PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH
Modul Pembelajaran MPU2031 UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP)
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
ii
BAHAN
PENGAJARAN
DAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
November 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Notis Hak Cipta
ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iii
Falsafah Pendidikan Guru
iii
Kandungan
iv
Panduan Pelajar
v
Ikon
vii
Agihan Tajuk
viii
Tajuk Pembelajaran UNIT 1
Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Pergerakan Unit Beruniform (Pengakap)
UNIT 2
Kemahiran Perkhemahan
UNIT 3
Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan
1 88 141
Rujukan
169
Panel Penulis Modul
170
iv
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
Modul
pembelajaran
ini
disediakan
untuk
membantu
pelajar
menguruskan
pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka manakala 40% ialah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran kendiri.
v
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten: 1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Penyelidikan 4. Pengalaman 5. Refleksi
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
PENTAKSIRAN Pencapaian pelajar dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus 100%. Ujian amali akan dilaksanakan semasa aktiviti perkhemahan.
vi
IKON
HASIL PEMBELAJARAN UNIT
AKTIVITI
PENYELIDIKAN
PENGALAMAN
REFLEKSI
RUJUKAN
CARIAN INTERNET
vii
viii
AGIHAN TAJUK Nama Kursus
: UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP)
Kod
: MPU2031
Kandungan modul ini dibahagi kepada tiga unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuktajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.
TAJUK / TOPIK
JUMLAH JAM PEMBELAJARAN (10 Jam)
MODUL
BERSEMUKA
(4 jam)
(6Jam)
CATATAN
1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform (Pengakap) 1.1 Perlembagaan Pertubuhan • Prinsip-prinsip asas pertubuhan* • Perlembagaan pertubuhan* • Lambang dan cogan kata* • Bendera dan lagu pertubuhan • Persetiaan/Ikrar dan undang-undang pertubuhan 1.2 Sejarah Unit Beruniform • Sejarah pengasas* • Sejarah penubuhan* • Sejarah penubuhan di Malaysia* • Tujuan penubuhan* • Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan*
2
1.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan • Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa (jika ada)* • Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/ IPG* • Struktur dan organisasi
ix
Unit 1 1 jam
1
Perlu dibaca sebelum interaksi bersemuka
peringkat sekolah dan kumpulan* • Fungsi Majlis Tadbir* 1.4 Pengurusan dan Pentadbiran • Pendaftaran ahli • Struktur unit • Pengurusan folio/Buku Log • Tanggungjawab pemimpin • Pakaian seragam ahli dan pemimpin • Takwim dan rancangan aktiviti
2. Kemahiran Perkhemahan • Kraf Perkhemahan Pengurusan dan penjagaan khemah Tujuan dan faedah membuat gajet Jenis-jenis gajet dan kegunaannya • Simpulan Tali Temali Enam Jenis Simpulan Asas o Simpul Manuk o Simpul Buku Sila o Simpul Tindih Kasih o Simpul Bunga Geti o Simpul Balak o Simpul Belit
6
• Ikatan Tiga jenis ikatan o Seraya o Serong o Lilit Kacang • Ikhtiar Hidup Masakan solar/rimba Membuat perangkap • Asas Kawad Kaki dan Istiadat Bahasa Hukuman
x
Unit 2 2 jam
4
Perlu dibaca sebelum interaksi bersemuka
Kawad statik dan dinamik Kawad formasi • Asas Pertolongan Cemas Tujuan dan prinsip Anduh dan balutan Merawat luka dan gigitan Melecur, pitam dan patah Keracunan dan terseliuh Pemulihan pernafasan
3. Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan • Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan Kebangsaan/ Antarabangsa Konsep Penglibatan Sijil Tujuan perkhemahan Jenis perkhemahan Struktur Organisasi Staf Perkhemahan Perancangan dan persiapan awal Pemilihan tempat Aspek keselamatan Kemudahan asas Pemeriksaan pagi Surat-menyurat Laporan dan refleksi JUMLAH JAM
4. Amali Perkhemahan Unit Beruniform (4 hari 3 malam)
JUMLAH JAM KESELURUHAN
2
Unit 3 1 jam
1
Perlu dibaca sebelum interaksi bersemuka
10
22
32
xi
4
6
22
UNIT 1
PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP)
Hasil Pembelajaran Unit
Pada akhir unit ini ahli pengakap akan dapat : 1.
menjelaskan tentang prinsip-prinsip asas pergerakan pengakap, termasuklah logo, cogan kata, persetiaan dan undang-undang pengakap dengan tepat;
2.
menyanyikan Lagu Pengakap Malaysia dengan baik dan betul;
3.
menghuraikan konsep dan sejarah penubuhan pergerakan pengakap di dunia, Malaysia dan di IPGM;
4.
melakukan Istiadat-istiadat Pengakap dengan betul dan sempurna;
5.
menghuraikan secara kritis tentang struktur pentadbiran, sistem keahlian dan pemakaian pakaian seragam pengakap; dan
6.
mampu untuk mengurus dan mentadbir pergerakan pengakap di sekolah dengan baik, jujur dan berkesan.
Sinopsis Unit ini menerangkan tentang konsep dan sejarah penubuhan pergerakan pengakap di dunia, Malaysia (Tanah Melayu) dan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Unit ini turut membincangkan tentang struktur pengurusan dan pentadbiran serta barisan kepemimpinan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) di peringkat negara, negeri, daerah dan kumpulan serta proses keahlian pengakap di peringkat negara dan negeri. Di samping itu, cara pemakaian pakaian seragam serta penggunaan lencana-lencana pengakap turut dibincangkan juga dalam unit ini. Semoga sub-subtopik yang dibincangkan dalam unit akan akan memberikan manfaat kepada jurulatih, pemimpin serta ahli pergerakan pengakap, khususnya di IPGM.
1
1.0
PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM
1.1
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN (PERGERAKAN PENGAKAP)
1.1.1 Rasional i.
Objektif Persekutuan Pengakap Malaysia dalam urusan kepemimpinan adalah untuk membolehkan setiap pemimpin berupaya untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan memimpin golongan kanak-kanak dan belia-remaja dari segi pertumbuhan intelek, rohani, emosi, jasmani (IREJ) dan sosial. Untuk mencapai objektif tersebut, pemimpin perlu diberikan galakan dan latihan untuk membolehkan mereka menggunakan kaedah kepengakapan (Scout Method) melalui sistem yang progresif dengan berasaskan kepada Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap.
ii.
Program latihan untuk pemimpin merupakan program yang diberikan keutamaan disebabkan segala didikan dan asuhan, mutu latihan dan aktiviti yang akan diterima oleh ahli-ahli pengakap dan golongan belia bergantung kepada pemimpin yang mempunyai kemahiran, kecekapan, berkebolehan tinggi, berdaya usaha dan berdisiplin.
iii.
Dasar latihan keguruan yang menitikberatkan kemahiran asas (Initial Training) dan menjurus ke arah matlamat 4K, iaitu KEPENGURUSAN, KEPIMPINAN, KEPEGAWAIAN dan KEJURULATIHAN, merupakan satu matlamat untuk menyediakan pemimpin yang mampu menjayakan hasrat negara untuk membentuk warganegara yang berguna dan berdisiplin.
1.1.2 Prinsip-prinsip Asas Kepengakapan i.
Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
ii.
Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalam Pergerakan Pengakap yang memautkan Penyatuan Pengakap seperti yang berikut: a.
Pergertian Pengakap Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.
b.
Matlamat berpengakap Untuk melatih dan menggalakkan perkembangan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial (IREJS) dalam kalangan generasi muda supaya berpeluang mengambil bahagian dalam pembangunan masyarakat untuk
2
menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap agama dan negara serta masyarakat antarabangsa. c.
Prinsip-prinsip berpengakap dan ekpresi mereka dalam perjanjian dan undang-undang. Prinsip pergerakan Pengakap terdapat dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap, iaitu:
• Menghayati kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan; • Tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan Negara; • Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia serta mengelakkan diri daripada bersifat kejam; dan • Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekelilingnya. (i)
Undang-undang Pengakap: Undang-undang perlu diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih anggota pengakap patuh pada peraturan, khususnya pada PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip-prinsip ini merupakan suatu nilaian yang positif dengan mematuhi setiap intisari yang terkandung didalamnya dan tidak boleh diubah-ubah.
(ii)
Dasar Keagamaan: Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun Agama masing-masing. (a)
Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama: • Persekutuan tidak menghadkan hanya satu agama sahaja kepada ahlinya kerana mereka mestilah mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing serta menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya. • Sekiranya ahli dalam kumpulan tersebut menganut dan mengamalkan satu agama sahaja maka pemimpin kumpulan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat sembahyang atau tempat beribadat untuk mereka menunaikan ibadat. • Pemimpin perlu menyediakan seorang pegawai yang arif tentang rukun agama sebagai pakar rujuk, jika timbul sebarang masalah atau isu.
(b)
Ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan: • Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli daripada pelbagai agama, maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama dan kepercayaan masingmasing. • Dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas meliputi semua ahli dalam kumpulan kerana ia menyalahi peraturan atau tegahan dalam rukun agama ahli dalam kumpulan tersebut.
3
• Pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga dan mengawasi kumpulan supaya perkara seperti ini tidak berlaku yang boleh mengakibatkan Persekutuan dicemuh oleh masyarakat. (iii)
d.
Kewarganegaraan: (a)
Menjadi seorang warganegara yang baik dan rela berkorban untuk mempertahankan maruah diri sendiri, keluarga, agamanya dan negaranya.
(b)
Menghormati ibu bapa, keluarga, pemimpin-pemimpin untuk memperkuatkan keperibadiannya sebagai seorang warganegara yang sihat, patuh, dedikasi dan intelektual.
(c)
Bersopan santun, berbudi bahasa dan berlemah lembut apabila menyampaikan maklumat penting terhadap komuniti dan masyarakat dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama sebagai pembina perpaduan rakyat atau masyarakat majmuk.
(d)
Menumpukan ketaatsetiaan dan mematuhi perlembagaan negara agar menjadi seorang warganegara yang berharmoni serta menjunjung perintah.
(e)
Memupuk perpaduan rakyat dan menghormati kebudayaan dan adat resam antara kaum di negara ini.
Kaedah atau Cara Berpengakap (i)
Kaedah atau cara berpengakap Memajukan Diri Sendiri melalui:
ialah
Sistem
Pembelajaran
(a)
Keanggotaan secara sukarela untuk berpakaian seragam dalam sebuah pasukan;
(b)
Mematuhi rukun hidup seperti yang ditegaskan dalam Persetiaan Pengakap;
(c)
Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh cabaran dan daya tahan;
(d)
Berpeluang menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab;
(e)
Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan kecil;
(f)
Belajar dari pengalaman berpengakap; dan
(g)
Menyediakan skim anugerah untuk memberikan galakan dan penyertaan yang meluas dalam aktiviti-aktiviti sebagai perakuan terhadap kejayaannya.
4
1.1.3 Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia i.
Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undangundang tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan. Perlembagaan diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan untuk membentuk undang-undang, sama ada di pihak pemimpin mahupun di pihak ahli. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan, khususnya kepada ahli.
ii.
Oleh itu, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan Pengakap Malaysia.
iii.
Dengan kata lain, perlembagaan ialah undang-undang.
iv.
Sehubungan dengan itu, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di institusi pendidikan, sama ada di sekolah, institut pendidikan guru atau di institusi pengajian tinggi perlu mempunyai perlembagaan dan undang-undang tubuhnya yang tersendiri.
v.
Mengikut Akta Perdaftar Pertubuhan, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan perlu mendaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan atau ROS.
vi.
Pergerakan pengakap yang ditubuhkan di institusi pendidikan tidak perlu menyediakan perlembagaan kerana PPM selaku badan induk telah pun mempunyai perlembagaan. Oleh itu, persatuan tersebut perlu merujuk dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan oleh PPM.
vii.
Fungsi sesebuah perlembagaan dan undang-undang kecil persatuan atau pertubuhan adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan atau pertubuhan berkenaan. Perlembagaan dan Undang-undang Kecil juga bertujuan untuk melancar dan melincinkan perjalanan sesebuah persatuan atau pertubuhan kerana perlembagaan akan dapat menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli biasa yang menganggotai persatuan atau pertubuhan yang berkenaan.
viii.
Justeru itu, PPM amat memerlukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuhnya yang tersendiri untuk memasti dan menentukan dasar dan arah tuju perjalanan PPM dengan cara yang betul, teratur dan berkesan.
ix.
Jenis Perlembagaan: a.
Ada dua jenis perlembagaan, iaitu: (i)
Perlembagaan bertulis; dan
(ii)
Perlembagaan tidak bertulis.
5
x.
xi.
b.
Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Perlembagaan bertulis sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan dilakukan pindaan.
c.
Perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu kanun atau dokumen, misalnya adat resam dan pantang larang.
d.
Dalam konteks Persekutuan Pengakap Malaysia, Perlembagaan persekutuan yang telah digubal dan diterima pakai sejak PPM ditubuhkan adalah Perlembagaan Bertulis, bukannya perlembagaan lisan.
Pada amnya, perlembagaan persatuan atau pertubuhan mempunyai beberapa perkara seperti yang berikut: a.
Nama dan alamat persatuan atau pertubuhan;
b.
Matlamat;
c.
Keahlian;
d.
Ahli Jawatankuasa (bilangan, senarai tugas dan seumpamanya);
e.
Kewangan persatuan atau pertubuhan;
f.
Pembatalan dan pembubaran persatuan atau pertubuhan;
g.
Pindaan perlembagaan persatuan atau pertubuhan;
h.
Mesyuarat persatuan atau pertubuhan; dan
i.
Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan mengikut kesesuaian.
Tujuan atau fungsi perlembagaan: a.
Untuk mewujudkan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang adil dan bersih.
b.
Untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa.
c.
Mengawal pergerakan pemimpin dan ahli (orang bawahan).
d.
Sebagai alat untuk menyelesaikan konflik atau masalah dalaman, khususnya kerana perlembagaan merupakan dokumen dan sumber rujukan yang tepat.
e.
Melindungi hak ahli.
f.
Menyatakan peranan individu, sama ada pemimpin mahupun ahli.
g.
Menjamin keharmonian dan kestabilan pertubuhan.
6
xii.
Setiap PPM Negeri mempunyai Undang-undang Kecil yang tersendiri untuk menggerakkan PPM Negeri. Namun semua Undang-undang Kecil ini tertakluk di bawah Perlembagaan PPM yang dijadikan sebagai undang-undang tertinggi dalam PPM.
xiii.
Sekiranya Perlembagaan PPM atau Undang-undang Kecil PPM Negeri ingin dipinda, maka ia boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelebihan suara dua pertiga (majoriti) daripada ahli Majlis Pengakap Negara atau Majlis Pengakap Negeri.
xiv.
Seandainya pada peringkat tertentu pindaan perlembagaan berkenaan gagal untuk memperoleh sokongan kelebihan suara majoriti, justeru pindaan perlembagaan akan terhalang.
xv.
Perlembagaan perlu sentiasa kemas kini dan diubah suai supaya sesuai dan selaras dengan keperluan persatuan atau pertubuhan berkenaan dari semasa ke semasa.
1.1.4 Lambang dan Cogan Kata Pengakap i.
Maksud Lambang atau Logo Persekutuan Pengakap Malaysia
a.
Pecahan tiga kelopak: Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga itu: (i) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; (ii) Menolong orang pada setiap masa; dan (iii) Menurut undang-undang pengakap.
b.
Warna Kuning, Hijau dan Merah: Melambangkan unit-unit di dalam pergeraka pengakap, iaitu: (i) Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak; (ii) Hijau bagi Unit Pengakap Muda; (iii) Merah bagi Unit Pengakap Remaja.
c.
Bua butir bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan: Melambangkan Undang-Undang Pengakap.
7
ii.
d.
Ikatan berwarna hijau: Melambangkan ikatan persaudaraan Pengakap.
e.
Lingkaran tali berwarna kuning: Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia.
f.
Anak bulan dan bintang: Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam.
g.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang: Menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
h.
Bintang pecah 14 (warna kuning): Melambangkan 14 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalam Malaysia.
Cogan kata Pengakap Malaysia (a)
Cogan kata Persekutuan Pengakap Malaysia ialah “Selalu Sedia”.
(b)
Namun setiap unit pengakap juga mempunyai cogan kata masing-masing seperti yang berikut: (i)
Pengakap Kanak-kanak (PKK): ”BUAT HABIS BAIK”
(ii)
Pengakap Muda (PM): ”SELALU BERSEDIA”
(iii)
Unit Pengakap Remaja (UPR): ”PANDANG LUAS”
(iv)
Pengakap Kelana (PK): ”BERKHIDMAT”
1.1.5 Bendera dan Lagu Persekutuan Pengakap Malaysia i.
Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
8
ii.
Seni Kata Lagu Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama (Korus) Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan Negara Berbudi, bersaudara Taat menurut perintah Kami bangga junjung citi-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung citi-cita Pengakap Malaysia Lagu Lirik
: : : Gubahan
Hafiiz b Khamis YBhg Dato’ Kaharuddin Momin Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin : Abdul Razak Abdul Rahman
1.1.6 Persetiaan dan Undang-undang Pengakap i.
Persetiaan Pengakap
9
i.
Undang-undang Pengakap a.
Terdapat 10 Undang-Undang Pengakap, iaitu:
10
1.2
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
1.2.1 Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia i.
Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth BadenPowell atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British) berpangkat Leftenan Jeneral.
ii.
Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” - dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana.
iii.
Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak.
LORD ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN-POWELL PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP
iv.
Semasa cuti persekolahan BP bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara, berjalan kaki, berkhemah, belayar dan berperahu di beberapa buah tempat di England. Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna kepada BP, khususnya dari segi sikap bekerjasama dan mematuhi perintah (ketua).
v.
Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya. Setelah berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda dan mula bertugas ke merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan Afghanistan pada tahun 1876. Kemudiannya beliau telah dihantar ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
11
v.
Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Benua Afrika untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ, BP digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. BP juga pernah mendapat gelaran IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tidak pernah tidur atas sifatnya yang sentiasa berhatihati terhadap pergerakan musuh semasa dalam peperangan.
1.2.3 Permulaan Pengakap i.
Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin pasukan Dragon Guard ke-5. Sebagai Kolonel, beliau pernah menghadiahi lencana SCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada askaraskarnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam ketenteraan.
ii.
Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids to Scouting (Bimbingan Pengakap) pada tahun 1899, yang menceritakan tentang kisah peninjauan di India serta hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan tugas sebagai utusan atau pemberita menggantikan tentera di medan perang ketika pasukannya dikepung musuh.
BUKU AIDS TO SCOUTMASTERSHIP
iii.
Dalam jangka waktu yang hampir sama, BP telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda mempertahankan sempadan British daripada serangan orang Boer, iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orangorang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British. Pengepungan ini telah mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer.
iv.
Dalam peperangan tersebut, BP hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding tentera Boer yang berjumlah 9,000 orang. Dengan tipu helah yang beliau lakukan, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah
12
menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya BadenPowell berjaya memenangi peperangan itu. v.
Kemenangan tersebut menyebabkan BP dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat tersebut pada masa itu. Selepas peperangan Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
vi.
Setelah bersara dari tentera, BP telah kembali ke England. Ekoran daripada sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku Aids to Scouting, khususnya dalam kalangan kanak-kanak telah mendorong BP menganjurkan satu perkhemahan selama 10 hari di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907. BP telah menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku Aids To Scouting.
POSTER DAN BATU PERINGATAN PERKHEMAHAN PERTAMA PENGAKAP DI PULAU BROWNSEA, ENGLAND
vii.
Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia. Seramai 20 orang budak-budak pengakap telah menyertainya dan dibahagikan kepada empat sekawan atau empat patrol. Mereka diajarkan cara-cara mendirikan khemah, memasak, mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa, cara-cara untuk mengesan jejak sepanjang perkhemahan dijalankan.
viii.
Pada malam terakhir perkhemahan telah diadakan aktiviti Malam Unggun Api. Kejayaan penganjuran perkhemahan pengakap di Pulau Browsea telah berjaya menyuntik ramai kanak-kanak untuk menyertainya.
ix.
Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku secara bersiri bertajuk Scouting for Boys (Ilmu Pengakap untuk Kanak-Kanak) yang memuatkan segala pengalaman beliau semasa bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan pertama pengakap di Pulau Brownsea. Buku tersebut telah berjaya memikat lebih ramai lagi kanak-kanak kepada pengakap.
13
BUKU SCOUTING FOR BOYS OLEH LORD BADEN POWELL
xi.
Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Canada, Amerika Syarikat, Ghana, India dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia seperti di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan Malaysia.
xii.
Pada tahun 1912, BP telah berkahwin dengan Olave St. Clare Baden-Powell dan dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata.
KELUARGA LORD BADEN-POWELL
xiii.
Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai Gilwell Park di England
GILWELL PARK DI ENGLAND
14
CONTOH MANIK KAYU DAN LENCANA GILWELL
xiv.
Setahun kemudian (1920), Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad, Old Deer Park, Richwood, London. BP kemudiannya telah dilantik sebagai Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa Jambori tersebut.
xv.
1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya (Afrika) bersama isterinya, Lady Baden Powell. Sebelum berpindah, BP sempat menganjurkan Jambori Pengakap di Washington DC pada tahun yang sama.
vi.
LENCANA JAMBORI PENGAKAP
Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang kepengakapan, BP telah dianugerahi gelaran Pengakap Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord oleh Ratu England.
xvii. BP juga telah dianugerahi gelaran Lord Baden-Powell of Gilwell. Pada tahun 1922, BP telah dianugerahi pingat French Legion of Honour. xviii. BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Manakala isteri beliau, Lady BadenPowell yang merupakan pengasas Pandu Puteri meninggal dunia pada 25 Jun 1977.
15
1.2.4 Sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia i.
Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah Melayu/Malaya ketika itu) oleh Frank Copper Sands, seorang pendidik dan jaguh pengakap dari Nottingham, England di Institut Victoria (Victoria Institution), Singapura pada tahun 1910, iaitu dua tahun selepas pergerakan pengakap dimulakan di Great Britain. Seramai 30 orang kanak-kanak telah menyertai pergerakan tersebut.
FRANK COOPER SANDS DAN PERGERAKAN PENGAKAP DI SINGAPURA
ii.
Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang paling awal menubuhkan pergerakan pengakap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1908 diikuti Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas.
iii.
Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada tahun 1912 oleh G.M. Laidlow. Dikuti Sabah pada tahun 1913. Pada tahun 1915, pengakap telah ditubuhkan di Sarawak, manakala H.R. Cheesman telah menubuhkan pengakap di Penang Free School, Pulau Pinang.
ABDULLAH AHMAD BADAWI (GAMBAR KANAN) SEMASA MENYERTAI PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MERTAJAM
iv.
Pergerakan Pengakap khusus untuk anak-anak Melayu telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff.
16
v.
Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Dikuti Kedah dan Perlis pada tahun 1922. Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925 oleh Brunstone.
vi.
Pada tahun 1926, pengakap telah ditubuhkan di Selangor oleh Ameen Akbar, manakala Terengganu oleh A.J. Gracle pada tahun yang sama. Kelantan pada tahun 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong dan Johor pada tahun 1928 di Maktab Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. Dipercayai jumlah keahlian pengakap pada masa ini melebihi 85,000 orang.
vii.
Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura disatukan di bawah satu persekutuan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya dan diletakkan di bawah Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain dengan setiap negeri sebagai satu Daerah Pengakap. Sabah dan Sarawak menjadi ahli cawangan Great Britain.
IBU PEJABAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
viii.
Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua cawangan yang berasingan daripada Great Britain. Setiap cawangan mempunyai Persekutuan Negeri yang dibahagikan kepada beberapa Daerah Pengakap yang mempunyai Persekutuan-persekutuan Tempatan yang dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.
ix.
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya kemudiannya telah menjadi satu badan bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.
x.
Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan taraf menjadi satu cawangan penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi anggota Kawasan Asia Pasifik.
xi.
Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Budakbudak Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan Budak-budak Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak.
17
xiii.
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang dianggotai 14 Majlis Pengakap Negeri, termasuk Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun 1972) tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974.
Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 – Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974 “…Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut : 1.
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974.
2.
(1) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah Seksyen 3(1) Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968. (kemudian daripada ini disebut ‘persekutuan’ itu) hendaklah selepas akta ini berkuat kuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia dan semua sebutan di dalam akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai persekutuan ini hendaklah ditaksirkan sewajarnya…”
AKTA PARLIMEN NO. 38 TAHUN 1968 PINDAAN AKTA PARLIMEN NO. 143 – AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUN 1974
xiii.
Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-budak yang terdapat pada nama Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
xiii.
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.
1.2.5 Sejarah Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKLMIPG) i.
Peringkat awal penubuhan: a.
Pergerakan pengakap di Maktab-maktab Perguruan (kini Institut Pendidikan Guru) telah lama wujud dengan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tg. Malim menjadi maktab perguruan yaqng pertama menubuhkan pergerakan
18
pengakap, diikuti Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPM), Durian Daun, Melaka dan seterusnya di semua maktab perguruan di Malaysia.
ii.
b.
