Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Aset Sekolah.docxkali -4
Full description
mmrmt
HU
Contoh Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah kali pertama.
minit mesyuarat rmt
minit mesyuarat linus
contoh minit mesyuarat tmkFull description
sila copy n paste...
gx
Full description
meetingFull description
okFull description
minit mesyuarat rmt
Ini adalah contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah yang mengikut format SPSK Mac 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di Johor Bahru di Malaysia.
hip
Full description
Minit
Minit Messyuarat Pengurusan Asrama
kertas kerja rmt
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) KALI KEDUA TAHUN 2013 SJK(T)HICOM Tarikh : 11 SEPTEMBER 2013 Masa : 2.00 tengahari Tempat : Pusat Sumber
1.0 MEMBINCANGKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ASET Pengerusi juga menerangakan terdapat 6 tugas utama ahli jawatankuasa aset/alih harta (Pegawai Aset) sekolah, iaitu: 1.
Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan iaitu dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan, pemeriksaan, pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset alih Kerajaan;
2.
Memastikan Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik dilantik menjalankan pemeriksaan ke ke atas aset setiap tahun;
3.
Memastikan Lembaga Pemeriksa yang dilantik dilantik menguruskan pelupusan aset;
4.
Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori, Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset Alih Kerajaan dan Lapor an Tindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada setiap hujung/ awal tahun berikutnya untuk disemak sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan tahunan aset disediakan sebelum 16 Januari setiap tahun.
5.
Bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah aset /alih harta sekolah dengan berkesan.
6.
Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TOA) bil.5 Tahun 2007.
2.0 BUKU STOK Pengerusi juga memaklumkan bahawa keadaan terkini buku stok sekolah tidak begitu baik. Ia tidak di kemaskini dengan betul dan teratur dan berharap pada tahun ini perkara t ersebut dapat diselesaikan. Puan Suria memaklumkan bahawa semua stok di Pusat Sumber sekolah berada di dalam keadaan yang baik tetapi menghadapi masalah untuk mengisi nombor stok kerana beliau tidak mengetahui apakan turutan yang betul bagi nombor-nombor tersebut. 3.0 PENDAFTARAN SEMULA ASET SEKOLAH Pengerusi memaklumkan matlamat jawatankuasa pada tahun ini adalah mengemaskini stok sedia ada. Perisian secara otomatik telah dibeli dan memohon kepada pegawai aset untuk memasukkan segala data secara terus kedalam komputer. Komputer telah disediakan di dalam pejabat .
Aset akan disemak mengikut tempat yang mempunyai guru/PPM/penjaga bilik. Menjadi tanggungjawab pemilik tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat aset menggunakan borang yang akan disediakan oleh Pegawai Aset sekolah. Mesyuarat juga memutuskan semua aset sediada perlu di kemaskini . Pengerusi juga meminta guru untuk menyediakan carta gantt untuk mencapai sasaran yang telah di berikan.
4.0 HAL-HAL LAIN En. M.Ramadass bertanya jika printer rosak dan diganti baru adakah perlu di masukkan sebagai harta baru sedangkan barang tersebut diganti. Pengerusi memaklumkan perkara tersebut perlu di kemaskini di kad harta modal dan di masukkan sebagai aset baru. Pn.S.Mala memohon supaya semua aset yang akan di kemaskini di tampal pelekat aset. Jika barang tersebut di selenggara perlu di kemaskini di dalam kad harta modal. Setiap aktiviti yang beraku terhadap barang tersebut perlu di rekodkan dengan baik.
5.0 PENUTUP Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan aset sekolah berada di dalam keadaan terkini.