PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824 DAN PERJANJIAN PANGKOR 1874
Oleh: SITI SYAHIRA BINTI MUSTAPA NURFIZZILA BINTI MOHAMED KASSIM Program Sejarah Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mencungkil dan mengenalpasti kepentingan Perjanjian Britain-Belanda 1824 dan Perjanjian Pangkor 1874. Makalah ini bertujuan menganalisis sejarah dalam mendedahkan mengapa perjanjian ini ditandatangani dan apa kepentingannya kepada British, Belanda, Tanah Melayu serta kesan perjanjian ini ke atas negara Asia Tenggara. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu merujuk kepada sumber-sumber sekunder seperti buku, artikal dalam Jurnal, serta sumber laman sesawang. Sumber-sumber tersebut telah dianalisis secara kualitatif. Berdasarkan analisis yang digunakan melalui sumber-sumber yang telah diperolehi, dapatan awal kajian ini ialah, tujuan utama Perjanjian-Perjanjian tersebut adalah untuk meluaskan empayar penjajah melalui dasar ideologi dan konsep perdagangan yang Perjanjian ini ditandatangani bukan disebabkan kemahuan dan kerelaan kedua-dua pihak tetapi bagi menjaga dan menjamin kepentingan ekonomi mereka selaku imperialis.
Kata Kunci: Perjanjian, Faktor, Kesan
1.0
PENDAHULUAN
Perjanjian-Perjanjian awal di Tanah Melayu telah dimeterai sejak zaman penjajahan lagi. Namun kebanyakan Perjanjian tersebut telah termeterai antara Penjajah Eropah itu sendiri. Perjanjian Inggeris Belanda merupakan rundingan antara British dan Belanda dalam membahagikan wilayah kekuasaan masing-masing di Kepulauan Melayu telah berlaku sekitar tahun 1819 di Eropah. Pada 17 Mac 1824, satu perjanjian telah ditandatangani antara United Kingdom dengan Kemaharajaan Bersatu Belanda di London yang dikenali sebagai Persetiaan London atau Perjanjian Inggeris Belanda. Pihak British telah menghantar wakil mereka iaitu George Canning dan Charles Watkin Wiiams Wynn manakala Belanda yang diwakili oleh Hendrik Fagel dan Reinhard Falck. Manakala Perjanjian Pangkor pula telah dimeterai pada 20 Januari 1874 bertempat di atas kapal HMS Pluto, Raja Muda Abdullah bersama-sama dengan para pembesar yang menyokong baginda menandatangani Perjanjian Pangkor di hadapan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke. Satu kesilapan yang dilakukan oleh Raja Abdullah Ibni Sultan Jaafar, tetapi hanya disedari setelah semuanya ditandatangani. Menerusi Perjanjian Pangkor ini, British mula memasuki bidang pentadbiran negeri Perak, dan seterusnya negeri-negeri Melayu yang lain seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Simboliknya, Perjanjian Pangkor ini sebenarnya tidak lebih merupakan satu alat kuasa yang digunakan oleh pihak British untuk menguasai negeri Perak demi kepentingan ekonomi, politik dan sosialnya.
2.0
SOROTAN LITERATUR Pelbagai kajian lepas yang pernah dilakukan berkenaan dengan sejarah Perjanjian
British dan Belanda tersebut. Kajian oleh Alfred P. Rubin (1974) mengatakan bahawa Satu rundingan telah dibuat bagi menyelesaikan masalah persaingan antara mereka di Singapura. Walau bagaimanapun, perjanjian ini dilakukan tanpa merujuk atau meminta kebenaran daripada raja-raja Melayu. Situasi ini menunjukkan bahawa Raja-raja Melayu tidak mempunyai hak ke atas wilayah mereka di Kepulauan Melayu malah hanya dianggap sebagai boneka yang tidak mempunyai sebarang kepentingan.
1
1
Alfred P. Rubin. 1974. The International Personality of The Malay Peninsular. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 181.
Anthony Ried (1963) pula menyatakan bahawa antara faktor utama yang mendorong termeterainya Perjanjian London 1824 adalah disebabkan oleh British mengamalkan sistem perdagangan bebas (laissez faire) manakala Belanda mengamalkan perdagangan monopoli. Perbezaan sistem yang diamalkan menyebabkan timbulnya persaingan yang sengit sehingga tercetusnya permusuhan yang berterusan. Perjanjian London 1824 menggariskan tiga aspek terpenting iaitu pembahagian wilayah, perdagangan dan kewangan. Perjanjian ini dimeterai berdasarkan kepentingan ekonomi British dan Belanda di rantau Asia Tenggara.2 Menurut Joginder Singh Jessy (1978), selain perjanjian Inggeris Belanda, perjanjian ini juga dikenali sebagai Perjanjian London yang telah termeterai pada 17 Mac 1824 di London. Perjanjian ini telah melibatkan dua buah negara iaitu Belanda dan British. George Canning mewakili negara Britsih manakala Charles W. Wymn wakil negara Belanda yang mana mereka telah melakukan beberapa rundingan bagi menyelesaikan masalah persaingan kuasa antara mereka berkenaan isu negara Singapura. Hasil daripada rundingan kedua-dua buah negara ini maka mereka bersetuju untuk menandatangani perjanjian tersebut demi kepentingan politik dan ekonomi negara masing-masing di Kepulauan Melayu. Tambahan pula, pihak British dan Belanda mengakui bahawa ketegangan yang berlaku di antara negara mereka tidak memberikan sebarang keuntungan terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi malah ketegangan ini merugikan negara. Ketika perjanjian ini dibuat, pihak British dan Belanda tidak melibatkan raja-raja Melayu dan perkembangan politik dan ekonomi di Tanah Melayu dapat dilihat setelah termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini. Oleh itu, melalui perjanjian ini terdapat beberapa faktor yang menyebabkan termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dan membawa beberapa perubahan di Tanah Melayu terutamanya dari sudut politik dan ekonomi.3 Pelbagai kajian lepas yang turut dilakukan berkenaan dengan sejarah didalam pengubalan Perjanjian Pangkor. Menurut Frank Swettenham (1913), terdapat beberapa faktor yang mendorong termeterainya Perjanjian Pangkor ini. Pada awal tahun 1870-an, negerinegeri Melayu Barat berada dalam keadaan huru-hara. Perang Larut dan Perang Klang, di samping konflik di antara Raja Abdullah dengan Ngah Ibrahim di Perak, Tengku Kudin dengan Raja Mahdi di Selangor serta Dato’ Bandar dengan Dato’ Kelana di Sungai Ujong, menyebabkan kegiatan ekonomi tergendala. Semua kejadian yang berlaku ini memberi kesan 2
Anthony Ried .1963. The Contest of Nort Sumatra Acheh: The Natherland and Britain 1858-1898. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Hlm. 12.
3
Joginder Singh Jessy .1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 101.
yang buruk kepada Negeri-negeri Selat kerana ramai saudagarnya mempunyai kepentingan di Negeri-negeri Melayu. Saudagar-saudagar ini mula mendesak kerajaan British mengambil langkah bukan hanya melindungi pelaburan British tetapi juga untuk membuka peluang pelaburan yang lebih besar di negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873, Setiausaha Tanah Jajahan, Lord Kimberley telah mengarahkan gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke menyiasat dan membuat laporan tentang kemungkinan penglibatan British dalam hal-ehwal negeri Melayu demi menjaga kepentingan mereka ini.
