Tajuk
: Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan
Karya
: Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi
Terbitan: Robbani Press Tahun : 2005
(
)
Lafaz Segala Puji Bagi Allah s.w.t akan segala nikmat yang Dia berikan. Nikmat iman dan Islam ditambah lagi dengan nikmat akal fikiran dan nikmat usia muda, dapat juga penulis selesaikan merumuskan mer umuskan buku ini. Buku ini bertajuk Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan
(
)
karya Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi. Al-Qardawi .
seorang ulama kontemporari yang paling dekat dengan hati penulis. Karya AlAllamah pertama yang penulis tatapi bertajuk yang paling penulis sayang bertajuk
„
„
’
’
(Fiqh Keutamaan) dan
(Bagaimana Berinteraksi
Dengan Al-Quran). Al-Quran). Buku ini sudah diterbitkan pada tahun 1989 oleh Maktabah Wahbah Kairo, Mesir dan kini dialih bahasanya kepada Bahasa Indonesia. Penterjemah buku ini, Musyaffa Lc. telah menjadi orang pemula kebaikan. Dengan usaha beliau, buku ini siap diterjemahkan diterjemahkan di dalam Bahasa Bahasa Melayu. Bukan sedikit yang membaca, menyebarkan, dan beramal dengan isi kandungan buku ini. Mereka inilah yang menyumbangkan saham akhirat kepada diri mereka juga kepada Musyaffa Lc. Penulis sifatkan buku ini sebagai buku
bacaan ringan . Saiz buku ini kecil,
‘
’
mempunyai 166 muka surat menjelaskan hal-hal asas akhidah Islam yang patut dan mesti diketahui oleh setiap yang bernama dengan nama Islam. Kerana ini adalah perbahasan akhidah! Dan perbahasan akhidah itu mudah. Penulis membuat rumusan dengan mengambil kembali kata-kata Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi dan ilmuwan-ilmuwan yang dinukilkan oleh Al-Allamah. Sesekali penulis akan menuruti dengan pandangan pandangan penulis. Sebenarnya penulis sudah lupa bilakah penulis habiskan bacaan buku ini dan tidaklah penulis membuat rumusan ini kerana baru habis membaca. Penulis didesak dengan kenyataan-kenyataan yang tidak enak penulis dengar. Dan pula kenyataankenyataan ini semuanya penulis sifatkan sebagai mahu memecah belahkan umat, jauh sekali daripada daripada mahukan tajdid tajdid akhidah umat. Di sebelah sana berkata bahawa bahawa di sinun tidak tulen akhidah kerana beriman kepada Tauhid Sifat 20. Kerana Tauhid Sifat 20 adalah cedukan falsafah-falsafah Rom dan Greek. Di sinun pula berkata bahawa di sana tidak tulen akhidah kerana beriman kepada Tauhid 3. Kerana Tauhid 3 itu bukan asasnya daripada ulamak-ulamak 3 kurun awal terbaik. Keduadua pihak melepaskan peluru hujah-hujah di antara satu sama lain dan pula pelurupeluru ini berbagai warnanya. Semua warna mahu pula akan kemenangan.
Penulis membawakan tulisan Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi. Tujuan penulis adalah kerana keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan alam akhirat dengan usaha penyebaran ilmu. Dengan rumusan ini sedikit sebanyak dapat menguatkan akal dan amalan penulis. Penulis harapkan dengan rumusan penulis yang serba kekurangan ini (dengan kehendak Allah s.w.t jua) membuka hati penulis dan pembaca untuk memahami
dan
beramal
dengan
kebaikan
buku
ini.
Akhirnya
penulis
mencadangkan agar pembaca membaca sendiri buku ini.
