Kemalangan Di Jalan Raya 1.0
Pengenalan
“Pemandu tertidur mengakibatkan lorinya melanggar sebuah kereta.” “Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat kecuaian penunggang.” “Pelanggar peraturan jalan raya mesti dikenakan hukuman yang lebih berat.” Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Dalam dekad ini, perangkaan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia sebenarnya agak tinggi. Statistik bilangan kematian pengguna jalan raya meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Apabila bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya bertambah pada suatu masa, kita dapat menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut melonjak. Dalam erti kata yang lain jalan raya sudah tidak selamat untuk digunakan. Persoalannya, kenapa kemelut ini terus berlaku sehingga mengorbankan nyawa pengguna jalan raya?
2.0
Faktor-faktor Penyebab
2.1
Sikap Pemandu
Punca perdana yang dikenal pasti ialah sikap lali dan kecuaian pemandu itu sendiri. Hal ini demikian kerana pemandu tidak berhemah ketika memandu. Mereka memandu dalam keadaan mabuk, mengantuk, dan menggunakan telefon bimbit. Sikap pemanduan yang tidak berhemah ini diibaratkan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Pada umumnya, sikap mementingkan diri akan membawa padah kepada diri dan orang lain.
2.2
Keadaan Jalan
Keadaan jalan raya yang tidak sistematik turut mengakibatkan kemalangan jalan raya berlaku. Jalan raya kurang diselenggara dan dibaiki dalam tempoh masa yang lama. Hal ini demikian kerana kos untuk membaiki pulih jalan yang rosak adalah sangat mahal. Keadaan ini akan menyebabkan jalan berlubang-lubang dan tiada papan tanda amaran. Kajian menunjukkan bahawa banyak kes kemalangan berlaku di jalan raya yang tidak dibaiki. Pendek kata, jalan raya yang tidak terancang pembinaannya akan meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
2.3
Cuaca
Cuaca juga salah satu factor yang akan menyebabkan kemalangan jalan raya. Emosi pemandu jalan raya adalah berkaitan dengan suhu cuaca, seperti pada cuaca panas emosi pemandu akan berasa tidak selesa dan mereka akan tidak sabar apabila apabila sesak dalam trafik jam di jalan raya.
3.0
Kesan-kesan Kemalangan
3.1
Pemandu
Selain daripada sikap cuai, pemandu yang memandu mengikut mengikut perasaan juga akan menyebabkan risiko kemalangan. Hal ini disebabkan mereka tidak dapat mengawal perasaan marah ketika memadu. Selanjutnya, mereka suka menunjuk-nunjuk kehebatan kepada pemandu lain. Keadaan akan menjadi lebih parah apabila mereka memandu melebihi had yang ditetapkan dan memotong di selekoh yang berbahaya. Pada dasarnya banyak
kemalangan yang berlaku disebabkan tindakan negative kumpulan “Mat Rempit” yang menjadi raja di lebuh raya.
3.2 Negara 3.2.1
Menjejaskan produktiviti Negara
Kemalangan jalan raya yang menyebabkan kehilangan nyawa akan menggugat produktiviti Negara. Golongan yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun merupakan golongan belia yang paling produktif. Kumpulan ini dapat menyumbangkan tenaga, kepakaran dan kemahiran yang tinggi kepada pembangunan Negara. Belia yang meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan jalan raya akan menjejaskan produktiviti Negara. Negara kita akan mengalami kerugian yang tinggi andainya korban nahas jalan raya itu terdiri daripada pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang kemahiran tertentu. Tempoh untuk melahirkan seorang doktor misalnya memerlukan enam hingga tujuh tahun. Dalam hal ini, kematian seorang doktor tidak dapat diganti dengan serta-merta oleh negara. Kesannya, tahap kesihatan dan perubatan negara kita akan terjejas. Pengeluaran hasil sesebuah kilang akan terjejas jika kemalangan jalan raya melibatkan bas kilang yang membawa pekerja kilang. Dengan kata lain, kemalangan jalan raya akan memudaratkan pembangunan negara dari segi sumber tenaga manusia.
3.2.2
Memakan perbelanjaan baik pulih dan pampasan yang tinggi
Lazimnya, berbagai-bagai kerosakan akan berlaku ekoran daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih
dan membayar pampasan. Kerajaan juga terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang berpunca daripada kemalangan jalan raya. Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar tuntutan insurans dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa kemalangan jalan ray itu cedera atau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dan syarikat insurans kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di Malaysia. Alangkah baiknya wang sejumlah itu disalurkan untuk tujuan pembangunan prasarana seperti pembangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan raya akan mendatangkan kerugian kepada ekonomi negara.
3.2.3
Menjejaskan imej Negara
Sementara itu, imej negara akan terjejas oleh kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Pelabur asing dan pelancong akan berasa waswas untuk melabur atau melancong ke Malaysia. Pelabur asing akan mempertimbangkan faktor kos pengangkutan apabila mereka melabur di Malaysia. Mereka akan khuatir akan keselamatan barangan mereka untuk sampai ke pelabuhan atau ke kilang akibat kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Berasaskan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas pesiaran atau pengangkutan awam, pelancong asing akan teragak-agak untuk melawat ke Malaysia jika keselamatan mereka terancam semasa menggunakan kenderaan awam. Tiada sesiapa pun yang ingin mempertaruhkan nyawa untuk melancong di negara kita. Ringkasnya, sektor perindustrian dan sektor pelancongan akan menerima tamparan yang hebat sekiranya kemalangan jalan raya di negara kita tidak dibendung dengan baik.
4.0 Langkah-langkah mengatasi Kemalangan Jalan Raya
4.1 4.1
Meng Mengad adak akan an kem kempe penn-ke kemp mpen en Pem Peman andu du Berh Berhem emah ah
Kerajaan mesti memperketatkan tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya. Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku.
4.2
Peranan Kerajaan/Penguatkuasaan Undang-undang
Kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini. Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, "setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, saya mencadangkan agar pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani m emperlekeh amaran kerajaan lagi. Seterusnya, polis trafik mestilah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti menjalankan tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya. Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalan raya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik
yang amanah amat diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksama. Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik. Implikasinya, polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting. SeLain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan kepada pihak berkuasa. Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. Kata orang tua-tua, “malang tidak berbau”. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya.
5.0
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama membantu menangani masalah kemalangan ini. Pemandu perlu berubah sikap dengan mengamalkan sikap menyayangi diri sendiri dan keluarga dan “Ingatlah Orang yang Tersayang.” Sesungguhnya, “Pandu Cermat Jiwa Selamat,” menjadi pegangan pemandu yang berhemah di jalan raya.