REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPG KKB NAMA
: MOHAMAD AZLAN BIN MOHD KAMARUDDIN
TEMPAT
: LATA BELATAN, BESUT, TERENGGANU
TARIKH
: 1-3 SEPTEMBER 2013
Sebagai pasukan Unit Beruniform, aktiviti perkhemahan amat dititik beratkan kerana melalui aktiviti seperti ini dapat melahirkan pemimpin yang berdedikasi yang bakal menjadi pemimpin di sekolah-sekolah setelah ditempatkan di mana-mana sekolah. Oleh itu, sangat penting guru pelatih didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan tentang perkhemahan seperti bagaimana cara mendirikan khemah dengan betul, membina pelnbagai gejet, menguasai pelbagai jenis ikatan dan simpulan, kemahiran membina gadget dan pioneering, pengurusan diri dan ikhtiar hidup di hutan, pertolongan cemas serta pelbagai jenis aktiviti social kemasyarakatan. Tambahan pula, melalui aktiviti perkhemahan juga, sikap kerjasama dan kesatuan dalam melksanakan kerja juga dapat diterapkan dalam diri individu peserta. Hal ini akan menjadi punca kejayaan sesuatu pasukan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dengan jayanya. Amalan nilai-nilai murni ini bukan sahaja dapat diterapkan sepanjang perkhemahan, malah juga dapat diterapkan semasa sebelum dan selepas perkhemahan. Selain itu, pengajaran ini juga dapat dilaksanakan secara realistic, bukan hanya sekadar teori. Tambahan pula, pengajaran secara pengalaman secara langsung ini dapat member kesan yang lebih mendalam dan lebih sukar untuk dilupakan. Pada 28 Julai 2013, Kami telah diberi taklimat secara rasmi oleh pensyarah penasihat Bulan Sabit Merah, En Hazidi
tentang aktiviti perkhemahan yang akan
diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2013 di Dewan Terbuka NN. Setelah mendapat taklimat, Kami bertindak segera untuk memastikan perkhemahan ini berjalan dengan lancar dengan membuat jadual pembahagian tugasan mengikut kumpulan. Walau bagaimanapun, setiap kerja yang dibahagikan tetap melibatkan semua ahli Bulan Sabit Merah kerana untuk meringankan beban ahli tersebut sementara ahli tersebut bertindak
sebagai ketuayang mengetuai tugasan tersebut. Hal ini akan menjadikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan teratur. Pada hari tersebut, setiap Pasukan Unit Beruniform dikehendaki mengambil barangan yang akan dibawa ke tapak perkhemahan. Sepanjang mengambil barang, saya dapati kerjasama dalam ahli kumpulan sangat penting untuk memastikan kerja yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, kami juga telah menyediakan senarai barangan yang diperlukan agar memastikan tiada barang yang tertinggal. Hal ini menunjukkan kemahiran menguruskan logistik barangan sangat penting untuk memastikan barangan yang diambil dan yang akan dihantar semula mencukupi sama seperti jumlah yang diambil. Hal ini sangat penting untuk menerapkan nilai seorang ahli Bulan Sabit Merah yang merupakan individu yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Setelah selesai menguruskan barangan yang perlu dibawa, kami diberi taklimat akhir perkhemahan sekali lagi untuk membincangkan tentang segala perlatan dan persiapan sebelum bertolak ke tapak perkhemahan di Lata Belatan, Besut, Terengganu. Selain itu, kami juga mengambil kesempatan ini untuk membincangkan menu yang akan dimasak sepanjang berada di tapak perkhemahan dan membuat pembahagian tugasan serta membuat jadual tukang masak. Hal ini supaya setiap perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sistematik. Tambahan pula, sekiranya pembahagian tugasan dapat dimaklumkan kepada ahli dengan lebih awal, setiap individu akan bertanggungjawab supaya bersedia untuk bertindak setelah arahan dikeluarkan. Perancangan awal juga dapat dibuat supaya tidak berlsku huru-hara semasa mengendalikan tugasan. Tanggal 1 Ogos 2013, Hari Isnin, tepat jam 7.00 pagi, kami telah berada di tempat bekumpul sementara menunggu bas iaitu di Padang IPGKKB. Kami telah bekerjasama mengangkat barang untuk dimasukkan ke dalam bas. Kami telah membuat rantaian untuk mengangkut barangan dengan lebih cekap dan teratur. Tambahan pula, dengan menggunakan kaedah ini, kami dapat menjimatkan tenaga dan masa untuk mengangkat barangan dan dapat bertolak lebih awal. Disamping itu, AJK logistik meneruskan pelaksanaan tugasan mereka untuk membuat semakan terakhir
