Bahasa Melayu Wahana Perpaduan Bangsa Sopan santun gadis Melayu, Indah halus bahasa Melayu, Bangsa Malaysia berbahasa Melayu, Menjadi penyatu bangsaku padu.
Hari ini, pertandingan ini, bukan semata-mata suatu sandiwara. Maka saya bukanlah neelofa atau mira tapi Wendy On mewakili Sekolah Antarabangsa Labuan akan menyampaikan menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Bahasa Melayu wahana Perpaduan Bangsa”.
Sidang warga dewan ,
Frasa Bahasa Melayu Melayu Wahana Perpaduan Bangsa boleh ditafsirkan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum dan bangsa.
Warga dewan yang dirahmati,
Bahasa
Melayu
sebagai
lingua
franca .
Sebelum
saya
menghuraikan lebih lanjut, izinkan saya memberikan definisi lingua franca. Lingua franca (dari bahasa Itali, bererti bahasa Frank) atau bahasa perantara merupakan merupakan bahasa perantaraan yang yang digunakan secara sistematik sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya, khususnya bahasa ketiga yang berbeza dari bahasa ibunda dua belah pihak.
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam perdagangan dan politik. Tiada bahasa lain yang dapat menandingi taraf bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang luas di rantau ini. Pada ketika itu bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk penjajah British, Portugis dan Belanda.
Memandangkan peranan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa komunikasi menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957 seperi yang disebut dalam Perlembangan Negara Perkara 152, para 1 iaitu bahasa melayu sebagai bahasa bagi persekutuan tanah melayu atau Malaysia yang merdeka.
Sejak itu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan di sekolahsekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah. Jelas sekali bahasa melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama untuk mencapai matlamat perpaduan. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi bukti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mampu mengelakkan prasangka antara kaum, berjaya membangkitkan semangat perpaduan yang seterusnya mewujudkan rakyat berbilang kaum yang bersatu padu, bekerjasama dan hormat-menghormati dan melahirkan semangat patriotisme kepada seluruh warga negara.
Sidang dewan berkarisma,
Cetusan
minda
kedua. Bahasa Malaysia teras
perpaduan
bangsa. Bahasa melayu bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di
sekolah-sekolah
dan
universiti
malah
menjangkau
ke
peringkat
antarabangsa. YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia telah bertutur dalam bahasa melayu di sebuah universiti di China semasa lawatan beliau ke sana. Hal ini membuktikan bahasa Melayu mempunyai sistem yang sama untuk semua.
Mengikut tulisan Haris Zalkapli dalam Dewan Masyarakat Jun 2007 yang bertajuk “Membina Identiti Malaysia”, semua rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan bahasa Melayu yang bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa perpaduan malah mampu berdiri sebagai bahasa ilmu atau bahasa media sekali gus merupakan mampu membina peradaban dan tamadun bangsa Malaysia.
Tanpa perpaduan juga Negara akan kucar- kacir dan paling ditakuti akan memusnahkan sebuah Negara yang sememangnya aman dan masyhur di seluruh dunia dengan masyarakatnya yang bersatu walau berlainan bangsa, etnik, dan kepercayaan. Masyarakat dunia telah mengetahui bahawa Negara Malaysia mempunyai tiga kaum utama iaitu, Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia serta menjadi kaum yang terbesar di Malaysia, iaitu melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan masyarakat di Malaysia. Kerana itulah juga, bahasa melayu telah dipilih berdasarkan kaum majority penduduk. Negara Malaysia telah mewajibkan seluruh penduduk Malaysia mengetahui bahasa Melayu dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.
Menurut Dr Teo Kok Seong , Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bahasa kebangsaan adalah bahasa perpaduan, dan penguasaannya yang baik mutunya boleh mempertingkat komunikasi dan interaksi antara kaum. Hal ini pula sudah tentu dapat memperkukuhkan perpaduan yang amat penting kepada pembangunan negara.
Warga dewan bervisi,
Cetusan minda ketiga, Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Malaysia .
Bahasa melambangkan jati diri sesuatu bangsa. Apa nak dikata, sebak di hati apabila melihat bangsa kita sendiri telah memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai aspek yang tidak bermoral. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat memartabatkan bangsa kita? Bagaimana dunia boleh memandang tinggi bangsa kita jika kita sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan keindahannya. Pembudayaan bahasa Melayu harus diamalkan secara berterusan . Bahasa rojak bahasa rasmi masa kini terutamanya dalam kalangan remaja. Contohnya “I pergi shopping la hari ni..” “Aku tension betul dengan dia hari ni,” Inilah yang
dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum Jika tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa peniru. Tepuk dada, tanya selera. Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan bahasa Melayu dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa
Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mesti terus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa Melayu yang baik akan memartabatkan bangsa Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP} telah memainkan peranannya dalam memastikan bahasa melayu tidak terkubur membentuk dan menyelaras istilah-istilah dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, computer dan internet. Maka kedudukan bahasa melayu dapat diperkukuhkan. Keadaan ini menjadikan bahasa melayu terus dihormati dan tidak disaingi oleh bahasa-bahasa lain.
