MPU20142 PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK 3
SAHSIAH GURU MUSLIM
Sinopsis
Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji mengkaji dan memahami memahami isi pelajaran dalam tajuk adab dan akhlak muslim khususnya mengenai sahsiah guru muslim. Dalam kursus ini, beberapa aspek penting membincangkan dan mendedahkan mendedahkan tentang sahsiah guru muslim , menganalisis persekitaran pembelajaran pembelajaran yang bersesuaian bersesuaian dengan dengan peranan guru guru sebagai sebagai muallim,muaddib, muallim,muaddib, murshid dan murabbi. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang sesuai dengan tugas guru sebagai pendakwah, membincangkan adab guru dengan murid, bentuk komunikasi serta isu-isu semasa meliputi akhlak guru dan akhlak pelajar serta cara menanganinya.
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i
Menganalisis persekitaran persekitaran pembelajaran pembelajaran yang bersesuaian dengan peranan guru sebagai muallim,muaddib, muallim,muaddib, murshid, dan murabbi .
ii.
Mengaplikasi komunikasi dengan murid dan masyarakat dengan pelbagai cara secara efektif dan berkesan.
iii.
Menangani pelbagai cabaran dalam pendidikan
vi.
Menganalisis Menganalisi s persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dengan peranan guru sebagai pendakwah
v.
Menjelaskankan isu-isu semasa berkaitan salah laku guru dan pelajar serta kaedah menanganinya.
50
MPU20142 PENDIDIKAN ISLAM
3.1 Peranan Guru
Guru sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat tentulah mempunyai tugas yang banyak serta memegang peranan yang penting di dalam masyarakat.
Tugas guru bukan sahaja mengajar atau
memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid, malah guru juga ditugaskan untuk memberi pendidikan yang berkesan kepada generasi muda. Untuk melaksanakan segala tugas tersebut, guru mestilah membuat persediaan mengajar, mesti membaca, mesti membetulkan kerja-kerja murid dan mesti membuat persediaan untuk peperiksaan. Guru juga mesti membuat berbagai-bagai penyelidikan untuk mendapatkan maklumat-maklumat baru supaya dengan mudah dapat mencapai matlamat pengajarannya dengan lebih sempurna dan berkesan. masyarakat pembimbing dan pengajar.
Guru berperanan sebagai pendidik, pemimpin
Mereka diharapkan memimpin generasi muda ke arah
kehidupan yang selamat dan sejahtera. Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya, bagaikan sebuah daftar yang berguna kepada orang lain, tetapi ia sendiri kosong daripada ilmu, atau bagaikan batu asahan yang dapat menajamkan besi, sedang ia sendiri tetap tumpul; ia laksana sumbu lampu, bila orang menyalakannya, ia memberi cahaya selalu, tetapi hangus membakar dirinya. Belajar dan mengajar adalah tanggungjawab yang difardukan ke atas umat Islam. Orang-orang yang memiliki ilmu pengetahuan berkewajipan menyampaikan ilmu kepada orang yang memerlukannya. Tugas menyampaikan ilmu Allah kepada seluruh masyarakat, samada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah untuk keperluan individu serta masyarakat merupakan tugas utama para ulama dan ilmuan Islam.
Menyampaikan ilmu secara sukarela dan ikhlas semata-mata untuk mendapatkan
keredaan Allah s.w.t. merupakan satu jihad yang tertinggi di mata Islam. Guru adalah golongan yang ditugaskan untuk menyemaikan semangat keislaman yang tulen ke dalam jiwa murid-murid. Dalam erti kata lain, guru Islam terlibat secara langsung di dalam pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Kerana itu kita perlu mencapai prestasi yang tinggi. Bagi mencapai tahap kejayaan yang maksimum kita haruslah mengatur strategi pengajaran yang rapi serta mengambil kira segala keperluan semasa supaya apa yang kita sampaikan itu dapat menyaingi segala teknik-teknik baru yang diaplikasikan oleh orang lain.
51
MPU20142 PENDIDIKAN ISLAM
Peranan Guru
Muallim
Mudarris
Muaddib
Murabbi
Murshid
3.1.1 Guru Sebagai Muallim.
Mu’allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal. Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral. Mu`allim merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang. Proses
ta’lim
merangkumi
juga adab berilmu yang akan mencorak dan mewarnai pembentukan dan pembangunan diri para pelajar sebagai insan soleh. Sebagai seorang muallim, guru mestilah mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kecekapan bidang. Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional . Ada kalanya pelajar bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan pelajar untuk mengikuti lanjutan epistemologi disiplin tersebut. Lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan pelajar. Pelajar akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang. Pengetahuan dan kecekapan
52
MPU20142 PENDIDIKAN ISLAM
guru akan teruji apabila mengendalikan persoalan pelajar. Justeru sesetengah guru cuba mengelak daripada soalan pelajar. Gerak kerja guru yang menampakkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap guru. Guru sewajarnya memiliki keperibadian yang tinggi, berpengetahuan luas tentang tajuk yang hendak diajar, serta berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, cemerlang dalam mengurus bilik darjah dan menampakkan personalit yang optimum, berupaya meningkatkan prestasi murid dan bijak mengawal disiplin akan meningkatkan keyakinan murid terhadap kemampuan guru. 3.1.2 Guru sebagai Mudarris
Mudarris dikaitkan dengan tugas guru yang melaksanakan peranan membimbing dan mendidik. Seorang mudarris merupakan individu yang mampu mendidik murid-muridnya sehingga benar-benar berpengetahuan dan mendapatkan pengajaran (learned and learnt ) tentang sesuatu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya. Murid yang terdidik bukan sahaja memperolehi ilmu pengetahuan tetapi dapat memahami perkara-perkara yang tersirat daripada bahan yang dipelajari. Ini bermakna murid terdidik, jika dilihat dari perspektif Taksonomi Bloom, sebenarnya telah mencapai ke tahap mampu untuk mengaplikasi dan melakukan analisis tentang perkara yang diperolehi daripada gurunya. Sekali gus menggambarkan peranan seorang Mudarris ialah membimbing dan mendidik murid untuk sampai kepada darjah pemikiran sekurang-kurangnya pada peringkat aplikasi hingga ke tahap penilaian iaitu berkeupayaan untuk membuat pertimbangan antara baik dan buruk, antara benar dan salah, antara berfaedah atau berguna dan tidak, antara kebajikan dan kerusakan. Sejauh mana sebenarnya guru Pendidikan Islam telah melaksanakan peranan sebagai mudarris atau sekadar menyampaikan ilmu dan kemahiran setakat pengetahuan dan kefahaman? Jawapannya ada pada diri guru itu sendiri.
