contoh surat makluman kepada ibu bapaFull description
Full description
EMK
Laporan PIDFull description
Laporan live in desa gw di wonogiri nih.. hehe This is my report for the live-in in wonogiriFull description
Full description
LOMABA DESA
komunitasDeskripsi lengkap
FORMAT DESA SIAGA
Deskripsi lengkap
SK SULTAN SIR IBRAHIM LAPORAN AKTIVITI MERENTAS DESA 2017
1. Nama Program
: Merentas Desa 2017
2. Tarikh
: 17 Jan 2017
3. Hari / Masa
: Selasa / 07.30 Pagi
4. Tempat
: SK Sultan Sir Ibrahim & Kem 5RAMD Kem Batu 3
5. Objektif
:
Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama, antaranya adalah untuk : i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas merentas desa sebagai acara tahunan. tahunan. ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu individu yang cergas. iii. Memupuk semangat semangat kerjasama di kalangan warga SK Sultan Sir Ibrahim Ibrahim dalam mengendalikan mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya. iv. Menambah ilmu pengetahuan murid dan warga SK Sultan Sir Ibrahim tentang alam sekitar v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat semangat berjuang berjuang dalam kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan . vi. Memilih wakil sekolah untuk ke pertandingan di peringkat daerah.
6. Sasaran
:
Pertandingan ini telah dijalankan kepada semua murid daripada tahun 1 sehingga murid tahun 6 SK Sultan Sir Ibrahim kecuali bagi murid-murid yang mendapat kebenaran kebenaran pengecualian daripada Guru Besar atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai pertandingan ini daripada doktor.
7. Butiran Aktiviti
:
7.1 Strategi Pelaksanaan: Merentas desa merupakan suatu aktiviti yang dijalan di SK Sultan Sir Ibrahim, Kluang, Johor pada setiap tahun. Kami semua guru sekolah ini bersama dengan GPK Kokurikulum, iaitu En. Kamarul Zaman bin Ahmad bercadang untuk menjalankan aktiviti pada 17 Jan 2017. Pada 09 Jan 2017 kami semua guru bersama pentadbir mengadakan mesyuarat Kejohanan Merentas Desa di perpustakaan pada pukul 01.30 petang. Hasil dapatan daripada mesyuarat, kami semua telah sepakat dan bersetuju dengan tarikh cadangan iaitu 17 Jan 2017. Guru besar juga mencadangkan agar semua murid yang terlibat dalam larian merentas desa dipakaikan nombor badan dan juga membuat lorong penamat setiap kategori.
7.1.1
Fasa Sebelum Pelaksanaan
Setelah mendapatkan kebenaran dari guru besar, kami semua guru menetapkan suatu hari untuk memerhatikan trek merentas desa. Pada petang 09 Jan 2017, kami memerhatikan keadaan trek merentas desa. Kami memastikan keadaan trek itu berada dalam keadaan yang baik dan selamat demi keselamatan para pelajar. Selepas itu kami menetapkan guru pada setiap ‘check point’ dan sebanyak lapan ‘check point’ telah ditetapkan.
Pada 10 Jan 2017, telah diadakan latihan merentas desa. Tujuan latihan merentas desa ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid baru dan juga murid lain tentang trek merentas desa.
7.1.2
Fasa Semasa Pelakasanaan
Pada hari Selasa pada pukul 7.30 pagi guru dan murid berkumpul di dataran. Murid dan murid membuat aktiviti senamrobik dan aktiviti pemanasan badan.
Guru yang bertugas di check point bergerak ke check point masing-masing. Murid berkumpul mengikut kategori masing - masing dan dilepaskan berperingkat-peringkat mengikut kategori masing-masing.
7.1.3 Fasa Selepas Pelaksanaan Aktiviti merentas desa berjaya diadakan seperti yang dirancang oleh semua guru sekolah. Kami mengambil sepuluh (10) orang yang terpantas dari setiap tahap sebagai pemenang.
8. Penilaian Program 8.1 Kekuatan Program
Mendapat sokongan sepenuhnya daripada murid guru dan ibu bapa serta warga Kem 5 RAMD.
Laluan merentas desa dilakukan di dalam kem 5RAMD dan sebarang risiko kemalangan adalah sangat rendah.
8.2 Kelemahan Program
Jarak laluan merentas desa terhad.
8.3 Cadangan Penambahbaikan
Menambah jarak laluan merentas desa
Menambah kategori baru iaitu kategori ibu dan kategori bapa.
9. Dokumentasi Bergambar
Konklusinya, aktiviti merentas desa 2017 ini telah berjalan seperti yang dirancang oleh kami. Ia memberikan pelbagai ilmu dan pengalaman kepada kami. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar, para guru, kakitangan sekolah dan juga ahli PIBG yang berjaya menjayakan projek kami.