Warga dewan sekalian, Tuntasnya, pencapaian perpaduan negara yang tulen hanya boleh termakbul melalui wahana bahasa Melayu. Bahasa melayu sebagai kebangsaan dan bahasa perpaduan telah memartabatkan masyarakat majmuk di negara ini dalam satu identiti iaitu Bangsa Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh gahnya Malaysia hari ini kerana mempu menjadi model perpaduan dunia melalui satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.
Sekian, terima kasih.
BAHASA MELAYU TERAS PERPADUAN
Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Semarak kasih, sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma, penjaga masa setia pada saat dan ketikanya, dif-dif kehormat, seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut Kamus Dewan, bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara. Teras pula merupakan pegangan . Seterusnya, perpaduan dapat didefinisikan sebagai keadaan hal berpadu. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan. Hadirin yang dihormati sekalian,
“Tidak melayu hilang di dunia.” Kata-kata keramat Laksamana Hang Tuah ini mungkin hanya tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya. Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.
Kita lihat negara maju seperti Jepun, Korea, China, termasuk negara barat Jerman, Perancis, Itali, Rusia, Belanda dan Portugis, kerajaan negaranegara tersebut termasuk para pemimpinnya tidak sama sekali mengagungagungkan bahasa asing dalam kehidupan sehari-hari menyebabkan rakyatnya begitu mencintai budaya negara mereka sendiri. Meskipun mereka turut mempelajari bahasa Inggeris akan tetapi bahasa ibunda negara diutamakan. Pemimpin-pemimpin negara tersebut akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing jika diadakan apa-apa upacara pembukaan rasmi sama ada di peringkat negara atau dunia.
Hadirin yang dimuliakan, Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa Kebangsaan ke arah menyatupadukan negara di mata dunia. Komponen pertama, bahasa kebangsaan bahasa perpaduan. Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Franca bagi negara-negara di kepulauan Melayu. Kini, dasar Bahasa Kebangsaan telah mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setiap urusan. Selain itu, dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama. Dengan adanya dasar-dasar ini, kita bukan sahaja dapat memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan, tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti "Cintai Bahasa Kita", "Bahasa Jiwa Bangsa" dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya dapat menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu tunggak pembinaan negara merdeka serta identiti rakyat. Kita tidak
mahu bahasa Melayu dipinggirkan sebagaimana tersirat dalam Akta Pelajaran 1996 dan seterusnya dinafikan fungsi sebagai bahasa ilmu Sains dan Matematik oleh Dr. Mahathir Mohamed.
Warga pendengar yang budiman, Pidato ini tiada selingan iklan, lantaran itu, izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai teras perpaduan. Bahasa berperanan sebagai bahasa sosial, bahasa ekonomi dan bahasa pentadbiran. Bahasa Kebangsaan boleh dianggap sebagai teras untuk menyatupadukan bangsa Malaysia. Bahasa Kebangsaan adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya dan bahasa ibunda. Sekiranya ini dilakukan secara bersama, maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato. Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa. Bahasa teras perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat, sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang
membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan atau perpaduan. Ia memainkan peranan mengurangkan jurang perkauman, mengeratkan hubungan setiap lapisan masyarakat dalam segala bidang, bukan hanya dari segi politik, agama, perindustrian, ekonomi, kesukanan, perubatan, pendidikan malahan juga dalam komunikasi awam. Tugas bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakan melalui perlembagaan negara, sistem pendidikan, dasar-dasar yang dilaksanakan dan pelbagai aktiviti kempen. Justeru, ayuh, mari kita terus perjuangan yang telah lama digerakkan oleh pemimpin terdahulu demi mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, bahasa yang menyatupadukan rakyat peJbagai kaum dalam semua bidang, bak kata perpatah, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” atau “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”
Hadirin yang dimuliakan, Dalam meredah arus globalisasi kini, media massa berperanan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai warga Malaysia dikenali oleh masyarakat di seantero dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan taraf Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Hadirin sekalian, Sebelum saya menamatkan bicara saya, izinkan saya menghadiahkan serangkap pantun: Sedap makan kacang kelisa, buah peria pahit dan maung. Bahasa menggabungkan etnik bangsa, Satu Malaysia sama bernaung.
Justeru, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020. Secara konklusinya, Bahasa Melayu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan, agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali, bahasa itulah yang menyatukan bangsa. Sekian, terima kasih. Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.