3
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
MEI 2014
(SMP Ambilan Mac)
HBEF28303
PERKEMBANGAN PROFESSIONALISME
KEGURUAN
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
2014
NAMA
: ROSNI BINTI SONG
NO. MATRIKULASI
: 640213125196001
NO. KAD PENGENALAN
: 640213-12-5196
NO. TELEFON
: 0135546002
E-MEL
:
[email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN
: OUM SABAH LEARNING
CENTRE
KANDUNGAN
MUKA SURAT
PRAKATA
3
1.0
PENGENALAN
4
2.0
TEMA PROJEK
5
3.0
NAMA PROJEK
5
4.0
MATLAMAT PROJEK
5
5.0
OBJEKTIF PROJEK
5
6.0
MAKLUMAT RINGKAS PROJEK
6
7.0
JAWATANKUASA INDUK
6
8.0
JAWATANKUASA PELAKSANA
6
8.1
AHLI JAWATANKUASA
6
9.0
DISKRIPSI TUGASAN JAWATAN KUASA PELAKSANA
7
10.0
JADUAL PERANCANGAN PROJEK
8
11.0
CADANGAN TENTATIF MENDIRIKAN DEWAN SETIAP SIRI DARI I HINGGA V SEPANJANG JUN-JULAI 2014
9
12.0
PENGHARGAAN
11
13.0
PENUTUP
12
7.0
LAMPIRAN
...
MENDIRIKAN DEWAN
...
... SIRI I
...
... SIRI II
...
... SIRI III
...
PRAKATA
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur saya panjatkan ke hadrat illahi kerana memberikan saya kesempatan untuk menjalankan Projek Khidmat Masyarakat ini. Sepanjang penglibatan saya dalam projek ini saya dapat menambahkan sahabat dari kalangan ibu bapa yang turut sama menjayakan projek gilang-gemilang ini. Sebagai seorang guru dan pelajar sambilan program ijazah, saya akui saya agak sibuk dan agak lelah memikul tanggungjawab berganda sebagai guru dan pelajar pada masa yang sama. Oleh itu saya perlu bijak membahagikan masa untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan sebagai guru dan tugas sebagai pelajar di OUM.
Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada rakan-rakan guru yang terlibat dalam membantu menyiapkan kajian ini. Diucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga dan penghargaan kepada Tutor saya yang telah memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan dengan penuh dedikasi sepanjang penyelidikan dijalankan walaupun secara forum dilaman Epic. Perbincangan didalam forum epic tersebut banyak membantu saya menyiapkan penulisan projek ini.
Kepada orang sumber sekalung budi dan penghargaan saya rakamkan diatas kerjasama yang diberikan. Jasa baik dan ketulusan hati saudara-saudara dan rakan taulan yang telah membantu saya memberi info dan maklumat berguna. Terima kasih kepada mereka yang terlibat membantu saya menyiapkan kajian saya ini.
.
Sekian Terima kasih.
1.0 PENGENALAN
Program Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan guru. Perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam sekolah atau luar sekolah akan dapat memberikan impak kepada guru itu sendiri khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional Sekolah. Lantaran itu Program Khidmat masyarakat ini menjadi satu subjek penting untuk pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan dan Bahasa di OUM. Bagi menjayakan projek ini saya telah memilih Sekolah tempat mengajar saya sendiri sebagai tapak untuk melakukan projek ini.
Sk Taginambur adalah antara sekolah yang cemerlang di kota belud. Ia terletak di puncak bukit berhampiran dengan gereja kg. Taginambur Kota belud. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1956 diterajui oleh pengasasnya iaitu Mr. John Trevor White@Asang yang berasal dari England. Pada awal penubuhan, sekolah ini sebenarnya adalah sekolah mubaligh kristian Taginambur. Setelah diterajui 16 orang guru besar, kini Sk Taginambur Kota Belud diterajui oleh Pn. Hjh. Jenteh binti Ombang bersama 22 orang guru, 5 aks dan 222 orang murid.
Walaupun menjadi salah satu sekolah yang cemerlang di Kota Belud, namun sekolah ini sangat ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur sekolah. Bangunan sekolah ini sudah sangat uzur. Apabila pihak sekolah mengadakan perhimpunan mingguan, murid-murid dan guru-guru akan berjemur di tapak perhimpunan untuk menjalankan acara rasmi setiap minggu tersebut. Oleh sebab itu, Pihak guru-guru dan PIBG telah bersepakat untuk membina satu dewan terbuka tanpa dinding untuk membolehkan acara perhimpunan dijalankan dengan lebih selesa beratapkan bumbung. Oleh hal yang demikian bagi saya dan rakan-rakan guru, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini.
Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti warga sekolah, warga penduduk sekitar yang menyekolahkan anak-anak mereka di Sk Taginambur Kota Belud.
.
