MAJALAH KELUARAN KUMPULAN SYARIKAT RICHWORKS Edisi
MEI
#1
www.azizanosman.com
KUNCI KEJAYAAN
Richard Branson
URUS MASA
Ala Jutawan
Hikayat
SAMSUNG KUASAI PENULISAN
Impian Jadi Nyata
Kehebatan Strategi
SUN TZU
Kehebatan Strategi
SUN TZU Strategi Sun Tzu merupakan salah satu strategi yang sangat menarik bila dibandingkan dengan strategi-strategi yang pernah muncul dari para pemikir dunia yang lain.
duniadari segi bidang kehidupan yang masih relevan bila dilaksanakan dalam bidang politik, ekonomi, pentadbiran dan perhubungan awam, pengurusan bisnes dan juga kehidupan seharian.
Strategi Sun Tzu menjadi terkenal apabila karya klasik ketenteraannya dapat mempengaruhi dunia. Strategi pemikiran Sun Tzu memberi banyak sumbangan kepada
Apa yang paling istimewa tentang falsafah perang Sun Tzu adalah cara mengalahkan musuh sebelum terjadinya perang dan bagaimana caranya supaya kita tidak rugi.
Karya “Sun Tzu’s Art of Business” memaparkan kajian kes-kes bisnes yang menunjukkan bagaimana para usahawan telah menggunakan prinsip-prinsip dalam Art of War untuk maju dan berada di hadapan dalam persekita- ran bisnes yang pantas berubah dan serba mencabar. Syarikat-syarikat ternama di Asia dan Barat seperti Nissan, Honda, Nokia, HP dan lain-lain serta jutawan-jutawan terbilang seperti Lee Iacocca, Andrew Carnegie, John D. Rockfeller, Li Ka-Shing dan sebagainya mengaplikasikan strategi Sun Tzu dalam bisnes. Ini menunjukkan kredibiliti seni strategi bis- nes Sun Tzu. Dalam siri strategi Sun Tzu, kami memperlihatkan bagaimana Art of War dapat menjadi rangka bagi menerangkan strategi-strategi yang diguna pakai
2
oleh ahli-ahli korporat dunia. Ia juga menjadi panduan penting dalam mengambil iktibar daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Namun, strategi ini tidak sepenuhnya membawa nilai yang perlu sebagai hamba Tuhan, dan peperangan sangat tidak digalakkan. Ilmu ini adalah pelajaran secara umum untuk mengaplikasikan seni berbisnes secara strategik. Apabila kita mengambil manfaat apa yang baik dan menjadikan apa yang buruk sebagai sempadan, ini sebenarnya dapat membentuk persekitaran bisnes yang lebih sihat kerana kita fokus pada menjadi lebih baik dan bukannya demi menjatuhkan orang lain. Kita Adalah Jeneral Syarikat Kita Seperti seorang jeneral yang menjaga keselamatan dan keamanan sebuah negara, seorang usahawan adalah ketua syarikatnya. Dia memerlukan pandangan yang luas bagi keseluruhan situasi dan dalam masa yang sama mengawal isu-isu penting dan membuat keputusan yang tepat. Usahawan Turun Padang Memulihkan Syarikat Yang Sakit Lee Iacocca diasak oleh Chrysler Corporation selepas dia meninggalkan Ford pada tahun 1978. Pada waktu itu, Chrysler berada di ambang kehancuran dan Lee menyertai Chrysler untuk membina semula syarikat itu. Jumlah hutang pada masa itu adalah USD 4.8 bilion. Kerugian tahun 1979 adalah USD 1.1 bilion. Kerugian pada tahun 1978 pula adalah USD204 juta. Sebaik sahaja Lee tiba di Chrysler, dia mengumumkan tidak akan mengambil gaji tahunan sebanyak USD360, 000 sehingga syarikat mula mencatat keuntungan.
