Contoh Modul dari Bahagian Pelajaran Sekolah Harian KPMFull description
Sistem SSDM v2.0 ini merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal me...Full description
Soalan ini sekadar contoh sahaja.Tak tahu la betul atau tidak..Full description
macam real la broFull description
ini laporan daaa...Full description
Sahsiah Guru MuslimFull description
Full description
Pembangunan Sahsiah Mengikut Perspektif IslamDeskripsi lengkap
sahsiah diri penting dalam kehidupan kita. Pembentukan sahsiah diri yang
sempurna merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Sahsiah diri dapat didefinasikan sebagai segala tingkah laku moral yang dilakukan tanpa melanggar norma-norma kehidapan masyarakat. Oleh itu, perkembangan perkembangan dan pembangunan sahsiah diri ini banyak banyak dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang berlaku dalam masyarakat. Dalam proses sosialisasi ini terdapat empat agen yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan persekitaran masyarakat khususnya ke atas perkembangan dan pembangunan sahsiah diri saya.
Pembentukan
sahsiah diri seseorang yang positif berpunca daripada sahsiah dan juga
kebiasaan serta amalan yang terdapat dalam keluarga. Keluarga disifatkan sebagai agen sosialisasi yang paling rapat dengan setiap individu. Keluarga juga merupakan masyarakat kecil yang memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi dan kelakuan seseorang. Kita sedia maklum bahawa, lahirnya seorang bayi dimuka bumi ini akan disambut dengan wajah keriangan kedua ibu bapa. Kita tahu bahawa pembentukan sahsiah diri seseorang haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Ia amat bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ia menegaskan bahawa sahsiah diri yang diamalkan sejak kecil lagi akan menjadi kebiasaan kepada seseorang dan mereka tidak akan sesekali memungkirinya. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan bayi berkenaan. Keluarga juga adalah pengaruh yang paling kuat dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri saya. Ini kerana ibu bapa adalah role model yang paling baik buat saya. Suasana dan persekitaran keluarga yang aman dan harmoni akan melahirkan golongan belia yang sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Didikan yang baik yang diperolehi dari rumah akan membentuk sahsiah
diri yang baik di luar rumah. Mereka lebih peka dan bijak dalam memilih corak kehidupan di luar rumah kerana mereka berpegang teguh kepada asas dan nilai-nilai murni yang diamalkan dalam keluarga. Hal ini berlainan bagi golongan belia yang berasal daripada keluarga yang bermasalah akibat penceraian ibu bapa, suasana keluarga yang tidak aman kerana ibu bapa sering bertengkar dan kurangnya perhatian daripada ahli keluarga khususnya daripada ibu bapa. Golongan belia dikatakan cenderung untuk terlibat dengan gejala sosial yang akan membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral mereka. Secara tidak langsung keadaan ini akan membawa kepada perkembangan dan pembentukan sahsiah diri yang negatif terhadap golongan belia ini.
Rakan sebaya, apabila konflik yang timbul di dalam diri golongan belia akibat daripada suasana keluarga yang tidak harmoni mendorong mereka mendekati rakan-rakan sebaya yang dianggap sebagai tempat rujukan dan boleh menghilangkan ketegangan. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya ibu bapa tidak dapat memenuhi keperluan golongan belia ini apatah lagi sekiranya mereka ini sering diabaikan oleh kedua ibu bapa akibat daripada kesibukan masing-masing. Kerenggangan hubungan di antara ahli keluarga akan menyebabkan golongan belia ini lebih mempercayai rakan-rakan sebaya berbanding dengan kedua ibu bapa sendiri sebagai tempat untuk meluahkan masalah atau melepaskan tekanan. Kehidupan golongan belia yang banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan golongan belia ini begitu mudah terdedah dengan risiko-risiko yang dI luar jangkaan. Oleh yang demikian, rakan sebaya mempunyai rangsangan yang sangat kuat kepada perkembangan dan pembentukan sahsiah diri seorang belia. Doronganyang positif akan menghasilkan bentuk
perlakuan dan peribadi yang baik manakala yang bersifat negatif akan mendorong golongan belia ini berkelakuan agresif sehingga ke tahap mampu melakukan jenayah.