2.0TEMA PROJEK
Kesepakatan antara Guru dan Ibu Bapa pencetus kecemerlangan Sekolah
3.0 NAMA PROJEK
Dewan Terbuka Sk Taginambur Kota Belud
4.0 MATLAMAT PROJEK
Matlamat projek ini adalah untuk membolehkan warga sekolah mendapat dewan terbuka yang selesa untuk berteduh dari hujan dan panas semasa acara perhimpunan mingguan sekolah serta acara-acara lain di sekolah. Selain memberi sumbangan kepada masyarakat setempat, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara warga sekolah dengan badan PIBG Sk Taginambur. Akhir sekali projek ini diharap dapat melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
OBJEKTIF PROJEK
Selepas mengikuti projek ini, saya dapat;
Menunjukkan kecintaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang positif.
Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara peranan secara aktif dalam kumpulan.
Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan Ibubapa demi kecemerlangan akademik dan Kokurikulum anak-anak.
Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara warga sekolah dengan badan PIBG Sk Taginambur
MAKLUMAT RINGKAS PROJEK
Nama Projek : Dewan Terbuka Sk Taginambur Kota Belud
Tarikh / Tempoh
perlaksanaan projek : Mei-Julai 2014
Ahli kumpulan projek : Guru-guru dan PIBG
Tempat projek : Tapak Perhimpunan Sk Taginambur Kota Belud
Organisasi yang terlibat : Kelab Staff Sekolah dan PIBG Sk Taginambur Kota Belud
Jumlah Peserta : 22 Orang Guru dan
Semua Ibubapa dan PIBG Sk Taginambur Kota Belud
7.0 JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Pengarah PPD Kota Belud
Pengerusi : Yang di-Pertua PIBG Sk Taginambur Kota Belud
Penasihat 1 : Hjh. Jenteh Binti Ombang@Umbang (Guru Besar)
Penasihat 2 : Penyelaras Kursus Semasa Cuti
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengarah Program : Sokiong Sani
Timbalan Pengarah Program : Amsiah Radin
Setiausaha : Ustazah Rosni Bt Song
Bendahari : Moilin Lodumin
8.1AHLI JAWATANKUASA :
DOKUMENTASI & FOTOGRAFI : Ustazah Rosni Song, Elizabeth Samuil
dan Awinata Bin Apin
MAKANAN : Ustazah Rosni Bt Song,
Faridah BT Mohd Sapar dan Wan Fauzidah Bt Lagu
PENGANGKUTAN : Irene Dirim dan Alice Grace Pamolen
KESELAMATAN & KEBAJIKAN : Mohd. Aiman Iswaddy
Azrin Jedin, Abdul Mutalib
dan Pengawal Keselamatan
9.0 DISKRIPSI TUGASAN JAWATAN KUASA PELAKSANA
Bil
Jawatankuasa
AJK
Bidang Tugas
1.
Dokumentasi & Fotografi
Ustazah Rosni Song
Elizabeth Samuil
Awinata Bin Apin
Membuat dokumentasi bergambar perjalanan projek sebelum, semasa dan selepas.
Menyediakan 1 laptop dan 1 printer.
2.
Makanan
Ustazah Rosni Bt Song,
Faridah BT Mohd Sapar
Wan Fauzidah Bt Lagu
Menguruskan jamuan / makanan Ibu bapa dan guru-guru sepanjang projek
Menghidang makanan untuk majlis perasmian dan penutup
Memastikan agihan makanan kepada semua mengikut jadual
3.
Pengangkutan
Irene Dirim
Menguruskan pengangkutan untuk mengangkut semua bahan mentah.
Menguruskan pengangkutan ibubapa (Jika berkenaan)
4.
Keselamatan & Kebajikan
Mohd. Aiman Iswaddy Azrin Jedin,
Abdul Mutalib
dan Pengawal Keselamatan
Menjaga keselamatan dan kebajikan peserta sepanjang pelaksanaan projek.
JADUAL PERANCANGAN PROJEK
Bil
Tarikh
Aktiviti
Catatan
1
2 mei 2014
Jumaat
1PM-4PM
Mesyuarat Pertama Tentang Projek pembinaan Dewan Terbuka Sk Taginambur
2
8 Mei 2014
Menghantar Kertas kerja Projek ke PPD Kota Belud untuk mendapatkan sokongan kewangan
Mendapat sokongan kewangan apabila terdapat bahan bukti dewan sedang dalam pembinaan. Contoh: telah mendirikan tiang.
3
10 Mei 2014
Mendapatkan maklumat bekalan bahan mentah (Tiang)
4
23 Mei 2014
Penghantaran Bahan Bekalan Mentah (Tiang)
5
24 Mei 2014
25 Mei 2014
Mendirikan Tiang
6
27 Mei 2014
Menghantar Kertas kerja Ke-2 selepas mendirikan tiang ke PPD dan JPN Kota Belud untuk mendapatkan sokongan kewangan.
