MANUAL TEKNOLOGI PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DAN JERAMI PADI
Khairul Asfamawi Khulidin, Aminuddin Hussin,
MANUAL
TEKNOLOGI PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DAN JERAMI PADI
MANUAL
TEKNOLOGI PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DAN JERAMI PADI
MANUAL
TEKNOLOGI PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DAN JERAMI PADI
Khairul Asfamawi Khulidin, Aminuddin Huss in, dan Mohd Hassan Wagiran
Institut Institut Penyelidikan lidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARD (MARDI)
KANDUNGAN Penghargaan
ii
6.1 Penanaman cendawan jerami jerami padi menggunakan jerami jerami padi
23
Prakata
iii
6.1.1 6.1.1 Penyediaan dan pengkomposan medium penanaman
23
1.0 Pendahuluan
1
6.1.2 6.1.2 Pensterilan Pensteri lan kompos (medium penanaman)
28
2.0 Scenario penanaman cendawan di Malaysia Malaysia
3
6.1.3 Penyuntikan Penyuntikan benih
30
3.0 Pengenalan mengenai cendawan
5
6.1.4 6.1.4 Memunggut hasil
31
4.0 Kepelbagaian cendawan terdapat terdapat di Malaysia Malaysia
8
6.2 Anggaran perbelanjaan perbelanjaan untuk penanaman cendawan jerami jerami padi
34
5.0 Cendawan tiram tiram kelabu
9
7.0 Pengendalian serangga perosak dan penyakit cendawan
35
9
7.1 Pengendalian serangga perosak
35
5.1.1 Penyediaan substrat substrat beg makanan
9
7.2 Pengend Pengendali alian an penyakit penyakit
37
5.1.2 Pengukusan beg cendawan
14
5.1.3 Penyuntikan Penyuntikan benih
16
Penutup
38
5.1.4 Memungut hasil
18
Lampiran 1 : Mesin pengaduk ( Mixer machine )
39
5.1.5 Pembungkusan hasil
20
Lampiran Lampiran 2 : Mesin Mesin pengisi pengisi bongkah ( Bagging machine )
40
5.2 Penjagaan beg dan rumah cendawan tiram tiram kelabu
21
Lampiran Lampiran 3 : Alat pengukus pengukus ( Steamer )
41
5.3 Anggaran perbelanjaan perbelanjaan untuk penanaman cendawan tiram tiram kelabu
22
Lampiran Lampiran 4 : Kebuk Kebuk laminar laminar (Laminar flow)
42
6.0 Cendawan jerami jerami padi
23
Bibliografi
5.1 Penanaman cendawan tiram tiram kelabu dengan menggunakan habuk kayu getah
PENGHARGAAN Penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengarang Manual Teknologi
Y. H. Dato’ Dr. Masri Muhammad - Pengerusi En. Mohamad Abd Manas - Setiausaha Pn. Nor Raizan Abd. Hamid (TS) En. Aminuddin Hussin (BT) Dr. Suhaimi Othman (SR) Dr. Tan Swee Lian (RI) En. Illias Mohd Khir (HR) Pn. Noor Azizah Ahmad (TM) En. Tapsir Serin (ET) Dr. Musaddin Kamaruddin (LR) Dr. Teoh Chin Chuang (MA) Hj. Ab. Halim Ab. Hamid (PT) Pn. Hj. Wan Rahimah Wan Ismail (PT)
Ribuan terima kasih kepada En. Syed Osman Abadi (Syedila Enterprises), Pn. Norhasyima Hashim (Modern Farmer Agro Resources) dan mereka yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam melaksanakan pengujian teknologi ini dan penerbitan manual ini.
TERIMA KASIH
PRAKATA Pada tahun 1934, penanaman cendawan jerami padi mula diperkenalkan di Pulau Pinang. Walaupun, perusahaan cendawan telah lama bertapak namun begitu, perkembangan industri ini agak perlahan. Ini disebabkan kurangnya maklumat dan pengetahuan dari segi potensi perusahaan, teknik penanaman dan pemasaran. Sekitar tahun 1980an, industri ini mulai berkembang disebabkan adanya galakan dan kempen-kempen yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga media massa.
