu) tidakberburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran. Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan. ********************************************************************************* ************************************* ** PERKAHWINAN MAT KILAU ** Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong, Pulau Tawar. o
o
o
o
o
o
o
12
Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. ********************************************************************************* ************************************* ** ILMU YANG DIPELAJARI ** Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osmanyang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang. ********************************************************************************* ************************************* ** SIKAP PERIBADI MAT KILAU ** Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford (Residen British di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya bagi penduduk setempat. o
o
o
o
o
o
o
o
o
13
o
o
Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi keranakejujurannya. Mat Kilau adalah seorang yang tegas malah dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikutpengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir .Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Mat Kilau dgn kawan-kawannya ********************************************************************************* ************************************* ** KEMATIAN MISTERI MAT KILAU ** Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbarakhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Pendehaka,iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895“. The Free Press pula memberitahu bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah o
o
o
14
mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akantetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) ,Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. ********************************************************************************* ************************************* ** KEMUNCULAN SEMULA MAT KILAU ** Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
15
Gambar semasa mengishtiharkan dirinya sebagai Mat Kilau Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut
16
Mat Kilau pada akhir hayatnya. ****************************************************************
17
DATO’ MAHARAJA LELA
Latar Belakang Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak. Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.
18
J.W.W Birch
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor. b) Mencabar Ketuanan Melayu Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah
19
kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu. c) Memperkenalkan Cukai Baru Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin. d) Mencabuli Adat Resam Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hambahamba perempuan dirumahnya. PERISTIWA PENENTANGAN
Ahli-ahli mesyuarat untuk menghapuskan J.W.W Birch
20
Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak.
Tempat Birch Di bunuh
Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.
21
Kubu Dato’ Maharajalela. KESAN PENENTANGAN Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu
22
TUNKU ABDUL RAHMAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan satu daripada pencapaiannya yang teragung. Beliau juga dikenang sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ dan ‘Bapa Malaysia’. Beliau dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya bernama Menjelara,
23
seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang bukan berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Tunku Abdul Rahman memulakan pendidikannya pada 1909 di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Antara guru beliau ialah Mohamad bin Iskandar (bapa Tun Dr. Mahathir Mohamad). Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Pada tahun 1915, Tunku pulang ke Tanah Melayu dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St. Catherine di Cambridge, England. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di England di bawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St. Catherine kerana dasar Aparteid masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf. Semasa di England, beliau bersama-sama Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Agong yang pertama) telah menubuhkan Malay Society of Great Britain dan Tunku Abdul Rahman menjadi setiausaha pertama. Pada awalnya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak (Tan Sri), beliau memperoleh ijazahnya pada tahun 1925. Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas
24
pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani di samping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku. Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam dan dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku kemudian berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light. Rodziah ( Isteri Tunku) Tunku dititahkan untuk menceraikan Violet. Tunku kemudiannya berkahwin dengan Tun Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Oleh sebab perkahwinan ini tidak menghasilkan zuriat, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama
25
dengan Syed Abu Bakar al-Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Setar. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabenor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Setar. Tunku Abdul Rahman menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Tun Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Ketika itu, Tunku menyertai Persatuan Pelajar India Islam yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Llyod George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku kemudiannya menjadi peguam pada tahun 1949. Selepas kepulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Setar. Beliau kemudian meminta supaya dipindahkan ke Kuala Lumpur. Beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur. Semangat nasionalisme bertambah hebat dalam kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Dato’ Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentang Malayan Union dan Tunku menyertai parti tersebut. Pada Ogos 1951, setelah cadangan Dato’ Onn untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu ditentang, yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti, maka Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun. Malayan Union yang
26
ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia Kedua merupakan sebuah gabungan negeri-negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya. Pihak Inggeris secara diam-diam telah merancang penubuhan Malayan Union seawal 1942 lagi iaitu ketika Tanah Melayu berada di tangan Jepun. Apabila mereka mengambil semula tampuk pemerintahan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua (1942-1945), corak pentadbiran British adalah ala-ketenteraan. Untuk menggantikan pentadbiran seperti ini, British bercadang menubuhkan Malayan Union. Penubuhan Malayan Union dikaitkan dengan perubahan mendadak kepada orang Melayu yang mula memikirkan cara untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah setelah kesengsaraan dialami semasa pemerintahan Jepun. Oleh itu Malayan Union dirangka untuk memastikan rakyat tempatan bekerjasama dengan pentadbiran British. British juga mahu pendatang asing bekerjasama membangunkan ekonomi Tanah Melayu dan diberi taraf kerakyatan yang sama. Undang-undang Malayan Union juga mencadangkan taraf kewarganegaraan yang dinamakan sebagai ‘jus soli’ juga ditentang. Oleh yang demikian Malayan Union telah ditentang oleh seluruh penduduk Tanah Melayu terutama sekali orang Melayu. Sultan-sultan Melayu masih mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa berkaitan tentang agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya, pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Walau bagaimanapun, bagi Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Kewarganegaraan diberikan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun
27
daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Orang Melayu berpendapat perlembagaan Malayan Union adalah tidak sah kerana mendapatkan persetujuan sultan secara paksaan, Sultan-sultan tidak diberi peluang untuk bermesyuarat dan membincangkan tentang Malayan Union dengan pembesar-pembesar mereka terlebih dahulu. Secara keseluruhan, Malayan Union gagal dilaksanakan kerana mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu dan tidak mendapat sokongan daripada orang Cina dan India. Pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu juga turut menentang penubuhan Malayan Union. Oleh yang demikian, orang Melayu telah menubuhkan UMNO. Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Ia disertai oleh kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Kedua diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato’ Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Pada masa ini Tunku Abdul Rahman terus menjadi ahli UMNO dan memainkan peranannya menentang gagasan Malayan Union. Tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menyatukan orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union dan memelihara kepentingan, memajukan dan memperbaiki keadaan hidup orang Melayu. Dalam proses menentang Malayan Union, UMNO telah bergerak ke seluruh negara untuk berkempen menentang pertubuhan gagasan Inggeris itu. Pergerakan Wanita UMNO pula ditubuhkan pada 1947 dengan tokoh penting seperti Datin Puteh Mariah bt Abdul Rashid daripada Persatuan Melayu Perak. Ketua Pemuda UMNO pula dipimpin oleh Dato’ Harun
28
Idris (kiri). Pada masa yang singkat, UMNO telah muncul sebagai sebuah parti politik berhaluan kanan terbesar yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dato’ Onn kemudian berhasrat membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Pendapatnya ini telah ditentang oleh orang Melayu menyebabkan beliau meninggalkan UMNO dan membuka Parti Kemerdekaan Malaya dan kemudian Parti Negara. Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Presiden UMNO pada 1951. Hasil daripada penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union dan kemudian membawa penubuhan UMNO, maka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pula diisytiharkan. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan langkah untuk bertolak ansur bagi menjaga hubungan baik antara kaum dan mengukuhkan pentadbiran negara. Namun, sseetengah pihak mengatakan bahawa perlembagaan Persekutuan 1948 ini menyekat hak-hak dan peluang kaum Cina untuk terlibat dalam politik dan pentadbiran di negara ini. Kesempatan ini telah diambil oleh Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mengapi-apikan orang Cina bagi menentang Perlembagaan Persekutuan 1948 dan menyokong PKM. Mereka memulakan pemberontakan pada Jun 1948. Dengan ini darurat bermula di Tanah Melayu. Darurat berlangsung di Tanah Melayu yang diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga 1960. Ketika darurat, kira-kira 40 000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis termasuk bantuan daripada tentera negara-negara Komanwel. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut. Kad Pengenalan Tunku Abdul Rahman Semasa Darurat Perintah berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis. Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka
29
berumur 12 tahun. Tunku Abdul Rahman mendaftar sebagai orang yang pertama. Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk penempatan semula orang Cina. Ini kerana, sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina. Kampung Baru telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih untuk menempatkan orang Cina. Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan. Antara langkah yang diambil untuk menamatkan darurat ialah membuat rundingan dengan PKM. Perundingan Damai Baling ini merupakan perundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955. Rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat sementara rombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. Undang-undang darurat tamat pada 31 Julai 1960. Antara langkah yang diambil oleh Tunku Abdul Rahman untuk menyatukan semula kaum kesan daripada darurat ialah Pembentukan Malaysia. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (dipimpin oleh Tan Cheng Lock), UMNO (dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman), serta MIC (dipimpin oleh E. E. C. Turaisingham), tetapi langkah ini kurang berkesan dengan berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini membawa kepada pembentukan jawatankuasa Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan Rukun Negara. Pada tahun 1955, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada ketika itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS di kawasan Kerian,
30
Perak.Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Kemenangan Perikatan kerana motto ‘Menuju ke Arah Kemerdekaan’ sebagai manifesto parti yang menjanjikan pemerintahan demokrasi berparlimen, menjadikan bahasa kebangsaan yang tunggal iaitu bahasa Melayu, melindungi dan mengekalkan institusi raja, meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu, menamatkan darurat dengan segera dan menjamin sistem pendidikan kebangsaan yang kemas dan teratur. Hasil kemenangan dalam pilihan raya 1955, Perikatan meneruskan desakan untuk mempercepatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Pada Januari 1956, satu rombongan terdiri daripada lapan orang wakil berangkat ke London. Rundingan kemerdekaan ini diadakan pada 18 Januari hingga 5 Februari 1956 di London. Delegasi PERIKATAN diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Kolonel H. S. Lee dan Tun Dr. Ismail Dato’ Abdul Rahman. Rundingan ini berlangsung selama 21 hari. Kelancaran perundingan ini berlangsung kerana wujudnya hubungan baik antara Tunku Abdul Rahman dengan Setiausaha Tanah Jajahan British di London. Lantaran itulah delegasi ini dilayan dengan baik serta rundingan awal kemerdekaan mendapat respon yang menggalakkan. British berjanji untuk memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. British mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini sebagai sebuah negara Komanwel. Sebuah badan bebas untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu ditubuhkan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Reid dan Ivor Jennings. Suruhanjaya ini telah mencadangkan sebuah perlembagaan berdasarkan demokrasi berparlimen. Sewaktu bendera British diturunkan di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan 31 Ogos 1957, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak “Merdeka!”. Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat menjadi lambang kemerdekaan Malaysia yang dapat dilihat dalam banyak media.