3
Lee mendapati pengurusan syarikat pada masa itu pincang. Terdapat seramai 35 naib presiden yang sebenarnya tidak perlu. Dalam tempoh tiga tahun berikutnya, Lee memberhentikan 33 naib president. Lee juga mendapatkan bantuan Kongres Amerika Syarikat supaya memberi jaminan pinjaman sebanyak USD 1.5 bilion. Antara langkah mengurangkan kos dan perbelanjaan, Lee memotong gaji dan memberhentikan beberapa pekerjanya. Selepas 6 tahun, Chrysler menjadi perintis industri apabila ia melancarkan model convertible Dodge 400 pada tahun 1982. Jualan melepasi angka 23,000. Selepas itu, pengeluar kereta lain Ford dan General Motor mengikut jejak Chrysler. Ada dua aspek penting dalam mereka bentuk kereta, iaitu penambahbaikan teknologi dan reka bentuk. Lee menjadikan penambahbaikan reka bentuk sebagai fokus strategi Chrysler kerana strategi ini lebih murah dan memberikan hasil yang lebih cepat dengan kitaran hayat produk yang pendek. Inovasi Chrysler diteruskan dalam reka bentuk, warna dan fungsi yang sangat dialukan pengguna. Kesimpulan Kunci kejayaan sesebuah syarikat adalah kreativiti, inovasi dan transformasi. Strategi jualan dan pemasaran yang unik bagi setiap produk, menerapkan pengurusan saintifik dan kepimpinan yang berketerampilan dalam operasi adalah ciri-ciri penting untuk setiap usahawan. Pekerja perlu diperkasakan dan digalakkan kerja berpasukan secara kreatif dan berani lantas merealisasikan prinsip yang terbaik daripada setiap orang. Apabila prinsip ini sudah diterapkan, syarikat yang sakit dapat dipulihkan.
K U N C I
K E J A Y A A N
RICHARD BRANSON
4
Apabila memulakan sebuah perniagaan baru, amat mudah bagi anda terbawa-bawa oleh impian dan pelan perancangan bagi memulakan pengembaraan perniagaan yang menyeronokkan. Jika anda seperti kebanyakan usahawan lain, pada saat ini idea anda akan menjadi dengan jelas, mula merasai lonjakan adrenalin di dalam diri dan ketika ini setiap minit hidup anda telah dikhususkan untuk menukarkan pelan perancangan kepada bentuk gerakan tindakan. Persoalannya ialah, bolehkah anda melakukannya? Perniagaan bernilai $7 tidak akan bertukar menjadi syarikat perusahaan jutaan dolar dalam semalaman. Terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan dan sepanjang perjalanan panjang ini, kualiti ketekadan dan keberanian diperlukan sama penting seperti semangat dan keyakinan diri. Mempunyai sasaran matlamat di dalam pemikiran merupakan perkara yang utama; sekarang anda perlu menumpukan kepada perkara yang kecil dahulu, di mana ia mudah dicapai serta akan membantu anda mencapai matlamat utama dan kemudian aplikasikan ia di dalam p e r niagaan
5
seterusnya. Anda perlu memahami apa yang pelanggan mahukan. Jika anda ingin membangunkan sebuah gerai niaga bagi menjual barangan, penyelidikan pasaran perlu dilakukan secara terus dengan bertanyakan orang ramai di sekeliling kawasan tesebut, apa yang mereka suka beli yang susah didapati di kedai-kedai tempatan dan gerai niaga lain. Dalam persediaan pelancaran perniagaan, anda perlu memastikan segala keperluan telah mencukupi bagi menghadapi masalah yang tidak diduga di masa hadapan dan mengambil kesempatan apabila bertembung d e n g a n peluangpeluang yang menguntungkan. Gerai atau troli n i a g a mempunyai kelebihan dari segi fleksibil-
iti, ia juga memudahkan anda bagi mengenalpasti jenis produk tertentu terutamanya produk yang paling laris jualannya. Selepas mengenalpasti produk laris, anda boleh memindahkan segala tumpuan dan mengembangkan lagi kawasan produk tersebut dengan mudah berbanding dengan syarikat besar. Ini bermakna mengubah idea asal anda boleh menjadi mudah ataupun sukar mengikut kesesuaian keadaan banyak perniagaan gagal kerana pemiliknya keras kepala untuk mengubah perniagaan mengikut kesesuaian keadaan.
