PENGUCAPAN AWAM
_____________________________________________________________________________ _
Tugasan susulan “PIDATO”
_____________________________________________________________________________ _
NAMA AHLI:
SITI KHATIJAH BT MOHD SALLEH
A08A087
(SAK1_1B)
WAN NURSHAHIDA BT WAN ZULKIFLI
A08A095
(SAK1_1B)
NUR SUZILA BT MOHD SABRI
A08A071
(SAK1_1C)
A08A0 A08A070 70
(SAK (SAK1_ 1_1A 1A))
NUR NUR SUWA SUWAIB IBAT ATUL UL ASLA ASLAMI MIAH AH BT KAMA KAMARU RUDI DIN N
KANGGADEVI A/P MURTHI
A08A144
(SAK1_1D)
PENSYARAH :
ENCIK. HASBI B MOHD HARON
DEFINISI PIDATO
Pidato ialah Syarahan kepada umum atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai yang dipanggil ‘pemidato’ yang mengandungi pendahuluan, isi dan penutup. Pidato yang baik akan memberi kesan positif kepada orang yang mendengar pidato tersebut.
PROSES 4M DALAM PENGUCAPAN AWAM
Kaedah ini berkesan membantu dan membimbing anda mencipta ucapan yang baik. 4m ialah memahami, menghayati, menghafal dan melafaz. 1. Memahami
Memahami apakah keperluan pendengar ataupun penonton. Contoh: Sekiranya anda diamanahkan untuk berucap berkenaan isu kemerdekaan untuk pelajar sekolah rendah, maka anda perlu memahami keperluan pelajar sekolah yang langsung tidak tahu mengenai keperluan dan bersungguh bagi mengetahui sejarah, teladan ataupun kisah sebenar perjuangan kemerdekaan negara.
2. Menghayati
Menghayati topik dengan penuh emosi. Contoh: Semasa persediaan untuk berucap, anda perlu membuat kajian dan penyelidikan maklumat mengenai isu kemerdekaan dan memahaminya serta menghayati suasana keperitan atau kesukaran yang dialami oleh para pejuang kemerdekaan.
3. Menghafal
Penghafal juga berkait rapat dengan ketajaman fikiran dan kelancaran penggucapan awam. Contoh: Bagi menceritakan isu kemerdekaan, anda perlu meghafal dan mengingati beberapa kata kunci seperti nama-nama tokoh, tarikh ataupun tempat serta beberapa fakta yang sesuai. Begitu juga anda perlu menghafal kata kunci secara rangka mengenai sejarah kemerdekaan.
4. Melafaz
Jangan panik ataupn gugup semasa hendak berucap. Perasaan perlu tenang dan jiwa perlu bersemangat. Lafazkan perkataan-perkataan dengan penuh yakin. Contoh: Apabila anda berada di hadapan penonton untuk berucap mengenai kemerdekaan, anda perlu lancar menceritakannya seolah-olah anda memang mahir menceritakannya, semua kata kunci ada di ingatan anda ataupun anda menceritakannya dengan penuh emosi dan licin seolaholah anda adalah seorang pejuang kemerdekaan.
