RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
1.0 PENGENALAN IKAN HIASAN
Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di air dan bernafas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan dibahagi kepada ikan tanpa rahang (kelas Agnatha , 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes , 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes ). ). Pernahkah kamu melihat ikan yang cantik berwarna-warni dipelihara? Bukan untuk dimakan. Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik. Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan. Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan. Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai
ornamental fish diperingkat
antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dan membantu pemilik daripada mendapat kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang mempunyai harga pasaran yang tinggi. Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda.
1
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandung m engandungii pelbagai jenis ikan.
2
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
3.0 IKAN HIASAN YANG DIPELIHARA 1. Ikan Sepat Mutiara
Rajah 1 : Gambar Ikan Sepat Mutiara
NamaSaintifik
:Trichopodus pectoralis
Habitat
: Asia Tenggara
Nama Gelaran
:IkanSepat Siam / Osphronemidae
Saiz Dewasa
: 6 – 8inci
Jangka Hayat Hidup
:3 – 5tahun
Jenis Ikan
:Ikan atas
Suhu Air
:72°F – 80°F
Nilai PH
: 6 – 7
Makanan
:Ikan ini adalah ikan omnivor. : Plankton dan serangga.
3
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
2. IKAN BANDARAYA
Rajah 2 : Gambar ikan bandaraya NamaSaintifik
:Hypostomus plecostomus
Habitat
: FreshwaterTropica lCentral dan South American
NamaGelaran
:Sucker Fish / Ikan Bandaraya
SaizDewasa
: 6inci
Jangka Hayat Hidup
:4 – 6 tahun
Jenis Ikan
:Ikan bawah
Suhu Air
:72°F – 80°F
Nilai PH
:6 – 7
Makanan
:Ikan ini adalah ikan omnivor. : Makan tumbuhan hidup dan kotoran yang terdapat di dalam akuarium.
4
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
3. IKAN PATIN
Rajah 3 : Gambar ikan patin NamaSaintifik
: Pangasius Sutchi
Habitat
: kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
NamaGelaran
: Ikan Patin
SaizDewasa
: 1 meter
Jangka Hayat Hidup
: 4 – 6 tahun
Jenis Ikan
: Ikan bawah
Suhu Air
: 72°F – 80°F
Nilai PH
: 6 – 7
Makanan
: Ikan ini adalah ikan omnivor. : anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
5
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
4. IKAN MOLLY
Rajah 4 : gambar ikan molly NamaSaintifik
: Poecilia sphenops
Habitat
: Amerika
Nama Gelaran
: Ikan moli
Saiz Dewasa
: 2 hingga 6 inci (5 - 16 cm) bergantung kepada spesies
Jangka Hayat Hidup
: 3 - 5 tahun
Jenis Ikan
: Ikan tengah
Suhu Air
: 72°F – 80°F
Nilai PH
: 6 – 7
Makanan
: Ikan ini adalah ikan omnivor. : Semua makanan ikan
6
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
5. IKAN ANGEL
Rajah 5 : gambar ikan angle NamaSaintifik
:Pterophyllum eimekei / Pterophyllum scalare
Habitat
: Amerika Selatan
NamaGelaran
: Fresh water angel fish
SaizDewasa
: 4inci
Jangka Hayat Hidup
: 3 – 5 tahun
JenisIkan
: Ikan tengah
Suhu Air
: 72°F – 80°F
Nilai PH
: 6 – 7
Makanan
: Ikan ini adalah ikan omnivor. : Makan tumbuhan akuatik dan makanan rumusan seperti palletikan.
7
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
3.0 BAHAN DAN KEPERLUAN UNTUK IKAN HIASAN Kompenan Utama A. Akuarium a. Akuarium ialah kompenan utama dalam pemeliharaan ikan hiasan. Fungsi utama akuarium ialah untuk menakung air sebagai medium kehidupan ikan supaya ikan terus hidup, berkembang dan membesar. b. Secara umumnya akuarium boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu akuarium berbentuk bersegi dan akuarium tidak bersegi. c. Lazimnya, akuarium bersegi lebih digemari kerana ianya akan menampilkan keindahan ikan dan mempermudahkan susun atur dan hiasan dalamnya. d. Ukuran akuarium boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan ketebalan kaca yang berbeza – beza.
Ini adalah bagi memastikan akuarium
tersebut mampu menampung tekanan air supaya akuarium tidak pecah. e. Akuarium bersegi berukuran 100 x 40 x 40 cm atau 90 x 40 x 35 cm memerlukan kaca dengan ketebalan sekitar 5 mm dan akuarium yang berukuran 20 x 20 x 20 cm atau 60 x 20 x 25 cm pula memerlukan kaca dengan ketebalan 3mm.