4
Menurut Mokhtar Hj Shamsuddin (1980), British kemudian memperoleh peluangnya di negeri Perak berikutan tindakan Raja Muda Abdullah yang mengirim surat ke Singapura pada hujung tahun 1873, meminta bantuan British menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di Perak ketika itu. Seperti yang dilorongkan oleh Raja Muda Abdullah, akhirnya Perjanjian Pangkor yang mengandungi 14 Fasal serta menyentuh tentang pelbagai aspek seperti pemerintahan dan kuasa sultan, pentadbiran, aspek ekonomi, dan juga sosial telah ditandatangani dengan tujuan untuk memerangkap dan seterusnya menguasai negeri Perak. 5
W. G Maxwell juga ada menyatakan bahawa Perjanjian Pangkor 1874 merupakan rundingan dan persidangan yang telah diadakan oleh Andrew Clarke untuk menjemput semua pemimpin-pemimpin Cina, pembesar-pembesar dan Raja Perak hadir ke suatu persidangan di Pulau Pangkor. Tiga hari kemudian iaitu pada 20 Januari 1874, Kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding menjadi bukti kepada Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di antara Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato’ Sagor. Perjanjian ini mengandungi dua perjanjian iaitu Persetiaan China menyelesaikan peperangan Larut dan Persetiaan Pangkor menyelesaikan pergelutan mengenai penggantian. Campur tangan British di Tanah Melayu secara rasminya bermula di Perak apabila termeterainya Perjanjian Pangkor. Sir Andrew Clarke selaku Gabenor baru telah bertindak melampaui tugas yang diarahkan dengan melaksanakan dasar campur tangan British di Perak. Perjanjian ini telah memberi kebenaran kepada Inggeris untuk mencampuri hal ehwal negeri
4
Frank Swettenham. 1913. The Real Malay. London & New York: John Lane. Hlm 61.
5
Mokhtar Hj Shamsuddin. 1980. Hari ini dalam Sejarah Jilid 1. Perjanjian Pangkor Di tandatangani. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara. Hlm 12.
Perak terutamanya dari segi ekonomi. Pentadbiran British selepas perjanjian pangkor dimeterai memberi perubahan dan kesan terhadap ekonomi Tanah Melayu.6
3.0
PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824
3.0.1 ISI KANDUNGAN PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824 1. Belanda mengiktiraf kedudukan Inggeris di Singapura. 2. Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British dan sebagai balasannya pihak British pula akan memberikan Bangkahulu kepada pihak Belanda. 3. Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (British & Belanda). 4. Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu. 5. pihak British pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.
4.0
FAKTOR TERMETERAINYA PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824
4.0.1 PERSAINGAN PERDAGANGAN DI TIMUR Sejak kedatangan Belanda dan British di Asia Tenggara pada awal abad ke 17 keduadua kuasa besar ini sudah tidak mempunyai hubungan yang baik. Manakala Verenigde Oostindische Compagnie (VOC) yang bertapak di Betawi pada tahun 1619 telah menjalinkan
hubungan yang baik dengan raja-raja di negeri tersebut dengan itu Belanda mengambil kesempatan dengan meluaskan empayarnya di Melaka pada tahun 1641 dan pada ketika itu SHTI sedang mencari kawasan yang strategik untuk dijadikan pangkalan tentera di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, setiap aktiviti perdagangan yang dijalankan bagi kedua-dua negara ini sentiasa berlaku perselisihan faham hal ini kerana Belanda menjalankan aktiviti perdagangan dengan memonopoli semua perdagangan di Asia Tenggara berbeza dengan British yang berpendapat bawaha semua orang mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini. Hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin buruk kerana terdapat
6
W. G Maxwell. 1988. Treaties and Engagement affecting the Malay States and Borneo, London: JAS Truscott & Son Ltd. Hlm. 28-30.
orang-orang Belanda yang anti-Inggeris contohnya Jan Peterzoon Coen dan Van Der Capellan yang mana kedua-duanya adalah Gabenor Jeneral di Betawi. Disebabkan perasaan antiInggeris Jan Peterzoon Coen telah menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan ingin menghalau mereka keluar daripada Pulau Jawa pada tahun 1619 bukan itu sahaja malah beliau turut membakar Kota Jakarta dan mendirikan sebuah kota yang baru yang diberi nama Betawi. 4.0.2 DASAR PERSAHABATAN INGGERIS BELANDA DI EROPAH British mengakui bahawa Belanda amat penting terutamanya dari segi keselamatan. Hal ini kerana jarak British yang begitu dekat dengan Belanda yang mana negara Belanda merupakan negara yang sesuai digunakan oleh pihak musuh untuk menyerang British. Ini jelas terbukti pada tahun 1795 apabila Napoleon Bonaparte menggunakan Belanda sebagai gerakan tenteranya untuk menyerang British. Oleh itu, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depan negaranya terutamanya dari segi keselamatan dan pertahanan bukan itu sahaja British juga terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan tenteranya supaya Belanda dapat mempertahankan negeranya daripada serangan musuh. Disebabkan Belanda merupakan negara yang dapat membantu British dari segi pertahanan maka British berharap agar Belanda dapat berdiri di barisan hadapan ketika berhadapan dengan musuh. Oleh itu, British amat berharap Belanda akan menjadi penyokongnya di Eropah. Jelas kelihatan British mula berbaik-baik dengan Belanda dalam Konvensyen tahun 1815 iaitu selepas tamanya Perang Napoleon. Sehubungan dengan itu, British telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan menyerahkan Melaka pada tahun 1818 kepada pihak Belanda melalui Surat-Surat Kew 1795. Kerajaan British terpaksa berbuat demikian walaupun mendapat tentangan keras daripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan pusat pelabuhan perdagangan yang berpotensi tinggi. 4.0.3 DASAR RAFFLES DI SINGAPURA DAN PERTELINGKAHAN MENGENAI SINGAPURA Keputusan British menyerahkan kembali Pulau Jawa kepada Belanda ditentang keras oleh Stamford Raffles. Hal ini kerana, Raffles berpendapat menyerahkan kembali Pulau Jawa adalah langkah yang kurang bijak yang dilakukan oleh pihak British kerana Pulau Jawa amat penting dan begitu strategik terutamanya dari segi perdagangan dan ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang sudah tidak dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI kerana kedudukannya yang jauh di sebelah Utara dan di luar laluan perdagangan manakala Bengkahulu pula tidak strategik kerana kedudukannya di Pantai Barat Sumatera terpisah daripada laluan perdagangan di Selat Melaka.
Oleh itu, Raffles berhasrat untuk membuka pelabuhan yang begitu strategik untuk bersaing dengan pelabuhan di Betawi seterusnya menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur dan akhirnya Raffles berjaya membuka Singapura pada tahun 1819. Tindakan Raffles membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura mendapat tentangan daripada Belanda kerana Belanda mendakwa Singapura merupakan
5.0
KESAN PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824 TERHADAP POLITIK
5.0.1 PEMBAHAGIAN KEPULAUAN MELAYU KEPADA DUA NEGARA Perjanjian Inggeris Belanda 1824 telah menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua bahagian bagi kedua-dua negara ini. Tujuan pembahagian kawasan ini dibuat adalah untuk menyelesaikan masalah perebutan kuasa yang berlaku di antara British dan Belanda. Apabila selesainya masalah perebutan kuasa ini secara tidak langsung keadaan politik di Tanah Melayu juga semakin stabil dan ini dapat meyakinkan para pelabur asing dan pemodal untuk melabur di Tanah Melayu. Pada amnya, Perang Napoleon merupakan pendorong utama tercetusnya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini dan apabila tamatnya perang maka Belanda kembali ke Asia Tenggara dan pihak Belanda mendapati bahawa British telah menjalankan aktiviti perdagangan dengan Betawi di Indonesia tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak Belanda. Betawi merupakan tanah jajahan Belanda dan keadaan ini telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati pihak Belanda dengan kehadiran pihak British di Betawi kerana Belanda berasa tergugat akan kehadiran British. Tambahan pula, pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di London juga tidak berpuas hati dengan tindakan Stamford Raffles yang telah menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara Singapura tanpa mendapat apaapa persetujuan daripada kerajaan London.7 Oleh itu, bagi menjaga hubungan diplomatik kedua-dua negara di Eropah dan menjaga kepentingan masing-masing di Asia Tenggara maka British dan Belanda bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda 1824. 8 Impak daripada perjanjian ini lebih ketara apabila Belanda menyerahkan Melaka dan kawasankawasan taklukkanya yang lain serta logi di India kepada British manakala British pula mengundurkan diri dari Hindia Timur lalu menyerahkan Sumatera dan Bengkahulu kepada Belanda. Jelasnya disini, perjanjian ini merupakan titik permulaan dalam pembentukan
7
Tan Ding Eing, 1975, Oxford Progressive History: A Portrait of Malaysia and Singapura. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Hlm 47.
