1 1.0
PENGENALAN
Penilaian berlaku dalam semua jenis situasi apabila pertimbangan perlu dibuat. Dalam kehidupan kehidupan seharian, seharian, setiap setiap individu individu akan membuat membuat keputusan keputusan berdasarkan berdasarkan penilaian walaupun kurang menyedari bahawa pertimbangan telah berlaku dalam semua proses tersebut.
Dalam bidang pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran matlamat tidak akan tercapai tanpa penilaian. Setiap kali sesuatu soalan ditanya dan jawapan diberi, seringkali melibatkan penilaian. Guru dan pelajar sering membuat pertimbangan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, gurulah yang bertanggungjawab untuk merancang dan membuat keputusan bahawa apa yang muridnya perlu capai dalam pembelajaran menurut hasil pengajaran yang dikehendaki. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa mendapat maklumat tentang pencapaian pembelajaran murid untuk memperbaiki pengajarannya. Maklumat ini biasanya dapat diperolehi melalui pemerhatian, pengujian, pengukuran dan penilaian.
2 2.0 2.0
PENILA ILAIAN IAN PR PROGRAM PE PENDIDIK IDIKA AN
Penilai Penilaian an progra program m pendid pendidika ikan n adalah adalah suatu suatu proses proses mengha menghasil silkan kan keputus keputusan an melalu melaluii pengumpulan dan analisis data yang sistematik. Dalam menghasilkan keputusan ini, beberapa aktiviti yang dijalankan dan antaranya ialah berdasarkan aktiviti pengetahuan, kemahiran, sikap dan perlakuan yang harus dicapai dalam sesuatu program.
2.1
Tujuan Pe Penilaian Pr Program
Penil Penilai aian an prog progra ram m memp mempuny unyai ai beber beberapa apa tuju tujuan an untu untuk k dila dilaks ksana anaka kan n iait iaitu u seba sebaga gaii pengurusan projek, agar dapat mengikuti arah tuju, memperlihatkan keberkesanan projek, memperlihat memperlihatkan kan akauntabili akauntabiliti ti projek projek dan untuk tujuan pembangunan pembangunan dan penyebaran penyebaran program.
Dalam memperlihatkan pengurusan projek, tujuannya ialah untuk memantau rutin pengoperasian program, memberi maklumat kepada staf program atau pentadbir berkenaan ciri-ciri peserta, aktiviti program, peruntukan sumber tenaga dan d an kos program. Selain itu bertujuan bertujuan agar staf program dapat membuat pembetulan jangka pendek selain selain membantu staf merancang arah tuju program yang baru. Dengan itu, data pengoperasian boleh disalurkan kepada penaja, lembaga sekolah atau pemimpin masyarakat. Manakala data data progra program m yang yang deskri deskripti ptiff boleh boleh digunak digunakan an sebaga sebagaii asas asas untuk untuk pentaks pentaksira iran n hasil hasil program.
Selain Selain itu penilaian program juga bertujuan bertujuan untuk memastikan memastikan aktiviti aktiviti projek projek menggam menggambar barkan kan rancan rancangan gan dan matlam matlamat at projek projek,, mening meningkat katkan kan kualit kualitii pembek pembekala alan n perkhidmatan dan mengekalkan perkaitan di antara matlamat program, objektif dan perkhidmatan. Penilaian program juga bertujuan untuk melihat keb erkesanan projek. Dari sudut ini, akan diselaraska diselaraskan n komponen-komp komponen-komponen onen program program bagi mengurangkan kos, memfokus pada pengenal pastian bahagian yang paling diperlukan serta mengenalpasti kelema kelemahan han untuk untuk tujuan tujuan penamba penambahba hbaika ikan, n, untuk untuk membat membatalka alkan n perkhi perkhidma dmatan tan yang yang
3 tertentu dan merujukkan peserta ke perkhidmatan di tempat yang lain. Oleh itu, bagi menilai keberkesanan projek, penilaian proses dan penilaian hasil adalah diperlukan.
Penilaian proses juga bertujuan untuk memperlihatkan akauntabiliti projek di mana pengguna keputusan penilaian termasuklah ibubapa, agensi penaja, wakil rakyat atau pemutus polisi. Di samping itu, kaedah yang digunakan mestilah yang boleh dipertahankan, manakala keputusan harus difahami oleh orang biasa.
