Perkembangan kemudahan sosial di bandar kecil Sekinchan
Penyediaan persekitaran yang baik untuk kesejahteraan penduduk di bandar kecil sememangnya berkait langsung dengan usaha untuk membangunkan bandar lestari. Konsep bandar lestari dipadankan dengan konsep pembangunan lestari yang cuba mendapatkan pertumbuhan ekonomi, sambil melindungi persekitaran fizikal bagi menjanankan perkembangan sosio-ekonomi bandar (Abdul Samad et. al, 2004). Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 1980 kirakira 80% penduduk dunia tinggal di kawasan bandar yang bersaiz kurang daripada 100,000 orang. Di Asia dan Afrika pula, kira-kira 75% penduduknya tinggal di kawasan bandar kecil yang bersaiz kurang daripada 20,000 orang (Hardoy & Satterthwaite, 1986). Penyediaan persekitaran fizikal dan sosial bandar yang terbaik adalah bertujuan untuk kesejahteraan warganya serta menjamin perkembangan sesuatu kawasan. Dengan itu bagi membina persekitaran yang baik adalah dengan cara membangunkan petunjuk-petunjuk kelestarian. Bandar Sekinchan merupakan sebuah bandar kecil yang sangat terkenal sebagai kawasan jelapang padi di Selangor juga turut mengalami perkembangan fungsi sosioekonomi bandar. Bandar kecil Sekinchan S ekinchan juga berperanan sebagai perkampungan nelayan ne layan di daerah Sabak Bernam yang masih mengekalkan kegiatan ekonomi primer selaras dengan tarafnya sebagai sebuah bandar kecil yang sedang mengalami transformasi seiring dengan pembangunan sosioekonomi kini. Namun kepentingannya dalam meningkatkan akses masyarakat luar bandar terhadap perkhidmatan bandar adalah salah satu peranan utama bandar kecil yang tidak dapat dinafikan (Katiman, 1991). Permintaan terhadap penawaran keperluan kemudahan asas yang turut meningkat akibat kesan daripada arus pemodenan juga mempengaruhi perkembangan bandar Sekinchan. Kemudahan asas yang dilihat wujud di Sekinchan ialah bekalan air dan elektrik, kediaman, sistem pembuangan najis, sampah sarap, perparitan, kemudahan kesihatan, keagamaan, rekreasi, keselamatan dan sebagainya. Sungguhpun kemudahan ini dilihat wujud, namun ianya masih tidak mencukupi atau dalam skala kecil. Walau bagaimanapun, sesebuah bandar berada dalam persekitaran yang tidak mampan sekiranya pembangunan pembangun an lestari diabaikan serta perubahan yang sangat ketara berlaku kepada persekitaran aslinya. Justeru, bandar lestari dilihat cuba mendapatkan pertumbuhan sosial dan ekonomi yang bersesuaian melalui penyediaan persekitaran fizikal serta kemudahan perkhidmatan sosial yang seimbang.
Kawasan Sekinchan dilihat masih mengekalkan persekitaran luar bandar di samping cuba meningkatkan proses pemodenan kehidupan dengan menyedia dan menawarkan kemudahan sosial. Sungguhpun berstatus bandar kecil, pelbagai cabang kemudahan sosial telah berjaya diwujudkan di bandar Sekinchan selari dengan konsep pembangunan bandar lestari. Hasil pemerhatian, didapati Sekinchan mempunyai kemudahan sosial seperti menyediakan institusi pendidikan yang berbentuk formal dan tidak formal. Bidang pendidikan formal yang wujud di Sekinchan dapat dilihat melalui wujudnya sekolah-sekolah terdiri daripada peringkat rendah dan menengah yang beraliran sekolah kebangsaan, aliran agama dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Sungguhpun kesemua sekolah ini berstatus luar bandar memperlihatkan bahawa bandar kecil Sekinchan menerima aliran perkembangan ilmu pengetahuan dalam masyarakatnya. Pembinaan sekolah yang masih mengekalkan persekitaran hijau serta alam fizikal yang sihat juga dilihat salah satu ciri pembangunan lestari yang diterapkan. Persekitaran bandar tidak dicemarkan dengan struktur binaan sekolah seperti mana di kawasan bandar besar yang mana megah dengan binaan-binaan bagunannya. Perkembangan pusat-pusat keagamaan juga dilihat turut mengalami perubahan. Kemudahan tempat beribadat disediakan kepada penduduk Sekinchan seperti masjid, kuil, gereja dan tokong menggambarkan kepelbagaian kaum hidup