Terdapat 8 Bahagian Utama: Bahagian 1: Kedudukan Tauhid Dalam Islam Bahagian 2: Tauhid Yang Diperintah Oleh Islam Bahagian 3: Ibadah Bahagian 4: Kepentingan Tauhid Uluhiyyah Bahagian 5: Bagaimana Merealisasikan Tauhid Bahagian 6: Syirik Bahagian 7: Islam Menutup Pintu-Pintu Kemusyikan Bahagian 8: Kesan Tauhid Dan Syirik Dalam Kehidupan
Bahagian 1: Kedudukan Tauhid Dalam Islam Al-Allamah mulakan dengan berkata: “Iman kepada Allah s.a.w adalah dasar seluruh akhidah” dan akhidah” dan Al-Allamah membawakan firman Allah s.a.w:
“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya”. sejauh-jauhnya”. (Surah An-Nisa: An-Nisa: 136) Al-Allamah menyambung: “Beriman kepada Allah s.w.t mencakup: (1) Beriman kepada wujudullah. (2) Beriman kepada keesaanNya dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah-Nya ” ” Al-Allamah lagi berkata: “Beriman kepada Asmaul Husna yang dimiliki Allah, dan kepada sifat-sifatNya yang tinggi, yang menunjukkan secara jelas bahawa Dia memiliki segala sifat sempurna yang sesuai denganNya dan Dia disucikan dari segala sifat yang yang mengandung kekurangan” kekurangan” . (m.s 4) Penulis memahami daripada perkataan Al-Allamah, inilah Tauhid 3. Dan kini penulis tertanya-tanya, adakah Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi yang tidak bergelar dengan gelaran „Habib‟ dan tidak pula berasal daripada „Yaman‟ dan tidak pula popular dengan „Tarikat Al-Allamah Al -Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi‟ Al-Qardawi‟ pun akan dikafirkan dan disesatkan kerana Tauhid 3. Sungguh pelik dan ganjil penegak-penegak gejala kafir mengkafirkan dan sesat menyesatkan ini. Sungguhnya merekalah yang mereka kata. Rasul datang dengan tugas yang sama iaitu menyeru manusia supaya beribadah hanya kepada Allah dan menjauhi taghut (m.s 47). 47). Telah dijelaskan oleh Al-Allamah hanya beberapa kelompok yang masih mentauhidkan Allah sebelum kedatangan Islam. Kelompok yang lainnya semuanya bergelumang dengan kesyirikan.
“Pada saat Islam datang, kemusyirikan sedang menancapkan kuku-kukunya kuku -kukunya diseluruh penjuru dunia, tidak ada yang mengesakan Allah dalam peribadatan kecuali: 1.
Beberapa orang dari orang-orang hanif yang tinggal di Semenanjung Arab,
yang menyembah Allah sesuai sisa-sisa ajaran ajaran Nabi Ibrahim a.s yang masih murni. 2.
Atau sisa-sisa dari Ahlul Kitab, yang selamat dari pengaruh pemalsuan
paganisme yang menghancurkan agama-agama kitabi (Yahudi dan Nasrani) ” (m.s ” (m.s 6 dan 7) Seterusnya Al-Allamah membawakan dalil-dalil tentang wahdaniyyah. wahdaniyyah. 1.
Dalil Fitrah
“Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): "Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur.” (Surah Yunus: 22) (m.s 12) Penulis membawakan, kata Al-Hafiz Ibn Kathir: “...Akan tetapi tidak lama kemudian, setelah mereka selamat dan bahaya yang mengancam itu sudah berlalu, lupalah mereka akan janjinya pada saat-saat yang gawat itu dan tidak segan-segan melakukan kezaliman dan kemungkaran di atas
bumi ini, seakan- akan akan mereka tidak pernah berdoa meminta pertolongan”. (Ibn Kathir, Jilid 4, Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier, Victory Agencie, Kuala Lumpur) 2.
Dalil Aqli
“Akal juga membuktikan juga membuktikan bahwa di balik alam semesta ini ada satu pembuat. Alam semesta yang sangat luas ini, dengan beraneka ragam makhluk yang ada di dalamnya, yang kecil dan yang besar, yang hidup dan yang mati, yang berbicara dan yang diam, yang berakal dan yang tidak berakal, yang di atas dan yang di bawah, semuanya diatur oleh satu tatanan. Ia berlaku pada atom (partikel terkecil), dan berlaku juga pada galaksi (benda galaksi (benda makro yang sangat besar)”. (m.s 13) 3.
Dalil Naqli
“Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang-orang mati)? (21) Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. ”(22) (Surah Al-Anbiya: Al-Anbiya: 21 dan 22) (m.s 20) Al-Allamah kemudian melanjutkan kepada perbicaraan beberapa konsep tauhid yang sesat. 1.
