CONTOH MINIT MESYUARAT PK07 PANITIA PENDIDIKAN KHASFull description
sila copy n paste...
lllllllllllllllllllllFull description
panitia tmkFull description
minit mesyurat ringkasFull description
Full description
contoh minit mesyuarat
Diiplin 2017
MINIT
minit se jenderak selatanFull description
biologyFull description
minit mesyuarat 3kFull description
ASETFull description
,m,k
minit
Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1(2017)
TerperinciFull description
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA SESI 2017 SMK BAKUN Tarikh : 8 Mac 2017 Hari : Rabu Masa : 1.00 petang Tempat : Bilik Disiplin SMK Bakun Kehadiran : 1. En. Ku Ahmad Fatakhsya Bin Ku Talib (Ketua Panitia) 2. Pn. Nur Nadiah Binti Abdul Rahim 3. Pn. Hamidah Binti Jamaludin 4. Pn. Normila Binti Zainuddin 5. Cik Nurulhaida Binti Mohd Rosdi 6. Cik Norfazrina Binti Kamarudin 7. Cik Norhasyimah Binti Ismail 8. En. Mohd Afiq Bin Roshide 9. En. Zulfadli Bin Shahaini 10. En. Jan Tusau Agenda : 1. Ucapan Alu-aluan daripada Ketua Panitia Sains 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama 3. Dapatan Nazir 4. Perancangan Bulan Sains dan Matematik 5. Soalan Peperiksaan 6. Penutup Bil 1.
Perkara Ucapan Alu-aluan Ketua Panitia Sains 1.1 En. Ku Ahmad selaku Ketua Panitia Sains mengalukan kehadiran semua guru panitia Sains ke mesyuarat panitia sains kali kedua bagi tahun 2017.
2.
Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama 2.1 Minit Mesyuarat Kali Pertama telah disokong dan dicadangkan oleh: Pencadang : Cik Norfazrina Binti Kamarudin Penyokong : Puan Hamidah Binti Jamaludin
3.
Dapatan Nazir 3.1 Menurut Ketua Panitia, berdasarkan lawatan nazir pada tahun lepas, beliau menekankan beberapa aspek penting bagi penambahbaikan Panitia Sains iaitu: Penyemakan Kerja Murid Penerapan Elemen KBAT Bahan dan Radas Perekodan Data dari Pentaksiran Prestasi Murid Pencerapan PCG 3.2 Penyemakan kerja murid dilaksankan setiap bulan, iaitu 10 sampel hasil
Tindakan
kerja murid setiap kelas yang diajar oleh guru panitia akan dihantar secara rawak bagi tujuan penilaian Ketua Panitia atau Ketua Bidang Sains dan Matematik. Ketua Panitia menyatakan bahawa setelah menyemak hasil kerja murid bagi setiap tingkatan bagi bulan Februari, beliau mendapati hasilnya tidak begitu memuaskan. Ketua Panitia mahu kesemua guru panitia memastikan hasil kerja murid lengkap dan menyuruh murid untuk menyiapkan kerja atau membuat pembetulan tersebut secepat mungkin. 3.3 Di dalam dapatan nazir juga ada menyentuh berkaitan Penerapan Elemen KBAT dalam pembelajaran dan pengajaran. Ketua Panitia menyarankan kesemua guru panitia supaya menyelitkan elemen tersebut dalam PdP. Elemen KBAT boleh diwujudkan dalam soalan. Ketua Panitia menyatakan bahawa nazir mencadangkan supaya kesemua guru panitia membuat perancangan dan memperbanyak soalan-soalan yang berbentuk KBAT bagi merangsang murid untuk berfikir dengan lebih mendalam. 3.4 Ketua Panitia juga menyatakan bahawa melalui dapatan nazir, beliau menyarankan kesemua guru panitia sains supaya memaksimumkan penggunaan bahan dan radas di makmal dalam PdP. Walaupun makmal sains mempunyai bahan dan radas yang terhad dan tidak mencukupi namun nazir menyarankan supaya guru panitia menggunakan bahan dan radas tersebut seadanya semasa menjalankan eksperimen. Ketua Panita juga mencadangkan supaya guru panitia sains menggunakan bahan dari luar supaya PdP berjalan dengan lebih kreatif dan menarik.