Situasi seperti ini memerlukan kretiviti sebenar dan fleksibiliti, amat berguna jika anda mula beralih mendapatkan nasihat dari mentor yang sepatutnya. Terdapat beberapa usahawan di negara Afrika yang berjaya, salah seorangnya adalah Ashish Thakkar dimana beliau baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Usahawan Muda Terbaik di Forum Keusahawanan Dunia. (Saya juga dinobatkan Usahawan Siri Tahunan Terbaik, tetapi jangan fokus pada saya.) Dalam temubual bersama Forbes pada thun 2012, Aishish, berasal dari Uganda, telah memberi beberapa kata-kata inspirasi dan praktikal yang mungkin dapat membantu usahawan. Dia berkata “Saya percaya dengan semangat ketabahan, sentiasa berfikiran (impian) besar dan matlamat yang tinggi, dan sudah tentu sentiasa positif.” Beliau juga mengatakan “Sentiasa beringat di bumi yang nyata dan mudah untuk didekati. Apabila ego (sombong) menguasai diri anda, semuanya akan musnah. Sentiasa mengingati bahawa sebesar mana kejayaan yang anda telah kecapi ianya hanyalah ibarat setitik air jatuh di dalam lautan yang luas.” Ini merupakan nasihat yang tepat, keupayaan mendengar percakapan orang lain dan menyesuaikan diri mungkin merupakan punca perbezaan antara kejayaan dan kegagalan. Mengembangkan perniagaan : Apabila anda memulakan perniagaan dengan bermodalkan kecil, kebiasaannya keputusan anda akan dipengaruhi oleh keuntungan jangka pendek. Keputusan ini akan memberi kesan tidak jelas terhadap keuntungan, kerana tidak kira betapa besar ataupun kecil perniagaan, kunci kejayaan
6
adalah menarik pelanggan dan menjaga mereka dengan baik agar datang membeli kembali. Apabila anda membantu pelanggan, mereka merupakan satu sumber yang berpotensi untuk bekerjasama dalam pembiayaan kos dan penyebaran berita perniagaan anda. Dengan menyediakan perkhidmatan yang bagus boleh menambahkan harapan keuntungan yang lebih, jika anda melakukannya dengan cara yang betul, maka besar kemungkinan pelanggan yang banyak akan mula kembali ke perniagaan anda. Syarikat syarikat besar telah dibina berdasarkan platform (asas) ini. Di Virgin kami membuat pilihan yang sama walaupun kami beroperasi pada skala yang besar pada hari ini. Pada akhir tahun lepas, selepas enam tahun yang mencabar, syarikat penerbangan Virgin Amerika mula membuat keuntungan secara konsisten. Pada ketika itu kami fokus dalam memberi tumpuan membina pelanggan yang setia dan berminat dengan melalui pasaran yang sukar. Ji k a k a m i b oleh menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam organisasi yang besar, anda mungkin dapatkan lakukan perkara yang sama. Jadi berimpianlah besar! Bertukar menjadi fleksbel dalam mencari kehendak pasaran perniagaan, bantu pelanggan selagi boleh dan lakukan dengan gembira. Jika anda mengikuti langkah-langkah ini, anda akan dapati perniagaan kecil anda akan mengembang menjadi perniagaan yang besar.
“Dengan penulisan anda akan kuasai impian”
Kuasai Penulisan Pernahkah kita melihat bahawa seseorang yang serius di dalam berkomunikasi, mereka akan lebih cenderung untuk menulis maklumatnya dalam bentuk catatan. Dengan menulis, kita dapat menjadikan diri kita lebih fokus dan peka dalam melakukan sesuatu perkara.
Antara kelebihan kuasa penulisan....
1
Penulisan Membantu Daya Ingatan
Pernahkah kita perasan, apabila kita menulis senarai barangan membeli-belah, kita boleh ingat hampir kesemua barang-barang dicatat tanpa kita sedari. Perbuatan menulis membantu kita dalam menguatkan daya ingatan kita. Ingatan ini boleh menjadi ingatan jangka pendek ataupun jangka panjang bergantung sekerap mana kita menulis serta membacanya.
7
2
Penulisan Maklumat Kekal Dengan menulis maklumat perkara-perkara penting di dalam bentuk catatan nota, maklumat tersebut telah menjadi maklumat kekal. Maklumat ini boleh direkod dalam bentuk fail, memo, buku nota, diari, jurnal dan banyak lagi. Ia amat berguna sebagai bahan rujukan akan datang bagi diri sendiri dan orang lain.
