PENDAHULUAN
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teoriteori pembelajaran ini, pengajar akan memahami pelbagai cara murid-muridnya bagaimana belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran pembelaj aran dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Menurut James (1890) seperti yang dipetik oleh Mok Soon Sang (2009), psikologi pembelajaran merupakan satu sains yang masih baru, dan ahli-ahli psikologi tidak mula mengkaji fenomena yang dinamakan pembelajaran sehingga kira-kira satu ratus tahun yang lalu. Semenjak itu berbagai-bagai huraian tentang proses pembelajaran telah muncul, sesetengahnya telah lenyap manakala yang lainnya masih bertahan. Pembelajaran akan dihuraikan mengikut tiga perspektif yang berbeza iaitu teori behaviorisme, kognitif dan kognitif sosial. Setiap perspektif tersebut telah diasaskan kepada bertahun-tahun penyelidikan dan dapat memberi berbagai implikasi dalam amalan bilik darjah. Menurut Elias R.M. (2007) seperti di dalam buku Psikologi Pendidikan untuk Perguruan, teori merupakan satu prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan bagi sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan yang terdiri daripada pengetahuan sedia ada dalam diri seseorang untuk memberi panduan bagi menjalankan penyelidikan dan juga untuk mendapatkan sesuatu maklumat baru. Menurut Kamarudin Hj Husin (1993) Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah, konsep pembelajaran pula merupakan perubahan tingkah laku yang berlaku kepada seseorang melalui pengalaman mereka dan juga merupakan bantuan yang diberikan oleh seseorang guru melalui proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukkan sikap dan kepercayaan seorang murid. Menurut Rahil Mahyuddin J. M. (2000) seperti di dalam buku Psikologi
1
Pendidikan II, dari aspek psikologi pula pembelajaran merupakan perubahan tetap atau penguasaan ilmu dan perlakuan yang relatif. Relatif pula bermaksud pembelajaran bukan muktamad dan maklumat dikuasai pada masa sekarang boleh diubah dengan maklumat yang didapati pada masa hadapan. Dalam konteks pendiidkan pula guru-guru akan mengajar supaya seseorang murid dapat belajar dan menguasai isi pelajaran sehingga dia mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru tersebut. Di samping itu, pembelajaran begini berlaku sepanjang hayat dan berterusan sepanjang hayat dalam hidup seseorang murid. Proses pembelajaran juga berkait rapat dengan teori-teori pembelajaran yang menjelaskan bagaimana dan mengapa perubahan tingkah laku berlaku. Para penyelidik sains telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami tingkah laku seorang manusia, cara memperoleh ilmu dan menentukan mengapa seseorang individu itu berkelakuan dalam sesuatu cara tertentu dan terdapat pelbagai pembelajaran yang dipelopori oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Teori-teori pembelajaran merujuk kepada huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan sesuatu maklumat. Ia bertujuan untuk mengkelaskan pelbagai pemerhatian yang dibuat dalam pembelajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. mempengaruhinya.
2
ISI
1.0
Teori Pembelajaran Behaviorisme Menurut Rahil Mahyuddin J. M. (2000) seperti di dalam buku Psikologi Pendidikan II, antara tokoh-tokoh mazhab behaviorisme yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah hasil daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan ransangan adalah sesuatu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran,
kerana
kedua-duanya
adalah
saling
berkaitan.
Behaviorisme
menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Ahli-ahli psikologi behaviorisme berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh perhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan. Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Operan dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner manakala Teori Pelaziman 3
Klasik dipelopori Pavlov dan Watson. Apa yang perlu diketahui daripada Teori Behaviorisme ini adalah prinsip-prinsip teori tersebut yang terdiri daripada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori pelaziman operan Thorndike. Selain daripada itu, perkara yang mestilah diketahui juga adalah bagaimana cara mengaplikasikan Teori Behaviorisme ini terhadap pengajaran dan pembelajaran dari aspek kurikulum, pengajaran dan penilaian. Berikut adalah perbandingan pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh teori behaviorisme.