8
D.G.Hall. 1981. A History of South-East Asia (Fourth Edition). London: the Macmillan Press Ltd. hlm 550.
geopolitik yang baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu.9 Oleh itu, secara tidak langsung Tanah Melayu telah menjadi hak milik British dan dengan begitu mudah untuk pihak British menyebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu sama ada dalam aspek politik mahupun ekonomi tanpa mendapat tentangan daripada mana-mana kuasa besar yang lain. 5.0.2 PERPECAHAN EMPAYAR JOHOR-RIAU Rentetan daripada perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini empayar Johor Riau turut mendapat kesan. Hal ini kerana, sebahagian daripada wilayah di Tanah Melayu adalah dibawa jajahan Belanda dan sebahagiannya lagi dibawa jajahan British. Pembahagian kawasan adalah asas kepada kejatuhan empayar Johor kerana Singapura, Tanah Besar Johor dan negeri Pahang adalah di bawah pengaruh British manakala Riau-Lingga pula jatuh ke tangan Belanda. Dengan adanya perjanjian ini maka perebutan takhta Johor antara Sultan Hussain dan Sultan Abdul Rahman berjaya diselesaikan, hal ini terbukti apabila Sultan Hussain diiktiraf menjadi Sultan yang sah di Tanah Besar Johor manakala Sultan Abdul Rahman menjadi Sultan di Kepulauan Riau-Lingga.10 Berikutan daripada hal ini ia memberi kesempatan kepada Bendahara Ali di Pahang untuk membebaskan diri dari kekuasaan Johor dan setelah berjaya membebaskan diri Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan kepada negeri Pahang pada tahun 1853 sekaligus runtuhnya empayar Johor pada ketika itu yang dipimpin oleh Sultan Hussain kerana baginda tidak mempunyai kuasa yang kuat untuk negeri dibawah pemerintahannya. Namun, setelah kemangkatan Bendahara Ali pada tahun 1877 maka tidak ada yang meneruskan legasi pemerintahannya sebagai pemerintah negeri Johor.11 5.0.3 PERKEMBANGAN POLITIK DI SARAWAK Sehubungan dengan perjanjian Inggeris Belanda 1824 maka belaku perkembangan politik di Sarawak walaupun kerajaan Sarawak masih kurang jelas tentang syarat-syarat Perjanjian yang dibuat di antara Belanda dan Inggeris. Hal ini bermakna, perjanjian ini tidak dinyatakan dengan jelas sama ada kawasan pengaruh Eropah ini adalah dibawah jajahan British ataupun Belanda. Pada hakikatnya, tahun 1841 Eropah tidak menunjukkan sebarang minat terhadap Borneo Utara atas sebab negara ini tidak mendatangkan sebarang keuntungan terutamanya dari segi ekonomi perdagangan. Oleh itu, pada tahun 1839 dengan kehadiran 9
Abdul Rahman Hj. Ismail. 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraandan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 234.
10
Abdullah Zakaria. (1984-1985). Kemunculan Keluarga Pemerintah Baru Dalam KerajaanTanah Melayu 1600-1900-Satu Kajian Awal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 52.
11
Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1863). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Hlm 6.
James Brooke ke Sarawak yang ingin berjumpa dengan Pangeran Muda Hashim bagi menghantar hadiah yang diarahkan oleh Gabenor Singapura namun selepas setahun James Brooke kembali semula ke Sarawak kerana Pangeran Muda Hashim menjemputnya dengan niat ingin memohon bantuan.12 Kehadiran James Brooke ke Sarawak mendapati keadaan di negeri itu sangat kucar kacir dan banyak pemberontakan penduduk tempatan terutamanya orang-orang Dayak yang berlaku disebabkan pemerintahan Pangeran Muda Hashim yang begitu kejam terhadap penduduk tempatan. Oleh itu, Pangeran Muda Hashim mengambil keputusan dengan meminta bantuan James Brooke bagi menstabilkan keadaan yang berlaku di negeri itu dengan balasan sekiranya James Brooke berjaya menamatkan pemberontakan tersebut Pangeran Muda Hashim akan melantik Brooke sebagai raja di Sarawak dan ternyata Brooke berjaya menamatkan pemberontakan yang berlaku maka seperti yang telah dijanjikan, Brooke telah menjadi Raja Sarawak pada 24 September 1841 dan perlantikan ini telah diiktiraf oleh Sultan Brunei. Setelah menjadi Raja Sarawak Brooke telah meluaskan pengaruhnya dari pelbagai sudut terutamanya dalam pentadbiran di negeri Sarawak itu sendiri.13 5.0.4 PENUBUHAN NEGERI-NEGERI SELAT (NNS) Apabila termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 maka wujudnya Negeri Negeri Selat (NNS) yang terdiri daripada Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang. Ketiga-tiga negeri ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran oleh kerajaan British.14 Tujuan utama British menubuhkan NNS ini untuk menyeragamkan sistem pentadbiran yang sedia ada agar lebih sistematik dan teratur. Secara tidak langsung, pentadbiran ini diketuai oleh seorang Gabenor dan setiap negeri telah dilantik seorang Residen bagi membantu Gabenor dalam setiap urusan pentadbiran negeri.15 NNS ini ditadbir dibawah satu pentadbiran politik yang seragam kerana ianya dikawal oleh seorang Gabenor dan melalui penubuhan ini juga bidang politik, undangundang dan dasar-dasar yang ditubuhkan dapat diselaraskan semula.Berbeza dengan Melaka yang kurang strategik berbanding dengan Singapura. Hal ini kerana, Melaka dikatakan pada ketika itu tidak penting dan mempunyai pelabuhan yang cetek serta tidak sesuai untuk para pelabur dan pedagang untuk berlabuh di Melaka. Manakala Pulau Pinang pula dikatakan tidak strategik kerana pusat pentadbiran negeri itu telah berpusat di Singapura dan disebabkan pusat pentadbiran telah berpindah maka Singapura menjadi sebuah negara yang penting dan aktiviti pelabuhan di negara itu juga semakin pesat sehingga 1867. Oleh itu, dengan
Graham Irwin.1986. Borneo Abad Kesembilan Belas. Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd. Hlm 80-81. Ibid, hlm 98. 14 Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, hlm 143. 15 Ibid, hlm 144. 12 13
tertubuhnya NNS ini sistem politik di Tanah Melayu semakin pesat berkembang sehinggalah kehari ini. 6.0
KESAN PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824 TERHADAP EKONOMI
6.0.1 PERKEMBANGAN EKONOMI NEGERI-NEGERI SELAT (NNS) Singapura telah menjadi sebuah negara yang sibuk terutamanya aktiviti perdagangan dan pelabuhan hal ini kerana negara Singapura bersempadan dengan negeri Johor. Selepas mendapat kebenaran melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824 maka Singapura ditadbir sepenuhnya oleh British.16 Sehubungan dengan itu, pusat pelabuhan Singapura dikenali sebagai pelabuhan interpot berikutan ia dikenali pelabuhan yang sibuk dan maju terutama dari segi ekonomi dan sistem pengangkutan yang terdapat di Singapura dan dengan kemajuan yang diperoleh Singapura secara tidak langsung ia menguntungkan kerajaan British dan orang-orang tempatan. Buktinya, bijih timah dianggap penting pada ketika itu yang mana bijih timah ini akan dieksport dari Melaka ke negara luar melalui Selat Melaka.17 Manakala negara luar seperti China dan Great Britain merupakan negara pengimport bagi bijih timah dari Singapura. Bijih timah ini dieksport dalam jumlah yang banyak seperti negara China berjumlah $117,386 manakala Great Britain pula $ 101,204.18 6.0.2 KEPESATAN AKTIVITI PERDAGANGAN Kepesatan
aktiviti
perdagangan
yang berlaku
di
Singapura hasil
daripada
termeterainya perjanjian Inggeris Belanda 1824. Hal ini terbukti apabila Singapura pada ketika itu terkenal sebagai satu pelabuhan enterpot yang berkembang pesat dan syarat-syarat perdagangan yang terkandung dalam perjanjian tersebut maka British dapat meluaskan pengaruhnya ke kawasan jajahan tanpa mendapat gangguan daripada kuasa luar yang lain. Sehubungan dengan itu juga, pihak Belanda turut menghapuskan dasar monopoli dalam aktiviti perdagangan di Kepulauan Melayu dengan itu pelabuhan di Singapura semakin berkembang pesat menjelang tahun 1830. Hal ini terbukti apabila barangan import daripada Pantai Timur Semenanjung seperti negeri Pahang adalah sangat besar dengan nilai emas yang dibawa oleh kapal pada tahun 1835 berjumlah $143,840 dolar Sepanyol manakala di Pantai Barat pula adalah berjumlah $12,000. Bahkan negeri Pahang sendiri mengeluarkan serbuk
16 17 18
Ibid Khoo Kay Kim. 1984. Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hlm 62. Ibid, hlm 62.