3
Penulisan Menunjukkan Kita Serius “Pastikan ia ditulis”. Ini merupakan ayat yang sering kita dengar apabila sesuatu komunikasi itu menjadi serius. Kebiasaannya penulisan serius ini membabitkan perjanjian antara individu atau syarikat. Ia bagi menunjukkan yang kita amat menghormati dengan persefahaman yang dikecapi bersama. Menulis matlamat diri juga dikategorikan sebagai matlamat yang serius jika ia ditulis dan dihayati dengan semangat yang tinggi.
8
4
Penulisan Mendisplin Diri Jika kita pernah mencuba untuk menurunkan berat badan atau ingin mengurangkan perbelanjaan bulanan. Menulis catatan dalam bentuk log merupakan kaedah terbaik bagi mengesan kemajuan serta keupayaan kita untuk mengaplikasikan apa yang dirancang. Maklumat secara bertulis juga dapat mendisplinkan kita dari terus hidup berpura- pura dengan diri sendiri. Ini kerana, kita dapat mengenalpasti samada aktiviti yang kita harus lakukan itu telah ditunaikan atau belum melalui catatan yang ditulis. Kita pasti akan terpegun dengan perbezaan hidup yang akan terjadi jika kita bertindak mengikut matlamat yang telah ditulis mengikut tindakan harian, mingguan mahupun bulanan.
5
Penulisan Penyelesaian Masalah
Apabila kita berhadapan dengan masalah rumit atau situasi yang sukar dalam kehidupan, cuba tulis mengenainya di atas sehelai kertas. Penyelesaian masalah dengan hanya memikirkan sahaja tidak dapat membantu, ia hanya akan memeningkan kita malah ia juga boleh mengundang masalah tekanan hidup. Melalui kaedah menulis, kita dapat melihat gambaran situasi yang sebenar dengan lebih jelas lagi. Ia juga dapat membantu kita untuk merangka jalan-jalan penyelesaian dengan lebih teratur dan logik.
9
URUS MASA ALA
JUTAWAN E
“ sok jerlah”, “Minggu depan ada lagi”, “Bukan nak pakai sekarang pun…” Ayat yang sering kita dengari apabila ia dibabitkan dengan masa. Masih ramai yang memandang rendah dengan kuasa pengurusan masa. Masa merupakan jangka waktu mengikut saat, minit, jam, harian, bulanan dan tahunan. Menguruskan masa dengan bijak bermakna kita telah menguruskan kehidupan dengan baik. Pernahkah kita terfikir mengapa sesetengah orang seolah-olah dapat melakukan segala aktiviti seharian dengan mudah tanpa ada sebarang halangan pun. Malah golongan ini merasakan diri mereka mempunyai lebih banyak masa terluang lagi
10
berbanding dengan orang sekeliling mereka. Sebenarnya, rahsia menguruskan masa tidak terletak pada waktu bekerja dengan lebih masa dalam sesuatu perkara. Rahsia masa adalah mengenai bagaimana kita mengutamakan perkara-perkara yang penting terdahulu yang perlu dilakukan dan belajar cara menggunakan masa dengan lebih cekap dan berkesan. Ringkasnya, rahsia pengurusan masa adalah bekerja dengan lebih bijak, bukan bekerja dengan lebih keras. Di sini terdapat satu kaedah yang kita boleh aplikasikan bagi mencapai pengurusan masa yang terbaik. Kaedah ini dipanggil “D.O.I.T.N.O.W.”
FORMULA D.O.I.T.N.O.W.
D O I T N O W 11
DIVIDE (Membahagikan).
Bahagi dan mengawal tugasan atau perkara yang perlu dilakukan. Pecahkan tugasan yang besar kepada tugas-tugas yang lebih kecil bagi memudahkan kita mengawal aktiviti dan masa yang diperuntukan. Pastikan setiap tugasan yang ingin dilakukan mempunyai tarikh sasaran untuk menyelesaikannya. Tarikh sasaran mestilah realistik dan mampu dicapai.
ORGANIZE (Mengatur)
Mengatur kesemua tugasan mengikut keutamaan kepentingan. Tugasan juga perlu diatur dengan kaedah bagaimana kita hendak melakukannya.
