PANDUAN RINGKAS PENANAMAN TIMUN CARA FERTIGASI GANTUNG
Oleh JNP AGRO FARM PAJAM, NEGERI SEMBILAN
[email protected]
1
Isi Kandungan BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 5
: PENYEDIAAN TAPAK
: Sumber air
3
: Sumber Tenaga
4
: Aras Tanah
4-5
: INFRASTRUKTUR
: Para
6-7
: Rumah Pam
7
: Aturan paip dan pam air
7-9
: Stor
9
: Rumah Penggredan
9-10
: Pondok Sabut
10
: Longkang dan laluan air
10-11
: PEMBAJAAN
: Pengenalan
12-13
: Campuran baja A+B
13-14
: Konsep bancuhan
14
: Kadar Pembajaan
14-15
: PENANAMAN POKOK DAN PENJAGAAN
: Pemilihan benih dan teknik semaian
16-17
: Pemindahan pokok
17
: Cantasan tunas
18
: Trailing teach
18
: Mengenal bunga jantan dan bunga betina
18-19
: KAWALAN PEROSAK
: Jenis Bahan aktif (AI)
20
: Jenis-jenis perosak
21
: Jadual Semburan
21-22
: Peralatan Semburan
22
: PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN
: Pembungkusan
23
: Kenalpasti Lokasi
23-24
: Kenalpasti masa pengeluaran
24
: Pengangkutan
24-25 2
BAB 1 : PENYEDIAAN TAPAK Sebelum memulakan projek, memilih lokasi atau tapak yang sesuai amatlah penting. Lokasi yang baik adalah yang mampu menyediakan segala prasarana yang lengkap untuk keperluan perusahaan nanti. Dikhuatiri, pemilihan tapak yang terburu-buru boleh mengakibatkan bencana yang lebih teruk pada masa hadapan. Untuk memasikan lokasi pilihan kita itu sesuai untuk dijalankan projek pertanian, pertimbangan yang khusus mesti diberikan keatas 3 perkara berikut iaitu: 1. Sumber Air Bersih 2. Sumber Tenaga ( Elektrik Elektrik ) 3. Aras tanah ( Level ) SUMBER AIR Boleh sahaja darimana sumbernya, samada dari sungai, tube well, perigi mahupun paip komersil. Yang perlu dipastikan adalah jarak sumber air tersebut dari tapak projek. Jarak yang jauh kemungkinan memerlukan belanja yang besar sebelum kita boleh memperolehinya. Contoh yang mudah boleh kita lihat ialah dikawasan cameron highland, terdapat perusahaan pertanian yang memperolehi air dari jarak 14km. Air yang diperolehi tidak dinafikan air yang baik, tetapi kos untuk membina salirannya sangat tinggi dan kos penyelenggaraan sangat rumit. Selain jarak, kuantiti air juga perlu diperhalusi, kerana pada sesetengah masa, pokok memerlukan air yang sangat banyak dan jika terputus bekalan, pokok akan mengalami layu dan rosak. Oleh itu it u pastikan sumber airnya cukup dan tidak putus. Kualiti air juga sangat penting, pH optimum untuk pokok adalah pada bacaan 7.0 yakni pada bacaan neutral. Bacaan menggunakan EC meter juga mestilah pada kadar yang rendah iaitu antara 0.0 – 0.0 – 0.3. 0.3. Jika air berada pada kadar EC yang tinggi, usahakan rawatan keatas air tersebut. Begitu juga jika pHnya tinggi atau terlalu rendah. Rawatan yang paling efektif untuk air berasid dan berkeladak buat masa ini adalah dengan menggunakan tawas pada kadar yang disyorkan. Jangan terlalu banyak penggunaannya kerana ia boleh menurunkan kadar pH dan ini tidak baik untuk pokok. Kadar pH dibawah nilai 7, air dikategorikan sebagai berasid dan jika
3
lebih tinggi dari 7, air dikategorikan sebagai beralkali. Cara rawatan air berasid adalah dengan mencampurkan larutan air kapur kedalam stok air. Akar menyerap nutrien hanya dengan kehadiran tenaga dan tenaga hanya boleh diperolehi dari kandungan oksigen di dalam air. Oleh itu, pastikan kandungan oksigen terlarut adalah tinggi dalam sumber air kita dan jika tidak, gunakan pusingan air di dalam tangki sebagai punca meningkatkan kadar oksigen di dalam air. Selain itu kadar oksigen boleh diperolehi ketika air melepasi micro tube. Micro tube yang kecil akan memaksa pancutan air menjadi deras dan ini akan menggalakkan penggabugan molekul oksigen ke dalam air yang di pam kedalam medium.
SUMBER TENAGA (ELEKTRIK) Untuk menjana pam air, tenaga sangat-sangat diperlukan. Ada dikalangan pengusaha yang menggunakan enjin diesel sebagai penyalur tenaga dan ada juga yang memilih untuk menggunakan genset. Namun begitu, tenaga elektrik merupakan sumber yang paling mudah dalam menggerakkan pam. Penting bagi kita untuk mengkaji kedudukan tiang elektrik terdekat dengan tapak penanaman kita. Jika lokasinya berdekatan, penyambungan terus elektrik ke tapak lebih baik. Tapi jika jaraknya terlalu jauh, gen set lebih sesuai kerana ia lebih mudah berbanding enjin diesel.
