CONTOH MINIT MESYUARAT PK07 PANITIA PENDIDIKAN KHASFull description
Minit
kertas kerja rmt
minit
hemFull description
ldp
Full description
minit mesyuarat pemulihan dan linus
badminton
Contoh MINIT MESYUARAT LBI 2017
Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1(2017)
contoh minit mesyuarat kebajikanFull description
CONTOH MINIT MESYUARAT PSS
minit biasiswaFull description
minit mesyuarat pemilihan tender kantin
Diiplin 2017
meetingFull description
minit mesyuarat rmt
Ini adalah contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah yang mengikut format SPSK Mac 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di Johor Bahru di Malaysia.
hip
CONTOH MINIT MESYUARAT PSS
minit mesyuarat guru 2018Full description
SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT MINIT MESYUARAT UNIT PPDa BIL 1/2017 Tarikh
:10hb Mac 2017
Masa
:1.30 petang
Tempat
:Bilik Mawar, SKAUK
Pengerusi
:Puan Norfouwiza bt Jalani
Kehadiran(Bilangan) :13 orang guru Turut Hadir (Jika ada):
1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Puan Nor Fouwiza selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini. 1.2 Puan Nor Fouwiza juga berharap program PPDa kali ini berjalan lancar dan mengikut perancangan. Beliau juga berharap agar murid di sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan dadah.
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 2.1 Dibentang oleh Pn.Norafida binti Abdullah Aziz 2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En.Mohamad Hidayat bin Saidi 2.3 Disokong untuk pengesahan oleh Pn.Suraimi bt Youp 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit
4.0 AKTIVITI TAHUNAN PPDa 2017 4.1 Puan Norafida selaku setiausaha unit PPDa mengedarkan takwim unit PPDa SKAUK dan menerangkan aktiviti yang dirancang pada tahun ini ialah: 4.1.1
Program 5 Minit
4.1.2
MInggu PPDa
4.2 Untuk program 5 minit bacaan semasa perhimpunan telah disusun dalam jadual dan guru membaca info yang disediakan dalam buku semasa perhimpunan. Guru yang bertugas membaca info berkenaan juga boleh melatih murid untuk membuat persembahan seperti sajak, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Bahan yang berkaitan juga ada disediakan.
4.3 Untuk minggu PPDa yang akan berlangsung dari 13hb Mac 2017 hingga 17hb Mac 2017, setiausaha telah menyediakan kertas kerja serta ahli jawatankuasa bagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. AJK unit PPDa boleh merujuk lembaran yang diberikan. 4.4 Pengerusi berharap semua program yang dirancang memberi manfaat kepada semua murid dan mendapat kerjasama daripada semua guru.
5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pertandingan sudut atau lorong PPDa peringkat negeri belum diputuskan lagi. 5.2 Untuk Karnival PPDa seperti yang tahun-tahun lepas seperti menghantar murid untuk pertandingan sajak, melukis poster dan juga kebiasaanya pasukan tarian belum lagi diketahui.Jika Karnival PPDa akan diadakan, pengerusi berharap agar sekolah dapat menghantar wakil ke pertandingan tersebut.
6.0 PENUTUP 6.1 Mesyuarat unit ditangguhkan pada pukul 2.30 petang
Disediakan oleh, ………………………………… (NORAFIDA BINTI ABDULLAH AZIZ) Setiausaha, Unit PPDa, Sek.Keb.AU Keramat.