yang mempunyai nilai harga pasaran yang tinggi iaitu sebanyak $28 dolar Sepanyol. 19 Nilai import secara keseluruhan di Semenajung melebihi $300,000 dolar Sepanyol setiap tahun dan begitu juga dengan nilai eksport yang mendapat banyak keuntungan.20 Jumlah ini terus meningkat menjelang tahun 1821 dengan jumlah $5 juta manakala pada tahun 1824 nilai dagangan terus meningkat sebanyak $11 juta dan $18 juta pada tahun 1833. 6.0.3 TERBENTUKNYA DWIEKONOMI Selepas Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ditandatangani banyak perubahan besar yang dilakukan atas dasar campur tangan British terhadap ekonomi, sosial dan demografi di Tanah Melayu. dalam aspek ekonomi, masyarakat umum mengetahui ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Melayu pada ketika dahulu hanya bersifat sara diri dan bukannya untuk dikomersialkan. Namun keadaan berubah apabila kemasukan British dan Belanda. Pada tahun 1840 perusahaan bijih timah semakin berkembang pesat hal ini kerana kemasukan pedagang daripada China dengan memperkenalkan cara-cara perlombongan oleh orang Cina contohnya dalam aktiviti perlombongan bijih timah sehingga aktiviti ini muncul sebagai sebuah aktiviti terpenting dan pengeluarannya secara besar-besaran kerana mendapat permintaan yang banyak dari negara luar.21 Hal ini terbukti pada tahun berikutnya, pengeluaran bijih timah sebanyak 7000 tan di Sungai Ujong dan mengikut rekod Belanda pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu hampir dua ribu tan setiap tahun. 22 Apabila tiba zaman penjajahan British maka pengeluaran bijih timah semakin berkembang pesat ekoran penggunaan kapal korek yang dibawa oleh Eropah.23 Manakala untuk pengkomersialan bijih timah ini pula British telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan serta dasar-dasar seperti kenakan cukai yang rendah menyebabkan aktiviti perlombongan ini semakin berkembang pesat dan ekonomi negara juga meningkat dengan mendadak.24 Selain bijih timah, para pemodal daripada Eropah dan China juga turut menanam modal dalam tanaman seperti gambir dan lada hitam Contohnya pada tahun 1830 penanaman gambir dan lada hitam ini telah menjadi tanaman yang penting di Singapura kerana pengeluaran gambir adalah sebanyak 1000 pikul manakala lada hitam pula adalah sebanyak 19
Ibid, hlm 61. Ibid, hlm 62 21 Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Hlm 190. 22 Y.B Hassan Bin Ibrahim. 1980. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. Hlm 14. 23 Rupert Emerson. 1987. Malaysia: Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak Langsung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 42. 24 Hj. Abdul Halim bin Ab. Rahman, Ali bin Hamsa dan Halim bin Man. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia. Hlm 380. 20
15,000 pikul yang dikeluarkan oleh Singapura. Selain gambir dan lada hitam muncul penanaman tebu apabila sebanyak 11 buah ladang tebu dibuka dan majoriti ladang tebu ini dimiliki oleh orang Cina sementara kilang gula dibuka dan diusahakan oleh pedagang dari Eropah, kemasukan imigran Cina hal ini mendorong pertambahan hasil pegeluaran tanaman. Oleh hal yang demikian, dengan kemasukan imigran Cina yang ramai maka kerajaan telah mewujudkan satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Kangcu pada tahun 1844 dengan tujuan supaya tidak berlaku huru hara dalam kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Perak sebelum ini dan aktiviti ekonomi dapat dijalankan dengan keadaan yang dirancang tanpa mendapat gangguan daripada mana-mana pihak. Bukan itu sahaja, getah juga turut dikomersialkan pada ketika itu bagi meningkatkan lagi ekonomi di Tanah Melayu. Selain dasar tanah yang diperkenalkan oleh British faktor yang mendorong peningkatan penanaman getah ini juga adalah disebabkan kemasukan buruh daripada
India
secara
besar-besaran.
Hal
ini
terbukti
pada
tahun
1908
buruh
India yang berada di ladang-ladang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah seramai 43.515 orang dan jumlah buruh ini meningkat sebanyak 139,480 pada 1918. 25 Oleh itu, dengan kemasukan buruh daripada luar membawa kepada perkembangan pengeluaran tanaman getah kerana mempunyai tenaga kerja yang ramai. 6.0.4 PERUBAHAN PERUNDANGAN MILIKAN TANAH Sebelum ini, milikan tanah terhadap penduduk tempatan adalah berkonsepkan sesuatu kawasan itu pemilikan tanah adalah berdasarkan pendudukan seseorang ke atas sesuatu kawasan dan tidak wujud undang-undang yang rumit untuk menduduki sesuatu kawasan namun setelah kedatangan British ke Tanah Melayu telah merubah struktur milikan tanah yang mana British telah mengubah undang-undang dengan memperkenalkan Sistem Pendaftaran Tanah Torrens disemua negeri kecuali di Negeri Negeri Selat. Sistem ini bercirikan hak milik kekal terhadap tanah yang dimiliki, diwarisi dan dipindah milik tanpa menyekat penjualan tanah. Jelasnya disini sistem yang diperkenalkan ini telah menggantikan peraturan penggunaan tanah mengikut undang-undang dan adat Melayu pada ketika itu dengan tujuan pihak bagi memastikan kepentingan pihak British itu sendiri danperkembangan aktiviti perladangan dan perlombongan di Tanah Melayu.26
25 26
Ibid, hlm.385 Hamidah Abd Rahman. 2009. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik Pembangunan Ekonomi dalam Hubungan Etnik. , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 191.
Bukan itu sahaja, malah kedatangan British turut memperkenalkan pindaan pajakan pertanian. Contohnya pada tahun 1899, setiap pajakan yang dilakukan akan disemak semula selepas tiga puluh tahun. Selepas memperkenalkan pajakan pertanian kerajaan British turut memperuntukan Enakmen Tanah Simpanan untuk orang Melayu khususnya dalam aktiviti penanaman padi dengan tujuan bagi mengelakkan berlakunya penjualan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan ladang-ladang getah. Berdasarkan dasar-dasar yang dilakukan oleh British terhadap Tanah Melayu jelaslah bahawa kerajaan British hanya datang ke Tanah Melayu untuk kepentingan sendiri. 7.0
KESAN PERJANJIAN BRITAIN-BELANDA 1824 TERHADAP SOSIAL
7.0.1 PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN Setelah Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ditandatangani berlaku perubahan yang ketara dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Sebelum campur tangan British corak pendidikan di Tanah Melayu berkonsepkan keagamaan.27 Namun setelah kedatangan British ke Tanah Melayu mereka telah mengubah dasar pendidikan baru dengan tujuan untuk mengawal bumiputera Melayu agar tidak menentang pemerintahan mereka. Contohnya, British telah menubuhkan beberapa sekolah untuk masyarakat Melayu tetapi mereka hanya diajar untuk menulis, membaca dan mengira ataupun dikenali sebagai 3M. Sehubungan dengan itu, British juga menubuhkan sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah ini ditubuhkan bagi mengekalkan identiti negara bagi sesuatu kaum itu sendiri. Sebagai bukti, terdapat rekod data yang diperoleh pada tahun 1924 dengan jumlah pelajar Melayu di sekolah Inggeris iaitu seramai 3,850 ribu orang, bagi pelajar Cina pula adalah seramai 20,166 ribu orang manakala bagi pelajar India pula seramai 4,613 ribu orang. 7.0.2 PERUBAHAN INFRASTRUKTUR Sebelum kedatangan British di Tanah Melayu aktiviti pengangkutan hanyalah menggunakan jalan sungai namun apabila aktiviti perlombongan bijih timah dan aktiviti perladangan getah semakin berkembang pesat dan mendapat permintaan yang tinggi di Tanah Melayu maka berlaku penambahbaikan dalam infrastruktur bagi memudahkan proses penghantaran. Pada tahun 1900 British telah mewujudkan rangkaian kereta api yang menghubungkan kawasan lombong bijih timah di negeri Perak dan Selangor.