ARAS TANAH (LEVEL) Level tanah yang dipilih tidak boleh terlalu curam. Jika tiada pilihan, dengan menggunakan jentera, mesti diubah kepada aras yang sesuai. Kerja-kerja meratakan tanah perlu dijalankan sehingga ia benar2 tepat mengikut spesifikasi kerana kelak bila struktur telah dinaikkan, tanah tersebut sudah tidak boleh diubah lagi. Kecuraman yang dibenarkan hanya pada kadar kecuraman sebanyak 5%. Bentuk mukabumi tanah juga tidak boleh berbentuk takungan kerana ini akan mengundang
4
air bertakung dan banjir serta boleh menyebabkan struktur tanah terjejas. Oleh itu pemerhatian yg khusus harus diberi ketika kerja-kerja tanah dilakukan. Pastikan juga level tanah lebih tinggi dari level air sungai. Jika tidak air akan melimah masuk ke dalam kebun jika hujan turun dengan lebat atau hujan tidak berhenti dalam jangkamasa yang panjang. Kajian perlu dilakukan sedikit dengan orang tempatan tentang kadar peningkatan air dikawsan tersebut. Jika kawasan tersebut ternyata kawasan yang berisiko banjir, perlu kepada pelan-pelan kecemasan diadakan. Untuk memastikan keberlansungan keberlansungan projek.
5
BAB 2 : INFRASTRUKTUR Persediaan infrastruktur sangat penting kerana ia merupakan item kekal dalam tanaman fertigasi gantung ini. Kesilapan dalam membina infrastuktur bakal menghantui pengusaha sepanjang projek ini berjalan. Pertimbangan ketahanan infra sekurang-kurangnya 5 tahun akan memberikan keberlansungan yang baik kepada projek kelak. Ambil remeh kepada infra perlu dielakkan kerana untuk mengubahnya pada masa hadapan amat sulit dan akan menjejaskan penghasilan projek pada masa akan datang. Infrastruktur yang perlu diberi perhatian khusus adalah :1) Para 2) Rumah Pam 3) Aturan Pam dan paip 4) Stor 5) Rumah penggredan 6) Pondok Sabut 7) Pam Racun 8) Longkang atau laluan air
PARA Buat ukuran yang tepat pada tapak projek. Kemudian buat ploting kedudukan kayu utama berdasarkan saiz plot 7’ x 10’. Pada titik ploting, tanam ploting, tanam kayu utama dan sauh. Gunakan kayu utama berukuran 3” 3 ” x 3” minimum dan dari jenis kayu yang tahan lama. Tidak dinafikan ia sedikit mahal, namun ia mampu memberi pulangan yang berbaloi. Ikat dawai pada setiap kayu utama dan sauh. Pastikan ikatannya kemas dan dawai di ikat setegang mungkin bagi mendapatkan tegangan yang maksimum pada dawai utama. Selepas selesai dengan dawai sauh, tarik dawai gantung dan diikatkan diantara kayu utama yang sebaris. Pastikan Dawai yang dipotong tidak terlalu panjang dan kemudian tarik tegang dawai tersebut menggunakan chain lock. Buat teknik yang sama kepada lajur para dan pastikan, dawai untuk baris selesai barulah diusahakan dawai untuk lajur pula. Ini kerana, dawai lajur mesti berada di 6
bahagian bawah kerana ia akan bertindak sebagai dawai sokongan kepada dawai gantung. Perlu juga diingatkan bahawa, kayu utama perlu ditanam condong kearah sauh dan bukannya condong kedalam. Ini akan memberikan keseimbangan yang baik kepada struktur para tersebut. Sebagai tip, kayu boleh ditanam menggunakan JCB untuk lebih kuat dan cepat dan kayu ditanam di tanam sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya 1.5’ dalam. Setelah selesai dawai ditarik, naikkan kayu sokongan bersaiz 2”x2” dan pakukan disetiap pertemuan silang dawai baris dan lajur. Pakukan di bawah dawai tersebut sebagai sokongan dan pastikan paku yang digunakan daripada saiz 2. 5”.
RUMAH PAM Rumah pam selalunya diletak dibahagian tengah tapak projek. Dengan ini, tekanan untuk setiap bag akan sekata. Rumah pam selalunya ditinggikan sedikit bagi mengelakkan daripada banjir. Jangan sesekali mendedahakan tong baja dan tong stok baja kepada matahari secara lansung kerana ia boleh mengurangkan kemampuan baja. Oleh itu sangat penting untuk pastikan rumah pam berbumbung dan dindingnya ditutup dengan netting hitam dengan ketebalan diantara 50% keatas. Saiz rumah pam mestilah sesuai dibina bagi menampung tangki yang mencukupi untuk tampung operasi tanaman. Jangan bina terlalu kecil kerana dikhuatiri kelak akan menjejaskan perkembangan projek.