dalam kelompok masyarakat di Sekinchan. Penduduk Cina dilihat lebih mendominasi kawasan bandar dan hidup menetap di persekitaran bandar. Maka tidak hairanlah mengapa kawasan bandar di Sekinchan mempunyai banyak pusat ibadat ibad at yang terdiri dari tokong Cina, kuil k uil dan gereja. Masjid pula lebih cenderung cende rung taburannya di kawasan perkampungan Melayu berikutan majoriti penduduk kampung adalah berketurunan Melayu. Kemudahan perkhidmatan juga dilihat ditawarkan oleh bandar Sekinchan. Perkhidmatan berbentuk aktiviti perniagaan yang berasaskan pertanian, perikanan serta menyediakan kemudahan infrstruktur kepada penduduknya menjadikan kegiatan sosioekonomi di Sekinchan dilihat berkembang ke arah yang positif. Pusat-pusat perkhidmatan (bandar kecil) ini sepatutnya mudah didatangi dari mana-mana tempat di seluruh kawasan pengaruhnya (Rondinelli & Ruddle, 1978). Menurut Rondinelli dan Ruddle (1978) lagi, pusat-pusat ini menyediakan barangan dan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan bagi meninggikan taraf hidup masyarakat desa. Seandainya fungsi ini wujud, maka barulah peranan pusat pertumbuhan sebagai penyedia
perkhidmatan sosial, pencetus pembangunan, penyebar inovasi dan penyedia peluang pekerjaan dari sektor bukan pertanian dapat dilaksanakan (Rondinelli & Ruddle, 1978; Satterthwaite & Hardoy, 1986 dan Katiman, 2001). Melihat senario yang wujud di Sekinchan, perkembangan kemudahan perkhidmatan seperti pos, pembekalan bahan makanan serta keselamatan dikesan sememangnya memberikan penduduk desa khidmat sama yang ditawarkan oleh masyarakat di bandar-bandar besar kini. Keadaan sosioekonomi di Sekinchan juga digambarkan dalam bentuk saling kebergantungan antara kawasan bandar dan luar bandar. Menurut Yazid et. al (2012) bandar kecil merupakan perantara antara kawasan luar bandar dengan bandar besar. Bandar kecil memasarkan barangan (produk) yang dihasilkan oleh kawasan luar bandar dan dalam masa yang sama bandar kecil turut memasarkan barangan yang datang dari kawasan bandar yang lebih besar. Penduduk di Sekinchan turut mengalami proses pertumbuhan ekonomi dan sosial yang sama dengan masyarakat di bandar. Penduduk Sekinchan memiliki perniagaan yang berkaitan dengan sektor perkhidmatan, pertanian dan perikanan yang mampu membentuk pasaran yang luas sehinggalah ke luar kawasan bandar Sekinchan. Jika dahulu Sekinchan hanya dilihat sebagai bandar perantara iaitu sebagai tempat persinggahan untuk ke bandar ataupun mendapatkan keperluan harian serta bahan mentah namun kini Sekinchan mampu berkembang disebabkan oleh perkembangan kegiatan sosioekonomi yang secara langsung memodenkan Sekinchan sedikit demi sedikit. Persekitaran kawasan Sekinchan yang dilihat masih mengekalkan aktiviti pertanian sebagai ekonomi asasnya memberi kesan positif kepada penduduk serta perkembangan bandar. Jika dahulu, pembangunan kemudahan infrastruktur peruncitan dan komersil berkembang selari dengan jumlah penduduk di Sekinchan iaitu berlangsung dalam skala yang lebih kecil atau bersifat sara diri mahupun setempat. Kini pembandaran yang giat di Malaysia memberikan tempias kepada bandar-bandar kecil termasuklah Sekinchan. Justeru, kualiti hidup penduduk menjadi agenda yang sangat penting dalam pembangunan bandar kecil Sekinchan secara lebih menyeluruh bagi mencapai kelestarian bandar. Untuk itu dalam memastikan matlamat pembangunan ini dicapai, Sekinchan turut memastikan bukan sahaja kemudahan asas yang utama seperti bekalan air dan elektrik, tempat tinggal, jaluran telekomunikasi dan telefon disediakan kepada penduduknya malah turut menyediakan kemudahan infrastruktur sokongan
yang lain kepada keseluruhan warga di Sekinchan. Infrastruktur sokongan tersebut merangkumi perkhidmatan telekomunikasi dan jalur lebar seperti komunikasi tanpa wayar juga diwujudkan di Sekinchan sebagai salah satu langkah dalam mendedahkan penduduk terhadap globalisasi dan teknologi komunikasi pada hari ini.