tentang barangan yang akan dibawa untuk mengelakkan daripada tertinggal barangan. Dengan kerjasama ahli BSM tersebut, kerja logistiK dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan kemas. Hal ini menunjukkan segala perancangan awal dan membuat list barangan serta jadual aliran kerja sangat membantu kami untuk memastikan apa yang dirancang dapat berlangsung dengan lancar. Tepat jam 7.55 pagi, kami telah selesai mengangkat barang-barangan yang akan dibawa ke dalam bas setelah selesai membuat semakan sebelum bertolak. Kemudian, kami telah bertolak Ke Lata Belatan pada jam 8.00 pagi . Perjalanan kami ke Lata Belatan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih ini telah memberi peluang kepada saya untuk menghayati nikmat bermusafir yang mempunyai kelebihan tersendiri. Di samping itu, hal ini juga menunjukkan bertapa mudahnya untuk kita menjadikan setiap perbuatan atau amalan kita dapat dijadikan sebagai satu ibadat serta manjadikan setiap perbuatan kita bukan hanya mendapat manfaat di dunia sahaja, malah di Akhirat jua. Setelah 1 jam perjalanan, kami telah berhenti di sebuah kedai untuk makan pagi. Selepas makan, kami meneruskan perjalanan kami ke Lata Belatan. Tepat jam 12 tengah hari, kami telah tiba di destinasi kami iaitu Lata Belatan, Besut, Terengganu. Kami diarahkan mengangkat barang-barangan yang kami bawa ke tapak perkhemahan. Separuh daripada barang kami diangkat menggunakan kenderaan yang telah disediakan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat pembahagian tugas. Ada ahli yang ditugaskan untuk mendirikan khemah, dan ada juga dikehendaki menyediakan makanan untuk dinikmati bersama-sama. Dengan adanya pembahagian kumpulan untuk menjalankan pelbagai tugasan, sesuatu gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan sistematik. Selain itu, kerjasama yang baik juga dapat diterap dalam diri bakal guru pemulihan. Setelah selesai melaksanakan tugas mengikut kumpulan masing-masing, kami makan tengah hari sebelum mendengar taklimat perkhemahan daripada pihak GERKO. Tepat jam 3.00 petang, kam dikehendaki berkumpul dan mendengar taklimat dan penerangan pelbagai aspek iaitu aktiviti, keselamatan, kebersihan dan sebagainya. Kemudian kami dipecahkan kepada kumpulan pasukan unit beruniform untuk melaksanakan aktiviti mengikut pasukan. Kami pulang semula ke tapak perkhemahan
untuk menyelesaikan tugasan yang masih belum selesai. Kumpulan yang terlibat dengan masakan meneruskan tugas mereka untuk masak makan malam. Pelbagai aktiviti telah kami laksanakan sepanjang perkhemahan ini. Contohnya mengikuti kelas ikatan dan balutan, pertolongan cemas, senamrobik, menyanyi lagu BSMM, malam kebudayaan dan sebagainya. Pada malam tersebut adalah malam kemuncak perkhemahan iaitu malam kebudayaan, kami dikehendaki membuat persembahan mengikut pasukan unit beruniform. Pelbagai persembahan menarik yang telah dipersembahkan oleh pasukan yang terlibat. Alhamdulillah, walaupun pasukan kami telah tidak mendapat tempat yang pertama untuk persembahan pada malam kebudayaan tersebut tetapi kami semua seronok. Pada keesokan harinya, kami dikejutkan dengan mengikuti ‘Bantuan Operasi Menyelamat dan saya pada masa itu ditugaskan menjaga di bahagian Hospital Field (HF). Hal ini memeberi pengalaman bermakna kepada saya sepenjang mengikuti aktiviti perkhemahan ini dan sebagai Persediaan kepada diri saya sekiranya saya tersesat di dalam hutan. Apa yang penting bagi ahli BSMM ialah tida perlu panik semasa berlaku masalah
Pada jam 3 petang setelah selesai solat zohor, kami mula mengemas peralatan perkhemahan sebelum majlis penutup bermula. Kami saling bekerjasama menguruskan segala peralatan dan memastikan tapak perkhemahan kembali kepada keadaan asal. Setelah selesai majlis penutup, kami terus berangkat pulang ke kampus untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Kami berharap aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi kerana pelbagai manfaat dapat saya peroleh. Hal ini juga turut mengajar erti kehidupan yang sebenar kepada saya dan membuat diri saya supaya bersyukur dengan apa yang telah saya miliki hari ini.