HBEF3103 ISI KANDUNGAN
Pengenalan Pengenalan Murid Secara Umum
muka surat 2
Analisis Pelajar Objektif
muka surat 3
Kaedah, Media dan Bahan Media dan Bahan
muka surat 5
Libatkan Pelajar
muka surat 6
Nilai dan Semak : Menilai Pembelajaran
muka surat 7
Nilai dan Semak : Perancangan Guru
muka surat 8
Penutup dan Rumusan
muka surat 9
Lampiran
muka surat 10
Rujukan
muka surat 15
HBEF3103 PENGENALAN Model ASSURE ini adalah satu model yang telah digubal oleh Heinich dan rakanrakannya (1982) supaya dijadikan panduan untuk setiap guru dalam menyediakan rancangan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Berdasarkan model ini, perancangan yang dibina hanya untuk kegunaan dalam bilik darjah sahaja. Dalam model ASSURE ini mempunyai enam langkah yang perlu diperhatikan oleh guru dalam penyediaan setiap rancangan pengajaran. Rancangan pengajaran yang dibina berdasarkan model ASSURE adalah yang terbaik untuk digunakan oleh setiap guru sebelum merancang satu rancangan pengajaran harian. Rancangan pengajaran yang dibina mengikut model ASSURE ini, guru dapat mengenalpasti ciri-ciri murid yang berada dalam kelas yang akan diajar. Guru dapat membina rancangan pengajaran yang sesuai dalam menyediakan bahan, media dan persekitaran bagi kelas yang akan diajar oleh guru tersebut. Dalam tugasan ini akan dibincangkan satu model pengajaran yang akan laksanakan dalam kelas berdasarkan model ASSURE secara terperinci. PENGENALAN MURID SECARA UMUM Murid yang terlibat dalam perbincangan ini ialah murid dari kelas tahun 3 Harapan. Kelas ini adalah kelas yang ke 6 dari 11 kelas untuk aliran tahun 3 yang ada di sekolah ini. Murid yang berada dalam kelas ini seramai 37 orang. Tahap kebolehan murid dalam kelas ini adalah sederhana dan perlu diberi perhatian dengan teliti oleh guru supaya murid dapat mengukuhkan pengetahuan mereka dalam setiap tajuk yang diajar. Mata pelajaran Sains yang diajar menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris kemudian diterjemahkan ke Bahasa Melayu samada menulis di papan tulis atau semasa memberi penerangan. Masa yang diperuntukkan untuk mengajar dalam satu sesi selama 60 minit bagi setiap kelas. Perbincangan dalam tugasan ini akan dihuraikan mengenai topik ciri-ciri fizikal luaran haiwan berdasarkan model ASSURE.
HBEF3103 ANALISIS PELAJAR Ciri-ciri umum Pelajar dapat mengenal haiwan secara umum dan dapat menyebut nama haiwan dengan betul tetapi sukar bagi pelajar untuk mengenal pasti ciri-ciri fizikal luaran haiwan secara terperinci. Pelajar masih keliru untuk membezakan ciri fizikal luaran setiap haiwan yang berbeza dengan betul dan tepat. Kompetensi umum peringkat masuk Pelajar mempunyai pengetahuan asas mengenai haiwan seperti dapat menyebut nama serta bahagian-bahagian haiwan yang selalu didengar dari rakan dan keluarga. Pengetahuan asas ini dapat disesuaikan mengikut isi pelajaran yang akan mereka pelajari. Stail pembelajaran Sesi pembelajaran akan menggunakan kaedah slaid powerpoint bergambar berkaitan dengan ciri-ciri fizikal luaran haiwan dan menggunakan kad imbasan berkaitan dengan topik ini. Murid akan membuat aktiviti secara perseorangan diakhir pembelajaran dengan menggunakan lembaran kerja yang dibekalkan oleh guru. Selain dari itu, murid juga akan membuat kerja secara berkumpulan bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang tajuk yang berkaitan. OBJEKTIF Hasil dari pembelajaran murid dapat: 1. Menyebut ciri-ciri fizikal luaran haiwan secara lisan dengan betul. 2. Melabelkan ciri-ciri fizikal haiwan dengan tepat. 3. Membina dan membuat persembahan portfolio di dalam kelas 4. Mengelaskan haiwan mengikut ciri fizikal luaran haiwan dengan betul KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN Kaedah Guru akan memberikan penerangan secara umum kepada murid tentang ciri fizikal luaran haiwan dan langkah-langkah lain yang akan murid lakukan seterusnya dalam kelas berkenaan. Penerangan tentang ciri fizikal luaran haiwan diberikan mengikut slaid powerpoint (Lampiran B) yang ditayangkan kepada murid. Semasa penerangan,