IGNORE (Abaikan)
Abaikan segala gangguan yang tidak kena mengena dengan tugasan yang hendak kita laksanakan.
TAKE THE TIME (Ambil Masa)
Ambil masa dalam melakukan sesuatu perkara yang kita kurang fahami. Mempelajarinya terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah timbul sewaktu tugas ingin dilaksanakan.
NOW (Sekarang)
Bertindak sekarang! Bukan esok mahupun lusa. Jangan melengah-lengahkan masa. Fast Action, Fast Result!
OPPORTUNITY (Peluang)
Apabila mendapat peluang yang menguntungkan, bertindak cepat untuk mendapatkannya. Peluang bukan dari segi perniagaan sahaja, peluang juga boleh dikaitkan dengan peluang masa. Jika sesuatu tugasan dapat dilaksanakan dengan cepat dari tarikh sasaran, jangan lengahkan masa terus laksanakan tugasan seterusnya.
WATCH OUT TIME (Perhatikan Masa)
Sentiasa memerhatikan masa sasaran yang diperuntukan bagi suatu tugasan.
T A Y A K I H S
amsung Mobile Phone telah wujud sejak tahun 1983. Syarikat ini telah beroperasi di Korea Selatan selama 70 tahun di dalam bidang perdagangan dan penghasilan barangan elektronik. Ramai yang tidak tahu bahawa Samsung tidak seperti syarikat elektronik lain, di mana pada permulaan perniagaannya Samsung tidak terlibat langsung dalam pembuatan produk elektronik. Pada tahun 1938, pengasas Samsung Byung-Chull Lee telah mendirikan syarikat eksport di Korea bagi penjualan bahan-bahan basah seperti ikan, sayuran serta buah-buahan ke negara China. Penamaan syarikat Samsung ini berasal dari bahasa Korea dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “bintang tiga”.
Dalam masa satu dekad sahaja, Samsung telah mempunyai kilang pemprosessan tepung dan mesin gula lalu menjadi sebuah syarikat perusahaan bersama pada tahun 1951. Tahun 1958, Samsung mula mengembangkan sayap perniagaannya ke industri kewangan, media, bahan kimia dan pembinaan kapal. Selepas itu, pada tahun 1969 syarikat Samsung Mobile Phone, Samsung Electronic ditubuhkan dan telah menghasilkan produk-produk keluaran Samsung yang terkenal dan terkemuka seperti telefon bimbit, tv, radio, komponen komputer dan peranti elektronik.
12
Tahun 1987, pengasas Samsung Byung-Chull Lee telah meninggal dunia dan Samsung telah di ambil alih oleh pengerusi Kun-Hee Lee. Tanpa melengahkan masa, pada tahun 1990 Samsung mula membina kilang-kilang serta membina empayar barunya di peringkat global seperti di negara Amerika Syarikat, Jerman, Thailand, Mexico, Sepanyol dan China sehingga tahun 1997. Di Amerika Syarikat, Samsung telah melakukan kerjasama bersama syarikat Spirnt dalam pengeluaran telefon jenis compact dan nipis. Samsung Mobile Phone telah mengeluarkan telefon bimbit siri SH-700 (tahun 1993) yang telah memberi kebanggaan syarikat dimana SH-700 ini telah direka dengan mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding keluaran sebelumnya, mempunyai bentuk badan yang nipis dan kualiti audio yang memberansangkan. Dengan kualiti produk yang lebih berkualiti serta kempen pemasaran yang agresif, Samsung telah berjaya monopoli separuh dari pasaran telefon bimbit di Korea dari pihak lawannya Motorola. Namun pada tahun 1997 hampir semua perniagaan di Korea telah mengalami kemerosotan termasuklah syarikat Samsung. Akibat dari beban ekonomi ini, Samsung terpaksa menjual beberapa perniagaannya dan mengurangkan bilangan pekerja bagi meringankan hutang syarikat. Namun kekuatan industri elektronik, Samsung
13
akhirnya telah berjaya dan terus menerus mengembangkan empayar perniagaannya ke serata dunia sehingga ke hari ini. Dengan mempunyai pusat penyelidikan teknologi yang tinggi, Samsung telah membangunkan satu telefon pintar (smartphone) dengan gabungan pemain mp3 menjelang akhir abad ke-20. Pada suku ke-3 tahun 2008, buat pertama kalinya dalam sejarah Samsung telah menghantar lebih 50 juta telefon bimbit ke serata tempat walaupun pada saat itu dunia sedang mengalami masalah kemelesetan ekonomi. Awal tahun 2009, pasaran global Samsung Mobile Phone telah memiliki lebih 17% pasaran kedua dari Nokia. Samsung kemudian mendedikasikan syarikatnya dalam perkembangan industri teknolgi 3G seperti dalam pembinaan teknologi video, telefon kamera dan lain-lain lagi. Tahun 2009, Samsung Mobile dan T-Mobile memperkenalkan Memoir, ia merupakan sebuah telefon bimbit dengan kamera berkuasa 8 Megapiksel yang terbaik di kelasnya. Hari ini nama syarikat Samsung telah berdiri dengan megah dan telah dinobatkan sebagai salah satu syarikat pengeluar telefon pintar yang terbaik di dunia.