ASPEK
Nama Teori
John Broadus Watson
Ivan Petrovich Pavlov
Edward Lee Thorndike
Burrhus Frederic Skinner
(1878-1958)
(1849-1936)
(1874-1949)
(1904-1990)
Pelaziman
Pelaziman
Pelaziman
Klasik
Klasik
Operan
Anjing
Kucing
Pelaziman Operan
Albert B Bahan Ujikaji
Tikus Putih
(bayi 9 bulan) Hubungan antara ransangan
Berkaitan pelaziman & Asas Teori
kawalan emosi manusia iaitu ujikaji tentang
dengan gerak Ransangan &
balas akan
gerak balas
menjadi kukuh
(R-G)
jika kesan tingkah laku
Albert (1920)
menyeronokkan atau memuaskan
Jadual 1
4
Menekankan hasil kesan akibat membawa kepada tingkahlaku baru, tingkahlaku diteruskan atau diulang & sebaliknya
Teori Behaviorisme ini yang dikenali sebagai teori tingkah laku, amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.
5
2.0
Teori Pelaziman Klasik (Ivan P.Pavlov) Teori ini juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan dan pelaziman bergerak balas/reponden. Pembelajaran melalui pelaziman ini adalah pertama kali dikaji oleh seorang ahli sains Rusia, Ivan P.Pavlov. Teori Pavlov juga mempunyai empat fasa yang dilalui oleh seseorang individu untuk menguasai ataupun mengubah tingkah laku mereka. Empat fasa tersebut ialah fasa perolehan, fasa penghapusan, fasa diskriminasi dan fasa generalisasi (Mok Soon Sang, 2009). Pertamanya ialah fasa perolehan. Fasa perolehan merupakan fasa di mana fasa permulaan pembelajaran sesuatu gerak balas kepada sesuatu rangsangan. Fasa perolehan ini merupakan proses ulangan seusatu perlakuan yang mengaitkan gerak balas dengan seusatu rangsangan. Sesuatu pembelajaarn itu menjadi lebih kukuh lagi apbila teori pelaziman ini dikuatkan dengan ulangan secara berulang kali. Sebagai contohnya, dalam eksperimen Pavlov, anjing itu belajar untuk mengeluarkan air liur setelah kedengaran bunyi loceng dan pembelajaran ini berlaku apabila anjing tersebut diajar secara berulang kali untuk mendengar bunyi loceng sebelum menerima makanan tersebut. Menurut Pavlov juga, beliau berasa amat sukar untuk meramalkan beberapa kali sesuatu rangsangan dan gerak balas yang perlu diulangi sebelum ia menjadi pembelajaran perlakuan yang kukuh. Dalam sesuatu situasi itu, pembelajaran boleh berlaku dengan serta merta. Sebagai contohnya, anak yang tersentuh sebuah periuk yang panas akan sentiasa takut mendekati periuk tersebut. Oleh itu, beliau merumuskan bahawa pembelajaran berlaku melalui satu siri ulangan tingkah laku yang sama. Fasa kedua ialah fasa penghapusan. Fasa ini berlaku apabila organisma yang telah mempelajari sesuatu gerak balas melalui peneguhan, tidak lagi menerima rangsangan yang meneguhkan dan jika sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti
6
dengan rangsangan tak terlazim, maka perlakuan tersebut tidak akan diulangi lagi. Dalam fasa penghapusan ini, anjing tidak menerima makanan iaitu rangsangan tak terlazim apabila loceng dibunyikan dan lama kelamaan, anjing tidak akan mengeluarkan air liur, iaitu tiada apa-apa gerak balas apabila anjing mendengar bunyi loceng iaitu rangsangan terlazim. Seterusnya ialah fasa pembezaan atau pun diskriminasi. Dalam fasa diskriminasi, seseorang individu dapat mebezakan tidak balas untuk situasi atau rangsangan yang berlainan. Hal ini kerana anjing dalam eksperimen Pavlov belajar untuk membezakan bunyi loceng daripada bunyi yang lain melalui proses pelaziman. Dalam fasa diskriminasi, anjing tidak menunjukkan sebarang gerak balas apabila mendengar bunyi-bunyi yang lain seperti bunyi gendang. Dalam eksperimen ini, apabila Pavlov membunyikan bunyi gendang, anjing tidak lagi mengeluarkan air liurnya dan ini menunjukkan bahawa anjing tersebut sudah belajar untuk membezakan di antara bunyi loceng dengan bunyi gendang. Fasa yang terakhirnya ialah fasa kesimpulan atau pun generalisasi. Fasa generalisasi ini merupakan satu gerak balas terlazim yang dipelajari daripada satu keadaan tetapi yang dapat diaplikasikan kepada semua situasi lain yang sama atau hampir sama. Di samping itu, pembelajaran juga boleh menghasilkan dua jenis tabiat atau perlakuan iaitu tabiat baik atau buruk. Sesuatu tabiat yang baik akan dimurnikan pemahamannya melalui diskriminasi dan generalisasi untuk mengembangkan penggunaannya di dalam situasi-situasi lain yang serupa. Manakala, semua tabiat buruk dalam diri seseorang boleh dihapuskan melalui proses pelaziman.