Mengikut laporan Jabatan Pertanian pada tahun 2008, hampir 436 pengusaha cendawan di Malaysia, hanya mampu menghasilkan lebih 7,000 tan/tahun berbanding dengan permintaan yang semakin meningkat sehingga 10,445 tan/tahun. Defisit perdagangan turut meningkat dari RM13.04 juta pada tahun 2001 kepada hampir RM53.0 juta pada tahun 2007. Ini menunjukkan industri cendawan tempatan masih jauh ketinggalan dan tidak mampu memenuhi permintaan yang kian meningkat. Oleh itu agensi-agensi kerajaan diharap dapat membantu pengusaha cendawan tempatan ke arah peningkatan hasilan menerusi seminar, kursus, pemberian insentif, modal dan sebagainya agar industri ini dapat berkembang serta mengurangkan defisit dagangan
Manual teknologi ini merupakan pemangkin kepada industri penanaman cendawan di Malaysia kerana ianya menjelaskan secara terperinci dan bertindak sebagai panduan bagi membolehkan pengusaha cendawan mengusahakannya secara lebih sistematik. Semoga sumbangan manual ini dapat membantu industri penanaman cendawan tempatan untuk terus berkembang dan berdaya maju selaras dengan dasar kerajaan bagi memastikan perkembangan industri ini.
1.0
PENDAHULUAN
Pembangunan industri cendawan berasaskan bioteknologi merupakan inisiatif baru bagi memajukan industri cendawan di negara ini. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan arus kemajuan industri penanaman cendawan kini. Penguasaan teknologi kini di dalam industri penanaman cendawan merupakan pra-syarat kepada kelangsungan industri tersebut.
Usaha awal penanam cendawan di negara ini bermula sejak tahun 1960’an lagi. Pada tahun 1970’an, Cawangan Keselamatan Tumbuhan, MARDI telah mengorak langkah untuk membangunkan penyelidikan dan mengusahakan penanaman cendawan. Buat permulaan penanaman cendawan jerami padi telah diperkenalkan di Bintong, Perlis dengan kerjasama Jabatan Pertanian. Peringkat awalnya, penanaman cendawan jerami padi dilakukan di atas longgokan jerami padi pada batas sawah padi. Begitu juga dengan penanaman cendawan tiram dilakukan di atas batang kayu getah. Pada ketika itu, benih jerami padi dan tiram diperolehi daripada luar negara, France dalam bentuk bundel (1 kg per beg).
Cendawan jerami padi
Rajah 1 :
Penanaman cendawan jerami padi dengan menggunakan kaedah lama. Cendawan jerami padi ditanam atas longgokan jerami padi pada batas sawah padi.
Disebabkan kekurangan teknologi dan permasalahan yang sering timbul semasa penanaman cendawan, Pusat Penyelidikan Asas, MARDI telah mengambil inisiatif untuk mengkaji dan menyelidik permasalahaan yang berkaitan dengan penanaman cendawan. Peringkat awal kajian, penggunaan pelbagai substrat telah diperkenalkan dalam penanaman cendawan terutamanya cendawan tiram putih dan kelabu. Bahan subtrat yang digunakan untuk kajian penanaman cendawan tersebut adalah hampas kapas, sabut kelapa sawit dan jerami padi selain daripada habuk kayu getah. Namun begitu, substrak habuk kayu getah didapati lebih sesuai digunakan sebagai subtrat untuk penanaman cendawan kerana mudah diperolehi dalam kuantiti yang banyak dan murah.
Pada tahun 1990’an, Program Bioteknologi, MARDI telah memperkenalkan cendawan sebagai bahan tambah kepada makanan ternakan kerana nilai nutrisinya yang tinggi. Walaupun begitu, penggunaan cendawan sebagai bahan tambah untuk makanan ternakan tidak dapat diaplikasikan kerana melibatkan kos penghasilan yang tinggi. Secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan harga makanan ternakan. Namun begitu, dengan peningkatan harga jagung dan gandum dijangka dapat mengembalikan penggunaan cendawan sebagai bahan alternatif atau substitut untuk makanan ternakan.
Melihat kepada senario industri cendawan yang mulai berkembang, mulai tahun 2007, Pusat Penyelidikan Bioteknologi dengan bantuan Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, MARDI telah cuba untuk mengiatkan penyelidikan berasaskan cendawan. Serta mempromosikan cendawan sebagai makanan yang bernutrisi tinggi dan mempunyai nilai perubatan. Ini bertepatan dengan aliran masyarakat kini yang menyedari nilai pemakanan yang berkhasiat serta mudah untuk disediakan. Pada masa yang sama cuba untuk memperkenalkan spesis cendawan tempatan seperti cendawan kukur, cendawan susu harimau, cendawan telinga kera dan cendawan senduk yang semakin dilupai.
Ramai pengusaha cendawan kini menghadapi masalah terutamanya dalam mendapatkan benih dan hasilan cendawan yang baik. Justeru itu, adalah pertepatan Pusat Penyelidikan Bioteknologi cuba untuk mempergiatkan penyelidikan serta menyediakan platform kepada pengusaha
untuk mendapatkan khidmat nasihat serta teknologi yang bersesuaian dengan kehendak industri cendawan kini selaras dengan tema ‘Pertanian adalah Perniagaan’ .