31
Kabinet Pertama Selepas kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memimpin Parti Perikatan mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan satu daripada pencapaian Tunku yang teragung. Pada tahun 1961, Tunku juga menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang mengumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina.Pertubuhan ini kemudiannya digantikan dengan pertubuhan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967 yang dianggotai oleh lima negara semasa persidangan di Bangkok. Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara pada tahun 29 Mei 1961 di Singapura. Cadangan yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman ini kemudiannya mendapat sambutan yang menggalakkan dan seterusnya mendapat liputan akhbar-akhbar dalam dan luar negara dengan meluasnya. Bukan setakat itu sahaja, ia juga diikuti dengan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Setiakawan ‘Melayu Raya’ yang dianggotai oleh negeri-negeri seperti Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. Malah dalam cadangan gagasan ‘Melayu Raya’ ini turut menegaskan dan menerima pakai kerakyatan Persekutuan ‘Melayu Raya’. Mereka berpendapat bahawa gagasan Malaysia itu tidak menepati konsep Melayu Raya yang diperjuangkan oleh mereka sebelum merdeka dahulu. Bagi memperkasakan bangsa Melayu, konsep ‘Melayu Raya’ mestilah dihidupkan kembali. Dr. Burhanuddin Helmi telah menyarankan agar Tunku Abdul Rahman memasukkan Filipina dan Indonesia dalam gagasan Malaysia dan Tunku hendaklah terlebih dahulu membincangkannya dengan pemimpin Indonesia dan Filipina. Setelah melalui satu proses perbahasan yang panjang iaitu hampir dua tahun, beliau terpaksa pula menempuh tragedi konfrontasi
32
dengan Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Soekarno. Kemudian, terpaksa pula berhadapan dengan kerenah politik Filipina yang dipimpin oleh Presiden Macapagal. Kematangan berpolitik yang dimiliki oleh Tunku Abdul Rahman berjaya mengatasi masalah ini dengan sebaik mungkin. Pembentukan Malaysia hanya dapat direalisasikan secara rasmi pada 16 September 1963. Kejayaan ini turut membuktikan bahawa Tunku Abdul Rahman adalah seorang pemimpin yang berpandangan jauh serta mengetahui waktu bila konsep perjuangan sebegini boleh diadaptasikan ke dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan kemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir 40%. UMNO dan MCA berasa tegang terhadap ancaman Parti Tindakan Rakyat (PAP) kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan cuba membentuk sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee Kuan Yew di sana. Sebagai gerak balas, Lee Kuan Yew mengancam bahawa PAP mahu menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Singapura secara rasmi berpisah dengan Malaysia dan mencapai kemerdekaan. Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan amat berkurangan berbanding dengan pilihan raya sebelumnya. Pada 13 Mei 1969, rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur ekoran daripada tunjuk perasaan orang ramai selepas pilihan raya umum itu. Oleh itu majlis MAGERAN ditubuhkan untuk mengatasi masalah tersebut. Pada 22 September 1970, Tunku Abdul Rahman terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas rusuhan tersebut. Beliau berasa bertanggungjawab di atas kegagalan kerajaannya gagal mengatasi masalah perkauman tersebut. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun
33
1971. Tempatnya diambil alih oleh Tun Abdul Razak. Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya. Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama, yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden Majlis Da’wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988. Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.
34
35
PENUTUP
SEMOGA KITA MENDAPAT PENGAJARAN DARI KISAH YANG DIPAPARKAN DI DALAM FOLIO INI. SEMOGA IA AKAN MEMBERI PENGAJARAN KEPADA KITA UNTUK MENJADI PELAJAR YANG LEBIH CEMERLANG.