El gobierno de Venezuela impuso controles para que el envío de remesas al país se realice a través de canales oficiales y no del mercado negro de divisas, en medio de sus graves problemas de liquid...Descripción completa
nota lengkap
radio
Descripción completa
Full description
jkjhl
dramaFull description
nota maths tahun 6
notaFull description
NOTA INDOPRINTDeskripsi lengkap
Perniagaa Tingkatan 5Full description
nota medica
Ringkasan daripada modul oumFull description
EDUP3073 -Budaya dan Pembelajaran
Full description
ETN 103 ASAS PENGGUNAAN ALATAN UJIAN
PENERIMA RADIO Kertas ini mendedahkan teori-teori teori-te ori penerima radio AM dan FM, mengesan kerosakan dan mengganti komponen rosak dalam penerima penerima radio AM dan FM.
1.0
PENGENALAN Penerima radio adalah satu alat perhubungan yang berupaya untuk menerima
gelombang electromagnet dan menukar isyarat itu kepada isyarat audio pada keluarannya. Penerima radio pertama mengandungi antenna, pengesan dan fon-kepala atau fon-telinga. Kepemilihan dan kepekaannya adalah terhad. Kemudian, tercipta litar penguat dan litar tertala yang mana ia dapat memperbaiki kepemilihan dan kepekaan penerima radio dengan lebih baik. Terdapat tiga ciri utama pada setiap penerima radio yang baik iaitu :
a) Kepekaan tinggi (High sensitivity). b) Kepemilihan Kepemilihan tinggi (Hihg selectivity). c) Kesetiaan tinggi (High fidelity atau Hi-Fi).
Semua penerima radio dikendalikan berdasarkan prinsip penghiterodinan, penerima radio juga dipanggil sebagai penerima radio superhetrodin. Prinsip heterodin ialah pencampuran dua isyarat yang berlainan frekuensi untuk menghasilkan satu frekuensi dari perbezaan dua frekuensi itu.Isyarat itu adalah isyarat pembawa RF dan isyarat pengayun tempatan. Proses heterodin berlaku di peringkat pencampur pencampur..
2.0
RAJAH BLOK PENERIMA PENERIM A RADIO AM DAN FM
a) Pemodulatan amplitud
Pemodulatan amplitud (AM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitud pembawa berubah mengikut isyarat atau maklumat,
ETN 103 ASAS PENGGUNAAN ALATAN UJIAN
Pemodulatan Amplitud (AM)
Penerima radio am
Jalur frekuensi penerima radio AM iaitu bagi gelombang sederhana (MW) ialah 535KHz –1605KHz.
Frekuensi penguat IF adalah tetap 455KHz.
Rajah di bawah adalah gambarajah blok penerima radio AM
Rajah blok penerima radio AM
ETN 103 ASAS PENGGUNAAN ALATAN UJIAN
b) Pemodulatan frekuensi Pemodulatan frekuensi (FM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitude pembawa adalah tetap manakala frekuensi berubah mengikut isyarat atau maklumat, rujuk rajah di bawah :
Pemodulatan Frekuensi (FM)
Penerima radio fm
Jalur frekuensi penerima radio FM ialah 88MHz – 108MHz.
Frekuensi penguat IF adalah tetap 10.7MHz.
Rajah di bawah adalah gambarajah blok penerima radio FM
ETN 103 ASAS PENGGUNAAN ALATAN UJIAN
a) Menggunakan pengesan nisbah
b) Menggunakan penghad dan pembezalayan
3.0 FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA RADIO AM DAN FM
3.1 Fungsi setiap blok penerima radio AM
a. Antena - Memintas semua isyarat yang dipancarkan oleh pemancar.
b. Penguat frekuensi Radio (RF) – Memilih satu sahaja isyarat yang diperlukan dan menguatkan isyarat tersebut. Peringkat ini mengandungi litar tala. Peringkat ini memperbaiki kepemilihan dan nisbah isyarat kebisingan penerima radio.
c. Pengayun tempatan -
Menjana frekuensi 455KHz lebih tinggi daripada
frekuensi penguat frekuensi radio (RF). Peringkat ini juga mempunyai litar tala dimana ia diregukan (gang) dengan litar tala di peringkat penguat RF,
ETN 103 ASAS PENGGUNAAN ALATAN UJIAN
perubahan frekuensi
di peringkat penguat RF dan pengayun tempatan
adalah berkadar seturut.
Contoh : 1. Jika peringkat penguat RF ditala kepada 600KHz, maka pengayun tempatan akan menjana frekuensi sebanyak 600KHz + 455KHz = 1055KHz.
2. Jika peringkat penguat RF ditala kepada 1000KHz, maka pengayun tempatan akan menjana frekuensi sebanyak 1000KHz + 455KHz = 1455KHz.
d. Pencampur – Menerima isyarat dari penguat RF dan pengayun tempatan, empat frekuensi akan terhasil pada keluaran pencampur. Empat frekuensi tersebut ialah: 1. Isyarat RF yang asal, contoh : 1000KHz 2.
Frekuensi
pengayun
tempatan
yang
asal
1455KHz
(1000KHz + 455KHz). 3. Frekuensi jumlah : RF + pengayun tempatan (1000KHz + 1455KHz = 2455KHz). 4. Frekuensi beza : RF – pengayun tempatan (1455KHz – 1000KHz = 455KHz).