ATURAN PAIP DAN PAM AIR Pam mesti diletakkan di bahagian yang tertutup atau berbumbung. Jika ia terdedah dikhuatiri pam tidak boleh bertahan lama. Pemilihan pam bergantung kepada keluasan projek. Janganlah membazir dengan membeli pam yang mahal dan berkeupayaan tinggi padahal saiz kebun adalah tidak kecil. Bagi saiz kebun berkeluasan 2-3 ekar, pam berkeupayaan 2 h.p sudah memadai. Jumalah pam yang hendak digunakan juga sangat penting dipertimbangkan. Tapi bagi keluasan yang
7
sama, cukup sekadar 1 pam sahaja tetapi perlu lebih banyak valve kawalan (stop cock) Paip utama hendaklah besar dengan diameter sekurangsekurang-kurangnya kurangnya bersaiz 1.5” (50mm). Jenis paip yang sesuai adalah dari jenis poly PN6 samada dengan cop sirim atau tidak, tiada masalah. Paip besar besa r untuk memastikan bekalan air mencukupi ketika dibekalkan kepada pokok dan supaya air lebih cepat sampai ke semua bag dan seterusnya mengurangkan masa membaja. Dari paip utama, tebuk lubang bagi setiap baris tanaman dan kemudian gunakan clamp saddle untuk menyambungkan antara paip utama dengan paip sekunder. Paip sekunder sekurang-kurangnya bersaiz 20mm dan panjang maksimum baris ialah 110 kaki. Paip sekunder mestilah separas sepanjang merentas baris dan ia mestilah separas bagi setiap petak tanaman. Paip sekunder mestilah berwarna putih bagi mengelakkan penyerapan haba yang tinggi dan menyebabkan air di dalam paip menjadi panas. Ini boleh mengakibatkan akar pokok rosak dan kemungkinan besar mati. Akar pokok timun berjangka hayat sementara tetapi pertumbuhannya pertumbuhannya kerap. Jika akar tidak dapat bertahan lama, di khuatiri zat yang diperlukan tidak disedut oleh pokok dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk sehingga mengakibatkan kematian. Selain itu pokok yang kurang zat, akan mudah dijangkiti penyakit dan seterusnya merebak ke seluruh tanaman. Pokok tidak tahan lama dan hasil yang diperolehi juga akan menurun. Tebuk paip sekunder untuk dimasukkan microtube bersaiz 0.2mm. Pastikan guna penebuk yang dikhaskan agar saiznya tepat dan paip tidak rosak. Pastikan tube tidak dari jenis yang lembut kerana dikhuatiri akan tersumbat dan terhimpit. Gunakan yang sedikit keras teba. Jangan guna micro tube yang besar saiz lubangnya keran ia akan mempengaruhi tekanan air yang keluar dan merencatkan proses membekal oksigen ke medium. Tekanan yang tinggi akan mengakibatkan air akan meresap oksigen diudara dan seterusnya menjadikan air baja tersebut mengandungi kadar oksigen terlarut yang tinggi. Oksigen amat penting kerana ia diperlukan oleh akar sebagai tenaga dalam meresap nutrien di dalam medium. Jika kadar larutan oksigen rendah, ia juga akan 8
memberi kesan kepada proses serapan nutrien dan hasilnya, sudah boleh kita jangkakan.
STOR Stor sangat penting walaupun ianya terlihat tidak terlalu diperlukan. Ia berfungsi untuk menyimpan segala peralatan kebun yang sudah tidak lagi digunakan dan ia menjadikan segalanya menjadi teratur dan mudah. Jika stor ini tiada, peralatan akan diletak secara selerak dan ini sukar untuk dicari apabila mahu digunakan kelak. Lebih malang lagi, kerana ketidak cekapan dalam mengurus peralatan dan perkakasan tersebut, kita terpaksa membeli perkakasan tersebut setiap kali kita nak menggunakannya. Ini akan meningkatkan kos operasi kebun dan merencatkan kadar keuntungan projek. Baja juga perlu tempat yang sesuai untuk disimpan bagi memudahkan urusan membancuh dan membungkus baja. Stor boleh digunakan untuk tujuan itu dan ini akan memudahkan kerja-kerja membaja. Selain baja, racun juga perlu tempat simpanan agar mudah untuk diambil dan digunakan. Selain peralatan, mesin-mesin kegunaan kebun juga boleh disimpan disini, seperti mesin rumput, grinder dan sebagainya. Pintu stor mestilah dipastikan boleh dikunci bagi mengelakkan kejadian kecurian dapat dielakkan.