Tauhid Filasof
Mereka berkata tauhid adalah: adalah : “Menetapkan adanya wujud mutlak yang terlepas dari dzat dan sifat” dan sifat” dan juga berkata tauhid adalah: “M enetapkan enetapkan wujud yang sama sekali terlepas dari dzat dan sifat, akan tetapi merupakan wujud mutlak yang tidak berkaitan dengan dzat, tidak bias diberi sifat dan tidak bias dikhususkan dengan suatu karakter, namun seluruh sifatnya adalah Sulub dan Idhafat” . Idhafat” . Dan Al-Allamah menghuraikan. (m.s 25) 2.
Tauhid Wihdatul Wujud
“Tauhid mereka adalah al -Haq -Haq (Allah) Yang Maha Suci tidak lain adalah ciptaanNya, dan bahawasanya Allah s.w.t tidak lain adalah wujud dari segala sesuatu yang ada, ia juga hakikatNya, jati diriNya, dan bahwasanya Dia adalah tanda segala sesuatu, dan pada segala sesuatu itu terdapat tanda yang menunjukkan bahwa tanda itu tidak lain adalah Dia” . Dan Al-Allamah juga menghuraikan. (m.s 26) 3.
Tauhid Muktazilah
Tauhid mereka: (1) Mengingkari qadar. (2) Mengingkari bahwa kehendak Allah bersifat umum dan mencakup seluruh alam semesta. (3) Menginkari bahwa kekuasaan Allah mencakup seluruh alam semesta. (m.s 29) 4.
Tauhid Jabbariyyah
“Kebalikan dari tauhid pincang di atas, ada bentuk tauhid lain, yaitu „Tauhid Jabbariyyah‟ . (m.s 29) 5.
Tauhid Nasrani
Tauhid itu trinity, trinity itu tauhid.
Bahagian 2: Tauhid Yang Diperintahkan Islam Al-Allamah mulakan dengan berkata dua asas utama: “ Dua Dua tauhid yang tidak dapat dipisah- pisahkan pisahkan yaitu: (1) Tauhid fil ma‟rifah wal itiqad (tauhid dalam pengetetahuan, penetapan, dan kayakinan). (2) Tauhid fit thalab qasdi wal iradah (tauhid dalam mencari atau memohon, tujuan dan kehendak) ” (m.s ” (m.s 33) Al-Allamah menyambung dengan dalil-dalil Al-Quran untuk tauhid yang pertama (Al-Ikhlas, Awal surah Ali-Imran, Awal Surah Taha, dan beberapa dalil lain) dan dalil-dalil untuk tauhid yang kedua (Al-Kafirun, Awal Surah Al-A‟raf, Al- A‟raf, dan beberapa dalil lain). Al-Allamah seterusnya meneruskan dengan menukilkan kata-kata Imam Ibn Qayyim:
“Setiap surah Al - - Quran Quran memuatkan dua bentuk tauhid ini”. “Banyak para penulis dahulu dan kini menamakan bentuk tauhid yang pertama dengan Tauhid Rububiyyah dan yang kedua dengan Tauhid Ilahiyyah atau Uluhiyyah.” (m.s 35)
Dah huraian Al-Allamah berkenaan dengan Tauhid Rubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah terikat kemas dengan dengan huraian-huraian huraian-huraian dalil-dalil Al-Quran dan hujah-hujah sejarah. sejarah. Huraian-huraian tauhid Al-Allamah pula saling tidak tumpah seperti huraianhuraian Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dalam Kasyfus Syubhat (Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (Abdul Wahab bin Bustami), Kasyfus Syubhat: Mengikis Segala Keraguan Dan Kesamaran, 2006, Pustaka Azhar, Johor Bahru) . Janganlah selepas ini dikatakan bahawa Al-Allamah Al -Allamah „dibeli‟ oleh Wahabi!
Bahagian 3: Ibadah Ibadah ialah: “…puncak ketundukan dibarengi dengan puncak cinta” (m.s cinta” (m.s 41) Ibadah itu pula ada bermacam-macam jenisnya: 1.
Doa
)
(
“Doa adalah ibadah” (Riwayat Al-Tirmizi, beliau berkata hasan sahih) 2.
Menegakkan Syi‟ar Islam
3.