PENAMPILAN DIRI
Penampilan diri merangkumi gaya atau “bahasa bukan lisan”. Ini merupakan satu elemen penting dalam pengucapan awam. Elemen-elemen penampilan diri mempunyai maksud yang unik dan boleh membantu hadirin memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penceramah sekiranya
penceramah tahu menggunakannya dengan baik dan cermat. Penyampaian yang baik harus disertai dengan emosi serta semangat yang tinggi. Walaubagaimanapun, gaya tidak perlulah sampai keterlaluan sehingga menampakkan ia dibuat-buat. Gaya hendaklah lahir daripada keikhlasan yang mendalam. Antara elemen penampilan diri ialah:
1- Kelakuan tangan
Kelakuan tubuh badan pemidato sentiasa diperhatikan oleh hadirin. Sesuatu pengucapan awam pada hakikatnya bermula apabila pemidato mula berjalan menuju ke pentas. Pemidato boleh diam sejenak dan melihat penonton dengan pandangan tajam untuk menarik perhatian hadirin. Kelakuan tangan seperti penggunaan jari-jari, lengan, keduadua tangan disertai dengan postures seperti goyangan badan dan gelengan kepala boleh memberi makna tertentu. Ini dapat menyokong perkataan atau ucapan anda misalnya dengan menunjukkan tiga jari bagi menyatakan tiga perkara penting. Mengukuhkan hujah contohnya dengan mengepalkan jari menjadi penumbuk untuk menunjukkan kesatuan juga adalah satu isyarat yang bagus. Selain itu, menyatakan tidak setuju tentang sesuatu perkara misalnya dengan menggeleng atau menggerakkan jari telunjuk ke kiri dan kanan juga merupakan satu kelakuan tangan yang dapat menarik para penonton. 2- Kelakuan badan yang semula jadi
Pastikan apabila anda berdiri, anda dapat mengimbangkan tubuh badan anda dengan baik. Kelakuan tubuh yang kelihatan kaku atau kelam-kabut kerana tergamam, takut atau darah gemuruh boleh mempengaruhi persepsi dan sikap hadirin terhadap penceramah. 3- Cemek muka atau air muka
Merupakan salah satu elemen paling awal yang dinilai oleh hadirin untuk menentukan sama ada seseorang penceramah itu mempunyai keyakinan diri dan berwibawa. Air muka pemidato haruslah selari dengan perasaan dan ucapan yang disampaikan. Jika pemidato sedang menyatakan sesuatu yang menggembirakan, maka penceramah hendaklah berwajah manis dan memberikan senyuman.
4- Temuan mata
Temuan mata menjadi penghubung penting antara pemidato dengan hadirin. Temuan mata mempunyai peranan
penting dalam pengucapan awam. Ia menggambarkan
keyakinan diri, peka, ikhlas, minat dan komited. Ketiadaan atau kekurangan temuan mata menggambarkan helah, tidak ikhlas, tidak berminat dan tidak komited. Ada beberapa teknik bagi mengurangkan rasa takut ketika berhadapan dengan hadirin. Antaranya penceramah menggerakkan pandangan matanya dari kanan ke kiri, kemudian berhenti sebentar dan menyambungnya dengan menyilang pandangan matanya ke arah hadirin yang berada dibahagian belakang seperti mana huruf “z”. 5- Suara yang jelas
Ucapan yang disampaikan dengan nada monotoni (satu nada) akan membosankan dan menjadikan hadirin mengantuk. Manakala nada bahasa yang terjerit-jerit akan menyebabkan sebahagian hadirin meninggalkan majlis ceramah anda. Nada suara anda mencerminkan apakah anda bersungguh dan yakin pada diri sendiri dan ucapan anda. Oleh itu, pemidato disarankan menggunakan nada yang jelas dan intonasi yang sesuai ketika berpidato. 6- Kelancaran
Aspek kelancaran dalam pengucapan awam dapat menghidupkan suasana ceramah dan boleh juga menghambarkan suasana. Penceramah yang berucap terlalu laju menyebabkan hadirin tidak dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh penceramah. Sebaliknya jika ucapan yang terlalu lembap menyebabkan orang tidak sabar. Sebaiknya, seorang pemidato haruslah berpidato dengan rileks pada kelajuan yang sederhana.
7- Pakaian
Pakaian yang sesuai adalah penting bagi meningkatkan kewibawaan pemidato. Ia boleh menambahbaikkan daya tarikan rupa paras dan penampilan diri, malah dapat menambahkan keyakinan hadirin terhadap pemidato dan membuatkan hadirin selesa. Pakaian haruslah sesuai dan tidak bertujuan menunjuk-nunjuk.