RUMAH PENGREDAN Inilah lokasi dimana semua hasil dikumpulkan selepas dituai dan seterusnya dibuat penggredan dan pembungkusan. Lokasinya juga sangat baik jika ianya berada ditengah-tengah kebun untuk kemudahan mengumpul hasil. Lantai mestilah bersimen dan dialas dengan suatu yang lembut seperti permaidani tebal atau sebagainya. Ini untuk memastikan buah yang duduk di bawah timbunan tidak mengalami luka, patah dan rosak. Selain kedudukannya ditengah, tapak tanaman, harus dipastikan juga terdapat akses kenderaan ke rumah greding ini untuk tugas-tugas pemungghan barang 9
keatas lori atau sebarang kenderaan pengangkutan yang lain. Jika dapat memenuhi kedua-dua kriteria adalah baik, namun jika tidak, pertimbangkan dahulu aspek logistiknya terlebih dahulu.
PONDOK SABUT Pondok sabut boleh dibuat atau pun tidak bergatung kepada pengusaha. Jika ia merasakan ia perlu maka, mendirikannya akan memberi banyak kelebihan. Pondok sabut sebenarnya bertujuan untuk melindungi stok sabut dari terkena hujan. Ini akan mengelakkan sabut terlalu basah sebelum digunakan dan mengelakkan dari mengurangnya kadar perkembangan akar. Jika tidak mampu mengadakan pondok, cukuplah diadakan pangkin, susun sabut diatasnya dan ditutup dengan plastik besar. Contoh plastik besar yang boleh digunakan ialah plastik rumah pelindung hujan. Lebih luas lebih baik, setidaktidaknya pun sekadar 10’ x 12’ x 10’ sudah memadai.
PAM RACUN Pam racun merupakan satu peralatan penting dalam sesuatu perusahaan pertanian. Pam racun berkapisiti tinggi amat-amat perlu dalam melancarkan operasi meracun. Terdapat pelbagai jenis pam racun dan yang paling berkesan adalah pam racun menggunakan mesin semburan berkuasa tinggi ( power spray ). Mesin tersebut boleh diperolehi di kedai-kedai yang ada menjual perlatan mesin industri. Memandangkan mesin tersebut berkuasa tinggi, ia juga sedikit berat. Oleh itu, menyediakan tapak untuk mesin tersebut adalah penting bagi memudahkan operasi meracun. Lokasi yang baik dapat mengelakkan mesin itu sentiasa diubahsuai tempatnya setiap kali kerja-kerja meracun ingin dilakukan. Kebiasaannya, ia diletak di tempat yang mudah diperolehi air. Untuk tugasan yang lebih efektif, disarankan menggunakan pam elektrik. Kedudukan pam juga mestilah selamat dari ancaman banjir, pencuri dan sebagainya. Lokasi yang hendak
10
diletakkan pam tersebut juga mesti mengambil kira proses mencuci dan membersihkan sisa racun pada pam.
LONGKANG DAN LALUAN AIR Longkang dan laluan air sering dipandang remeh, tapi sebenarnya sangat penting dalam menyumbang kepada kelancaran operasi kebun. Lokasi longkang mesti dilihat dari mana punca air biasa datang dan kemana alirannya akan pergi. Mengenalpasti kedudukan sungai berdekatan sangat penting dalam menyediakan longkang dan laluan air ini. Pastikan juga laluan air itu memang benar-benar cukup kecodongannya untuk mengalirkan air keluar dari kebun dan bukannya menakungkan air hingga menyebabkan kebun kita banjir. Tanah yang sering ditakungi air dalam jangka masa yang
lama
akan
menyebabkan
struktur
tanah
menjadi
lembik
dan
akan
menyukarkan pergerakan. Samada untuk pekerja berjalan, mahupun ketika menolak kereta sorong ketika mengutip hasil.
11
BAB 3 : PEMBAJAAN Aspek pembajaan dalam sistem fertigasi merupakan aspek yang paling penting. Kesilapan dalam memilih dan menggunakan formula baja akan merencatkan penghasilan pokok. Pokok memerlukan nutrien yang berbeza bagi jenis pokok yang berbeza. Oleh itu, baja cili tidak boleh digunakan untuk pokok timun dan sebaliknya.
PENGENALAN Berikut adalah unsur-unsur penting untuk perkembangan pokok :Unsur Makro Nitrogen
Kalsium
Pottasium
Magnesium
Phosforus
Unsur Mikro Ferum
Mangan
Boron
Zink
Kuprum
Molybdate
Baja-baja berikut ada fungsi masing-masing terhadap pokok dan jika kekuragan berlaku, pokok akan menunjukkan tanda-tandanya dan tindakan susulan perlu dilakukan. Namun begitu, setiap unsur yang dinyatakan diatas sukar untuk diperolehi secara tunggal atau tersendiri. Misalnya, Nitrogen adalah berbentuk gas, mana mungkin kita nak memperolehinya secara begitu sahaja melainkan ia telah diubah kepada bentuk yang lain seperti hablur. 12
Dengan teknologi terkini, semua unsur itu boleh diperolehi di pasaran dalam bentuk hablur. Dalam pasaran kita boleh perolehi baja-baja ini dengan nama-nama berikut :1. Calcium Nitrate (CN) 2. Pottasium Nitrate (PN) 3. Magnesium Sulphate (MgS) 4. Monopottasium (MKp) 5. Solute de pottase (SOP) 6. Ferum 7. Boron 8. Zink 9. Cuprem 10. Amonium Amonium Molybdate
CAMPURAN BAJA A+B Baja fertigasi terbahagi kepada 2 set baja iaitu set A dan set B. Berikut adalah pecahan campuran baja untuk set-set tersebut :Set A
Calcium Nitrate
Ferum
Set B
Pottasium Nitrate
Magnesium Sulphate
Monopottasium
Mangan
Boron
Zink
Kuprum
Molybdate
13
Formula baja boleh diperolehi dari sumber-sumber lain yang boleh dipercayai seperti MARDI dan sebagainya. Menurut pengalaman saya, saya mempercayai baja campuran yang dibekalkan oleh syarikat JNP AGRO FARM dan JUJI ENTERPRISE. Setakat ini hasil pokok saya sangat memberansangkan dan tidak pernah mengecewakan. Tong untuk membancuh stok baja juga mesti sesuai dengan kadar baja yang dibancuh. Jika kadar baja adalah untuk stok baja 200 liter, janganlah dibancuh di dalam tong 100 liter, ini akan mengelirukan dan khuatir berlaku kesilapan. Jika boleh mengawalnya, tidak ada masalah yang perlu dirisaukan.