Tunduk Dan Patuh Kepada Syariat Allah. (m.s 42 dan 43)
Bahagian 4: Kepentingan Tauhid Uluhiyyah 1.
„
‟ Lambang Tauhid Uluhiyyah
Kalimah ringkas yang dibawa semua rasul untuk menjelaskan hakikat tauhid. Kalimah ini mengandungi „an„an -nafi‟ iaitu penafian tiada tuhan selain Allah dan „al isbat‟ iaitu penetapan akan ketuhanan Allah semata-mata, semata -mata,
2.
Tauhid, Inti Iman Kepada Allah
3.
Tauhid, Syiar Islam
4.
Tauhid, Hak Allah Atas Hambanya
5.
Tauhid, Risalah Dalam Kehidupam Muslim
6.
Tauhid, Risalah Umat Islam Kepada Umat Lain
Bahagian 5: Bagaimana Merealisasikan Tauhid Tauhid hanya akan dikukuhkan, ditegaskan, dan dijaga jika memenuhi unsureunsur berikut ini: 1.
Memurnikan ibadah hanya kepada Allah.
2.
Kufur dengan segala thagut dan berlepas diri daripada orang-orang yang
menyembahnya atau memberi wala‟ kepadanya. 3.
Membentengi diri daripada syirik dengan segala warna dan tindakannya,
serta menutup calah-celah yang menuju kepadanya. (m.s 58)
Pertama: Memurnikan ibadah hanya kepada Allah ialah memberi hak uluhiyyah hanya kepada Allah, berupa pengagungan hanya kepada Allah, berupa cinta hanya kepada Allah, berupa ketundukan hanya kepada Allah. Semua perbuatan ini hanya kepada Allah dan perbuatan ini mutlak sifatnya. 3 perkara lain yang melengkapkan „ibadah hanya kepada Allah‟ adalah: 1.
Tidak mencari tuhan yang lain untuk diagungkan sebagaimana
pengagungan kepada Allah. (Surah Al-An‟am: Al-An‟am: 164) – (Surah Ali-Imran: 64) 2.
Tidak menjadikan selain Allah sebagai kekasih sebagaimana cintanya
kepada Allah. (Surah Al-An‟am: Al-An‟am: 14) – (Surah Al-Baqarah: 165 dan 167) – (Surah As-Syura: 9)
3.
Tidak mencari hakim hanya untuk ditaati sebagaimana taaatnya
kepada Allah. (Surah Al-Mulk: 14) – (Surah Yusuf: 40)
Kedua: Kufur dengan thaqut. “S ecara ecara bahasa thaqut berasal daripada perkataan „thugyan‟
bererti
„melampaui
batas.
Untuk
erti
secara
istilah,
Al -Allamah -Allamah
membawakan beberapa erti perkataan „thaqut (m.s „thaqut (m.s 67). “Thaqut adalah syaitan” – Umar – Umar Al-Kattab r.a “Thaqut adalah dukun- dukun- dukun dukun tempat turunnya syaitan” – Jabir – Jabir r.a “Segala sesuatu yang disembah selain Allah” – Imam – Imam Malik rahimahullah “Segala sesuatu yang disembah oleh seseorang yang melampaui batasnya, baik berupa sembahan sesuatu yang diikuti atau sesuatu yang ditaati (dan ia rela dengannya)” (m.s dengannya)” (m.s 68). Dan Al-Allamah mengakhiri: “Jadi thaqut setiap kaum adalah orang yang menjadi tempat berhukum selain Allah dan RasulNya, atau yang disembah selain Allah, atau yang diikuti tanpa bashirah dari Allah, atau yang ditaati dalam hal-hal yang diketahui bertentangan dengan ketaatan kepada Allah”. (m.s 68)
Ketiga: Menghindari kemusyrikan dan berhati-hati daripadanya. Unsur ketiga untuk merealisasikan tauhid kepada Allah. Unsur ini memerlukan iqtikad dan perbuatan untuk menghindari segala bentuk syirik, samada yang besar atau kecil, dan menutup pintu-pintu yang membawa kepadanya.