7
10 Jun 2014
Pembelian Bahan Mentah yang seterusnya
8
12 Jun 2014
Penghantaran Bahan Mentah
9
Jun-Julai 2014
Mendirikan Dewan I
Dilaksanakan bila-bila masa sepanjang jun hingga Julai. Perlaksanaan dilakukan berdasarkan keadaan, cuaca. Surat panggilan disediakan kepada ibubapa bila-bila masa.
10
Mendirikan Dewan II
11
Mendirikan Dewan III
12
Mendirikan Dewan IV
Mendirikan Dewan V
13
Ogos
Majlis kesyukuran selepas projek siap sepenuhnya.
Tarikh ditentukan selepas Projek siap sepenuhnya.
11.0 CADANGAN TENTATIF MENDIRIKAN DEWAN SETIAP SIRI DATI I HINGGA V SEPANJANG JUN-JULAI 2014
7.30 Pagi : Ketibaan Ibubapa
8.00 Pagi : Sarapan Pagi
8.30 : Taklimat dari ketua Fomen / Ketua Projek
Pembahagian Kumpulan
Memulakan gotong-royong mendirikan dewan terbuka
Sk Taginambur Kota Belud
10.00 Pagi : Minum Pagi
10.30 Pagi : meneruskan gotong-royong mendirikan dewan terbuka
Sk Taginambur Kota Belud
12.30 T/Hari : Rehat / Makan
2.00 Petang : Meneruskan gotong-royong mendirikan dewan terbuka
Sk Taginambur Kota Belud
4.00 Petang : minum petang dan menangguhkan projek untuk diteruskan pada masa
yang akan datang
bersurai
Tentatif aktiviti djalankan berdasarkan keadaan dan cuaca. Aktiviti gotong-royong tidak akan dijalankan jika hujan. Andainya dewan tidak berjaya disiapkan dalam bulan julai, projek akan diteruskan lagi sehingga bulan ogos 2014.
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi Penghargaan kepada
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud (PPD Kota Belud)
Guru Besar Pn. Hjh. Jenteh Binti Ombang@Umbang
YDP PIBG Encik Dosili Philip
Ibubapa dari Kampung Bahab
Ibubapa dari Kampung Bukit Bendera
Ibubapa dari Kampung Bayayat
Ibubapa dari Kampung Tomis Jaya
Ibubapa dari Kampung Tamu Darat
Ibubapa dari Kampung Ratau
Ibubapa dari Kampung Rangalau
Ibubapa dari Kampung Tamalang
Ibubapa dari Kampung Tambulaung
Ibubapa dari Kampung Soronsob
Ibubapa dari Kampung Tuguson
Ibubapa dari Kampung Tiung Kamburaon
Ibubapa dari Kampung Bayayat
Ibubapa dari Kampung Kebayau
Ibubapa dari Kampung Taginambur Jaya
Ibubapa dari Kampung Pomotodon
Ibubapa dari Kampung Singgahmata
Ibubapa dari Kampung Melangkap
Dan Semua yang terlibat yang mungkin tidak tercatat di sini.
Terima kasih kerana menjayakan Projek mendirikan dewan Terbuka SK Taginambur Kota Belud ini. Semoga Projek ini akan siap sepenuh pada bulan ogos nanti.
13.0 PENUTUP
Diharapkan projek ini dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dan malapetaka. Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan ibu bapa sepanjang projek ini berjalan setakat ini walaupun belum sipa sepenuh saya lihat sangat mengalakkan. Mereka semua begitu komitmen dengan peranan mereka sebagai ibubapa anak-anak mereka yang bersekolah di Sk Taginambur Kota Belud. Sesungguhnya saya begitu kagum dan terharu dengan komitmen yang telah mereka tunjukkan setakat ini dan saya sangat yakin dan telus bahawa komitmen mereka ini akan berterusan sehingga projek ini siap sepenuhnya kelak. Bukan sahaja pada projek ini, malah setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, ibu bapa bersama PIBG terus menerus memberikan komitmen yang sangat memberansangkan. Walaupun ini merupakan projek PIBG dan Sekolah, saya merasakan ini merupakan satu peluang yang sangat besar untuk dijadikan projek dalam tugasan khidmat masyarakat saya. Kebetulan saya sebagai Setiausaha dalam projek ini, saya menggunakan pel;uang ini sepenuhnya untuk melibatkan diri dengan sepenuh hati sebagai khidmat saya kepada Sekolah dan masyarakat setempat di sekitar Sk Taginambur Kota Belud. Akhir kata dengan rasa rendah diri segala usaha tuan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
LAMPIRAN
MENDIRIKAN TIANG
MENDIRIKAN DEWAN SIRI I
MENDIRIKAN DEWAN SIRI II
MENDIRIKAN DEWAN SIRI II DAN III