KONSEP BANCUHAN Campuran baja set A dan set B dibancuh berasingan tong. Pastikan kesemua unsur larut sebelum digunakan. Ini untuk memastikan bancuhan pada tong baja mengandungi unsur yang mencukupi sebelum di pam ke medium. Untuk memastikan tiada mendapan, setiap kali baja ingin dipindahkan dari tong stok baja ke tong larutan baja, kacau terlebih dahulu. Campuran baja A dan B tidak boleh dicampur sekali dalam tong yang sama kerana jika dicampur sekali akan menyebabkan tindak balas kimia yang kemudian merosakkan baja. Untuk membancuh baja dalam tong larutan baja, perlu diberi sedikit masa sebelum dimasukkan baja dari set yang lainnya. Contohnya, baja A dipindahkan pada permulaan tong larutan baja diisi air. Setelah tong setengah penuh, isikan pula campuran baja dari set B. Dengan ini, tiada tindak balas kimia ketika larutan baja disediakan.
KADAR PEMBAJAAN Kadar baja berbeza mengikut kepada usia pokok. Semakin matang pokok, semakin tinggi kadar baja yang diperlukan. Pada tahap awal pertumbuhan pokok, baja yang diperlukan adalah pada tahap pacaan EC meter 1.6 ~ 1.8 dan pembajaan dilakukan 3-4 hari sekali. EC meter adalah radas yang digunakan untuk menyukat kepekatan unsur di dalam air. Bacaan EC sebelum baja dicampur juga perlu diambil untuk 14
memastikan tiada unsur yang terlarut di dalam air yang boleh merencatkan pertumbuhan pokok. Pada tahap pertengahan pokok, bacaan EC dinaikkan kepada 2.0 ~ 2.4 dan pembajaan dilakukan sehari sekali. Kekerapan baja juga perlu mengambil faktor cuaca. Jika hujan kerap, tidak perlu dibaja dengan kerap. Ini kerana kadar resapan baja pada waktu hujan, adalah perlahan. Jika kandungan baja di dalam terlalu banyak dan pekat, akan mengakibatkan pH di dalam medium menurun dan menjadi lebih berasid. Ini akan merencatkan penyerapan unsur dan pokok akan alami masalah. Pada tahap buah, baja diperlukan dengan lebih banyak lagi. Bacaan EC pada tahap ini adalah diantara 2.4~3.0 bergantung kepada keadaan pokok dan cuaca. Jika cuaca panas, pokok akan mendapatkan unsur pada kadar yang banyak dan perlu ditinggikan sedikit kepekatan larutan baja tersebut. Pada tahap ini juga, pembajaan dilakukan dengan lebih kerap iaitu diantara 2-3 kali sehari. Oleh itu pokok akan mendapat bekalan mencukupi. Pada tahap buah juga, air tanpa baja amat-amat diperlukan. Di pam ke pokok berselang seli dengan pemberian baja dan ia diberi mengikut kepada kesesuaian cuaca. Jika pokok tidak layu dan cuaca tidak panas, pemberian air kosong tidak digalakan.
15
BAB 4 : PENANAMAN POKOK DAN PENJAGAAN Bahagian paling utama dalam setiap perusahaan adalah bagaimana penghasilan diperolehi. Pokok merupakan aset penting yang harus diberi perhatian sepenuhnya kerana tanpa ia hidup dengan sempurna, penghasilan juga akan terkesan. Untuk memastikan pokok menghasilkan buah yang baik dengan kuantiti yang banyak, proses penanaman dan penjagaan harus diberi lebih perhatian. Bukan sekadar dilihat pada masa pokok itu mengeluarkan hasil sahaja, tapi dari peringkat pemilihan benih lagi wajib diberi perhatian yang khusus.