Bahagian 6: Syirik Ini adalah bahagian yang paling panjang dibahaskan oleh Al-Allamah. Dihuraikan segala bentuk syirik, yang kecil atau besar, yang jelas atau terang, iqtikad yang
membawa kepada mensyirikkan Allah, perkataan dan perbuatan yang membawa kepada syirik. Semuanya diperincikan oleh Al-Allamah. Penulis menyifatkan syirik adalah penyakit utama yang menghalang seseorang yang bernama dengan nama Islam untuk sampai kepada benar-benar mentauhidkan Allah. Dan penyakit ini menular jika seseorang yang bernama dengan nama Islam itu tidak dinaungi oleh naungan ilmu. Hakikat pembawaannya tetap sama. di zaman Rasulallah s.a.w dahulu, terkenal dalam masyarakat dengan istilah „kahin‟, salahan kefahaman tafassul dan pengamalannya, terkenal juga dengan kepakaran „mushir‟ yang berjenis-jenis dan beragam-ragam bacaannya dan banyak lagi. Dan kini perkara yang sama, berulang dan terus berulang - walaupun namanya sahaja yang berlainan - menular dalam masyarakat. Hanya namanya sahaja yang berlainan sedangkan sedangkan hakikatnya tetap tetap sama. Al-Allamah memberi definisi: definisi: “Syirik adalah menjadikan sesuatu sebagai sekutu Allah dalam hal-hal yang merupakan hak murni Allah seperti menjadikan tuhan atau beberapa tuhan selain Allah yang disembah, ditaati, dimintai pertolongan, dicintai atau lainnya.” (m.s lainnya.” (m.s 70) Inilah yang disebut sebagai syirik akhbar (besar): 1.
Akan tertolaknya segala amal solih yang dilakukan kerana amal
solih mewajibkan hamba betul-betul ikhlas hanya kepada Allah. (Surah Al-Kahf: 110) 2.
Tidak akan diampun dosa-dosanya. dosa-dosanya. (Surah An-Nisa: 48 dan 116)
3.
Diharamkan syurga kepada orang yang mensyirikkan Allah.
(Surah Al-Maidah: 72) (m.s 70 dan 71) Syirik asqar (kecil) pula adalah syirik yang tidak jelas dan tidak nyata bagi kebanyakkan manusia. Antaranya syirik asqar adalah: 1.
Berdoa kepada orang mati.
2.
Meminta pertolongan dan hajat kepada ahli kubur.
3.
Keyakinan bahawa ahli kuburlah yang memberi kebaikan dan
keburukan (m.s 74) 4.
Bersumpah dengan selain nama Allah.
5.
Memakai gelang dan benang penangkal.
6.
Mengalungkan jimat (semacam rantai
atau benang yang
dipakaikan kepada kanak-kanak untuk menolak mudharat). Adapun jimat yang berasal dari ayat-ayat Al-Quran – Al-Allamah Dr Yusuf Al-Qardawi MELARANG kerana menutup pintu-pintu syirik. (m.s 90) 7.
Ruqyah (Mantera dan jampi). Adapun dibolehkan oleh ulama
jika mantera dan jampi yang berasal daripada Al-Quran atau sifat-sifat dan nama- nama Allah, yang difahami maknanya, dan berkeyakinan bahawa mantera dan jampi itu tidaklah membawa keburukan atau kebaikan melainkan Allahlah yang memberi kebaikan dan keburukan. keburukan. (m.s 95) 8.
Sihir
9.
Tanjim (Ramalan-ramalan (Ramalan-ramalan karut berdasarkan bintang)
10.
Tiwalah (Memakai kalungan yang tertulis kalimat tertentu
untuk tujuan tertentu) 11.
Pendukunan dan Ramalan
12.
Bernazar untuk selain Allah s.w.t
13.
Menyembelih untuk selain Allah s.w.t
14.
Thiyarah (Berperasan sial kerana melihat, mendengar, atau
bertemu sesuatu)
Bahagian 7: Islam Menutup Pintu-Pintu Kemusyrikan Al-Allamah memulakan: “Islam datang dengan membawa ajaran tauhid murni, memerangi berbagai bentuk syirik, besar ataupun kecil…” (m.s kecil…” (m.s 120) Kefahaman yang jelas dengan perkara ini membawa seorang yang beriman dengan Allah s.w.t benar-benar mentauhidkan Allah s.w.t. Maha Suci Allah! Tidak ada pasangan yang mendampingi Allah s.w.t samada pada bahagian penciptaan,
pentadbiran, pemilikan, ataupun pada bahagian hak untuk peribadatan dan penyembahan. Dan Al-Allamah menyenaraikan beberapa pintu-pintu yang membawa hembusanhembusan angin mensyirikan Allah: 1.