Semua guru panitia
Semua guru panitia
Semua guru panitia
3.5 Ketua Panitia juga menyentuh isu mengenai perekodan data daripada Pentaksiran Prestasi Murid. Ketua Panitia menegaskan bahawa TOV dan ETR harus ada bagi setiap ujian sumatif yang dijalankan. Ketua Panita menyatakan bahawa, contoh templat rekod prestasi murid boleh didapati daripada beliau. 3.6 Ketua Panitia memberitahu bahawa beliau akan mengadakan pencerapan terhadap kesemua guru sains bagi menganalisis kekuatan dan kelemahan proses Pdp yang dijalankan oleh guru tersebut. Selain itu, Ketua Panitia menggalakkan kesemua guru panitia supaya melaksanakan PLC antara rakan-rakan guru panitia supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan boleh diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran masing-masing.
Semua guru panitia
3.7 Ketua Panitia menyatakan beliau belum menerima berita mengenai kemasukan wang PCG. Ketua Panitia akan sentiasa mengikuti perkembangan melalui unit pentadbiran sekolah mengenai hal ini supaya segala aktiviti dan perancangan akan berjalan seperti yang dirancang. Ketua Panitia menyatakan sekali lagi bahawa 60% daripada PCG akan dibelanjakan bagi bahan dan radas. Beliau juga menyatakan bahawa Sarawak Hidro akan memberi sumbangan kepada sekolah bagi menyediakan bahan dan radas di makmal.
Semua guru panitia
dimasukkan dalm RPH. Ketua Panitia mengatakan bahawa RPH yang baru akan disediakan ruangan kemahiran berfikir dan meminta semua guru sains menggunakan RPH yang selaras. 4
Penggunaan alat radas 4.1 Ketua panitia telah memberitahu bahawa guru panitia sains perlu kreatif dalam menggunakan alatan radas dan abahan eksperimen. Tidak semestinya mengharapkan alatan makmal semata-mata. Guru juga boleh menggunakan bahan luar untuk membantu dalam proses PDP dan melakukan eksperimen. Walaubagaimanapun, panitia akan memperuntukan duit PCG tahun hadapan untuk menambahkan lagi bilangan alatan makmal. Rekod prestasi murid
5 5.1 Ketua panitia memberitahu supaya ujian foramatif harus dilakukan setiap kali habis bab. Tempoh ujian formatif adalah dalam linkungan 30 minit. 5.2 Ketua Panitia menyuruh setiap guru panitia supaya menyiapkan soalan Ujian Sumatif lebih awal dari tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan Semua guru sebarang kelewatan. 5.3 Kertas soalan ujian Sumatif juga haruslah mengikut Jadual Spesifikasi Ujian.
6
7
8
5.4 Guru perlu memproses data yang diperolehi daripada pentaksiran kepada maklumat prestasi murid secara terperinci untuk dijadikan asas penjanaan strategi yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian murid dalam akademik. Analisi item mesti dibuat dan daripada hasil dapatan guru perlu berbincang untuk wujudkan program / aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi akademik murid. Pencerapan dan PLC guru panitia 6.1 Daripada dapatan Nazir, Ketua panitia perlu membuat nalaisis kekuatan dan kelemahan setiap guru dan perlu dicerap secara sistematik supaya prestasi guru meningkat. Oleh yang demikian, KP sains akan membuat pencarapan secara PLC bagi menganalisis kekuatan dan kelemahan setiap guru berdasarkan pencerapan tahun semasa. Mulai tahun hadapan, PLC akan dijalankan secara berkala. 6.2 Puan Normila meminta supaya guru yag berpengalaman untuk selalu berkongsi pandangan dan ilmu kepada guru baru supaya dapat membantu guru dalam menigkatkan kemahiran pdp mereka. PCG 7.1 Ketua panitia menyatakan bahawa duit PCG telah 100% digunakan pada 26 September 2016. Dimana sebahagian besar duit tersebut dibelanjakan untuk pembelian bahan radas makmal sekolah yang kurang. Hal – hal lain 8.1 Encik Jan Tusau memohon supaya setiap guru diberikan kelas yang sama tingkatan bagi mengajar subjek Sains pada tahun hadapan bagi memudahkan persiapan dan meningkatkan kemahiran guru. KP mengatakan bahawa dia akan berusaha untuk memudahkan kerja guru sebaik yang mungkin.