pembahasan topik dan kerangka karanganFull description
bahasa indonesiaFull description
kerangka outline KTIDeskripsi lengkap
ini adalah makalah bahasa indonesia tentang TEMA, TOPIK DAN KERANGKA KARANGANFull description
ini adalah makalah bahasa indonesia tentang TEMA, TOPIK DAN KERANGKA KARANGANFull description
ljhDeskripsi lengkap
Full description
Full description
KaranganFull description
KARANGAN
usaha tangga kejayaan
Kerangka Karangan - Surat Kiriman Rasmi - Aduan Bekalan Air Sering Terputus Kategori: Kerangka Kategori: Kerangka Karangan, Penulisan Karangan, Penulisan PMR (Format Surat Kiriman Rasmi) Pendahuluan: Perkenalkan diri sebagai wakil penduduk kawasan - nyatakan tujuan tulis surat - aduan - bekalan air sering terputus kerja-kerja baik pulih batang paip utama yang pecah - memakan masa berhari-hari Isi-isi:
pelbagai masalah terpaksa dihadapi oleh penduduk - sukar menjalani kehidupan harian kerana tiada bekalan air bersih - ahli keluarga ramai terutamanya yang mempunyai anak kecil - perlu banyak bekalan air terpaksa meminta Jabatan Bekalan Air untuk menghantar bekalan air - jadual penghantaran air yang tidak tetap menyusahkan penduduk Perbelanjaan bertambah - terpaksa membeli tong dan baldi - mengisi air - terpaksa berjimat menggunakan air penduduk terpaksa berbaris panjang dan berpanas untuk dapatkan air air bersih - berlaku juga suasana tegang segelintir penduduk memotong barisan - pertelingkahan kecil rutin dan aktiviti harian terjejas sama sekali disebabkan kesulitan yang dihadapi
Penutup: berharap agar keadaan ini tidak berlarutan - semoga pihak berkenaan lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi
Surat Kiriman Rasmi: Gangguan Bekalan Air Anda sebagai ketua kampung diminta menulis surat kepada Jabatan Bekalan Air kerana bekalan air di kampung anda sering terggangu.
Ketua Kampung Kampung Bukit Kelulut, 28000 Temerloh, Pahang. Darul Makmur _________________________________________________________________________ Tuan Pengarah Jabatan Bekalan Air Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang. Darul Makmur.
20 April 2012
Tuan, GANGGUAN BEKALAN AIR PAIP Berhubung perkara di atas, saya Riduan bin Ramli selaku ketua kampung Kampung Bukit Kelulut ingin membuat aduan tentang gangguan bekalan air paip yang sering berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini. 2. Gangguan bekalan air ini telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung ini. Antara masalah tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian seperti mandi, membasuh, memasak dan lainlain lagi. 3. Oleh sebab itu, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan sumber air alternatif yang tidak dirawat seperti air sungai, air parit atau air perigi untuk dijadikan air minuman dan pelbagai kerja yang lain. Selain menyusahkan mereka, punca-punca air ini juga tidak terjamin daripada segi kesihatan. Ini kerana lokasi kampung ini yang berhampiran dengan kawasan industri dan bandar boleh menyebabkan pencemaran air berlaku. 4. Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung mula mengeluh kerana pelbagai penyakit telah menyerang mereka. Antara penyakit tersebut ialah demam, selsema dan penyakit kulit. Saya bimbang keadaan ini berpunca akibat penggunaan air yang telah tercemar. Saya sebagai wakil penduduk kampung berharap pihak tuan mengambil tindakan segera akan masalah yang dilaporkan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Yang benar, ................................... (RIDUAN BIN RAMLI) Ketua Kampung Bukit Kelulut, 28000 Temerloh, Pahang. Darul Makmur