TAJUK: KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
Nama: Joanne Teng Bing Hwa
Kelas: 3.2
Guru Bimbingan: Puan Chan Mee Lee
Pengenalan
Penerokaan sumber seperti sumber mineral, sumber hutan, petroleum dan gas asli di Malaysia merupakan kegiatan yang penting bagi pembangunan negara. Walau bagaimanapun, penerokaan sumber yang tidak bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar.
Kesan ini termasuklah kemusnahan hutan, kejadian hakisan dan banjir. Oleh itu, penerokaan sumber terhadap lestari perlulah dilaksanakan bagi mencapai pembangunan ekonomi dan pada massa yang sama akan memelihara alam sekitar
KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR DI MALAYSIA PERUBAHAN PANDANG DARAT (landskap) Perlombongan mengubah landskap sesuatu kawasan Kegiatan melombong bijih timah, bijih besi, kuprum dan bauksit menyebabkan kawasan menjadi lapang dan gersang Bekas lombong terdapat di sekitar Lembah Klang, Kuala Langat, Selangor dan Lembah Kinta di Perak Kegiatan perlombongan juga mengubah sesuatu kawasan kepada petempatan Pekan Kerteh (petempatan nelayan) telah berubah menjadi bandar disebabkan penerokaan petroleum
Kesan pembalakan, pertanian, pembukaan petempatan, bandar baru, perindustrian terhadap landskap Penebangan hutan yang berlebihan dan tidak terkawal menyebabkan kepupusan kepada pokok-pokok hutan yang berharga Antara tumbuhan yang diancam kepupusan :
Keruing
Meranti
Jelutung
Merbau
cengal, resak, berlian, damar, minyak, orkid hutan, periuk kera Antara hidupan liar yang diancam kepupusan :
Seladang
Kambing gurun
Rusa
Kijang
*Info Geografi ~ Hutan bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanah tanih daripadan hakisan air dan angin. Pokok -pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih dengan akarnya.
PENINGKATAN SUHU
Penebangan hutan secara besar-besaran menyebabkan permukaan bumi terdedah Suhu meningkat kerana tiada litupan tumbuh-tumbuhan Permukaan bumi yang menerima pancaran terus matahari akan mengakibatkan kelembapan udara berkurang Ketiadaan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses transpirasi akan turut menyebabkan udara menjadi kering
Kesan pembersihan hutan terhadap suhu :Suhu Tanah tinggi Cameron meningkat sebanyak 1.5 darjah selsius Tanah Rata, Brinchang, Ringlet, Kampung Raja meningkat sebanyak 4 darjah selsius
Tanah Tinggi Cameron
KESAN HAKISAN
Pembersihan hutan menyebabkan permukaan bumi menjadi gondol Ketiadaan tumbuh-tumbuhan mengakibatkan tiada akar yang dapat mencengkam tanah dan mengakibatkan tanih menjadi longgar Apabila hujan lebat, air larian permukaan akan menghakis permukaan bumiyang longgar terutama di kawasan cerun dan membawa lumpur turun ke sungai Air larian ini menuruni cerun yang gondol dengar arus yang kuat tanpa ada halangan dan memusnahkan kawasan kitaraanya Contohnya :Kejadian banjir lumpur di Pos Dipang, Ipoh adala disebabkan kegiatan penebangan hutan yang tidak diurus dengan baik
Banjir lumpuh di Pos Dipang
KESAN BANJIR
Penggunaan pelbagai sumber hutan, mineral dan air secara tidak terkawal menyebabkan banjir Pembalakan tidak terkawal menyebabkan hutan terdedah terus kepada air hujan dan terus mengalir ke sungai Sungai menjadi cetek, air melimpah dan terjadinya banjir di kawasan rendah contohnya di Sungai Kelantan dan Sungai Pahang Hutan yang telah gondol sudah tidak ada penapisan air hujan akibat ketiadaan pokok
KESAN PENCEMARAN
Bahan kelodak berpunca daripada hakisan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai Bahan terampai dalam sungai meningkat dan menyebabkan sungai kurang sesuai untuk digunakan sebagai sumber domestik Kegiatan perlombongan menggunakan banyak air untuk memisahkan mineral berharga daripada bahan lain seperti pasir, lumpur dan kelodak Air buangannya menyebabkan sungai tercemar Kerja melombong kuprum di Mamut, Sabah menyebabkan pencemaran udara yang menjejaskan kehidupan di sekitar Proses pemecahan batu granit untuk membuat jalan dan batu kapur untuk membuat simen menyebabkan pencemaran udara contohnya kerja memecah batu kapur di pinggir Ipoh Pembakaran sisa gas di loji pemprosesan juga menyebabkan pencemaran udara __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________
Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar 1) Perubahan Pandang Darat (Landskap) - perubahan terhadap komponen fizikal seperti penebangan hutan untuk tujuan pembinaan jalan raya atau bangunan, ianya akan membentuk pandang darat budaya. - penerokaan sumber seperti aktiviti perlombongan dan pembalakan pula akan mengubah pandang darat (landskap) di kawasan berkenaan. -cth: perlombongan bijih timah tinggalkan lubang-lubang bekas lombong yang dalam dan sukar ditimbus. -cth: penebangan hutan menyebabkan kawasan hutan menjadi gondol dan gersang. -cth: pembinaan empangan spt Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, Empangan Batang Ai dan Empangan Bakun bagi penjanaan kuasa hidroelektrik menyebabkan kawasan hutan berubah menjadi tasik yang luas.
2) Kepupusan Sumber - penerokaan sumber tanpa sebarang pengurusan yang cekap menyebabkan sumber berkenaan pupus, terutamanya sumber-sumber alam yang tidak boleh diperbaharui. - cth: sumber mineral dan gas asli : deposit petroleum dan gas asli negara Malaysia dijangka akan habis dalam jangkamasa 18 tahun dari sekarang. - spesies flora dan fauna diancam kepupusan. - habitat haiwan turut musnah. 3) Peningkatan Suhu - pemanasan global. - penerokaan sumber hutan sebabkan permukaan bumi kehilangan litupan tumbuhan menyebabkan bumi menerima pencaran matahari secara terus / langsung. - proses sejatpeluhan tumbuh-tumbuhan berkurangan. - kelembapan udara menurun dan udara menjadi kering (dry air). - imbangan gas turut terganggu - peningkatan kadar gas rumah hijau terutamanya Karbon dioksida.
4) Hakisan - Penebangan hutan dan kegiatan perlombongan bijih timah, jalan raya dan sebagainya adalah faktor utama hakisan dan tanah runtuh. - pembersihan hutan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada agen luluhawa dan hakisan spt angin, hujan dan air mengalir. - struktur tanah menjadi longgar dan cerun bukit tidak stabil. - cth: Tragedi tanah runtuh di Genting Highland (1995). - penebangan hutan bakau giatkan hakisan pantai. - cth: Matang (Perak) & Kuala Rompin (Pahang) alami hakisan pantai yg serius. - penerokaan mineral spt bijih timah turut akibatkan hakisan dan mendapan tanah. - kaedah perlombongan menggunakan pam hidraulik rosakkan cerun-cerun bukit spt di Batu Gajah dan Kampar di Perak suatu ketika dahulu.
Hakisan tanah.
5) Banjir - air larian membawa tanih, kelodak dan bahan-bahan mendakan spt sisa-sisa lombong dsb ke dalam sungai-sungai jadi cetek. - hujan lebat dalam jangkamasa lama tidak berupaya menampung jumlah air yang banyak menyebabkan berlakunya banjir, terutamanya banjir kilat di kawasan bandar.
Banjir kilat.
6) Pencemaran Udara - Perlombongan batu di kuari (granit dan batu kapur) menyebabkan habuk dan debu berterbangan di udara. - cth: sekitar kawasan Penanti, Bukit Mertajam, Bukit Berapit dan Taiping menyebabkan udara di kawasan berkenaan tercemar dengan ampaian habuk-habuk dan debu-debu batu. - penebangan dan pembakaran terbuka wujudkan fenomena jerebu. - penerokaan petroleum gas asli turut mencemari udara akibat pembakaran gas di pelantar minyak, pembakaran plumbum, serta pembebasan karbon monoksida dan hidrokarbon di loji penapisan. - peningkatan komponen asbut di ruang atmosfera. 7) Pencemaran Darat - Pembuangan pelbagai sisa domestik spt sampah sarap dan sisa kilang mengancam kesihatan penduduk setempat. - timbulkan bau busuk yg tidak meyenangkan dan meloyakan dan merosakkan pemandangan persekitaran.
