panduan dalam penggunaan Scania Diagnose & Progam 3
Laporan Reflektif sdpFull description
SDPFull description
-Deskripsi lengkap
kasusFull description
Deskripsi lengkap
Full description
kemahiran asas kaunselingFull description
Full description
Full description
Ini adalah refleksi penganjuran sukantara di Institut Pendidikan Guru kampus dato' razali ismail (IPG KDRI)Full description
Full description
Full description
REFLEKSI Seni dalam Pendidikan (SDP) merupakan satu kursus yang ditawarkan kepada guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai medium untuk diaplikasikan dalam bidang pengkhususan
masing-masing
(Kementerian
Pendidikan
Malaysia,
2015).
Bagi
menyempurnakan tugasan yang diberikan, saya telah menggabungkan elemen-elemen yang terkandung di dalam SDP dan menghasilkan satu kit pembelajaran bagi murid berkeperluan khas. Kit pembelajaran yang saya hasilkan diberi nama ‘Kit Ria’ bagi menampilkan konsep utama kit ini iaitu pembelajaran secara menyeronokkan dan ceria. Penggunaan kit ini menggabungkan elemen SDP iaitu seni muzik, pergerakan, dan visual di dalam satu aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang sama. Penulisan refleksi ini akan memfokuskan kepada kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan sepanjang proses penghasilan ‘Kit Ria’ Bagi kekuatan sepanjang penghasilan kit ini, penggabungan dua idea dan pandangan dari pasangan dilihat sebagai elemen terpenting bagi mendapatkan satu hasil yang baik. Sesi perkongsian idea yang dilakukan antara saya dan pasangan saya iaitu Saudari Asyikin banyak membantu dalam penjanaan idea bagi menghasilkan satu kit yang terbaik. Kekuatan kedua yang dapat dilihat sepanjang penghasilan kit ini ialah komitmen yang diberikan antara pasangan. Walaupun kami mempunyai jadual yang padat serta komitmen yang banyak terhadap urusan-urusan lain, namun saya dan saudari Asyikin berjaya untuk menyiapkan kit ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Malah, kami menyiapkan semua set-set yang terkandung di dalam kit ini secara bersama bermula dari segi pemilihan dan pembelian bahan sehingga proses penghasilan kit dilakukan. Kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan daripada pensyarah pembimbing juga merupakan kekuatan yang dapat dilihat sepanjang proses penghasilan kit ini. Hal ini demikian, pensyarah pembimbing banyak memberikan panduan dalam membantu menghasilkan ‘Kit Ria’. Jika kita lihat kelemahan sepanjang penghasilan kit ini pula, saya mendapati kit yang dihasilkan amat ringkas berbeza dengan penghasilan kit-kit pembelajaran yang dihasilkan oleh rakan-rakan sekelas yang lain yang bersifat lebih kompleks. Ini menunjukkan saya dan pasangan tidak dapat melaksanakan sebarang inovasi terhadap kit yang dihasilkan. Walaupun begitu, kami mengambil inisiatif bagi menghasilkan inovasi terhadap kaedah pelaksanaan PdP kami dengan menggabungkan penggunaan ICT, berpusatkan murid dan juga berpusatkan bahan. Kelemahan yang wujud ini telah membawa kepada penghasilan kaedah pelaksanaan PdP menggunakan ‘Kit Ria’ ini secara optimum, kreatif dan holistik yang mana melibatkan semua murid di dalam kelas pada satu masa yang sama sekaligus tiada isu guru hanya fokus pada murid-murid tertentu sahaja wajar ditimbulkan. 4
Selain itu, bagi cadangan penambahbaikan pula kami melihat kepada penggunaan bahan bagi ‘Kit Ria’ ini yang mana penggunaan kad manila, kertas keras, batang kayu dan kertas bercetak boleh ditukar dengan menggunakan bahan yang lebih tahan lama seperti bongkah kayu yang selalu digunakan bagi penghasilan permainan kanak-kanak. Namun, penggunaan bahan-bahan tersebut melibatkan kos yang lebih banyak. Kesimpulannya, diharapkan penghasilan kit pembelajaran ini dapat membantu mana-mana pihak mendapatkan idea bagi inovasi kaedah PdP yang lebih menarik selain dapat membantu menarik perhatian murid di dalam kelas.