Petunjuk kelestarian bandar Sekinchan berdasarkan pembangunan sosial
Persekitaran bandar yang terdiri daripada penduduk dan bahan binaannya mempunyai perkaitan langsung dengan kegiatan sosial. Dalam kaitan antara pembangunan (pertumbuhan ekonomi) dengan persekitaran binaan, kelestarian yang dicari adalah kelestarian pembangunan sosial serta ekonomi dengan matlamat umum untuk membina kesejahteraan masyarakat (Abdul Samad et. al, 2004). Proses meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup di kawasan bandar kecil seperti Sekinchan seharusnya berjalan dengan berterusan bagi menjamin keseimbangan sosial di setiap segi pembangunannya. Dalam konsep ini, pembangunan bandar lestari itu lebih merujuk kepada pembangunan kesejahteraan sosial yang berterusan. Pembangunan bandar lestari boleh dilihat melalui kesejahteraan komuniti dan peningkatan kualiti hidup masyarakatnya. Komuniti yang sejahtera pula merupakan sebuah komuniti yang dapat meneruskan kehidupan merentas generasi di mana generasi pertama merasa selesa, selamat dan sesuai meneruskan kehidupan dan memupuk kehidupan generasi seterusnya. Pada masa yang sama juga ianya dapat terus berkembang maju dan mengekalkan ciri-ciri asasnya, yang membolehkannya membentuk sebuah identiti yang unik. Perkembangan dan pentadbiran bandar Sekinchan dilihat sebagai salah satu petanda wujudnya penerapan unsur kelestarian di dalam sistem pembangunan bandar. Perancangan bandar Sekinchan dilihat mampu menyelesaikan tiga masalah awam yang utama iaitu keselamatan, kesihatan dan kebajikan telah membentuk suatu komuniti yang sejahtera kesan daripada persekitaran fizikal serta pengukuhan identiti oleh kelompok masyarakatnya. Penyediaan kemudahan-kemudahan sosial ini juga memberi kepentingan untuk menyangga kesejahteraan masyarakat di Sekinchan secara keseluruhan.
Konsep bandar lestari juga menuntut kepada pekembangan satu set penunjuk yang berupaya membantu para pentadbir dan perancang bandar merancang pembangunan bandar dengan lebih terarah dan tersusun untuk kesejahteraan penduduk. Penunjuk adalah ukuran bagi memberi nilai kuantitatif terhadap maklumat berkaitan dengan persekitaran bandar. Konsep pembangunan ini adalah bersifat berterusan seperti mana yang diterapkan dalam bandar Sekinchan dimana proses pembandaran yang bermula dari satu bentuk petempatan yang kecil berkembang melalui pertambahan bilangan penduduk dan perluasan kawasannya sehingga akhirnya membentuk suatu kawasan yang lebih besar dan memiliki ciri-ciri yang berbeza dengan fungsi asasnya yang sebelum ini. Proses pembandaran ini juga dilihat mampu menjadikan penduduknya berupaya untuk tinggal dengan selesa dan sejahtera melalui perolehan dan pengagihan kekayaan yang saksama di antara masyarakat ma syarakat setempat. Elemen persekitaran fizikal yang boleh dilihat di Sekinchan seperti kualiti air, udara, bunyi, dan sebagainya kemudiannya akan dinilai sehinggalah ianya dapat menunjukkan terdapatnya unsur kelestarian bandar. Di samping itu, petunjuk-petunjuk dalam sosio-budaya juga merupakan aspek yang dapat menunjukkan kelestarian sebuah bandar kecil seperti kawasan Sekinchan. Aspek ini termasuklah kadar kejadian jenayah yang berlaku di dalam bandar untuk tempoh masa yang tertentu akan memberikan gambaran tentang keadaan sosial bandar sebelum rumusan dapat dibuat mengenai kesejahteraan bandar tersebut. Kelestarian bandar kecil tidak sempurna sekirnya kadar jenayah semakin meluas atau meningkat berlaku di persekitaran penduduk. Situasi yang sama juga dilihat apabila masyarakat mempunyai keterlibatan yang kurang dalam aktiviti penduduk yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Kesejahteraan bandar kecil dilihat semakin merosot sehinggalah peranan kelestarian bandar dari segi hubungan sosial tidak dapat dicapai. Jika dilihat dalam kes kajian bandar kecil Sekinchan, kejadian jenayah dilihat semakin meningkat tetapi ianya masih dalam keadaan yang terkawal jika dibandingkan dengan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Georgetown. Sungguhpun wujud taburan kelompok kaum dilihat tidak seimbang dikesan di bandar Sekinchan, namun masyarakatnya masih lagi bersama-sama menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam skala sederhana.