PEMILIHAN BENIH DAN TEKNIK SEMAIAN Cara memilih benih perlu kepada maklumat yang lepas dari pengusaha kebun itu sendiri. Lawatlah tapak-tapak kebun yang menjalankan perusahaan tanaman timun dan dapatkan data-data tentang hasil dan kuantiti sepokok boleh hasilkan. Jangan hanya bergantung kepada pendapat penjual benih semata kerana ia mungkin ada berlaku berat sebelah dari segi penyampaian data atau maklumat. Maklumat utama yang perlu ditanyakan ialah berapa kg buah boleh diperolehi dari benih jenis yang mereka tanam. Dengan maklumat yang diperolehi, kita boleh membuat pilihan dengan lebih baik jenis benih yang ingin kita tanam. Selain dari maklumat yang diatas, jenis timun juga perlu dipertimbangkan mengikut kepada lokasi penanaman. Ada beberapa jenis timun di pasaran dan setiap kawasan, permintaan bagi jenis timunnya juga berbeza. Ada yang permintaan untuk timun yang besar, ada yang mahukan saiz sederhana dan kecil. Warna juga ada mempengaruhi permintaan, contohnya ada kawasan yang permintaan timun susu ( lebih cerah ) lebih tinggi berbanding timun jenis hijau ( warna hijaunya pekat ). Saya secara peribadi menggunakan benih timun hijau, edaran JNP AGRO FARM jenis JNPS-01. Benih ini memberi pokok yang lebih kuat dari segi mempertahankan diri dari melawan penyakit. Kerana amat sukar dijangkiti penyakit jika dikawal dengan betul. Selain itu, pengeluaran semusim bagi sebatang pokok adalah pada kadar purata 4kg sepokok. Oleh itu, jika jumlah pokok yang ditanam adalah 1000 pokok, penghasilan yang boleh diperolehi adalah 4000kg semusim.
16
Untuk melakukan semaian pula, tray semaian yang lubangnya bersaiz kecil dan memiliki 104 lubang digunakan. Kemudian, buat campuran habuk sabut kelapa dan peat moist pada nisbah 6:4. Setelah digaul secara sebati, masukkan campuran kedalam setiap lubang dan isi dengan sedikit padat. Semaikan benih kedalam setiap lubang dan pastikan ianya terbenam secara berbaring. Setelah selesai semai, siram dengan larutan baja yang cair keatas tray sehingga basah. Tutup tray dengan sebarang hamparan untuk mewujudkan suasana gelap pada petak semaian tersebut. Jika cuaca agak panas, tray perlu disiram setiap hari bagi memastikan benih kekal basah dan memudahkan ia untuk pecah dan bercambah.
PEMINDAHAN POKOK Proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana anak pokok sangat rapuh dan mudah untuk patah. Ketika memindah, medium semai mesti ditanam bersama dengan anak pokok. Dengan cara ini, pertumbuhan yang optimum boleh diperolehi. Tempoh matang untuk anak pokok dipindahkan adalah pada usia diantara 4 hari – 7 – 7 hari. Waktu yang sesuai untuk melakukan pemindahan adalah pada ketika cuaca redup iaitu pada waktu petang yakni sekitar jam 5 petang dan keatas. Jika dipindahkan pada waktu awal pagi yakni sebelum matahari terbit, juga boleh, hanya dikhuatiri, menjelang tengahari pokok tidak dapat bertahan dengan keadaan yang baru. Anak pokok hendaklah di tanam berhampiran jarum penitis kerana pada peringkat ini, air sangat-sangat diperlukan dan kawasan medium berdekatan dengan jarum penitis adalah kawasan yang kerap menerima air dan kadar airnya tinggi. Tanam 2 anak pokok untuk setiap beg medium bersaiz 15”x15” dan pastikan medium dibasahkan terlebih dahulu sebelum dipindahkan.
17
CANTASAN TUNAS Ketika usia pokok masuk hari ke 20, cantasan tunas sudah mula di lakukan. Tunas dibuang pada pangkalnya pada nod pertama hingga ke-3. Kemudian pada nod ke-4 hingga ke-8, tunas dibuang pada pucuk selepas buah pertama. Cantasan tunas pada pengamatan kami sangatlah penting untuk membantu batang utama menjalar dengan lebih panjang dan jauh. Dengan kebarangkalian, jika pokok semakin jauh menjalar, nod semakin banyak dan tunas baru akan lebih banyak bercambah. Cantasan dibuat sehari sebelum hari yang dijadualkan waktu semburan racun dibuat. Dengan ini, bahagian pokok yang terdedah dapat ditutup dengan racun dan mengelakkan serangan atau jangkitan penyakit.
‘TRAILING TEACH’
Operasi ini dilakukan apabila pokok sudah mula hendak memanjat. Selalunya sekitar usia 20-25 hari. Ini sangat perlu untuk memastikan pokok tidak bersimpul sesamanya dan ini akan menyebabkan pokok bergumpal dan sukar menghasilkan buah. Ini juga penting kerana ia memudahkan tunas baru untuk berkembang membesar. Jika dinilai antara pokok yang diajar dengan pokok yang tidak ajar menjalar, pokok yang diajar memberi hasil yang lebih baik berbanding yang tidak di ajar.