27
Haris Md.Hadi. 1990. Etnik Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 10.
8.0
PERJANJIAN PANGKOR 1874 8.0.1 ISI KANDUNGAN PERJANJIAN PANGKOR 1874 1. Raja Muda Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak. 2. Raja Bendahara Ismail Pemangku Sultan dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan menerima pencen serta sebuah daerah kecil diserahkan kepadanya. 3. Semua pembesar yang dilantik semasa pemerintahan Raja Ismail dahulu diiktiraf. 4. Kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri di Larut oleh al-marhum sultan disahkan. 5. Semua pendapatan yang dikutip dan semua perlantikan adalah dibuat atas nama Sultan. 6. Sultan menerima dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk Pegawai British yang bergelar Residen yang diiktiraf di istana dan nasihatnya hendaklah diminta dan diikuti dalam semua perkara keculai perkara yang menyentuh agama dan adat istiadat Melayu. 7. Gabenor Larut (Speedy) hendaklah didampingkan sebagai penolong Residen, seorang pegawai British yang bertindak di bawah Residen Perak dengan kuasa yang sama dan tertakhluk kepada Residen itu. 8. Kos bagi Residen-residen ini serta kakitangan lain adalah ditentukan oleh Kerajaan Negeri Selat dan ditanggung dari pendapatan kerajaan Perak. 9. Pendapatan bagi Sultan, Bendahara, Menteri dan pegawai-pegawai lain adalah dibayar melalui pendapatan negeri Perak. 10. Pungutan dan kawalan semua pendapatan dan pentadbiran am negeri ini ditadbir di bawah nasihat residen-residen ini. 11. Sempadan Pulau Dinding dan Pangkor yang diserah kepada Inggeris dipindah semula iaitu dari Bukit Sigari menyusur pantai ke Pulau Katta (Katak) di bahagian Barat, dan dari Pulau Katak menuju timur laut sejauh lima batu, kemudian ke Utara ke Bukit Sigari. 12. Sempadan di Sungai Krian juga ditetapkan. 13. Bagi memulihkan keadaan kacau–bilau di Perak dan menegakkan keamanan dan penyelesaian puak-puak yang berpecah dalam negeri Perak, maka Residen British bertanggungjawab melakukannya termasuk menguasai lombong-lombong dan mengambil alih jentera-jentera dan sebagainya.
14. Menteri Larut mengakui berhutang kepada Kerajaan Negeri Selat terhadap pembayaran ’charge’ dan perbelanjaan menjalankan penyiasatan dan usaha menyelamatkan negeri Perak dan keselamatan perdagangan. 9.0
FAKTOR TERMETERAINYA PERJANJIAN PANGKOR 1874
9.0.1 PERTELINGKAHAN ANTARA KAUM Dalam mukaddimah perjanjian ini, ternyata penglibatan British agak munasabah dengan alasan menjadi kewajipannya kerana sudah terikat dengan persetiaan bagi melindungi Perak dan membantu raja-rajanya dalam pentadbiran. Alasan kewajipan inilah yang menjadikan British seolah-olah “berkuasa” dalam sebarang tindakannya di negeri Perak. Dalam Fasal I, dipersetujui tentang perlantikan Raja Muda Abdullah sebagai Sultan Perak. Setelah British melantik Raja Muda Abdullah menjadi Sultan Perak dengan berkuatkuasanya Perjanjian Pangkor yang direncanakan oleh Sir Andrew Clarke itu, dengan kebenaran Sultan Abdullah sendiri, Andrew Clarke bertindak memecat Raja Ismail yang menjadi sultan ketika itu. Di samping itu, perjanjian ini turut memberi hak kepada Residen British untuk menguasai lombong-lombong dan mengambil alih jentera bagi memulihkan kacau bilau di Perak. British kononnya menjadi orang tengah di antara 20 pemimpin Cina yang berkepentingan di Larut dengan menguasai ‘lombong yang diduduki’ dan cara-cara urusniaga. Pemimpin-pemimpin Cina ini turut menyetujui aturan mengenai bekalan air ke lombong tertakhluk kepada perintah yang dikeluarkan oleh Residen yang berpejabat di Perak dan Larut. Dengan persetujuan ini, bermakna orang Cina ini tidak mahu Menteri Larut memerintah mereka lagi. Penguasaan ke atas lombong-lombong dan jentera ini pula pastinya memberikan faedah ekonomi yang besar kepada British. Pada bulan April 1874, Frank Swettenham dan Residen Birch telah menemui Kapten Speedy di Larut untuk meninjau sendiri keadaan perlombongan bijih timah dan kemudian menukar nama Kelian Pauh kepada Taiping dan Kelian Baru kepada Kemunting.28 Walaupun pandangan umum sehingga kini menjelaskan kemerosotan dan perpecahan yang berlaku adalah berpunca daripada sistem politik yang lemah dan kejahatan pemerintah Melayu, namun pandangan kolonial tersebut telah menimbulkan perdebatan dan dikritik oleh sesetengah pengkaji. Terdapat beberapa pengkaji sejarah yang berpendapat ketidakstabilan 28
J. F McNair. 1878. Perak and the Malays: Sarong and Kris. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Hlm 362
dan perpecahan yang berlaku di Perak pada kurun ke-19, khususnya yang berkisar kepada persengketaan politik yang berlaku pada tahun 1870-an, adalah lebih berpunca bukannya daripada konflik yang melibatkan pemerintah tempatan tetapi lebih disebabkan oleh manipulasi politik yang dimainkan oleh pihak-pihak luar seperti British dan golongan kapitalis Eropah-Cina di Negeri-negeri Selat.29 9.0.2 PIHAK BRITISH INGIN MENGUASAI PEMERINTAHAN PERAK Tindakan ini membuktikan betapa pengaruh British itu mula meresap dalam politik negeri Perak, walhal telah ada adat istiadat yang menentukan kedudukan sultan dan orangorang besar di negeri itu. Pengiktirafan sultan yang baru ini membolahkan British meneruskan rancangannya untuk “menasihati” sultan dalam hal ehwal negerinya, dengan memerangkap sultan Abdullah bagi menerima sistem Residen British serta peraturan-peraturan baru yang kebanyakkannya bercanggah dengan nilai-nilai tradisi atau adat istiadat Melayu ketika itu. Sementara itu, aspek kuasa sultan pula disentuh dalam Fasal V yang mengkehendaki pendapatan yang dikutip dan semua perlantikan adalah dibuat atas nama sultan. Sebaliknya, kandungan fasal ini sebenarnya telah memberikan kuasa kepada pihak British untuk melibatkan diri dalam ekonomi dan politik negeri Perak. Misalnya tindakan Birch yang meletakkan keturunan British yang dilantik kononnya sebagai wakil sultan untuk memungut cukai. Malah tindakan Birch ini turut diluluskan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andew Clarke. Ini bermakna, sesiapa yang memungut cukai yang bukan keturunan British akan dikenakan denda. Ternyata sekali tindakan British ini bertujuan untuk mengambil alih hak memungut cukai daripada tangan sultan dan para pembesar Melayu melalui pegawai-pegawai British yang dilantik di atas nama sultan.30 9.0.3 MENGAUT KEUNTUNGAN DI PERAK Sebab utama Perjanjian Pangkor ditandangani tentunya berkaitan dengan kepentingan ekonomi British. Bahkan British pastinya tidak akan berminat menguasai Perak jika negeri Perak tidak mempunyai sumber alam yang amat diperlukan dalam sektor ekonomi British khasnya bijih timah. Melalui fasal ke-X perjanjian ini, pungutan dan kawalan semua pendapatan dan pentadbiran am negeri akan ditadbir di bawah nasihat Residen British. Sebelum ini, para pembesar negeri yang menguasai sistem ekonomi termasuk pungutan cukai Azmi Arifin. 2012. Perak Disturbances 1871-1875: British Colonialism, The Chinese Secret Societies and the Malay Rulers. Kuala Lumpur: Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic
29
Studies, Vol. 39. Hlm. 6. 30
Frank Swettenham. 1907. British Malaya: An Account of the Origin and Progress of British Influence in Malaya, London: J Lane, The Bodley Head. Hlm 23-25.