Rajah 6 : gambar akuarium bersegi & tidak bersegi
8
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
B. Penyaring a. Fungsi penyaring adalah untuk menyaring unsur – unsur halus yang tidak dikehendaki di dalam akuarium seperti bakteria, parasite, kulat, virus, alga dan lain – lain pathogen. b. Cara penyaring berfungsi adalah sangat mudah iaitu ia menyedut air yang kotor melalui lapisan penyaring kemudian mengeluarkannya kembali dalam keadaan bersih. c. Untuk menapis kotoran, penyaring menggunakan span, buih, pasir dan batu kerikil yang telah ditambah karbon aktif atau zeolit yang bertujuan untuk membunuh bakteria, menapis kotoran dan menjernihkan air. d. Terdapat dua lapisan penyaring iaitu penyaring atas dan penyaring pusat.
Rajah 7 : gambar penyaring
9
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
PERALATAN SAMPINGAN A. Aerator
Aerator merupakan alat yang digunakan di dalam akuarium untuk menghasilkan oksigen.
Cara aerator berfungsi adalah cukup mudah, iaitu tekanan udara yang dihasilkan di dalam motor digunakan untuk menggerakkan air di dalam akuarium sehingga terhasilnya penyebaran oksigen.
Rajah 8 : carta penerangan aerator
Rajah 9 : gambar aerator
10
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
B. Lampu
Lampu berfungsi sebagai penerang untuk mencantikkan akuarium.
LAMPU Lampu neon berwarna ungu atau hijau mampu memberi pesona tersendiri terhadap ikan dan boleh memperindahkan lagi dekorasi akuarium pada waktu malam.
Harga lampu berbeza - beza mengikut jenis nya.
Rajah 10 : carta penerangan lampu akuarium
Rajah 11 : gambar contoh lampu
11
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
C. Tapak Under Gravel
Tapak Under Gravel terdiri daripada lapisan bahan anti karat (plastik) berlubang dengan kaki penahan untuk membolehkan terdapatnya ruang bagi memudahkan pengaliran air bersih. Tapak Under Gravel berfungsi untuk menyaring kotoran.
Rajah 12 : Gambar contoh under garvel D. Pasir dan Batu
1. Digunakan sebagai aksesori untuk mencantikkan pemandangan di dalam akuarium ikan hiasan. 2. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz batu yang boleh digunakan
Rajah 13 : Gambar contoh pasir dan batu.
12
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
E. Anti Klorin 1. Anti Klorin dititiskan ke dalam akuarium selepas air dimasukkan. 2. Anti klorin berfungsi untuk menyahkan klorin yang terdapat di dalam air bagi memastikan semua ikan peliharaan bebas daripada penyakit.
Rajah 14 : gambar contoh anti-chlorine F. Makanan 1. Terdapat pelbagai jenis makanan ikan yang boleh diberikan kepada ikan hiasan. 2. Antara makanan tersebut ialah makanan hidup, makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan. 3. Makanan bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Perkara penting harus diberi perhatian semasa memberi makanan untuk ikan hiasan adalah :
Jangan memberikan makanan kepda ikan terlalu banyak kerana ia boleh mengotorkan air di dalam akuarium.
Menetapkan masa memberikan makanan kepada ikan hiasan iaitu waktu pagi dan petang.
Rajah 15 : gambar contoh makanan ikan yang di beri kepada ikan hiasan yang dipelihara.
13
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
G. Tumbuhan Akuatik
1. Tumbuhan akuatik mempunyai bahagian yang boleh menjalankan fotosintesis sepanjang masa atau sekurang – kurangnya beberapa bulan dalam setahun. 2. Tumbuhan akuatik akan membekalkan oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses fotosintesis. 3. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi ikan – ikan kecil daripada serangan musuh.
Rajah 16 : gambar contoh tumbuhan akuatik dalam akuarium H. Tumbuhan Tiruan
1. Tumbuhan tiruan turut diletakkan di dalam akuarium namun ianya digunakan sebagai perhiasan di dalam akuarium. 2. Tumbuhan tiruan ini juga merupakan tempat bermain dan berlindung bagi ikan hiasan yang dipelihara.
Rajah 17: gambar contoh tumbuhan tiruan
14
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
I. Poster 1. Penggunaan poster sebagai latar belakang digunakan supaya hiasan di dalam akuarium kelihatan lebih cantik dan menarik. 2. Poster ditampal di bahagian luar sebelah belakang akuarium. 3. Latar belakang yang biasa digunakan adalah gambar tumbuhan, pemandangan laut dan batu – batuan.
Rajah 18 : gambar contoh poster akuarium J. Model 1. Penggunaan model sebagai aksesori tambahan mampu menambahkan keindahan di dalam sesebuah akuarium.
Rajah 19 : contoh model dalam akuarium
15
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
4.0 PELAN IKAN HIASAN (AKUARIUM)
RAJAH 20 : Lakaran pelan awal akuarium
16
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
Rajah 21 : lakaran pelan akhir akuarium
17
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
5.0 BUDGET, ANGGARAN KOS PERBELANJAAN (IKAN HIASAN)
BIL
PERKARA Bekas akuarium (kaca)
HARGA (RM) 30.00
1. Aerator
20.00
2. Batu besar
3.00
3. Batu kecil
3.00
4. Batu halus
3.00
5. Pasir halus
3.00
6. Model / hiasan
20.00
7. Tumbuhan akuatik
5.00
8. Tumbuhan tiruan
5.00
9. Makanan
5.00
10. Anti-chlorines
2.00
11. Lampu
10.00
12. Poster
3.00
13. Ikan
15.00
14. Penyaring (filter)
15.00
15. Penutup akuarium
30.00
16. Gravel
6.00
17. Tiub
1.00
18. JUMLAH
RM 179.00 Jadual 1 : angaran kos
18
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
6.0 JADUAL TUGASAN PENJAGAAN HAIWAN KESAYANGAN (IKAN HIASAN) HARI ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD
Fadzli
Aref
Danial
Fadzli
Aref
Danial
Fadzli
Danial
Fadzli
Aref
Danial
Fadzli
Aref
Danial
MEMASTIKAN KUALITI AIR (TUKAR AIR JIKA PERLU)
Fadzli
Aref
Danial
Fadzli
Aref
Danial
Fadzli
MEMANTAU PERALATAN DAN AKSESORI SUPAYA BERFUNGSI DENGAN BAIK
Danial
Fadzli
Aref
Danial
Fadzli
Aref
Danial
TUGASAN MEMBERI MAKANAN
PENGAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK
Jadual 2 : jadual penjagaan ikan hiasan
19
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
7.0 REKOD INVENTORI ALAT DAN STOK BAHAN IKAN HIASAN BIL
ALAT-ALAT YANG TIDAK HABIS GUNA
KUANTITI
1.
Akuarium kaca
1
2.
Penutup akuarium
1
3.
Model
2
4.
Batu
5.
Tumbuhan tiruan
1
6.
Lampu
1
7.
Irigator
1
8.
Pam
1
9.
Food timer
1
10.
Makanan
11.
Antiklorin
CATATAN
Jadual 3 : rekod inventori
20
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
8.0 JADUAL TUGASAN DAN SENARAI SEMAK AMALI IKAN HIASAN
JADUAL TUGASAN AMALI HAIWAN KESAYANGAN (IKAN HIASAN) Tugasan
Nama
Menyediakan Dan Membersihkan
Fadzli + Aref + Danial
Alatan Dan Aksesori Menyusun Atur Peralatan Dan
Fadzli + Aref + Danial
Aksesori Akuarium Mengikut Pelan Memasukkan Air Dan Anti-Klorin
Fadzli + Aref + Danial
Memasukkan Ikan Hiasan Ke Dalam
Fadzli + Aref + Danial
Akuarium Jadual 4 : jadual tugasan amali haiwan kesayangan (ikan hiasan)
21
RBT 3109 DOKUMENTASI IKAN HIASAN
SENARAI SEMAK AMALI (IKAN HIASAN) Bil.
Perkara
1.
Sediakan Semua Aksesori Tambahan Akuarium
2.
Bersihkan Akuarium Sebelum Memasukkan
Catatan
Aksesori Ke Dalamnya 3.
Bersihkan Dan Bilas Bahan Hiasan Seperti Pasir, Batu Dan Kayu. Kemudiannya, Toskan Semua Bahan Tersebut Dengan Penapis Atau Bekas Yang Sesuai
4.
Masukkan Pasir, Batu Dan Kayu Buruk Ke Dalam Akuarium Dengan Berhati-Hati
5.
Masukkan Pam Air Ke Dalam Akuarium. Kemudian, Pasangkan Penapis
6.
Titiskan Larutan Antiklorin Ke Dalam Akurium
7.
Letakkan Tumbuhan Akuatik Atau Tumbuhan Tiruan Ke Dalam Akuarium
8.
Letakkan Dan Pasangkan Lampu Di Bahagian Bawah Penutup Akuarium
9.
Hidupkan Suis Alat Penapis Dan Lampu
10.
Masukkan Ikan Hiasan
11.
Kemas Semula Peralatan Dan Tempat
Jadual 5: senarai semak amali (ikan hiasan)
22