OLEH : RAHMAT BIN OMAR MUHAMAD ZUKERY BIN MAHMAD NOR
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji Kajian Pencemaran Bunyi Yang Dihasilkan Oleh Mesin Di Bengkel Teknologi eknolog i Perabot, Kolej Kole j Komuniti Kuala Langat Terhadap “
Pelajar Semasa Menjalankan Kerja Amali . ”
Antara aspek yang yang dikaji ialah ; (1) Tahap pencemaran bunyi di bengkel dan (2) Membanding nilai bacaan yang diperolehi dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Kajian ini dilakukan ke ke atas kesemua kesemua pelajar Program Sijil Teknologi eknolog i Pembuatan Perabot KKKL.
Pencemaran bunyi adalah satu isu yang biasa dalam kehidupan hari ini, namun masih ramai orang mengabaikan kehadiran pencemaran ini dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, satu kajian akan dijalankan untuk mengkaji aras bunyi bising di Bengkel Teknologi Perabot Kolej Kolej Komuniti Kuala Langat. Kajian ini juga dijalankan dengan tujuan untuk menentukan tahap pencemaran bunyi yang berlaku di dalam bengkel Teknologi Pembuatan Perabot semasa kerja-kerja amali dan seterusnya membanding nilai bacaan yang diperolehi dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS). Data diperolehi daripada cerapan pengukuran bunyi menggunakan Meter Aras Bunyi yang diukur dalam unit desibel (dBA). Data-data ini kemudiannya digunakan untuk menerbitkan persamaan yang menghubungkan antara aras bunyi dengan penggunaan mesin semasa kerja-kerja amali menggunaan kaedah penglinearan data. Temubual dan pemerhatian visual akan digunakan untuk mengenalpasti kesan pencemaran bunyi terhadap pelajar dalam mencapai objektif kajian.
Manusia berkeupayaan untuk menerima dan mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi dengan alam sekelilingnya.
Bunyi memberi manfaat tersendiri kepada kehidupan sekeliling.
Walau bagaimanapun terdapat bunyi yang tidak disenangi oleh manusia yang dipanggil hingar.
Disebabkan banyak bunyi yang tidak menyenangkan manusia inilah munculnya istilah pencemaran bunyi.
Pencemaran bunyi memberi kesan kepada manusia secara fizikal, psikologi dan sosial.
Pencemaran bunyi boleh merosakkan pendengaran, menganggu komunikasi, menyebabkan keletihan dan mengurangkan kecekapan.
Melalui kajian ini, tahap pencemaran bunyi oleh mesinmesin di Bengkel Teknologi Perabot dan kesannya dikaji.
Penggunaan mesin adalah pada taham optimum jika kerjakerja amali dijalankan oleh pelajar.
Tahap pencemaran bunyi perlu dikaji di bengkel ini disebabkan ramai pelajar yang terlibat menggunakkannya serta pensyarah yang mengendalikan kelas di bengkel.
Hubungan di antara tahap penggunaan dan bilangan pelajar juga akan dikaji untuk tujuan meningkatkan kesedaran terhadap kesan pencemaran bunyi.
Kajian pencemaran bunyi ini hanya menumpukan kepada mesin-mesin yang terdapat di Bengkel Teknologi Perabot, Kolej Komuniti Kuala Langat sahaja.
Tahap pencemaran bunyi oleh mesin-mesin ini diukur berdasarkan kaedah pencerapan bunyi yang menggunakkan Meter Aras Bunyi.
Kajian ini melibatkan 8 orang pelajar Program Teknologi Pembuatan Perabot di Kolej Komuniti Kuala Langat.
Pendedahan kepada bunyi melebihi 97 dBA lebih daripada tiga jam setiap hari atau melebihi 115 dBA selama lima minit sehari boleh menyebabkan kehilangan pendengaran sementara atau seumur hidup (O’Donnel, 1971).
Seseorang itu boleh kehilangan deria pendengarannya secara serta-merta jika dia didedahkan kepada bunyi yang melebihi 150 dBA dan mempunyai potensi untuk mengalami kehilangan pendengaran sementara jika didedahkan kepada bunyi sekitar 120 dBA (Teo Kah Waie, 2003).
Pendedahan bunyi yang melebihi 70 dBA akan menyebabkan kesempitan pembuluh darah lalu meningkatkan tekanan darah di dalam badan. Di samping itu ia juga akan mengganggu sistem pernafasan seseorang serta mempercepatkan kadar metabolism di dalam badan (Teoh Kah Waie, 2003).
Gangguan terhadap tidur akan menyebabkan seseorang itu keletihan pada esok paginya. Hal ini kerana tidur merupakan satu fungsi fisiologi dalam kehidupan manusia (Teoh Kah Waie, 2003).