Melalui Dasar Rancangan Malaysia ke – 9 dan Pertanian Negara ke 3, sektor pertanian diberi penekanan dalam mengembalikan semula era kecemerlangan pertanian sebagai penjana ekonomi. Industri cendawan diberikan pelbagai insentif selaras dengan dasar tersebut tetapi keperluan cendawan negara masih tinggi dan perlu diimport dengan defisit bekalan bernilai RM 52.99 juta iaitu bersamaan 16.3 matrik tan cendawan pada tahun 2007 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007). Bilangan penanam cendawan di negara ini berubah-ubah kerana faktor pasaran, persaingan dengan sayur-sayur yang lain, kos permulaan projek tinggi, kekangan teknologi dan ketiadaan agensi yang membimbing. Justeru itu pembabitan pihak yang berwajib adalah bertepatan untuk membangunkan kembali industri cendawan tempatan.
2.0
SCENARIO PENANAMAN CENDAWAN DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah Negara tropika yang bersuhu panas lembab (25-35oC) dan kelembapan bandingan (80-90%) dengan hujan sepanjang tahun. Keadaan iklim seperti ini menjadikan hutan hijau Malaysia banyak ditumbuhi bermacam jenis kulat terutama kulat cendawan yang tumbuh dikebanyakkan pada batang-batang kayu mati. Proses ini adalah sebahagian daripada ekosistem hutan. Kulat cendawan jenis pengurai bahan reput (selulosa) tanaman, kebanyakkan membawa banyak khasiat makanan dan kesihatan kepada manusia. Hanya sebahagian kecil kulat cendawan beracun.
Perusahaan cendawan di Malaysia masih berada di peringkat awal dan masih menggunakan teknik-teknik konvensional secara tradisi dengan pengurusan yang tidak efisien. Oleh demikian, industri ini tidak berkembang. Suntikan teknologi baru melalui bioteknologi perlu dilaksanakan.
Justeru itu, program Bioteknologi Malaysia seperti yang dirancangkan oleh kerajaan, sangatlah sesuai perusahaan tanaman cendawan ini yang bersifat bioteknologi sederhana dimajukan secara lebih baik dan teratur.
Dua faktor yang menentukan kejayaan perusahaan tanaman cendawan ini iaitu Bioteknologi Kultur Benih dan Bioteknologi Penanaman Kulat Cendawan. Penanaman cendawan adalah suatu perusahaan yang telah diusahakan kebanyakkannya daripada golongan petani. Terdapat faktor-faktor utama yang mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini iaitu :
Keuntungan yang tinggi dalam jangkamas a yang p endek
Kos pengeluaran rendah – menggunakan bahan sampingan pertanian
FAKTOR UTAMA PENANAMAN CENDAWAN SECARA KOMERSIL
Potensi pemasaran y ang baik
Kandungan nutrient pemakanan yang tinggi
3.0
PENGENALAN MENGENAI CENDAWAN
Cendawan ialah sejenis sayur yang mengandungi zat makanan dan vitamin yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran yang lain. Serta mempunyai citarasanya yang enak dan mempunyai nilai-nilai nutrisi pemakanan yang baik (Chang dan Miles, 1989). Namun begitu, cendawan merupakan tumbuhan yang tidak mengandungi klorofil. Oleh yang demikian, cendawan tiada keupayaan untuk menjana makanannya sendiri. Cendawan memerlukan bahan makanan organik yang telah mereput dipersekitaran pertumbuhannya untuk dijadikan sumber makanannya.
Lazimnya, cendawan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian di atas (upper) dan di bawah (lower) permukaan substrat. Bahagian di atas permukaan substrat terdiri daripada tudung, insang dan tangkai cendawan. Pada bahagian bawah tudung cendawan terdapat insanginsang yang mengandungi spora. Spora yang dihasilkan berfungsi sebagai biji benih cendawan. Bahagian tangkai cendawan berfungsi sebagai pemegang tudung. Bahagian atas cendawan yang biasanya dimakan turut dikenali sebagai jisim berbuah. Manakala bahagian di bawah pula mempunyai hifa yang menyerupai bebenang halus. Hifa yang terbentuk berfungsi menyerap bahan makanan melalui rembesan enzim terutamanya selulase, hemiselulase dan lignase. Perembesan enzim tersebut membantu dalam pencernaan bahan organik supaya memudahkan resapan masuk oleh miselium untuk pertumbuhan dan pembiakan cendawan. Gugusan hifa turut dikenali sebagai miselium.