2.2
Model-Model Penilaian
2.2.1
Model Objektif
Menurut model ini, penilaian dikaitkan dengan usaha menentukan nilai sesuatu hasil (product) selain membandingkan objektif-objektif sesuatu program dengan hasilhasilnya. Menurut Model Tyler (1949) yang mentakrifkan bahawa kejayaan atau kegagalan sesuatu program atau pengajaran dalam kadar kesepadanan (the extent of match/mismatch) antara prestasi murid-murid yang dijangkakan (intended) dengan yang sebenar. Model ini turut mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program dngan menggunakan Taksonomi-taksonomi Objektif Pendidikan iaitu Taksonomi Kognitif (Bloom), Taksonomi Afektif (Krathwohl) dan Taksonomi Psikomotor (Simpson) yang menggunakan kaedah-kaedah kuantitatif seperti statistik.
2.2.2
Penilaian Illuminative (Hamilton & Parlett)
Menurut model ini, penilaian akan mempertimbangkan konteks program pendidikan yang lebih luas, lebih mementingkan huraian (description) dan tafsiran (interpretation) daripada pengukuran (measurement) dan ramalan (prediction). Manakala bagi kajian yang melibatkan sesuatu program secara total, ‘pengukuran hasil pendidikan’ tidak dipentingkan. Konsep ‘Learning Milieu’ atau konteks sekolah dipertimbangkan semasa program atau inovasi pendidikan dinilai. Untuk tujuan ‘illuminate’ masalah-masalah, isuisu dan ciri-ciri program, gabungan strategi seperti pemerhatian, temubual, soal selidik
4 dan analisis dokumen digunakan. Tiga peringkat yang berhubungkait iaitu pemerhatian, kajian lanjutan dan penerangan. ‘Progressive focusing digunakan apabila penyelidik menyempitkan keluasan skop penyelidikan, untuk memberi perhatian yang lebih luas kepada isu-isu tertentu.
2.2.3
Penilaian Goal-free (Michael Scriven 1972)
Model ini menyatakan bahawa pertimbangan dan penilaian matlamat (goal)adalah langkah yang bukan sahaja tidak diperlukan, bahkan ia mungkin merupakan langkah yang menganggu penilaian. Model ini lebih menumpu kepada kesan sebenar tanpa menghiraukan matlamat.
2.2.4
Penilaian Responsive (Robert Stake 1967)
Model ini menekankan bahawa penilai perlu megambil perhatian dalam tiga jenis data iaitu antecedent data, transactional data dan outcome data. Selain itu, model ini menyatakan bahawa penyelidik perlu memahami sejarah program itu, pengalaman semasa dan ‘outcomes’ selain lebih mementingkan kehendak-kehendak ‘audience’ dan perspektif-perspektif yang berlainan, dikaitkan semasa melaporkan kejayaan atau kegagalan program tersebut. Model ini lebih mementingkan ‘portraya/ descriptiorl daripada analisis.
2.2.5
Penilaian Democratic (Barry MacDonald 1974)
Model ini menitikberatkan ‘kerahsiaan’, ‘rundingan’ dan ‘keizinan’, menyuarakan kepentingakn konsep ‘hak untuk mengetahui dan mengiktiraf pelbagai nilai. Penilai sebagai broker maklumat, mengedarkan maklumat antara kumpulan yang berbeza, teknik dan persembahan/penulisan harus mudah difahami ramai, memberi keselamatan dan kawalan maklumat kepada informants dan tidak memberikan cadangan dalam laporan.
5 2.2.6
Penilaian Naturalistic
Model ini menekankan tiga asas penyelidikan atau penilaian iaitu demokrasi penyertaan, pembuatan keputusan yang dimaklumkan dan kepelbagaian nilai. Menggunakan kaedahkaedah kualitatif seperti temu bual tanpa struktur, pemerhatian secara langsung dan bentuk laporan yang membolehkan pembaca membuat generalisasi dengan sendiri, dengan menggunakan ‘naturalistic generalisation’ .
3.0
PENILAIAN DAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pembelajaran ialah
proses pemerolehan
maklumat dan pengetahuan,penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang.
Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi.
Penilaian dalam pendidikan ialah proses menentukan perubahan tingkah laku seorang individu dan membuat pertimbangan (judgement) nilai. Aktiviti penilaian menumpu kepada ciri-ciri pada manusia yang boleh diubah. Pertimbangan nilai bagi seorang boleh diperolehi berdasarkan daripada interpretasi hasil pengukuran kuantitatif,
6 atau penghuraian kualitatif, atau kombinasi kedua-dua pengukuran kuantitatif dan penghuraian kualitatif, atau kombinasi kedua-dua pengukuran kuantitatif dan pengukuran kualitatif murid itu.
Maklumat kuantitatif yang dinyatakan dalam bentuk angka dan data dapat disusun dan diperkemaskan dalam sistem yang mudah difahami untuk memberi gambaran yang menyeluruh. Penghuraian kualitatif pula biasanya menerangkan perubahan yang nyata atau kabur dalam seseorang. Oleh itu, penilaian bukan hanya meliputi pencapaian dan kemajuan dalam pelajaran tetapi termasuklah pentaksiran semua aspek perkembangan mental dan fizikal, minat, sikap, bakat, emosi dan kejayaan dalam sosial.
Tujuan penilaian dalam pendidikan ialah untuk mengetahui sejauh manakah konsep-konsep yang disampaikan itu dapat diterima oleh murid-murid. Setelah diumumkan gred atau markah yang diperolehi, tahap pencapaian murid di dalam satusatu bidang pelajaran akan diketahui. Selain gur, ibu bapa juga akan turut sama mengetahui pencapaian anak-anak mereka di dalam pembelajaran. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku. Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif ialah pentaksiran yang sistematik yang sentiasa dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan tujuan membaiki proses proses tersebut. Jenis penilaian ini boleh diadakan di sepanjang masa kursus. Maklumat daripadanya dapat digunakan serta merta dan terus menerus untuk membantu pelajar dan guru dalam pembelajaran dan pengajaran masing-masing untuk mencapai objektif yang dirancangkan.
Biasanya, penilaian formatif diadakan dari masa ke semasa setelah guru selesai mengajar sesuatu unit pelajaran. Keputuan penilaian formatif tidak bertujuan digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seorang murid dengan murid yang lain.. Namun, maklumat penilaian ini memberi petanda berhubung dengan kemajuan proses pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Ekoran maklumat balik
7 ini guru dapat segera mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi kelemahan-kelemahan murid dan mengubahsuaikan strategi pengajarannya sendiri.
Oleh kerana tujuan asas penilaian formatif ialah untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran, maka penilaian dalam bilik darjah haruslah mengutamakan penilaian formatif. Salah satu cara terbaik membantu murid melibatkan diri mentaksir kemajuannya ialah dengan menyediakan satu siri ujian penguasaan (mastery test) yang pendek untuk mendapatkan maklumat yang menunjukkan sejauh mana sesuatu kemahiran telah dikuasai oleh murid. Dengan kesedaran serta merta murid akan segera membetulkan kelemahan-kelemahan pembelajarannya agar tidak bertindih dengan pelajaran berikutnya.
Penilaian Formatif merujuk kepada sesi soal jawab yang dikendalikan dalam bilik darjah dan juga kuiz dan lembaran kerja yang dibuat oleh murid. Cara pengujian ini adalah tidak formal, biasanya dalam bentuk ujian bulanan. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru menentukan strategi pangajaran serta aktiviti pembelajaran, terutamanya aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah.
Umumnya penilaian formatif dapat dilaksanakan secara informal melalui pemerhatian dan kerja latihan. Dalam situasi begini, guru membetulkan kelemahan murid ketika kerja atau pembelajaran sedang dilangsungkan. Manakala penilaian sumatif pula merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus bagi tujuan memberi gred (dan sijil) kepada murid. Di samping pemberian gred, ujian sumatif juga membekalkan maklumat untuk menilai kesan pengajaran.
