pengertian nilai, norma, dan moralFull description
nilai moral film tanah surga katanyaFull description
Pengitngnya Etika dan Moral dalam OlahragaFull description
pentingnya nilaiFull description
dokumenDeskripsi lengkap
Pengitngnya Etika dan Moral dalam Olahraga
Moral
Decision taking in work environmentFull description
Pendidikan Moral
Nilai: Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 3.1.1 Menjelaskan peranan sebagai jiran
3.1 Melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran
3.1.2 Membincangkan kepentingan melaksanakan peranan sebagai jiran
JAWAPAN
3.1.1 (KOGNITIF) Menolong jiran apabila mereka berada dalam kesusahan Memerhatikan rumah jiran sekiranya mereka tiada Memberi makanan kepada binatang peliharaan jiran jika mereka tiada di rumah 3.1.2 (KOGNITIF) Mengeratkan perhubungan antara jiran Mengukuhkan perpaduan sesama manusia Berkongsi masalah yang dihadapi Memupuk semangat perpaduan
3.1.3 Menyedari peranan sebagai jiran
3.1.4 Mempraktikkan peranansebagai jiran
3.1.3 (PERASAAN) Berasa seronok dapat mengenali dan berbual dengan jiran Berpuas hati dan berasa bangga jika dapat membantu mereka 3.1.4 (PERLAKUAN) Menolong mengangkat pakaian yang dijemur Membantu menyiram bunga di halaman Melaporkan kepada polis andai kata ternampak
NILAI : BERTANGGUNGJAWAB TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid menyatakan tanggungjawab sebagai 1
jiran
INSTRUMEN
Lisan Bertulis
Murid menerangkan kepentingan 2
melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran
Bertulis
Murid melaksanakan peranan sebagai jiran 3
dalam sesuatu situasi dengan bimbingan.
Lakonan
Murid mempraktikkan peranan sebagai jiran 4
dalam pelbagai situasi
Soal selidik
Murid mengamalkan peranan sebagai jiran 5
dalam kehidupan seharian.
Soal selidik
Murid mengamalkan peranan sebagai jiran 6
dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.
Soal selidik
TP:1 UJIAN LISAN DAN BERTULIS Tandakan ( / ) pada pilihan jawapan berikut. 1. Jika anda mengetahui jiran sedang sakit, apakah yang perlu anda lakukan? a. Menziarahi jiran kamu di rumah b. Buat tidak tahu kerana anda tidak nampak
2. Jiran kamu sedang melancong ke luar negara. Anda? a. Lebih suka kerana tiada jiran di rumah b. Memerhati rumah jiran sewaktu ketiadaannya 3. Anda ternampak kucing jiran sedang kelaparan semasa ketiadaan mereka di rumah.
a. Memberikan makanan pada kucing itu b. Membiarkan kucing itu kelaparan 4. Jiran baru anda sedang sibuk mengangkat barang-barang ke dalam rumah. a. Bersama-sama jiran mengangkat barang tersebut
b. Melihat dari dalam rumah sahaja 5. Hari hendak hujan. Jiran anda tergesa-gesa mengambil kain yang banyak di ampaian a. Berlari masuk ke dalam rumah b. Membantu jiran mengambil kain di ampaian
TP:2 – BERTULIS 1.
Jawab soalan berikut berdasarkan gambar di atas.
Apakah yang sedang dilakukan oleh dua orang ini? a. …………………………………………………………………. b. ………………………………………………………………….
2.
Apakah yang akan anda lakukan apabila melihat situasi seperti ini? a. …………………………………………………………………. b. ………………………………………………………………….
3.
Nyatakan kepentingan anda sebagai jiran. a. …………………………………………………………………. b. ………………………………………………………………….
4.
Apakah perasaan anda setelah melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran? a. …………………………………………………………………. b. ………………………………………………………………….
TP:3 LAKONAN Situasinya: Seorang jiran perempuan anda membawa barang-barang yang berisi penuh makanan kering dan basah dari pasar. Ketika itu anda sedang menunggang basikal di tepi jalan. Apakah peranan anda sebagai jiran?
TP: 4 – SOAL SELIDIK 1. Adakah murid ini menjalankan tanggungjawab sebagai jiran yang baik? YA
TIDAK
2. Jika YA, nyatakan sokongan anda tentang kenyataan di atas: a)…………………………………………………………… b)…………………………………………………………… c)……………………………………………………………
TP: 5 – SOAL SELIDIK 1. Pernahkah murid ini membantu keluarga anda ketika mengadakan sesuatu majlis seperti hari jadi, hari raya dan sebagainya? YA TIDAK 2. Adakah murid ini selalu bertanya khabar tentang kesihatan anda? YA TIDAK 3. Adakah murid ini selalu menolong anda ketika membawa barang-barang yang banyak dari pasar? YA TIDAK 4.
Adakah murid ini memberikan bantuan ketika anda memerlukan? YA TIDAK
5. Pernahkah murid ini membuka radio dan televisyen dengan bunyi yang kuat sehingga mengganggu ketenteraman anda? YA TIDAK
TP:6 – SOAL SELIDIK Adakah anda rasa murid ini seorang yang bertanggungjawab sebagai jiran dan boleh dicontohi oleh orang lain? Jika Ya, nyatakan sokongan anda terhadap kenyataan di atas. ……………………………………………………………………………….
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 KELAS : 4 Amanah MASA : 8.15 pagi – 9.15 pagi NILAI UTAMA : Bertanggungjawab NILAI SAMPINGAN : Baik hati, hemah tinggi TAJUK : Tanggungjawab terhadap jiran STANDARD KANDUNGAN : 3.1.1 Melaksanakan tanggungjawab terhadap jiran STANDARD PEMBELAJARAN : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i) Menjelaskan peranan sebagai jiran. (kognitif) ii) Membincangkan kepentingan melaksanakan peranan sebagai jiran. (kognitif) iii) Menyedari peranan sebagai jiran. (perasaan) EMK : Keusahawanan ( EK5 – 5.1) BBM : Komputer riba, LCD projektor
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : Set Induksi: a) Guru menunjukkan gambar kepada murid. (5 min) b) Guru bertanya beberapa soalan dan murid memberi jawapan. c) Guru menulis jawapan murid di papan hitam. Langkah-langkah ( 50 min ) 1) Guru menerangkan tentang nilai yang akan dipelajari. 2) Guru menunjukkan beberapa slide gambar kepada murid. 3) Murid melihat gambar dan memberi perhatian. 4) Soalan lisan diberikan kepada beberapa orang murid yang dipilih tentang kepentingan melaksanakan peranan sebagai jiran. Contoh soalan: Apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila melihat situasi seperti ini? 5) Guru membahagikan murid dalam beberapa kumpulan. 6) Setiap kumpulan perlu membincangkan tentang tajuk yang berkaitan tentang nilai tanggungjawab. Contoh soalan: Nyatakan kepentingan melaksanakan peranan sebagai jiran. 7) Guru memberi contoh dalam bentuk peta pemikiran kepada murid dan membimbing mereka menghasilkan peta pemikiran tersebut dengan jawapan yang telah murid bincangkan bersama ahli kumpulan. 8) Pembentangan daripada setiap kumpulan hasil perbincangan itu tadi. 9) Guru memberi lembaran kerja kepada setiap murid. 10) Murid dikehendaki menjawab soalan pendek. Contoh soalan: Apakah perasaan anda setelah melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran? Penutup (5 min) :