Pembedahan Kosmetik Dari Pandangan Islam Sudah menjadi fitrah manusia dan sifat semulajadinya; suka akan kecantikan dan ingin kelihatan cantik. Oleh itu, Islam tidak melarang umatnya daripada berhias dan mencantikkan diri, selagimana ia tidak melampaui batasan syariat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai anak cucu Adam! Pakailah perhiasanmu (pakaianmu yang bagus) pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (Muhammad): Siapakah yang mengharamkan perhiasan milik Allah yang telah Dia sediakan untuk hamba-hamba-Nya dan rezeki yang baik-baik? Katakanlah: Semua itu untuk orang-orang beriman dalam kehidupan dunia, dan khusus (buat mereka) pada hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu untuk orang-orang yang mengetahui” (al-A’raf: 3132). Namun, persoalannya sekarang; adakah menjalani pembedahan plastik untuk menjadi cantik dibenarkan dalam Islam? Adakah mencantikkan diri melalui pembedahan plastik dianggap melampaui batasan syariat? Jawapannya; tidak semua pembedahan plastik yang dibuat untuk mencantikkan diri dianggap melampaui batasan syariat. Pembedahan plastik yang tidak melampaui batas dibenarkan dalam Islam. Hanya pembedahan plastik dengan tujuan menjadi cantik yang melampau sahaja yang diharamkan dan dilarang dalam Islam demi mejaga kebajikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri. Malah, pembedahan plastik ini sebenarnya adalah suatu proses kecantikan yang sudah berkembang sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi. Antara bentuk pembedahan plastik yang jelas dibenarkan sejak zaman Nabi s.a.w. ialah mana-mana bentuk rawatan kecantikan untuk menghilangkan aib daripada badan dan wajah akibat kemalangan atau penyakit atau yang wujud sejak lahir. Contohnya membuat hidung daripada emas dan perak untuk menggantikan hidung yang telah cacat, seperti yang dilakukan oleh seorang sahabat yang bernama ‘Arfajah bin As’ad r.a. Hidung
beliau telah cacat ketika peperangan, maka beliau telah membuat hidung daripada perak, lalu keluar bau yang kurang menyenangkan, maka Nabi s.a.w. pun bersabda: “Kenapa kamu tidak menggunakan hidung daripada emas?” (riwayat at-Tirmizi). Manakala, bentuk rawatan kecantikan yang dilarang sejak zaman Nabi s.a.w. ialah mana-mana bentuk rawatan kecantikan melampau yang mengubah ciptaan Allah s.w.t. dan menipu manusia. Antara contoh rawatan kecantikan yang dilarang ini ialah perbuatan melukis tatu pada badan, membuang bulu roma yang tidak menimbulkan aib, merenggangkan gigi dan apa-apa bentuk rawatan kecantikan yang membawa kepada pengubahan ciptaan Allah s.w.t. dan penipuan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu, orang yang membuang bulu roma dan orang yang meminta bulu roma dibuang, serta orang yang menjarangkan gigi untuk kelihatan cantik (secara melampau) yang mengubah ciptaan Allah” (riwayat Muslim). Disebabkan pembedahan plastik pada hari ini sudah semakin moden dan canggih, maka amat penting untuk kita mengetahui apakah bentuk pembedahan plastik moden yang dibenarkan dalam Islam? Dan apakah pula bentuk pembedahan plastik melampau yang diharamkan dalam Islam? Jawapan kepada persoalan ini boleh dilihat daripada segi tujuan dan kesan pembedahan plastik ini. 1. Pembedahan plastik yang tidak melampau yang dibenarkan dalam Islam. Tujuan pembedahan plastik ini adalah untuk mencantikkan mana-mana bahagian badan akibat kemalangan, penyakit, atau yang disebabkan oleh kecacatan sejak lahir. Misalnya; telinga yang terlalu besar yang diluar kebiasaan, hidung yang senget, terlebih jari tangan atau kaki, bibir yang sumbing, dan apa-apa keaiban yang terdapat pada muka dan badan yang menarik perhatian ramai lalu menyebabkan seseorang merasa malu dan hilang keyakinan diri. Oleh itu, sekiranya seseorang dilahirkan dalam keadaan bibir yang sumbing misalnya, maka Islam membenarkannya untuk menjalani pembedahan plastik bagi mencantikkan bibir. Begitu