Pada masa itu, pergerakan-pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran negeri yang berbeza mengikut lokasi maktab perguruan tersebut berada. Misalnya, Pergerakan Pengakap MPSI diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Perak, manakala Pergerakan Pengakap MPPM diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Melaka. Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Kelantan, manakala Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Pulau Pinang.
c.
Disebabkan pengurusan pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan diletakkan di bawah pengurusan negeri yang berbeza, justeru tidak wujud keselarasan pengurusan dan pentadbiran di antara pergerakan-pergerakan pengakap tersebut.
d.
Untuk memastikan agar pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan nampak bersatu dan setanding dengan pergerakan pengakap yang terdapat di daerah dan negeri Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), telah timbul kesedaran dalam kalangan beberapa pemimpin pengakap di maktab-maktab perguruan untuk menyatukan semua pengerakan pengakap maktab perguruan di bawah sebuah pengurusan dan pentadbiran negeri pengakap yang sama tarafnya seperti PPM Negeri pada pertengahan tahun 1980-an.
e.
Sebuah kertas kerja berkaitan penyatuan semua pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan di bawah satu bumbung telah dibuat dan diangkatkan kepada pengurusan tertinggi PPM untuk dipertimbangkan. Jika dipersetujui oleh PPM, pengurusan dan pentadbiran pergerakan pengakap maktab-maktab perguran akan diletakkan di bawah pengurusan Unit Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (MPKLMBPG): a.
Impian Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk menyatukan semua pergerakan pengakap maktab perguruan di bawah satu pengurusan dan pentadbiran negeri PPM akhirnya tercapai.
b.
Atas persetujuan PPM, pada 10 Ogos 1985, sebuah negeri PPM yang baharu telah ditubuhkan khusus untuk mengurustadbirkan semua pergerakan pengakap di maktab perguruan di seluruh Malaysia. Negeri tersebut dikenali sebagai Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian
19
SIJIL PENUBUHAN MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA, BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia atau ringkasnya MPKLMBPG. c.
MPKLMBPG telah ditubuhkan di Institut Perguruan Pendidikan Negara (IPPN), yang kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki (IAB), Pahang Darul Makmur. Manakala pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan diiktiraf sebagai sebuah daerah PPM yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia atau KLM. Setiap daerah pengakap di maktab perguruan diberikan nombor. Misalnya, Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Sultan Idris diberikan nombor KLM-01.
DOKUMEN PUNCA KUASA PENUBUHAN MPKLMBPG PADA TAHUN 1985
d.
Penubuhan MPKLMBPG telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Ketua Pengakap Negara.
e.
Tujuan utama MPKLMBPG ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan semua pergerakan pengakap di maktab-maktab/institut perguruan merangkumi 31 buah maktab perguruan seluruh Malaysia ketika itu agar pergerakan tersebut mudah untuk dijaga, diawasi dan diurustadbirkan di bawah satu pengurusan yang sama seperti yang termaktub dalam Buku Perlembagaan MPKLMBPG.
f.
MPKLMBPG beribu pejabat di Unit Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.
g.
Disebabkan MPKLMBPG di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), maka pengurusan tertinggi MPKLMBPG terdiri daripada mereka yang berada di KPM, iaitu:
h.
(i)
Penaung Utama
:
YB Menteri Pelajaran Malaysia.
(ii)
Penaung
:
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
(iii)
Yang Dipertua
:
Pengarah BPG.
(iv)
Naib Yang Dipertua :
Timbalan Pengarah BPG.
(v)
Pengerusi
Ketua Penolong Pengarah, Unit Kokurikulum, BPG, KPM.
:
Dengan kejayaan penubuhan MPKLMBPG, maka kesemua 31 buah pergerakan pengakap di maktab-maktab/institut perguruan Malaysia yang dinamakan sebagai Kumpulan Latihan Malaysia atau KLM telah berjaya disatukan di bawah satu pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri yang baharu.
20
i.
Bagi melancarkan lagi pengurusan dan perjalanan MPKLMBPG, BPG telah melantik Encik Abu Bakar bin Ahmad, pensyarah akademik dari Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG yang pertama.
j.
Beliau dibantu oleh Tuan Haji
Abdul Shukor bin Mohsin, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, BPG, KPM yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat, MPKLMBPG yang pertama pada tahun 1985. k.
Bidang kuasa yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG adalah sama seperti bidang kuasa yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang lain.
l.
Pada tahun 1994, Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG yang baharu menggantikan Encik Abu Bakar bin Ahmad yang bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan.
m.
Manakala tempat beliau sebagai Setiausaha Kehormat MPKLMBPG telah diambil alih oleh Encik Zainal bin Mohd. Salleh, Penolong Pengarah, Unit Kokurikulum, BPG.
n.
Pada tahun 2007, jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG telah diserahkan kepada Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin, pensyarah akademik di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur setelah Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan.
o.
Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin merupakan Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG yang terakhir sebelum MPKLMBPG dibubarkan dan digantikan dengan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia atau ringkasnya MPKLMIPG.
(1994 – 2007) (2007 – 2008) (1984 – 1994) PESURUHJAYA-PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MPKLMBPG
iii.
Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKLMIPG):
21
a.
Pada tahun 2008 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menaiktarafkan pusat latihan perguruan dengan mewujudkan Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi meneruskan peranan BPG untuk melatih bakal-bakal guru di seluruh Malaysia. Peranan BPG dijumudkan hanya untuk memberikan latihan tambahan atau lanjutan dalam bidang pendidikan kepada guru-guru dalam perkhidmatan. Secara tidak langsung, MPKLMBPG sudah tidak relevan lagi di BPG.
b.
Sehubungan dengan itu, bagi melangsungkan kesinambungan MPKLM sebagai sebuah negeri PPM, khususnya untuk melatih dan memimpin bakal pemimpin pengakap di IPG, MPKLMIPG telah ditubuhkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Selangor pada 17 Jun 2010 atas persetujuan YBhg Datuk Dr. Haili bin Dolhan selaku Rektor, IPGM, KPM pada masa itu.
c.
Penubuhan MPKLMIPG telah dirasmikan oleh Ybhg. Dr. Noriati binti A. Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM selaku Pengerusi, MPKLMIPG pada 29 Mac 2011 di Hotel Carlton, Shah Alam, Selangor. Manakala Majlis Perisytiharan MPKLMIPG telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie b. Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara pada 30 Mac 2011 di tempat yang sama.
d.
Selaras dengan itu, MPKLMIPG secara rasminya telah ditubuhkan menggantikan MPKLMBPG tanpa menukarkan fungsi penubuhan MPKLM yang asal, iaitu untuk menjaga dan mengawasi serta mengurustadbirkan 27 Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub di dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG.
e.
Seperti mana MPKLMBPG, MPKLMIPG juga berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Justeru pengurusan tertinggi MPKLMIPG masih terdiri daripada pegawai tertinggi yang berada di KPM, iaitu: (i)
Penaung Utama
:
YB Menteri Pendidikan Malaysia.
(ii)
Penaung
:
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
(iii)
Yang Dipertua
:
Rektor IPGM, KPM.
(iv)
Naib Yang Dipertua
:
Timbalan Rektor, IPGM, KPM.
(v)
Pengerusi
:
Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM.
(vi)
Timbalan Pengerusi I
:
Pengarah, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM, KPM.
(vii) Timbalan Pengerusi II
:
Pengarah/Ketua Jabatan,
22
Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme, IPGM, KPM. h.
Yang Dipertua MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor, IPGM, KPM yang pertama. YDP MPKLMIPG yang kedua ialah YH Dato’ Sulaiman bin Wak. YDP MPKLMIPG yang ketiga ialah YBhg. Dr. Aziah binti T.S. Abdullah. Kini jawatan YDP MPKLMIPG disandang oleh YBhg. Dr. Sariah binti Abdul Jalil mulai tahun 2017.
i.
Naib Yang Dipertua MPKLMIPG yang pertama dipegang oleh YBhg. Dr. Amin bin Senin selaku Timbalan Rektor, IPGM, KPM yang pertama. NYDP MPKLMIPG yang kedua ialah YBhg. Dr. Lee Boon Hua. Setelah Dr. Lee Boon Hua bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan, tempat beliau sebagai NYDP MPKLMIPG telah dipegang oleh YBhg. Dr. Noriati bin A. Rashid. Kini jawatan NYDP MPKLMIPG telah disandang oleh YBhg. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad setelah Dr. Noriati bersama wajib dalam perkhidmatan kerajaan pada bulan April 2017.
j.
Pengerusi MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg. Dr. Noriati binti A. Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik yang pertama di IPGM, KPM.
k.
Setelah Dr. Noriati binti A. Rashid dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Rektor, IPGM, KPM, tempat beliau telah digantikan oleh YBhg. Datin Rashidah binti Mohd. Yusof pada awal tahun 2015.
l.
Pengerusi MPKLMIPG yang ketiga dan terkini ialah YBhg. Dr. Jamiah binti Mohamad, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik yang baharu setelah Datin Rashidah binti Mohd. Yusof bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan pada penghujung tahun 2015.
DR. NORIATI BINTI A. RASHID
DATIN RASHIDAH BINTI MOHD. YUSOF
DR. JAMIAH BINTI MOHAMAD
PENGERUSI-PENGERUSI PENGAKAP NEGERI MPKLMIPG
m.
Timbalan Pengerusi I MPKLMIPG yang pertama ialah YBhg. Puan Latifah, Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar yang pertama di IPGM, KPM. Tempat beliau kemudiannya telah digantikan oleh YBhg. Tuan Haji Rahim bin Abdul Latif sehingga kini setelah Puan Latifah bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan.
n.
Jawatan Pengerusi II MPKLMIPG yang pertama dipegang oleh YBhg. Dr. Jamiah binti Mohamad, Ketua Jabatan, Jabatan Kepimpinan dan
23
Pembangunan Profesionalisme, IPGM, KPM. Jawatan tersebut kini disandang oleh YBhg. Dr. Mashitah binti Mohd. Yusuf setelah Dr. Jamiah binti Mohamad dilantik sebagai Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM. o.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (KPPNg) MPKLMIPG yang pertama dipegang oleh YBhg. Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin, Pensyarah Kanan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, menyambung tugas dan tanggungjawab sama yang sedang beliau pegang dalam MPKLMBPG. Beliau memegang jawatan ini mulai 2008 hingga beliau bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 2010.
p.
Jawatan KPPNg MPKLMIPG yang kedua dipegang oleh YBhg. En. Mohd. Radzi bin Johari, Pensyarah Kanan, IPG Kampus Ipoh, Perak mulai 2010 hingga beliau bersara wajib pada bulan April 2017.
q.
Jawatan KPPNg MPKLMIPG yang Ketiga disandang oleh YBhg. Encik Zainal Ariff bin Mat, Pensyarah Kanan, IPG Kampus Ipoh, Perak mulai April 2017 sehingga kini.
HJ. MOHD. KAMAR ZAINUDDIN
EN. MOHD. RADZI HJ. JOHARI
EN. ZAINAL ARIFF BIN MAT
KETUA-KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MPKLMIPG
r.
MPKLMIPG digerakkan berdasarkan Undang-undang Kecil, Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dan terikat dengan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia. Kesemua jawatan di atas diwujudkan berdasarkan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG.
24
BUKU UNDANG-UNDANG KECIL MPKLMIPG
1.2.6 Tujuan Penubuhan i.
Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan.
ii.
Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa.
iii.
Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu:-
iv.
a.
Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan.
b.
Menghormati diri sendiri dan orang lain.
c.
Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat.
d.
Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan.
e.
Beriman serta beramal soleh.
Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat.
25
1.2.6 Istiadat-istiadat Pengakap i.
Pengenalan: a.
Mana-mana badan atau unit beruniform, seperti Pergerakan Pengakap, Pandu Puteri dan lain-lain mempunyai beberapa istiadat yang tersendiri. Terdapat beberapa istiadat yang sama tetapi kebanyakan istiadat adalah berbeza antara satu unit dengan satu unit yang lain.
b.
Antara unit-unit beruniform tersebut, Pergerakan Pengakap dan Pandu Puterilah yang memiliki paling banyak istiadat. Antaranya, ialah: (i)
Istiadat Laung Agung (untuk PKK sahaja);
(ii)
Istiadat Bendera;
(iii)
Istiadat Melantik;
(iv)
Istiadat Meningkat Naik;
(v)
Istiadat Pemeriksaan Pagi;
(vi)
Istiadat Pengalungan Manik Kayu; dan
(vii) Istiadat Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM. ii.
Tujuan Pelaksanaan Istiadat: a.
Melatihkan diri taat kepada Tuhan;
b.
Menghargai dan menghormati pemimpin;
c.
Melatih ahli pengakap supaya lebih berdisiplin dan bersikap positif serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan;
d.
Menandakan permulaan dan tamat sesuatu aktiviti atau perjumpaan;
e.
Kaedah memberi hormat kepada tetamu;
f.
Mengingati semula asas atau asal usul Pergerakan Pengakap;
g.
Menyuburkan semangat Persaudaraan dan Perpaduan;
h.
Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan;
i.
Melahirkan semangat bertanggungjawab; dan
j.
Memahami dan membina perasaan cintakan agama dan negara melalui aktiviti:
bekerjasama,
26
kekitaan,
kejelikitan
dan
iii.
(i)
Hormat bendera (dalam Istiadat Bendera);
(ii)
Nyanyian lagu Negaraku atau lagu Kebesaran Negeri;
(iii)
Nyanyian lagu Pengakap Malaysia; dan
(iv)
Bacaan Doa.
Istiadat Laung Agung (untuk PKK sahaja): a.
Istiadat Laung Agung merupakan satu istiadat yang penting dan hanya terdapat di dalam Unit Pengakap Kanak-kanak sahaja. Istiadat ini tidak dilakukan dalam unit-unit pengakap yang lain.
b.
Istiadat Laung Agung dilakukan oleh Pengakap Kanak-kanak di seluruh dunia.
c.
Laung Agung atau nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan sama seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, Akela atau ketua serigala berada di tengah-tengah bulatan.
d.
Istiadat Laung Agung dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh melaksanakan sesuatu dengan ”Buat Habis Baik”.
e.
Istiadat Laung Agung dilaksanakan setiap kali diadakan perjumpaan PEK, iaitu semasa permulaan dan penutupan perjumpaan PEK.
f.
Prosedur pelaksanaan Istiadat Laung Agung: (i)
AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berdiri dalam keadaan SEDIA lalu berteriak “PEK!” (semua PKK berdiri dalam keadaan SEDIA).
(ii)
(Setelah semua PKK dalam keadaan (Pemimpin/Jurulatih) berteriak “PEK! PEK! PEK!”
(iii)
Semua PKK berlari-lari anak ke arah AKELA sambil menyahut “P…E….K….!” (sekitar lima harakat) lalu mengelilingi AKELA.
27
SEDIA)
AKELA
KEADAAN PKK MENGELILINGI AKELA
(iv)
AKELA mengangkat (mendepakan) kedua-dua tangan hingga ke paras bahu untuk memerintahkan PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan di antara satu sama lain dalam Sekawan yang sama (amat digalakkan berpegangan tangan sesama jantina).
PKK MEMBENTUK BULATAN DENGAN AKELA BERADA DI TENGAH BULATAN
(v)
Apabila bulatan telah sempurna dilakukan, AKELA yang berada di tengah-tengah bulatan akan menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha untuk meminta PKK menjatuhkan tangan masing-masing.
28
(vi)
AKELA kemudian mengangkat/mendepakan tangan sekali lagi tetapi kali ini mengatasi sedikit paras bahu untuk meminta PKK mengangkat tumit.
(vii) AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk mencangkung dengan kedua-dua belah jari tangan mencecah ke bumi sambil berteriak: “A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK!
KEADAAN PKK DUDUK MENCANGKUNG (viii) AKELA kemudian mencabar dengan merenung seorang PKK dalam Sekawan Bertugas. PKK yang dicabar akan bangun sambil memberi Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan berteriak: “KAMU BUAT HABIS BAIK?”
29
KEADAAN PKK SEMASA MENYAHUT CABARAN AKELA
iv.
(ix)
Setelah dicabar, semua PKK bangun sambil memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK!”
(x)
AKELA membalas Hormat Pengakap PKK. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai membalas Tabik Hormat Pengakap menandakan bahawa istiadat Laung Agung telahpun tamat.
Istiadat Bendera: a.
b.
Istiadat Bendera terbahagi kepada tiga jenis istiadat, iaitu: (i)
Istiadat Mengibarkan Bendera;
(ii)
Istiadat Menaikkan Bendera; dan
(iii)
Istiadat Menurunkan Bendera.
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PKK): (i)
Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung pada setiap pagi. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii)
Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Sekawan Bertugas.
(iii)
Pemimpin Pengakap atau AKELA sudah siap berdiri tegak dalam keadaan SEDIA menghadap bendera kerana baru sahaja selesai melaksanakan Istiadat Laung Agung. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap pula akan berdiri di belakang tiang bendera.
30
KEADAAN PENOLONG PEMIMPIN BERDIRI DI BELAKANG TIANG BENDERA
(iv)
PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.
(v)
Pemimpin/AKELA berteriak “BENDERA!” Seorang PKK daripada Sekawan Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Manakala PKK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera.
PKK BERTUGAS SEDANG MENARIK/MENYENTAP TALI BENDERA
(vi)
Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap.
(vii) Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.
31
(viii) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. (ix)
Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.
(x)
Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan PEK akan menyanyikan Lagu Kebangsaan.
(xi)
Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!”
(xii) Pemimpin/Akela kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. (xiii) PKK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan menundukkan kepala.
KEADAAN PEK MENGAMINKAN DOA DALAM ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
(xiv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan PEK serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. (xv) Pemimpin/AKELA berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” (xvi) Pemimpin/AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain kepada PEK. (xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin/AKELA memberikan arahan “PEK… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai.
32
c.
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PM/PR/PK): (i)
Istiadat ini diadakan pada setiap pagi dan dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii)
Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas.
(iii)
Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol.
(iv)
Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.
(v)
Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA.
(vi)
Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera.
(vii) Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap. (viii) Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. (ix)
Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.
(x)
Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.
(xi)
Pemimpin kemudian berteriak menyanyikan Lagu Kebangsaan.
“NEGARAKU!”
dan
Trup
akan
(xii) Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” (xiii) Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.
33
(xiv) PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala. (xv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. (xvi) Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” (xvi) Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lainlain kepada Trup. (xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan “Trup… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai. d.
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menaikkan Bendera (PM/PR/PK): (i)
Seperti mana Istiadat Mengibarkan Bendera, Istiadat Menaikkan Bendera juga diadakan pada setiap pagi dan hanya dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii)
Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas.
(iii)
Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol.
(iv)
Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.
(v)
Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA.
(vi)
Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera.
(vii) Petugas menaikkan bendera secara perlahan-lahan seiring dengan nyanyian lagu NEGARA KU hingga ke puncak tiang bendera. (viii) Setelah bendera berada di puncak tiang bendera, petugas mengikat tali bendera pada tiang bendera lalu berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada
34
bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. (ix)
Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.
(x)
Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.
(xi)
Pemimpin berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!”
(xiii) Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. (xiv) PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala. (xv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. (xvi) Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” (xvi) Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lainlain kepada Trup. (xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan “Trup… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai. e.
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (PM/PR/ PK): (i)
(ii)
Terdapat dua situasi dalam mengendalikan Istiadat Menurunkan Bendera, iaitu: (a)
Pada sebelah petang (sekitar jam 6.30 petang) semasa mengikuti perkhemahan pengakap; dan
(b)
Setelah selesai sesuatu perjumpaan, aktiviti perkhemahan atau Breakcamp.
Istiadat Menurunkan Bendera pada sebelah petang dalam aktiviti perkhemahan: (a)
Pada jam 6.30 petang (dikira waktu yang paling sesuai), dua orang petugas yang lengkap beruniform dan wisel bergerak ke tiang bendera untuk melakukan Istiadat Menurunkan Bendera.
35
PEK/Trup yang lain berada di tempat masing-masing sambil melakukan aktiviti tersendiri. (b)
Sebaik-baiknya kedua-dua petugas bergerak dalam keadaan berkawad ke tiang bendera agar pergerakan tersebut tampak lebih kemas, teratur dan bersistematik.
(c)
Sampai di hadapan tiang bendera, petugas pertama akan berdiri di hadapan tiang manakala petugas kedua akan berdiri di belakang petugas pertama.
(d)
Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera, manakala petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang kuat dan panjang sebaik sahaja ikatan tali pada tiang bendera dibuka. Semua PEK/Trup yang mendengar tiupan wisel akan berdiri tegak dalam keadaan SEDIA ke arah bendera sebagai tanda hormat kepada bendera.
(e)
Petugas di hadapan akan menurunkan bendera secara perlahanlahan. Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atas bahu kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah.
(f)
Petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang kuat dan panjang sekali lagi sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera berakhir dan PEK/Trup kembali dengan melakukan tugas masing-masing.
(g)
Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera dalam bentuk segi tiga secara bersama-sama.
(k)
Setelah bendera dilipat, petugas di hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri dan menyimpan bendera tersebut dengan baik untuk diserahkan kepada Sekawan/Patrol yang akan bertugas pada hari esok. Istiadat Penyerahan Bendera akan dilakukan sebaik sahaja selesai sesi terakhir pada sebelah malam.
(iii) Istiadat Menurunkan Bendera setelah selesai perjumpaan atau breakcamp: (a)
Dua orang petugas yang lengkap beruniform diperlukan untuk melaksanakan tugas menurunkan bendera, jika satu bendera sahaja diturunkan. Empat orang petugas diperlukan jika dua bendera diturunkan.
(b)
Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan melaksanakan Istiadat Laung Agung terlebih dahulu.
36
Jika PM/PR/PK, Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. (c)
Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan berdiri dalam keadan SEDIA di tengah-tengah bulatan laung agung. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. Jika PM/PR/PK, Pemimpin berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.
(d)
Jika PM/PR/PK, Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA.
(e)
Pemimpin berteriak “BENDERA!” Dua orang ahli PM/PR/PK daripada Sekawan atau Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam bentuk ladam kuda atau bulatan, PKK/PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera.
(f)
Setelah berada di hadapan tiang bendera, petugas di hadapan kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK atau Trup, pemimpin dan penolong-penolong pemimpin pengakap.
(g)
Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK/Trup, pemimpin dan penolong-penolong pemimpin pengakap.
(h)
Kedua-dua petugas melangkah satu langkah ke hadapan tiang bendera. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera dan menurunkan bendera secara perlahan-lahan.
(i)
Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atas bahu kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah.
(j)
Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera secara bersama-sama.
(k)
Setelah bendera dilipat dalam bentuk segi tiga, petugas di hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri.
(l)
Petugas di hadapan akan berteriak “AP!” secara perlahan dan kedua-dua petugas akan mula bergerak. Petugas di belakang akan berkawad kembali ke tempat asal, manakala petugas di hadapan akan ‘berkawad selaku terima gaji’ untuk menyerahkan bendera tersebut kepada Pemimpin/AKELA, sama ada di tengah
37
bulatan (PKK) atau di sebelah kiri tiang bendera (PM/PR/PK) sebelum kembali ke tempat asal. (m)
(n)
v.
Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK/PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK/Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. PKK/PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala.
(o)
Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan PEK/Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan atau mengangkatkan kepala. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal.
(p)
Jika UPKK, Pemimpin/AKELA akan ‘kawad selaku terima gaji’ untuk menyerahkan bendera kepada Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih, kemudian bergerak ke sebelah kiri tiang bendera.
(q)
Pemimpin/AKELA yang berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Pemimpin / AKELA memberikan ucapan ringkas dalam bentuk nasihat atau rangsangan kepada PEK/Trup. (Ada juga Pemimpin/AKELA yang meminta Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih untuk memberikan ucapan ringkas dalam istiadat ini).
(r)
Setelah selesai memberikan ucapan, Pemimpin/AKELA memberikan arahan “PEK/Trup… SEDIA!” “BERSU…RAI!” sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera selesai dan aktiviti perkhemahan berakhir (dengan PEK/Trup bersalamsalaman dengan pemimpin dan penolong-penolong pemimpin sambil menyanyikan beberapa lagu perpisahan).
Istiadat Melantik: a.
Istiadat Melantik akan diadakan apabila ada ahli atau adik baharu yang ingin menjadi ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja atau Pengakap Kelana.
b.
Sebelum istiadat ini dilaksanakan, pemimpin/Akela perlu menyediakan lencana keahlian, skaf, wogel dan topi mengikut bilangan adik baharu pengakap.
c.
Prosedur pelaksanaan Istiadat Melantik adalah seperti yang berikut: (i)
Jika PKK, Istiadat Melantik akan dimulakan dengan melakukan Istiadat Laung Agung terlebih dahulu. PEK membuat bulatan manakala
38
pemimpin/Akela berdiri di tengah bulatan. Penolong pemimpin berada di luar bulatan di belakang tiang bendera (jika ada tiang bendera). (ii)
Adik (ahli) baharu berdiri dalam keadaan SEDIA dalam satu barisan di luar bulatan, bersedia untuk dibawa masuk ke dalam bulatan oleh seorang petugas atau Ketua Sekawan yang bertugas.