Umumnya, menilai pencapaian murid ialah satu daripada aktiviti guru yang dilakukan setiap bulan, setiap penggal dan setiap tahun. Guru besar dan guru-guru sendiri ingin mengetahui setakat mana usaha-usaha mereka itu berjaya. Menilai pencapain murid ini dilakukan oelh guru pada akhir pengajaran. Tujuannya ialah bagi mengetahui sejauh manakah perkara-perkara yang diajar itu telah diketahui oleh murid. Daripada markah
8 yang diberikan itu, maka tahap pencapaian murid dapat diketahui berdasarkan penilaian yang telah dibuat.
Manakala menilai pembelajaran pula adalah merangkumi aktiviti mendapat maklumat dan membuat perbandingan semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Didapati bahawa guru selalunya mencuba mendapat maklumat daripada murid semasa mengajar. Berasaskan maklumat ini, guru membuat keputusan sama ada mengulangkaji, memberi latih tubi, menerangkan ataupun meneruskan pelajaran tersebut. Di samping menjalankan penilaian berterusan secara spontan dan tidak direkodkan itu, guru boleh menyediakan alat-alat
penilaian, seperti ujian-ujian yang ringkas, pemerhatian-
pemerhatian yang tertentu dan cara-cara lain yang dapat dilakukan dengan lebih terkawal.
3.1
Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi Pengajaran Dan
Pembelajaran
Konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai kaitan antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi sehingga sukar untuk dibezakan antara satu dengan yang lain. Walaubagaimanapun konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi mempunyai beberapa ciri tertentu. Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran . Berdasarkan kepada itu pendekatan harus berlandaskan model,prinsip atau teori pembelajaran yang merangkumi perkara iaitu konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks, keseluruhan kepada bahagian, umum kepada spesifik, spesifik kepada umum, dekat kepada jauh dan diketahui kepada belum diketahui.
Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Mengikut Edward M.Anthony(1963) kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Teknik mengajar
9 merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di antara teknik mengajar yang biasa digunakan
ialah
teknik
bercerita,
bersyarah,
perbincangan,
demonstrasi,
latih
tubi,penyoalan,sumbangsaran dan permainan.
Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah,teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.
Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan, antaranya ialah penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan, penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran, pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik, pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas mengikut pendekatan,kaedah dan teknik mengajar y ang dipilih.
3.2
Penilaian dan Nilai
3.2.1
Nilai
Nilai ialah pokok kepada perkataan atau konsep yang dibincangkan. Soalan yang seringkali ditimbulkan ialah, bolehkah penilaian itu bebas daripada nilai yang terdapat sama ada pada seseorang ataupun pada satu kumpulan orang yang menjalankan penilaian dan membuat keputusannya. Umumnya, nilai sukar dipisahkan daripada tindakan membuat keputusan. Penilaian melibatkan proses dan juga mengkehendaki keputusan
10 dibuat bukan sahaja tentang perkara yang dinilaikan itu, tetapi juga tindakan yang bersabit dengan proses itu sendiri.
Apabila sesuatu penilaian itu ingin diwujudkan, maka sekurang-kurangnya dua keputusan besar sepatutnya diambil. Keputusan pertama berkait dengan sebab ataupun tujuan penilaian itu hendak diadakan. Inidividu memilih sesuatu perkara bagi dinilai adalah disebabkan perkara tersebut difikirkan penting di dalam satu-satu konteks. Manakala keputusan kedua berkait dengan pemilihan model, alat-alat, prosedur menjalankan dan cara penganalisaannya. Tidak semua pakar penilaian itu mempunyai pandangan yang sama tentang aspek-aspek yang diperkatakan itu.
Di antara penilai-penilai terdapat mereka yang menganggap manusia sebagai suatu organisma yang membuat reaksi terhadap sesuatu penggerak. Dengan itu, satu-satu maklumat itu dapat diperolehi jikalau penggeraknya sesuai.. Oleh itu, model yang akan digunakan seharusnya menekankan reaksi manusia secara menyeluruh.
3.2.2
Penilaian
Nilai adalah perkara yang sentiasa mempengaruhi tiap-tiap perkara yang dilakukan dan tiap-tiap keputusan yang diambil. Penilaian didapati adalah tidak sebebas nilai seperti yang dianggap oleh setengah-setengah orang. Kita mencuba mencungkil semua maklumat yang dikehendaki untuk membuat keputusan yang bermakna. Dalam mencungkil maklumat yang dianggap sebagai fakta, kita telah dipengaruhi oleh berbagai bagai perkara. Apabila keputusan dibuat sekali lagi, pendirian seseorang akan mempengaruhi keputusan. Disebabkan kuatnya pengaruh nilai di dalam proses penilaian dan pengambilan keputusan, maka kita terpaksa berhati-hati terhadap semua penilaian yang dikemukakan kepada kita.