Kehidupan seorang belia tidak boleh lari dengan institusi pendidikan. Sejak kecil lagi institusi pendidikan seperti tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi tidak lagi asing bagi saya. Lebih kurang seorang di Malaysia, menghabiskan lebih kurang 7-13jam di alam persekolahan. Ini membuktikan betapa pentingnya institusi pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian, kita juga tidak boleh mengenepikan peranan institusi pendidikan ini dalam perkembangan dan dan pembentukan sahsiah diri diri kerana banyak masa dihabiskan dihabiskan oleh saya di kawasan institusi pendidikan berbanding masa di rumah dan ibu-bapa. Seperti suasana persekitaran di rumah, suasana dan persekitaran institusi pendidikan ini juga harus berada dalam keadaan yang selamat dan selesa untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Saya lebih berminat untuk menimba ilmu sekiranya kawasan persekitaran berada dalam keadaan yang harmoni. Kewibawaan para pendidik dan keprihatinan pekerja sokongan akan melahirkan golongan pelajar yang berketrampilan dan berwawasan. Namun begitu, bagi persekitaran institusi pendidikan yang tidak selamat dan selesa,akan menyebabkan golongan belia ini tidak berminat untuk belajar. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong golongan belia ini untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Faktor media juga dianggap penting kepada perkembangan dan pembentukan sahsiah diri seseorang. Kita tidak dapat dapat menafikan bahawa bahawa media
pada zaman sekarang ini satu
medium yang sangat kuat dari segi pengaruhnya.Ini kerana saban hari masyarakat terdedah dengan medium-medium media seperti media cetak dan media elektronik. Lambakan bahanbahan picisan seperti majalah hiburan yang tidak ditapis isi kandungannya membuatkan ramai golongan masyarakat terdedah dengan budaya-budaya barat yang tidak sesuai dengan budaya orang timur. Tayangan video dan drama yang keterlaluan daripada negara luar hanya membawa kepada keruntuhan moral dikalangan golongan belia. Keadaan ini akan mendorong golongan belia ini memiliki tingkahlaku atau peribadi yang negatif. Namun begitu, tidak semua media massa ini memainkan peranan yang negatif terhadap masyarakat. Banyak sebenarnya tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh pihak media massa sebagai agen dalam proses sosialisasi khususnya dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri. Tidak semestinya segala yang disogokkan oleh pihak media itu benar dan telus. Sebagai seorang belia yang rasional, baik buruk sesuatu perkara yang dibawa oleh pihak media harus diteliti terlebih dahulu agar tidak menimbulkan salah faham yang akan membawa kepada ketidakamanan negara. Hal ini penting kerana golongan belia adalah tunggak kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, perkembangan dan pembentukan sahsiah diri harus bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara.
Agama juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah diri seseorang. Seandainya pegangan seseorang itu kuat t erhadap ajaran agamanya maka golongan tersebut akan mampu menangkis cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Ini kerana walau dalam apa jua keadaan sekalipun, seandainya seseorang itu tahu akan halal, haram dan dosa, pahala dalam agama maka dia akan sentiasa mengelakkan atau menjauhkan diri daripada kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral. setiap agama menyuruh penganutnya sentiasa melakukan kebaikan untuk kesejahteraan bersama. Kepercayaan yang kuat kepada pegangan agama akan menjadi pendorong yang terbaik kepada seseorang. Ini kerana kita semua hanyalah insan biasa yang sempurna kejadiannya tetapi tidak sempurna tingkahlakunya. Apabila seseorang itu begitu positif dalam mempersepsikan kehidupannya, maka akan lahirlah golongan yang cemerlang sahsiahnya baik dari segi f izikal, mental, emosi mahupun rohani.
Secara kesimpulannya,
Pembentukan
sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh
pelbagai factor factor dalaman dan luaran. luaran. Baik dan buruknya buruknya bergantung kepada kepada seseorang itu dimana seseorang perlu teliti sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia melibatkan sahsiah diri masing-masing.