HBEF3103 guru akan bersoal jawap dengan murid untuk mengetahui pengetahuan sedia ada pada murid. Murid akan membuat latihan dari lembaran kerja (Lampiran B) yang dibekalkan kerana dengan lembaran kerja tersebut akan mengukuhkan lagi pengetahuan murid bagi ciri fizikal haiwan yang berbeza. Selain dari itu juga, murid akan membina portfolio mengikut kreativiti murid secara berkumpulan. Aktiviti ini akan membuka lagi minda murid dalam menstrukturkan semula pengetahuan yang mereka dapat dan pengetahuan sedia ada pada mereka dengan lebih kukuh. Media Murid menonton tayangan slaid powerpoint ciri fizikal luaran haiwan di dalam bilik Sains (Lampiran B). Tayangan slaid powerpoint ini akan memberikan lagi gambaran yang jelas kepada murid kerana gambar yang digunakan dalam slaid tersebut adalah gambar yang sebenar. Dari tayangan slaid powerpoint tersebut, murid akan membuat satu latihan ringkas secara berkumpulan dengan menyesuaikan semula ciri fizikal luaran haiwan dalam papan sisip bergambar (Lampiran B) yang disediakan. Papan sisip bergambar dibekalkan kepada murid dalam kumpulan dan perkataan ciri fizikal haiwan dibekalkan secara individu. Murid akan menyusun semula perkatan itu dengan padanan yang betul. Cara ini akan membolehkan murid mengenal ciri fizikal dengan lebih terperinci. Selain dari itu, murid akan dibekalkan kad imbasan (Lampiran B) ciri fizikal luaran haiwan yang mempunyai gambar dan perkataan yang berasingan kepada setiap individu. Murid akan mencari padanan yang betul dari rakan mereka yang lain secara berkumpulan. Dengan cara ini, murid akan berasa seronok ketika proses pembelajaran berlaku. Bahan (Lampiran B) 1. Bilik Sains
2. Komputer Riba
3. LCD Projektor
4. Skrin layar
5. Papan Sisip Bergambar
6. Kad imbasan
7. Slaid Powerpoint
8. Lembaran Kerja
HBEF3103 MEDIA DAN BAHAN Melihat (previu) Guru perlu bersedia untuk mengenalpasti masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Setiap perkara yang berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran perlu diperhatikan dengan baik agar dapat diselesaikan dengan cara yang tepat dan betul. Sediakan bahan Menyediakan kad imbas, papan sisip bergambar dan lembaran kerja yang lengkap dan mencukupi untuk setiap pelajar. Bahan yang digunakan perlu berada dalam keadaan yang baik dan mudah untuk digunakan. Sediakan persekitaran Memastikan sekitar bilik Sains berada dalam keadaan yang kondusif serta komputer riba dan LCD projektor dapat berfungsi dengan baik. Selain dari itu juga, guru perlu memastikan kawasan larangan seperti almari simpanan tabung uji dan tempat yang difikirkan tidak berkaitan dengan topik pelajaran di dalam bilik Sains tidak dilawati oleh murid atas dasar keselamatan murid itu sendiri. Sediakan pelajar Murid disusun dalam kumpulan seramai 6 orang satu meja supaya mudah untuk melakukan kerja berkumpulan dan membuat persembahan hasil kerja mereka. Cara ini akan membina sikap bekerjasama dan bertolak ansur sesama rakan ketika menyiapkan kerja atau tugasan yang diberi. Selain dari itu, murid telah diminta untuk menyediakan bahan seperti gambar haiwan dan kad manila bagi membina portfolio sebelum tiba kelas mata pelajaran Sains ini. Sediakan pengalaman pembelajaran Guru perlu menyediakan suasana pembelajaran yang aktif dan menarik agar murid dapat belajar dalam susana yang tidak tertekan dan sentiasa berasa ceria ketika proses pembelajaran berlaku. Setiap aktiviti yang dijalankan perlulah melibatkan murid secara menyeluruh dan dalam keadaan yang terkawal.