Purata kekuatan bunyi sesuatu percakapan untuk jarak satu meter adalah antar 60-65 dBA dan ia dapat didengari dengan jelas sekiranya suara tersebut adalah 10 dBA lebih tinggi dari hingar latar belakang (Teoh Kah Waie, 2003).
Proses urbanisasi juga boleh diibaratkan seumpama kita memampatkan bunyi bising ke dalam ruang yang semakin kecil (O’Donnell, 1971)
Pada 2004 satu garis panduan telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) untuk mengawal masalah pencemaran bunyi di Malaysia bagi kawasan yang ingin dibangunkan. Garis panduan yang dikeluarkan pada tahun 2004 ini bertajuk “Garis Panduan Perancangan Untuk Aras Bunyi Persekitaran dan Kawalannya”. Antara beberapa perkara yang ditekankan dalam garis panduan ini adalah aras hingar, pengukuran aras hingar, titik pemantauan, keburukan hingar dan kesannya, hingar dan perancangannya serta kawalan hingar. (Jabatan Alam Sekitar, 2004)
Hingar memberikan kesan yang negatif kepada manusia namun demikian tidak ramai yang peka terhadap perkara ini kerana kesan dari pencemaran hingar ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar.
Kesan pencemaran ini banyak melibatkan organ-organ dalaman manusia terutamanya organ yang terlibat dalam deria pendengaran. Antara kesan hingar yang lain adalah kesan terhadap kesihatan manusia, kesan terhadap psikologi manusia, kesan terhadap tidur, kesan terhadap percakapan serta kesan terhadap prestasi kerja.
Oleh itu pengkaji ingin membantu dalam mengambil langkah yang sesuai untuk mengurangkan kesan-kesan akibat pencemaran bunyi.
Mengukur aras bunyi bising yang dihasilkan oleh mesinmesin di Bengkel Teknologi Perabot.
Membandingkan bacaan yang diperolehi dengan piawai yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Mengenalpasti samada bunyi bising memberi kesan negatif kepada pelajar.
Kajian metodologi merupakan aspek yang paling penting untuk memberi fahaman yang baik terhadap tajuk atau topik kajian.
Kajian metodologi juga dapat memastikan maklumat atau data yang diperolehi dalah tepat dan releven berkaitan dengan topik kajian.
Alatan yang digunakan untuk mengukur aras bunyi di kawasan ujian adalah Meter Aras Bunyi, alat ini memberikan bacaan bunyi dalam unit decibel (dBA) dengan ketepatan dua titik perpuluhan.
Data bunyi diambil pada setiap sepuluh saat bagi setiap lima minit.
Data-data yang diperolehi daripada ujian akan direkodkan dan kemudian akan dianalisis menggunakan Perisian Microsoft Excel.
Sesi temubual ini dijalankan untuk memperolehi data empirikal untuk kajian ini. Kajian kualitatif deskriptif di gunakan dalam kajian ini. Kajian kualitatif deskriptif ini menggunakan teknik pengumpulan data secara temubual separuh struktur.
Tujuan utama sesi temubual ini dijalankan adalah untuk melihat dan menyiasat kesan bunyi terhadap pelajar.
Sesi temubual ini merangkumi 4 soalan yang perlu dijawab oleh pihak para responden. Kesemua soalan yang dikemukakan kepada responden adalah soalan soalan yang berkaitan dengan kesihatan, psikologi, tidur dan komunikasi.
Data yang diperolehi daripada pihak responden melalui sesi temubual akan dianalisis, memandangkan jumlah responden yang kecil, maka kaedah penganalisisan yang bersesuaian adalah kaedah analisis secara manual atau kaedah deskriptif.
Penganalisisan data dibuat dengan cara membuat penilaian dan menerangkan dapatan kajian. Semua data dari rakaman temubual ditranskripsikan untuk dianalisis.
Data daripada ujian bunyi akan direkodkan dan dimasukkan kedalam perisian Microsoft Excel dan kemudian data tersebut akan diwakilkan dengan graf untuk melihat keputusannya.
Secara umumnya hingar memberikan kesan yang negatif kepada manusia. Namun demikian tidak ramai yang peka terhadap perkara ini kerana kesan dari pencemaran hingar ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar dan dalam jangka masa panjang.
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap aras bunyi yang dihasilkan dan membantu dalam mengambil langkah keselamatan apabila melihat kesan-kesan daripada masalah pencemaran bunyi ini.
Terdapat dua kaedah untuk mengawal pencemaran hingar ini iaitu kawalan melalui penguatkuasaan undang-undang dan kawalan pencemaran hingar secara teknikal.