1.0 PENGENALAN BOLA JARING
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara. 2.0
KEDUDUKAN PEMAIN
Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.)Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside". Berikut merupakan kedudukan pemain di dalam gelanggang (ketika membuat hantaran tengah):
WA GD
GS
C
GA
GK
WD
1
Berikut merupakan had kawasan bagi setiap pemain: PEMAIN
HAD KAWASAN
Penjaga gol (GK)
1, 2
Pertahanan gol (GD)
3, 4, 5
Pertahanan sayap (WD)
3, 4
Pemain tengah (C)
2, 3, 4
Penyerang sayap (WA)
2, 3
Penyerang gol (WD)
3, 4
Penjaring gol (GS)
1, 2
3 1
3.0
2
4
5
TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN
1) Penjaga gol(GK) Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dlamkawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasangol.Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang didalam kawasan jaringan.GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).
2) Penahan gol(GD ) Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, 2
kawasan gol atau di dalamkawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemaindalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialahmenghalangpenyerang gol daripada membuat jaringan.GD juga boleh menerima bola dari hantarantengah.
3) Penahansayap(WD) Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialahmenghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukanlawan dalam bulatan jaringan. WD juga boleh bertindak sebagai penyerang .Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengah atauke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA.
4) Pemaintengah(C) Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskansebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awalpermainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C bolehbergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.
5) Penyerangsayap(WA ) Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanyamenghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akanmenghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.
6) Penyerang gol(GA ) Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasamadengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerimahantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.
7) Penjaring gol (GS) Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir 3
membuat jaringan.
4.0
PERALATAN
Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola j aring. Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang gol. 4.1 BOLA
Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupanya seperti bola keranjang. Bola tersebut berdiameter 99 -102 cm dan beratnya 6.35 7.26g, dikenali sebagai bola 5 size. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.
4.2 GELANGGANG
Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang tertutup. 4
Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol ( Goal
Lines ).
Gelanggang
dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak di tengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (
radius )
4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah
centre
atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya
bulatan tengah. Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan
semi-circle
atau separuh bulatan yang merupakan bulatan
gol.
4.3 TIANG GOL
Di kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya 3.05 m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring yang terletak di bahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm.
5
5.0
PAKAIAN
Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai. Kebiasaannya pakaian mereka terdiri daripada baju -t, seluar panjang, stoking, kasut dan bip. Bip dipakai diluar baju-t dan setiap bip ditulis nama tugas setiap pemain. Nama tugas ini tertera di bahagian depan dan belakang bip. a) Pakaian pemain mestilah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian berkenaan hendaklah dipakai setiap kali bermain di sepanjang kejohanan. b) Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track. Seluar pendek dan seluar track yang sendat (tight) tidak dibenarkan. c) Setiap pasukan dikehendaki membawa bib masing -masing. Ketinggian ukuran pada bib adalah 4 -6 inci. d) Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka keputusan pertukaran bib akan dilakukan secara lambungan duit. e) Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek. f) Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku. g) Huruf-huruf di bawah hendaklah disemadikan di bahagian hadapan danbelakang baju pemain.
6.0
CARA BERMAIN
Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan menentukan pasukan yang mana akan membuat lontaran mula. Kebiasaannya, lontaran ini ditentukan melalui undi melontar syiling. Setiap ketua pasukan akan memilih tanda belakang atau depan syiling tersebut. Bagi ketua pasukan yang dapat memil ih dengan tepat akan membuat lontaran mula. Manakala bagi pihak ketua pasukan lawan akan memilih kawasan gol yang digemarinya. Sebelum pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan, setiap pemain akan berada di kawasan masing-masing. Manakala C ( centre ) akan bersedia di kawasannya untuk memulakan lontaran mula. 6
7.0 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING
7.1 AM Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Jaring Penjara Malaysia 7.2 PENGANJUR/PENGELOLA Pertandingan ini dianjur oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Institusi Penjara yang dipilih. 7.3 PENDAFTARAN Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai/anggota/kakitangan yang bertugas di bawah Jabatan Penjara Malaysia. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sepuluh (10) orang pemain menggunakan Borang yang telah disediakan. Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku
sedemikian,
penyertaan
pasukan
tersebut
dalam
pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. 7.4 FORMAT PERTANDINGAN i.
Masa permainan adalah 25 minit (10 minit setiap separuh masa dan 5 minit rehat).
ii.
Pilihan 1 (sekiranya pasukan yang menye rtai ialah enam pasukan atau lebih):
Pusingan awal: Pertandingan akan dijalanka n secara liga dua kumpulan iaitu A dan B. Pasukan yang menyertai akan diundi bagi menentukan kumpulan masing masing pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Pusingan Separuh Akhir dan Akhir: Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke pusingan separuh akhir. Johan kumpulan A akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B, dan Johan Kumpulan B akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan A. Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan ke pertandingan akhir manakala yang kalah pula akan menentukan tempat ketiga dan keempat.
iii.