30
Tanda Mungkin Anda Seorang
U AHAWAN
14
Usahawan adalah kumpulan orang yang unik. Mereka kebiasaannya berfikir
secara berbeza, dan bertindak secara berbeza. Jika anda tertanya-tanya samada anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan, lihat senarai berikut. Anda mungkin tidak mempunyai semua sifat-sifat atau kemahiran, tetapi jika anda mempunyai beberapa dari sifat ini, ia adalah petunjuk yang cukup baik bahawa anda mempunyai apa yang diperlukan
1 2 3 4 5 6 7 15
Anda mempunyai ahli keluarga yang tidak boleh bekerja untuk orang lain. Ibubapa anda bekerja untuk diri mereka sendiri. Walaupun ini tidak benar untuk setiap usahawan, ramai mempunyai sejarah keluarga dengan satu atau kedua- dua ibubapa yang pernah bekerja sendiri. Anda seorang yang sentiasa mempersoalkan mengapa orang melakukan perkara-perkara yang mereka lakukan. Anda berusaha untuk membuat perkara yang lebih baik dan bersedia untuk mengambil tindakan ke atasnya. Anda yakin pada diri sendiri. Adakah anda pernah bertemu seorang usahawan yang pesimis atau benci dirinya? Lagipun, jika anda tidak mempunyai keyakinan, bagaimana orang lain boleh percaya kepada anda? Kebanyakan usahawan amat optimistik tentang segala-galanya di sekeliling mereka. Anda bersemangat. Akan ada masa apabila anda menghabiskan masa berlebihan dengan tidak membuat satu Ringgit pun. Tetapi hanya minat dan semangat yang akan membuat anda meneruskan usaha anda.
Anda tidak boleh menerima “Tidak” sebagai jawapan. Seorang usahawan tidak akan putus asa. Anda mempunyai keupayaan untuk membina perhubungan kerana keupayaan anda untuk melihat sesuatu perkara dari sudut keseluruhan. Orang cenderung dan tertarik kepada anda kerana anda seorang yang disenangi. Ini adalah kerana minat anda.
Anda menghabiskan lebih banyak masa dengan pengasas daripada bersama dengan pasangan anda.
8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 16
Anda menghentikan pengajian seperti Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg.
Berulang-alik setiap hari ke pejabat anda adalah dari bilik tidur ke ruangtamu. Anda sentiasa seorang pekerja tidak cemerlang dan mungkin telah dipecat banyak kali. Jangan bimbang, anda tidak bersendirian. Jangan mengambil ia sebagai tanda bahawa anda seorang yang tidak baik. Kadang-kadang ia dalam DNA anda. Anda sentiasa bertentangan dengan pihak berkuasa, itulah sebabnya anda sukar bekerja lama di suatu tempat kerja. Anda percaya bahawa terdapat lebih daripada satu definisi keselamatan kerja. Anda menyedari bahawa tugas anda adalah selamat selagi anda berada dalam kawalan berbanding dengan bergantung kepada bos yang boleh merosakkan kerjaya anda selepas satu kesilapan. Kebanyakan pakaian dalam almari anda terdiri daripada baju-T. Sesetengah anda mungkin mendapat di pasaraya biasa. Baju lain pula memaparkan nama atau logo syarikat.