7
3.0
Mengaplikasikan Teori Pelaziman Klasik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, gerak balas positif dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Model Pembelajaran Pelaziman Pavlov pada asalnya mula digunakan dalam bidang fisiologi pula dapat diaplikasikan dalam bidang tingkah laku pembelajaran orang manusia. Di sini kami menerangkan proses pelaziman dalam rajah dibawah seperti berikut :-
Sebelum Pelaziman
Guru Bahasa Melayu mengajar kelas kali pertama
Gerak balas terlazim terhadap aktiviti pengajaran sahaja
(ransangan tak terlazim)
(perhatian murid)
Semasa Pelaziman
Guru mengajar dengan cara yang menarik
Guru mengajar dengan cara yang menarik
(ransangan terlazim)
(gerak balas tak terlazim)
Selepas Pelaziman
Kehadiran guru
Murid menumpukan perhatian
(ransangan terlazim)
(gerak balas terlazim)
Rajah 1
8
Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif (ransangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran (ransangan tak terlazim) demi menghasilkan gerak balas terlazim, iaitu melalui aktiviti pembelajaran yang memuaskan. Bimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat generalisasi dengan tepat, dengan memberi pelbagai contoh yang berkaitan. Bimbing murid dengan menggunakan kemahiran untuk membuat diskriminasi, misalnya mengenal pasti kesalahan tatabahasa dan kesalahan ayat. Berikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Misalnya, memberi latihan mencari kesalahan tatabahasa di dalam ayat kerap kali. Gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan. Misalnya, menggunakan ransangan baru sebagai ransangan terlazim dalam proses memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup hingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.
9
4.0
Teori Pelaziman Operan (Thorndike) Pembelajaran Pelaziman Operan ini merujuk sesuatu bentuk pembelajaran seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak balasnya. Model Pembelajaran Pelaziman Operan merangkumi empat konsep utama. Antaranya ialah : – Gerak balas operan berlaku secara diri sendiri (tidak sama dengan gerak balas daripada ransangan yang berdasrkn Teori Pelaziman Klasik), jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuh dan dikekalkan. – Sebarang ransangan (termasuk orang, perkara, benda dan sebagainya) yang dapat mengukuhkan gerak balas individu adalah disebut sebagai peneguh (reinforcer ), atau ransangan meneguh (reinforcing stimulus), peneguh boleh bersifat positif atau negative. Misalnya, ganjaran ialah peneguhan positif, manakala denda ialah peneguhan negative. Di bawah konteks pembelajaran, kedua-duanya pula menghasilkan peneguhan (reinforcement ) ke atas gerak balas yang berkenaan. – Peneguhan merupakan sesuatu teknik atau proses yang menggunakan peneguhan untuk mengukuh dan mengekalkan gerak balas yang berkenaan. Seperti peneguh, peneguhan juga ada peneguhan positif dan peneguhan negatif. Misalnya, ganjaran (peneguhan positif) diberi selepas sesuatu tingkah laku berlaku dengan tepat boleh mengukuh dan mengekalkan tingkah laku pelajar yang berkenaan. Manakala, denda (peneguhan negatif) dikenakan selepas sesuatu tingkah laku yang berlaku salah, dan sekiranya pelajar itu mengelakkan diri daripada kena denda, membetulkan tingkah lakunya, denda seterusnya dihentikan. Menarik balik denda itu merupakan kehilangan peneguh negatif yang mendorongkan pembentukan tingkah laku yang tepat.
