Projek Ternakan Ayam Belanda Di Malaysia terdapat banyak penternak penternak ayam belanda terutama di Utara Malaysia.Di Utara Malaysia Ayam Belanda tau Turkey (didalam bah asa Inggeris) lebih dikenali sebagai ayam piru.Ayam Piru di Utara Malaysia agak lama sudah dikenali.Didalam d ikenali.Didalam beberapa tahun kebelakangan ini ramai peminat peminat ayam belanda ni mula menternak secara serius untuk menjadikan salah satu sumber rezeki mereka.Ayam belanda ini juga mempunyai berbagai jenis breed.Diantara breed yang terkenal di Malaysia adalah Royal Plum,Bourbun Red,Black ,Spanish Black dan lain lain.Setiap breed ini memp unyai berat badan yang berbeza, Permintaan terhadap bekalan ayam Belanda ini amatlah menggalakkan terutama ketika musim perayaan Deepavali,Cristmas dan juga Chinees New Year.Dimusim perayaan ini permintaan amatlah tinggi.Bekalan ayam belanda diMalaysia masih lagi tidak memcukupi walaupun sudah ada perternak ayam belanda ini secara serius.Kerajaan Malaysia terpaksa mengimport bekalan ayam belanda ini dari luar negara u ntuk memenuhi permintaan yang ini.Selain dari itu juga terdapat beberapa kilang pemproses makanan juga mempunyai permintaan ayam belanda ini.Contoh seperti Prima Agri,Lee Frozen,Kerry dan sebagainya.Kilang kilang tersebut memproses ayam belanda u ntuk dijadikan Smoke Turkey,Turkey Ham,Turkey Meat dan macam macam lagi produ k produk turkey yang lain. Kebanyakan orang Melayu masih lagi tidak ra mai yang memakan ayam belanda ini. Ayam belanda sedap sekiranya dimasak Kari ayam belanda,terdapat beberapa Restaurant Mamak Di Penang dan Seberang Prai yang menjual Kari Ayam Belanda.Kuala Kumpur masih lagi belum bergitu terkenal terkena l dikalangan kaum melayu .Tetapi yang pastinya Restaurant Mamak yang menjual kari ayam belanda ini mnendapat sambutan yang cukup luar biasa.Ini menunjukkan bahawa Ayam Belanda ini mendapat sambutan dipasaran. Disini Saya amat mengalakkan sesiapa saja yang be rminat untuk berkecimpung didalam ternakan ayam belanda.Ia adalah perniagaan yang amat a mat menguntungkan.Sekiranya kita membeli daging ayam belanda ini di tesco harganya tidak kurang dari RM25 sekilo,seekor ayam belanda ini mempunyai berat lebih kurang 5kg ke 7kg,ini berpandu kepada jenis breed ayam belanda tersebut.Jangka masa ternak adalah sama seperti kita memternak ayam kampung ori iaitu 6 ke 7 bulan.Untuk mendapatkan benih anak ayam belanda ini tidaklah bergitu susah kerana terdapat ramai yang menjual anak ayam belanda ini di Malaysia terutama dari Pulau Pinang.Sekiranya di Utara benih benih ini boleh didapati dari En.Hamid di Kepala Batas,En.Amran di Balik Pulau,En Arif di Bukit Merta jam.Di Selangor dari En Azmi andaria dan juga dari Kami di Gombak. Sekiranya Ternakan ini bergerak berge rak secara kumpulan,Setiap penternak mempunyai quntity 1000 ekor pasti kita dapat membekalkan ayam belanda ini dipasaran Malaysia dan juga export ke luar Negara seperti Singapura,Europa dan negara neg ara lain.Seperti di India mereka bergerak secara kumpulan sekarang ini mereka telah mengexport ke luar negara.Kami bersedia memasarkan kepada syarikat2 besar sekiranya ada penternak2 yang ingin bersama kami menternak ayam a yam belanda dengan cara berkumpulan ini. Kami sedia membekalkan anak ayam belanda dan kami akan membeli semula ayam belanda yang telah matang untuk dipasarkan.Kepada yang berminat boleh hubungi kami untuk menternak secara kumpulan dengan syarikat kami.
NICHLOS 700 (Pengurusan Ladang) Kami memperkenalkan Baka Ayam Belanda jenis Nicholas 700.Baka jenis ini atas yang terbaik untuk di ternak,Ini adalah kerana ia mempunyai berat badan yang boleh
menjangkau sehingga 17kg dalam masa 20 minggu.Mempunyai Dada yang penuh dgn daging.Selain itu Nicholas 700 tidak perlu membeikan makan yang lebih kalu dibandingkan dgn ayam belanda jenis breed yang lain.Sila klik disini untuk mendapatkan permakanan Nichlos 700 ini.