MEMAHAMI TINDAK BALAS PENONTON
Anda perlu melihat, mengkaji dan memahami tindak balas penonton semasa anda menyampaikan pidato supaya anda dapat memperbaiki penyampaian anda itu. Antara tindak balas penonton yang biasa adalah seperti berikut: •
Cepat memahami setiap perkara
•
Berminat bagi mengikuti ucapan anda
•
Cepat rasa mengantuk
•
Sentiasa menulis bagi menyalin
•
Mendengar dengan penuh minat
•
Merasakan tahu segala-galanya
•
Sentiasa senyum
•
Sukakan perkara-perkara yang pelik
•
Mengagumi penceramah
•
Suka berbual-bual
•
Tidak mahu berkerjasama
•
Suka mengajukan soalan
•
Asyik keluar masuk dewan
•
Suka melihat jam di tangan ataupun dinding
•
Menangguk kepala dan menggigit pen
•
Berangan-angan perkara lain
•
Tidak suka dikritik
•
Suka dipanggil namanya
•
Bersemangat
•
Mudah panic apabila diajukan soalan
•
Pemalu dan pendiam
•
Berserabut dengan masalah
BERUCAP DENGAN PENUH YAKIN
Richmond dan McCroskey (1995), dua penyelidik yang tidak asing lagi dalam bidang “ketakutan berkomunikasi”, mendapati daripada ribuan responden yang terdiri daripada para pelajar universiti yang mengambil bahagian dalam satu kaji selidik, bahawa 70% daripadanya menyatakan takut untuk berucap di khalayak ramai.
Bagi Richmond dan McCroskey, jika seseorang itu mempunyai rasa takut atau berdebar untuk berucap di khalayak ramai, maka ia adalah suatu yang normal. Bagi menangani rasa takut, reaksi kimia dan fisiologi dalam tubuh badan manusia akan bertindak dengan mengepam adrenalina ke dalam laluan darah. Ini menyebabkan kadar pernafasan meningkat dengan laju dan seseorang itu berpeluh dengan cepat. Ini adalah proses normal dalam badan yang meningkatkan debaran jantung menjadi lebih cepat.
MENGAWAL RASA GEMENTAR ATAU TAKUT
Gemuruh atau rasa takut boleh menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat seseorang. Perasaan takut menunjukkan bahawa pemidato tersebut peka terhadap keberkesanan ucapan yang akan disampaikannya. Justeru, pemidato akan bertambah menjadi lebih bertenaga dalam usaha persediaannya untuk menyampaikan pidato. Sepatutnya matlamat penyampai ialah bukan menghapuskan debaran tetapi mengawal debaran dengan cara yang betul supaya penyampai dapat menghasilkan ucapan yang baik. Bagi mengawal debaran ini, penyampai perlu mengetahui strategi menangani tekanan.
MENANGANI TEKANAN STRATEGI MEMBINA KEYAKINAN DIRI
1. Jika diberi pilihan sama ada untuk berucap dahulu atau berucap kemudian, kita harus memilih untuk berucap lebih awal kerana ia boleh mengelakkan kita daripada tertunggutunggu dalam keadaan berdebar-debar. Selain itu, kebiasaannya para hadirin lebih
memberi perhatian kepada awalan program berbanding dipenghujungan program. Apatah lagi apabila ramai peserta akan pulang lebih awal. 2. Jangan fokus terhadap kebimbangan atau perasaan gementar. Alihkan fokus itu dengan menyibukkan diri dengan berlatih berucap dan menyediakan bahan secukupnya. 3. Dapatkan pandangan, nasihat dan kritikan daripada rakan-rakan terhadap isi ucapan dan penyampaian ucapan semasa membuat latihan. 4. Fikir positif iaitu dengan memikirkan kekuatan dan kehebatan yang ada serta sejarah kecemerlangan yang pernah dicipta pada sebelum ini. 5. Mengetahui prinsip-prinsip yang perlu ada di dalam pengucapan awam seperti persediaan sebelum berucap, penyediaan bahan, dan perancangan bagaimana untuk membentangkan ucapan. Ini semua akan membantu kita untuk menjadi lebih yakin terhadap kemampuan diri sendiri. 6. Pastikan kita suka terhadap topik yang ingin disampaikan dan mampu untuk mengupasnya dengan baik. 7. Belajar daripada pengalaman samaada yang pernah kita dilalui atau daripada pengalaman orang lain yang pernah disaksikan. 8. Lakukan senaman ringkas bagi menghilangkan rasa gementar. STRATEGI BERHADAPAN DENGAN PARA HADIRIN
1. Menarik nafas panjang sebelum memulakan pembentangan ucapan.
2. Rapatkan kedua-dua tapak tangan dan tekan satu tapak tangan dengan satu tapak tangan lagi dengan gaya yang bersahaja untuk sekali-sekala. 3. Anggaplah para hadirin sebagai kawan-kawan atau ahli keluarga dan bukannya musuh. Sentiasa menganggap jumlahnya adalah kecil. 4.