(iii)
Petugas akan membawa masuk adik baharu ke dalam bulatan lalu berdiri tegak di hadapan Pemimpin/Akela. Petugas akan kembali ke tempal asal setelah adik baharu berdiri di hadapan pemimpin/Akela.
(iv)
Penolong Pemimpin Pengakap akan bergerak masuk ke dalam bulatan lalu berdiri di sebelah Pemimpin/Akela dengan membawa lencana keahlian, skaf, wogel dan forage cap mengikut bilangan adik baharu pengakap.
(v)
Pemimpin/Akela akan memulakan dialog dengan Adik Baharu: Akela
:
Adik Baharu :
“Ya, Akela!”
Akela
“Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap?”
:
Adik Baharu : (vi)
“Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?”
“Ya, Akela!”
Akela melafazkan Persetiaan Pengakap diikuti oleh Adik Baharu.
(vii) Akela berjabat tangan dengan Adik Baharu dan berkata, ”Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanakkanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia.” (viii) Pemimpin/Akela kemudian menyematkan lencana keahlian, menyarungkan skaf dan memakaikan forage cap kepada Adik Baharu. (ix)
Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin/Akela. Adik Baharu berpusing lalu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada PEK. PEK membalas tabik hormat sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran Adik Baharu ke dalam PEK.
(x)
Ketua Sekawan membawa Adik Baharu untuk diperkenalkan kepada Sekawan.
(xi)
Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat Laung Agung yang buat pertama kalinya disertai oleh Adik Baharu.
39
(xii) Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu dalam PKK, maka Istiadat Melantik akan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh Adik Baharu yang lain. **
vi.
Peringatan : Ibu bapa Adik Baharu boleh diundang untuk menyaksikan Istiadat Melantik ini.
Istiadat Meningkat Naik: a.
b.
Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut: (i)
apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda;
(ii)
apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan
(iii)
ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana.
Prosedur pelaksanaan Istiadat Meningkat Naik: (i)
PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu sama lain.
(ii)
Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM.
(iii)
Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP… SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan.
(iv)
Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan: (a)
bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK;
(b)
bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela;
(c)
Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK;
(d)
PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK;
(e)
PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK; dan
40
(f)
Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang menunggu dalam kawasan PM.
GAMBAR RAJAH SUASANA ISTIADAT MENINGKAT NAIK
(v)
(vi)
Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM: (a)
Pemimpin PM/Akela menyambut dengan “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu.
mengucapkan
(b)
Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau;
(b)
Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol;
(c)
Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli.
(d)
Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau ‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi ahli PM.
Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak “BERSURAI!”.
41
**
1.3
Peringatan : Ibu bapa Adik Baharu boleh diundang untuk menyaksikan Istiadat Meningkat Naik ini.
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA i.
Mengikut Seksyen 6 (1), Akta Pengakap, 1968, Majlis ialah satu badan yang bertanggungjawab mentadbir segala urusan Perbadanan.
ii.
Terdapat empat jenis Majlis Pengakap dalam Persekutuan Pengakap Malaysia, iaitu:
iii.
iv.
a.
Majlis Pengakap Negara;
b.
Majlis Pengakap Negeri;
c.
Majlis Pengakap Daerah; dan
d.
Majlis Pengakap Kawasan.
Semua majlis pengakap ini mempunyai struktur organisasi dan kepemimpinan yang tersendiri. Misalnya: a.
Majlis Pengakap Negara (MPN) diketuai oleh Ketua Pengakap Negara (KPN) selaku Yang DiPertua MPN dan dibantu oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) dari segi pentadbiran.
b.
Majlis Pengakap Negeri (MPNg) diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (KPPNg). Beliau terikat secara langsung dengan KPPN dan KPN selain Pengerusi Pengakap Negeri.
c.
Majlis Pengakap Daerah (MPG) diketuai oleh Pesuruhjaya Daerah (PjD). PjD terikat secara langsung dengan KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri.
d.
Manakala di peringkat Majlis Pengakap Kawasan (MPK) atau sekolah dipimpin oleh seorang pemimpin pengakap (PP). PP terikat secara langsung dengan PjD, KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada Pengerusi Pengakap Kawasan atau Kuasa Penganjur, Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri.
Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Malaysia atau MPKLMIPG merupakan sebuah negeri sama seperti PPM negeri Perak, Selangor dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, MPKLMIPG mempunyai struktur dan organisasi tersendiri yang bergerak berpandukan kepada Undang-undang Kecil MPKLMIPG, namun masih terikat di bawah PPM.
1.3.1 Apakah tanggungjawab Majlis mengikut Akta Pengakap 1968? i.
Mengurus-tadbir urusan-urusan Perbadanan. [Sek. 6 (1)]
42
ii.
Membuat ketetapan tentang segala surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang perlu dimenterikan. [Sek. 7 (2)]
iii.
Merekod dan menyimpan data pendaftaran ahli pengakap. [Sek. 8 (1)]
iv.
Membuat, mengubah atau membatalkan kaedah dan Undang-undang Kecil Perbadanan. [Sek. 9]
v.
Memidah milik harta atas nama PPM Negeri atau Pesuruhjaya Pengakap kepada Perbadanan. [Sek. 10 (1)]
vi.
Segala urusan hutang dan tanggungan yang kena bayar dan yuran dan caruman yang perlu dikutip oleh Perbadanan. [Sek. 10 (2)]
vii.
Menggunakan pendapatan untuk membangunkan Perbadanan. [S. 11]
viii.
Mencari dan mentadbirkan segala wang. [POR 12(3)(a)(i)]
ix.
Menjual lencana dan lambang-lambang kebesaran yang terkawal kepada ahli pengakap. [POR 12(3)(b)]
x.
Mengurus kedai pengakap. [POR 12(3)(c)]
xi.
Menerbit, menyiar dan menjilid buku serta risalah pengakap. ‘[POR (3)(d)]
xii.
Mengatur dan menjalankan sebaran am dalam apa cara pun. [POR 12(3)(e)] dan POR 35(2)]
xiii.
Menguruskan mesyuarat, pertunjukan, perhimpunan dan gerak
kerja kebangsaan. [POR 12(3)(f)] xiv.
Mengelola Persaudaraan Pengakap BP [POR 12{3)(g)]
xv.
Melantik juruaudit profesional. [POR 12(3)(h)]
xvi.
Meminda, mengubah dan menambah POR. [POR 12(3)(i) dan POR48]
xvii. Pencalonan Anugerah Pengakap (dengan persetujuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara) [POR 12(3)(j)] kecuali Pingat Semangat Padi dan Pingat Semangat Rimba hanya oleh Ketua Pengakap Negara. [POR 393(4)] xviii. Menjalankan tugas mengikut Akta Pengakap 1968. [POR 12(3)(m)] xix.
Melantik, 12(3)(l)]
mengelola,
membuang/menggantung
pekerja
xx. xxi.
Menerima semula, menggangtung atau membuang ahli. [POR 12(3)(m)] Pendaftaran dan memansuhkan Majlis Pengakap Negeri/Daerah. [POR 12(3)(n)]
xxii. Pendaftaran dan memansuhkan Kumpulan. [POR 12(3)(0)]
43
Persekutuan
[POR
xxiii. Memberi kuasa pengeluaran Tauliah Pengakap. [POR 12(3)(p)] xxiv. Mengambil pekerja untuk Ibu Pejabat dan Majlis Pengakap. [POR 12(3)(q)] xxv. Menyelaraskan kerja-kerja Majlis Pengakap Negeri dan Daerah. [POR 12(3)(r)]
1.3.2 Struktur dan Organisasi Peringkat Negara i.
ii.
Terdapat empat struktur organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia, iaitu: a.
Pegawai Utama PPM;
b.
Majlis Pengakap Negara;
c.
Jawatankuasa Kerja Majlis Eksekutif Pengakap Malaysia (Exco Members); dan
d.
Kumpulan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Pegawai Utama PPM: a.
Empat jawatan tertinggi di dalam PPM dilantik atas nama jawatan yang disandang. Sehubungan dengan itu, sesiapa sahaja yang memegang jawatan-jawatan ini secara automatik akan dilantik sebagai: (i)
Penaung Utama PPM dilantik atas nama jawatan, iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (YDPA). Oleh itu, mana-mana sultan yang menjadi YDPA secara automatik akan menjadi Penaung Utama PPM.
DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PENAUNG UTAMA PPM
(ii)
Penaung PPM setiap negeri dilantik atas nama jawatan yang terdiri daripada Sultan, Raja dan Tuan Yang Terutama negeri.
44
(iii)
Presiden Agung PPM dilantik secara automatik atas jawatan Perdana Menteri.
YAB DATO’ SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PRESIDEN AGUNG PPM
(iv)
Timbalan Presiden Agung juga dilantik secara automatik atas jawatan Timbalan Perdana Menteri.
YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI TIMBALAN PRESIDEN AGUNG PPM
b.
Berdasarkan Perlembagaan PPM atau POR, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk melantik seorang rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman, sama ada dalam kalangan menteri kabinet, mantan menteri kabinet atau warganegara Malaysia lain yang berkelayakan sebagai Ketua Pengakap Negara (KPN) berdasarkan POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM.
c.
KPN secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara (MPN) sebuah badan yang tertinggi dalam urus tadbir perjalanan PPM.
d.
KPN akan dibantu oleh seorang Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) yang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM berdasarkan POR 11(4) dalam Perlembagaan PPM.
45
YBHG TAN SRI DATO’ SRI PADUKA DR. HJ. SHAFIE BIN HJ. MOHD. SALLEH, KETUA PENGAKAP NEGARA
e.
Struktur organisasi Pegawai Utama PPM adalah seperti yang berikut: BIL.
iii.
YBHG. MEJAR JEN. (B) PROF. DATO’ DR. HJ. MOHD. ZIN BIN BIDIN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA
JAWATAN DALAM PPM
1
PENAUNG UTAMA
2
PRESIDEN AGUNG
3
TIMBALAN PRESIDEN AGUNG
4
KETUA PENGAKAP NEGARA
5
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA
PEMEGANG
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG (Atas jawatan) YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA (Atas jawatan) YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA (Atas jawatan) BERTAULIAH [POR 12(1), POR 12(4)] Dilantik oleh Yang DiPertuan Agong YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie b. Hj. Mohd. Salleh BERTAULIAH [POR 11(4)] Dipilh dalam Mesyuarat Agung PPM YBhg. Mejar Jen. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Zin bin Bidin
Majlis Pengakap Negara a.
Kuasa tertinggi PPM ialah Majlis Pengakap Negara yang menjalankan tugas utamanya dalam menentukan dasar, urus tadbir dan perjalanan PPM.
b.
Berdasarkan POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM, KPN secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang DiPertua MPN.
c.
Jawatan-jawatan lain yang dipilih secara rasmi dalam MPN ialah: (i)
Timbalan Yang DiPertua
(ii)
Naib Yang DiPertua (dua orang)
(iii)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
(iv)
Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
46
(v)
Pesuruhjaya Antarabangsa
(vi)
Pesuruhjaya Latihan Negara
(vii) Pesuruhjaya Program (viii) Ketua-ketua Pesuruhjaya Negeri (ix)
Setiausaha Majlis
(x)
Bendahari Majlis
d.
Selain daripada ahli rasmi, MPN juga terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih dan dilantik dalam Mesyuarat Agung PPM. Ahli-ahli yang dipilih ialah Wakil Ahli yang dipilih ke MPN (sekitar 22 orang).
e.
Ahli-ahli yang dilantik ialah:
f.
(i)
Wakil Majlis Pengakap Negeri (seorang)
(ii)
Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (seorang)
(iii)
Wakil Kementerian Belia dan Sukan (seorang)
(iv)
Wakil Kementerian Kewangan (seorang)
(v)
Wakil Persatuan Pandu Puteri Malaysia (seorang)
(vi)
Wakil Majlis Belia Malaysia (seorang).
Struktur organisasi adalah seperti yang berikut: (i) Majlis Pengakap Negara:
BIL.
JAWATAN DALAM PPM
1
YANG DIPERTUA
2
TIMBALAN YANG DIPERTUA
3
NAIB YANG DIPERTUA I
4
NAIB YANG DIPERTUA II
5
SETIAUSAHA MAJLIS
6
BENDAHARI MAJLIS
BIL.
PEMEGANG Dijawat oleh Ketua Pengakap Negara [POR 12(1), POR 12(4)] YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie b. Hj. Mohd. Salleh Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YBhg. Datuk Md Sirat bin Abu Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YBhg. Dato‘ Haji Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YBhg. Datuk Zamani bin Tambichek Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YM. Dato’ Raja Ruslan bin Raja Samah Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YBhg. Tan Sri Dato‘ Haji Abdullah bin Haji Taib
JAWATAN DALAM PPM
PEMEGANG
7
WAKIL AHLI YANG DIPILIH KE MAJLIS PENGAKAP NEGARA
22 orang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] (Senarai nama seperti di bawah)*
*
WAKIL AHLI YANG DIPILIH KE MAJLIS PENGAKAP NEGARA
47
1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21
Encik Mohd Ridhwan Bin Tan Sri Mohd Ali Tuan Haji Mohd. Mujab bin Sukaimi Tuan Haji Ibrahim bin Haji Junid YBhg. Ar. Dato‘ Sri Dr. Amer Hamzah Bin Mohd Yunus YBhg. Prof. Dato‘ Dr. Mohammad Shatar Sabran Puan Zaharah Bt. Abd. Manaf YBhg. Datuk Rashidy bin Jamil Encik Mohd. Nazlee bin Mohd. Baki YB. Dato‘ Haji Ahmad Zaini bin Haji Japar YBhg. Dato’ Dr. Hoe Wat Sing (Ivan) Tuan Haji Abdul Halim bin Haji Abd. Kadir
(ii)
BIL.
2
TIMBALAN YANG DIPERTUA
3
NAIB YANG DIPERTUA I
4
NAIB YANG DIPERTUA II
5
SETIAUSAHA MAJLIS
6
BENDAHARI MAJLIS
7
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA TIMB. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA I (YAYASAN PENGAKAP DAN BP GUILD) TIMB. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA II (SABAH, SARAWAK DAN WP LABUAN)
10
PESURUHJAYA ANTARABANGSA
11
PESURUHJAYA LATIHAN NEGARA
12
PESURUHJAYA PROGRAM
13
PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (AKADEMI PENGAKAP)
BIL.
14 15
8
YB. Datuk Seri Haji Irmohizam bin Ibrahim
10 12 14 16 18 20 22
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin bin Ninggal
Tuan Hj Mohd Annuar bin Dato‘ Ngah YBhg. Dato‘ Helmy bin Jaafar YBhg. Dato’ Lee Yuen Fong Encik Ong Tai Hsian YBhg. Dato’ Azhar bin Ma’ah Encik Muhammad Ammir bin Haron
PEMEGANG
JAWATAN DALAM PPM YANG DIPERTUA
9
YM.Dato’ Raja Ruslan bin Raja Samah YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Bin Dalimin YBhg. Datuk Haji Idris Bin Muhamood
Jawatankuasa Kerja Majlis Eksekutif Pengakap Malaysia (Exco Members)
1
8
2 4 6
Dijawat oleh Ketua Pengakap Negara [POR 12(1), POR 12(4)] YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie b. Hj. Mohd. Salleh Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YBhg. Datuk Md Sirat bin Abu Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YBhg. Dato‘ Haji Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YBhg. Datuk Zamani bin Tambichek Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YM. Dato’ Raja Ruslan bin Raja Samah Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YBhg. Tan Sri Dato‘ Haji Abdullah bin Haji Taib Bertauliah [POR 11(4)] Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM YBhg. Mejar Jen. (B) Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Zin bin Bidin Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YBhg Datuk Hj. Abdul Kader bin Md. Noor Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM [POR 12(4)] YBhg Datuk Dr. Awang Zainie bin Hj. Suntim Bertauliah [POR 11(6)] YBhg. Dr. Muhammed Mukhyuddin bin Sarwani Sijil Kehormatan daripada WOSM [POR 11 (8)] YBsh. Tn. Hj. Ishak bin Mohd. Jonid Bertauliah [POR 11(6)] YBsh. Tn. Hj. Mohd. Zulkifli bin Dato’ Hj. Maulud Bertauliah [POR 11(3)] YBsh. Tn. Hj. Nasaruddin bin Shamsuddin
JAWATAN DALAM PPM
PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (PENGURUSAN) PEN. KETUA PESURUHJAYA
PEMEGANG
Bertauliah [POR 11(3)] YBhg. Datuk Hj. Zakran bin Abdul Manan Bertauliah [POR 11(3)]
48
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25 26 27
PENGAKAP NEGARA (MESSENGER OF PEACE DAN BICARA TOKOH) PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (PROFIL KEPENGAKAPAN) PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (PENAJAAN DAN SUMBANGAN) PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (PERUNDANGAN, PATERN & HAK MILIK INTELEKTUAL)
PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (PERUNDANGAN DAN BP GUILD) PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (KEROHANIAN) PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (KESENIAN DAN KEBUDAYAAN) PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (HAL EHWAL WANITA) PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (SUMBER DEWASA [AIS]) PEN. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (ALAM SEKITAR KEPENGAKAPAN) WAKIL KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN WAKIL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
(iii) BIL. 1 2 3 4 5 6 7 BIL.
8 9 10
YBsh. En. Amer Hamzah bin Aman
Bertauliah [POR 11(3)] YBsh. En. Ahmad Sabri bin Ahmad Bertauliah [POR 11(3)] YBsh. En. Gordon Koh Hong Kian Bertauliah [POR 11(3)] YBsh. En. Paramasivam Palany Bertauliah [POR 11(3)] YBsh. En. T. Gunaselan Bertauliah [POR 11(3)] YBsh. Tn. Hj. Yaacob bin Abdul Karim Bertauliah [POR 11(3)] YBsh. En. Shah Anuar bin Harun Bertauliah [POR 11(3)] YBsh. Pn. Hjh. Normah binti Mohd. Yusuf Bertauliah [POR 11(3)] YBsh. En. Jamaludin bin Jamal @ Jinal Bertauliah [POR 11(3)] YBsh. En. Kalaimani Supramaniam Dilantik (1 orang) YBsh. Dr. Mohd. Ghani bin Mohd. Yusof Dilantik (1 orang) YBsh. En. Nazar bin Mamat Dilantik (1 orang) YBsh. Tuan Haji Nor Muhammad bin Che Dan
Ketua-ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Bertauliah – 17 orang) NEGERI
PEMEGANG
PPP NEGERI PERLIS PPP NEGERI KEDAH PPP NEGERI PULAU PINANG PPP NEGERI PERAK PPP NEGERI SELANGOR PPP NEGERI WP KUALA LUMPUR PPP NEGERI NEGERI SEMBILAN
En. Azmi bin Abdullah Tn. Hj. Mohd. Nizar bin Hj. Yusuf Tn. Hj. Zulkafli bin Kamaruddin Tn. Hj. Ahmad Azam Shah bin Abd. Majid Tn. Hj. Ishak bin Mohd. Jonid Dato’ Dr. Elli bin Mohd Tahir En. Hamdan bin Hj. Mohd. Nor
NEGERI
PEMEGANG
PPP NEGERI MELAKA PPP NEGERI JOHOR PPP NEGERI PAHANG
En. Mohd. Zamir bin Mohd. Sharif Tn. Hj. Yaacob bin A. Karim YH Dato’ Lias bin Mohd. Nor
49
11 12 13 14 15 16 17
PPP NEGERI TERENGGANU PPP NEGERI KELANTAN PPP NEGERI SARAWAK PPP NEGERI SABAH PPP NEGERI WP LABUAN MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPG, KPM (MPKLMIPG) KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM)
Tn. Hj. Che Soh bin Muda Tn. Hj. Aminuddin bin Mohamad En. Sudaryo bin Osman YBhg Datuk Awang Zainie bin Hj. Suntim En. Hong Heng Chee En. Zainal Ariff bin Mat YBhg. Prof. Madya. Dr. Abdul Rashid bin Mohamad
1.3.3 Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri i.
Pentadbiran pengakap di peringkat negeri atau PPM Negeri diurus tadbir oleh Majlis Pengakap Negeri (MPNg) yang diketuai oleh seorang Yang DiPertua MPNg. Yang DiPertua MPNg dilantik oleh PPM.
ii.
MPNg menjalankan urus tadbir PPM Negeri berdasarkan Undang-undang Kecil PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Berdasarkan Undang-undang Kecil ini, PPM Negeri mempunyai kuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Tadbir untuk menjalankan tugas-tugas MPNg. Ahli MPNg terdiri daripada (bergantung kepada Undang-undang Kecil PPM Negeri): a.
Penaung
b.
Yang DiPertua
c.
Naib Yang DiPertua
d.
Pengerusi
e.
Timbalan Pengerusi
f.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
g.
Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
h.
Ahli Jawatankuasa:
i.
iii.
(i)
Ahli Beruniform
(ii)
Ahli Tidak Beruniform
Ex-Officio (pegawai daripada PPM atau MPNg)
(i) Juruaudit Dalaman (dua orang) Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa Tadbir sebuah PPM Negeri adalah seperti yang berikut:
50
1.3.4 Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah i.
Pentadbiran pengakap di peringkat daerah atau PPM Daerah diurus tadbir oleh Majlis Pengakap Daerah (MPD) yang diketuai oleh seorang Yang DiPertua MPD. Yang DiPertua MPD dilantik oleh PPM.
ii.
MPD menjalankan urus tadbir PPM Daerah berdasarkan Undang-undang Kecil PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Berdasarkan Undang-undang Kecil ini, PPM Negeri mempunyai kuasa untuk menasihati MPD menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Tadbir MPD untuk menjalankan tugastugas MPNg. Ahli MPD terdiri daripada (bergantung kepada Undang-undang Kecil PPM Negeri): a.
Penaung
b.
Yang DiPertua
c.
Naib Yang DiPertua
d.
Pengerusi
e.
Timbalan Pengerusi
f.
Pesuruhjaya Pengakap Daerah
g.
Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
h.
Ahli Jawatankuasa: (i)
Ahli Beruniform
(ii)
Ahli Tidak Beruniform
51
i. iii.
Juruaudit Dalaman (dua orang)
Contoh Carta Organisasi sebuah Jawatankuasa Tadbir MPD adalah seperti yang berikut:
1.3.5 Struktur dan Organisasi Peringkat Kumpulan/Sekolah i.
Pergerakan Pengakap di peringkat Kumpulan atau Sekolah amat penting kerana kumpulanlah yang akan menentukan perjalanan hidup sebuah pergerakan pengakap di peringkat negeri dan negara.
ii.
Setiap sekolah tidak semestinya mempunyai satu kumpulan pengakap. Jika ahli pengakap melebihi 36 orang, sekolah tersebut perlu menubuhkan dua kumpulan pengakap.
iii.
Oleh itu, amat penting untuk membentuk sebuah pentadbiran pengakap yang jitu dan mantap agar perjalanan pengakap di peringkat sekolah akan sentiasa berjalan dan hidup.
iv.
Pergerakan pengakap di peringkat kumpulan atau sekolah ditadbir oleh Jawatankuasa Tadbir Pengakap Kumpulan yang terdiri daripada: a.
Kuasa Penganjur/Pengerusi – Pengetua/Guru Besar Sekolah
b.
Setiausaha berkenaan
c.
Bendahari – Penolong Pemimpin Pengakap, iaitu guru pengakap di sekolah yang berkenaan atau wakil PIBG
– Pemimpin Pengakap, iaitu guru pengakap di sekolah
52
d.
iv.
Jawatankuasa – Dilantik dalam kalangan guru, wakil PIBG dan/atau individu yang berminat
Bagi melancarkan perjalanan aktiviti pergerakan pengakap kumpulan, Jawatankuasa Tadbir akan dibantu oleh Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Kerja Kumpulan yang terdiri daripada: a.
Seorang Pengerusi
b.
Seorang Setiausaha
c.
Seorang Bendahari
d.
Empat orang atau lebih Ahli Jawatankuasa.
1.3.6 Struktur dan Organisasi Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia i.
Menurut Undang-undang Kecil Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia atau MPKLMIPG [Bil. 11(a)], maka hendaklah ada sebuah Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia bagi menjaga dan mengawasi Pergerakan Pengakap di Institut Pendidikan Guru yang berdaftar dan bertauliah yang ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, PPM.
ii.
MPKLMIPG diiktiraf sebagai sebuah negeri pengakap sama seperti PPM Negeri Perak, PPM Negeri Johor dan seumpamanya. Oleh sebab itu, sistem pentadbiran MPKLMIPG adalah sama seperti sistem pentadbiran yang diamalkan negeri PPM Negeri yang lain. Yang membezakan hanyalah disebabkan oleh sedikit perbezaan yang terdapat di dalam Undang-undang Kecil PPM Negeri masing-masing.
iii.
