mengenali berbagai jenis kemasan plastik yang sering digunakan sebagai pelindung makanan atau produk pangan dan produk-produk pasca panen, mengetahui karakteristik masing-masing jenis kemasa…Deskripsi lengkap
mengenali berbagai jenis kemasan plastik yang sering digunakan sebagai pelindung makanan atau produk pangan dan produk-produk pasca panen, mengetahui karakteristik masing-masing jenis kemasan plast...
Deskripsi lengkap
Full description
Full description
Karakteristik plastikFull description
PEMBEDAHAN PLASTIK DAN REKONSTRUKTIF PENDAHULUAN _Pembedahan plastik adalah satu cabang ilmu kedoktoran yang bertujuan merekonstruksi atau membaiki bahagian tubuh manusia melalui operasi kedoktoran. _Pembedahan plastik secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu pembedahan kosmetik dan pembedahan rekonstruktif. _Pembedahan kosmetik bertujuan memperbaiki bentuk struktur badan yang normal bagi meningkatkan tahap keyakinandan harga diri manakala pembedahan rekonstruktif pula bertujuan untuk memperbaiki bentuk badan dan fungsi tubuh yang cedera akibat kemalangan ,penyakit,dan,kecacatan kelahiran.
KEBAIKAN Dapat merawat kecacatan kelahiran _Masalah sumbing atau rekahan lelangit merupakan pembedahan rekonstruktif yang paling banyak dijalankan di Malaysia.Pembedahan ini dilakukan supaya fungsi pertuturan tidak terjejas serta membantu menigkatkan imej luaran. Dapat membantu mangsa-mangsa kemalangan -Pembedahan rekonstruktif khususnya amat berguna untuk mangsa-mangsa kemalangan. Pembedahan ini memberi peluang kepada mereka untuk menjalani hidup yang normal tanpa dipandang rendah oleh orang ramai.
Meningkatkan peluang pekerjaan _Ramai pemuda-pemudi sanggup membelanjakan wang ringgit yang banyak untuk meningkatkan imej dengan harapan bahawa penampilan yang menarik dapat meningkatkan peluang pekerjaan.
KEBURUKAN/RISIKO Kesilapan doktor _Pembedahan plastik tidak memberi jaminan bahawa pembedahan tersebut boleh mendatangkan kesan yang diingini.Pembedahan mempunyai risiko untuk melakukan kesilapan yang akan menyebabkan jangkitan. Mengakibatkan kesakitan _Pembedahan kosmetik mengakibatkan kesakitan yang teramat dan kesakitan ini berkemungkinan berlarutan dari tempoh satu hari ke sekurang-kurangnya enam bulan. Akan mengalami lebam dan pendarahan _Merupakan fenomena yang normal berikutan pembedahan plastik sama ada pembedahan kosmetik atau rekonstruktif. Boleh membawa kepada kematian _Kelebihan ubat bius akan mengakibatkan risiko penyakit jantung , kerosakan otak, dan juga kematian.Apabila berlaku jangkitan yang serius juga boleh membawa maut.
Pembaziran wang _Kos minimum satu pembedahan sangat mahal.Contohnya pembedahan hidung sebanyak RM2000 dan seseorang dikehendaki untuk menjalani pembedahan yang sama sekurang-kurangnya sekali dalam masa lima tahun. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Peranan kerajaan _Kerajaan perlu meminda akta yang sedia ada untuk melindungi kepentingan pengguna yang menjalani pembedahan plastik sama ada untuk tujuan perubatan atau kecantikan. Peranan ibu bapa _Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi anak-anak mengenai pembedahan plastik. Sesetengah ibu bapa memberikan tumpuan yang berlebihan khasnya pada imej fizikal anaknya. _Ibu bapa seharusnya memberi sokongan moral kepada anak mereka yang mempunyai keyakinan diri yang rendah. Pihak media _Pihak media memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembedahan plastik. _Untuk menimbulkan kesedaran yang lebih rasional mengenai kebaikan dan keburukan pembedahan, pihak media berperanan memaparkan kes-kes pembedahan plastik yang gagal dan bukan sahaja memaparkan yang berjaya.Hal demikian akan memberi kesedaran yang lebih realistik kepada orang ramai bahawa pembedahan plastik berisiko tinggi dan seterusnya mengurangkan pembedahan plastik yang gagaldalam kalangan wanita khususnya.
PENUTUP -Pada hakikatnya, penukaran imej luaran tidak akan menukar sahsiah dalam seseorang.Kita seharusnya bersyukur kea atas berkat Tuhan yang merahmati kita dengan keadaan fizikal dan mental yang sihat. _Memandangkan pembedahan plastik memberikan sumbangan dan juga mendatangkan pelbagai risiko, setiap individu harus membuat keputusan yang bijak sama ada menjalani pembedahan ataupun sebaliknya. _Pertimbangan yang menyeluruh dan bijak harus diambil oleh setiap individu untuk mengelakkan sebarang penyesalan pada masa hadapan.