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam berbagai-bagai bidang. Penilaian dilakukan kerana tiap-tiap perubahan ataupun perkara yang dilakukan mempunyai matlamatnya. Dengan menjalankan penilaian, maka satu anggaran dapat
11 dibuat sama ada matlamat itu telah dicapai dan proses yang dilalui adalah bersesuaian. Apa yang menimbulkan masalah ialah perbandingan yang dilakukan semasa mendapat maklum balik tersebut, dan semasa membuat rumusan tentang dapatan-dapatan daripada penilaian yang dilakukan itu. Seringkali perbandingan menimbulkan implikasi yang tidak baik.
Namun, penilaian hendaklah dianggap sebagai satu punca bagi mendapat bukti ataupun maklumat yang unggul tentanh sesuatu. Maklumat ataupun bukti ini amat penting bagi penyelesaian sesuatu masalah. Dalam pendidikan umpamanya, masalah yang dapat diselesaikan ialah tentang pencapaian sesuatu matlamat.
3.3
Contoh Bidang Penilaian
3.3.1
Prasekolah
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa penilaian di peringkat prasekolah adalah terlalu awal dan kanak-kanak seharusnya tidak dikongkong oleh amalan-amalan yang rigid yang terdapat di peringkat persekolahan biasa. Ada orang menganggap penilaian yang dilakukan di peringkat prasekolah ini adalah sama dengan penilaian yang berlaku di peringkat-peringkat yang lain. Cara penilaian di peringkat ini seharusnya terkawal dan menggunakan kriteria yang seragam. Namun, ada juga yang memikirkan bahawa tiap-tiap tindakan yang dilakukan adalah berasaskan penilaian. Pemilihan sesuatu cara itu bergantung rapat dengan sesuatu keadaan itu.
Penilaian yang ditekankan di sini ialah penilaian yang tidak formal, tetapi sistematik dan dirancang. Penilaian yang dijalankan dalam keadaan yang sedia ada dan berterusan. Di samping itu, penilaian di penghujung sesuatu tahap juga dilakukan bagi membolehkan prestasi kanak-kanak dapat dilihat secara menyeluruh. Dalam hal ini, terdapat dua pendekatan yang digunakan iaitu tradisional dan seperti yang ditekankan oleh Piaget.
12 3.3.1.1 Objektif
Terdapat dua pengaruh yang diambilkira dalam menentukan dan menyatakan objektif kognitif ini. Pengaruh ini timbul daripada teori yang dikemukakan oleh Piaget dan juga daripada pendapat berlainan yang dikemukakan oleh Piaget.
Dalam objektif kognitif ini, terdapat empat aspek yang berkaitan iaitu aspek fizikal, sosial, logikal dan representasi. Dalam aspek pengetahuan dan kemahiran fizikal, perkara penting yang perlu difahami ialah kesan ke atas benda-benda selepas sesuatu perkara itu dilakukan. Kefahaman ini juga boleh dipandang sebagai kaitan sebabmusabab yang membolehkan pengetahuan berkenaan benda-benda dan alam akan berkembang.
Pengetahuan dan kemahiran sosial ialah kefahaman tentang pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli keluarga dan masyarakat tentang sesuatu perkara yang dilakukan. Pengetahuan dan kemahiran ini berkemungkinan berkait rapat dengan sebabmusabab ataupun berkait dengan ganjaran ataupun hukuman. Dari segi pengetahuan dan kemahiran logikal pula, terdapat beberapa perkara yang berkait dengan pengelasan, turutan atau urutan, nombor dan olahan ruang masa. Aspek representasi pula melibatkan penghasilan makna daripada simbol-simbol yang mempunyai dua atau tiga dimensi dan juga pergerakan-pergerakan dan peniruan (imitation).