Tugas-tugas MPKLMIPG adalah seperti yang berikut: a.
memajukan kebajikan pergerakan pengakap di IPG;
b.
mengaturkan kerjasama di antara IPG dalam kursus kepemimpinan pengakap;
c.
memilih jawatankuasa kerja, jawatankuasa kewangan dan jawatankuasajawatankuasa kecil yang lain untuk menjalankan tugas-tugas tertentu, jika perlu;
d.
menghantar satu salinan laporan tahunan MPKLMIPG kepada Ibu Pejabat, PPM tidak lewat daripada 15 November pada setiap tahun;
e.
bertindak bersama-sama dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG dalam semua perkara yang berkaitan dengan kewangan dan harta benda MPKLMIPG mengikut Peraturan-Peraturan dalam Bahagian III, Seksyen V Peraturan, PPM;
53
iv.
v.
f.
menerbit, menyiar dan menjual buku-buku dan risalah-risalah yang sesuai untuk kegunaan anggota MPKLMIPG dengan syarat kandungan sesuatu penerbitan itu telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara;
g.
mencari dan mentadbirkan segala wang, sama ada dicari, dermaan, yuran kurniaan atau diterima daripada sebarang punca yang sesuai dengan peraturan-peraturan ini untuk pembangunan kepengakapan di MPKLMIPG; dan
h.
menguruskan mesyuarat-mesyuarat, perhimpunan-perhimpunan, persidangan-persidangan dan gerak-gerak kerja MPKLMIPG secara bersama untuk faedah MPKLMIPG dan para anggotanya.
MPKLMIPG diurus tadbir oleh Majlis Pengakap Negeri berdasarkan Undangundang Kecil PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Pengurusan dan pentadbiran MPKLMIPG melibatkan empat buah majlis atau jawatankuasa tadbir, iaitu: a.
Majlis Eksekutif;
b.
Majlis Tadbir;
c.
Majlis Tadbir Zon/Jawatankuasa Tadbir Zon; dan
d.
Majlis Pesuruhjaya Daerah/Jawatankuasa Tadbir Daerah.
Majlis Eksekutif MPKLMIPG: Barisan kepemimpinan Majlis Eksekutif MPKLMIPG disandang atas nama jawatan yang mereka jawat dalam perkhidmatan awam seperti yang berikut: a.
Ahli-ahli rasmi: (i)
Penaung Utama: Menteri Pendidikan Malaysia.
(ii)
Penaung: Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(iii)
Yang Dipertua: Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(iv)
Naib Yang Dipertua: Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM. Pengerusi: Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik,
(v)
54
IPGM, KPM. (vi)
Timbalan Pengerusi I: Pengarah, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM, KPM.
(vii) Timbalan Pengerusi II: Pengarah/Ketua Jabatan, Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme, IPGM, KPM. (viii) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di IPGM atau di IPG. Memiliki sekurang-kurangnya tiga butir manik kayu dan telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun serta berumur lebih daripada 40 tahun. (ix)
Setiausaha Kehormat: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di IPGM atau di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya tiga butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.
(x)
Penolong Setiausaha Kehormat 1: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya dua butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.
(xi)
Penolong Setiausaha Kehormat 2: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM dan memiliki sekurang-kurangnya dua butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.
(xii) Penolong Setiausaha Kehormat 3: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM, KPM dan memiliki sekurang-kurangnya dua butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau. (xiii) Penolong Setiausaha Kehormat 4: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan
55
Profesionalisme, IPGM, KPM dan memiliki sekurang-kurangnya dua butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau. (xiv) Bendahari Kehormat: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di IPGM atau di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya tiga butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau. (xv) Penolong Bendahari Kehormat (jika perlu): Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di IPGM atau di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya tiga butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau. b.
Ahli-ahli yang Dilantik: (xvi) Pengerusi Zon: Pengarah, IPG yang sama dengan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan). Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau. (xvii) Timbalan Pengerusi Zon Pengarah, IPG dalam zon yang sama dengan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan) atau Timbalan Pengarah, IPG yang sama dengan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan). Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.
c.
Ahli-ahli Beruniform: (xviii) Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di IPGM atau di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya tiga butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun.
56
d.
Ahli-ahli yang Dipilih: (ix)
e.
Dua orang Pemeriksa Kira-kira/Juruaudit: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di IPGM atau di IPG dan memiliki sekurang-kurangnya dua butir manik kayu serta telah berada dalam MPKLMIPG lebih daripada lima tahun.
Ex-Officio: (x)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara;
(xi)
Ketua Setiausaha Eksekutif, PPM;
(xii) Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara: Latihan; (xiii) Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara: Program. vi.
Majlis Tadbir MPKLMIPG: Maka hendaklah diwujudkan suatu Majlis Tadbir bagi Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia. Majlis Tadbir ini hendaklah mengandungi ahli seperti yang berikut: a.
Ahli-ahli rasmi: (i)
Pengerusi
(ii)
Timbalan Pengerusi I
(iii)
Timbalan Pengerusi II
(iv)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(v)
Setiausaha Kehormat:
(vi)
Penolong Setiausaha Kehormat 1
(vii) Penolong Setiausaha Kehormat 2 (viii) Penolong Setiausaha Kehormat 3 (ix)
Penolong Setiausaha Kehormat 4
(x)
Bendahari Kehormat
(xi)
Penolong Bendahari Kehormat (jika perlu)
(xii) Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
57
b.
Ahli-ahli yang dipilih: (xiii) Dua orang Pemeriksa Kira-kira/Juruaudit.
vii.
Majlis atau Jawatankuasa Tadbir Zon: Majlis atau Jawatankuasa Tadbir MPKLMIPG Unit Zon ditubuhkan untuk menjaga dan menguruskan kebajikan dan aktiviti zon seperti yang berikut: a.
b.
Ahli-ahli rasmi: (i)
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG: Unit Zon
(ii)
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah KLMIPG (dalam zon berkaitan)
(iii)
Penolong-penolong berkaitan).
Pesuruhjaya
Daerah
KLMIPG
(dalam
zon
Ahli yang Dilantik: (iv)
Pengerusi: Pengarah, IPG yang sama dengan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan). Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.
(v)
Timbalan Pengerusi Zon Pengarah, IPG dalam zon yang sama dengan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan) atau Timbalan Pengarah, IPG yang sama dengan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap MPKLMIPG: Unit Zon (yang berkenaan). Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.
(vi)
Setiausaha Kehormat;
(vii) Penolong Setiausaha Kehormat; (viii) Bendahari Kehormat; (ix)
Kuarter Master Alatan;
(x)
Kuarter Master Makanan;
(xi) Dua ahli biasa (bukan beruniform); dan (xii) Dua orang pemeriksa kira-kira/Juruaudit. c.
Senarai tugas: Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MPKLMIPG: Unit Zon bagi tujuan kebajikan, kemajuan dan latihan kepemimpinan dan pergerakan,
58
mengekalkan Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Persekutuan terhadap perkara-perkara seperti yang berikut : (i)
memastikan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) dan aktiviti kokurikulum tambahan di peringkat IPG dapat dilaksanakan dengan sempurna;
(ii)
memastikan setiap Pesuruhjaya Daerah KLMIPG telah mendaftar dan memperbaharui pendaftaran kumpulan, pemimpin dan ahli KLMIPG sebelum 30 April, 31 Ogos atau 31 Disember pada setiap tahun;
(iii)
mengurus pentauliahan Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerahnya;
(iv)
mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir MPKLMIPG: Unit Zon sekurang-kurangnya sekali dalam satu semester;
(v)
menghantar laporan aktiviti semester kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG: Unit Program, Sekretariat dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG;
(vi)
mengenal pasti dan mengesyorkan nama jurulatih untuk mengikuti kursus kepemimpinan pengakap;
(vii) mencadangkan pencalonan anugerah bintang, pingat dan sijil kepujian PPM kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG melalui Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG: Unit Anugerah Bintang dan Pingat; (viii) menyelaraskan penilaian pelajar agar sentiasa dilaksanakan dengan sempurna; (ix)
membantu menyediakan Perancangan Tahunan dan Takwim di peringkat IPG dan MPKLMIPG;
(x)
mengurus rekod peribadi Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya Daerah KLMIPG di bawah jagaannya;
(xi)
mengurus persiapan pelajar untuk menjalani kursus-kursus kepemimpinan dan mengambil maklum tentang tempat mereka dihantar bertugas agar pemantauan boleh terus dilakukan;
(xii) menyelesaikan sebarang perbalahan di antara ahli-ahli pergerakan, sebarang perbalahan yang Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG Unit Zon tidak mampu untuk menyelesaikannya, akan dengan serta merta dirujukkan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG; (xiii) menyediakan laporan tahunan termasuk bancian jurulatih, penolong jurulatih dan anggota pengakap yang terkini dalam daerahnya untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir MPKLMIPG Unit Zon;
59
(xiv) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir MPKLMIPG Unit Zon; (xv) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir MPKLMIPG Unit Zon, jika Pengerusi atau Timbalan Pengerusi MPKLMIPG Unit Zon tidak dapat hadir atau diarahkan untuk mewakili beliau; dan (xvi) menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MPKLMIPG Unit Zon dari semasa ke semasa. vii.
viii.
Majlis atau Jawatankuasa Tadbir Daerah KLMIPG: Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru perlu mewujudkan dua bentuk Jawatankuasa KLMIPG, iaitu: a.
Jawatankuasa Tadbir KLMIPG yang dianggotai oleh semua pensyarah penasihat;
b.
Jawatankuasa Kerja KLMIPG yang dianggotai oleh penolong pemimpin KLMIPG atau siswa guru di IPG.
Jawatankuasa Tadbir KLMIPG a.
b.
Jawatankuasa Tadbir KLMIPG ditubuhkan untuk menjaga dan menguruskan kebajikan dan aktiviti KLMIPG. Jawatankuasa Tadbir KLMIPG diketuai oleh: (i)
Kuasa Penganjur: Pengarah, IPG yang berkenaan. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.
(ii)
Pengerusi KLMIPG Timbalan Pengarah, IPG yang berkenaan. Jawatan ini boleh juga disandang oleh mereka yang bukan ahli pengakap (taraf KEHORMAT) dengan memakai epolet berwarna hijau.
Jawatankuasa Tadbir KLMIPG ditubuhkan berdasarkan perkara seperti yang berikut: (i)
Ahli Rasmi: (a)
Pesuruhjaya Daerah (Pemimpin Pengakap di IPG): Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang sedang berkhidmat di IPG. Sebaik-baiknya mereka yang telah megikuti Kursus Kepemimpinan Manik Kayu (KMK) atau memiliki sekurang-kurangnya dua butir manik kayu.
(b)
Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPjD): Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) dan staf sokongan yang sedang berkhidmat di IPG serta telah menjadi
60
ahli pengakap serta telah mengikuti sekurang-kurang KMK Peringkat Satu. (c)
Pemangku Penolong Pesuruhjaya Daerah (PPPjD): Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) dan staf sokongan yang sedang berkhidmat di IPG serta telah menjadi ahli pengakap tetapi belum menghadiri sebarang Kursus Kepemimpinan Manik Kayu Pengakap.
(d)
PPjD dan PPPjD akan memegang jawatan-jawatan seperti yang berikut:
(e) (ii)
Setiausaha;
(ii)
Penolong Setiausaha;
(iii)
Bendahari;
(iv)
Pendaftaran dan Rekod;
(v)
Kuarter Master Alatan; dan
(vi)
Kuarter Master Makanan.
Dua ahli biasa (bukan beruniform)
Ahli yang Dilantik: (f)
ix.
(i)
Dua orang juruaudit.
Jawatankuasa Kerja KLMIPG a.
Jawatankuasa Tadbir KLMIPG ditubuhkan untuk menjaga dan menguruskan kebajikan dan aktiviti KLMIPG. Jawatankuasa Kerja KLMIPG diketuai oleh Kuasa Penganjur, iaitu Pengarah, IPG dan ditubuhkan berdasarkan perkara seperti yang berikut: i.
ii.
Ahli-ahli Rasmi: (a)
Pesuruhjaya Daerah KLMIPG selaku Ketua Penasihat dan;
(b)
Penolong-penolong Penasihat.
Pesuruhjaya
Daerah
KLMIPG
selaku
Ahli-ahli yang Dilantik: (a)
Penolong Pemimpin: Pelajar dan siswa guru yang sedang belajar di IPG, sama ada secara sepenuh masa atau secara kursus dalam cuti yang menjadi anggota pengakap KLMIPG. Mereka bakal menjadi
61
penolong pemimpin atau pemimpin pengakap ditempatkan di sekolah. Jawatankuasa Kerja KLMIPG terdiri daripada: (i)
Pengerusi;
(ii)
Timbalan Pengerusi;
(iii)
Setiausaha;
(iv)
Penolong Setiausaha;
(v)
Bendahari;
(vi)
Kuarter Master Alatan;
apabila
(vii) Kuarter Master Makanan; (viii) Ketua Enam Sekawan/Patrol; dan (ix)
Dua orang juruaudit (terdiri daripada seorang pensyarah dan seorang penolong pemimpin).
1.3.6 Fungsi Majlis Pesuruhjaya Negeri/Majlis Tadbir i.
Fungsi utama: a.
ii.
Fungsi utama Majlis Tadbir MPKLMIPG adalah untuk menjaga dan mengawasi serta mengurustadbirkan 27 Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG. MPKLMIPG beribu pejabat di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Senarai tugas: a.
memajukan kebajikan pergerakan pengakap di IPG;
b.
mengaturkan kerjasama di antara IPG dalam kursus kepemimpinan pengakap;
c.
memilih jawatankuasa kerja, jawatankuasa kewangan dan jawatankuasajawatankuasa kecil yang lain untuk menjalankan tugas-tugas tertentu, jika perlu;
d.
menghantar satu salinan laporan tahunan MPKLMIPG kepada Ibu Pejabat, PPM tidak lewat daripada 15 November pada setiap tahun;
e.
bertindak bersama-sama dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG dalam semua perkara yang berkaitan dengan kewangan dan
62
harta benda MPKLMIPG mengikut Peraturan-Peraturan dalam Bahagian III, Seksyen V Peraturan, PPM;
1.4
f.
menerbit, menyiar dan menjual buku-buku dan risalah-risalah yang sesuai untuk kegunaan anggota MPKLMIPG dengan syarat kandungan sesuatu penerbitan itu telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara;
g.
mencari dan mentadbirkan segala wang, sama ada dicari, dermaan, yuran kurniaan atau diterima daripada sebarang punca yang sesuai dengan peraturan-peraturan ini untuk pembangunan kepengakapan di MPKLMIPG; dan
h.
menguruskan mesyuarat-mesyuarat, perhimpunan-perhimpunan, persidangan-persidangan dan gerak-gerak kerja MPKLMIPG secara bersama untuk faedah MPKLMIPG dan para anggotanya.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1.4.1 Penubuhan dan Pendaftaran Kumpulan Pengakap i.
Untuk mendaftarkan ahli pengakap perlu ada kumpulan pengakap, sama ada di sekolah, institusi perguruan atau di institusi pengajian tinggi.
ii.
Satu organisasi atau institusi hanya perlu menubuhkan satu kumpulan pengakap sahaja.
iii.
Satu kumnpulan pengakap dihadkan keahlian antara 18 hingga 48 orang sahaja. Sekiranya bilangan ahli melebihi 48 orang maka kumpulan tersebut perlu dipecahkan kepada beberapa buah pasukan. Misalnya: Kinta Ke-35A Kinta Ke-35B Atau: SM Anderson Ke-10A SM Anderson Ke-10B
iv.
Setiap kumpulan, sama ada yang lama atau yang baharu perlu didaftarkan dengan PPM menggunakan Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) dan Borang PPM 1B (Borang Kawalan [diisi oleh Pemimpin Pengakap]). Setelah diisi, borang tersebut perlu dihantar kepada Ibu Pejabat PPM untuk diterima dan didaftarkan.
v.
Borang tersebut boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri: Unit Pentadbiran, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri atau daripada Ibu Pejabat PPM.
vi.
Yuran pendaftaran bagi setiap kumpulan pengakap ialah RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) sahaja.
63
vii.
Kumpulan Pengakap yang tidak berdaftar dengan PPM atau tidak menjelaskan yuran pendaftaran dianggap TIDAK SAH dan tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti kepengakapan.
1.4.1 Pendaftaran Ahli i.
Setiap rakyat Malaysia yang berumur 8 tahun dan ke atas adalah layak untuk menjadi ahli Persekutuan Pengakap Malaysia.
ii.
Mereka dikategorikan mengikut unit-unit yang ada di dalam Pergerakan Pengakap Malaysia. Misalnya: Unit Pengakap Kanak-kanak - berumur dari 8 hingga 12½ tahun Unit Pengakap Muda - berumur dari 12½ hingga 15½ tahun Unit Pengakap Remaja - berumur dari 15½ hingga 18½ tahun Unit Pengakap Kelana – berumur dari 18½ hingga 35 tahun
iii.
Semua ahli pengakap perlu didaftarkan dengan PPM menggunakan Borang PPM 1A (Pendaftaran Ahli) dan Borang PPM 1B (Borang Kawalan [diisi oleh Pemimpin Pengakap]). Setelah diisi, borang tersebut perlu dihantar kepada Ibu Pejabat PPM untuk diterima dan didaftarkan.
v.
Borang tersebut boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri: Unit Pentadbiran, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri atau daripada Ibu Pejabat PPM.
vi.
Yuran pendaftaran bagi setiap ahli pengakap ialah RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima) sahaja.
vii.
Ahli Pengakap yang tidak berdaftar dengan PPM atau tidak menjelaskan yuran pendaftaran akan digugurkan keahlian dan tidak dibenarkan memakai uniform pengakap atau menjalankan/mengikuti sebarang aktiviti kepengakapan.
1.4.3 Pendaftaran Kumpulan dan Tauliah Pemimpin i.
Setiap Kumpulan Pengakap mesti didaftarkan. Yuran pendaftaran bagi kumpulan ialah RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) sahaja.
ii.
Pemimpin menggunakan Borang PPM 9A (Borang Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong Pemimpin Pengakap). Setelah diisi, borang tersebut perlu dihantar kepada Ibu Pejabat PPM untuk diterima dan didaftarkan.
iii.
Ada dua jenis Tauliah Pemimpin daripada PPM, iaitu: a.
Tauliah Sementara,
b.
Tauliah Tetap.
64
vii.
Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin pengakap yang telah lulus dan memiliki Sijil Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua.
viii.
Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin pengakap yang telah lulus dan memiliki Sijil Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Tiga.
ix.
Pemimpin pengakap perlu memohon tauliah yang baharu serta mengembalikan tauliah yang lama kepada PPM sekiranya pemimpin tersebut bertukar ke tempat lain.
1.4.2 Struktur Unit i.
Semua rakyat Malaysia yang berumur 8 tahun dan ke atas boleh memohon untuk menjadi ahli Persekutuan Pengakap Malaysia.
ii.
Mereka kemudian akan dikategorikan mengikut unit-unit yang ada di dalam Pergerakan Pengakap Malaysia berdasarkan umur seprti yang berikut:
UNIT-UNIT YANG TERDAPAT DALAM PERGERAKAN PENGAKAP
1.4.3 Pengurusan Buku Log i.
Buku Log ialah buku catatan untuk merakamkan apajua kerja yang telah dilakukan. Buku Log sangat penting kerana ia bukan sahaja akan menjadi sumber rujukan pada masa yang akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh manakah pengalaman dan pemahaman seseorang tentang kerja-kerja yang telah dibuatnya. Misalnya, catatan oleh ahli pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah.
ii
Buku Log yang mengandungi pelbagai catatan pengetahuan dan pengalaman diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang dalam sesebuah oerganisasi atau pertubuhan. Misalnya Buku Log Pergerakan Pengakap merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan
65
catatan harian bagi sesuatu aktiviti. Sehubungan dengan itu, seseorang pencatat buku log perlu memiliki kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik. iii.
Di dalam buku log ahli pengakap, pemimpin pengakap digalakkan untuk mencatatkan sebarang komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh beliau. Misalnya, semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Oleh itu, pemeriksa amat mengharapkan agar para peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil kelulusan lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.
CONTOH BUKU LOG/LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK
iv.
Setakat ini, tiada had piawaian ditentukan tentang jumlah muka surat bagi sesebuah buku log. Namun begitu, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 hingga 300 muka surat. Sebaiknya buku log hendaklah berkulit tebal agar ia boleh disimpan dengan baik dan elok untuk satu jangka masa yang lama.
66
CONTOH KULIT BUKU LOG
v.
vi.
Objektif penulisan buku log: a.
Berupaya untuk mingguan.
mencatatkan
atau
merekodkan
setiap
perjumpaan
b.
Berupaya untuk mencatatkan atau merekodkan setiap aktiviti atau gerak kerja yang telah dilakukan, termasuklah aktiviti ujian lencana atau anugerah pengakap.
c.
Mampu menguruskan buku log dengan kemas, baik dan sempurna.
d.
Memudahkan proses pemantauan, penilaian dan pemeriksaan dilakukan oleh pemimpin dari semasa ke semasa.
e.
Menjadi bahan bukti bertulis yang disahkan dari semasa ke semasa berkaitan aktiviti kepengakapan.
f.
Menjadi bahan rujukan untuk masa yang akan datang.
Kandungan yang perlu ada di dalam buku log mengikut unit-unit dalam pengakap adalah seperti yang berikut: a.
Kandungan Umum: (i)
Catatan/Butiran Peribadi
(ii)
Senarai pemimpin pengakap di sekolah anda (berserta tandatangan)
67
SENARAI PEMIMPIN BIL
TANDATANGAN JAWATAN
NAMA
1
PEMIMPIN
2
PENOLONG PEMIMPIN
3
PENOLONG PEMIMPIN
4
PENOLONG PEMIMPIN
CONTOH SENARAI PEMIMPIN PENGAKAP BERSERTA RUANGAN TANDATANGAN
(iii)
Seni kata Lagu Negaraku
(iv)
Seni kata Lagu Pengakap Malaysia
(v)
Prinsip Rukun Negara Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan
PRINSIP RUKUN NEGARA (vi)
Persetiaan Pengakap
(vii) Undang-undang Pengakap (viii) Logo Pengakap Malaysia berserta keterangan tentang logo. (ix)
Logo Pengakap Dunia berserta keterangan tentang logo.
LOGO PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA BERSERTA KETERANGAN
68
(x)
Lencana Keahlian berserta keterangan tentang Lencana.
LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP
(xi)
Isyarat dan Hormat Pengakap berserta keretangan.
CONTOH ISYARAT DAN HORMAT PENGAKAP
(xii) Cogan Kata Pengakap (a)
Cogan kata Pengakap ialah “Selalu Sedia”.
(b)
Namun setiap unit pengakap juga mempunyai cogan kata masing-masing seperti yang berikut:
COGAN KATA UNIT-UNIT PENGAKAP
69
(xiii) Pakaian Seragam Pengakap
(xiv) Laung Agung (jika berkenaan) LAUNG AGUNG 1. Laung Agung merupakan: i. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak. ii. Diamalkan di seluruh dunia. iii. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”. iv. Untuk menghormati tetamu. v. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin. 2. Bilakah diadakan? i. Setiap kali diadakan perjumpaan. ii. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan. 3. Pelaksanaan Istiadat Laung Agung: i. AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berdiri dalam keadaan SEDIA lalu berteriak “PEK!” (semua PKK berdiri dalam keadaan SEDIA). ii. (Setelah semua PKK dalam keadaan BERSEDIA) AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berteriak “PEK! PEK! PEK!” iii. Semua PKK berlari-lari anak ke arah AKELA sambil menyahut “P…E….K….!” (sekitar lima harakat) lalu mengelilingi AKELA. iv. AKELA mengangkat (mendepakan) kedua-dua tangan hingga ke paras baru untuk memerintahkan PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan di antara satu sama lain (amat digalakkan berpegangan tangan sesama jantina). v. Apabila bulatan telah sempurna dilakukan, AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha untuk meminta PKK menjatuhkan tangan masing-masing. vi. AKELA kemudian mengangkat/mendepakan tangan sekali lagi tetapi kali ini mengatasi sedikit paras bahu untuk meminta PKK mengangkat tumit. vii. AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk mencangkung dengan keduadua belah tangan mencecah ke bumi sambil berteriak: “A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK! viii. AKELA kemudian mencabar dengan merenung seorang PKK dalam Sekawan Bertugas. PKK yang dicabar akan bangun sambil memberi Hormat Pengakap kepada AKELA dengan katakata: “KAMU BUAT HABIS BAIK?” ix. Setelah dicabar, semua PKK bangun sambil memberikan Hormat Pengakap kepada AKELA dengan menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK!” x. AKELA membalas Hormat Pengakap PKK. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai membalas Hormat Pengakap (tanda istiadat Laung Agung tamat).
CONTOH PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG
70
(xv) Carta atau Struktur Organisasi Pergerakan Pengakap Sekolah STRUKTUR ORGANISASI PERGERAKAN PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN/MENENGAH ………………………………. TAHUN …………………… KUASA PENGANJUR
(Guru Besar/Pengetua)
……………………………………….. PENGERUSI
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
……………………………………….. PEMIMPIN
(Guru Penasihat UB Pengakap)
……………………………………….. PENOLONG-PENOLONG PEMIMPIN
(Guru Penasihat UB Pengakap)
……………………………………….. ………………………………………..