bijih timah dan hasil mahsul. J.W.W Birch yang dilantik sebagai Residen pertama di Perak iaitu pada bulan November 1874, mengkehendaki semua cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri atau pegawai Eropah. Beliau tidak membenarkan cukai dalam negeri dipungut oleh sultan dan orang-orang besar di Perak seperti yang dijalankan sebelumnya, dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melanggar peraturan ini. Tujuannya ialah untuk memperbaiki keadaan kewangan, menjelaskan hutang-piutang negeri dan membayar gaji pegawai-pegawai termasuklah gaji residen walaupun pada hakikatnya Birch sebenarnya cuba untuk mengambil alih hak atau kuasa memungut cukai daripada tangan Sultan dan para pembesar Melayu. Buktinya, pada pertengahan bulan Disember, Birch telah membakar rumah Raja Ngah, Tengku Panglima Besar yang juga sepupu bekas Sultan Ismail di Bidor, disebabkan Raja Ngah mengutip cukai pelombong di situ. Birch turut membatalkan pajak hasil Kuala Sungai Perak yang telah dibuat oleh Sultan Abdullah dengan seorang saudagar Cina. Malah Birch kemudiannya bertindak menghapuskan cukai bijih timah Batang Padang yang sebelum itu dinikmati oleh Sultan, Laksamana dan pembesar lain, sebaliknya Birch gantikan pula dengan royalti $9/- bagi setiap bahara yang bijih yang dipungut di Kuala Perak.
31
Pada 3 Febuari pula, Birch meminta Sultan Abdullah menandatangani pengistiharan masa residen memungut semua cukai di suatu tempat manakala pada 24 Julai 1875, pengistiharan penyerahan kuasa berkaitan pungutan cukai akhirnya ditandatangani oleh Sultan Abdullah. Dengan itu, kuasa memungut cukai di Perak telah diambil alih oleh Residen British. 10.0 KESAN TERMETRAINYA PERJANJIAN PANGKOR 1874 TERHADAP POLITIK 10.0.1 CAMPURTANGAN PEMERINTAHAN KEPADA SISTEM RESIDEN Perkembangan politik di Perak kurun ke-19 bolehlah dianggap sebagai satu isu yang menarik kerana Perak merupakan negeri Melayu pertama yang menerima campurtangan British secara langsung apabila sistem Residen British mula diperkenalkan selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan sejarah dan perkembangan politik di Perak kurun ke-19 menjadi antara salah satu topik sejarah yang mendapat perhatian meluas dan kerap dibincangkan oleh sarjana Barat mahupun tempatan. Tumpuan kajian atau penulisan penulis-penulis sebelum ini
31
W. G Maxwell. 1988. Treaties and Engagement affecting the Malay States and Borneo, London: JAS Truscott & Son Ltd. Hlm 44-19.
adalah lebih berkisar mengenai keadaan di Perak antara tahun 1871-76 iaitu ketika berlakunya suatu peristiwa yang diperlihatkan sebagai konflik ‘perebutan takhta’ antara raja-raja Melayu Perak sehingga mendorong kepada ketidakstabilan politik dan campurtangan asing dalam negeri tersebut. Peruntukan terpenting dalam Perjanjian Pangkor ini tentunya berkenaan dengan perlantikan Residen, yang termaktub dalam Fasal ke-VI. Peruntukan ini memerlukan Sultan Perak menerima perlantikan seorang Residen British yang akan menasihati sultan dalam semua aspek pentadbiran kecuali dalam hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Ini bermakna, pemerintahan negeri yang disusun oleh British ini dilaksanakan
oleh
raja
yang
bertindak
mengikut
nasihat
Residen
yang
bukan
bertanggungjawab kepada baginda tetapi kepada gabenor. Residen serta kakitangannya akan mentadbir segala pendapatan, merangka serta menyusun polisi dan undang-undang negeri Perak yang akan dijalankan dalam pelbagai aspek. Semua pentadbiran negeri termasuk pungutan dan kawalan cukai pula akan dijalankan di atas nama sultan, tetapi disusun dan diatur menurut nasihat residen. Sementara itu, gaji dan elaun sara hidup Residen akan dibayar oleh sultan dan bukannya oleh kerajaan British. Melalui sistem ini, pihak British boleh berkuasa ke atas negerinegeri Melayu tanpa menanggung bebanan belanja tambahan dan tanggungjawab sepenuhnya seperti yang dilakukan di Negeri-Negeri Selat. Justeru, kos pentadbiran British boleh dijimatkan di samping dapat mengaut segala kekayaan hasil bumi Perak ketika itu untuk membangunkan negara mereka sendiri. Perubahan Politik tersebut melalui pentadbiran British bertujuan mewujudkan keamanan dan ketenteraman demi menjamin keutuhan dan kelancaran pentadbirannya. Perlantikan Residen menyebabkan berlakunya perubahan penting dalam pentadbiran di negari-negeri Melayu. Residen bertanggungjawab memulih, menjaga dan mengekalkan keamanan dalam negeri melalui pengenalan perlembagaan undang-undang dan peraturan yang baik dan berkesan. Perebutan takhta dalam kalangan kerabat, persengketaan kongsi gelap dan lanun dapat dihentikan. Residen juga bertanggungjawab merintis peraturan, merangka dasar dan mengamalkan pentadbiran negeri dan daerah. Sultan dinasihati oleh Residen di peringkat negeri dan di peringkat daerah, perlantikan Pemungut Cukai atau Majiistret (Pegawai Daerah) telah dilaksanakan bagi menggantikan pembesar dalam pentadbiran peringkat daerah.
10.0.2 WUJUD KEPELBAGAIAN DALAM SETIAP PENTADBIRAN Bagi mengemaskini pentadbiran yang sedia ada dan menambahkan kecekapan dalam pentadbiran, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri telah dibentuk di bawah Perlembagaan Sistem Residen. Contohnya 1887 Sir Hugh Low membentuk Majlis Mesyuarat Negeri di Perak dan di Selangor pada tahun 1878. Majlis Mesyuarat Negeri menggantikan Majlis Sultan. Anggota Ahli Mesyuarat Negeri terdiri daripada Sultan sebagai Presiden Majlis, Residen sebagai Penasihat Sultan, Penolong Residen, pembesar sebagai ahli tidak rasmi, dua atau tiga orang wakil orang-orang Cina dan Inggeris sebagai ahli tidak rasmi. Majlis ini berperanan membincangkan semua perkara berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial sesebuah negeri. Fungsi majlis ini ialah sebagai badan penasihat sultan, merangka perlembagaan negeri, menggubal dan meluluskan undang-undang, menyusun pungutan cukai, mengurus dan menetapkan gaji pegawai-pegawai Melayu dan Mahkamah Rayuan Tertinggi serta meluluskan hukuman bunuh.
32
Kestabilan politik membolehkan British membawa masuk buruh asing demi kepentingan ekonomi penjajah. Setiap negeri dibahagikan kepada daerah-daerah tertentu yang diketuai oleh seorang pemungut cukai atau majistret. Kemudian ditukar nama kepada Pegawai Daerah. Pembahagian daerah ini menyebabkan wujudnya sempadan geografi yang jelas antara negeri-negeri Melayu. Bagi melicinkan pentadbiran peringkat daerah , beberapa Jabatan Kerajaan British diwujudkan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Kesihatan Perubatan di bawah pengelolaan pegawai Eropah. Mahkamah Majistrret juga diwujudkan dan diketuai oleh Pegawai Daerah bagi mengadili semua masalah berdasarkan undang-undang Barat. Di bawah Sistem Residen, pentadbiran negeri yang baru, setiap daerah dibahagikan kepada beberapa unit pentadbiran yang lebih kecil dikenali sebagai mukim yang diketuai oleh seorang penghulu dan peringkat yang paling bawah ialah kampung yang dikenali sebagai ketua kampung. Kapitan Cina dilantik bagi menjaga kepentingan orang Cina dan Penghulu Dagang dilantik bagi memelihara kepentingan masyarakat di Kepulauan Melayu. Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pemerintahan, sebaliknya Residen yang berkuasa menjalankan pentadbiran di negeri dan Pegawai Daerah di daerah. Contohnya pentadbiran British mempengaruhi perlantikan Sultan Yusoff di Perak. Dengan itu, Sistem pentadbiran di
32
Andaya Barbara Watson dan Andaya Leonard Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. Hlm. 41-43.