Selain dari yang telah dinyatakan, penilaian prasekolah juga merupakan Satu kaedah untuk menilai kebolehan kanak-kanak yang boleh dilakukan pada dua peringkat iaitu peringkat Screening dan Penilaian kemampuan. Peingkat Screening ialah untuk mengenal pasti kanak-kanak terutamanya kanak-kanak pra sekolah yang bermasalah dan dimasukkan ke dalam program 'Intervensi awal'. Kajian telah dijalankan dalam projek di panggil 'The Perry Preschool Project " yang mendapati kanak-kanak yang mendapat intervensi awal kurang memerlukan program pendidikan khas dan kebolehannya dari aspek pendidikan dan kebolehan diri adalah lebih competent" berbanding dengan kumpulan kawalan. ( Berruta- Clement, Schweinhart, Barnett, Epstein & Weikart.1984).
13 Manakala peringkat penilaian kemampuan pula, ianya di lakukan kepada kanakkanak yang telah dikenalpasti mempunyai masalah MP. Penilaian bertujuan untuk mengetahui kelebihan dan kelemahannya. Tahap asas sebelum rawatan atau memulakan program (Base line). Kaedah screening yang digunakan ialah Neuro developmental History:
i. Sejarah kelahiran - prenatal, antenatal, postnatal. ii. Perkembangan gross motor, fine motor. iii. Perkembangan bahasa;
Umur
6 bulan
9 bulan
12 bulan
18 bulan
24 bulan .
Kebolehan ...
Babling. .
Menyatakan sesuatu dengan gaya/isyarat spt: melambai - lambai tangan Bye-bye @ meminta dengan menadah tangan. ...
Mengucapkan ma ma, da da - betul untuk memanggil ibu atau ayah. Satu perkataan satu ayat. ...
Boleh mengikut arahan satu peringkat. .
2 patah perkataan satu ayat. .
14 Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
i-
Tujuan am (learning goal)
ii.
Objektif pelajar (specific objective)
iii.
Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
iv.
Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
v-
Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar.
Kata Cangelosi (1992):
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates what students are expected to learn. Specific objective, define the learning goal. That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)
Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu Planning, Implementation dan Evaluation. Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching ).
15 Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher ).
“…effective teacher is one who is able to demonstrate the ability to bring about intended learning goals”. Parrott (1986:5) Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Lazimnya, perkembangan sosio-emosi diperlukan supaya seorang kanak-kanak dapat menunjukkan kesedaran, menerima rakan-rakan yang berbeza serta meluahkan emosi dan perasaannya. Kanak-kanak boleh menggunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. Kebolehan menghadapi cabaran harian dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan menerima apa yang tidak boleh
diubah mengakibatkan
pilihan alternatif.
Perkembangan
menyelesaikan masalah mengembangkan esteem kendiri (self esteem) dan
kemahiran perasaan
hormat-menghormati di kalangan kanak-kanak. Nilai-nilai murni, keyakinan, initiatif pergaulan diri dan initiatif pergaulan serta persefahaman antara mereka juga diperkembangkan bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan.
Theory Of Constraints (TOC) adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang berdasarkan pemikiran logik dan sistematik. Teknik dan proses TOC menggunakan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah dan konkrit. TOC diperkembangkan oleh Yayasan TOC for Education, Inc.
16 (http://www.tocforeducation.com) dan disumbangkan secara percuma kepada pendidikan. Proses dan teknik TOC membina kemahiran dan komitmen kanak-kanak untuk menangani masalah dan membuat keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan. Kemahiran berfikir dan cara berkomunikasi pemikiran yang jelas juga dibina. Teknik TOC mengupayakan kanak-kanak dengan kemahiran berkomunikasi yang jelas dan tepat serta kemahiran berfikir yang berkesan dan bertanggung jawab sepanjang hayat.
Mengapa guru perlu mengembangkan aspek sosio emosi murid ? Selalunya guruguru terpaksa menguruskan konflik atau percanggahan di kalangan murid-murid mereka. Jika murid boleh berdikari dan mampu menyelesaikan konflik, suasana pembelajaran di bilik darjah dan sekolah tidak terjejas dan akan berjalan lancar. Sekiranya murid tidak tahu menyelesaikan konflik dalam kehidupan seharian, mereka sukar bertanggung jawab ke atas tingkah laku mereka. Guru memainkan peranan yang kritikal dalam perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Gunakan cara belajar melalui bermain yang terancang untukmembolehkan pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan. Mengajar kanak-kanak untukmemahami hak orang-orang lain, akibat daripada kelakuan dan percakapan.
