Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Ipg Kampus Raja Melewar Pismp Ambilan Jun 2016 Di Negeri Sembilan.
Sebelum Perkhemahan Perkhemahan
Pekhemahan badan beruniform telah dirancang dan akan dilaksanakan pada 4 September 2017 sehingga 7 September 2017. Perkhemahan ini dijalankan di bawah Unit Gerakan Kokurikulum untuk subjek Kokurikulum – Unit Beruniform ( MPU3062). Proses pemilihan jawatankuasa telah dijalankan satu bulan sebelum aktiviti perkhemahan dirancangkan iaitu pada 4 Ogos 2017 supaya perkhemahan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan. Calon untuk jawatan pengerusi, seiausaha dan bendahari serta ahli jawatankuasa (AJK) yang berperanan dalam perkhemahan telah dilantik. Setelah jawatankuasa dibentuk, tugas mula dibahagikan dibahagikan dalam jawatankuasa jawatankuasa masing-masing. masing-masing. Sebelum memulakan perkhemahan jawatankuasa telah melaksanakan mesyuarat dua kali dalam seminggu untuk mengetahui perkembangan semasa yang dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sebelum aktiviti perkhemahan bermula, AJK yang bertanggungjawab seperti AJK peralatan telah menyediakan senarai peralatan yang perlu dipinjam dan dibeli dan telah mendapatkan
semua
barang
sebelum
perkhemahan
manakala
AJK
gadjet telah
menyediakan kayu, paku dan tukul untuk kerja-kerja membuat gadjet . Ahli jawatankuasa dapat melaksanakan tugasan mereka dengan baik dengan pemantauan pengerusi iaitu Muhammad Khairuddin bin Mohd Azhar dan juga pensyarah penyelaras kursus iaitu Encik Tan Beng Siang dan juga pensyarah penyelaras perkhemahan iaitu Encik Abd Rahim bin Aris. Pada hari mesyuarat terakhir, ahli jawatankuasa dapat menjelaskan tugas-tugas yang telah dilaksanakan oleh mereka. Pada minggu akhir semasa perkhemahan ahli jawatankuasa melaporkan masing-masing masing-masing tugas yang telah mereka laksanakan. laksanakan. Semua tugas dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Hal ini sebab perkhemahan bermula selepas cuti pertengahan semester tamat dan AJK tidak dapat berurusan dengan pihak yang bertanggungjawab dengan efektif. Memandangkan kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan perkhemahan tetapi kita mempunyai jawatankuasa yang sangat cepat dalam menguruskan tugas masing-masing dalam masa yang singkat. 1
Semasa Perkhemahan
Seperti yang dirancang, aktiviti perkhemahan telah bermula seperti yang dirancang iaitu pada 4 September 2017 dan semua peserta-peserta perkhemahan iaitu pelajar IPG Kampus Raja Melewar Semester 3 Ambilan Jun 2016. Aktiviti telah dijalankan seperti dirancangkan dalam jadual perkhemahan iaitu selama empat hari masing-masing seperti dijadualkan dalam Lampiran.
Aktiviti-aktiviti telah dijalankan mengikut masa yang
ditetapkan. Setiap kumpulan pelajar telah diberikantempat masing-masing mengikut unit beruniform untuk menyediakan tapak perkhemahan masing-masing. Untuk unit beruniform Pengakap, tempat yang disediakan adalah sebelah Dataran Kem Puteri dan terdapat empat kumpulan di bawah unit beruniform Pengakap yang terdiri daripada 12 ahli Pengakap gabungan dua sekawan dalam setiap kumpulan.
Gambar 1 : Gabungan sekawan hijau dan biru
Segala ketetapan hari seterusnya semua tugasan yang telah dilaksanakan oleh jawatankuasa dapat dilaksanakan oleh pelajar dengan lancar. Di samping itu, terdapat juga beberapa pelajar kurang peka dengan jadual yang telah ditetapkan dalam perlaksanaan tugas masing-masing dan telah diselesaikan oleh pengerusi unit beruniform masing-masing. Segala aktiviti yang dijalankan telah dirumuskan di dlam jadual yang disediakan di bawah berserta dengan gambar yang diambil semasa aktiviti perkhemahan dijalankan.