juga, bagi wanita yang mengidap kanser payudara lalu payudaranya terpaksa dibuang, maka Islam membenarkan wanita ini untuk menjalani pembedahan plastik untuk menggantikan payudaranya. Malah, sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan muka seseorang melecur, maka Islam membenarkannya menjalani pembedahan plastik untuk mencantikkan bahagian muka yang melecur. Asas kepada bentuk pembedahan plastik yang dibenarkan dalam Islam ini ialah: 1. Pembedahan plastik ini bertujuan untuk kembali kepada fitrah asal ciptaan Allah s.w.t. yang sememangnya cantik dan indah, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (at-Tin: 4). 2. Pembedahan plastik ini juga memberi kesan yang positif kepada pesakit dengan menghilangkan rasa segan dan tekanan perasaan akibat kecacatan yang dialami. 3. Pembedahan plastik ini ialah suatu bentuk pembaikpulihan serta pengubatan, dan bukannya suatu bentuk pengubahan kepada ciptaan Allah s.w.t. Sebagaimana orang yang demam diberi ubat demam untuk pulih, begitulah juga orang yang mengalami kecacatan akibat kemalangan, atau penyakit, atau sejak lahir dipulihkan dan diubati melalui pembedahan plastik ini. Oleh itu, seseorang yang ingin menghilangkan kecacatan dan keaiban (akibat kemalangan, penyakit, atau yang disebabkan oleh kecacatan sejak lahir) melalui pembedahan plastik, pesakit mestilah memastikan bahawa pembedahan yang akan dijalani selamat, tidak membahayakan diri, serta tidak memberikan kesan yang lebih buruk berbanding dengan apa yang dihadapinya sekarang. Begitulah luasnya rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya. Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang membenarkan pembedahan plastik ini bagi memastikan ketenangan hidup manusia agar kita tidak merasa tertekan dengan kecacatan dan keaiban yang dialami. Namun begitu, amat penting untuk diingati bahawa sebarang keaiban yang berlaku secara semulajadi dan tidak dianggap sebagai suatu bentuk penyakit oleh pakar perubatan, maka Islam
melarang sama sekali untuk kita menjalani pembedahan plastik bagi menghilangkan keaiban tersebut. Contohnya, apabila muka kita berkedut akibat proses penuaan, maka kita tidak dibenarkan menjalani pembedahan plastik untuk menghilangkan kedutan tersebut. Begitu juga, apabila payudara seorang wanita mengendur akibat usia yang semakin meningkat, maka Islam melarangnya daripada menjalani pembedahan plastik terhadap payudaranya. Ini kerana perbuatan menghilangkan keaiban akibat proses semulajadi melalui pembedahan plastik termasuk dalam pembedahan plastik bahagian kedua yang melampau dan tidak dibenarkan dalam Islam. 2. Pembedahan plastik yang melampau yang tidak dibenarkan dalam Islam. Antara bukti luasnya rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t maka Dia telah mengharamkan pembedahan plastik melampau yang memberikan kesan negatif yang besar terhadap manusia itu sendiri. Firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan segala perbuatan keji yang terlihat dan yang tersembunyi, perbuatan dosa, perbuatan melampau tanpa alasan yang benar, dan perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu sedangkan Dia tidak menurunkan alasan untuk itu, dan (Dia mengharamkan) kamu membicarakan tentang Allah dengan apa yang tidak kamu ketahui” (al-A’raf: 33). Pembedahan plastik dianggap melampau disebabkan dua keadaan: Pertama, apabila tidak terdapat sebarang kecacatan atau keaiban pada diri seseorang yang diiktiraf oleh pakar perubatan, namun seseorang itu tetap melakukan pembedahan plastik ini. Kedua, apabila keaiban yang berlaku adalah akibat proses penuaan yang berlaku secara semulajadi, dan seseorang itu menjalani pembedahan plastik demi menghilangkan tanda-tanda penuaan. Dengan kata lain, sekiranya keaiban yang terjadi bukan disebabkan kemalangan, penyakit, atau yang disebabkan oleh kecacatan sejak lahir, maka hukum menjalani pembedahan plastik ini