Guru menunjukkan contoh sikap dan kemahiran semasa mengajar dan kanak– kanak akan menganggap guru sebagai ‘role model’ Mengapa guru perlu
mengajar
kemahiran berfikir, berkomunikasi serta menyelesaikan masalah? Pembawaan yang positif untuk belajar bermula dari pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dikawal oleh kanak-kanksendiri. Ini memberi keyakinan diri dan keupayaan kepada mereka ke arah mencapai kejayaan. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah,membina keyakinan diri dan perasaan berdikari sehingga menjadi satu kelaziman. Mereka diajar menghadapi setiap cabaran untuk dapat ditangani mereka sendiri.
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman interaktif secara langsung dan spontan dengan rakan sebaya serta melalui asuhan dan bimbingan guru. Murid belajar dengan baik jika mereka berasa selamat dari segi perasaan sosio-emosi, murid belajar melalui
17 interaksi dengan guru dan kanak-kanak lain. Murid juga selalu belajar melalui cara bermain. Selain itu, pembelajaran perlu menggembirakan.
3.3.1.2 Penilaian Sumatif
Pada peringkat prasekolah, penilaian tidak dapat dijalankan dengan hanya menggunakan alatan menulis. Ini kerana, kanak-kanak pada peringkat ini masih belum pandai menulis, mambaca dan mengira. Di samping itu, penilaian menggunakan alatan menulis dirasakan tidak dapat menimbang dan memberi gambaran kedudukan kanak-kanak di dalam hal ini. Maka, bentuk penilaian yang sesuai ialah bentuk amali. Kanak-kanak didedahkan dengan suatu keadaan yang provokatif dan guru mencatat reaksi kanak-kanak tersebut dengan berpandukan kriteria yang telah ditentukan. Catatan yang dibuat ini hendaklah berterusan kerana setiap satu keadaan itu memakan masa yang panjang. Berpandukan jadual penentuan, guru-guru dapat menentukan apakah yang sepatutnya dinilai dan sejauh mana perkara itu hendak dinilai.
3.3.1.3 Penilaian Formatif
Pada peringkat sekolah, penilaian formatif dijalankan pada akhir sesuatu unit pelajaran yang selalunya memakan masa lebih kurang dua tiga minggu. Pada peringkat prasekolah, langkah-langkah yang sama boleh diikuti. Bagi membolehkan cara ini dijalankan, guru hendaklah mempunyai satu rancangan yang komprenhensif tentang apa yang dinilai, bagaimana dan bila menilainya, apa jenis rekod yang perlu dibuatdan apa tindakan yang sepatutnya diambil setelah mendapat maklumat balik daripada penilaian formatif tersebut. Sebagaimana semua bentuk penilaian, rancangan bermula dengan penyediaan objektif. Satu jadual penentuan yang lngkap mestilah disediakan kerana daripada jadual inilah
dapat
dilihat
perkembangan berlaku.
perkaitan
di
antara
objektif-objektif
yang
membolehkan
18 Penilaian sama ada untuk tujuan pembelajaran ataupun mengetahui prestasi pada akhir sesuatu aktiviti adalah sukar dijalankan. Ini kerana kita terpaksa memikirkan berkenaan falsafah pendidikan yang dialami dalam sesuatu pusat itu. Malah, apa juga pendirian yang dipegang sama ada Piaget ataupun tradisional, masih banyak perkara yang belum diketahui berkenaan cara-cara pengujian itu. Ujian dan pembelajaran sukar dilihat sebagai dua konteks yang berasingan. Tidak seperti peringkat persekolahan rendah dan atas, situasi ujian dapat difahami oleh murid-murid. Bagi kanak-kanak, kesedaran tentang konteks berlainan ini tidak ada. Oleh itu, penguji harus dapat menggunakan setiap masa yang sesuai bagi mendapat maklumat yang diperlukan itu.