Pertumbuhan miselium cendawan bergantung kepada bekalan bahan makanan serta faktor persekitaran seperti suhu dan kelembapan. Terdapat dua jenis miselium bagi kebanyakkan cendawan sebelum proses pembuahan boleh berlaku, iaitu jenis miselium positif dan negatif. Kedua-dua jenis miselium ini dikenali sebagai miselium primer. Pergabungan kedua-dua jenis miselium ini dikenali sebagai miselium sekunder. Miselium sekunder akan membesar dalam keadaan yang sesuai untuk pembuahan cendawan. Pembuahan cendawan turut terbentuk apabila
tindakbalas fisiologi berlaku akibat perubahan persekitaran dan kekurangan bahan makanan. Namun begitu, ada di antara cendawan yang hidup dalam keadaan yang tertentu sahaja seperti cendawan busut yang memerlukan kehadiran anai-anai.
Gambarajah 1 : Morfologi cendawan
CENDAWAN
Tudung
Insang
Sisik Jisimberbuah Spora
Gelang
Batang
Sisik Vulva
Gambarajah 2 : Kitaran hidup cendawan Miselium negatif
Miselium positif
Spora Pengabungan hifa yang serasi Percambahan spora
Hifa tidak lengkap
Penghasilan spora
Pembentukansklerotia
Penghasilan hifa
Pembentukan primordia
4.0
KEPELBAGAIAN CENDAWAN TERDAPAT DI MALAYSIA
Terdapat kira-kira 2,000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam iaitu :
1.
Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor caju )
2.
Cendawan Abalone (Pleurotus cystidiosus)
3.
Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida)
4.
Cendawan Shitake (Lentinus polyticha)
5.
Cendawan Telinga Kera (Auricularia sp.)
6.
Cendawan Butang (Agaricus sp.)
7.
Cendawan Jerami Padi (Volvoviella volvacea)
Cendawan Tiram Kelabu
Cendawan Jerami Padi
Cendawan Tiram Putih
5.0
CENDAWAN TIRAM KELA BU
Cendawan tiram kelabu dengan nama saintifiknya Plerotus sajor caju merupakan cendawan yang popular ditanam dikalangan pengusaha cendawan. Ini adalah kerana permintaan terhadap cendawan tersebut adalah tinggi.
Cendawan boleh ditanam pada bahan buangan pertanian yang mengandungi selulos, hemiselulos dan lignin. Di antara contoh bahan yang boleh digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu getah, sisa kapas, habuk kayu berangan, habuk kayu oak dan akasia. Jerami padi, sekam padi, tandan kosong kelapa sawit dan sabut kelapa sawit merupakan bahan sampingan pertanian turut boleh digunakan sebagai substrat. Namun begitu, bahan (substrat) habuk kayu getah adalah sangat baik, ekonomi dan produktif untuk digunakan dalam penanaman cendawan tiram kelabu.
5.1
Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Dengan Menggunakan Habuk Kayu Getah
5.1.1
Penyediaan subs trat beg cendawan
1.
Bahan dan peralatan :
a.
Habuk Kayu Getah
b.
Dedak Halus
c.
Kapur Pertanian (Kalsium karbonat)
d.
Beg Plastik PP (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
2.
e.
Gegelang PVC (panjang 2 - 3cm, garis pusat 3cm)
f.
Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat
Kaedah :
i.
Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100 : 10 : 1.
Habuk kayu getah Habuk kayu getah diratakan untuk mendapatkan campuran yang sekata
Habuk kayu getah dicampurkan dengan dedak dan kapur pertanian
ii.
Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
Habuk kayu getah dicampurkan dengan air supaya campuran lembab
iii.
Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
Campuran habuk kayu getah dihentak supaya padat
Habuk kayu getah dimasukkan ke dalam beg plastik
iv.
Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah.
Beg dipasangkan gegelang PVC dan penyumbat kapas
Beg siap dipasang gegelang PVC dan penyumbat kapas
Kini dengan menggunakan peralatan yang sesuai, proses pencampuran habuk kayu menjadi mudah dan dapat disiapkan dalam kuantiti yang banyak serta pantas.
Campuran digaulkan dengan menggunakan mesin pembancuh (mixer machine)
Campuran yang sebati dimasukkan ke dalam beg
Mesin pengisi (Bagging machine)
5.1.2
Pengukus an beg cendawan
1.
2.
Bahan dan peralatan :
a.
Tong Drum (skala kecil) atau Pengukus 4’ x 7’ (skala besar)
b.
Set Dapur Gas
Kaedah :
i.
Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
Letakkan bata di dalam tong drum untuk proses pengkukusan
Lapik (dari bata dan dawai jaring)
ii.
Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
iii.
Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
Beg cendawan diletakkan di atas lapik di dalam tong drum yang berisi air iv.