Cara Memelihara Anak Ayam Belanda Kali ini saya ingin berkongsi beberapa perkara penting dalam bidang penternakan ayam ini. Beberapa tahun dahulu, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memelihara ayam belanda dengan betul terutama di peringkat anak. Hasilnya banyak anak ayam yang mati dan penternak terus ³give-up´ dan terus tak nak bela ayam lagi. R & D terus dijalankan oleh insan-insan yang berminat dan natijahnya, hari de mi hari kita semakin mahir untuk menternak ayam belanda dengan cara yang betul dan membawa pulangan yang lumayan. Anak ayam yang berumur 1 ± 15 hari perlu diberi perhatian lebih kerana ianya menentukan masa depan ayam itu. Seorang penternak menasihati saya, anak ayam dalam usia 1 ± 15 hari perlu diberi haba, minuman dan makanan yang cukup. Kalau dia sakit dalam tempoh tu, maknanya sampai matilah dia sakit. Kalau dia tempang dalam waktu tu, maka tempanglah dia sampai bilabila. Gerenti tak sembuh. Sebab itulah untuk sesiapa yang baru nak belajar-belajar, elok beli anak ayam yang berusia 15 hari ke atas untuk mengurangkan risiko kematian dan kerugian. Perumah
Pada musim hujan, pastikan perumah sentiasa kering, lapik lantai dengan rumput kering yang telah ³di-spray´ dengan larutan antibiotik DETT OL untuk elak jangkitan bakteria. Bakteria mudah merebak dalam keadaan lembab. Gunakan kreativiti anda untuk membina reban yang kalis nyamuk, sama ada menggunakan jaring halus atau kelambu. Nyamuk adalah musuh utama anak ayam. Sekali gigit jadi puru. Bersihkan perumah setiap hari, gas a mmonia dari najis ayam boleh akibatkan penyakit pneumonia. Haba
Seeloknya, anak ayam dipelihara dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol sebagai pemanas. Berapa watt nak guna, terpulang kepada keadaan semasa. Kalau musim hujan, kenala pakai yang tinggi sikit (60 ± 100 watt). Kalau musim panas, pakai 5 watt pun boleh. Pastikan tiada angin luar yang masuk terutama waktu malam kerana angin malam boleh memudaratkan anak ayam (masuk angin dalam paru-paru). Kalau dibiarkan anak ayam kesejukan, nanti mereka akan berhimpit-himpit dan anak ayam yang lemah akan mati kena himpit. Kalau panas sangat pun tak boleh jugak nanti mati kepanasan. So, pemerhatian berterusan daripada anda diperlukan untuk melihat pergerakan anak ayam. Kalau mereka bebas bergerak, maknanya haba cukup. Kalau asyik berhimpit saja, maknanya haba kurang. Anak ayam elok dijemur selama beberapa jam pada waktu pagi untuk medapat vitamin D dan antibodi dari matahari. Air
Air yang mencukupi perlu untuk kestabilan dan keseimbangan badan. Jangan biarkan anak ayam haus terlalu lama. Elakkan beri air yang berklorin dan tidak bersih. Kalau dapat air bertapis atau dari sumber semulajadi lagi bagus. Boleh larutkan vitamin+ antibiotik dalam air untuk menguatkan anak ayam dan elak penyakit. M akanan
Elok bagi dedak pemula ayam daging (starter) yang telah dirumus khas untuk anak ayam. Jenama apa pun boleh. Tapi orang selalu guna sama ada Gold Coin 201C, Cargill 901C atau Hong Lee 501C dan lain-lain. Kalau nak jimat, buat rumusan makanan sendiri campuran temukut,dedak padi,hampas kelapa, jagung hancur, ikan baja, gandum hancur dan sebagainya tapi pastikan zat mencukupi. Bila dah lepas sebulan boleh campur dengan dedak penggemuk (grower). Elakkan menukar jenis makanan atau dedak yang biasa diberi dengan makanan lain yang ayam tak biasa makan secara tiba-tiba. Tukar secara perlahan-lahan hingga mereka boleh terima makanan tersebut. Boleh juga disulam dengan rumput dan dedaun hijau untuk membiasakan mereka dengan makanan semulajadi.