4.0
KESIMPULAN
Pengujian dan pengukuran sebagaimana yang telah dikaji tidak menentukan nilai baik atau buruk, atau lemahnya sesuatu yang diuji dan diukur. Walau bagaimanapun, markah dari ujian yang dibina, ditadbirkan dan dianalisa mengikut prinsip pengujian dan pengukuran adalah diperlukan untuk mmbuat penilaian, atau pertimbangan mengenai pencapaian murid. Contohnya, guru harus membuat keputusan sama ada muridnya memerlukan pengajaran tambahan, atau pemulihan sebelum memulakan unit pengajaran baru. Berbagai-bagai pertimbangan lain harus dibuatnya juga, sama ada kaedah yang digunakan telah berkesan, buku dan alat bantu mengajarnya sesuai.
Kesemua keadaan dalam pengajaran ini memerlukan guru membuat pertimbangan tertentu, iaitu membuat penilaian ke atas diri murid, atau kaedah pengajarannya. Markat dari pengujian yang dibina, ditadbir dan dianalisa mengikut prinsip pengukuran mungkin dapat membantu guru membuat penilaian ini, tetapi hanya setakat membantu sahaja. Proses penilaian adalah lebih luas lagi jika dibandingkan dengan pengujian, atau pengukuran, kerana penilaian memasukkan dimensi baru, iaitumemberi nilai, atau perihal menentukan buruk dan baiknya sesuatu pencapaian itu.
19 Dalam usaha membuat penilaian yang wajar, guru akan mempertimbangkan maklumat dari berbagai-bagai punca, seperti pengetahuannya sendiri mengenai murid tersebut, latar belakang dan pengalaman mereka, keadaan pembelajaran di rumah dan di sekolah, minat dan perkara-perkara yang tidak diminati oleh murid. Kesemua ini akan dipertimbangka, atau dinilai oleh guru, dan pada akhirnya satu penilaian akan dikemukakan untuk membolehkan tindakan wajar selanjutnya sama ada memberi pengajaran tambahan, beralih ke pengajaran yang lain, menukar kaedah pengajaran dan sebagainya.
20 BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin, 1994, Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Abu Bakar Nordin, 1986, Asas Penilaian Pendidikan, Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. Atan Long (1981). Kaedah am mengajar . Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Cangelosi, James Longman.
S.(1992).
Systematic
teaching
strategy.
New
York:
Dr. Tajul Ariffin Noordin & Dr. Nor’Aini Dan, 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020 ( Falsafah Perguruan dan Persekolahan ). Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn.Bhd. Kamarudin Abu & Ee Ah Meng, 1995. Guru Dan Perkembangan Negara. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Lee Shok Mee & Mok Soon Sang, 1989, Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, 2000. Nota Dan Latihan Ilmu Pendidikan Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, 2002 , Ilmu Pendidikan Untuk KPLI , Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Parrot, Elizabeth Longman, 7th ed.
(1986).
Sharifah Alwiah Alsagoff Lumpur: Heinemann, ctk. 4.
Effective
(1986).
teaching .
Ilmu
pengajaran
London
pendidikan:
&
pembelajaran
New
York:
pedagogi.
Kuala
Sufean Hussin, 1996. PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Hui Leng & ee Ah Meng, 1996, Penilaian dalam Proses Pendidikan Asas Pendidikan 3, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
21 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0
PENGENALAN
1
2.0
PENILAIAN PROGRAM PENDIDIKAN
2
2.1
Tujuan Penilaian Program
2–3
2.2
Model-Model Penilaian
3–5
3.0
2.2.1
Model Objektif
2.2.2
Penilaian Illuminative ( Hamilton & Parlett )
2.2.3
Penilaian Goal-free (Michael Scriven 1972)
2.2.4
Penilaian Responsive (Robert Stake 1967)
2.2.5
Penilaian Democratic (Barry MacDonald 1974)
2.2.6
Penilaian Naturalistic
PENILAIAN DAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.1
5–8
Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
8–9
3.2
9 - 11
3.3
Penilaian dan Nilai 3.2.1
Nilai
3.2.2
Penilaian
Contoh Bidang Penilaian 3.3.1
11 - 18
Prasekolah 3.3.1.1 Objektif 3.3.1.2 Penilaian Sumatif 3.3.1.3 Penilaian Formatif
4.0
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
18 - 19
22