HBEF3103 LIBATKAN PELAJAR Setelah murid melihat tayangan slaid powerpoint serta mendengar penerangan dari guru mengenai ciri fizikal luaran haiwan, guru akan mengedarkan papan sisip bergambar kepada setiap kumpulan. Murid akan berbincang dalam kumpulan untuk menyusun perkataan ciri fizikal haiwan dengan padanan yang betul dalam papan sisip bergambar. Semasa aktiviti ini berjalan, murid akan bergerak untuk melengkapkan papan sisip bergambar yang telah diberi oleh guru dalam kumpulan masing-masing. Cara ini akan meningkatkan kesefahaman murid dalam berkerja secara berkumpulan. Dengan cari ini juga murid ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri fizikal luaran haiwan kerana murid tertarik dengan bahan yang digunakan. Setelah aktiviti memadankan dalam papan sisip bergambar selesai, murid akan dibekalkan pula dengan kad imbasan. Kad imbasan yang digunakan mengandungi gambar dan perkataan dalam kad yang berasingan. Kad-kad tersebut diedarkan kepada setiap murid secara rawak dan murid akan bergerak keseluruh kelas untuk mencari rakan yang mempunyai padanan sama dengannya. Semasa aktiviti ini berjalan, kelas akan berada dalam suasana bising dan terkawal kerana murid akan menyebut ciri fizikal yang telah mereka pegang. Murid yang memegang kad bergambar atau perkataan akan menjadi aktif dan peka terhadap suara rakannya yang lain. Aktiviti ini akan membuatkan murid berasa seronok ketika sesi pembelajaran ini berlaku. Setelah aktiviti ini selesai, murid diminta untuk membina satu portfolio secara berkumpulan dalam kumpulan masing-masing. Dalam portfolio ini murid perlu mengelaskan ciri fizikal haiwan mengikut ciri yang tertentu. Sebagai contoh, murid mengelaskan haiwan yang mempunyai paruh. Murid akan merujuk buku teks Sains untuk mendapatakan maklumat tambahan bagi menyiapkan tugasan ini. Aktiviti memotong dan menampal akan berlaku ketika proses pembinaan potrfilio ini berjalan. Portfolio yang telah siap dibina akan dibentangkan atau dipersembahkan kepada rakan lain dalam kelas supaya murid dapat membandingkan hasil kerja mereka dengan kumpulan yang membentangkan.
Melalui
aktiviti
ini
akan
membuatkan
murid
cuba
untuk
mempertahankan hasil mereka adalah yang terbaik dari yang lain. Dengan aktiviti ini juga akan membuatkan murid menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan kerja secara berkumpulan.
HBEF3103 NILAI DAN SEMAK : MENILAI PEMBELAJARAN Sebelum memulakan sesi pengajaran, guru telah melakukan satu penilaian secara umum dengan menggunakan teknik soal jawap antara guru dan murid semasa sesi pengenalan. Teknik soal jawap dalam sesi pengenalan adalah penting bagi guru untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid. Contoh soalan yang digunakan oleh guru ialah “Bahagian manakah yang digunakan oleh burung untuk makan?”. Kebanyakkan murid menjawap “Burung makan menggunakan mulut”. Contoh soalan lain yang diajukan guru kepada murid “Bagaimanakah burung bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain?”. Murid menjawap “Burung terbang”. Melalui jawapan murid ini, guru sudah mengetahui yang muridnya masih lagi kurang pengetahuan mengenai ciri-ciri fizikal luaran haiwan secara tepat. Tetapi murid telah mengetahui bahawa cara dan bagaimana burung makan dan bergerak. Guru perlu memberikan penerangan secara umum terlebih dahulu supaya murid dapat menjana pengetahuan secara berperingkat. Setelah guru memberikan penerangan secara terperinci ciri-ciri fizikal luaran haiwan menggunakan slaid powerpoint yang ditayangkan kepada murid, guru telah memberikan murid satu tugasan secara berkumpulan. Guru mengedarkan papan sisip bergambar kepada murid di dalam kumpulan masing-masing. Papan sisip bergambar tersebut mempunyai gambar haiwan yang belum dipandankan dengan perkataan ciri fizikal luaran haiwan. Murid cuba memadankan perkataan ciri fizikal luaran haiwan dengan pandanan yang betul di papan sisip bergambar tersebut. Guru memberikan tempoh selama 5 minit untuk murid menyiapkan tugasan tersebut secara berkumpulan. Setelah aktiviti tersebut selesai, guru akan menyemak hasil kerja tersebut di dalam kumpulan masing-masing. Hasil dari aktiviti ini, guru dapat menilai murid secara berkumpulan tahap pengetahuan mereka setelah diberikan penerangan ciri fizikal luaran haiwan secara terperinci. Selain dari itu juga, murid telah diberikan kad imbasan secara individu untuk memadankan kepada rakannya yang mempunyai padanan yang sama. Kad imbasan ini mempunyai gambar dan perkataan dalam kad yang berlainan. Sekiranya murid memegang kad imbasan yang mempunyai “gambar sayap” maka murid tersebut akan mencari rakannya yang memegang kad perkataan “sayap”. Guru memberikan tempoh
HBEF3103 selama 6 minit untuk murid mencari padanannya. Aktiviti ini akan meningkatkan lagi kefahaman murid mengenai topik yang mereka belajar. Semasa sesi pembelajaran berjalan, guru meminta murid membina satu portfolio (Lampiran C) mengenai ciri fizikal luaran haiwan. Guru memberikan tempoh selama 10 minit
untuk
murid
menyiapkan
tugasan
tersebut.
Tugasan
yang
siap
akan
dipersembahkan oleh murid kepada rakannya yang lain dalam kelas. Dari aktiviti ini guru dapat mengetahui kekuatan kefahaman murid mengenai topik ini. Sebelum berakhir sesi pembelajaran, murid telah diedarkan satu lembaran kerja (Lampiran D)
secara individu didalam kelas. Murid diminta untuk menyiapkan
lembaran kerja tersebut dalam masa 5 hingga 10 minit. Lembaran kerja itu akan dikumpulkan semula oleh guru untuk menyemak setelah kelas berakhir. Hasil dari semakkan lembaran kerja, guru dapat menilai tahap pengetahuan murid secara individu. Sekiranya masih terdapat murid yang tidak menjawap dengan tepat, guru akan cuba untuk memberikan latihan tambahan kepada murid tersebut untuk dibuat dirumah. NILAI DAN SEMAK : PERANCANGAN GURU Setelah berakhir sesi pengajaran, guru perlu membuat semakan semula tentang tahap penyampaian yang telah dibuat semasa kelas berjalan. Setiap persembahan, kaedah, bahan dan penglibatan murid perlu dipersoalkan semula oleh guru yang mengajar. Ini perlu kerana guru yang mengajar dapat memperbaiki mutu pengajaran sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan semasa guru mengajar. Persembahan Dalam sesi pengajaran ini, guru menggunakan slaid powerpoint dan memberikan penerangan secara lisan kepada murid. Guru bersoal jawap dengan murid supaya berlaku komunikasi dua hala antara guru dan murid. Dengan cara ini akan membuatkan murid sentiasa peka terhadap penerangan yang diberikan oleh guru. Guru menggunakan suara yang tinggi apabila murid kurang memberikan perhatian terhadap penyampaian guru. Kaedah Kaedah yang digunakan oleh guru ialah menggunakan slaid powerpoint untuk memberikan penerangan secara terperinci dan jelas kepada murid. Selain dari itu juga, guru menggunakan bahan lain seperti papan sisip bergambar dan kad imbasan supaya
HBEF3103 murid aktif ketika sesi pembelajaran berlaku. Dengan menggunakan bahan ini, guru dapat menilai murid dengan cepat untuk mengetahui tahap pengetahuan murid dalam topik yang diajar. Bahan Guru telah menggunakan bahan yang terdapat dalam bilik Sains secara menyeluruh. Bahan tersebut semuanya berada dalam keadaan baik dan mudah digunakan oleh murid. Tahap penglibatan Murid Berdasarkan aktivti yang dijalankan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, penglibatan murid aktif dan tidak terlalu pasif. Penggunaan bahan yang terlibat membuatkan murid bergerak aktif dalam menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Murid gembira dapat menjalankan aktiviti bersama rakannya ketika sesi pembelajaran berlaku. Aktiviti yang dijalankan oleh guru lebih bertemakan kearah permainan kerana murid perlu menyusun dan memadankan perkataan dengan ciri fizikal haiwan dengan betul dalam bahan yang diberikan. PENUTUP DAN RUMUSAN Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat, didapati bahawa model ASSURE ini amat menitik beratkan penglibatan murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan model ASSURE ini, murid diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti. Guru yang menggunakan model ini akan dapat menghasilkan satu sesi pengajaran yang menarik dan dapat membantu murid dalam memahami setiap isi kandungan pelajaran yang berkaitan. 2093 patah perkataan
HBEF3103 LAMPIRAN Lampiran A Rancangan Pengajaran Harian Hari : Isnin Tarikh : 17 Januari 2011 Minggu : 3
500 ptg – 600 ptg Sains 3 HARAPAN
Tema : Belajar Mengenai Benda Hidup Tajuk : Haiwan Topik : Ciri Fizikal Luaran Haiwan Objektif Pembelajaran : Murid dapat: 1. Menyebut ciri-ciri fizikal luaran haiwan secara lisan dengan betul. 2. Melabelkan ciri-ciri fizikal haiwan dengan tepat. 3. Membina dan membuat persembahan portfolio di dalam kelas. 4. Mengelaskan haiwan mengikut ciri fizikal luaran haiwan dengan betul dalam lembaran yang disediakan. Hasil Pembelajaran : • Murid memadankan ciri fizikal luaran haiwan dengan betul. • Murid membina portfolio ciri fizikal luaran haiwan dengan betul dan kemas. • Murid membuat persembahan portfolio di dalam kelas. Aktiviti : • Murid melihat haiwan yang berbeza dan membuat senarai cirri fizikal luaran haiwan tersebut. • Murid memadankan ciri fizikal luaran haiwan dalam papan sisip bergambar. • Murid membina satu portfolio cirri fizikal luaran haiwan dan membuat persembahan hasil kerja di dalam kelas. Kemahiran Proses Sains / Kemahiran Berfikir : • Melihat dan mengelaskan / Mengumpulkan Nilai Murni : • Mempunyai sikap menghargai dan ingin tahu keadaan persekitaran
HBEF3103 Lampiran B
Bilik Sains
Komputer Riba
LCD Projektor
Skrin Layar
Papan Sisip Bergambar
HBEF3103
Kad Imbasan
Slaid Power Point
HBEF3103 Lampiran C
Portfolio hasil kerja murid
HBEF3103 Lampiran D
Lembaran kerja
HBEF3103 RUJUKAN Ab. Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Teknologi Pengajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Abdullah Mohd Zin & Mohd Jan Nordin (2000). Perkongsian Maklumat. Prentice Hall. Kuala Lumpur