adalah haram sama sekali. Ini kerana, pengharaman ini mempunyai hikmah dan rahsianya yang tersendiri. Asas kepada pengharaman pembedahan plastik yang melampau ini ialah: 1. Pembedahan plastik dijalankan dengan melukakan anggota badan seseorang, jadi sebarang bentuk perbuatan yang melukakan anggota badan pada asalnya adalah haram. 2. Pembedahan plastik ini mengubah ciptaan Allah s.w.t. 3. Pembedahan plastik ini merupakan satu bentuk penipuan. Antara contoh pembedahan plastik haram yang semakin banyak dilakukan adalah seperti pembedahan plastik untuk memancungkan hidung, menegangkan kulit, membesarkan payudara, menukar warna kulit, menukar jantina, dan sebagainya Sayang sekali, pada zaman yang semakin moden ini, ramai yang lupa bahawa adalah mustahil bagi manusia untuk kekal muda dan cantik di dunia yang sementara ini. Syaitan telah membisikkan cita-cita dalam hati manusia untuk menjadi cantik dengan cara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Maka, bertambah ramai manusia yang amat mementingkan kecantikan luaran sehingga banyak wang dibazirkan demi menjalani pembedahan plastik yang diharamkan oleh Islam, yang mengubah ciptaan Allah s.w.t., yang menipu dan membohongi diri sendiri dan orang lain. Iblis dan syaitan telah menipu mereka sebagaimana yang digambarkan dalam al-Qur’an yang bermaksud: “dan syaitan berkata: dan aku pasti akan mengambil bahagian tertentu daripada hamba-hambaMu, dan aku pasti akan menyesatkan mereka, dan membangkitkan angan-angan kosong dalam diri mereka, dan pasti aku akan menyuruh mereka memotong telinga-teling binatang ternak, dan aku pasti akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah (lalu mereka akan mematuhinya). Barang siapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia telah menderita kerugian yang nyata. Syaitan itu terus-menerus memberikan janji-janji kosong
kepada mereka dan membangkitkan angan-angan dalam diri mereka, padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan penipuan semata-mata” (an-Nisa’: 118-120).
Berikut merupakan penjelasan Imam An-Nawawi untuk membezakan antara pembedahan kecantikan yang dibolehkan dan yang diharamkan: Dalam menjelaskan hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta untuk ditatukan, yang mencukur (menipiskan) alis (bulu kening) dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah." [Riwayat Muslim No:3966.] Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan sebagai berikut: "Al-Washimah" adalah wanita yang mentatu. Iaitu melukis belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau anggota tubuh lainnya dengan jarum atau sejenisnya sehingga mengeluarkan darah lalu diletakkan dengan tinta/ dakwat untuk diwarnai. Perbuatan tersebut haram hukumnya bagi yang mentatu ataupun yang minta untuk ditatukan. Sementara "An-Naamishah" adalah wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu wajah. Adapun "Al-Mutanammisah" adalah wanita yang meminta dicukurkan. Perbuatan ini juga haram hukumnya, kecuali jika tumbuh janggut (seperti lelaki- pent.) atau misai pada wajah wanita tersebut, dalam hal ini dia boleh mencukurnya. Sementara "Al-Mutafallijat" adalah wanita yang menjarangkan giginya, biasa dilakukan oleh wanita-wanita tua atau dewasa supaya kelihatan muda dan lebih indah. Karena jarak renggang antara gigi-gigi tersebut biasa terdapat pada gadisgadis kecil. Apabila seorang wanita sudah beranjak tua giginya akan membesar, sehingga ia menggunakan kikir untuk mengecilkan bentuk giginya supaya lebih indah dan agar kelihatan masih muda.