(xvi) Carta/Struktur Organisasi Jawatankuasa Kerja Pergerakan Pengakap Sekolah STRUKTUR ORGANISASI PERGERAKAN PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH ………………………………. TAHUN …………………… PENAUNG
(Guru Besar/Pengetua) ……………………………………….. PENASIHAT
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
……………………………………….. PEMIMPIN
(Guru Penasihat UB Pengakap) ……………………………………….. PENOLONG-PENOLONG PEMIMPIN
(Guru Penasihat UB Pengakap)
……………………………………….. ……………………………………….. PENGERUSI
(Murid/Pelajar) ……………………………………….. NAIB PENGERUSI
(Murid/Pelajar) ……………………………………….. SETIAUSAHA
(Murid/Pelajar)
……………………………………….. BENDAHARI
(Murid/Pelajar) ……………………………………….. MAJLIS ENAM SEKAWAN/PATROL
(Murid/Pelajar) ……………………………………….. ……………………………………….. AHLI JAWATANKUASA
(Murid/Pelajar) ………………………………………. ………………………………………...
71
(xvii) Sejarah Pergerakan Pengakap (xviii) Cerita Hutan (Sekurang-kurangnya satu cerita sahaja) (xix) Beberapa gambar yang telah diambil sewaktu menghadiri apa jua aktivit kepangakapan (xx) Borang penilaian individu menunjukkan ringkasan kandungan buku log dan bukti bahawa maklumat di dalamnya telah dihafal. (xxi) Halaman autograf
AUTOGRAF
CONTOH HALAMAN AUTOGRAF
b.
Kandungan Khusus: (i)
Buku Log Unit Pengakap Kanak-kanak: (a) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian (b) Lencana Keris Gangsa (c) Lencana Keris Perak (d) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak
(ii)
Buku Log Unit Pengakap Muda: (a) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian (b) Lencana Usaha (c) Lencana Maju (d) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda (e) Buku Log Pengembaraan
(iii)
Buku Log Unit Pengakap Remaja: (a) Lencana Ekspedisi (b) Lencana Jayadiri (c) Lencana Kegiatan (d) Lencana Kemahiran (e) Lencana Perkhidmatan (f) Ujian Sikap
72
(iv)
vii.
Buku Log Unit Pengakap Kelana: (a) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan (b) Lencana-lencana Kemajuan (c) Projek (d) Program atau Aktiviti Khas (jika ada)
Prosedur Penyediaan Buku Log: a.
Beli sebuah buklu log yang bersaiz buku tulis, berkulit tebal atau keras dan mempunyi muka surat antara 100 hingga 200 halaman. Elakkan daripada membeli buku log yang bersaiz panjang.
b.
Balut buku log dengan sampul plastik lutsinar agar kalis air dan tidak basah seandainya terkena air.
c.
Pada kulit hadapan dicadangkan dituliskan seperti yang berikut:
BUKU LOG PENGAKAP Nama : ………………………………………………………………………… No. kad pengenalan : …………………………………………………… Sekolah : ……………………………………………………………………. Tahun/tingkatan : ……………………………………………………… Kumpulan : …………………………………………………………………. Nama sekawan/patrol : ………………………………………………. Cogan kata : ……………………………………………………………….. Nama pemimpin : …………………………………………………………..
c.
Anda boleh menaip butir-butir pen/marker pada kulit hadapan.
d.
Di bahagian dalam buku log, catatkan:
e.
(i)
Kandungan umum; dan
(ii)
Kandungan Khusus.
di
atas
atau
menulis dengan
Anda dibenarkan untuk fotostat gambar/logo/lukisan dan menampalkannya di dalam buku log.
73
f.
Salin semua nota yang telah dan akan diberikan mengikut susunan topik/tajuk.
g.
Elakkan daripada menampal nota cetakan atau fotostat ke dalam buku log. Hanya gambar/logo/lukisan sahaja dibenarkan untuk ditampalkan ke dalam buku log.
h.
Hiasilah buku log anda agar kelihatan cantik dan kemas.
i.
Buku log akan dinilai oleh pemimpin dan penolong pemimpin pengakap dari semsa ke semasa.
1.4.4 Tanggungjawab Pemimpin i.
Sebagai pemimpin anda bertanggungjawab mengarah dan menyelaras aktiviti yang boleh membantu kumpulan anda mencapai matlamat.
ii.
Apakah tugas utama pengakap mengikut Akta Pengakap 1968 dan POR PPM?
Bil. 01
02
03
04
05
iii.
Jawatan
Tugas dan Tanggungjawab
Pesuruhjaya-pesuruhjaya • Menggubal dan mengeluarkan dasar latihan. di peringkat Ibu Pejabat • Perhubungan antarabangsa. PPM • Merancang dan mengadakan program pembangunan pengakap di peringkat negara. Pesuruhjaya-pesuruhjaya • Menggalak dan memberi kemudahan melatih Pengakap di peringkat negeri Negeri dan mengadakan program-program. • Bekerjasama dengan Majlis Negeri, Pandu Puteri, BP Guilds untuk pembangunan pengakap. • Memajukan taraf kepengakapan dalam negeri. Pesuruhjaya-pesuruhjaya • Bekerjasama dengan Majlis Pengakap Daerah untuk di peringkat daerah pembangunan Pengakap Daerah. • Mengawasi dan melatih kumpulan-kumpulan pengakap yang berkaitan dengan peningkatan kepengakapan dan programprogram daerah. • Menentukan pendaftaran kumpulan dan ahli pengakap. Pemimpin-pemimpin • Membimbing pengakap supaya mencapai tujuan dan objektif PPM. • Berhubung rapat dengan kuasa penganjur dan ibu bapa ahli pengakap. • Bekerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah untuk tujuan penyeragaman. Ahli pengakap • Memahami cara hidup dalam sistem berpatrol. • Sambil bersuka ria, perlu sentiasa taat kepada Tuhan, raja dan negara, menolong orang pada setiap masaa dan menghayati dan mengamalkan Undang-undang Pengakap. • Berusaha untuk memperoleh Anugerah Pengakap Raja dan/atau BP Award.
Sifat seorang Pemimpin a.
Patuh kepada tujuan kepengakapan untuk membentuk generasi akan datang
74
iv.
b.
Patuh kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
c.
Berminat, sabar, tabah, beryakinan serta jujur
d.
Ikhlas, berfikiran terbuka, sedia memberi dan menerima teguran
e.
Tidak berkepentingan diri sendiri, ikhlas dan jujur terhadap tugas
f.
Berkemampuan dan berwibawa
g.
Berminat terhadap tugas untuk memimpin
h.
Mempunyai kesedaran untuk memimpin dan dipimpin
i.
Mempunyai rasa persaudaraan dengan pemimpin lain
j.
Sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas
k.
Sentiasa menunaikan kewajipan terhadap agama
l.
Sentiasa tenang dan berfikiran terbuka
m.
Sentiasa ramah mesra dan cermat dalam tuturkata
o.
Sentiasa menambah pengetahuan dan pengalaman diri
p.
Sentiasa berwaspada dan selalu sedia
q.
Yakin untuk mencapai matlamat dan objektif kepengakapan
r.
Sedia menerima teguran dengan hati yang terbuka dan segera membaiki kesilapan
s.
Menjadi pemimpin bukan kerana satu-satu tujuan lain
t.
Menjadi contoh kepada ahli-ahli yang dipimpin
u.
Berhemah tinggi, berpakaian kemas dan pandai menyesuaikan diri
Tugas Awal Pemimpin a.
Dapatkan tauliah sementara sebagai pemimpin dan menjelaskan yuran pendaftaran sebagai ahli PPM.
b.
Kumpulan yang dipimpin mestilah berdaftar serta memperbaharui pendaftaran keahliannya.
c.
Menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin unit.
d.
Mendampingkan diri dengan pembimbing untuk mendalami ilmu kepengakapan.
75
v.
e.
Terangkan masalah bagaimana menjalankan skim latihan lencana kepada pembimbing.
f.
Mematuhi kehendak yang tercatat dalam program Kursus Dalam Perkhidmatan dan minta Pembimbing/Pemimpin Kumpulan yang melawat menandatangani borang selepas menjalankan perjumpaan mingguan.
Tanggungjawab Pemimpin; a.
Menubuhkan kumpulan.
b.
Mendaftarkan kumpulan dan keahlian setiap tahun.
c.
Memilih / membentuk Majlis Ketua Sekawan.
d.
Menentukan Sistem Berpatrol berfungsi.
e.
Memberi bidang kuasa yang terhad kepada Ketua Sekawan.
f.
Menggunakan sumber alam di peringkat kumpulan dan daerah dengan berkesan.
g.
Mengkaji kegagalan dan pencapaian yang telah lalu.
h.
Mempraktikkan kemahiran berpengakap.
i.
Memelihara semangat berpasukan.
j.
Merancang perjumpaan mingguan / bulanan dan latihan / aktiviti.
k.
Merancang untuk mencari wang.
l.
Menilai semula pencapaian dan kejayaannya.
m.
Merekodkan semua aktiviti di dalam Buku Log Kumpulan.
n.
Merujuk kepada PJ Daerah / Negeri untuk mendapatkan nasihat.
o.
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan cemerlang.
p.
Berusaha memperkembangkan potensi individu dan kumpulan.
q.
Dapat memenuhi keperluan individu.
1.4.5 Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin i.
Menurut Akta Pengakap 1964, pakaian seragam pengakap yang betul dan lengkap bagi semua unit Pergerakan Pengakap, termasuk Penaung Utama dan Penaung-penaung adalah seperti mana yang dinyatakan di bawah peraturan dalam bahagian ini.
76
ii.
Rupa bentuk dan corak alatan yang mengandungi pakaian seragam hendaklah mengikut rupa bentuk ukuran dan corak yang telah ditetapkan.
iii.
Anggota Pergerakan Pengakap TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian seragam yang lain selain daripada apa yang telah ditetapkan.
iv.
Warna rasmi bagi kemeja, baju wanita dan seluar atau kain wanita dan apa jua jenis pakaian ialah:
v.
vi.
a.
Kelabu asap bagi kemeja, iaitu uniform kerja atau bush jaket;
b.
Biri tua bagi seluar ataupun kain (wanita).
Terdapat empat jenis pakaian seragam dalam pergerakan pengakap. Pakaianpakaian ini dikategorikan berdasarkan kod yang telah ditetapkan, iaitu: a.
Pakaian No. 1 :
Uniform pengakap berwarna putih (bersongkok)
b.
Pakaian No. 2 :
Bush Jacket Lengan Panjang (bersongkok)
c.
Pakaian No. 3 :
Uniform Kerja dan uniform Jurulatih/Penolong Jurulaih
d.
Pakaian No. 4 :
Baju-T pengakap
Di samping itu, terdapat juga beberapa pakaian pengakap yang masih belum diberikan kod. Umpamanya: a.
Kemeja korporat pengakap
b.
Baju batik pengakap
vii.
Pakaian No. 1 hingga No. 4 serta kemeja korporat dan baju batik pengakap boleh dipakai oleh semua pemimpin pengakap mengikut situasi.
viii.
Pelajar atau ahli pengakap (bukan pemimpin) hanya boleh memakai Pakaian No. 3 dan Pakaian No. 4 sahaja mengikut situasi.
ix.
Apabila pakaian seragam dipakai dalam istiadat-istiadat rasmi, seperti perhimpunan pengakap atau semasa menjalankan kerja-kerja latihan (gerak kerja) pengakap, pakaian seragam hendaklah dipakai dengan lengkap dan betul seperti mana yang telah ditetapkan dalam peraturan yang mengandungi: a.
topi (forage cap/bowller hat/songkok) berlencana;
b.
berre berwarna biru tua dan berlencana (hanya untuk jurulatih/pemimpin yang memiliki empat butir manik kayu sahaja);
c.
kemeja/baju wanita/bush jaket berwarna kelabu asap yang lengkap berlencana;
77
d.
epolet yang sesuai dengan taraf;
e.
seluar/kain (wanita) berwarna biru tua;
f.
skaf Malaysia berwarna biru berjalur merah dan putih pada bahagian tepi atau skaf Gilwell (berwarna cokelat) untuk jurulatih;
g.
wogel pvc (ahli) atau wogel tali (pemimpin);
h.
tudung kepala berwarna kelabu asap (wanita);
i.
tali pinggang dengan kepala (perak [pemimpin] atau gangsa [ahli] berlogo pengakap (lelaki);
j.
setokin berwarna biru tua;
k.
kasut berwarna hitam (bertali [lelaki], tanpa tali [wanita].
x.
Sewaktu mengikuti program perkhemahan atau kurus pengakap, anggota pengakap boleh mengikut kebijaksanaan Pemimpin untuk memakai pakaian yang sesuai dan selesa dengan aktiviti perkhemahan atau kursus.
xi.
Walau bagaimanapun, sebaik keluar dari kawasan perkhemahan atau tempat kursus anggota pengakap hendaklah memakai pakaian seragam yang betul dan lengkap.
xii.
Cara pemakaian pakaian seragam pengakap adalah seperti yang berikut: a.
Pakaian seragam Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja Lelaki
78
b.
Pakaian seragam Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja Wanita
c.
Cara Pemakaian lencana pada lengan baju
79
d.
Penggunaan nama Sekawan atau nama Patrol pada lengan baju
NAMA SEKAWAN/PATROL
e.
Penggunaan lencana pangkat pada baju
80
f.
Cara memasang lencana Pengakap Kanak-kanak pada lengan baju
g.
Cara memasang lencana Pengakap Muda pada lengan baju
h.
Cara memasang lencana Pengakap Remaja pada lengan baju
81
i.
Pakaian seragam pemimpin pengakap lelaki
Kasut Kulit Hitam Bertali
j.
Cara pemakaian lencana pada lengan baju pemimpin lelaki
k.
Pakaian seragam pemimpin pengakap wanita
Kasut Kulit Hitam Tanpa Tali
82
l.
Cara pemakaian lencana pada lengan baju pemimpin wanita
1.4.6 Takwim dan Rancangan Aktiviti i.
Pengenalan: a.
Takwim memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia sejak dari tamadun awal, masyarakat primitif Sumeria di Babylon dipercayai merupakan manusia pertama yang mencipta takwim.
b.
Takwim ialah kalendar tahunan atau tahun kalendar yang digunakan untuk merancangkan sesuatu program atau aktiviti.
c.
Takwim merupakan sistem masa yang berkait rapat dengan aktiviti sosial dan juga aktiviti keagamaan yang membantu manusia menguruskan kehidupan seharian dengan lebih sistematik dan berkualiti. Misalnya, dalam Islam sendiri, takwim memainkan peranan untuk mencari kesempurnaan dalam pelaksanaan ibadah seperti penentuan bagi awal bulan Ramadan, awal bulan Syawal dan penentuan hari Wukuf.
d.
Sehubungan dengan itu, terdapat dua jenis takwim, khususnya di Malaysia, iaitu
e.
(i)
Takwim Masihi ditentukan berdasarkan perjalanan matahari; dan
(ii)
Takwim Hijri atau Takwim Islam ditentukan mengikut peredaran bulan.
Tahun kalendar yang digunakan di Malaysia ialah tahun Masihi berdasarkan bulan bermula dari bulan Januari hingga Disember dan mempunyai kira-kira 356 hari pada setiap tahun. Namun begitu, terdapat beberapa organisasi yang berkonsepkan Islam, seperti Jabatan Agama dan Kebajikan Islam Malaysia atau JAKIM dan Jabatan-jabatan Agama Islam setiap negeri menggunakan Takwim Hijri dalam merancang aktiviti tahunan di samping Takwim Masihi.
83
ii.
iii.
f.
Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau sistem susunan masa yang membahagikan tahun menjadi bulan, bulan menjadi minggu dan minggu menjadi hari.
g.
Kebiasaannya takwim dirujuk untuk merancangkan sesuatu program atau aktiviti tahunan.
Perancangan Program atau Aktiviti Tahunan: a.
Perancangan program bermaksud merancang, merangka dan menyusun aktiviti berdasarkan takwim atau kalendar tahunan agar segala program dan tugasan yang telah dirancang dapat diselaraskan dengan pelbagai pihak.
b.
Perancangan tahunan sangat penting untuk memastikan agar segala program dan aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang tanpa sebarang gangguan. Tanpa perancangan akan mengakibatkan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti itu sukar untuk mencapai matlamat dengan jayanya, menarik dan menyeronokkan.
c.
Sehubungan dengan itu, setiap program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan perlulah dirancang dengan baik dan teliti agar objektif pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti itu dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai secara optimum.
d.
Dalam proses untuk merancang takwim aktiviti, organisasi yang kecil perlu merujuk kepada organisasi yang besar terlebih dahulu agar tiada sebarang program atau aktiviti yang bakal dilaksanakan nanti bertindan.
e.
Misalnya, pergerakan pengakap di sekolah yang ingin membina perancangan tahunan perlulah merujuk perancangan tahunan yang telah dibina oleh MPD, MPNg dan MPN terlebih dahulu.
f.
Elakkan daripada menetapkan tarikh pelaksanaan program dan aktiviti di sekolah jika pada tarikh yang berkenaan telah ada program dan aktiviti penting yang telah ditetapkan oleh MPD, MPNg dan MPN.
Contoh Perancangan Program atau Aktiviti Tahunan: a.
Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (MPKLMIPG): BIL
BULAN
01
Januari
02
Februari
03
Mac
04
Mac
05
Mac
PROGRAM Kursus Istiadat dan Protokol anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Mesyuarat Jawatankuasa Program Negara Bil. 01/2011 Mesyuarat MT MPKLMIPGM Bil. 01/2011 Mesyuarat Pesuruhjaya KLMIPG Bil. 01/2011 MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN MPKLMIPGM OLEH PENGERUSI MPKLMIPGM
84
TARIKH
TEMPAT
PERINGKAT
23 - 26 Jan
Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur
Kebangsaan
Rumah B-P, Kuala Lumpur
Kebangsaan
29 - 31 Mac
Hotel Charlton, Shah Alam, Selangor
MPKLMIPG
29 - 31 Mac
Hotel Charlton, Shah Alam, Selangor
MPKLMIPG
30 Mac
Hotel Charlton, Shah Alam, Selangor
MPKLMIPG
18 Feb.
TINDAKAN
BIL
BULAN
06
April
07
April
08
Mei
b.
PROGRAM Mesyuarat JT MPKLMIPGM Unit Zon Bil. 01/2011 Kursus Kepemimpinan Manik Kayu Pengenalan dan Peringkat Satu untuk Penolong Pemimpin KPLI Kursus Kepemimpinan Manik Kayu Peringkat III (Fasa Satu) untuk Penolong Pemimpin KDPM Mod KDC
TARIKH
TEMPAT
PERINGKAT
06 - 13 April
Zon
01 - 30 April
Zon/IPG
IPG/Zon
25 - 27 Mei
Zon/IPG
IPG/Zon
TINDAKAN
Zon
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM): BIL.
BULAN
01
Januari
02
Januari
03
Januari
11th Scout Youth Forum.
Januari
ASEAN Neighbourhood Invitation Jamboree.
04
PROGRAM 16th National Jamboree of Bharat and Guides India International Scout Forum for Muslim Youth.
TARIKH
TEMPAT
PERINGKAT
03 - 09 Jan
Hyderabad, Andhra Pradesh, India
Antarabangsa
Blumenau, Brazil.
Antarabangsa
03 - 06 Jan
Curtiba, Brazil
Antarabangsa
17 - 21 Jan
Ligao Citu, Philpines
Antarabangsa Kebangsaan
02 Jan
05
Mac
Korobori Peringkat Kebangsaan 2011
12 - 16 Mac
Kem Pengakap Melaka
06
Mac
SAARC Camp.
21 - 26 Mac
Bhutan.
Antarabangsa
07
April
Pertandingan Kepandaian dan Kemahiran Pengakap Muda Peringkat Kebangsaan 2011
15 - 17 April.
Kem Metropolitan
Kebangsaan
08
Mei
04th National JOTA.
13 – 17 Mei
09
Mei
Jambori Pengakap Melaka Maju 2011
85
28 Mei - 02 Jun
PPM Negeri-Negeri & Persatuan Radio Amatur. Kem Pengakap Melaka
Kebangsaan Negeri
TINDAKAN
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Konsep, Sejarah, Struktur Organisasi, Pengurusan dan Pentadbiran serta Kepentingan Unit Beruniform Pengakap dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan yang lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. Anda juga amat digalakkan untuk mempraktikkan apa yang telah anda pelajari ajar pengetahuan anda tentang Konsep, Sejarah, Struktur Organisasi, Pengurusan dan Pentadbiran serta Kepentingan Unit Beruniform Pengakap akan menjadi lebih mantap.
Carian perlu meliputi isu-isu berkaitan kewujudan pergerakan pengakap di Malaysia dan kenapa pergerakan pengakap amat penting dianggotai oleh rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan pelajar dan anak muda Malaysia.
Pengalaman
AKTIVITI 1 1. Susun galur sejarah penubuhan pengakap di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka. 2. Senaraikan jenis-jenis istiadat dalam Pengakap. 3. Tuliskan barisan Pegawai Utama dalam Persekutuan Pengakap Malaysia.
86
Refleksi:
Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap Konsep, Sejarah, Struktur Organisasi, Pengurusan dan Pentadbiran serta Kepentingan Unit Beruniform Pengakap, secara berkumpulan, bincangkan sejauh manakah istiadat-istiadat pengakap mampu melahirkan ahli pengakap yang berdisiplin dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial. Berikan contoh-contoh yang sesuai dalam perbincangan tersebut.
87
UNIT 2
KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
Hasil Pembelajaran Unit Pada akhir unit ini ahli pengakap akan dapat : 1.
menjelaskan tentang kemahiran-kemahiran perkhemahan yang ada di dalam pergerakan pengakap;
2.
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tersebut semasa mengikuti aktiviti perkhemahan atau Kursus Kepemimpinan Pengakap;
3.
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian;
4.
mengajarkan kemahiran-kemahiran kepengakapan kepada muridmurid atau para pelajar semasa di sekolah nanti; dan
5.
menghuraikan secara kritis tentang kepentingan kemahirankemahiran kepengakapan dalam mendisiplinkan ahli pengakap.
Sinopsis Unit ini menerangkan tentang kemahiran-kemahiran perkhemahan atau kemahirankemahiran kepengakapan yang ada. Unit ini turut membincangkan tentang Kraf Perkhemahan, Simpulan dan Ikatan serta Ikhtiar Hidup dalam pengakap. Di samping itu, Asas Kawad Kaki dan Asas Pertolongan Cemas turut dibincangkan dalam unit ini. Semoga sub-subtopik yang dibincangkan dalam unit akan akan memberikan manfaat kepada jurulatih, pemimpin serta ahli pergerakan pengakap, khususnya di IPGM.
88
2.0
KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
2.1
KRAF PERKHEMAHAN
2.1.1 Pengenalan: i.
ii.
iii.
Konsep Khemah a.
Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai kemudahan asas yang minima.
b.
Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan, sama ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan, buluh atau mungkin juga daripada kayu dan batu. Yang penting, tempat perlindungan tersebut mampu memberikan perlindungan daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.
c.
Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman atau di belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
d.
Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan perkhemahan.
e.
Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan menteladan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.
Konsep Kraf Perkhemahan a.
Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan.
b.
Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan pengembaraan.
dan atau
Rasional a.
Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya;
b.
Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan ciptaan-Nya; dan
89
c.
iii.
Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan fauna yang terdapat di muka bumi ini.
Objektif a.
Menggalakkan ahli pengakap untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan;
b.
Mendedahkan ahli pengakap untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak perkhemahan; dan
c.
Memberikan kesedaran kepada ahli pengakap tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.
2.1.2 Pengurusan dan Penjagaan Khemah: i.
Jenis-jenis Khemah: a.
Ridge tent: Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
b.
Dome tent: Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk berkelah atau perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
c.
Frame tent: Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
d.
Bell tent: Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”.
90
e.
i.
Shelter Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Shelter boleh melindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk. Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya (i) Jenis-jenis Shelter (a)
Phonco-Lean-To Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua batang pokok. Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala arah angin.
(b)
Phonco Tent Mudah dibina. Diikat antara dua batang pokok. Shelter tertutup pada dua bahagian,kiri dan kanan.
(c)
One man Shelter Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz yang kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.
Pengurusan dan Keselamatan Khemah: a.
Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.
b.
Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
c.
Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
d.
Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari memasuki khemah.
e.
Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
f.
Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
g.
Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.
h.
Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.
91
ii.
Penjagaan Khemah: i.
Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang atau pancang.
ii
Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk dibuka.
iii.
Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.
iv.
Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
v.
Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.
vi.
Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
vii.
Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah.
viii.
Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
2.1.3 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet:
i.