Peringkat Pencampur dan Pengayun Tempatan juga dipanggil sebagai peringkat Penukar
e. Penguat frekuensi perantaraan (IF) – Hanya meluluskan frekuensi IF iaitu 455KHz sahaja dan menguatkannya, iaitu ia memilih salah satu daripada empat frekuensi yang dihasilkan oleh peringkat pencampur.
Peringkat Penguat Frekuensi Perantaraan (IF) biasanya men andun i lebih dari satu erin kat
ETN 103 ASAS PENGGUNAAN ALATAN UJIAN
f.
Pengesan -
merupakan penerus setengah gelombang dan penapis lulus
rendah dimana ia menapis atau mengenepikan komponen frekuensi tinggi dan meluluskan frekuensi rendah iaitu frekuensi audio.
g. Penguat frekuensi audio -
Menguatkan frekuensi audio untuk memacu
pembesar suara. Peringkat Penguat Audio mengandungi peringkat : i.
Penguat Pemacu atau voltan
ii.
Penguat Audio Kuasa.
h. Pembesar suara – menukarkan tenaga elektrik kepada bunyi. i.
Kawalan gandaan automatic (AGC) – mengawal gandaan penguat RF dan IF secara automatik supaya isyarat pada keluaran sentiasa setabil walau pun kekuatan isyarat yang diterima berubah. Jika kekuatan isyarat berkurang, KGA akan memaksa peringkat penguat RF dan IF menaikan gandaan.
j.
Bekalan kuasa dc – membekalkan voltan dc kepada semua peringkat.
Keburukan pengendalian superheterodin adalah kewujudan Frekuensi Bayangan ( frekuensi bayangan = frekuensi RF + 2IF) Contoh : frekuensi RF = 700KHz, frekuensi pengayun tempatan = 1155KHz, Frekuensi bayangan = 1610KHz. Apa yang berlaku adalah : 1. perbezaan frekuensi RF dan pengayun tempatan = 455KHz. 2. perbezaan frekuensi bayangan dan pengayun tempatan = 455KHz. Dimana 455KHz adalah frekuensi IF, ini bermakna penguat IF boleh menguatkan kedua-dua frekuensi (frekuensi RF yang sebenar dan frekuensi bayangan) dalam satu masa. Maka isyarat yang kedua ini yang mungkin kurang jelas akan mengganggu isyarat yang dikehendaki.
ETN 103 ASAS PENGGUNAAN ALATAN UJIAN
3.2 Fungsi setiap blok penerima radio FM Pada umumnya fungsi setiap blok dalam penerima radio FM adalah sama dengan penerima radio AM.
Perbezaan blok antara penerima radio AM dan FM adalah:
Penerima radio AM
1. Pengesan
Penerima radio FM
1. Pengesan FM : Pengesan Nisbah. Atau Pengesan FM : i. penghad ii. pembezalayan
2. Kawalan Gandaan Automatik (KGA)
2. Kawalan Frekuensi Automatik (KFA)
Kawalan Frekuensi Automatik (KFA) – Mengawal frekuensi pengayun tempatan supaya pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, dimana pengesan sentiasa tertala kepada frekuensi pertengahan FM 10.7MHz.
Contoh : Jika peringkat RF ditala kepada 90MHz, maka frekuensi pengayun tempatan mesti menjana frekuensi sebanyak 100.7MHz (90MHz + 10.7MHz). Tetapi jika dalam keadaan ini peringkat pengayun tempatan menjana frekuensi sebanyak 101.7MHz maka frekuensi penguat IF FM akan menjadi 11.7MHz (101.7MHz – 90MHz). Dengan adanya peringkat KFA maka frekuensi yang tidak tepat itu akan diperbetulkan.
Untuk memastikan pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, voltan dc akan disuapbalik dari peringkat keluaran pengesan FM ke peringkat pengayun tempatan.
ETN 103 ASAS PENGGUNAAN ALATAN UJIAN
PENERIMA RADIO AM/FM Kita telah didedahkan dengan penerima radio AM dan FM yang berasingan. Bagaimana pula dengan penerima radio yang anda biasa gunakan yang mana ia mengandungi gabungan radio AM dan FM? Rajah di bawah adalah satu rajah blok asas penerima radio AM/FM. Peringkat penguat RF, pencampur dan penguat IF 1 berfungsi untuk kedua-dua saluran AM dan FM.
4.0
PENGUJIAN DAN KESELAMATAN
Mengesan kerosakan
Peralatan dan alat ujian mesti mengikut kesesuaian.
Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio: i. isyarat RF ii. isyarat audio
Penjana isyarat RF adalah digunakan untuk menguji peringkat : i. Penguat frekuensi radio ii. Peringkat penukar iii. Peringkat penguat IF dan masukan pengesan.
Penjana isyarat audio digunakan untuk menguji peringkat keluaran pengesan dan penguat frekuensi audio.
ETN 103 ASAS PENGGUNAAN ALATAN UJIAN
Kaedah mengesan kerosakan :
a) Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada yang hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen yang terbakar. b) Suntikan isyarat – menggunakan penjana isyarat yang betul mengikut litar atau peringkat yang diuji rajah 4.0 (a) Bunyi nada (tone) 1KHz akan berbunyi di pembesar suara jika peringkat yang diuji dalam keadaan normal. c) Surihan isyarat – menggunakan osiloskop untuk melihat kehadiran isyarat rajah 4.0 (b) d) Sukatan voltan – menganalisa voltan dan membandingkan voltan sebenar dan voltan ketika litar dalam keadaan rosak. e) Sukatan rintangan – menentukan komponen dan jenis kerosakan.