Perbuatan tersebut jelas haram hukumnya baik yang mengikir ataupun yang dikikirkan giginya berdasarkan hadith tersebut di atas. Dan tindakan itu juga termasuk merubah ciptaan Allah, pemalsuan dan penipuan. Adapun sabda nabi: "Yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik" maknanya adalah yang melakukan hal itu untuk mempercantik diri. Sabda nabi tersebut menunjukkan bahawa yang diharamkan adalah yang meminta hal itu dilakukan atas dirinya dengan tujuan untuk mempercantik diri. Adapun bila hal itu perlu dilakukan untuk tujuan perubatan atau karena cacat pada gigi atau sejenisnya maka hal itu dibolehkan, wallahu a'lam. [Syarah Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi] Suatu permasalahan yang perlu ditekankan di sini ialah para ahli medik yang melakukan pembedahan kecantikan tersebut biasanya tidak membezakan antara keperluan yang menimbulkan bahaya dengan keperluan yang tidak menimbulkan bahaya. Yang menjadi kepentingan mereka hanyalah mencari keuntungan harta, dan memberi kepuasan kepada pesakit dan pengikut hawa nafsu, materialistik dan penyeru kebebasan. Mereka beranggapan setiap orang bebas melakukan apa sahaja terhadap tubuhnya sendiri. Ini jelas sebuah penyimpangan. Karena pada hakikatnya jasad ini adalah milik Allah, Dia-lah yang menetapkan ketentuanketentuan berkenaan dengannya sekehendakNya. Allah telah menjelaskan kepada kita cara-cara yang telah diikrarkan Iblis untuk menyesatkan bani Adam, di antaranya adalah firman Allah: "رولخمررلنخهسم رفلرخيرغميخرلن رخسلرق اللب رورمن ريلتبخبذ اللشسيرطارن روبلييا ممن خدوبن اللب رفرقسد رخبسرر خخسسرراننا مببيننا "Dan aku akan suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang nyata." [An-Nisa' 4:119] Ada beberapa pelaksanaan pembedahan kecantikan yang diharamkan karena tidak memenuhi ketentuan-ketentuan syariat yang disepakati dan kerana termasuk mempermainkan ciptaan Allah serta bertujuan mencari keindahan dan kecantikan semata, misalnya memperindah payu dara dengan mengecilkan atau membesarkannya atau pembedahan untuk menghilangkan kesan ketuaan, kedutan kulit, mencantikkan bentuk wajah dan anggota tubuh lain tanpa sebarang sebab yang selari dengan syariah.
Dalam hal ini syariat tidak membolehkannya. Karena tidak ada keperluan yang darurat untuk melakukan hal itu. Hal itu dilakukan semata-mata untuk mengubah dan mempermainkan ciptaan Allah sesuai dengan hawa nafsu dan syahwat manusia. Hal itu jelas haram dan terlaknat pelakunya. Dan juga karena termasuk dalam dua perkara yang disebutkan dalam hadith di atas, iaitu hanya ingin mempercantik diri dan mengubah ciptaan Allah. Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi menyebutkan: وخيضاف إلى ذلك أن هذه الجراحات تتضمن في عدد من صننورها الغننش و التنندليس والحقننن بمستخلصننات مننأخوذة مننن النجننن ة وكذلك ما ينتج عن كننثير مننن عمليننات التجميننل مننن الال م- وهذا من أكبر الجرائم- الخمجرهض ة بالطرق المح نرم ة احتياال وشراء كما يقول البطباء المختصون. المستمنرة والرضرار و المضاعفات. Ditambah lagi pembedahan kecantikan sperti itu banyak mengandungi unsur penipuan dan pemalsuan. Demikian juga suntikan dengan zat-zat yang diambil secara haram dari janin yang gugur, yang mana perbuatan tersebut merupakan kejahatan yang besar, dan kesan samping serta mudharat lainnya yang timbul akibat operasi kecantikan sebagaimana dijelaskan oleh pakarpakar perbuatan. [Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi, Ahkamul Jirahah] Berdasarkan penjelasan ini, dapat kita simpulkan bahawa apabila kecacatan atau kekurangan yang ada pada diri termasuk dalam kategori darurat (seperti karena kemalangan dan penyakit) yang menyukarkan diri atau menyebabkan kesukaran yang lain yang mungkin terjadi, bukan dilakukan untuk mempercantik diri semata-mata tanpa sebarang alasan yang selari dengan syara', maka pembedahan plastik/ kecantikan tersebut boleh dilakukan inysa Allah.
Rujukan Internet http://ummunuh.blogspot.my/2011/08/pembedahan-plastik-perubatan-atau.html Internethttp://hirayusopa.wordpress.com/2008/09/24/apakah-bedah-plastik-itu/ http://www.scribd.com/doc/16793385/Teknologi-dalam-islam http://www.oddee.com/item_96587.aspx http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name= News&file=article&sid=11795&newlang=mas http://cikwiduri.wordpress.com/2008/06/25/botox-braces-susuk/ http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=283 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2007&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm Buku ilmiahPlastic Surgery or Other Operations to fix a Disfigurant or Deformation is Permissible, (page347)Islamic
Fatawa Regarding Women/Published
by Darussalam Publishers
&
Distributors-1996/1417HEnsiklopedia
Fiqah
Wanita
Muslimah(m/s
321,322,323)/Berlian
Bhd/OlehSyeikh Abu Malik dan Kamal bin As-Sayid Salim
Publications
Sdn