Gajet ditakrifkan sebagai perkasasan atau peralatan atau perabot, seperti pagar, pintu, kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah. Gajet-gajet ini diperbuat daripada kayu dengan menggunakan paku, gam dan sebagainya supaya kelihatan kemas dan cantik serta sesuai dengan situasi tempat.
92
ii.
Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam aktiviti perkhemahan kerana satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang memerlukan pintu, pagar, kerusi atau bangku, ampaian, rak kasut, rak barang, rak dapur dan seumpamanya.
iii.
Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh atau batang kayu yang disambung atau diikat menggunakan tali dengan simpulan dan ikatan yang tertentu. Simpulan dan ikatan ini amat penting agar gajet-gajet yang dibina menjadi kukuh dan selamat digunakan. Sebaik-baik gajet perkhemahan ialah gajet yang dibina tanpa menggunakan sebarang paku.
iv.
Gajet-gajet ini dikenali juga sebagai kraf kayu atau wood craft. Gajet penting dalam aktiviti luar kerana ia mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya:
v.
a.
menggantikan perkakasan dan perabot di rumah;
b.
memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan; dan
c.
menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan.
Tujuan mendirikan gajet adalah untuk: a.
mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya secara teori dan amali dalam sesi perjumpaan mingguan;
b.
membina semangat kekitaan, kerja sama, bertanggungjawab dan semangat bergotong royong dalam kalangan ahli Sekawan/Patrol dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan;
c.
mengisi masa lapang yang ada dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan;
d.
mencerdaskan mental dan mencergaskan fizikal kerana memerlukan idea, kreativiti, tenaga dan masa yang sesuai dan kondusif;
e.
menentukan keluasan tapak perkhemahan mendirikan pagar mengelilingi tapak khemah;
f.
meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar kelihatan kemas, bersih, selesa dan menarik.
93
masing-masing
dengan
vi.
vii.
g.
dijadikan tempat untuk menyimpan, menyusun dan memperagakan perkasasan, peralatan, bahan, maklumat, pakaian dan sebagainya;
h.
melindungi bahan-bahan makanan, sama ada bahan basah atau bahan kering daripada tercemar, sama ada oleh faktor alam ataupun oleh serangga dan haiwan;
i.
memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kawasan perkhemahan tanpa sebarang masalah dan gangguan, seperti memudahkan pergerakan, senang mencari maklumat serta barangan dan peralatan yang telah diletakkan atau disimpan di tempat yang sesuai; dan
j.
menjadi mercu tanda perkhemahan serta pengalaman dan kenangan yang tidak mudah dilupakan.
Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya: a.
mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat;
b.
menjimatkan kos;
c.
alam sekitar menjadi bersih dan nyaman;
d.
barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil;
e.
menambahkan pengetahuan dan pengalaman; dan
f.
memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin.
Kaedah mendirikan gajet: a.
ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan peralatan yang minimum;
b.
senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh serba guna;
c.
menggunakan bahan dan alat yang ada dipersekitaran atau yang dibekalkan tanpa memerlukan kos yang tinggi;
94
viii.
d.
menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas;
e.
susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam kawasan perkhemahan; dan
f.
jenis dan bilangan sesuai dengan bilangan peserta dan keluasan tapak.
Bahan-bahan untuk mendirikan gajet: a.
Sebelum sesebuah gajet dibina, beberapa peralatan dan bahan perlu disediakan terlebih dahulu. Peralatan dan bahan ini bergantung kepada jenis-jenis gajet yang akan dibina.
b.
Antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sesebuah gajet (mengikut kesesuaian) ialah ; (i)
parang;
(ii)
gergaji;
(iii)
tali, sama ada tali rafia, rami atau manila, rotan, dawai atau akar;
(iv)
buluh, sama ada yang lurus, bulat atau pun yang telah dibelah (boleh juga buluh terpakai);
(v)
kayu yang berukuran diameter di antara 10 cm hingga 18 cm;
(vi)
kayu yang berukuran diameter di antara 18 cm hingga 22 cm;
(vii) ranting dan dahan pokok, sama ada yang lurus atau yang bercabang; (viii) tin-tin kosong; (ix)
batu-bata;
(x)
plastik;
(xi)
zink;
(xii) papan; (xiii) kad manila; dan (xiv) dedaunan.
2.1.4 Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya: i.
Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis gajet boleh dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Namun gajet perlu
95
didirikan pada waktu yang lapang atau pada waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual perkhemahan. ii.
iii.
Antara gajet yang boleh dibina: ialah gajet dapur, meja, rak kasut, alas atau rak untuk meletak beg pakaian, ampaian, pintu gerbang, menara kawalan, dan sebagainya. a.
tiang bendera;
b.
pagar;
c.
pintu gerbang;
d.
papan kenyataan;
e.
ampaian;
f.
pangkin, tempat duduk dan meja;
g.
rak kasut;
h.
rak dapur;
i.
rak barang; dan
j.
lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah).
Tiang bendera: a.
Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali, dan bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera. Walau bagaimanapun, penghasilannya adalah bergantung kepada sumber bahan yang ada.
b.
Terdapat dua jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan pengakap. Satu berupa tiang bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang atau tapak perhimpunan yang digunakan untuk mengibarkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap, manakala satu lagi berupa tiang bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera Sekawan atau Patrol di dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.
96
iv.
Pagar: a.
Gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol. Gajet pagar didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh yang dipacak mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk menjadi pagar.
b.
Pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian pagar yang dibina sekitar satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar menjadi kukuh, jarak pancangan kayu atau buluh hendaklah agak rapat sekitar dua meter antara satu pancangan.
c.
Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka dengan pelbagai corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.
KEDUDUKAN/PLAN PERKHEMAHAN
v.
Pintu gerbang: a.
Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat penting dibina dalam aktiviti perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke dalam kawasan perkhemahan, pintu gerbang yang baik akan berperanan sebagai pusat kawalan, di samping sebagai tempat untuk memasang bendera Sekawan/Patrol.
b.
Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan hari dan bahan yang ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk mendirikan gajet pintu gerbang banyak, seharusnya pintu gerbang yang didirikan agak besar dan cantik.
97
c.
vi.
Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet pintu gerbang ialah: (i)
beberapa batang pelbagai ukuran;
kayu
atau
(ii)
tali, sama ada rami, jut atau raffia;
(iii)
cangkul, parang dan gergaji; dan
(iv)
tangga (jika ada).
buluh
Papan kenyataan: a.
Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat berkaitan ahli Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin, pelan atau gambar rajah kawasan perkhemahan Sekawan/Patrol dan maklumatmaklumat lain yang berkaitan.
b.
Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan sumber bahan yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan itu terlindung daripada hujan dan matahari, kreativiti pengakap amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau perlindungan yang bersesuaian bagi papan kenyataan berkenaan.
c.
Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan bahanbahan lain yang sesuai.
PELBAGAI CONTOH PAPAN KENYATAAN
vii.
Ampaian: a.
Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti pembuatnya. Walau bagaimanapun, gajet ampaian yang baik ialah gajet yang didirikan tanpa bergantung kepada pokok atau batang-batang pokok yang hidup.
b.
Oleh itu, gajet ampaian digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin di bahagian belakang kawasan khemah kumpulan.
c.
Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.
98
viii.
Pangkin, tempat duduk dan meja: a.
Gajet ini dibuat untuk dua fungsi. Pertama, sebagai meja makan dan kedua, sebagai meja persidangan atau perbincangan Sekawan/ Patrol.
b.
Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah kumpulan, iaitu berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga kumpulan yang membuat gajet tersebut di bahagian hadapan atau kawasan halaman khemah kumpulan.
PELBAGAI CONTOH RAK MEJA
ix.
Rak kasut:
CONTOH RAK KASUT
a.
Gajet rak kasut dibuat untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam kawasan perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak kasut ialah berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan pintu khemah.
b.
Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu atau kayu berukuran antara suku hingga satu meter dan diikat dengan tali menggunakan simpulan dan ikatan yang sesuai.
99
x.
Rak dapur atau tempat memasak: a.
Rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet yang paling penting perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara paling ringkas, yakni tanpa bumbung atau boleh juga dibuat dengan berbumbung.
b.
Gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang biasanya digunakan untuk memasak air. Manakala untuk memasak makanan pula, gajet yang paling ringkas ialah yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan batu atau tungku. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet dapur ringkas ialah kayu bercabang, kayu lurus atau buluh, batu bata, dawai, tanah kering, dan kawasan berbukit.
PELBAGAI CONTOH RAK DAPUR
xi.
Rak barangan dapur: a.
Gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya. Gajet atau rak ini digunakan sebagai tempat membasuh pinggan mangkuk yang dilengkapi dengan baldi air atau besen, tuala kecil, sabun, dan air. Untuk menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh dibuat secara bertingkat-tingkat.
CONTOH RAK BARANGAN DAPUR
100
xii.
Rak tempat menyimpan makanan: a.
Gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok di dalam kawasan khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung sesuai digunakan. Sekiranya tiada pokok dalam kawasan khemah berkenaan, gajet jenis bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN
b.
Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah yang dihasilkan bersama penutup yang diperbuat daripada plastik atau dedaun kering yang dianyam. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, buluh yang dibelah dua atau empat, tali, dan plastik atau dedaun kering yang bersesuaian.
PELBAGAI CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN BERTUTUP
xii.
Tempat buangan sampah basah (sisa makanan) dan sampah kering: a.
Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga akan kebersihan kawasan khemah. Gajet buangan sampah basah dan sampah kering boleh dibina di atas atas seperti gambar rajah di bawah atau dengan cara mengorek lubang di tanah.
b.
Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian belakang berdekatan dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk mengelakkan lalat dan serangga lain mengerumuni atau berkumpul dalam tenmpat sampah.
101
CONTOH LUBANG KERING DAN LUBANG BASAH
Sila layari http://yusofalhaj.wordpress.com Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap Kraf Perkhemahan, secara berkumpulan, hasilkan model-model gajet yang sesuai dan hantar untuk dinilaikan oleh pensyarah anda.
2.2
SIMPULAN
2.2.1 Tali-temali: i.
Simpulan dan ikatan merupakan aktiviti tali-temali yang amat berkait rapat dengan aktiviti perkhemahan. Menguasai kemahiran tali-temali ini amat penting bagi memudah dan meringankan kerja serta untuk menjamin keselamatan semasa menggunakan simpulan dan ikatan agar tidak ditimpa kemalangan atau kecelakaan akibat tersalah mengikat atau membuat simpulan.
ii.
Terdapat pelbagai jenis tali yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dan situasi, sama ada sewaktu menjalankan aktiviti perkhemahan, pengembaraan, pelayaran, pendakian, di sekolah, pejabat mahupun di rumah.
iii.
Antaranya ialah: a.
Tali penyelamat: (i)
Digunakan untuk menyelamat mangsa dan diperbuat daripada rami Itali atau terylene.
(ii)
Tali penyelamat dibentuk dengan cara tiga ikatan shroud laid.
(iii)
Kebiasaan mempunyai diameter 2 inci.
102
b.
c.
d.
iv.
(iv)
Ketahanan tali rami Itali – 2.85 tan.
(v)
Ketahanan tali terylene – 4.05 tan.
Tali pengangkat: (i)
Diperbuat daripada rami Manila dan nilon dengan cara ikatan hawser laid.
(ii)
Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 100 kaki.
(iii)
Ketahanan tali rami Manila – 2.05 tan.
(iv)
Ketahanan tali nilon – 3.40 tan.
(v)
Ketahanan tali terylene – 4.05 tan.
Tali penarik: (i)
Diperbuat daripada terylene dengan cara ikatan hawser laid.
(ii)
Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 130 kaki.
(iii)
Ketahanan tali penarik – 2.73 tan.
Tali pengikat: (i)
Diperbuat daripada rami Manila dengan cara ikatan hawser laid.
(ii)
Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 50 kaki.
(iii)
Ketahanan tali pengikat – 2.03 tan.
Penjagaan tali: a.
Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekalisekala.
b.
Hujung tali mestilah dililit atau dimatikan supaya tidak bercerai atau terlerai.
CARA UNTUK MEMATIKAN HUJUNG TALI
103
c.
Gunakan tali atau benang kasar yang sesuai besarnya.
d.
Selepas digunakan, tali hendaklah dilengkarkan atau digulung dengan baik sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat.
e.
Untuk menjamin kekuatan dan kekukuhan tali serta tahan lama, tali tidak perlu dibasuhkan kerana akan mengakibatkan tali menjadi basah.
f.
Tali yang basah tidak boleh terus disimpan. Keadaan ini akan menyebabkan tali mudah menjadi reput dan tidak selamat digunakan.
g.
Tali yang basah tidak digalakkan untuk dijemur di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya, tali tersebut perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik.
h.
Sebaik-baiknya, tali yang hendak disimpan boleh dilabelkan ukuran panjang dan digantungkan di tempat yang sesuai.
i.
Dicadangkan agar tali-tali yang hendak digunakan untuk tujuan mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji terlebih dahulu agar ia selamat digunakan.
2.2.2 Jenis Simpulan: i.
Simpulan ialah satu aktiviti tali temali yang menggunakan tali yang kecil dan sederhana ukurannya untuk disimpulkan pada benda-benda yang kecil dan sederhana ukurannya juga. Simpulan mudah diaplikasikan selalu walau di mana jua lokasinya, sama ada di hutan, di rumah mahupun di pejabat. Misalnya, simpul manuk boleh digunakan untuk mematikan tali ampaian. Manakala simpul buku sila pula boleh digunakan ketika membuat anduh untuk menampung tangan yang tercedera atau patah.
CONTOH SIMPULAN DAN IKATAN
ii.
Terdapat tujuh jenis simpulan asas, iaitu:
104
a.
b.
Simpul Mati (Thumb knot): (i)
Satu simpulan yang tidak mudah terurai atau terbuka disebabkan simpulan yang kukuh. Satu simpulan tali yang mudah dan digunakan ikatan di bahagian hujung.
(ii)
Simpul mati berfungsi untuk mematikan hujung tali supaya ikatan tali nampak kemas serta tidak mudah terurai atau terbuka dan tali tidak terbuang.
Simpul Manuk (Clove hitch): (i)
Simpulan yang tidak mudah terburai atau terlerai.
(ii)
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
(iii)
Juga digunakan untuk mengikat tali pada botol atau tangkai buah durian (mudah untuk membawanya).
(iv)
Semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting dan lilit kacang atau ular.
105
c.
d.
Simpul Buku Sila (Reef knot):
(i)
Simpulan yang tegap dan tidak mudah terlucut.
(ii)
Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz.
(iii)
Mematikan ikatan pada bungkusan.
(iv)
Membalut luka, bandage atau mematikan ikatan anduh.
(v)
Mengikat khemah yang sudah dilipat.
Simpul Tindih Kasih (Bowline) (i)
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
(ii)
Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.
(iii)
Akan diikat pada pinggang mangsa dan ditarik ke tempat yang selamat.
(iv)
Juga digunakan untuk mengikat leher haiwan.
106
e.
f.
Simpul Tindih Kasih Berganda (Double Bowline) (i)
Seperti simpul tindih kasih biasa tetapi lebih tegap dan kukuh kerana menggunakan dua lapis tali.
(ii)
Akan menghasilkan dua tanjul.
(iii)
Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat mangsa.
(iv)
Kedua-dua tanjul boleh diubah mengikut kesesuaian mangsa.
Simpul Bunga Geti (Sheet Bend): (i)
Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz dan berlainan saiz.
(ii)
Juga digunakan untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul.
CARA MEMBUKA SIMPULAN BUNGA GETI
g.
Simpul Himpit (Fisherman’s Knot): (i)
Digunakan untuk menyambung dua utas tali licin yang sama ukuran/saiz.
(ii)
Atau antara tali licin dengan tali nylon yang sama saiz.
(iii)
Contohnya, tali kail dan tali nylon.
107
h.
Simpul Belit Lucut: (i)
Dikenali juga sebagai ikatan bendera kerana digunakan untuk mengikat bendera yang berlipat pada tiang bendera.
(ii)
Juga dikenali sebagai ikatan pencuri kerana digunakan oleh pencuri untuk turun dari tempat tinggi.
(iii)
Sering digunakan untuk menuruni bukit, pokok atau tempat yang tinggi.
108
2.3
IKATAN i.
Ikatan ialah satu aktiviti tali temali yang digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara kawalan dan sebagainya. Kebiasaannya dalam aktiviti kepengakapan, beberapa ikatan digunakan seperti iakatan seraya, iakatan serong, ikatan silang gunting dan ikatan lilit balak.
ii.
Jenis-jenis ikatan: a.
Terdapat empat jenis ikatan asas yang paling popular, iaitu: (i)
Ikatan Seraya (a)
Ikatan seraya digunakan untuk mengikat kayu atau buluh yang bersudut tetap.
(b)
Dimulakan dengan simpul manuk pada batang kayu/buluh kemudian lilit dengan kemas dan ketat. Dikuti dengan lilitan di celah kayu/buluh. Ikatan seraya diakhiri dengan simpul manuk pada kayu/buluh.
109
(ii)
(iii)
Ikatan Serong (a)
Ikatan serong digunakan pada kayu atau buluh yang bersilang dan dalam keadaan serong.
(b)
Bermula dengan ikatan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang. Kemudian lilit secara membujur dan melintang seperti dalam gambar rajah di bawah. Seterusnya, lilit di celah-celah silang supaya ikatan tersebut kukuh dan kemas. Ikatan serong ditamatkan dengan simpul manuk.
Ikatan Lilit Kacang
(a)
Ikatan lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat gajet.
(b)
Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada sebatang tiang. Kemudian ikat secara berselang-seli pada kayu/buluh lantai dari atas ke bawah hingga selesai. Ikatan lilit kacang ditamatkan dengan simpul manuk.
110
(c)
(iv)
Selain mengunakan seutas tali, ikatan lilit kacang juga boleh dilakukan dengan menggunakan dua utas tali. Lilit kacang yang menggunakan dua utas tali akan menjadikan ikatan tersebut menjadi bertambah kemas dan kukuh serta terjamin kuatnya.
Ikatan Silang Gunting (a)
Ikatan silang gunting digunakan untuk membuat jambatan, menara, gajet dan menyambung kayu.
(b)
Ikatan silang gunting digunakan untuk menyambung dua batang kayu atau buluh atau mengikat dua batang kayu/buluh.
(c)
Apabila menyambung dua batang tiang/kayu/buluh, ikatan silang gunting akan digunakan pada kedua-dua hujung tiang/kayu/buluh.
(d)
Ikatan silang gunting dimulakan dengan simpul manuk pada sebatang tiang/kayu/buluh. Kemudian lilit kedua-dua batang tersebut dengan kemas dan kuat. Ikatan silang gunting akan ditamatkan dengan simpul manuk.
111
2.4
IKHTIAR HIDUP
2.4.1 Pengenalan: i.
Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi atau keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan, terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.
ii.
Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman, termasuk sesat di dalam hutan.
iii.
Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut: a.
kehabisan bekalan makanan dan minuman;
b.
ancaman binatang buas;
c. d.
sesat di dalam hutan; dan masalah perlindungan.
iv.
Punca wujudnya situasi ikhtiar hidup ialah kelalaian manusia itu sendiri, sama ada di peringkat perancangan, persiapan ataupun di peringkat pelaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mendorong ke arah wujudnya situasi ikhtiar hidup.
v.
Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup akan dapat dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko akan sentiasa dilalui sepanjang aktiviti luar dilaksanakan.
vi.
Prinsip ikhtiar hidup: a.
Keselamatan: Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Misalnya, elakkan daripada memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui puncanya, sama ada boleh dimakan atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan diri dan nyawa diabaikan.
b.
Usaha: Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa usaha akan mengundang risiko. Jika sesuatu usaha itu gagal maka
112
hendaklah berusaha dengan cara yang lain pula asalkan usaha tersebut tidak menjejaskan faktor keselamatan. Semakin banyak usaha yang dilakukan semakin banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi segala rintangan dan risiko yang dihadapi. c.
Kawalan diri: Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan menyebabkan seseorang itu untuk bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir. Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap masalah yang sedang dihadapi.
d.
Kerjasama: Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan dalam pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar segala kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan membawa berkat. Jika tiada kesepatan segala masalah sukar diatasi.
2.4.2 Masakan solar: i.
Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar.
ii.
Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah: a.
satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin terancam;
b.
mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api;
c.
mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.
iii.
Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.
iv.
Bahan -bahan yang diperlukan ialah: a.
aliminium foil;
b.
periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam;
c.
kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong;
d.
gam/glue;
e.
pelekat kertas /paper binding tape;
113
f.
plastik;
g.
tali rapiah; dan
h.
tiga batu kecil diletak dibawah panci/periuk nipis semasa memasak.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT DAPUR
PROSES MENYEDIAKAN PERIUK
114
PENYEDIAAN MENU MASAKAN
PERIUK DIMASUKKAN KE DALAM BEG PLASTIK LALU DIIKAT DENGAN KETAT
2.4.3 Membuat perangkap: i.
ii.
Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan. Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya: a.
perangkap atau jerat pelanduk;
b.
perangkap atau jerat ayam hutan;
c.
perangkap atau jerat hempap dan jerut;
d.
perangkap kurungan.
Perangkap atau jerat pelanduk: a.
Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah : (i)
kayu pelentik;
(ii)
tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai;
(iii)
kayu cabang berbentuk ’Y’ yang hujungnya;
115
ditajamkan kedua-dua belah
b.
ii.
kayu pesawat; dan
(v)
alas pemijak.
Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.
Perangkap atau jerat ayam hutan: a.
b.
iii.
(iv)
Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahanbahan yang digunakan ialah: (i)
sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai;
(ii)
dua batang kayu yang bercabang;
(iii)
tali pesawat;
(iv)
dua batang kayu pelepas;
(v)
sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm; dan
(vi)
beberapa batang kayu pemijak.
Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan.
Perangkap atau jerat hempap dan jerut: a.
Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas.Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah: (i)
tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai;
(ii)
umpan;
(iii)
tali pemberat tambahan;
(iv)
batang kayu penghempap;
(v)
dua batang kayu penghalang hadapan;
(vi)
dua batang kayu penghalang belakang;
(vii) kayu pesawat; (viii) dua batang kayu pelepas; dan
116
(ix) b.
iv.
Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut serta dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk mendapatkan kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu penghempap serta kayu pemberat tambahan.
Perangkap atau jerat kurungan: a.
b.
2.5
beberapa batang kayu pemijak.
Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-hidup. Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga. Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah : (i)
batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang, tiang pintu dan sebagainya;
(ii)
umpan;
(iii)
gelang rotan;
(iv)
kayu pesawat; dan
(v)
tali pesawat.
Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.
ASAS KAWAD KAKI DAN ISTIADAT
2.5.1 Pengenalan: i.
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti Pergerakan Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander). Berkawad ialah berjalan dgn rentak kaki yg sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua..
ii.
Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan yang bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di samping itu, kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas, berdisiplin tinggi, berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.
iii.
Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu: a.
Latihan bahasa hukuman/perintah kawad; dan
117
b. iv.
v.
Latihan pergerakan.
Objektif kawad kaki adalah untuk: a.
membentuk peribadi individu;
b.
menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah;
c.
menanam perasaan yakin;
d.
membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib;
e.
menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan
f.
menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan berhemah tinggi.
Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu: a.
Kawad Statik
b.
Kawad Dinamik
c. d.
Kawad Asas Kawad Formasi
e.
Kawalan Kehormatan
2.5.2 Bahasa Hukuman Kawad: i.
Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad: a.
Ingatan: Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka buat.
b.
Harkat/Amaran: Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan oleh skuad.
c.
Perbuatan: Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang amat nyaring oleh komander/pemimpin kawad.
118
ii.
Contoh bahasa hukuman kawad: Bahasa Hukuman Kawad
iii.
Tindakan
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA
INGATAN
KE KANAN…
HARKAT/AMARAN
PUSING
PERBUATAN
Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n.
Masuk Baris; Sedia; Luruskan barisan; Paras; Senang Diri; Rehatkan Diri; Keluar Baris; Pusing ke Kanan; Pusing ke Kiri; Pusing/Menghadap ke Belakang; Pusing/Menghadap ke Hadapan; Kawad Jalan Kaki; Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki; dan Bersurai.
2.5.3 Kawad Statik dan Dinamik: i.
Latihan kawad statik dan dinamik a.
Masuk Baris: (i)
Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat hendak dimulakan atau selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu berehat.
(ii)
Arahan: “DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA, SKUAD HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS DALAM TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.” “FAHAM ITU SKUAD!” TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK! atau DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK! atau SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
119
atau MASUK BARIS …… GERAK! b.
Paraskan Skuad: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)
Arahan: YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU BARISAN …… GERAK! (Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku KELUAR BARIS dan terus membentuk satu barisan panjang di hadapan pemimpin.) NOMBOR! (Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/nyaring bermula dari sebelah kanan.) NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG …… GERAK! ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM! (Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali sebagai PENANDA KANAN.) NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI BARISAN, KANAN DAN KIRI …… PUSING! JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN! (Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di barisan tengah, belakang, hadapan dan seterusnya hingga terbentuk tiga barisan.)
c.