MENGENAL BUNGA JANTAN DAN BUNGA BETINA Setiap pengusaha perlu tahu dengan jelas untuk membezakan antara bunga jantan dan bunga betina. Ini akan memudahkan kita mengenalpasti pengeluaran pokok kita kelak. Jika bunga yang keluar hanya bunga jantan, maknanya tidak akan ada hasil kelak bagi pengusaha dan langkah-langkah awal boleh dilakukan. Bunga jantan dan betina boleh dibezakan dengan melihat struktur pada tangkai bunga tersebut. Jika terdapat struktur berbentuk timun pada tangkainya maknanya 18
itu adalah bunga betina dan jika tiada, makanya ia adalah bunga jantan. Jika hendak dilakukan pendebungaan sendiri, mengenalpasti jantina bunga sangat penting supaya tidak berlaku pendebungaan songsang. songsang.
19
BAB 5 : KAWALAN PEROSAK Kawalan perosak penting diberi perhatian kerana ia menjamin ketahanan pokok samada akan hidup pada jangka hayat yang kita mahukan atau tidak. Pokok yang telah dihinggap penyakit pada peringkat awal pertumbuhan menyukarkan ia untuk pulih semula dan seterusnya menyukarkan ia untuk bertahan lebih lama.
JENIS BAHAN AKTIF (AI) Terdapat banyak jenama racun di pasaran racun di Malaysia. Namun begitu, pertimbangan kita adalah pada jenis bahan aktif yang digunakan. Namun begitu, racun yang berjenama terkenal, biasanya mempunyai kesan yang lebih baik dan bancuhannya lebih sedikit berbanding yang jenamanya tidak terkenal. Antara AI yang penting dan mesti dimiliki setiap kali menjalankan penanaman timun adalah seperti berikut mengikut kategori serangga dan kulat. Serangga Imidacloprid
Abamectin
Deltamethrin
Acephate
Acetamiprid
Kulat Mancozeb
Benomyl
Metalaxyl
Propineb
Thiophante-methyl
20
Senarai bahan aktif yang dicadangkan adalah yang harus ada pada setiap perusahaan menanam timun, namun nasihat dari pihak penjual racun juga boleh diambil kira mengikut kepada kesesuaian kawasan.
JENIS-JENIS PEROSAK Musuh utama pokok timun tidaklah sekritikal pokok cili. Namun begitu yang paling penting diambil perhatian adalah seperti berikut:Serangga
Kutu Trip
Hamama merah
Lalat putih
Pelombong Daun
Beluncas
Kulat
Kulapuk Downy
Karat Batang
Karat Buah
JADUAL SEMBURAN Semburan yang baik adalah pada waktu pagi sebelum pukul 8 pagi. Ini kerana pada ketika ini serangga tidak aktif dan cuaca tidak panas. Semburan dilakukan sekitar 4 atau 5 hari sekali. Ini untuk mengekang kadar pembiakan serangga atau kulat dan mesti dilakukan sedari pokok masih kecil. Semburan hendaklah menumpu di bahagian bawah daun dan pucuk pokok kerana disitulah serangga selalunya duduk dan juga kulat mula melekat. Kadar titisan baja juga mestilah halus berdebu kerana ia akan memudahkan memudahkan ia melekat pada serangga atau kulat.
21
Jika semburan dilakukan beserta dengan baja foliar, saiz debu mestilah kecil maksimum agar mudah diserap oleh liang stoma .
PERALATAN SEMBURAN Terdapat beberapa jenis alat boleh digunakan untuk melakukan semburan racun. Antaranya adalah Pam pikul, mesin penyembur pikul, pikul, mesin ‘power spray’ dan sebagainya. Mesin power spray dengan menggunakan hos yang panjang serta spray gun yang sesuai akan membantu memudahkan dan mempercepatkan proses semburan. Cuba elakkan menggunakan mesin yang sama untuk semburan racun kepada pokok dan racun rumpai. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan mesin dicuci sebersihnya bagi mengelakkan kerosakan pada tanaman.
22
BAB 6 : PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN Pembungkusan merupakan aspek yang sering kali kurang diberi perhatian memandangkan pada saat ini, fokus lebih tertumpu kepada aspek memetik hasil tanaman. Ramai yang tidak mengetahui, bahawa jika tanaman dibungkus dengan baik akan memberikan nilai tambah kepada produk pasaran kita. Pastikan juga sayur dibungkus mengikut grednya tanpa dicampur yakni gred A jangan dicampur gred B dalam bungkusan yang berlabel A dan sebaliknya kerana ini akan memberikan kepercayaan pelanggan kepada kita.