10
Contoh yang lain adalah, Ikmal mesti membaca satu tajuk drama dalam buku komsasnya sebelum hujung minggu. Dia tidak mahu tugasnya ditanggunhkan oleh itu dia selesaikannya lebih awal. Apabila tugasnya siap, dia tidak perlu risau tentangnya lagi. Sebagai guru kita tidak menggunakan peneguhan negatif dengan kerap. Kita perlu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mengandungi sedikit ransangan yang hendak dielakkan oleh pelajar. Kita perlu sedar bahawa peneguhan negatif mempunyai kesan ke atas tingkah laku. Sebagai contoh seorang murid mungkin menyiapkan tugasannya supaya ia tidak menggangunya dan bukan kerana ia menimbulkan kepuasan intrinsik. Di dalam konteks psikologi pendidikan, penggunaan ganjaran adalah lebih berkesan daripada denda. Ini adalah kerana ganjaran membawa kesan meneguhan secara langung, sedangkan denda membawa kesan peneguhan secara tidak langsung. Teori Pelaziman Operan juga dikenali sebagai ‘teori cuba-ralat’. Teori cubaralat ini adalah dikemukan oleh Edward L. Thorndike pada tahun 1911. Pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error ) atau memilih dan menghubungkait ( selecting and connecting ). Di dalam proses ini, oleh kerana latihan dilakukan secara berulang-ulang, gerak balas yang salah dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurang, perhubungan di antara ransangan dengan gerak balasnya akan semakin bertambah kukuh. Maka, persepsi perhubungan di antara ransangan dengan gerak balasnya sebenarnya merupakan konsep pembelajaran. Mengikut Thorndike, perhubungan ini yang dapat berlaku adalah berdasarkan kepada bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Terdapat 3 hukun pembelajaran, iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan (Mok Soon Sang, 2003).
11
4.1 Hukum Kesediaan Merupakan keupayaan persiapan seseorang individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Mengikut Thorndike, terdapat tiga keadaan yang berlaku dalam proses pembelajaran yang berkaitan dengan Hukum Kesediaan, iaitu :-
Apabila
seseorang
murid
bersedia
untuk
belajar,
maka
pembelajarannya yang dijalankan akan menghasilkan kepuasan. -
Apabila seseorang murid berdia untuk belajar, tetapi tidak dapat dilakukannya, maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.
-
Apabila seseorang murid tidak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.