Luruskan Barisan: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
KEDUDUKAN LURUSKAN BARISAN
(ii)
Arahan:
120
KE KANAN …… LURUS! (Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan merapati bahu kiri rakan sebelah. Kemudian skuad menghentakkan kaki sambil meluruskan barisan dan berhenti sebaik barisan telah diluruskan.) PANDANG …… DEPAN! (Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan kanan dan kembali dalam kedudukan SEDIA.) d.
Senang Diri: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA. Arahan: SENANG …… DIRI!
KEDUDUKAN SENANG DIRI DAN REHATKAN DIRI
(ii)
Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI. Arahan: BARIS! (Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)
e.
Rehatkan Diri: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI.
(ii)
Arahan: REHATKAN …… DIRI!
f.
Sedia: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI. Arahan:
121
BARIS! BARIS …… SEDIA! (ii)
Jika skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI: Arahan: BARIS …… SEDIA!
g.
KEDUDUKAN SEDIA
Buka Barisan: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)
Arahan: BUKA BARISAN …… GERAK! (Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan. Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.)
h.
Tutup Barisan: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)
Arahan: TUTUP BARISAN……… GERAK! (Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang. Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.)
i.
Pusing ke Kanan: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)
Arahan: BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA KE KANAN……… PUSING! atau KE KIRI……… PUSING! atau KE BELAKANG……… PUSING!
j.
Pusing ke Kiri:
122
(i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)
Arahan: BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA KE KIRI……… PUSING! atau KE KANAN……… PUSING! atau KE BELAKANG……… PUSING!
k.
Pusing / Menghadap ke Belakang: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)
Arahan: BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG KE BELAKANG……… PUSING! atau KE KANAN……… PUSING! atau KE KIRI……… PUSING!
l.
Kawad Jalan Kaki: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)
Arahan (bergantung kepada penanda): DARI KIRI, CEPAT……… JALAN! atau DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN! atau DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN! (jika dalam satu barisan sahaja)
m.
Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan KAWAD JALAN KAKI atau HENTAK KAKI.
(ii)
Arahan: BARIS, BERHEN……… TI!
123
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI disebut sebaik sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah.) n.
Keluar Baris: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)
Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan akan ada perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.
(iii)
Arahan: KELUAR …… BARIS!
o.
Skuad Bersurai: (i)
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)
Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki tamat dan akan bersambung pada waktu atau hari yang lain.
(ii)
Arahan: BERSU …… RAI! (Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR BARIS.)
2.6
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
2.6.1 Definisi dan Konsep Pertolongan Cemas: i.
Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor di tempat kejadian.
ii.
Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
2.6.2 Tujuan dan Prinsip: i.
Tujuan pertolongan cemas: a.
Selamatkan nyawa:
124
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan dan jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.
ii.
b.
Mengelakkan daripada bertambah buruk: Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
c.
Mengurangkan kesakitan: Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada mangsa atau pesakit.
d.
Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor: Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.
**
Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.
Prinsip pertolongan cemas: a.
Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
b.
Dapatkan tindak balas mangsa.
c.
Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
d.
Periksa pernafasan mangsa.
e.
Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial - lengan atas)
2.6.2 Anduh dan Balutan: i.
Anduh a.
Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu anggota badan yang cedera.
b.
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu meter.
125
c.
d.
Antara kegunaan kain anduh ialah: (i)
mengampu bahagian yang cedera atau patah;
(ii)
menghenti atau menahan pendarahan;
(iii)
menetapkan bahagian yang cedera;
(iv)
dapat digunakan sebagai pengipas;
(v)
menutup tempat yang luka atau cedera; dan
(vi)
sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).
Jenis-jenis anduh: (i)
(ii)
(iii)
(iv)
Anduh besar (large arm sling): (a)
mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
(b)
mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
Anduk tiga segi atau Anduh St. John’s (triangular sling): (a)
menahan pendarahan anggota atas.
(b)
mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
(c)
mengampu anggota atas yang cedera.
Anduh kecil (small sling): (a)
mengampu kecederaan di bahagian bahu.
(b)
mengampu tulang klavikal yang cedera.
(c)
mengampu anggota atas yang cedera.
Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
126
(a)
ii.
mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.
Pembebatan dan Pembalut atau Balutan a.
Pembebatan (Dressing) (i)
Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
(ii)
Tujuan:
(iii)
(a)
Mengurangkan kesakitan.
(b)
Menggalakkan penyembuhan luka.
(c)
Memperbaiki kosmetik kulit.
(d)
Mengawal penyebaran mikroorganisme.
(e)
Mengawal kontaminasi luka.
(f)
Memberi tekanan pada tempat tercedera.
(g)
Mengawal pendarahan.
(h)
Mengawal kecederaan lanjut.
Pembebatan ada tiga jenis, iaitu: (a)
Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;
(b)
Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan
(c)
Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.
127
b.
Pembalut atau balutan: (i)
Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.
(ii)
Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
(iii)
c.
(a)
Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu , mengipas dan pengikat gelung cincin.
(b)
Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI dan balutan padi.
Tujuan dan Fungsi Pembalut: (a)
Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(b)
Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh.
(c)
Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan.
(d)
Mengurangkan kesakitan.
(e)
Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan serum.
Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka: (i)
Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii)
Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii)
Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
(iv)
Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan pembalutan.
(v)
Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.
128
2.6.3 Merawat Luka dan Gigitan: i.
Merawat luka: a.
Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b.
Pendarahan ada tiga jenis, iaitu: (i)
(ii)
(iii)
c.
pendarahan luaran (external): (a)
luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;
(b)
luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai;
(c)
luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
(d)
luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan.
pendarahan dalaman (internal): (a)
perut – muntah berdarah;
(b)
rahim – tumpah darah;
(c)
tali usus – darah pada dubur;
(d)
buah pinggang – kencing berdarah;
(e)
paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah; dan
(f)
tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
pendarahan dalaman tanpa kesan: (a)
limpa dan hati pecah; dan
(b)
pendarahan dalam otak.
Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu: (i)
Luka terbuka: Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.
(ii)
Luka tertutup:
129
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam. d.
Cara merawat luka terbuka: (i)
Luka-luka kecil: (a)
Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;
(b)
Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
(c)
Langkah-langkah rawatan: • • • • • • •
(ii)
Luka-luka kecil yang ada benda asing: (a)
Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.
(b)
Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah: • • • • • • • •
ii.
Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman. Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril. Lekatkan plaster mengikut ukuran luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman. Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril. Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek. Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
Merawat gigitan: a.
Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang. Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
130
b.
c.
d.
Tanda-tanda gigitan: (i)
Luka yang dalam di daging.
(ii)
Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
Kaedah rawatan: (i)
Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii)
Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii)
Balut dengan pembalut steril.
(iv)
Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital berdekatan.
Jika digigit anjing: (i)
Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii)
Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair antiseptik.
(iii)
Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv)
Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
**
Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah daripada anjing yang tidak dikenali.
2.6.4 Melecur, Pitam dan Patah: i.
Melecur dan terbakar: a.
Melecur: Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak panas. Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
b.
Terbakar: Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.
c.
Ketenatan mangsa bergantung kepada: (i)
Luas permukaan yang cedera.
131
d.
e.
(ii)
Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii)
Tahap terbakar.
(iv)
Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
Jenis terbakar atau melecur: (i)
Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
(ii)
Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.
Sebab-sebab terbakar atau melecur: JENIS
f.
SEBAB-SEBAB
Panas kering
Bahan api atau api. Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok. Geseran
Panas lembab
Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak
Bahan kimia
Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif. Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau alkali.
Radiasi
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet) Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Elektrik
Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah. Kilat dan petir. * Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua tempat luka sahaja.
Tahap kecederaan: (i)
Tahap pertama (Superficial burn): Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.
(ii)
Tahap kedua (Intermidiate burn) Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
(iii)
Tahap ketiga (Deep burn):
132
g.
h.
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak. Tanda-tanda terbakar atau melecur: (i)
Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii)
Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
(iii)
Pengaliran keluar plasma.
(iv)
Renjatan.
Tindakan yang perlu diambil: (i)
(ii)
Tindakan ‘3B’: (a)
Burning stop – Padamkan.
(b)
Breathing maintain – Periksa pernafasan.
(c)
Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.
Tindakan ‘3C’: (a)
Cool – Sejukkan.
(b)
Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
(c)
Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
(iii) Pengendalian am: (a)
Hentikan kebakaran - air.
(b)
Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).
(c)
Tentukan ia bernafas.
(d)
Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
(e)
Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f)
Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan.
(g)
Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
133
(h) ii.
Pitam a.
Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.
b.
Antara penyebabnya ialah:
c.
iii.
Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.
(i)
Kekurangan darah di dalam otak;
(ii)
Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
(iii)
Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
Cara merawat: (i)
Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
(ii)
Longgarkan pakaian ketat.
(iii)
Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum ammonia.
(iv)
Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
(v)
Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh panas.
Patah: a.
Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
b.
Tanda-tanda patah tulang: (i)
Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
(ii)
Bengkak dan lebam.
(iii)
Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv)
Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis.
134
c.
Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat .
d.
Cara merawat: (i)
Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.
(ii)
Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan.
(iii)
Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.
(iv)
Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya.
(v)
Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
**
Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.
2.6.5 Keracunan dan Terseliuh: i.
Keracunan a.
Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan.
b.
Tanda-tanda terkena keracunan:
c.
(i)
Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii)
Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii)
Cirit birit mungkin terjadi.
(iv)
Tanda-tanda terkejut.
(v)
Mungkin tidak sedarkan diri.
Arahan merawat: (i)
Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
135
(ii)
Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
(iii)
Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
(iv)
Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
(v)
Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi)
Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan: (a)
Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
(b)
Rawatan kecemasan: • • • • • •
ii.
Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun. Hirup udara segar di ruang terbuka. Tanggalkan pakaian yang terkena racun. Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak. Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata.
Terseliuh a.
Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.
b.
Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan pada ligamen.
c.
Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
d.
Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
e.
Tanda-tanda ligamen terseliuh: (i)
Sakit-sakit.
(ii)
Bengkak.
136
f.
(iii)
Bertambah sakit apabila bergerak.
(iv)
Pergerakan yang terhad.
Cara-cara merawat terseliuh: (i) (ii)
Hadkan pergerakan anggota. Gunakan konsep RICE: R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa) I
- Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balut) E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera) (ii)
Dapatkan bantuan perubatan.
2.6.6 Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR): i.
Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya berterusan.
ii.
Ingat petua S-P-P: S - Saluran Udara: Pastikan saluran udara terbuka. P - Pernafasan: Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan mengoksigenkan darah. P - Peredaran: Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada.
iii.
Cara-caranya: S - Saluran Udara Terbuka: (i)
Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan bersihkan tempat di sekeliling mulut.
(ii)
Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
137
(iii)
Tarik rahangnya ke atas.
P - Pernafasan: (i)
Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa menghembus.
(ii)
Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi.
(iii)
Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak.
(iv)
Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu pulih.
(v)
Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.
P - Peredaran (Mampatan Luar Dada): (i)
Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan perkara ini: (a)
Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
138
(b)
Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
(c)
Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan… Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
(d)
Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang kemahiran-kemahiran perkhemahan atau kemahiran-kemahiran kepengakapan, termasuklah Kraf Perkhemahan, Simpulan dan Ikatan serta Ikhtiar Hidup dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan yang lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. Anda juga amat digalakkan untuk mempraktikkan apa yang telah anda pelajari agar pengetahuan anda tentang kemahiran-kemahiran perkhemahan atau kemahiran-kemahiran kepengakapan akan menjadi lebih mantap.
Carian perlu meliputi isu-isu berkaitan keperluan mempelajari asas-asas simpulan dan ikatan dan bagaimana aktiviti ikhtiar hidup dan pertolongan cemas dapat membina semangat dalam kalangan pelajar dan anak muda Malaysia.
139
Pengalaman AKTIVITI 1 1. Terangkan konsep perkhemahan dan kraf perkhemahan. 2. Jelaskan jenis-jenis simpulan dan ikatan yang dipelajari. 3. Amalikan aktiviti masakan solar semasa interaksi kokurikulum pengakap di IPG anda. 4. Bina satu Kertas Kerja untuk melaksanakan satu aktiviti perkhemahan di luar.
Refleksi:
Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap kemahiran-kemahiran perkhemahan atau kemahirankemahiran kepengakapan, termasuklah Kraf Perkhemahan, Simpulan dan Ikatan serta Ikhtiar Hidup, secara berkumpulan, bincangkan sejauh manakah aktiviti perkhemahan mampu melahirkan ahli pengakap yang berdisiplin dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial. Berikan contoh-contoh yang sesuai dalam perbincangan tersebut.
140
UNIT 3
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
Hasil Pembelajaran Unit
Pada akhir unit ini ahli pengakap akan dapat : 1.
menjelaskan tentang pengurusan dan persiapan untuk menjalankan aktiviti perkhemahan;
2.
menyusungalurkan pengurusan dan persiapan untuk menjalankan aktiviti perkhemahan;
3.
mengaplikasikan pengurusan dan persiapan perkhemahan semasa ingin menjalankan aktiviti perkhemahan atau Kursus Kepemimpinan Pengakap;
4.
menulis surat-surat rasmi kepada pihak-pihak yang berkenaan sebelum aktiviti perkhemahan dijalankan; dan
5.
menjalankan aktiviti perkhemahan pengakap semasa mengajar di sekolah nanti.
Sinopsis Unit ini menerangkan tentang pengurusan dan persiapan perkhemahan, iaitu perkaraperkara yang perlu dilakukan oleh pemimpin dan penolong pemimpin pengakap sebelum, semasa dan sesudah aktiviti perkhemahan. Unit ini turut membincangkan tentang struktur organisasi atau jawatankuasa perkhemahan yang perlu diwujudkan, pemilihan tempat perkhemahan serta aspek-aspek keselamatan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Di samping itu, format dan cara penulisan surat rasmi turut dibincangkan dalam Unit 3 ini. Semoga sub-subtopik yang dibincangkan dalam unit ini akan memberikan manfaat kepada jurulatih, pemimpin serta ahli pergerakan pengakap, khususnya di IPGM.
141
3.0
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
3.1
PERKHEMAHAN PENGAKAP
3.1.1 Pengenalan: i.
Konsep Perkhemahan
Aktiviti perkhemahan merupakan suatu aktiviti yang amat menyeronokkan dalam kehidupan pengakap.
a.
Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan riadah yang amat baik dan menarik diikuti, sama ada di peringkat individu, keluarga, sekolah mahupun institusi sosial yang lain.
b.
Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silatulrahim sesama individu dan masyarakat, aktiviti ini juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna serta mengurangkan gejala-gejala sosial yang sering mengganggu masyarakat, terutamanya golongan remaja. Antaranya, budaya lepak, gejala dadah, dan jenayahjenayah lain yang mungkin akan dapat dibendung melalui aktiviti ini.
c.
Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh ditakrifkan sebagai penghidupan di luar bangunan, sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung, dalam kawasan sekolah dan sebagainya.
d.
Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran kita. Ini bermakna, seandainya kita berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi perlu kita utamakan.
e.
Dahulu aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk hidup, kerana ia berkait rapat dengan ikhtiar hidup, sama ada secara individu atau berkumpulan.
f.
Berkhemah merupakan satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah kesanggupan kita untuk menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang aktiviti ini dijalankan.
142
g.
3.1.2
Kini aktiviti perkhemahan telah menjadi satu aktiviti yang wajib dalam kegiatan kokurikulum unit beruniform, khususnya pengakap di institusiinstitusi pendidikan.
Penglibatan: i.
Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan pengakap mengikut pelbagai kategori: a
Kategori murid Sekolah Rendah: (i)
Pengakap Kanak-kanak (8 hingga 12½ tahun): (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i)
b.
Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah: (ii)
Pengakap Muda (12½ hingga 15½ tahun); Pengakap Muda Laut; dan Pengakap Muda Udara: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h)
c.
Lencana Keahlian (tidak perlu berkhemah) Lencana Wajib (tidak perlu berkhemah) Lencana Keris Gangsa Lencana Kegemaran Lencana Keris Perak Lencana Pengetahuan Lencana Perkhidmatan Lencana Keris Emas Rambu Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Lencana Keahlian (tidak perlu berkhemah) Lencana Usaha Lencana Kegemaran Lencana Maju Lencana Pengetahuan Lencana Perkhidmatan Lencana Jaya Rambu Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas: (iii)
Pengakap Remaja (15½ hingga 17 tahun): Pengakap Remaja Laut; dan Pengakap Remaja Udara: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
Lencana Keahlian (tidak perlu berkhemah) Lencana Usaha Lencana Maju Lencana Jaya Lencana Jayadiri Lencana Kemahiran Lencana Kegiatan
143
(h) (i) (j) (k) d.
Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang berusia 18 tahun dan ke atas: (i)
Pengakap Kelana (18 tahun dan ke atas): Pengakap Kelana Udara: (a) (b) (c) (d)
e.
ii.
3.1.3
Lencana Ekspedisi Lencana Perkhidmatan Rambu Anugerah Ketua Peuruhjaya Pengakap Negara Anugerah Pengakap Raja
Lencana Keahlian (tidak perlu berkhemah) Lencana Wajib (tidak perlu berkhemah) Lencana Pilihan Rambu Anugerah BP
Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas): (i)
Kursus Kepemimpinan Manik Kayu Pengenalan, I, II, III dan IV
(ii)
Kursus Penolong Jurulatih
(iii)
Kursus Jurulatih
(iv)
Kursus Teknik
Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan peserta mengikuti aktiviti perkhemahan pengakap atau peserta perlu berkhemah.
Sijil: i.
Setiap penglibatan atau penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama ada Sijil Penyertaan atau Sijil Penghargaan.
ii.
Antara contoh anugerah dan sijil adalah seperti yang berikut:
CONTOH ANUGERAH YANG DIKELUARKAN OLEH PPM KEPADA AHLI PENGAKAP
144
CONTOH SIJIL YANG DIKELUARKAN OLEH PPM
CONTOH SIJIL KURSUS KEPEMIMPINAN MANIK KAYU YANG DIKELUARKAN OLEH PPM
3.1.4
Tujuan Perkhemahan: i.
ii.
Terdapat dua tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan, iaitu; a.
Tujuan Umum; dan
b.
Tujuan Khusus.
Tujuan Umum: Bertujuan untuk melatih ahli pengakap agar: a.
dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan;
b.
dapat menghayati erti batasan kehidupan;
c.
mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa menerima arahan, melaksanakan arahan serta semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak;
d.
mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu kepengakapan yang telah dipelajari secara teori, seperti mendirikan khemah, memasang gejet, simpulan dan ikatan dan sebagainya;
145
iii.
e.
menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai rintangan, khususnya semasa aktiviti pengembaraan dijalankan seperti merentas bukitbukau, danau, lopak, dan sungai;
f.
melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri sendiri dan kumpulan;
g.
mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau ditetapkan;
h.
memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu dengan meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan dan berdisiplin sentiasa ringan tulang dan saling bekerja sama di antara satu sama lain;
i.
menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan dengan memelihara kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan tapak perkhemahan;
j.
sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri hati, atau busuk hati dengan anggota kumpulan yang lain;
k.
berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah;
l.
menghilangkan stres atau ketegangan jiwa; dan
m.
mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak berfaedah.
Tujuan Khusus: a.
Rekreasi: Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan-minum dan tempat tidur. Tidak mementingkan kegiatan kemahiran ilmu perkhemahan.
b.
Khusus: Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap kemahiran-kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakanagkan suasana ala hutan (backwoods)
c.
Pengembaraan ekspedisi: Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalamperjalanan jauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti memancing, teambuilding, perancangan baru organisasi dan sebagainya.
d.
Misteri: Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan garis panduan yang diberikan, sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya sekali, seperti aktiviti treasure hunt.
e.
Penyelidikan: Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangka masa yang lama di sesuatu lokasi. Kajian arkeologi misalnya.
146
f.
vi.
Faedah Perkhemahan a.
3.1.5
Ikhtiar hidup/Survival: Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri.
Terdapat beberapa faedah dalam mengikuti aktiviti perkhemahan, iaitu;
Jenis Perkhemahan: i.
Terdapat tiga kategori atau jenis perkhemahan yang boleh dianjurkan oleh Unit Kokurikulum atau Badan Beruniform, iaitu: a.
Perkhemahan ringkas: (i)
Tujuan utama sebagai pendedahan atau rekreasi semata-mata;
(ii)
Dalam kumpulan yang kecil (antara dua hingga 4 orang sahaja);
(iii)
Bilangan jurulatih/pemimpin yang tidak ramai (kadang-kadang hanya seorang sahaja);
(iv)
Tempoh masa yang pendek (sekitar satu atau dua hari sahaja);
147
(v)
Perancangan yang singkat dan cepat (adakalanya secara ad-hoc sahaja);
(vi)
Kos yang rendah dan berpatutan; dan
(vii) Tempat yang tidak jauh (adakalanya dalam kawasan sekolah). b.
Perkhemahan kumpulan atau unit: (i)
Tujuan utama sebagai penilaian (bukan rekreasi atau berkelah);
(ii)
Dalam kumpulan yang lebih besar (sekurang-kurangnya 15 orang);
(iii)
Melibatkan bilangan jurulatih/pemimpin yang ramai (antara tiga hingga lima orang);
(iv)
Tempoh masa masih pendek (sekitar dua hingga tiga hari);
(v)
Perancangan yang agak rapi dan teliti (ada jawatankuasa khas);
(vi)
Memerlukan kos yang tinggi dan berpatutan; dan
(viii) Aktiviti di luar kawasan sekolah. c.
Perkhemahan besar-besaran: (i)
Perkhemahan besar-besaran termasuklah perkhemahan yang dianjurkan secara zon, daerah, negeri, negara dan antarabangsa;
(ii)
Dalam pergerakan pengakap, perkhemahan jenis ini dikenali sebagai Mini Jambori, Jambori, Korobori dan Rovermoot. Dalam kalangan pemimpin pengakap, misalnya Penolong Pemimpin Pengakap, Pemimpin, Penolong Pesuruhjaya, Pesuruhjaya dan jurulatih di IPG, aktiviti perkhemahan dianjurkan melalui Kursus Kepemimpinan Manik Kayu, Kursus Penolong Jurulatih Pengakap dan Kursus Kejurulatihan Pengakap.
(iii)
Selain sebagai penilaian, perkhemahan jenis ini juga bertujuan bertujuan untuk menjalin dan merapatkan hubungan silatulrahim sesama ahli (dalam pengakap dikenali sebagai Persaudaraan Pengakap dari seluruh dunia);
(iv)
Dalam kumpulan amat besar (adakalanya mencecah hingga puluhan ribu orang yang melibatkan pelbagai unit dan negara dalam pengakap);
(v)
Melibatkan bilangan jurulatih, pemimpin dan urus setia yang lebih ramai;
(vi)
Tempoh masih yang lebih panjang (antara lima hingga tujuh hari);
148
(vii) Perancangan yang lebih rapi, teliti dan bersistematik (mengambil masa yang agak lama untuk merancang, adakalanya melebihi setahun); (viii) Kos yang amat tinggi (memerlukan tajaan daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan negeri dan kementerian, di samping agensi kerajaan dan pihak swasta); dan (ix)
ii.
3.1.6
Memerlukan tempat yang luas (mampu menampung penglibatan sehingga berpuluh ribu orang).
Oleh itu, perancangan dan pengurusan perkhemahan perlulah berdasar kepada kategori atau jenis perkhemahan yang akan dianjurkan seperti di atas.
Sturuktur Organisasi i.
Organisasi ialah jentera yang akan menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Oleh itu, organisasi aktivti perkhemahan perlu dirancang berdasarkan perkara-perkara seperti yang berikut: a.
Penganjur: Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan, sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama.
b.
Peserta: Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan. Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.
c.
Saiz Kumpulan: Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.
d.
Syarat: Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti: (i)
jantina,
(ii)
had umur,
(iii)
keadaan tubuh badan,
(iv)
kelulusan akademik,
(v)
kemahiran tertentu; dan
(vi)
urusan-urusan lain yang berkaitan.
149
e.
Kepemimpinan: Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan.
f.
Jawatankuasa: Ahli Jawatankuasa Induk melaksanakan perkhemahan
perlu
ditentukan
terlebih
dahulu
bagi
3.1.7 Staf Perkhemahan: i.
Perkhemahan di Peringkat Sekolah: Staf terdiri dari guru penasihat pengakap/pemimpin/penolong pemimpin yang menguruskan aktiviti perkhemahan bagi menguji pengakap mengikut skima lencana yang perlu diperolehi dan lulus bagi meningkat kemahiran seseorang pengakap itu.
ii.
Perkhemahan di Peringkat Kursus: Staf terdiri dari Ketua Kursus, Penolong Ketua Kursus, Pembimbing Kursus, Kuartermaster Makanan, Kuartermaster Alatan dan Ahli Jawatankuasa Kecil yang lain. Mereka akan menguruskan kursus mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia bagi melayakkan penolong pemimpin lulus.
3.1.8 Perancangan dan Persiapan Awal: i.
ii.
Prosedur Perkhemahan: a.
