Pengerusi mengalukan kedatangan guru dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru dapat menghadiri mesyuarat ini. Tindakan : Makluman
PENGESAHAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-2 SESI 2017 2.1.
Minit mesyuarat Kali ke-2 sesi 2016 telah disahkan tanpa pindaan Pencadang : Pn Sharina binti Ghazali Penyokong : Pn Anizah binti Salamon
3.
POST MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 3.1. Analisa keputusan peperiksaan pertengahan tahun adalah seperti berikut : TAHUN 2016
3.2.
CALON 52
A+ -
A 1
A-
B+ -
B -
C+ 3
C 4
D -
E 17
F 27
Peratus kelulusan bagi bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun menurun kepada 48.08% berbanding 67.92% bagi UP1. UP1. Bilangan pelajar yang mendapat A juga berkurang. Hanya Hanya seorang sahaja sahaja pelajar yang mendapat A- berbanding 6 orang pada UP1. Bilangan pelajar yang mendapat A juga jauh daripada sasaran iaitu seramai 13 orang target untuk mendapat A. Tindakan : Makluman
3.3.
Setelah analisis dilakukan beberapa masalah dikenalpasti serta langkah mengatasi, diantaranya ialah :
4.
FAKTOR KEGAGALAN/MASALAH
CARA MENGATASI
Pelajar tidak bersedia dengan format soalan Kbat
Mendedahkan soalan format Kbat dengan lebih banyak
Pelajar kurang bersedia untuk menghadapi PPT ( tidak serius dalam kelas)
Sentiasa mengingatkan pelajar tentang peperiksaan SPM yang semakin hampir
Soalan lazim tidak dijawab dengan baik ( tidak dapat markah penuh)
Membuat latih tubi soalan koleksi SPM, Modul JUJ , Seminar Menjawab Kertas Matematik SPM
Pelajar tidak menguasai topik tingkatan 4
Membuat ulangkaji topik tingkatan 4
Pelajar hanya bergantung kepada latihan di dalam kelas sahaja. Tiada inisiatif untuk membuat latihan sendiri
Membekalkan kepada pelajar Modul JBB ( Soalan Topikal SPM)
Kurang keyakinan diri untuk menjawab soalan dengan sendiri.
Membuat latih tubi secara topikal
BELANJAWAN PANITIA 4.1. Pengerusi memaklumkan baki peruntukan panitia matematik bagi tahun ini adalah sebanyak RM300.50. 4.2. Bahan-bahan serta peralatan yang telah dibeli adalah : i. Kertas Graf - 5 rim ii. Buku Rujukan PT3 - 10 buah iii. Plastik Liminate - 2 kotak iv. Jangka Lukis Guru - 2 buah v. Jangka Sudut Guru - 2 buah vi. Jangka Sudut Pelajar - 15 buah 4.3. Bahan-bahan tersebut akan diletak di dalam almari Panitia Matematik. Tindakan : Makluman
5.
PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN PELAJAR 5.1. Pengerusi memaklumkan seminar teknik menjawab kertas Matematik SPM dan PT3 akan diadakan sebelum Peperiksaan Percubaan. Cadangan tarikh bagi seminar tersebut adalah : i. SPM - 18 Ogos 2016 ii. PT3 - 20 Ogos 2016 Tindakan : Makluman 5.2. Pn Sharina mencadangkan untuk menjemput Encik Hazit bin Kamaruddin dari SMK Bukit Rangin, Kuantan sebagai penceramah bagi seminar tersebut. Beliau adalah merupakan JU Pedagogi Matematik,Ketua Penanda SPM serta penggubal soalan percubaan SPM. Pn Sharina akan cuba menghubungi Encik Hazit. Tindakan : Pn Sharina 5.3. Pengerusi meminta Pn Anizah untuk menyediakan surat jemputan kepada penceramah .
5.4. Kelas Tambahan Berfokus bagi sesi kedua akan bermula pada minggu hadapan. Semua guru matematik yang terlibat perlu mematuhi jadual yang telah dikeluarkan. Tindakan : Makluman 6.
HAL-HAL LAIN - TIADA -
7.
PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang.