Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif
dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalahmajalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti.
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kendurikendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi. Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, h ubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan
dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, J awatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandarmenyandar atau saling membantu dalam kehidupan.
Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu. Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu“bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.
Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik
memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokohtokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan. Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju. Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia. Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanakkanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara. Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.
Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia masih mampu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Di kota raya Kuala Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang. Pada masa yang sama, bangunan bersejarah yang memiliki seni bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara keunikan bangunan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman. ……………Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara. Dengan pewartaan ini, bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina pada era penjajah dan berusia ratusan tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha pemusnahan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan Abdu l Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur. Bagi memastikan bangunan tersebut terus kekal, usaha mengindahkan semula bangunan in i telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi. Kesannya, bangunan kebanggaan negara tersebut kini tersergam indah menanti kunjungan pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara. ……………Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal, kerajaan juga telah mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara. Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha membaik pulih bangunan-bangunan lama tetapi mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta. Hal ini meliputi kerja-kerja menambah kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik struktur bangunan yang telah rosak. Perlu diingat bahawa segala kerja baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam bangunan sahaja, manakala struktur dan bentuk bahagian luar bangunan tersebut masih dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya. Maka, dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, hasrat masyarakat untuk melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal akan dapat dicapai. ……………Pada masa yang sama, malaksanakan usaha bagi mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita dengan lanskap yang menarik. Antaranya adalah dengan mengindahkan taman-taman bunga daripada pelbagai jenis flora yang terdapat di negara kita. Hal ini bertujuan untuk memastikan bangunan tersebut sentiasa mendapat kunjungan daripada orang ramai. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. Sebagai contohn ya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan ‘lift’, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan kepada para pengunjung. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, bangunan-bangunan bersejarah tersebut mampu menggamit kehadiran pengunjung sekali gus memperkenalkan budaya kita kepada masyarakat luar negara. ……………Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita adalah keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya sebagai contohnya sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan bangunan-bangunan bersejarah di seluruh negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai
warisan kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi. Tida cukup dengan usaha tersebut, beberapa buah universiti di tanah air kita sering kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang diharapkan oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah di mana mereka turut menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotism dalam jiwa remaja kita hari ini. …………...Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita, kerajaan turut bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini didepani oleh Kementerian Pelancongan dan juga Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Melalui usaha ini, bangunan-bangunan bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah memperkenalkan bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya mampu merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah tersebut agar terus kekal di persada dunia. Pada masa yang sama, pemeliharaan bangunan bersejarah ini dapat mengekalkan fakta-fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang hidup dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik. ……………Intiharnya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke dua puluh lagi, mengambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru, usaha untuk mengekalkan bangunan tersebut bagi tatapan generasi akan datang adalah amat perlu dilaksanakan demi kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya silam adalah cerminan masyarakat kita hari ini kerana budaya menunjukkan bangsa. Lantas, tanggungjawab kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang terbabit agar usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut akan terus kekal padu dan berpanjangan.
Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. ............ Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan . ............ Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan
seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya . Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang. ............ Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim -skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin. ........... Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena. ............ Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini . Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.
Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokohtokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan. Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan
pesat dan menjadi negara maju. Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia. Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanakkanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara. Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa minat membaca di kalangan remaja di negara ini masih berada pada tahap yang rendah. Keadaan ini bertambah buruk akibat cabaran yang dibawa oleh pengaruh teknologi moden yang jelas telah menyekat kesuburan budaya membaca, bermula daripada pengaruh industri hiburan hinggalah ledakan budaya ICT yang telah memberi kesan negatif kepada golongan remaja sehingga menyebabkan mereka begitu leka dengan arus perubahan dunia. Perubahan seperti itu sekiranya tidak dibendung akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap minat membaca. Langkah terpenting untuk menghidupkan kembali minat membaca di kalangan remaja adalah dengan mengurangkan budaya hedonisme yang memang sudah menjadi anutan golongan remaja. Pelbagai program hiburan yang mengagung-agungkan selebriti adalah pembunuh senyap minat membaca. Filemfilem import dari barat, Korea, Jepun, Hong Kong dan India mula mengancam pemupukan minatmembaca. Golongan remaja kini lebih berminat untuk menonton drama atau filem berbandingdengan membaca buku untuk memenuhi kepuasan diri terhadap selebriti yang diagung-
agungkan yang menurut pandangan mereka, kepuasan demikian tidak mungkin terdapat jika membaca buku. Di samping itu, kempen dan program membaca hendaklah bergerak seiring dengan acuan membina kecemerlangan pelajar. Selain diasak dengan pelbagai komponen subjek, para pelajar hendaklah diberi ruang untuk meneroka dan mencari maklumat melalui program bacaan intensif dan ekstensif. Pelajar hendaklah digalakkan untuk mencari maklumat tambahan di perpustakaan sekolah melalui pembacaan berjadual yang disusun oleh pihak sekolah. Pelajar juga hendaklah diberi ruang yang mencukupi untuk memilih buku-buku tambahan seperti novel dan buku-buku yang berkaitan dengan pembinaan personaliti kendiri seperti buku-buku motivasi. Langkah ini sesuai selaras dengan hasrat untuk membentuk pelajar serba boleh dan serba terampil. Budaya membaca juga perlu dipupuk di kalangan mahasiswa di pusatpusat pengajian tinggi. Kajian menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil sahaja pelajar institusi pengaji an tinggi yang berminat untuk membaca bahan bacaan yang di luar disiplin pengajian mereka. Amalan seperti ini jika berterusan, akan mewujudkan pola masyarakat yang bermaklumat tetapi buta dengan maklumat dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan yang lain. Seandainya fenomena ini kekal dan berterusan, golongan mahasiswa ini apabila tamat pengajian nanti, akan hanya mampu menggerakkan usaha berdasarkan panduan yang sedia ada
tanpa mampu berfikir secara kreatif dan inovatif. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam hal ini juga tidak boleh dipandang rendah. Ibu bapa perlu menyediakan jadual yang khusus untuk bersama-sama dengan anak-anak menelaah dan membaca buku. Hal ini kerana anak-anak akan terjana sikap mereka dengan apa-apa elemen yang terdapat dalam persekitaran mereka. Seandainya mereka dibentuk dengan sikap yang positif, justeru perwatakan mereka juga menjadi positif apabila mereka dewasa kelak. Sebagai kesimpulan, komitmen semua pihak, sama ada kerajaan, institusi pendidikan, ibu bapa dan pihak lain yang berkaitan amatlah diharapkan dalam usaha menyokong kejayaan kempen membaca. Kita sebagai rakyat Negara Brunei Darussalam harus sedar dan perlu segera berubah daripada agenda-agenda sampingan yang kurang menguntungkan kepada gaya hidup yang lebih sistematik dan produktif. Kebiasaan dalam cara hidup seperti melepak, berhibur dan menyanjungi selebriti seni hendaklah diubah kepada minat memba