Dengan mengajar sehingga tahap aplikasi, sintesis dan penilaian, bermakna peranan seorang Mudarris juga ialah mempertingkatkan keupayaan murid untuk berfikir pada
tahap tinggi yang dapat
membolehkan murid membuat keputusan berdasarkan kriteria, syarat dan situasi mengikut konteks serta mampu untuk membuat keputusan yang boleh mendatangkan faedah atau kesan positif kepada dirinya dan orang lain (termasuk persekitarannya). Tidak akan sampai ke tahap Mudarris seorang guru yang sekadar menyampaikan atau memindahkan ilmu pengetahuan (masih terdapat ramai individu yang berilmu pengetahuan tentang perlakuan yang tidak baik dan boleh merusakkan tetapi masih terus berkelakuan demikian – contohnya amalan rasuah). Untuk melaksanakan peranan seorang Mudarris, guru Pendidikan Islam perlu berfungsi sebagai seorang pendorong, fasilitator, pemandu / pembimbing, jurulatih yang berkesan, agen perubahan sosial dan pembentuk budaya masyarakat.
53
MPU20142 PENDIDIKAN ISLAM
3.1.3 Guru sebagai Muaddib
Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang. Muaddib merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk mengasuh, mendidik,
membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para pelajar. Proses ta’dib ini bersumberkan wahyu Allah SWT. Manakala nilai
ta’dib
yang cuba diterapkan dalam
diri para pelajar adalah bersifat mutlak, muktamad, kekal abadi dan suci, serta diasaskan kepada keimanan yang kukuh kepada Allah SWT.
3.1.4 Guru Sebagai Murabbi Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep
Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan. Murabbi pula merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut. Guru berperanan merealisasikan pembentukan dan pembangunan para pelajar dari pelbagai aspek (iaitu rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial) agar dapat melahirkan insan soleh yang berakhlak mulia menurut kaca mata Islam.
54
MPU20142 PENDIDIKAN ISLAM
Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses mendidik, memelihara dan membentuk pelajar sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka. Antara ciri-ciri guru murabbi menurut al-Ghazali adalah: 1) Menyayangi pelajar dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri. 2) Sentiasa menasihati pelajar dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan Mereka. 3) Menjaga disiplin pelajar dengan menggunakan pendekatan mencegah dan menegur secara baik terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang. Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula, antara ciri-ciri guru murabbi adalah: a) Mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar. b)Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira latar belakang keluarga, keupayaan ekonomi.
akademik, dan
c) Merahsiakan maklumat sulit pelajar kecuali kepada yang berhak. d)Bersedia membimbing pelajar serta menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan sebagai contoh yang baik kepada pelajar.
tingkah laku
3.1.5 Guru Sebagai Murshid Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam
bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru. Mursyid merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah untuk menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri sebagai insan soleh. Konsep irsyad lebih memfokuskan konsep kepemimpinan Rasulullah SAW dalam proses mendidik dan membimbing para sahabat. Guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas sebagaimana Rasulullah saw dalam proses mendidik dan membimbing para sahabat. Al-Ba’labakki (1995) mendefinisikan penasihat yang ikhlas dalam Bahasa Inggeris dipanggil mentor. Menurut Saedah Siraj et.al (1996) mentor berperanan sebagai pengajar, penasihat, pendorong dan membantu seseorang di bawah asuhannya untuk berkembang dan mencapai kecemerlangan. Beberapa aspek peranan guru mursyid boleh dilihat dalam layanan seorang mentor kepada pelajar-pelajarnya. Kajian ke atas konsep mentor oleh Bova dan Philips yang dirumuskan oleh Saedah
55
MPU20142 PENDIDIKAN ISLAM
Siraj et al. (1996) menunjukkan mentor memiliki status berikut, iaitu sebagai seorang yang memiliki status yang agak tinggi dan sedia memberikan bimbingan sepenuhnya; Tokoh pemindah yang berperanan untuk perkembangan seseorang iaitu gabungan peranan ibu bapa dan rakan sebaya; Model contoh dan penasihat kepada pelajar; bertindak sebagai pembimbing, jurulatih, tutor dan pendorong pelajar; bersifat murah hati, ikhlas, penyayang, mengambil berat orang lain, pendengar yang baik dan mencurahkan rasa hati; bersifat sentiasa menerima dan bertanggungjawab; berkongsi impian dengan anak didik dan membina persepsi kendiri yang ceria; dan Orang yang sangat berpengaruh terhadap anak didiknya.
TUGASAN
Bincangkan tentang peranan guru sebagai muallim, murabbi dan mudarris dalam memperkasakan Pendidikan Islam sekaligus melahirkan modal insan berteraskan JERIS
56