Negeri-negeri Melayu yang bercorak tradisional telah digantikan dengan sistem birokrasi Barat. 11.0 KESAN TERMETRAINYA PERJANJIAN PANGKOR 1874 TERHADAP EKONOMI 11.0.1 KUTIPAN CUKAI Dapat dilihat dalam fasa 8 dan 10 dalam surat perjanjian. Sebab utama Perjanjian Pangkor ditandangani tentunya berkaitan dengan kepentingan ekonomi British. British pastinya tidak akan berminat menguasai Perak jika negeri Perak tidak mempunyai sumber alam yang amat diperlukan dalam sektor ekonomi British khasnya bijih timah. Melalui fasal ke-10 perjanjian ini, pungutan dan kawalan semua pendapatan dan pentadbiran am negeri akan ditadbir di bawah nasihat Residen British. Isi perjanjian versi melayu: “Kutipan Cukai tidak lagi boleh pembesar-pembesar Melayu tempatan. Residen British akan bertanggungjawab untuk mengutip dan mengawal semua kutipan cukai dan perbelanjaan wang cukai” Fasa ini adalah berkaitan dengan pengaruh British melalui Residen sebagai badan pemerintah di atas kuasa Sultan. Misalnya J.W.W Birch dilantik sbg residen pertama di Perak. Birch mengkehendaki semua cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri atau pegawai Eropah. Beliau tidak membenarkan cukai dalam negeri dipungut oleh sultan dan orang-orang besar di Perak seperti yang dijalankan sebelumnya, dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melanggar peraturan ini. Buktinya, pada pertengahan bulan Disember, Birch telah membakar rumah Raja Ngah, Tengku Panglima Besar yang juga sepupu bekas Sultan Ismail di Bidor, disebabkan Raja Ngah mengutip cukai pelombong di situ. Birch turut membatalkan pajak hasil Kuala Sungai Perak yang telah dibuat oleh Sultan Abdullah dengan seorang saudagar Cina. Ternyata sekali tindakan British ini bertujuan untuk mengambil alih hak memungut cukai daripada tangan sultan dan para pembesar Melayu melalui pegawai-pegawai British yang dilantik di atas nama sultan. Kesannya pembesar tidak lagi mempunyai kuasa untuk memungut cukai di kawasan mereka. Pengenalan itu telah mengetepikan tradisi para pembesar dalam urusan kutipan cukai dan menguasai hasil-hasil
bumi di kawasan mereka. Pembesar hanya diberikan pencen bulanan oleh kerajaan negeri. Hal ini telah bertentangan degan amalan orang Melayu.33 11.0.2 PENGENALAN CUKAI BAHARU Selain itu, Birch juga bertindak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani perisytiharan Residen memungut cukai di suatu tempat. Birch mula memperkenalkan cukai tambahan kepada orang Melayu iaitu cukai kelamin tetapi diberi pengecualian kepada Sultan Abdullah, Sultan Ismail, kerabat diraja, pesuruhjaya dan penolong pesuruh jaya bagi Ratu Inggeris, pengawal pesuruhjaya, ahli pasukan polis, Orang Besar Empat, Lapan, Enam belas dan juga pelombong cina. Hal ini jelas memperlihatkan penindasan British terhadap orang Melayu, malah setiap tongkang akan dikenakan cukai tahunan. Barang yang dibawa masuk dan di bawa keluar juga dikenakan cukai sebanyak 10% daripada barangan yang dimiliki. Pendaftaran dan pernomboran perahu serta pendaftaran dan pengecapan sagor dikenakan bayaran sebanyak 10 sen. Segala pembayaran akan dilakukan kepada penghulu dan penghulu akan dibayar 1/10 daripada jumlah yang dikenakan ke atas pengingkar yang dilaporkan kepada mereka. Pengenalan pelbagai cukai-cukai baru menyebabkan rakyat tidak puas hati dan menjadi satu bebanan kepada rakyat. Dibebani
dengan pelbagai cukai cth Birch telah
memperkenalkan cukai pajak, candu, arak, judi, permit balak, perahu, senjata, padi, dan memotong atap malah telah ditambah lagi dengan cukai pertanian dan penternakan. Sebelum perjanjian Pangkor dan pengenalan sistem residen, rakyat hanya perlu membayar 1/10 daripada hasil pendapatan yang diperolehi kepada pembesar, keadaan ini telah menjejaskan pendapatan rakyat. Perlu mendapatkan kebenaran British apabila mahu membuka tanah melalui pengenalan cukai pertanian, hal ini menambahkan kesulitan dan kemarahan rakyat.34 11.0.3 PERLOMBONGAN Seterusnya selepas British memonopoli dan menguasai perusahaan bijih timah dan menguasai pasaran timah telah mengakibatkan buruh asing dari kaum India di bawa masuk bagi mengerjakan lombong bijih timah. Pada abad ke-19, berlaku kejatuhan harga timah yang akhirnya menyebabkan masalah kekurangan imigran Cina dan menyebabkan buruh semakin
33
M.A Fawzi Basri. 1986. Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Perak: Yayasan Perak. Hlm. 2-6.
34
Haji Buyong Adil. 1975. Penentangan terhadap Penjajah British Abad ke 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 17.
kurang dari kalangan buruh Cina. Penganiayaan yang berlaku ke atas imigran Cina oleh pihak British ini juga menyebabkan imigran Cina semakin hari semakin berkurangan. Perjanjian ini turut memberi hak kepada Residen British untuk menguasai lombonglombong dan mengambil alih jentera bagi memulihkan kacau bilau di Perak. British kononnya menjadi orang tengah di antara 20 pemimpin Cina yang berkepentingan di Larut dengan menguasai ‘lombong yang diduduki’ dan cara-cara urusniaga. Pemimpin-pemimpin Cina ini turut menyetujui aturan mengenai bekalan air ke lombong tertakhluk kepada perintah yang dikeluarkan oleh Residen yang berpejabat di Perak dan Larut. Dengan persetujuan ini, bermakna orang Cina ini tidak mahu Menteri Larut memerintah mereka lagi.Penguasaan ke atas lombong-lombong dan jentera ini pula pastinya memberikan faedah ekonomi yang besar kepada British. 11.0.4 TANAMAN GETAH Pada tahun 1900 hingga tahun 1941 telah muncul tanaman baru yang diperkenalkan oleh British seperti tanaman getah dan kelapa sawit. Permintaan yang tinggi terhadap getah bermula selepas berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah. Bagi memenuhi permintaan ini, tanaman getah diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu. Pada awalnya, getah ditanam di halaman rumah Residen British Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai tanaman hiasan. Usaha ke arah perkembangan perusahaan getah telah dijalankan oleh Henry N. Ridley apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888. Antara usaha penting yang telah dibuat oleh Ridley termasuklah meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran serta mengagihkan benih getah secara percuma. Henry Ridley seterusnya berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai iaitu sistem menoreh secara ibidem atau seperti bentuk tulang ikan hering, yang tidak merosakkan pokok. Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal, dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah dan menyebabkan harga getah melambung tinggi. Akhirnya perusahaan getah menjadi perusahaan yang penting di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1909, getah telah ditanam hampir keseluruhan Tanah Melayu berjumlah kira-kira 190 000 hektar.35
35
Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 33-37.
