CONTOH MINIT MESYUARAT PK07 PANITIA PENDIDIKAN KHASFull description
badminton
MINIT MESYUARAT PPDA
minit mesyuarat pemilihan tender kantin
Diiplin 2017
meetingFull description
minit mesyuarat rmt
Ini adalah contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah yang mengikut format SPSK Mac 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di Johor Bahru di Malaysia.
hip
Full description
port mortem merentas desa
merentas desa sekolah 2018Full description
contoh minit mesyuarat tmkFull description
MINIT MESYUARAT MERENTAS DESA 2017 (MSSD KINTA SELATAN) MESYUARAT PENYELARASAN MERENTAS DESA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN TAHUN 2017
Tarikh
: 2 Februari 2017
Masa
:
2:30 Tengahari
Tempat
:
Bilik Gerakan Sk. Sentosa, Kampar
Kehadiran :
Rujuk Lampiran
Agenda : 1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan Pengerusi Teknik dan Pembangunann Sukan.(PTPS) 3. Taklimat penyelarasan pertandingan/kejohan pertandingan/kejohanan an 4. Hal-hal-lain 5.
Penangguhan
1. Perutusan Pengerusi
1.1
Guru Besar Sk. Sentosa memberi kata-kata aluan dan ucapan selamat
datang kepada semua
wakil daripada sekolah-sekolah daerah Kinta Selatan. 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dan mengharapkan agar mesyuarat berjalan lancar. 1.3
Beliau juga meminta maaf kerana terpaksa minta diri dan izin untuk
keluar kerana mempunyai urusan lain.
2.
Ucapan Pengerusi Teknik dan Pembangunann Sukan.(PTPS)
2.1
En. Varatharajoo(PTPS) daerah mengucapkan selamta datang kepada semua yang hadir.
2.2
Beliau memaklumkan tarikh bagi Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Selatan 2017 akan di adakan pada:
Tarikh : 11 Februari 2017 Masa : 8:30 pagi Tempat : Sk. Malim Nawar
2.3 Beliau berharap semua sekolah memberi kerjasama kerana penyertaan adalah wajib.
merentas desa adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini. 3.2
Memaklumkan yuran penyertaan adalah sebanyak RM30.00 untuk setiap kategori. dibayar kepada PIBG Sek Keb, Sentosa dalam bentukcek atau tunai.
3.3
Beliau menyatakan pendaftaran mestilah dibuat seberapa segera untuk kelancaran kejohanan dan boleh berhubung dengan pihak tuan rumah kejohanan.
3.4
Penerangan tentang undang-undang pertandingan,penentuan kejuaraan, nombor peserta
adalah seperti yang terdapat pada
edaran yang telah diberi. 3.5
Penolong kanan .Kokurikulum Sk. Sentosa En. Saiful menjawab pertanyaan berkenaan nombor peserta iaitu kain tidak semestinya berwarna oren tetapi yang penting adalah nombor mestilah berwarna hitam dan setiap murid perlu mempunyai nombor peserta.
3.6
Beliau juga berharap semua peserta berpakaian yang sesuai dan melapor diri pada setengah jam awal dari masa yang telah di tetapkan untuk tujuan pemanasan badan.
3.7
Beliau juga menerangkan pelan lokasi merentas desa di paparan lcd dan merujuk edaran yang diberikan.
3.8
Wakil Sk. Gopeng Jalan Ilmu mencadangkan supaya meletak tali di kawasan lombong yang berisiko dan menanyakan adakah tempattempat di mana murid boleh memintas di laluan yang tidak dibenarkan.
3.9
PTPS menerangkan murid akan diberikan gelang untuk pengesahan dan kawasan yang
berisiko akan diberi perhatian oleh pihak tuan rumah. 3.10 Pk Kokurikulum Sk. Bukit Pekan bertanya adakah boleh menghantar lebih peserta pertandingan dan ada yang bertanya bolehkah
menghantar peserta warga Indonesia. 3.11
PTPS menjawab tidak boleh kecuali semua sekolah bersetuju manakala tidak boleh jika
murid bukan warga kerana syarat
pertandingan menetapkan mestilah warganegara Malaysia. 3.11 Wakil Sk.Gopeng Jlan Ilmu bertanya apakan yang peserta akan dapat untuk bayaran pendaftaran Rm 30.00. 3.12 En. Saiful menjawab peserta akan diberikan sarapan pagi iaitu roti san air kotak semasa pendaftaran dan untuk murid juga disediakan selepas pertandingan. 3.13 Segala peraturan boleh rujuk
4.
Hal-hal lain
4.1
Wakil SK.Ulu Geruntum bertanya bolehkan yuran dibayar secara tunai dan wakil SK. Kuala Dipang bertanya bilakah tarikh akhir menyerahkan borang penyertaan.
4.2
En.Saiful Sentosa menjawab boleh dan selewat-lewatnya pada hari kejohanan.
4.3
Wakil SK. Bukit Pekan mencadangkan agar yuran dan borang penyertaan diserahkan lebih awal agar tidak berlaku kesesakan pada hari kejohanan.
4.4 En. Saiful bersetuju dengan cadangan itu tetapi memberi kelonggaran kepada sekolah- sekolah yang jauh. 4.5
PTPS berharap prestasi pada tahun ini lebih baik daripada sebelumnya dan berharap sekolah dapat menghantar peserta yang terbaik.
4.6 Beliau juga memaklumkan peserta lelaki bawah 12 tahun, pada tahun lalu mendapat tempat ketiga peringkat negeri Perak. 4.7 Wakil SK Malim Nawar bertanya berapa cacatan masa bagi johan L12 tahun lepas. 4.8
PTPS tidak dapat menjawab dengan tepat kerana tidak terlibat pada tahun lepas.
4.9
PTPS juga memberitahu sekiranya berlaku kecemasan pada hari kejohanan bolehlah segera memaklumkan kepada pihak penganjur untuk tindakan lanjut.
4.10 Beliau juga menginngatkan agar guru memberi peringatan kepada murid dari segi keselamatan diri. 4.11 Taklimat keselamatan akan diberi pada hari kejohanan tetapi sesi pemanasan badan adalah oleh sekolah masing-masing. 4.12 PTPS juga menyatakan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini contohnya hujan lebat pada hari kejohanan, ianya akan di putuskan pada hari kejohanan berdasarkan perbincangan daripada urusetia pertandingan.
5 Penangguhan
5.1 En.Saiful mengucapkan ribuan terima kasih kepada PTPS En.Varatharajoo di atas penerangan dan taklimat yang disampaikan. 5.2 Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam kejohanan ini khususnya dari aspek pendaftara n dan yuran agar pihak penganjur dapat membuat persiapan awal agar melancarkan urusan.
5.3 Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat pada hari ini dan mesyuarat di tangguhkan pada pukul 3:30 petang.
Di sediakan oleh : Mohd Syahril Nizam bin Abdul Rashid Setiausaha Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Selatan 2017