Beg-beg cendawan siap disusun
Kukus selama 5 – 6 jam (bergantung kepada kuantiti beg cendawan yang dimasukkan). Selepas pengukusan beg cendawan dibiarkan sejuk sebelum suntikan benih dilakukan.
Proses pengukusan sedang dijalankan
Pengukus skala besar (450 - 500 beg cendawan)
5.1.3
Penyunti kan benih
1.
Bahan dan peralatan
a.
Benih Cendawan
b.
Pencungkil Benih
Beg yang berisi benih cendawan
Benih cendawan dalam botol
2.
Kaedah :
i.
Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
ii.
Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
Beg cendawan dibuka untuk memasukkan benih cendawan ke dalamnya
iii.
Benih cendawan dihancurkan dengan pencungkil
Penyuntikan benih dilakukan
Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.
iv.
Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)
v
Biarkan miselium tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).
5.1.4
Memungut hasil
1.
Setelah miselium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
Beg cendawan disusun secara mendatar Beg cendawan disusun secara menegak
2.
Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3.
Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meningkatkan kelembapan dan merendahkan suhu.
4.
Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
Cendawan yang boleh dipungut
5.
Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil (beg kulat cendawan perlu dikorek sedikit) dan ditutup kembali beg tersebut. Tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali (merehatkan miselium serta mengaktifkan kembali sebelum penghasilan seterusnya) dan disiram.
5.1.5
Pembungk usan hasil
1.
Cendawan dibersihkan terlebih dahulu daripada segala kotoran dan bahagian bawah batang cendawan dibuang.
2.
Cendawan tersebut dimasukkan ke dalam beg plastik (PP) secara mendatar.
3.
Beg cendawan dihampagas (vacuum) untuk memelihara kesegarannya.
4.
Beg cendawan tersebut disimpan di dalam peti sejuk (4-5oC)
5.
Penyimpanan sebegini dapat mengekalkan kesegaran cendawan dalam tempoh masa 4-5 hari.
Cendawan yang siap dibungkus
5.2
Penjagaan Beg Dan Rumah Cendawan Tiram Kelabu
1.
Beg substrat cendawan yang telah disuntik benih cendawan (spawn) ditempatkan di satu ruangan khas untuk proses pemeraman sebelum dialih ke rumah cendawan.
2.
Keadaan suhu antara 25-30oC adalah sesuai untuk pertumbuhan miselium semasa pemeraman.
3.
Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhan badan cendawan (fruiting bodies) adalah 28-30oC.
4.
Kelembapan bandingan (RH) ruang udara yang diperlukan di dalam rumah cendawan ialah 80-90%C.
5.
Untuk mendapatkan suhu rendah (28oC) dan kelembapan yang tinggi (85%) diperlukan, rumah cendawan hendaklah disiram dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Siraman elok dilakukan di dinding, lantai dan jika perlu ke arah bumbung.
6.
Sebelum menyuntik benih cendawan (spawn) pastikan tangan dicuci dengan larutan basmi kuman atau sapukan spirit pada tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.
7.
Sembur bilik dengan larutan basmi kuman (10%) seperti Dettol, Lysol atau Jeypine.
8.
Sembur bilik serta rak kayu selepas setiap kali penghasilan.
5.3
Ang garan Per belanjaan Untuk Penanaman Cendawan Tiram Kelabu ANGGARAN PERBELANJAA N UNTUK 20,000 BEG MEDIA
BIL.
BAHAN
ANGGARAN KOS BAHAN
DESKRIPSI
RM
BIL.
BAHAN
DESKRIPSI
UNIT
RM
1.
Dedak padi halus
6 guni x 70 kg
360
1.
Dedak padi
70 kg / guni
60
2.
Habuk kayu
6 lori / 20 metrik tan
1350
2.
Habuk
4 tan / lori
225
3.
Plastik
4 guni x 30 kg
840
3.
Plastik
6.75" X 14.25" X 0.05" (30 kg / guni)
4.
Kapur
50 kg
15
4.
Kapur
kg
5.
Gelung / Tudung
20,000 set
2400
5.
Gelung / Tudung
set
0.12
6.
Benih
500 beg
1150
6.
Tutup rehat
unit
0.05
7.
Kertas
6 keping
6
7.
Benih
220 grams / beg
2.3
8.
Gas
22 balang
484
8.
Kertas
keping
1
9.
Tutup rehat
20,000 set
1000
9.
Gas
balang
22
10.
Upah
0.2 sen per beg
4000
JUMLAH A
DESKRIPSI
11605
BIL.
BAHAN
UNIT
RM
1.
Bangsal cendawan
2.
Mesin pengisi
Ukuran 40' x 20'
2
40000
Untuk mengisi substrat dalam beg
1
32000
3.
Mesin pembancuh
Untuk pencampuran bahan substrat
1
6800
4.
Pengukus
Untuk mengukus beg substrat
1
6000
JUMLAH B
84800
JUMLAH A + B
96405
5000 peket
7
50 kg
15
6.0
CENDAWAN JERAMI PADI
Cendawan jerami padi dengan nama saintifiknya Volvoviella volvacea merupakan cendawan yang jarang dan sukar untuk diperolehi di pasaran. Bentuknya yang seakan butang dan matang setelah tudung cendawan jerami padi mengembang. Cendawan tersebut mudah busuk dan tidak tahan diserang penyakit. Justeru itu, cendawan jerami padi kurang diusahakan oleh pengusaha cendawan.
Penanaman cendawan jerami padi agak berlainan jika dibandingkan dengan cendawan tiram. Untuk penanaman cendawan jerami padi, pembuatan bongkah atau beg cendawan tidak digunakan. Substrat yang digunakan adalah jerami padi atau sabut kelapa sawit, dedak halus dan kapur pertanian. Campuran tersebut perlu melalui kaedah pengkomposan.
6.1
Penanaman Cendawan Jerami Padi Dengan Menggunakan Jerami Padi 6.1.1
Penyediaan dan pengkom posan medium penanaman
1.
Bahan dan peralatan
a.
Jerami padi atau sabut kelapa sawit
b.
Dedak
c.
Kapur pertanian
Substrat jerami padi
Substrat sabut kelapa sawit
2.
Kaedah pengkomposan
Pengkomposan medium penanaman yang telah dicampur bertujuan untuk menguraikan sebatian-sebatian yang terdapat di dalamnya, agar menjadi lebih sederhana sehingga mudah diserap dan dicerna oleh cendawan. Pengkomposan dilakukan dengan cara :
i.
Gaulkan jerami padi atau sabut kelapa sawit, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:20:2 di atas lantai simen yang telah dibersihkan terlebih dahulu.
Penaburan kapur pertanian di atas jerami padi
Campuran digaul sehingga sebati
ii.
Campuran dibasahkan dengan air pada kadar 60 – 65% dan digaulkan sehingga sebati.
Bahan campuran digaulkan dengan rata serta dibasahkan dengan air pada kadar 60 – 65%
iii.
Campuran tersebut ditutup dengan plastik hitam selama 2 hari sehingga suhunya mencapai 50oC dengan kadar kandungan air 60 – 65% dan pH 6 – 7.
Campuran tersebut ditutup dengan plastik selama 2 hari untuk tujuan pengkomposan
iv.
Campuran perlu digaulkan kembali selang dua hari supaya suhunya kekal pada 50oC. Penetapan suhu sedemikian adalah bertujuan mengurangkan kehilangan sebatian nitrat melalui pembebasan gas ammonia. Sebatian ini diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan cendawan.
v.
Pada hari ke – 10 pengkomposan, bahan tersebut boleh digunakan sebagai medium pertumbuhan cendawan jerami padi.
Medium penanaman yang telah mengalami pengkomposan selama 10 hari
6.1.2
Pensterilan kom pos (medium penanaman)
Pensterilan medium penanaman cendawan jerami padi berbeza dengan medium penanaman cendawan tiram. Ini adalah kerana, pensterilan medium penanaman cendawan jerami padi dilakukan di dalam rumah cendawan. Justeru itu, kaedah pensterilan medium penanaman cendawan jerami padi adalah :
i.
Medium penanaman atau kompos tadi diletakkan di atas rak-rak di dalam rumah cendawan.
Rak yang telah tersedia untuk menempatkan medium penanaman (kompos)
Medium penanaman (kompos) ditempatkan di atas rak
ii.
Setelah itu, wap panas dialirkan ke dalam rumah cendawan melalui air yang telah dipanaskan menggunakan dandang.
Tong dram yang diisi air mendidih untuk pensterilan rumah cendawan (skala kecil)
Tong dram yang diisi air mendidih untuk pensterilan rumah cendawan (skala besar)
iii.
Dandang diperbuat daripada dua tong dram yang berkapasiti 100 liter. Kedua-dua tong dram tersebut diletakkan dalam keadaan melintang di atas tungku api yang ditempatkan di luar rumah cendawan.
iv.
Setiap tong dram dibuat lubang untuk mengalirkan wap panas melalui saluran paip aluminium berdiameter 2 – 3 sm terus ke rumah cendawan.
v.
Wap panas yang dihasilkan dari proses pendidihan air di dalam tong dram menyebabkan berlakunya proses pensterilan rumah cendawan.
6.1.3
vi.