11.0.5 PERUBAHAN EKONOMI Selain perubahan politik, pelaksanaan Sistem Residen juga membawa perubahan dan kemajuan dalam aspek ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Pembangunan ekonomi berkembang pesat kerana Residen bertanggungjawab memajukan sumber ekonomi seperti perusahaan bijih timah dan pertanian. Antara pertanian dagangan yang diperkenalkan ialah getah oleh Sir Hugh Low 1877. Pada tahun 1888 H.N.Ridley, memperkenalkan kaedah torehan getah iaitu sistem Tulang Ikan Hering. Penanaman kopi juga diperkenalkan di Perak dan Selangor. Residen mewujudkan satu sistem pungutan cukai dan hasil dalam negeri. Pembesar daerah tidak boleh mengutip cukai. Cukai diurus oleh pemungut cukai atau majistret. Ini turut memperkenalkan dasar tanah yang lebih liberal membolehkan pembukaan lombong bijih dan kawasan pertanian. Kerajaan mendapat sumber hasil daripada cukai. Contohnya, pada tahun 1890 W.E. Maxwell, Residen British di Selangor telah memperkenalkan peraturan tanah. Memperkenalkan dasar ekonomi kapitalis dan sistem kewangan moden seperti penubuhan Chartered Bank 1875 di Taiping dan Kuala Lumpur. Pinjaman wang menggalakkan pelaburan di sektor ekonomi komersil. Contohnya, pemodal British semakin banyak membuka lombong di Lembah Kinta. Perkembangan pesat sektor perlombongan bijih timah berkait rapat dengan kemajuan dalam sistem pengangkutan. Ini menyebabkan Undang-undang buruh yang longgar telah menggalakkan kemasukan buruh asing bekerja di sektor perlombongan dan pertanian dagangan.
36
12.0 KESAN TERMETRAINYA PERJANJIAN PANGKOR 1874 TERHADAP SOSIAL 12.0.1 PERUBAHAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini biasanya dibangunkan di kawasan-kawasan perlombongan dan persekitarannya. Antara infrastruktur yang disediakan oleh pihak British untuk kesenangan bersama ialah pembinaan jalan raya, landasan kereta api, hospital dan juga kemudahan asas yang lain seperti lampu dan bekalan air paip. Jalan raya merupakan sistem perhubungan terawal yang dibina oleh pihak British. Jalan raya yang dibina ini sebenarnya menghubungkan
kawasan-kawasan
yang menuju
ke kawasan-kawasan
perlombongan dan juga perladangan. Selain itu, pada tahun 1885, landasan kereta api yang pertama telah dibuka di Larut antara Port Weld (Kuala Sepetang) dan juga Taiping. Manakala
36
R. J Wilkinson. 1923. A History of the Peninsular Malays with the Chapters on Perak and Selangor. Singapore: Kelly & Walsh. Hlm 77.
Ipoh dan Teluk Anson (Teluk Intan) pula dihubungkan dengan kereta api pada tahun 1910. Ini jelas menunjukkan pembangunan yang dibuat oleh pemerintah British sebenarnya adalah untuk memudahkan eksport bijih timah ke Britain, untuk menguatkan kedudukan Britain di mata dunia.37 12.0.2 KEMASUKAN IMIGRAN DAN PELABUR LUAR Perak kaya dengan hasil bumi bijih timah, menyebabkan kekayaannya itu kuasa British tertarik. Setelah menguasai Perak, British ingin menggunakan sepenuhnya bahan-bahan mentah itu bagi mencari keuntungan bagi British. Kemajuan dalam perusahaan bijih timah di Perak setelah British bertapak amat mengagumkan dan perak muncul sebagai negeri pengeksport
bijih
timah.
British
telah
menggalakkan
pelabur-pelabur
melabur
di
Perak.Wujudnya berbagai institusi utk memenuhi keperluan di atas.Contohnya pembangunan sistem Ekonomi kolonial seperti Sime Darby. Pada tahun 1882 sebuah syarikat Perancis telah membuka lombong bijih timah di jajahan kinta, Perak. Hal ini juga telah menggalakkan kemasukan ramai buruh asing terutamanya Cina dan India. Oleh itu, Sistem Residen yang diperkenalkan telah membawa kepada pertambahan penduduk yang pesat di negeri-negeri Melayu. Pelaksanaan dasar buruh yang longgar dan galakan British menyebabkan imigran Cina dan India secara beramai-ramai datang ke Tanah Melayu. Kedatangan imigran ini menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Sistem perhambaan dan buruh paksa juga turut dihapuskan oleh Sir Hugh Low di Perak pada tahun 1884.38
Frank Swettenham. 1983. About Perak. Singapore: National University of Singapore Library. Hlm 16-17. 38 Tregonning K.G. 1962. Malayan History. Singapore: Malaya Publishing House Ltd. Hlm. 56. 37
13.0 KESIMPULAN Perjanjian Inggeris Belanda ini membawa keuntungan bagi kedua-dua pihak kerana pembahagian kawasan, wilayah dan perdagangan yang lebih jelas. Perdagangan kedua-dua pihak semakin maju dan dapat mengelakkan perebutan kawasan yang berlaku sebelumnya. Perkembangan kuasa politik dan ekonomi dikaitkan dengan usaha penjajah untuk menguasai kepentingan ekonomi dan politik di Tanah Melayu. Hal ini jelas menunjukkan pengaruh kolonialisme kerana perjanjian ini termeterai tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu Melayu dan tiada lagi unsur persahabatan. Setiap perkara yang berlaku selepas perjanjian ini menjadi titik tolak kepada pembentukan negara moden Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia dan Indonesia. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 ini tidak dinafikan sebagai satu usaha yang dapat mengamankan negeri Perak, memulihkan kekacauan di Larut dan menyelesaikan sengketa politik di negeri Perak. Namun begitu, pada hakikatnya perjanjian ini hanyalah sebuah alat yang memberikan kuasa dan hak kepada British untuk melibatkan diri dalam politik, sosial dan ekonomi negeri Perak dan seterusnya Negeri-negeri Melayu yang lain demi kepentingan British itu sendiri. Melalui perjanjian-perjanjian ini menyebabkan bermulanya campur tangan secara menyeluruh pihak Inggeris di Tanah Melayu dan telah mengubah, terutamanya ekonomi di Tanah Melayu sehingga ke hari ini.
RUJUKAN/BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Hj. Ismail. 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraandan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Zakaria. (1984-1985). Kemunculan Keluarga Pemerintah Baru Dalam KerajaanTanah Melayu 1600-1900-Satu Kajian Awal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Alfred P. Rubin. 1974. The International Personality of The Malay Peninsular. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Andaya Barbara Watson dan Andaya Leonard Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. Anthony Ried .1963. The Contest of Nort Sumatra Acheh: The Natherland and Britain 18581898. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Azmi Arifin. 2012. Perak Disturbances 1871-1875: British Colonialism, The Chinese Secret Societies and the Malay Rulers. Kuala Lumpur: Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, Vol. 39. D.G.Hall. 1981. A History of South-East Asia (Fourth Edition). London: the Macmillan Press Ltd. Frank Swettenham. 1907. British Malaya: An Account of the Origin and Progress of British Influence in Malaya, London: J Lane, The Bodley Head. Frank Swettenham. 1983. About Perak. Singapore: National University of Singapore Library. Graham Irwin. 1986. Borneo Abad Kesembilan Belas. Selangor: Malindoi Printer Sdn. Bhd. Haji Buyong Adil. 1975. Penentangan terhadap Penjajah British Abad ke 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hj. Abdul Halim bin Ab. Rahman, Ali bin Hamsa dan Halim bin Man. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia. Hamidah Abd Rahman. 2009. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik Pembangunan Ekonomi dalam Hubungan Etnik. , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haris Md.Hadi. 1990. Etnik Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. J. F McNair. 1878. Perak and the Malays: Sarong and Kris. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Joginder Singh Jessy .1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Khoo Kay Kim. 1984. Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd. M.A Fawzi Basri. 1986. Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Perak: Yayasan Perak. Mokhtar Hj Shamsuddin. 1980. Hari ini dalam Sejarah Jilid 1. Perjanjian Pangkor Ditandatangani. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara. Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1863). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. R. J Wilkinson. 1923. A History of the Peninsular Malays with the Chapters on Perak and Selangor. Singapore: Kelly & Walsh. Rupert Emerson. 1987. Malaysia: Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak Langsung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tan Ding Eing, 1975, Oxford Progressive History: A Portrait of Malaysia and Singapura. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Tregonning K.G. 1962. Malayan History. Singapore: Malaya Publishing House Ltd.
W. G Maxwell. 1988. Treaties and Engagement affecting the Malay States and Borneo, London: JAS Truscott & Son Ltd. Y.B Hassan Bin Ibrahim. 1980. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.