Jika gementar berhadapan dengan para hadirin, jangan pandang ke bawah tetapi pandanglah di bahagian atas kepala hadirin seolah-olah kita yakin memandang mereka. Tidak perlu mengekalkan temuan mata sepanjang masa, penyampai boleh mengalihkan pandangan ke kiri dan kanan dalam bentuk ‘Z’ dan sekali-sekala berhenti pada satu-satu sudut pandangan.
5. Elakkan memegang kertas supaya tidak kelihatan terketar-ketar. Letakkan kertas nota di atas meja.
CONTOH SKRIP PIDATO Dadah Pemusnah Negara
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Prof Ir Dr Zainai bin Mohammad, Yang berbahagia barisan Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan, serta tidak lupa siswa siswi yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berdiri megahnya saya di hadapan ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “Dadah Pemusnah Negara”. Di bawah lembayung kata, 'Dadah' merupakan apa-apa jua bahan kimia, samaada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan, ia boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Hadirin dan hadirat sekalian, Untuk pengetahuan para hadirin, dadah terbahagi kepada empat jenis iaitu Kabis, Stimulan, Depresen dan Opiat. Dadah boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti daun ganja, ganja kering, tembakau ganja, minyak hasish, pil ectasy, amphetamine, syabu, depresen, bunga dan buah kopi, candu mentah, bes morpin, dan heroin. Pengedaran dadah tersebut semakin berleluasa kini dan aktiviti membanteras jenayah ini semakin giat dijalankan oleh pihak yang berkuasa. Namun, sampai bila kita harus bergantung kepada pihak polis semata-mata? Pencegahan dari awal haruslah diambil oleh semua pihak. Seperti yang kita sedia maklum, dadah telah diisytiharkan sebagai musuh negara kerana ia melibatkan segenap lapisan masyarakat dan bangsa, maka usaha untuk menanganinya menjadi tugas dan tanggungjawab semua pihak terutamanya para pendidik. Ini disebabkan pendidik terlibat secara langsung dengan para pelajar yang menjadi aset penting negara pada masa hadapan. Hal ini kerana, para remaja banyak menghabiskan masa mereka di sekolah berbanding di rumah. Oleh itu, guru-guru dan pensyarah haruslah memainkan peranan utama dalam membentuk peribadi seseorang daripada terjebak dengan najis dadah.
Begitu juga dengan ibu bapa, mereka merupakan orang yang paling rapat dengan anakanak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud “ setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih). Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka yahudi, nasrani maupun majusi”. Oleh itu, amat penting bagi golongan ini melengkapkan diri dengan strategi maupun kaedah bertindak tertentu yang releven, berkesan dan bersesuaian untuk jangka pendek dan panjang. Komitmen mereka adalah penting dalam menjayakan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan contohnya seperti kempen “Belia Benci Dadah”. Para hadirin sekalian, Profil Penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagian besarnya adalah belia belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka ke arah penggunaan dadah
secara langsung adalah pengaruh daripada rakan sebaya, untuk mengejar keseronokan, wujudnya perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dan untuk meningkatkan keseronokan seksual. Manakala bagi faktor yang mendorong mereka secara tidak langsung ke arah penggunaan dadah ialah selepas menerima rawatan perubatan, penggunaan secara tidak sengaja dan untuk mengatasi masalah tekanan jiwa. Selain itu, kegagalan institusi kekeluargaan seperti perceraian juga menyebabkan anakanak kurang
perhatian, kasih sayang dan pendidikan termasuklah hal agama. Oleh
itu,
pembesaran anak-anak yang tidak dipantau oleh ibu bapa menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat dan terlibat dengan masalah sosial seperti merokok, minum arak, perhubungan tanpa batasan, merempit dan bohsia. Hal ini telah menjadi serius dengan peningkatan kes cerai di negara ini. Justeru, langkah awal haruslah diambil untuk memperkukuhkan istitusi kekeluargaan yang menjadi asas kepada pembentukan peribadi para generasi muda.