Pensterilan dilakukan selama 2 – 4 jam sehingga suhu di dalam rumah cendawan meningkat ke 70 oC.
vii.
Setelah itu, dibiarkan rumah cendawan selama 24 jam sehingga suhunya turun menjadi 30 - 35 oC.
Penyunti kan benih cendawan jerami padi
i.
Sebanyak 12 bag benih cendawan padi (350 gram setiap bag) diperlukan untuk 100 kg substrak.
ii.
Penanaman benih cendawan jerami dilakukan dengan cara menaburkannya terus ke rak penanaman yang telah tersedia medium penanaman (kompos).
Benih cendawan jerami padi Benih cendawan jerami padi ditaburkan di atas medium penanaman
iii.
Suhu optimum pada 30 - 34 oC dan kelembapan sebanyak 95% (relatif humidity) diperlukan untuk pertumbuhan miselium.
iv.
Kadar kegelapan dalam rumah cendawan pada 98% (gelap). Pertumbuhan miselium mengambil masa selama 10 hari untuk memenuhi medium penanaman.
6.1.4
Memunggut hasil
i.
Pada hari ke – 11, kelihatan pin head cendawan jerami padi mulai kelihatan di atas medium penanaman.
Pin head cendawan jerami padi mulai kelihatan
ii.
Cendawan jerami padi mula dituai sebelumpin head berukuran maksimum iaitu ketika pertumbuhan tubuhpin head baru mencapai tahap butang (button stage) atau pada hari ke – 12 penanaman.
Tahap butang (button stage) terlalu matang
Pin head mencapai tahap maksimum (button stage)
iii.
Di peringkat matang (hari ke – 12), cendawan jerami padi boleh dituai sebanyak 2 kali iaitu pada sebelah pagi dan petang.
iv.
Cendawan jerami padi yang terlalu matang tidak mempunyai nilai dan harga di pasaran.
v.
Lazimnya, sebanyak 30% hasilan diperolehi setiap 100 kg substrat yang digunakan.
Cendawan jerami padi sedang dikutip
Cendawan jerami padi
6.2
Anggaran Perbelanjaan Untuk Penanaman Cendawan Jerami Padi
ANGGARAN PERBELANJAA N UNTUK 4 UNIT RUMAH CENDAWAN (10' X 10')
BIL.
BAHAN
DESKRIPSI
ANGGARAN KOS BAHAN
RM
BIL.
6 guni x 70 kg
360
1.
Dedak padi
Jerami padi
6 lori / 20 metrik tan
1350
2.
Jerami padi
4 tan / lori
Plastik hitam
1 gulung
350
3.
Plastik hitam
1 gulung (50 meter)
50 kg
15
4.
Kapur
kg
120 beg (5 beg x 6 rak / rumah x 4 rumah)
420
5.
Benih
220 grams / beg
3.5
44
6.
Gas
balang
22
1.
Dedak padi halus
2. 3. 4.
Kapur
5.
Benih
6.
Gas
2 balang
7.
Upah
RM50 per rumah cendawan (10' x 10')
4 unit rumah
JUMLAH A
BIL.
BAHAN
1.
Bangsal cendawan
2.
Pengukus
DESKRIPSI
200
2739
UNIT
RM
Ukuran 10' x 10'
4
20000
Untuk mengukus rumah cendawan
1
6000
JUMLAH B
26000
JUMLAH A + B
28739
BAHAN
DESKRIPSI
UNIT
70 kg / guni
RM 60 350
1 gulung 50 kg
350 15
7.0
PENGENDALIAN SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT CENDAWAN
7.1
Pengendalian Serangga Perosak
Kewujudan aroma khas medium penanaman cendawan, mengundang kehadiran beberapa jenis serangga perosak ke dalam rumah cendawan. Kehadiran serangga perosak cendawan menyumbang kepada kemerosotan nilai dan kualiti cendawan. Di antara serangga perosak cendawan adalah :
1.
Hama (mite) adalah serangga kecil lembut berwarna coklat jernih berukuran 0.18 – 0.5 mm panjangnya. Hama akan mengerumuni kelopak cendawan hingga menyebabkan cendawan rosak dan busuk. Hama turut menyebabkan penyakit kulit terjadi pada pekerja di rumah cendawan. Kehadirannya dibawa oleh lalat.
Serangan hama di bahagian insang cendawan
Kehadiran larva perosak di bahagian insang cendawan
2.
Tikus kadangkalanya merupakan ancaman kepada kerosakan medium penanaman cendawan. Ianya gemar menyerang dan makan sebahagian medium penanaman cendawan. Ini menyebabkan pertumbuhan miselium terbantut dan menyumbangkan kepada kerosakan pembuahan cendawan.