Pilihan 2 (sekiranya pasukan yang menyertai kurang dari enam pasukan): 7
Pertandingan akan diadakan secara liga di mana semua pasukan akan bertemu antara satu sama lain.
7.5 PERATURAN DAN UNDANG - UNDANG PERTANDINGAN i.
Pasukan / penukaran pemain Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang pasukan tersebut dikira kalah.
Bila seorang pemain mengalami kecederaan dan tidak
menyambung
permainan, permainan boleh dihentikan dua (2) minit untuk men entukan samada pemain itu boleh meneruskan permainannya. Keputusan akan dibuat oleh pegawai pasukan itu. Hanya dua (2) pegawai dibenarkan ke gelanggang pada masa itu.
Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa.
Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang pemain yang telah mengambil kedudukan lewat itu. 5.1.5 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan d ihentikan kerana kecederaan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas w aktu rehat separuh masa.
Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana -mana pasukan yang gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan, maka kemenangan percuma akan diberikaan kepada pasukan lawan dengan mata 15 - 0.
ii.
Selain daripada peraturan -peraturan pertandingan yang dinyatakan, pertandingan ini tertakluk dengan Undang -Undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (International Federal of Netball - IFNA)
iii.
Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang -undang permainan dengan undang -undang IFNA, maka undang-undang IFNA perlulah dipatuhi.
iv.
Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua -dua undangundang permainan, makakeputusan akan ditentukan ole h Jawatankuasa Penganjur dari aspek teknikal.
v.
Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana -mana peraturan jika difikirkan perlu. 8
vi.
Penentuan kemenangan - Setiap kemenangan akan diberi dua (2) mata, seri satu (1) mata, dan kalah (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu pasukan mendapat mata yang sama, maka kaedah di bawah digunakan untuk menentukan pemenang:
Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.
Sekiranya masih seri, pasukan yang paling kurang µbolos¶ dik ira pemenang
Sekiranya masih seri juga, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di peringkat awal dikira pemenang.
7.6 PENGADIL PERTANDINGAN Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pangadil -pengadil yang bertauliah sepanjang pertandingan. Segala keputusan pengadil berkaitan undang undang permainan adalah muktamad.
7.7 BANTAHAN Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.
8.0 STRATEGI BERMAIN BOLA JARING
Beberapa
strategi
permainan
perlu
disusun
bagi
menentukan
corak
permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan.Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh mengaplikasikannya diperlukan
untuk
supaya dalam
pemain
permainan
membiasakan
dapat yang
pemain-pemain
memahami
sebenar.Latihan dengan
serta intensif
strategi
yang
dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. 9
a) STRATEGI UNTUK HANTARAN TENGAH Latihan strategi bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan.Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol. b) KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemain hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukan lawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain -pemain perlu bergerak dengan lebih pantas. c) STRATEGI HANTARAN DALAM Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan.Ini bergantung kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??) Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini . Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.
10
d) STRATRGI PERTAHANAN Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat
dipatahkan
dan
setiap
percubaan
membuat
jaringan
dapat
digagalkan.Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yang berpengalaman akan memilih bermacammacam cara untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur, pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan untuk membuat serangan.
9.0 PENGADIL BOLA JARING
Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa. Pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang, peralatan, pakaian pemain sebelum permainan dimulakan serta mengawal permainan se masa ia berlangsung.
11
Rujukan
1. Helen Ten,2005, Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Jaring . 2. www.slideshare.net/gtabbas/topik-3-bola-jaring 3. www.scribd.com/doc/6292530/Bola-Jaring 4. jpmportal.prison.gov.my/sukpen/images/stories/.../bolajaring.pdf 5. ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaring 6. ww.scribd.com/doc/2505300/Bola-Jaring
12
BONG RU PING PPISMP BC2 SEM2 AMBILAN JUN 2010 REFLEKSI Melalui menyiapkan kerja kursus ini, saya telah dapat mempelajari banyak tentang permainan bola jaring.Permainan ini sangat menarik dan mencabar bagi saya kerana semasa sekolah menengah saya tidakpernah bermain bola jaring.Apabila kami dibahagikan
kepada dua kumpulan dan menjalankan
pertandingan, saya berasa seronok dan gembira.Selepas pertandingan, saya berasa bersemangat untuk bermain lagi.
Selain itu,saya telah memahami betapa pentingnya untuk mengekalkan bola jaring supaya generasi muda dapat mengenali dan bermain bola jaring. Melalui hal ini,permainan bola jaring akan dapat dikekalkan secara turun- temurun dan generasi pada masa depan mempunyai peluang untuk bermain pemainan ini.
Bukan itu sahaja,permainan bola jaring ini boleh dijadikan sebagai hobi dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Dalam pada hal ini, mereka tidakmudah terpengaruh oleh rakan sebaya sedangkan mereka mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah.Melalui permainantersebut, kesihatan badan dapat dijamin .Hal ini kerana seluruh anggota badan terlibat semasa bermain bola jaring.
Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn.Azibah binti
Baharomkerana
telah
memberi
dorongan
dan
bimbingan
kepada
sayasemasa meyiapkan kerja kursus ini.
13