Tapak pelupusan sampah mencemari tanih selain menjijikkan.
8) Pencemaraan Air - air larian membawa tanah terhakis ke dalam sungai dan sistem saliran. - pemprosesan dan penapisan petroleum dan gas asli serta pembuangan sisa efluen kilang-kilang industri menyebabkan air tercemar. - pengasingan mineral spt bijih timah menggunakan air mencemarkan sungai. - akibatnya, ekosistem pinggir laut dan marin terjejas dan boleh mengancam pelbagai hidupan akuatik.
Punca pencemaran sungai
Pencemaran yang dicipta oleh manusia melalui pelbagai aktiviti pembangunan sosioekonomi yang tidak cekap mengancam manusia itu sendiri.
Kesan penerokaan sumber Perubahan Pandang Darat Perubahan pandang darat itu terdiri daripada komponen-komponen fizikal seperti bukit paya atau dikenali sebagai pandangan darat fizikal yang mengalami perubahan akibat aktiviti manusia seperti perlombongan dan perhutanan.
Kaedah kapal korek dan lombong dedah meninggalkan lubang-lubang yang berbentuk kolam bekas lombong.
Penerokaan petroleum dan gas asli dipenuhi rangkaian paip serta tangki-tangki simpanan bahan bakar berkenaan.
Pembinaan empangan
Pembinaan jalan raya
Kegiatan perhutanan menyebabkan kawasan hutan yang luas menjadi gondola dan gersang. Pembinaan empangan seperti Empangan Chenderoh dan Empangan Kenyir bagi menjana kuasa elektrik pula mengubah landskap kawasan hutan tebal menjadi kawasan takungan air yang luas.
Pembinaan lebuh raya menyebabkan sebahagian besar kawasan hutan ditebang dan dimusnahkan.
Kepupusan Sumber Mineral
Penerokaan sumber semula jadi tanpa pengurusan yang cekap boleh mengakibatkan sumber berkenaan pupus. Sumber semula jadi mineral seperti bijih timah, petroleum dan gas aslimerupakan sumber yang tidak dapat diperbaharui. Penerokaan sumber tersebut secara berterusan boleh menyebabkan sumber tersebut kehabisan. Sebagai contohnya, sumber petroleum dan gas asli di negara kita dijangka akan kehabisan dalam temph 40 tahun. Lombong bijih besi di Bukit besi dan lombong bijih timah di Sungai Lembing, Pahang telah ditutup kerana tidak ekonomik untuk diusahakan.
Kepupusan Sumber Hutan Penerokaan sumber hutan pula menyebabkan bekalan kayu balak pada masa depan akan semakin berkurangan kerana pokok-pokok yang ditanam mengambil masa yang lama untuk tumbesar.
Selain itu, pembukaan tanah untuk pertanian atau pembangunan wilayah akan menyebabkan beberapa jenis spesies flora dan fauna yang belum dikenalpasti kegunaannya di masa hadapan pupus begitu sahaja. Peningkatan permintaan terhadap bekalan eektrik menyebabkan lebih banyak empangan hidroelektrik dibina di kawasan hutan. Keadaan ini menyebabkan pelbagai jenis spesies flora dan fauna menghadapi risiko kepupusan. Hal ini demikian kerana habitat haiwan di kawasan hutan termusnah serta ekosistem hutan dan rantaian makanan haiwan terjejas. Sebagai contohnya, spesies hidupan liar seperti badak Sumatera, beruang, orang utan, gajah, dan harimau semakin berkurangan di negara kita.
Peningkatan suhu Menurut Jabatan Kaji cuaca Malaysia, suhu di negara kita menunjukkan trend yang meningkat bagi masa 40 hingga 50 tahun yang lepas terutamanya di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Cameron Highland yang mempunyai purata suhu 18°C telah menunjukkan peningkatan antara 2°C ke 3°C suhu sejak kebelakangan ini kesan penerokaan hutan.