Latar Belakang Kajian
Ragam Bahasa
1-Ragam bahasa ialah kata-kata yang disusun khas untuk menyatakan sesuatu dengan pelbagai bentuk dan cara.
2-Ragam bahasa digunakan dalam percakapan dan juga tulisan untuk membolehkan perkara yang dipertuturkan atau ditulis itu difahami dengan mendalam oleh pendengar ataupun pembaca.
3-Terdapat 17 jenis ragam bahasa yang dikenal pasti:
Bahasa sindiran
Bahasa menggiat
Bahasa mengejek
Bahasa terbalik
Bahasa merajuk
Bahasa tempelak
Bahasa herdik
Bahasa besar
Bahasa kecil
Bahasa naik
Bahasa turun
Pertanyaan ingkar
Bahasa seruan/keluhan
Bahasa berulang
Bahasa bertimbal
Bahasa jenaka
Bahasa bukan
Objektif Kajian
1-Menyenaraikan dan mengklasifikasikan jenis ragam bahasa yang terdapat dalam ketiga-tiga filem arahan P.Ramlee.
2-Menghuraikan makna yang diungkapkan dalam penggunaan jenis ragam bahasa yang tertentu yang digunakan dalam ketiga-tiga filem arahan P.Ramlee.
Kepentingan Kajian
1-Bertujuan untuk menambah pengetahuan terhadap jenis dan penggunaan ragam bahasa yang digunakan di dalam tiga filem arahan P.Ramlee.
2-Bertujuan untuk dijadikan panduan dalam penggunaan ragam bahasa dalam kehidupan seharian.
3-Mendedahkan penggunaan dan makna jenis ragam bahasa yang digunakan di dalam filem arahan P.Ramlee
Skop Kajian
1-Fokus kajian ini adalah tentang jenis-jenis ragam bahasa yang terdapat dalam ketiga-tiga filem arahan P.Ramlee.
2-Menghuraikan makna dari segi penggunaan jenis ragam bahasa yang terdapat dalam ketiga-tiga filem arahan P.Ramlee.
Batasan Kajian
1-Kajian ini dilakukan merangkumi tiga filem arahan P.Ramlee untuk mengkaji penggunaan ragam bahasa secara meluas
2-Ketiga-tiga filem arahan P.Ramlee yang dipilih mengandungi bilangan jenis ragam bahasa yang terhad dan dijadikan bahan kajian untuk kerja kusus ilmiah ini.