Hukum Kesediaan menekankan bahawa ganjaran hanya akan berkesan jika murid mempunyai kesanggupan, dari segi psikologinya, untuk menerimanya. Sekiranya murid itu sanggup menerima sesuatu ganjaran yang diberikan tiap-tiap kali dan dapat kepuasannya, maka perhubungan di antara gerak balasnya dengan ganjaran tersebut akan semakin bertambah kukuh. Pemberian ganjaran yang sesuai dengan kehendak
murid akan mendorongkan lebih bersedia untuk menjalan proses
pembelajaran pada masa akan datang. 4.2 Hukum Latihan Semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas yang tertentu dengan ransangan yang berkaitan. Sekiranya pasangan ransangan-gerak balas ( stimulus-response) wujud berkali-kali,
12
maka ikatannya akan bertambah kukuh, dan lebih tinggi kemungkinannya gerak balas itu akan berlaku semula apabila ransangan yang berkenaan wujud lagi pada mas a akan datang untuk menguasai kemahiran sesuatu gerak balas, langkah yang sesuai diambil ialah mengadakan banyak latihan untuk mengukuh ikatanya dengan ransangan yang berkenaan. 4.3 Hukum Kesan Ikatan ransangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan. Gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi lemah, apabila sesuatu gerak balas yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang seronok. Apabila seorang kanak-kanak melakukan sesuatu gerak balas yang tepat, jika orang dewasa memujinya dengan serta-merta, kanak-kanak yang berkenaan akan mendapat kepuasan, dan gerak balas itu akan diperkukuh serta dikekalkan.
13
Disini kami menghuraikan secara ringkas ketiga-tiga hukum dalam teori pembelajaran Thorndike.
Hukum Kesediaan
Hukum Latihan
• Murid bersedia belajar (ransangan motivasi) pembelajaran berkesan dan memuaskan. • Murid belum bersedia belajar ataupun dipaksa belajar (tanpa ransangan) pembelajaran tidak berkesan.
• Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan kerap kali.
• Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. • Jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas Hukum Kesan tersebut akan lenyap.
Rajah 2
14
5.0
Mengaplikasikan Teori Pelaziman Operan (Throndike) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk meningkatkan tahan kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai. Mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas murid dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul kepada murid. Suatu gerak balas yang diikuti dengan konsekuan yang diingini, akan meningkat dari segi kekerapannya. Apabila tingkah laku tidak menghasilkan sesuatu, ia akan belajar dan menunjukkan tingkah laku baru untuk konsekuen yang dibawa oleh tingkah laku tersebut. Berikut adalah beberapa contoh : -
Fateeya belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dalam mata pelajaran Kimia. Beliau mendapat gred A dalam mata pelajaran itu.
-
Melur meniru jawapan ujian Bahasa Melayu daripada kertas Sarah. Beliau mendapat gred A untuk ujian itu.
-
Faiq membawa basikal barunya ke sekolah dan mendapati dirinya dikelilingi oleh rakan-rakan yang ingin cuba menaikinya. Faiq mendapat kawan baru. Banyak daripada tingkah laku yang sesuai dan produktif seperti belajar Bahasa
Melayu atau cuba pendekatan baru dalam permainan, diperoleh sebab kesan dan konsekuen yang diingini akan dicapai. Banyak juga tingkah laku yang tidak sesuai dan tidak diingini, seperti meniru dalam ujian dan mengangkat tangan dan melambailambai guru untuk menjawab soalan, mungkin diperoleh atas sebab yang sama. Sebagai guru, kita perlu pastikan suapaya meneguhkan tingkah laku yang kita mahu murid kita belajar. Kalau guru mahu
pelajar membaca dengan kerap,
bekerjasama dalam kelas, guru patut meneguhkan tingkah laku tersebut apabila ia 15
berlaku. Pada masa yang sama guru perlu berhati-hati supaya tidak meneguhkan sebarang tingkah lau yang tidak sesuai dan tidak produktif. Kita ingat bahawa prinsip pelaziman operan akan berlaku sama ada disengajakan atau tidak. 5.1 Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif Apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajar dan dipelajari melalui stimulasi yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimulasi ini dinamakan sebagai ‘peneguhan’ (reinforcement ). Peneguhan berupa positif atau negatif. 5.1.1
Peneguhan Positif Apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, sebagaimana yang disebut oleh Thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu berulang-ulang gerak balas responden tersebut. Peneguhan positif ialah stimulasi yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Di sini kami sertakan contohnya.
16
Guru
: ‘Apakah maksud ayat majmuk?’
Ikmal
: ‘Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih.’