Ghuluw (Berlebihan) Dalam Mengagungkan Rasulallah s.a.w
Rasulallah s.a.w melarang umatnya mengagungkan baginda berlebih-lebihan seperti umat-umat sebelum baginda belebih-lebihan mengagungkan Isa ibn Maryam a.s. (m.s 121)
menyifatkan baginda hanya sebagai „Hamba Allah‟. (Surah Al-Isra‟: Al-Isra‟: 1/Surah An-Najm: 10)(m.s 10)(m.s 122)
Rasulallah s.a.w melarang umatnya mengagung-agungkan baginda dengan gelaran yang batil (Raiwayat Abu Daud)(m.s Daud) (m.s 122)
Baginda s.a.w melarang sahabat baginda berkata: „Maasya Allah Wa Syi‟ta‟ . Hanya cukup dengan berkata: „Maasya Allah‟ (Riwayat Ahmad)(m.s Ahmad)(m.s 124) 2.
Ghuluw Terhadap Orang-Orang Solih
Puncanya kerosakan agama Nasrani adalah kerana „ghuluw‟. Sampai-sampai mereka menjadikan Isa a.s sebagai anak Allah s.w.t! Kemudian „ghuluw‟ tehadap rahib, menjadikan rahib sebagai „wakil„wakil -wakil‟ tuhan. (m.s 124 dan 125) Dan umat pertama yang menjadi sebab diutuskan Nuh a.s adalah umat yang „ghuluw‟ terhadap orang-orang orang -orang solih. Menjadikan orang-orang solih sebagai ingatan besar dengan mendirikan tugu-tugu tugu-tugu dan patung-patung dan bersedih bersedih kepada orangorang solih – selepas kematian mereka (Riwayat Al-Bukhari)(m.s Al-Bukhari)(m.s 126 dan 127) 3.
Mengagungkan Kuburan
Islam mengharamkan mengagungkan kuburan:
Menjadikan kuburan sebagai masjid (Riwayat Muslim)
Solat menghadap kuburan (Riwayat Muslim)
Memberi penerangan dan lampu di kuburan (Riwayat Ahmad, Tirmizi, dan lainnya)
Membangun, mengecat, dan menulisi kuburan (Riwayat Tirmizi, Nasai, dan lainnya)
Meninggikan kuburan (Riwayat Muslim, Abu Daud, dan lainnya)
Menjadikan kuburan sebagai perayaan (Riwayat Abu Daud dan Ahmad) 4.
Meminta Berkah Kepada Pepohonan, Bebatuannya Dan Semacam
Dengannya 5. Kata-Kata Yang Membuka Pintu-Pintu Syirik
Kata-kata: Kata-kata: „Maasya Allah Wa Syaa Fulan‟(Apa Fulan‟ (Apa yang dikehendaki Allah dan fulan)
Kata-Kata: Kata-Kata: „Laula Allah Wa Fulan (Kalau bukan kerana Allah dan fulan) – Inilah yang disebut oleh Ibn Abbas sebagai syirik andada yang tidak kelihatan seakan-akan semut hitam di atas batu di tengah kegelapan malam.
Nama atau gelaran atau panggilan yang menjadi hak mutlak Allah (seperti AlHakam – Pemberi Keputusan).
Nama manusia tidak Abdullah atau Abdurrahman atau lain-lain nama dan sifat Allah tetapi Abdul Ka‟bah (Hamba Ka‟bah), atau Abdul Nabi (Hamba Nabi) atau lain-lain selain nama-nama n ama-nama Allah dan sifat-sifatNya.
Mencela masa (Riwayat Bhukari) (m.s 120-145)
Bahagian 8:
Kesan Tauhid Dan Syirik Dalam Kehidupan
Kesan Yang Baik 1.