Para hadirin yang dihormati sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, Mufti telah mengeluarkan fatwa bahawa dadah adalah haram di sisi Islam kerana ciri-cirinya yang menyerupai sifat arak iaitu merosakkan akal dan menimbulkan masalah kesihatan. Antara kesan pengambilan dadah ialah ketagihan. Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian pengambilnya, mengatasi keperluan hidup lain seperti makanan dan minuman. Mereka juga akan mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah, merasa terdesak atau gian untuk mengambil dadah lebih-lebih lagi bila cuba mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah dan tidak dapat mengawal jumlah kekerapan penggunaannya. Bukan itu sahaja, bekas penagih dadah akan mengalami kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan dadah untuk beberapa waktu. Selain itu, akibat yang jelas ke atas penagih ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan
kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah secara berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Bukan itu sahaja, penagihan dadah oleh seseorang individu turut memberi impak kepada keluarga mereka dan masyarakat sekeliling. Bagi keluarga penagih-penagih dadah ini, maruah dan nama baik keluarga mereka akan tercemar dalam kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Hal ini amat menyedihkan terutama bagi ibu bapa yang sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi orang yang berguna dan berjaya dalam hidup mereka. Hadirin yang budiman, Pada masa kini, Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian meragut, mencuri, dan merompak yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah pesalah dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah. Seterusnya, kesan penagihan dadah ini amat memberi kesan yang mendalam kepada negara. Hal ini kerana, negara terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Hal ini termasuklah kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi, kos kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah serta kos penyelenggaraan program-program pencegahan yang telah dijalankan oleh kerajaan. Golongan penagih dadah ini bukan sahaja menzalimi diri mereka sendiri malah menyusahkan ramai pihak.
Para Hadirin hadirat sekalian, Biarpun sudah 51 tahun Malaysia mengecap nikmat kemerdekaan, isu dadah masih melanda masyarakatnya. Para pemimpin negara sangat khuatir dengan penularan gejala ini kerana ia berupaya memusnahkan apa yang kita ada pada hari ini termasuk anak-anak, keluarga, jiran dan masyarakat. Justeru, usaha untuk memeranginya terus dituntut walaupun ia kini merupakan masalah global. Oleh itu kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen agar dapat menyeru supaya semua ahli masyarakat bangkit menentang dadah dengan memastikan keluarga dan persekitaran mereka bebas daripada najis dadah tersebut. Di dalam menjayakan usaha kerajaan untuk memulihkan para penagih tegar, ahli keluarga haruslah memainkan peranan penting dengan memberikan semangat yang berterusan sejajar dengan program pemulihan yang disediakan di pusat-pusat serenti. Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan dalam memastikan para generasi muda bebas daripada najis dadah. Hal ini memastikan agar kita dapat hidup dengan aman dan damai sebagai masyarakat yang bersih daripada masalah sosial. Oleh yang demikian, para ibu bapa haruslah memantau anak-anak mereka yang mungkin terjebak dengan dadah melalui tanda-tanda seperti meradang tidak tentu sebab, rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus, hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu, serta mempunyai parut dan bekas suntikan di lengan. Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri bahawa seseorang itu penagih dadah berdasarkan tandatanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujuk kepada pakar perubatan. Itu adalah jalan terbaik untuk menangani masalah ini agar para generasi muda dapat dicegah daripada awal sebelum mereka menjadi penagih tegar. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya menghadiakan serangkap pantun ; Pak Pandir makan gula-gula, Gula-gula dibeli di kedai Pak Ya, Rosak belia, rosaklah bangsa, Perangi dadah musuh Negara.
Sekian,
wabillah hi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah
hi
wabarakatuh.
KESIMPULAN
Setelah pelbagai tips yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa seseorang pemidato haruslah bersedia dalam menyampaikan ucapan mereka samada dari segi fizikal, emosi mahupun persediaan mengenai maklumat pidato itu sendiri. Mereka haruslah yakin dalam menyampaikan ucapan dan pada masa yang sama mengawal rasa gementar yang wujud dalam diri mereka. Latihan akan menjadikan seseorang pemidato itu lebih berkeyakinan dan selesa berhadapan dengan penonton. Pengalaman juga akan menghakis perasaan gementar dalam diri mereka seperti pepatah Inggeris, “Practise make perfect”.
SUMBER RUJUKAN •
Buku Juara Pentas!:Panduan praktikal pengucapan awam
•
www.google.com
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2008&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/nasihat_faq/faq_polis/faq_pegenalan_da •
dah.htm