3.
Semut sering mengerumuni kelopak cendawan hingga menyebabkan cendawan rosak dan busuk.
4.
Lintah bulan dan siput sering kelihatan dan merosakkan cendawan sekiranya keadaan rumah cendawan yang tidak bersih.
Pengendalian rumah cendawan yang baik dan bersih dapat menghindarkan daripada seranga serangga perosak. Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah :
i.
Menyembur metil bromida dengan sukatan yang betul untuk serangan hama.
ii.
Menyembur racun serangga khusus untuk anai-anai seperti Cypermethrin, Permethrin atau Chloorpyrifos.
iii.
Menyembur racun serangga berbahan aktif seperti Kalthane atau Malathion untuk serangan labah-labah.
7.2
Pengendalian Penyakit
Kadangkalanya, cendawan turut diserang penyakit yang boleh merosakkannya. Simpton cendawan diserang penyakit seperti cendawan berlendir, busuk, berlubang dan sebagainya. Lazimnya, penyakit cendawan disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus.
Kehadiran mikroorganisma atau agen penyebab penyakit biasanya disebabkan proses pensterilan tidak dilakukan dengan betul. Oleh yang demikian, perlu dipastikan setiap aspek pensterilan haruslah dilakukan dengan betul dan mengikut prosedur yang tertentu. Penggunaan pembasmi kuman formalin 0.5%, klorok 70% atau alkohol 10% amat digalakkan ketika mengendalikan proses pensterilan.
Penggunaan racun kulat seperti Benlate, Bavitsin, WP atau Bravo 500 boleh mengelak daripada serangan kulat terjadi. Aspek kebersihan pekerja turut dititikberatkan supaya dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada cendawan diserang penyakit.
PENUTUP
Perusahaan cendawan tempatan mempunyai potensi yang luas untuk dibangunkan secara komersil. Namun begitu, kepincangan pengurusan, ketandusan strategi pemasaran dan keterbatasan teknologi merencatkan kelangsungan industri penanaman cendawan. Manual teknologi penanaman cendawan tiram kelabu dan jerami padi merupakan siri permulaan untuk teknologi penanaman cendawan di Malaysia. Serta mengemudi kelangsungan industri penanaman cendawan ke arah yang lebih efektif dan efisien. Justeru itu, peratusan kejayaan sesuatu industri penanaman cendawan memerlukan pendekatan secara bersepadu daripada semua pihak yang berwajib.
LAMPIRAN 1 : MESIN PENGADUK (MIXER MACHINE)
Mesin pengaduk – alat yang diperlukan untuk seragamkan (homogen) campuran medium penanaman cendawan. Bahagian dalam mesin pengaduk
Spesifikasi mesin pengaduk : - Kuasa motor 2.0 HP fasa tunggal. - Kapasiti 60 hingg 70 kg habuk kayu kering. - Penghasilan bongkah – 130 bongkah.
Campuran bahan dilakukan
Mesin pengaduk
LAMPIRAN 2 : MESIN PENGISI BONGKAH (BAGGING MACHINE)
Mesin pengisi bongkah – alat yang diperlukan untuk mengisi campuran medium penanaman cendawan ke dalam beg.
Spesifikasi mesin pengisi bongkah : -
Kuasa motor 1.5 HP fasa tunggal. Masa pengisian 200 - 240 bongkah sejam. Kapasiti habuk 45-50 kg (campuran dengan air). Terdapat suis ‘on’ dan ‘off’ semasa pengisian dilakukan.
Campuran medium penanaman diisikan ke dalam beg
Mesin pengisi bongkah
LAMPIRAN 3 : ALAT PENGUKUS (STEAMER)
Alat penguku s – alat yang digunakan untuk mengukus bongkah cendawan supaya tidak dicemari dengan mikrob.
Spesifikasi alat pengukus : -
Setiap satu mempunyai kapasiti yang tertentu iaitu : i. Kapasiti Mini Saiz 6' x 3' x 3' : 360 bag. ii. Kapasiti Kecil Saiz 6' x 4' x 4' : 576 bag. iii. Kapasiti Besar Saiz 6'x 6' x 5': 1154 bag.
-
Mempunyai jangkasuhu dan injap manual. Pintu dilingkari dengan getah penebat stim.
Pengukus skala besar
Bahagian dalam alat pengukus Pengukus skala kecil
LAMPIRAN 4 : K EBUK LAMINAR (LAMINAR FLOW)
Kebuk laminar – tempat yang digunakan untuk penyuntikan benih cendawan tiram kelabu dalam keadaan yang bersih.
Lampu lembayung ungu (ultraviolet) digunakan untuk sterilkan kebuk laminar
Kebuk laminar