Guru 5.1.2
:
‘Bagus!’ (pujian)
Peneguhan Negatif Ialah stimulasi yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya, menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan
dapat
menambahkan
peluang
murid-murid
lain
supaya
meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan. Terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Di sini kami sediakan contohnya. Guru
: ‘Apakah maksud imbuhan apitan, Alia?’
Alia
: (Tidak menjawab)
Guru
: ‘Alia mungkin sudah lupa cara bercakap.’ Peneguhan tersebut yang digunakan oleh guru tidak akan
mengubah sikap Alia. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan. Rajah di bawah ini kami menghuraikan tingkah laku operan secara ringkas.
17
Peneguhan Positif
Kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini atau sebaliknya ditambah
Peneguhan Negatif
Kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stumulasi yang mengganggu
Tingkah laku operan
Rajah 3
5.1.3
Dendaan Tujuan
mengenakan
denda
adalah
semata-mata
untuk
menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya berulang lagi. Murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai sesetengah komponen bahasa melayu,
mungkin
akan
timbulnya
sikap
bahasa
melayu
kebencian
terhadap
pembelajaran bahasa. Sikap
pembelajaran
telah
menunjukkan
beberapa sebab mengapa ramai murid di sekolah tidak boleh menguasai komponen bahasa melayu. Ramai murid dipaksa belajar kerana takut kena denda daripada guru atau ibu bapa mereka.
18
6.0
Mengaplikasikan Teori Pelaziman Operan (Thorndike) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokkan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak dingini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. Peneguhan negatif kadangkala sesuai digunakan untuk mendapat tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian masa rehat jika murid tidak mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah.
19
7.0
Teori Pelaziman Tingkah Laku (J.B. Watson) Tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim (conditioned reflex), iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Gerakan-gerakan yang mudah misalnya, berkelip-kelip mata, bersin apabila hidung gatal dan segala gerakan yang berlaku secara semula jadi adalah tingkah laku yang diwarisi dan tidak perlu dipelajari. Untuk mengatasi situasi-situasi baru yang lebih kompleks, manusia hendaklah membina atau menggabungkan beberapa gerakan refleks yang berkaitan melalui proses pelaziman, iaitu mengaitkan pelbagai ransangan baru, termasuk ransangan yang asal, dengan gerakan-gerakan refleks itu, demi menghasilkan gerak balas terlazim yang baru. Proses pelaziman ini merupakan cara bagaimana manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi-situasi baru (Mok Soon Sang, 2010). Selain
daripada
tingkah
laku,
pembelajaran
emosi
manusia
juga
berhubungkait. Manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi, iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya adalah dipelajari melalui proses pelaziman. Contohnya adalah seperti berikut :-
Guru memasuki kelas dengan membawa rotan. Murid menunjukkan reaksi normal terhadap rotan tersebut.
-
Izdiyad telah melakukan kesalahan disiplin lalu guru menjatuhkan hukuman ke atas beliau dengan merotan.
-
Langkah 2 diulang beberapa kali
Guru, rotan (ransangan terlazim)
-
Reaksi takut (gerak balas tak terlazim)
Guru masuk ke dalam kelas tanpa rotan, Izdiyad menunjukkan reaksi takut.
Guru (ransangan terlazim)
Reaksi takut (gerak balas terlazim) 20
Berdasarkan contoh di atas, apa yang dapat kami rumuskan bahawa Izdiyad telah menghubungkaitkan rotan dengan guru yang dilihatnya. Dengan proses pelaziman ini, Izdiyad telah belajar tingkah laku takut.