2
Selepas Perkhemahan Pada hari terakhir ahli jawatankuasa telah memainkan peranan mereka masingmasing dalam menghantar semula barang yang dipinjam dan menyelesaikan tugasan masing-masing. Laporan secara keseluruhan mengenai pekhemahan, saya sangat bersyukur mendapat ahli jawatakuasa yang menjalankan tugas masing-masing semasa berlansungnya perkhemahan. Semangat kerjasama antara pelajar dapat dipupuk secara tidak langsung dalam melaksanakan tugas. Aktiviti perkhemahan dapat memupuk semangat kasih sayang antara pelajar. Selain itu juga, kerjasama antara pelajar dan pensyarah juga dapat dieratkan kerana dapat bekerjasama dalam perlaksanaan perancangan perhemahan dari semasa ke semasa. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan dan pensyarah kerana dapat melaksanakan tugasan dengan baik.
KEKUATAN
Perlaksanaan perkhemahan ini berlangsung dengan jayanya hasil usaha semua pihak yang komited memberikan kerjasama sepanjang perkhemahan ini berlangsung.
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Masalah utama ialah kerana kurangnya kolaborasi di antara AJK-AJK induk bagi mendapatkan maklumat terkini dan masalah-masalah yang berlaku sepanjang aktiviti perkhemahan.
Selain itu, faktor masa menjadi masalah seterusnya. Para pelajar dilihat tidak mematuhi masa yang ditetapkan walaupun telah diberi peringatan. Mereka tidak mengambil serius dengan peringatan tersebut dan ini telah menyebabkan berlaku sedikit perubahan di dalam tentatif sepanjang program dijalankan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan
dan
penyelesaian
masalah yang
perlu
dilakukan
ialah sentiasa
berwaspada dan mengambil kira tentang sesuatu perkara walaupun supaya tidak akan berlaku lagi masalah yang sama dikemudian hari.
3
Para pensyarah perlu membimbing para pelajar dan memberikan panduan serta nasihat sepanjang aktiviti bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Perbincangan diantara pensyarah juga adalah perlu bagi mengelakkan salah faham maklumat diantara para pelajar kerana perbezaan pendapat yang diutarakan oleh pensyarah.
Selain itu, para pelajar juga perlu memahami dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk menjayakan aktiviti perkhemahan yang dijalankan ini.
Kerjasama di antara para pelajar adalah perlu tanpa mengira AJK dan bidang tugas bagi mempercepatkan proses menyiapkan tugasan.
KESAN PERKHEMAHAN KEPADA PELAJAR
Pelajar mengetahui dan mempelajari sesuatu yang baru melalui kesilapan dan tunjuk ajar diberikan oleh pensyarah.
Para pelajar didedahkan kepada proses pengelolaan dan pengurusan bagi menjayakan aktiviti yang berlangsung sepanjang perkhemahan ini.
Para pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada melalui aktiviti yang telah dirancangkan.
Para pelajar juga telah diberi kesedaran supaya menghargai alam sekitar dan memeliharanya.
Sepanjang program perkhemahan ini dijalankan, kualiti kepimpinan juga telah ditonjolkan secara tidak langsung serta penerapan nilai-nilai murni yang menepati matlamat falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan individu secara menyeluruh dan membangun dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Melalui perkhemahan ini juga, secara tidak langsung para pelajar ditekankan pengurusan masa dan disiplin.
PENUTUP
Kesimpulannya, perkhemahan badan beruniform yang dijalankan ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk merasakan pengalaman baru sebagai fasilatator mahupun urusetia tetapi secara khususnya dapat menjalinkan hubungan yang baik, berdisiplin, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kalangan para pelajar. Para pelajar juga berjaya
4
menjaga nama baik IPGKRM. Diharap agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada semester yang akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan aktiviti perkhemahan ini. Sekian, Terima Kasih.
Disediakan Oleh,
________________________________ ( VIGNESA A/L CHANDRAN) PELAJAR PISMP PJM SEM 3, IPG KAMPUS RAJA MELEWAR.