PEMBUNGKUSAN Timun adalah komoditi yang lasak dan mudah diuruskan. Namun pembungkusan yang baik akan menjamin ketulenan kualitinya dan memastikan timun itu boleh bertahan dengan lebih lama. Guna bakul untuk yang berkemampuan atau bakul boleh diperolehi dari peraih atau pihak pasar. Paling mudah ialah dengan menggunakan plastik dengan saiz yang bersesuaian. Untuk timun bersaiz biasa, plastik bersaiz 20 x 30 boleh memuatkan 20kg timun. Cara susunan juga dapat menarik perhatian pembeli dan susunan yang baik memudahkan lebih banyak timun dapat diisi. Guni juga masih praktikal untuk digunakan jika jumlah pekerja mencukupi kerana proses mengangkatnya sangat rumit memandangkan guni boleh memuatkan timun sehingga 50kg. Oleh itu, membungkus boleh dilakukan seorang diri, tapi mengangkatnya perlu kepada pembantu.
KENALPASTI LOKASI Dapatkan maklumat sasaran untuk kita pasarkan hasil kita kelak. Peringkat permulaan, hampiri kedai-kedai atau pasar yang paling dekat dengan lokasi penanaman kita. Jika pasaran yang ada tidak dapat membeli produk kita, barulah kita buka kepada pasaran yang lebih luas. Ini akan memudahkan kita dari segi logistik dan kos bahan bakar yakni minyak. Contohnya, jika hasil pengeluaran adalah 300kg, kita perlu mencari 30 buah kedai yang memerlukan timun sebanyak 10kg sehari. Jika ada kedai yang memerlukan 20kg sehari, jumlah kedai yang diperlukan perlu dikurangkan. Tapi jika kedai di sekitar kebun kita tidak ada sebanyak itu, maka kita haruslah buka pasaran diluar dari kawasan kita. Jika kebun kita berdekatan dengan pasar, adalah lebih baik jika kita terus fokus kepada pasar kerana selalunya pasar boleh mengambil lebih banyak kuantiti berbanding kedai runcit biasa.
23
Kaji juga pasaraya berdekatan jika kita boleh bekalkan secara lansung kepada mereka, kerana selalunya pasaraya sudah mempunyai pembekal tetapnya secara kontrak. Fokus pada sasaran yang berdekatan terlebih dahulu adalah kunci utama dalam memasarkan produk sayuran kita.
KENALPASTI MASA PENGELUARAN Tempoh sesuai untuk mencari pasaran adalah 3 atau 4 hari sebelum hasil keluar. Jangan terlalu awal kerana ini akan membuat pihak pasar akan lupa kepada kita. Jangan pula kita mencari pasaran setelah hasil kita sudah mulai dipetik, kerana jika pasaran sudah mengalami lambakan, kita tidak sukar untuk mencari pasaran luar yang lebih jauh dan ini akan mengambil masa dan menyebabkan hasil akan rosak. Cuba jangka kuantiti pengeluaran per hari bagi memudahkan kita menawarkan kepada pelanggan. Jika kita lambat tawarkan kepada pelanggan akan lebihan atau kekurangan dalam pengeluaran kita, takut akan menimbulkan masalah kepada mereka. Contohnya, pelanggan mahukan setiap hari timun sebanyak 100kg. Jika dengan anggaran kita dapati timun kita lebih dari 100kg dan kita lewa memaklumkan kepada pelanggan, dikhuatiri mereka tidak sanggup untuk mengambilnya. Jika kita boleh mengetahuinya dengan lebih awal, kita boleh mencari pasaran lain dengan segera. Jika pengeluran kita kurang dari 100kg, pelanggan akan mengalami kekurangan stok dan ini akan merencatkan penjualan mereka. Ini kan menimbulkan ketegangan dan pelanggan akan tidak percayakan kita lagi. Pastikan juga hasil dapat dihantar pada hari ia dipetik bagi memastikan kualitinya terjaga selain dari itu, kelewatan menimbang juga akan mengakibatkan kita kehilangan berat pada produk kita. Timun misalnya akan kehilangan 5-10% beratnya jika disimpan semalaman, jadi pastikan selesai memetik kita terus bungkus dan hantar kepada pelanggan.
PENGANGKUTAN Buat anggaran hasil dan dapatkan kenderaan yang sesuai untuk membawa hasil. Bagi yang memiliki kenderaan sendiri, ia boleh memberi kelebihan. Kenderaan ini boleh jadi kenderaan sendiri, sewa atau upah peraih. Setiap daripadanya mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Namun bergantung kepada lokasi, keran setiap kawasannya caj berbeza-beza. Lokasi pembungkusan mestilah mudah untuk lori akses agar tidak menyukarkan urusan mengangkut dan sebagainya. Laluan lori keluar masuk kekebun juga mesti
24
dititik beratkan kerana jika jalan tidak begitu elok, kelak ketika hujan akan menyukarkan lori untuk melaluinya.
25
MAKLUMAT TAMBAHAN
BENIH TIMUN HIJAU JNP-SC01 - Hubungi JNP Agro Farm - Lawati http://fertigasinisme.blogspot.com - Melalui email :
[email protected] - Wassap : 018-669 5215 - SMS/Call : 012-988 0352 - Facebook@twitter : Shaharrazi - PERSONEL : EN SHAH
BAJA A&B TIMUN - Hubungi JUJI AGRICULTURE ENTERPRISE - SMS/Call : 019-570 3134 - PERSONEL : EN MUSTAPA KAMAL
26