Penyemakan semula kurikulum di dalam sesebuah sistem pendidikan perlu dilaksanakan. Proses ini adalah untuk mempastikan agar kurikulum yang dilaksanakan dapat melahirkan generasi yang diimpikan oleh sesebuah negara. Justeru itu dalam PPM 2015-2025 telah berlaku perubahan kurikulum dalam sitem Pendidikan di Malaysia, dari KLSM, KBSM kepada KSSM. Berdasarkan penyataan di atas, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: -
Menghuraikan sejarah dan objektif ketiga-tiga kurikulum tersebut Menganalisis kekuatan dan kelemahan ketiga-tiga kurikulum tersebut
KURIKULUM LAMA SEKOLAH MENENGAH SEJARAH & OBJEKTIF Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) telah dilaksanakan sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan hasil daripada ordinan pelajaran 1957. Kandungan Kurikulum berfokus kepada sukatan eropah dan negara- negara timur. Kurikulum dianjurkan oleh orang Inggeris. Buku teks yang berorientasikan buku bahasa Inggeris yang ditulis oleh penulis barat. Tujuanya menyemai dan memupuk semangat kebangsaan terhadap negara. KEKUATAN Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) yang diasaskan semenjak mencapai kemerdekaan ini mempunyai banyak kekuatan dalam pelaksanaannya. Kurikulum Pendidikan ini lebih memberikan tumpuan kepada ilmu pengetahuan dan kurang memberikan penekanan kepada perkembangan watak dan sahsiah pelajar. Hal ini akan memberikan impak yang positif pada tahap akademik murid tidak kira latar belakang atau sahsiah mereka. Selain daripada itu, (KLSM) ini juga memberikan lebih penumpuan kepada pencapaian dalam peperiksaan bagi setiap pelajar. Apabila perkara ini yang dititikberatkan ianya dapat mengasah kemahiran mahupun pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar. Di samping itu, kurikulum ini juga menggunakan konsep hafalan secara langsung dan tidak langsung. Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad kerana penekanan kepada pembelajaran yang tinggi dalam (KLSM) ini. Dalam pada itu kurikulum ini juga mempunyai kekuatan yang tersendiri apabila giat menggunakan kaedah “chalk and Talk” yang Talk” yang berpusatkan kepada guru di dalam kelas sewaktu sewaktu sesi pembelajaran.
KELEMAHAN Terdapat banyak kelemahan yang wujud dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) antaranya ialah kurang penekanan nilai-nilai dan kemahiran murid. Hanya memberikan tumpuan kepada ilmu akal sahaja dan tidak pada ilmu wahyu. Di samping itu juga, kurikulum Pendidikan ini kurang memberikan tumpuan kepada perkembangan watak dan sahsiah murid. Sedangkan perkara inilah yang perlu disulami dalam menimba ilmu pengetahuan. Seterusnya, kandungan pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum Pendidikan ini terlalu memberatkan ilmu pengetahuan yang ingin dituntuti khususnya pada pelaksanaan peperiksaan yang dijalankan ketika itu. Seterusnya, hal ini juga kurang memberikan tumpuan pada kemahiran dan pengajaran majoritinya tertumpu kepada hafalan. Hal ini menyebabkan ceteknya pemikiran yang kreatif dan berinovasi. Pendidikan ini juga agak menyimpang daripada dasar bagi melahirkan rakyat yang beridentiti kebangsaan dengan mengamalkan nilai jati diri yang mantap dan agung. KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SEJARAH & OBJEKTIF Di tubuhkan pada tahun 1989, bedasarkan laporan jawatankuasa kabinet 1979 Kbsm tertumpu kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif dan kritis. KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup. Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh. Tujuan pelaksanaan kurikulum ini adalah membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berinteraksi dalam semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran dan penaakulan. Memberi peluang pelajar memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang berkaitan serta membolehkan mereka menjadi anggota-anggota masyarakat yang berkesan dan bertanggung jawab. Menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan bakat, serta mempertingkatkan peribadi dan watak
KEKUATAN Antara kekuatan yang kita dapat lihat di dalam kurikulum bersepadu sekolah menengah ini ialah strategi pemusatan murid. Strategi ini dapat menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak langsung membantu proses perkembangan intelek dan kemahiran berfikir mereka. Kaedah dan teknik seperti kaedah kumpulan, perbincangan, penyelesaian masalah, penyoalan,permainan, simulasi dan sebagainya sangat sesuai bagi melibatkan pelajar secara aktif. Melalui kaedah dan teknik ini telah melahirkan pelajar ya ng berilmu pengetahuan serta berkebolehan menyatakan idea dan fikiran dengan jelas, objektif dan rasional. Pendekatan dan strategi pembelajaran di bawah rancangan KBSM pula mengandungi ciri kesinambungan KBSR di mana banyak strategi pemusatan murid dan bahan dijalankan mengikut kesesuaian pelajar. Kemahiran- kemahiran disusun semula daripada yang paling asas kepada yang kompleks mengikut topik masing-masing. Aspek penyelesaian masalah yang difikirkan sesuai dintegrasikan dalam setiap topik pelajaran dan membolehkan beberapa kemahiran dan tajuk dikuasai secara serentak oleh pelajar
KELEMAHAN
SEJARAH & OBJEKTIF KSSM Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) Kali Ke-198 pada 18 Januari 2012. telah memutuskan supaya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017, iaitu selepas kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tamat. Pelaksanaan KSSM secara berperingkat- peringkat bermula dengan murid Tingkatan 1 pada tahun 2017. Kurikulum ini dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing pada peringkat global. Ini sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan Negara yang merangkumi aspek intelek, emosi, jasmani dan sosial setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum. Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata. Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi akan ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombong satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan,gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2012-2025) iaitu fasa pentaksiran.Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian. kesimpulannya.. Sekolah, sebagai miniatur masyarakat, memikul tugas memainkan peranan sebagai agen sosialisasi untuk membentuk identiti kebudayaan tersendiri melalui proses integrasi mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan ini, pelaksanaan kurikulum berpusat merupakan langkah positif ke arah mencapai matlamat perpaduan di kalangan rakyat dan pembentukan identiti kebudayaan tersendiri dalam kalangan Malaysia.