pencemaran lingkungan di sekitar kitaFull description
pencermaranDeskripsi lengkap
KEBISINGAN Seperti lain-lain elemen pencemaran, bunyi bising mendatangkan kesan yang Hfuruk kepada manusia. Bunyi bising bukan setakat memberi kesan kepada nnasalah kesihatan secara fizikal malah dalam aspek mental juga. Kebisingan dliukur dengan desibel (dB). Tahap kebisingan yang dibenarkan adalah di bawah 3dB. Seseorang yang terdedah kepada punca-punca kebisingan mempunyai risiko untuk mengalami masalah dan komplikasi kesihatan. Punca Kebisingan
(a) Punca Secara Semulajadi Contoh bunyi bising yang berpunca secara semula jadi ialah letupan gunung berapi serta guruh.
(b) Punca Secara Buatan Manusia Berpunca daripada pelbagai sumber seperti: (i) Bunyi kuat yang dihasilkan dihasilkan oleh mesin mesin dan jentera yang yang digunakan di kilang; (ii) Bunyi dari tapak-tapak pembinaan seperti pembinaan bangunan yang melibatkan mesin pengerudi dan menanam cerucuk; (iii) Bunyi oleh kenderaan bermotor di jalan raya; dan (iv) Bunyi oleh kapal terbang di lapangan terbang.
Pencemaran Bunyi Bunyi bising berlaku apabila gelombang bunyi bergerak melalui pelbagai tahap tekanan di dalam udara. Pertukaran tekanan secara berulang-ulang dikenali sebagai frekuensi bunyi. Unit untuk mengukur frekuensi dikenali sebagai Hertz (Hz). Hertz bersamaan dengan pusingan per saat (Azizi Ahmad, 2007). Tahap bunyi yang menimbulkan keadaan kacau-bilau dan hingar-bingar kepada seseorang sama ada di persekitaran kerja atau semasa berehat di rumah boleh dianggap sebagai suatu bentuk kebisingan. Kebisingan inilah yang dimaksudkan sebagai pencemaran bunyi.
Kesan Bunyi Bising kepada Manusia Kesan bunyi bising kepada manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada telinga (A uditory E ffect) dan kesan di luar telinga (Non-Auditory E ffect). Kesan kepada Telinga (Auditory E ffect)
(a) Kesan yang berlaku secara serta-merta Kesan ini berlaku apabila seseorang itu terdedah kepada bunyi yang mempunyai ukuran melebihi 120dB. Sebagai contoh, pendedahan kepada bunyi yang kuat seperti letupan bom dan petir. Ia boleh menyebabkan seseorang itu hilang pendengaran secara kekal kerana gegendang telinganya rosak atau pecah. (b) Kesan Kronik Kesan kronik berlaku akibat pendedahan seseorang secara berpanjangan kepada bunyi yang kuat. Ia boleh menyebabkan seseorang mendapat kerosakan pendengaran yang teruk. Ini berlaku apabila frekuensi yang tinggi menyebabkan kerosakan organ dalaman telinga iaitu koklea.
(c) Temporary Thres hold S hift (TTS) Berlaku akibat pendedahan kepada bunyi bising secara sementara. Misalnya seorang pekerja di kilang papan yang terdedah kepada bunyi alat pemotong atau gergaji kayu setiap hari (lebih kurang 8 jam) selama 6 hari bekerja dalam seminggu. Beliau mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pendengaran secara sementara seperti kurang mendengar perbualan dengan rakan secara jelas. Namun begitu, kesan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya beliau tidak mengambil langkah-langkah proaktif seperti melakukan pemeriksaan lanjut untuk merawat masalah pendengarannya itu. Kesan ini lebih parah sekiranya beliau tidak menggunakan alat perlindungan peribadi seperti alat penutup telinga. Akibatnya,
beliau berisiko tinggi mendapat kerosakan pendengaran secara kekal (permanent threshold shift). (d) Permanent Thres hold S hift (VIS ) Kerosakan kekal pada telinga berlaku apabila organ-organ dalam telinga seperti koklea, gegendang telinga serta Saluran Eustachia mengalami kerosakan akibat jangkitan penyakit atau kecederaan akibat kemalangan. Penyelam seperti pekerja pelantar minyak dan pencari mutiara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kerosakan pendengaran secara kekal kerana mereka terdedah kepada bahaya persekitaran kerja iaitu kerap berada pada tekanan tinggi di bawah air. Kesan di Luar Telinga (Non-auditory effect) (a) Fisiologi Bunyi yang kuat daripada pencemaran bunyi menyebabkan seseorang berada dalam keadaan tertekan. Keadaan tertekan ini meningkatkan risiko seseorang kepada peningkatan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. (b) Psikomatik Bunyi yang kuat menyebabkan seseorang mengadu mengalami sakit kepala, pening serta loya. (c) Psikologi Kesan bunyi yang kuat kepada seseorang melibatkan gangguan percakapan. Seseorang itu berasa tidak selesa dan rimas. Simptom seperti ini bersifat psikologikal. Kesan pencemaran bunyi boleh dicegah dengan beberapa cara (Azizi Ahmad, 2007): (i) Menukar atau menggantikan reka bentuk mesin dan peralatan; (ii) Menebat dan menyelenggara mesin; (iii) Mengawal dan memperbaiki kawasan kerja;
(iv) Merancang masa kerja dengan meminimumkan tempoh pendedahan; dan (v) Menggunakan peralatan perlindungan pendengaran.
Rujukan: 1. Open University Malaysia (OUM), November 2009, HBHE3203 2. Noor Hassim Ismail (2009), Kesihatan Persekitaran, DBP Kuala Lumpur. 3.