21
8.0
Mengaplikasikan Teori Pembelajaran (Watson) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran dengan menentukan pelbagai jenis rangsangan dalam pengajarannya. Guru-guru juga boleh menentukan jenis gerak balas yang diinggini oleh murid-murid dan menyediakan rangsangan yang sejajar dengannya. Dengan menggabungkan rangsangan dan gerak balas yang diinggini oleh para murid, guru-guru boleh mengajar pelbagai topik pengajaran secara berkesan dan efektif. Teori Pembelajaran Tingkah Laku dapat membantu guru untuk memerhatikan tingkah laku seseorang pelajar, mengawal tingkah laku tersebut dan guru turut dapat mengawal tingkah laku pelajarnya. Contohnya, guru perlu memberikan rangsangan seperti memberi kata pujian atau ganjaran kepada pelajar terutamnya pelajar yang kurang minat untuk belajar. Melalui rangasangan yang diberikan, guru akan dapat memerhatikan tingkah laku pelajar tersebut sebelum dan selepas diberikan rangsangan. Kemudian guru secara tidak langsung dapat mengawal tingkah laku pelajar itu seterusnya guru akan dapat mengawal tingkah laku pelajar tersebut pada kelas yang seterusnya. Guru dapat memberikan penekanan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang. Guru dapat memberikan latihan yang konsisten dan berterusan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka dalam pelajaran. Oleh itu, rangsangan dapat dikukuhkan dalam membentuk kelaziman. Contohnya, Izdiyad telah menyiapkan latihan yang diberikan dengan cepat daripada pelajar lain. Jadi guru memberi peneguhan dengan memberikan kata-kata pujian kepada Izdiyad. Hal ini akan menyumbang untuk membentuk kelaziman di mana Izdiyad akan lebih berusaha untuk menyiapkan latihan yang diberikan lebih awal pada kelas yang akan datang kerana dia mahukan kata-kata pujian daripada guru.
22
KESIMPULAN
Kadang kala keadaan dan suasana bilik darjah atau sekolah juga menimbulkan keadaan yang kurang selesa kepada pelajar-pelajar. Malahan, ini turut menyebabkan pelajar bertingkah laku negatif kepada proses pembelajaran mereka. Antara contohnya ialah bilangan pelajar dalam kelas terlalu ramai, alat kelengkapan tidak mencukupi, suasana di dalam kelas tidak terapeutik, alat bantu mengajar tidak mencukupi, gangguan dari luar, dan keadaan sekolah yang kurang dari segi kemudahan asas. Kesemua ini boleh menimbulkan kegelisahan dan mengganggu kelancaran perjalanan PdP di dalam kelas. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian daripada tokoh terkenal boleh dijadikan panduan oleh pihak sekolah untuk merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.
Sebagai guru, kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya kerana itu adalah amanah daripada Allah. Guru mestilah menunjukkan keghairahan dalam proses P&P kerana aura positif ini boleh mempengaruhi pelajar-pelajar kita agar mereka berminat untuk belajar. Selain itu, guru juga harus menunjukkan sikap kasih sayang dan berperikemanusiaan supaya pelajar-pelajar merasakan diri mereka diterima dan dihargai.
Sebagai guru yang berdedikasi, kita seharusnya memberikan peluang kepada pelajar pelajar kita menyuarakan pendapat atau permasalahan mereka. Kita mesti membantu mereka dengan memberikan sokongan dan panduan agar mereka boleh mengatasi masalah pembelajaran dengan betul dan berkesan. Guru yang baik juga perlu mengamalkan sikap memberikan ganjaran atau peneguhan setiap kali pelajar memberikan tindak balas yang diingini semasa proses PdP. Galakan dan motivasi juga sangat diperlukan untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar.
23
RUJUKAN
Elias, R. M. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Karisma Publication Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah . Selangor Darul Ehsan : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Budiman Sdn.Bhd, Subang Jaya. Mok Soon Sang (2007). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar . Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Rahil Mahyuddin, J. M. (2000). Psikologi Pendidikan II . Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd. Teori Pengajaran Tingkah Laku. Diperolehi semula pada 29 Oktober, 2014 daripada http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku Pendekatan Psikologi Dalam Masalah Pembelajaran. Diperolehi semula pada 31 Oktober, 2014 daripada http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/22/pendekatan-psikologi dalam-masalah-pembelajaran/ Pedagogi dalam Pemdidikan. Diperolehi semula pada 8 Oktober, 2014 daripada http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/teori.html
24