INVENTORI MINAT KERJAYA
Alat Alat ukuran ukuran Vocationa Vocationall Preferenc Preferencee Inventory Inventory (VPI (VPI)) yang yang dibe dibent ntuk uk oleh oleh John John L. Holl Hollan andd mengandungi 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dari jenis personaliti seseorang. Alat ini dibina berasaskan teori Holland yang mengandaikan bahawa individu boleh diku dikump mpul ulka kann kepa kepada da enam enam jeni jeniss berd berdas asar arka kann pers person onal alititin inya ya.. Seti Setiap ap jeni jeniss pers person onal alititii memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.
Alat ukuran VPI mengandungi 2 skala iaitu skala primer dan skala sekunder. Keenamenam jenis personaliti dan bidang minat pekerjaan yang diukur oleh skala primer ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C). Sementara itu, lima pembolehubah yang diukur oleh skala sekunder ialah Kawalan Diri atau Self-Control (SC), Maskulinit Maskuliniti-Fem i-Feminiti initi (MF), Status Status (ST), Infrequency (INF) (INF) dan dan Acqueiscence (AC). Kesemua Kesemua pembolehubah tersebut dan enam jenis personaliti ini adalah merupakan 11 sub-skala dalam inventori ini.
Skor yang tinggi pada mana-mana sub-skala menunjukkan bidang-bidang utama yang diminati sementara skor yang rendah bagi sub-skala lain pula menunjukkan bahawa personaliti seseorang itu tidak selaras dengan bidang minat dan personaliti yang diwakili oleh sub-skala tersebut (Holland 1969: 5-6). Ward dan Walsh (1981), juga telah menguji kesahan serentak alat ukuran VPI dengan menjalankan kajian ke atas 102 orang wanita berkulit hitam yang bekerja di dalam keenam-enam bidang pekerjaan yang telah ditetapkan. Hasilnya, didapati bahawa VPI mempunyai kesahan serentak yang tinggi.
Pentadbiran Ujian VPI
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.
Pengiraan Skor Ujian VPI
Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.
Pentafsiran Profil Ujian VPI
Personaliti
Realistik
Investigatif
Artistik
Ciri-Ciri
Pekerjaan
☺ Mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. ☺ Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. ☺ Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan
☺ Jurutera Awam ☺ Jurutera Kereta Api ☺ Operator Mesin ☺ Mekanik Kapal Terbang ☺ Mekanik Kereta ☺ Juruteknik Elektronik ☺ Ahli Ilmu Perkebunan ☺ Tukang Kayu
☺ Suka membuat pemerhatian, mempelejari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. ☺ Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerja-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
☺ Ahli Kaji Cuaca ☺ Ahli Biologi ☺ Ahli Botani ☺ Ahli Agronomi ☺ Ahli Fizik ☺ Ahli Kaji Bintang ☺ Ahli Kimia ☺ Ahli Kaji Bumi ☺ Penyelidik Sains ☺ Antropologis
☺ Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. ☺ Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. ☺ Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.
☺ Penyair ☺ Pemimpin Orkestra ☺ Penyanyi Konsert ☺ Penggubah Lagu ☺ Pengarang ☺ Pelukis Perdagangan ☺ Pelukis Potret ☺ Wartawan ☺ Pelukis Kartun ☺ Penghias Rmuah ☺ Arkitek
Sosial
Enterprising
Conventional
☺ Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. ☺ Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan pada orang lain. ☺ Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. ☺ Matlamat utama adalah membuat kebajikan.
☺ Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. ☺ Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain. ☺ Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. ☺ Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
☺ Suka bekerja denga data dan nombor. ☺ Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. ☺ Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur, dan mengikut arahan.
☺ Ahli Sosiologi ☺ Guru ☺ Pengetua Sekolah ☺ Pegawai Perhubungan Awam ☺ Pengarah Kem Belia ☺ Pengarah Agensi Kebajikan ☺ Kaunselor Kerjaya ☺ Kaunselor Peribadi
☺ Spekulator ☺ Aktuaris ☺ Eksekutif Pengiklanan ☺ Eksekutif Perniagaan ☺ Pengarah Syarikat ☺ Pengarah Publisiti ☺ Peguam ☺ Ahli Politik ☺ Pengurus Hotel ☺ Pengurus Bank ☺ Jurujual Insurans
☺ Penyimpan Kira-Kira ☺ Guru Perdagangan ☺ Akauntan ☺ Jurutrengkas ☺ Kerani Bank ☺ Pakar Cukai ☺ Kerani Gaji ☺ Operator Komputer ☺ Penilai Harta ☺ Jurujual Insurans ☺ Kerani Insurans
Pentafsiran Profil Ujian VPI – Skala Sekunder
Alat ukuran VPI mempunyai subskala tambahan iaitu Status, Maskuliniti-Feminiti, Kawalan-Diri, Infrenquency dan Acquiescence. Panduan interpretasi untuk subskala ini adalah seperti yang berikut;
Status – ST ☺ Skor Tinggi (8 hingga 14) Menunjukkan individu memberikan nilaian dan persepsi yang tinggi kepada kerjaya-kerjaya yang pada anggapannya mempunyai status yang tinggi.
☺ Skor Rendah (0 hingga 7) Menunjukkan individu tidak begitu mementingkan status dalam pekerjaan.
Maskuliniti – Feminiti - MF ☺ Skor Tinggi (8 hingga 14) Dikaitkan dengan individu memiliki ciri-ciri kelelakian yang selalunya dikaitkan dengan kerjaya lelaki seperti polis, tentera, mekanik dan juruteknik.
☺ Skor Rendah (0 hingga 7) Menunjukkan individu memiliki ciri-ciri feminin yang selalu dikaitkan dengan kerjaya perempuan seperti guru. Peragawati, jururawat dan setiausaha.
Kawalan-Diri – SC ☺ Skor Tinggi (8 hingga 14) Menunjukkan individu mempunyai kawalan diri yang baik yang selalunya dikaitkan dengan mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi atau proaktif.
☺ Skor Rendah (0 hingga 7)
Menunjukkan Individu kurang mampu mengawal diri sendiri. Individu ini dikatakan mempunyai lokus kawalan luaran yang tinggi atau reaktif dan mereka sangat dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Infrequency – INF Skor maksimum untuk skala INF ialah 20. ☺ Skor Rendah (Kurang atau Sama Dengan 10) Memperlihatkan bahawa jawapan klien adalah konsisten. Ini sekali gus menunjukkan bahawa jawapan yang diberi oleh klien boleh dipercayai.
☺ Skor Tinggi ( 10 Ke Atas) Memperlihatkan jawapan klien adalah tidak konsisten dan dengan itu, profil minat kerjaya yang diperoleh tidak boleh dipercayai. Skala INF adalah berkaitan dengan kebolehpercayaan alat ukuran VPI.
Acquiescence – AC Skor maksimum untuk skala AC ialah 30. ☺ Skor Rendah (Kurang atau Sama Dengan 15) Memperlihatkan bahawa klien menjawab berdasarkan kepada apa yang sebenarnya tentang minatnya dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain. Hal ini sekali fus menunjukkan bahawa jawapan yang diberi oleh klien adalah sah.
☺ Skor Tinggi (15 Ke Atas) Memperlihatkan bahawa jawapan klien mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Misalnya, pandangan masyarakat tentang sesuatu pekerjaan dan dengan itu, profil minat kerjaya yang diperoleh adalah tidak sah. Skala AC adalah berkaitan dengan kesahan alat ukuran VPI.