Prosedur untuk menjalankan aktiviti perkhemahan seharusnya bermula dari peringkat perancangan program lagi kerana ia merupakan perkara yang paling utama perlu dilakukan dalam membuat prosedur perkhemahan.
b.
Pelbagai perkara, situasi, dan kriteria perlu diambil kira semasa membuat perancangan bagi memastikan proses perancangan dan proses pelaksanaan tidak lari dari prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana dengan perancangan yang baik dan teliti serta bersistematik diyakini akan dapat menyelesaikan banyak masalah untuk menganjurkan sesebuah aktiviti perkhemahan.
c.
Perancangan dan pelaksanaan yang tidak mengikut prosedur boleh mengundang pelbagai masalah, khususnya masalah dari segi pengurusan dan pentadbiran sekiranya tercetus sebarang kecelakaan. Malah para peserta atau keluarga peserta juga boleh mengambil tindakan undangundang sekiranya masalah prosedur ini dikesampingkan.
Prosedur Tetap Perkhemahan: a.
Prosedur tetap perkhemahan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat atau tahap berdasarkan kepada 3 ‘S’, iaitu:
150
b.
(i)
sebelum aktiviti;
(ii)
semasa aktiviti; dan
(iii)
selepas aktiviti.
Bagi memudahkan prosedur perkhemahan ini dilaksanakan, konsep 4W1H mungkin boleh dijadikan ukuran atau benchmarking untuk menguruskan aktiviti perkhemahan dengan baik, iaitu:
151
Who
: Siapa? • Siapakah penganjurnya? • Siapakah yang akan mengendalikan perkhemahan ini? • Siapakah Ahli Jawatankuasanya? • Siapakah jurulatih dan pembimbing kursus? • Siapakah para pesertanya?
Where : Di mana? • Di manakah perkhemahan ini akan diadakan? • Ke manakah surat-surat kebenaran atau pemberitahuan perlu dihantar? Why
: Kenapa? • Kenapakah perkhemahan ini perlu dilaksanakan? • Kenapakah kebenaran daripada pihak-pihak tertentu perlu diperoleh?
When : Bila? • Bilakah jawatankuasa aktiviti perlu dibentuk? • Bilakah mesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan diadakan? • Bilakah perkhemahan ini akan dilaksanakan? • Bilakah surat-surat yang berkenaan perlu dihantar? How
c.
perlu
: Bagaimana? • Bagaimanakah perkhemahan ini akan dilaksanakan? • Berapa lamakah perkhemahan ini akan dijalankan?
Sebelum aktiviti perkhemahan: (i)
Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: (a)
membentuk organisasi perkhemahan: • • •
(b)
Jawatankuasa Induk; Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana; dan Barisan Jurulatih dan Pembimbing.
mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus atau Program Perkhemahan; • • •
mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa; mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan pengiring; menentukan senarai tugas setiap Ahli Jawatankuasa, termasuklah Penyelaras Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan Jurulatih;
152
• • • • • • • •
menentukan tarikh; menentukan kumpulan dan bilangan sasaran/peserta; memastikan nisbah guru/pensyarah dan murid/pelajar/siswa guru menepati peraturan; menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai; tentatif lokasi perkhemahan; tentatif atur cara atau jadual perkhemahan; tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu perasmian; cara pergerakan ke tapak perkhemahan: o o o
• • •
tempahan bas (jika diadakan di luar); bilangan bas yang perlu disewa (mengikut bilangan peserta); kos sewaan bas.
kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti) serta cara kutipan; permohonan kelulusan dan permit penganjuran perkhemahan; dan isu-isu lain yang berkaitan.
(c)
mengenal pasti lokasi perkhemahan (rujuk subtajuk ix di bawah)
(d)
menyiapkan senarai nama petugas dan peserta Kursus/Program;
(e)
menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan perkhemahan; • •
(f)
wang masuk; dan wang keluar.
menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi: • • • • • • •
bilangan hari; masa perjalanan pergi dan perjalanan balik; pengisian program; waktu solat, waktu rehat dan waktu makan (termasuk menu makanan); pengurusan diri; aktiviti/kerja masa lapang; dan hal-hal lain yang berkaitan.
(g)
menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan Program untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan;
(h)
mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan aktiviti kepada pihak yang berkenaan;
153
(i)
menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat-surat pemberitahuan dan surat-surat pelantikan kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan organisasi yang lain, jika berkenaan;
(j)
menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid;
(k)
surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih yang terlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar;
(l)
memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada dalam keadaan baik dan sihat serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti perkhemahan;
(m)
memperincikan peraturan-peraturan keselamatan;
(n)
menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan:
(o)
memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan, dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata juga;
(p)
memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti perkhemahan mencukupi dan boleh digunakan;
(q)
memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah: • • • • •
kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit; keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan serangan binatang buas.
(r)
memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam pengurusan perkhemahan, termasuk guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih, termasuk ibu bapa peserta (jika perlu);
(s)
memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan;
(t)
menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi; dan
(u)
menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan sebagai rujukan kerja.
154
d.
Semasa aktiviti perkhemahan: (i)
Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: (a)
memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak perkhemahan;
(b)
memastikan termasuklah: • • •
(c)
keselamatan
sentiasa
dipatuhi,
tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta berkondusif; mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam; sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan perkhemahan;
memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah: • • • • •
(d)
prosedur
kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit; keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan serangan binatang buas.
kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti: • • • • •
surau; tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan; elektrik; air yang bersih; dan sistem komunikasi.
(e)
melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi untuk memastikan peserta perkhemahan dapat mencapai standard atau tahap perkhemahan;
(f)
selain Istiadat Pemeriksaan Pagi, pemantauan harus dilakukan untuk memastikan istiadat-istiadat pengakap yang lain turut dilaksanakan sepanjang aktiviti perkhemahan ini dijalankan, seperti: • • • •
Istiadat Penerimaan Peserta (dilakukan sebagai penerimaan ahli sebagai peserta aktiviti perkhemahan); Istiadat Laung Agung (hanya untuk PKK sahaja) Istiadat Kibarkan Bendera; Istiadat Turunkan Bendera;
155
• •
e.
Istiadat Penyerahan Tugas; dan Istiadat-istiadat lain yang berkaitan.
(g)
membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih pada setiap malam;
(h)
menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah dirancangkan; dan
(i)
memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan baik; dan
(j)
menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir perkhemahan/kursus.
Selepas aktiviti perkhemahan: (i)
Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah: (a)
mengemaskan peralatan yang dibawa dan digunakan;
(b)
memastikan keperluan logistik dan peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan baik serta bersih;
(c)
memulangkan semua peralatan dan lojistik yang dipinjam;
(d)
meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih;
(e)
mengadakan mesyuarat post-mortem untuk membuat penilaian terhadap aktiviti perkhemahan yang telah dijalankan dan membentangkannya dalam mesyuarat;
(f)
menulis dan mengedarkan surat-surat penghargaan kepada pihak-pihak yang berkenaan; dan
(g)
menyemak senarai semak;
(h)
mendokumentasikan aktiviti sebagai simpanan untuk dijadikan sebagai panduan dan bahan rujukan pada masa yang akan datang.
156
3.1.9
Pemilihan Tempat: i.
Lokasi perkhemahan perlu dikenal pasti.
ii.
Antara prosedur dalam pemilihan tapak atau tempat perkhemahan, ialah: a.
keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih menepati bilangan peserta perkhemahan serta mampu menampung aktiviti perkhemahan, seperti tapak perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan, kuliah, permainan dan kawasan untuk istirahat;
b.
memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan beraktiviti;
c.
memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu, umpamanya nilai sejarah, seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang, Beruas dan sebagainya;
CONTOH TAPAK PERKHEMAHAN YANG LUAS, SELESA DAN SELAMAT
d.
kawasan yang bebas daripada laluan angin kencang yang boleh mendatangkan bahaya dan kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah melayang atau runtuh, dan seumpamanya;
e.
kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok mati atau dahan yang mudah serkah atau patah untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan berkenaan menimpa khemah;
f.
kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan;
g.
kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah ditenggelami air apabila hujan;
h.
kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orang-orang jahat yang mungkin boleh mengancam keselamatan jiwa dan harta benda;
i.
menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan keperluankeperluan lain berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti perkhemahan, seperti:
157
(i)
surau;
(ii)
tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan;
(iii)
bekalan elektrik;
(iv)
bekalan air bersih; dan
(v)
sistem komunikasi.
j.
memastikan keperluan lojistik mencukupi dan berada dalam keadaan boleh digunakan; dan
k.
menempah lokasi perkhemahan;
3.1.10 Aspek Keselamatan: i.
Prosedur Keselamatan Perkhemahan: a.
Terdapat beberapa prosedur dan arahan yang perlu dipatuhi sepanjang aktiviti perkhemahan dini dijalankan, iaitu: (i)
Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan.
(ii)
Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan.
(iii)
Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar.
(iv)
Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan.
(v)
Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.
(vi)
Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti.
(vii) Memaklumkan kepada ketua pasukan / kumpulan, fasilatator atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. (viii) Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan. (ix)
Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik.
(x)
Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti senjata api, dadah dan alat yang menyalahi undang-undang.
158
(xi)
Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.
3.1.11 Kemudahan Asas i.
Pelaksanaan aktiviti perkhemahan akan menjadi mudah dan kondusif jika tapak atau tempat perkhemahan yang dipilih mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang bersesuaian dengan objektif perkhemahan.
ii.
Kemudahan-kemudahan tersebut hendaklah berfungsi dengan baik dan boleh digunakan.
iii.
Antara kemudahan asas yang diperlukan, ialah: a.
surau;
b.
tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan;
c.
elektrik;
d.
air yang bersih;
e.
dewan;
f.
sistem komunikasi;
g.
hospital atau klinik yang berdekatan; dan
h.
balai atau pondok polis yang berdekatan.
3.1.12 Pemeriksaan Pagi i.
Tujuan: a.
Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan.
b.
Peka pada kebersihan, uniform, alatan.
c.
Tahu membuat gajet dengan baik.
d.
Komen - puji dan tegur.
e.
Pengiktirafan – anugerah panent.
f.
Menyerlahkan kerjasama kumpulan (Sekawan/Patrol).
g.
Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta.
159
ii.
Komponen Penilaian: a.
Peribadi/Pakaian seragam: (i)
Topi dan lencana.
(ii)
Skaf dan wogel PVC (kemudian Gilwell).
(iii)
Baju, tanda nama dan lencana.
(iv)
Seluar biru tua dan tali pinggang (lelaki).
(v)
Kasut hitam bertali (lelaki pemimpin dan pelajar).
(vi)
Kasut hitam bertumit tanpa tali (pemimpin perempuan).
(vii) Kasut hitam bertali (pelajar perempuan). (viii) Stokin biru tua (hitam tidak digalakkan).
b.
(ix)
Kebersihan dam kekemasan pakaian/uniform.
(x)
Kebersihan kuku dan gigi.
Gajet: (i)
Pintu gerbang dan pagar.
(ii)
Bendera dan tiang bendera.
(iii)
Papan kenyataan.
(iv)
Rak kasut.
(v)
Ampaian.
(vi)
Meja makan.
(vii) Rak alatan tajam. (viii) Aksesori tambahan yang lain. c.
Dapur: (i)
Rak untuk dapur dan peralatan dapur.
(ii)
Kebersihan peralatan dapur.
(iii)
Rak makanan basah dan kering.
(iv)
Lubang basah dan Lubang kering.
160
(v) d.
e.
iii.
Kebersihan kawasan dapur
Khemah dan tataatur: (i)
Keceriaan kawasan perkhemahan.
(ii)
Susunan kedudukan khemah.
(iii)
Kekemasan khemah.
(iv)
Susunan kandungan peribadi (beg, pakaian, dsb).
(v)
Susun atur gajet.
Kebersihan: (i)
Kawasan khemah dan sekelilingnya.
(ii)
Dalam khemah.
(iii)
Peralatan dapur.
(iv)
Makanan tidak terdedah.
Prosedur Istiadat Pemeriksaan Pagi: a.
Sekawan/Patrol lengkap beruniform berbaris di hadapan khemah masingmasing. (Boleh berbaris di dalam kawasan khemah jika kawasan khemah luas.)
SUASANA ISTIADAT PEMERIKSAAN PAGI
b.
Sebaik sahaja Ketua Kursus, jurulatih atau Ketua Pemeriksa tiba di hadapan khemah, Ketua Sekawan memberi arahan. Contohnya: BIRU! BIRU …… SEDIA!
c.
Ketua Sekawan/Patrol berkawad untuk melapor kepada Ketua Kursus, jurulatih atau Ketua Pemeriksa. Cara melapor:
161
Tabik hormat pengakap… ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN! BIRU SERAMAI LAPAN ORANG SIAP SEDIA UNTUK DIPERIKSA, TUAN! Arahan Ketua Kursus/jurulatih/Ketua Pemeriksa: WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI. MINTA PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA KELUAR BARIS! Tindak balas Ketua Sekawan/Patrol: BAIK, TUAN! MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG LAIN, TUAN! Tabik hormat pengakap sekali lagi… TERIMA KASIH, TUAN!
KETUA SEKAWAN MELAPOR KEPADA KETUA KURSUS
d.
Selepas memberikan tabik hormat pengakap, Ketua Sekawan/Patrol kembali ke tempat asal lalu memberikan arahan khusus untuk Penolong Ketua dan QM keluar baris. Ketua Sekawan/Patrol memberikan arahan: PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA, KELUAR …… BARIS!
e.
Penolong Ketua dan QM akan bergerak satu langkah ke hadapan kemudian pusing ke kanan sebagai tanda keluar baris.
f.
Penolong Ketua dan QM akan membawa para penilai/pemeriksa atau jurulatih ke dalam khemah untuk dibuat penilaian manakala Ketua Sekawan/Patrol berserta ahli pengakap yang lain akan diperiksa tentang peribadi dan uniform pengakap dalam satu barisan di hadapan khemah. Selesai penilaian Penolong Ketua dan QM akan masuk ke dalam barisan kembali.
g.
Pada akhir pemeriksaan pagi, Ketua Sekawan/Patrol akan lapor kepada Ketua Kursus/jurulatih/Ketua Pemeriksa sekali lagi. Cara melapor:
162
Tabik hormat pengakap… ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN! BIRU SERAMAI LAPAN ORANG MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS PEMERIKSAAN TADI, TUAN! Arahan Ketua Kursus/jurulatih/Ketua Pemeriksa: WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI. SELEPAS INI BERSIAP UNTUK ISTIADAT LAUNG AGUNG (jika PKK) SELEPAS INI BERSIAP UNTUK ISTIADAT KIBARKAN BENDERA (jika PM, PR dan PK) Tindak balas Ketua Sekawan/Patrol: BAIK, TUAN! MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG LAIN, TUAN! Tabik hormat pengakap sekali lagi… TERIMA KASIH, TUAN! h.
Selepas memberikan tabik hormat pengakap, Ketua Sekawan/Patrol kembali ke tempat asal lalu memberikan arahan keluar baris. Ketua Sekawan/Patrol memberikan arahan: BIRU! KELUAR ...... BARIS!
v.
Standard atau Tahap Perkhemahan: a.
Standard atau tahap perkhemahan akan ditingkatkan pada setiap hari mengikut skema pemarkahan seperti yang berikut: • Hari Pertama :
60% (diperiksa oleh jurulatih) Sekawan/Patrol boleh dianugerahi penant satu pokok jika mencapai standard perkhemahan.
• Hari Kedua
:
80% (diperiksa oleh jurulatih) Sekawan/Patrol boleh dianugerahi penant satu pokok atau dua pokok serta manik kayu gergasi jika mencapai standard perkhemahan.
• Hari Ketiga
:
100% (diperiksa oleh jurulatih atau Ketu-ketua Sekawan/Patrol) Sekawan/Patrol boleh dianugerahi penant satu pokok atau dua pokok serta manik kayu gergasi jika mencapai standard perkhemahan.
163
3.1.13 Surat Menyurat: i.
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum aktiviti perkhemahan dimulakan, pihak penganjur perlu menyiap dan mengedarkan beberapa jenis surat secara rasmi kepada pihak-pihak yang berkenaan.. Antaranya, seperti: a.
b.
c.
d.
Surat panggilan mesyuarat: (i)
Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Bilangan 01 – bertujuan untuk melantik barisan jawatankuasa.
(ii)
Surat panggilan mesyuarat Jawatankuasa Induk.
ditandatangani
oleh
Setiauaha
Surat pelantikan jawatankuasa: (i)
Surat pengesahan pelantikan sebagai ahli jawatankuasa yang ditandatangani oleh Kuasa Penganjur atau pihak penganjur.
(ii)
Surat pelantikan sebagai pembimbing, jurulatih dan jurulatih luar atau jurulatih undangan.
(iii)
Draf surat disediakan oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.
Surat kebenaran: (i)
Surat memohon kebenaran daripada Kuasa Penganjur untuk menganjurkan aktiviti perkhemahan yang ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.
(ii)
Surat kepada ibu bapa memohon keizinan membenarkan anak mereka menyertai aktiviti perkhemahan.
(iii)
Surat memohon kebenaran untuk menggunakan tempat atau tapak perkhemahan kepada tuan punya tapak.
Surat pemberitahuan: (i)
Pemberitahuan atau makluman secara bertulis kepada pihak-pihak yang tertentu tentang aktiviti perkhemahan yang akan di jalan di dalam kawasan mereka, seperti: (a)
Pejabat Pendidikan Daerah atau Institut Pendidikan Guru Malaysia;
(b)
Ketua Kampung;
(c)
Balai Polis;
(d)
hospital atau klinik kesihatan kerajaan;
164
3.1.14 Laporan dan Refleksi i.
Laporan aktiviti atau laporan kursus perlu dicatatkan sebaik sahaja aktiviti perkhemahan atau kursus selesai dijalankan.
ii.
Kebiasaannya setiausaha yang akan mencatatkan laporan aktiviti setelah berbinklah dituliscang dengan pengerusi atau pihak penganjur.
iii.
Laporan diperlukan sebagai bahan rujukan untuk pihak penganjur membuat pascanilai (post-morterm) dan sebagai panduan dan penambaikan dalam menganjurkan aktiviti perkhemahan pada masa yang akan dating.
iii.
Perlu dicatatkan mengikut format laporan yang telah ditetapkan.
FORMAT MENULIS LAPORAN 1.
Tajuk Laporan: Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digarisi atau ditulis huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis di tengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris, jika tajuk terlalu panjang.
2.
Isi Laporan Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutupan.
3.
Pengakuan Pelapor Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
4.
Tarikh Ditulis di sebelah kanan laporan setentang dengan pengakuan.
5.
Tandatangan Pelapor Di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
6.
Nama Pelapor Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan sebelah tandatangan pelapor.
7.
Jawatan Pelapor Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan/pergerakan yang diwakili.
165
CONTOH FORMAT MENULIS LAPORAN
Laporan Aktiviti Perkhemahan Pengakap Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor, Lambor Kanan, Perak 1 hingga 3 Jun 2015 Persatuan Pengakap Sekolah Rendah Dato’ Sagor, Lambor Kanan, Perak telah mengadakan aktiviti perkhemahan pengakap di Titi Gantung, Bota Kiri, Perak. Aktiviti ini telah dilaksanakan selama tiga hari dua malam, iaitu dari 1 Jun hingga 3 Jun 2015. Perkhemahan pengakap telah disertai oleh 40 orang ahli pengakap dan empat orang guru pengiring. Peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diwakili oleh sepuluh orang peserta. Setiap peserta bekerjasama dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjnag perkhemahan tersebut. Semua peserta mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing. Selain itu, peserta perkhemahan juga bergotong-royong …. Manakala pertandingan memasak dan khemah paling bersih…. Secara keseluruhannya, aktiviti perkhemahan ini … Adalah diharapkan agar … Disediakan oleh, (MOHAMAD JAIS BIN AHMAD) Setiausaha, Persatuan Pengakap SK Dato’ Sagor, Lambor Kanan, Perak. 15 JUN 2015
CONTOH LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN
v.
Penulisan mengikut urutan atau perkembangan peristiwa, iaitu yang dahulu didahulukan.
vi.
Gunakan bahasa yang baik, padat tetapi ringkas.
vii.
Boleh memasukkan beberapa gambar aktiviti di dalam laporan tersebut.
viii.
Catatan refleksi boleh dicatatkan pada akhir laporan. Catatan boleh ditulis apa yang dilihat, dirasai dan dialami serta kesan daripada aktiviti perkhemahan terhadap peserta dan pembelajaran.
166
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan, termasuklah membuat kertas kerja atau kertas cadangan serta suratsurat rasmi dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumbersumber rujukan yang lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. Anda juga amat digalakkan untuk mempraktikkan apa yang telah anda pelajari agar pengetahuan anda tentang Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan akan menjadi lebih mantap.
Carian perlu meliputi isu-isu berkaitan keperluan mengurus dan mempersiapkan aktiviti perkhemahan dan bagaimana aktiviti perkhemahan ini dapat membentuk semangat kejelikitan, toleransi dan kesamarataan dalam kalangan pelajar dan anak muda Malaysia yang berbilang kaum, agama dan keturunan.
Pengalaman AKTIVITI 1 1. Terangkan prosedur yang perlu diikuti untuk menguruskan aktiviti perkhemahan. 2. Jelaskan jenis-jenis perkhemahan serta peserta yang layak menyertai perkhemahan tersebut. 3. Amalikan Istiadat Pemeriksaan Pagi secara keseluruhannya semasa interaksi kokurikulum pengakap di IPG anda. 4. Bina satu Kertas Kerja untuk melaksanakan satu aktiviti perkhemahan di luar. 167
Refleksi:
Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Pengakap, secara berkumpulan, bincangkan sejauh manakah aktiviti perkhemahan mampu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan. Berikan contoh-contoh yang sesuai dalam perbincangan tersebut.
“Sekali berpengakap terus berpengakap”
168
RUJUKAN
Abdul Alim Abdul Rahim, 1988. Ilmu Pengakap, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya. Ab. Alim abdul Rahim, 1992. Panduan Perkhemahan, Simpulan Dan Pioneering. Penerbitan Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Alim Abdul Rahim dan Balkis Wan Daud, 1993. Panduan Ekspedisi Pengakap Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Gordon Koh Hong Kian, 1994. Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda Edisi ke-2, Penerbit Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. Modul Kursus Asas Kepimpinan Asas Pengakap Kanak-Kanak. Kuala Lumpur. Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. Modul Kursus Lanjutan Kepimpinan Asas Pengakap Kanak-Kanak. Kuala Lumpur. Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Istiadat Pengakap.Kuala Lumpur Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak. Kuala Lumpur. Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Muda. Kuala Lumpur. Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Remaja. Kuala Lumpur. Persekutuan Pemgakap Malaysia, April 1994. Tatacara Pengurniaan dan Pencalonan bagi Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran serta pingat Ketua Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia. Jawatankuasa Anugerah Darjah dan Bintang Kebesaran serta pingat Ketua Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia. http://www.pengakapmalaysia.org http://www.scout.org http://www.mpklm.com.my http://yusofmpklmipg.blogspot.com http://yusofalhaj.wordpress.com
169
PANEL PENULIS MODUL BIL 1.
NAMA ZAINAL ARIFF BIN MAT Pensyarah Kanan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak.
KELAYAKAN Kelulusan:
Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial – Sejarah dan Pengajian Melayu UM Diploma Pendidikan – Sejarah dan Bahasa Malaysia UM Diploma in School System – Features in Japanese School System (Yokohama Nat. Uni) Sarjana Pengurusan Teknologi – Pengurusan Sumber Manusia UTM
Kepakaran: Jurulatih Antarabangsa (4 butir Manik kayu) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMIPG Mantan Setiausaha Kehormat MPKLMIPG Mantan Pesuruhjaya Daerah KLM-19 (IPGK Perlis) 2.
YUSOF BIN OSMAN Pensyarah Kanan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor.
3.
SITI KHAZIMAH BINTI SALLIP Pensyarah Cemerlang Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Kelulusan: BSc Hons dgn. Diploma Pendidikan UKM MEd (Teknologi Pendidikan) UTM Kepakaran: Jurulatih Antarabangsa (4 butir Manik kayu) Pen. Ketua Pesuruhjaya Jaya Negeri (PKK dan PM) Pen. Pesuruhjaya KLM 17/IPGKTI Mantan Pesuruhjaya Daerah KLM-17 Kelulusan: Diploma Sains Serta Pendidikan – Fizik/Matematik UTM BSc Hons – Matematik/Sains Komputer UTM MEd (Matematik) UTM Kepakaran: Jurulatih Antarabangsa (4 butir Manik kayu) SU Kehormat MPKLM IPG Pen. Ketua Pesuruhjaya Jaya Negeri (Unit Hub Antarabangsa) Pen. Ketua Pesuruhjaya Jaya Negeri (Unit MOP dan SWA) Pen. Ketua Pesuruhjaya Jaya Negeri (Unit Hal Ehwal Wanita)
4
ZAINAB BEE BINTI HAMID (PENYELARAS) Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kelulusan: Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) UTM Sarjana Teknologi Maklumat UUM
170