Anda mempunyai sifat yang berdaya saing dan bersedia untuk kalah. Anda sentiasa tahu bahawa anda boleh melakukan sesuatu yang lebih baik. Idea anda bercuti adalah hari kerja tanpa apa-apa mengganggu tugas yang benar-benar perlu dilakukan.
Anda tidak bekerja dan kemahiran hidup adalah lebih berharga untuk anda.
Anda bekerja lebih daripada 60 jam seminggu, tetapi anda sebenarnya boleh memperoleh lebih banyak wang ketika anda berada di sekolah menengah.
18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 17
Anda mahu berada dalam kawalan dan dapat berperintah dalam syarikat anda sendiri. Anda biasanya suka mengawasi kebanyakan perkara yang berlaku di syarikat anda. Anda melihat peluang di mana-mana. Sebagai contoh, anda berjalan ke dalam sebuah bangunan dan ingin tahu tentang nilai syarikat-syarikat di situ.
Perkataan "pitch" tidak lagi mempunyai kaitan dengan besbol.
Anda seorang pemikir logik dengan idea-idea tentang bagaimana untuk membetulkan masalah dan keadaan keseluruhan. Bercakap tentang penyelesaian masalah, adakah anda mencari sama ada aplikasi itu telah wujud? Mungkin anda telah mula mewujudkan satu model perniagaan dan senibina perisian untuk melihat jika ia boleh dilaksanakan. Anda suka bergaul dan tidak dengan orang ramai.
mempunyai masalah berkomunikasi
Sebagai kanak-kanak, anda suka menjual barangan seperti di gerai air limau. Apabila terdapat jualan kelas, anda mungkin salah satu daripada penjual terbaik. Anda seorang berinisiatif, bermakna anda tidak berputus asa sehingga projek itu selesai.
Tidak kira apa yang anda lakukan setiap hari, anda sentiasa memikirkan dari segi mendapatkan pulangan ke atas pelaburan.
Anda berfikir di luar kotak. Jika tidak, apa yang akan berubah?
28 29 30
18
Anda seorang yang menarik dan berkarisma.
Anda percaya dalam kecekapan dan akan mencari kaedah-kaedah untuk membuat sesuatu perkara berjalan lancar.
Anda menyedari bahawa anda tidak boleh melakukan semua tugasan. Anda mempunyai idea dan boleh mempromosikannya tetapi anda juga tahu bahawa anda tidak mahir dalam setiap tugasan dalam menjalankan perniagaan.
MASA Berjalan... Masa berjalan.....
Masa berjalan...
Di manakah impian? Di manakah jalan? Di manakah tindakan?
Yang tiada ilmu meraba-raba Yang berilmu bergaya-gaya Mencari imbangan neraca Antara dunia dan di sana
Masa berjalan..... Sehingga masa kita "jalan" Adakah kita hidup di atas jalan? Atau kita hidup berjalan-jalan? Masa berjalan.... Di atas jalan banyak dugaan Cabaran demi cabaran Mana mungkin tidak ada pelan tindakan Itu namanya meraban-raban Masa berjalan... Dulu jalan seorang Sekarang berteman Setiap tahun isteri meneran Dulu boleh berjalan Sekarang mahu berkenderaan Masa berjalan... Kos makan kos kenderaan Kos tak tertahan kos bangunan Kos naik ongkos pinjaman Hidup tekanan mati ditekan
19
Masa berjalan... Pasti sampai hujungnya Yang berduka adalah yang buta Yang bahagia adalah yang berjumpa Mengenal rahsia dunia BertemuNya melaluinya.... Masa berjalan... Langit di atas bumi dibawah Sampai masa ke kotak tanah Pinta gerbang ke alam bawah Menjadi arwah bertemu arwah Bertemu sapa menunggu Fatihah Masa berjalan... Hidup hanya untuk berlumba Menunggang dunia mencapaiNya Sebelum detik dan ketika Dipertemukan semula Setelah lepas lama merana Mencari mana dan di mana Masa berjalan... Nukilan : HambaNya DrAzizan Osman 10 Rabiul Awal/ 22 Jan 2013
20