Kemerdekaan Manusia
Inilah maksud „merdeka‟ yang sebenar „merdeka „merdeka daripada mensyirikkan Allah s.w.t‟ s.w.t ‟. Dengan itu, tertoloklah maksud merdeka yang dilaung-laungkan sebelum ini iaitu „merdeka daripada penjajahan bangsa asing‟. Apabila manusia merdeka daripada mensyirikkan Allah s.w.t, akan bebaslah akalnya daripada khurafat dan ilusi-ilusi yang batil, bebaslah jiwanya daripada kehinaan, kerendahan, dan ketidakmampuan, dan bebaslah kehidupannya daripada jelmaan-jelamaan jelmaan-jelamaan Fir‟aun, jelmaan-jelmaan jelmaan -jelmaan Namrud, dan lain-lain jelmaan yang mengaku tuhan yang memperbudakkan sesama manusia. (m.s 147) 2.
Pembentukan Pribadi Yang Harmonis
Inilah antara hadaf diutuskan rasul-rasul. Kata Al-Allamah:
“Tauhid membantu pembentukan keperibadian yang harmonis, sehingga arah hidupnya jelas, satu tujuan, dan konkrit jalannya” . (m.s 148) 3.
Tauhid Sumber Rasa Aman
4.
Tauhid Sumber Kekuatan Jiwa
“Tauhid memberikan kekuatan jiwa kepada orang yang memilikinya sebab jiwanya dipenuhi rasa optimism, percaya, tawakal, redha terhadap qadha Allah, sabar atas ujuiannya, dan tidak membutuhkan makhluk” . (m.s 153) 5.
Tauhid Landasan Persaudaraan Persaudaraan Dan Persamaan
Inilah konsep persaudaraan dan musawah dalam Islam. Konsep persaudaraan dan musawah yang diasakan di atas kalimah tauhid. Mukmin di benua Afrika bersaudara dengan mukmin di benua Eropah. Begitu juga yang lain. Dan persaudaraan ini bukanlah dibataskan kerana perbezaan warna kulit, perbezaan bahasa, dan perbezaan jenis. Semuanya adalah sama di hadapan Allah s.w.t dan Allah s.w.t hanya akan menilai takwa. Kesan Yang Buruk 1.
Penghinaan Martabat Manusia
Dijadikan manusia sebagai khalifah maka yang patut disembah manusia adalah Allah s.w.t dan sudah tentulah alam sekalian dijadikan sebagai alat untuk memudahkan manusia berkhalifah‟ „berkhalifah‟ di atas muka bumi Allah. Adapun manusia yang menjadikan alam ini sebagai „sembahan‟ sembahan‟ telah menurunkan martabat manusia, menjadikan alam yang asal alat khidmat kekhalifahan sebagai tuhan. 2.
Syirik Adalah Sarang Khurafat
“ Syirik Syirik merupakan sarang khurafat dan kebatilan, sebab orang yang mempercayai adanya sumber pengaruh lain pada alam semester, selain Allah, berupa benda- benda angkasa,
jin, memedi, memedi, ruh, dan sebagainya, akalnya akalnya menjadi siap untuk untuk
menerima segala khurafat dan membenarkan segala bentuk kebohongan” kebohongan” . (m.s 161) 3.
Kezhaliman Yang Besar
4.
Sumber Segala Kecemasan
5.
Melemahkan Sisi Positif Manusia
6.
Neraka Sebagai Balasan Di Akhirat
Dan dapatlah sekalian memahami bahawa syirik itu lebih besar dosanya, lebih besar akibatnya, lebih besar segalanya daripada tidak menutup aurat. Ditengah-tengah kesibukan para pendakwah menyeru supaya menutup aurat dengan berbagai-bagai usaha - seperti „Kempen Bi‟ah Solehah‟ – para pendakwah juga sewajibnya menyeru kepada pemurnian akhidah dengan Jika tidak menutup aurat itu – sebagai contoh – adalah kesalahan berkaitan dengan perilaku mukallaf, kesalahan syirik itu adalah lebih besar, kesalahan berkaitan dengan iqtikad mukallaf. Pukulan Allah s.w.t untuk yang kedua tersangat keras berbanding yang pertama. pertama.
Penutup Al-Allamah memohon kepada Allah: “ Ya Ya
Allah,
kami
memohon
perlindungan
daripadaMu
agar
kami
tidak
menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami mengetahuinya, dan mohon ampunan daripadaMu daripada yang kami tidak ketahui ” ”. Sekian.