SEKOLAH MENENGAH ALL SAINTS KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (2010) TAJUK: BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA
NAMA MURID
: ANN SHARON AMAT
TINGKATAN NO KAD PENGENALAN
: 1 INTEGRITI : 970509-12-5170
GURU PENILAIAN
: ENCIK GEORGE
Kajian Geografi Tempatan
Tajuk kajian: Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk di Sekitar Bandar
Kota Kinabalu.
Saya , Ann Sharon telah diarahkan oleh guru geografi untuk membuat satu kajian geografi tempatan. Kajian dibuat supaya saya dapat mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran geografi yang telah dipelajari dalam kehidupan harian. Saya telah memilih tajuk “Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti Penduduk di Sekitar Likas”.
Senarai Kandungan:
Tajuk
Muka surat
Tajuk kajian
i
Senarai kandungan
i
Penghargaan
1
Pendahuluan
3
Objektif kajian
5
Kawasan kajian
7
Kaedah kajian
9
Hasil kajian
11
Rumusan
14
Lampiran
16
Rujukan
25
Penghargaan:
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas sokongan moral dan sokongan yang mereka berikan selama ini. Tidak ketinggalan ketinggalan juga kepada guru geografi saya, Encik George atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Pn. Lorna Mathews kerna keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan dalam kajian ini. Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi membantu saya memberi pendapat yang berkaitan dengan tajuk ini, mencari, mengumpul serta bertukar-tukar maklumat.
Pendahuluan:
Nama saya Ann Sharon dan saya merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 Integriti di Sekolah Menengah All. Saint, Likas, Kota Kinabalu. Saya dan rakan-rakan menjalankan kajian tentang “Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Aktiviti penduduk di Sekitar Likas.
Objektif Kajian :
Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi objektif berikut : 1. Mengenal pasti bentuk muka bumi di sekitar kawasan Likas. 2. Mengetahui aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi di sekitar Likas.
Kawasan kajian Latar Belakang Kawasan Kajian :
Saya telah memilih kawasan Likas sebagai kawasan kajian. Kawasan Likas terletak di bawah pentadbiran Bandaraya Kota Kinabalu. Sebelum ini, kawasan Likas merupakan kawasan pantai dan ia dibangunkan menjadi kawasan petempatan. Kawasan ini berkembang maju pada tahun 1993. Terdapat banyak jenis kawasan perumahan berkos tinggi di kawasan Likas. Terdapat rumah pangsa, kondominium, apartment, rumah teres serta rumah banglo.
Lokasi Kawasan Kajian:
Kawasan Likas mempunyai keluasan seluas 30 kilometer persegi. Lokasi di Likas adalah di Timur Laut Bandar Kota Kinabalu. Kampung Likas terletak berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Yayasan Sabah, Inanam, Bandaraya Kota Kinabalu dan Taman Kingfisher.
Jarak Dari Bandar:
Kawasan Likas terletak dalam lingkungan 10 kilometer daripada Pusat Bandar Kota Kinabalu. Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat Bandar dengan menggunakan segala jenis kenderaan awam seperti bas, kereta, motosikal dan lain-lain.
Jenis Petempatan:
Kawasan Likas juga adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Bumiputera, Cina dan India. Majoriti Masyarakat terdiri daripada bangsa Bumiputera diikuti oleh bangsa India dan Cina.
Kaedah Kajian :
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat. 1. Perbincangan:
Saya bersama rakan sekelas banyak berbincang mengenai kerja kursus ini. Perbincangan kerja kursus dilakukan si kawasan sekolah.
2. Pemerhatian :
Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat catatan. Pekara yang saya perhatikan ialah bentuk muka bumi.
3. Rujukan :
Saya merujuk buku dan risalah-risalah di perpustakaan sekolah, internet dan perpustakaan awam untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Hasil kajian :
Likas merupakan kawasan tanah pamah yang terletak berdekatan dengan laut dan tempatan tersebut dipanggil teluk. Nama sebenar bagi Likas ialah Teluk Likas. Likas Likas juga terkenal dengan adanya Komplex Sukan yang utama di Sabah. Masyarakat di Likas menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi. Antaranya ialah persekolahan, perniagaan perniagaan , rekreasi rekreasi dan perumahan. perumahan. Antara sekolah yang ada ialah S.M. All. Saint, S.R.K.St.Agnes, Sekolah Menengah Likas dan banyak lagi. Disebabkan kawasan persekolahan yang banyak, jalan raya di sekitar Likas sentiasa sibuk pada hari persekolahan. Terdapat banyak jenis perniagaan dan kedai di Likas. Antaranya ialah kedai gunting rambut, kedai makan, kedai alat tulis dan lain-lain. Premis-premis perniagaan ini terletak berhadapan dengan S.M.All.Sain S.M.All.Saint, t, Jalan Pasir, Likas Plaza dan juga Likas Square. Square. Likas juga menjadi menjadi tumpuan rekreasi disebabkan kemudahan-kemudahan sukan yang banyak disediakan. Contohnya gelanggang tennis, gelanggang skuasy, padang bola sepak dan banyak lagi. Disebabkan kawasan Likas ini luas maka kerajaan telah mendirikan banyak kawasan perumahan. Antara perumahan yang ada di Likas ialah Taman Likas Jaya, Taman Antarabangsa, Kampung Likas dan banyak lagi. Pada tinjauan saya , bangunan-bangunan bangunan-bangu nan yang ada di sekitar Likas mempunyai ketinggian sederhana iaitu dalam lingkungan lima hingga tujuh tingkat. Terdapat sebuah bangunan yang unik yang digelarkan sebagai Yayasan Sabah Yang setinggi tiga puluh dua tingkat. Hanya terdapat sebatang sungai yang berukuran dalam lingkungan 10.85 kilometer dari Teluk Likas hingga ke Bundusan Penampang dan dikenali sebagai Sungai Likas. Untuk maklumat semua, hanya terdapat sebuah bukit atau tanah tinggi di Likas yang berketinggian 100 meter.
Jenis Perniagaan di Likas dan Jumlahnya Jenis Kedai
Bilangan anggaran
Kedai makan
15
Kedai runcit
4
Kedai perabot
1
Kedai alat elektrik
2
Kedai pakaian
6
Kedai buku
5
Kedai fotokopi
5
Kedai perniagaan perkhidmatan
11
Kedai gunting rambut
7
Jumlah
56
Rumusan:
Sebagai rumusan, saya berjaya mengenal pasti bentuk muka bumi di sekitar likas. Bentuk muka bumi di Likas rata dan sedikit beralun. Secara k eseluruhannya, bentuk muka bumi di Likas adalah jenis tanah pamah. Saya juga dapat mengetahui aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi di sekitar Likas. Disebabkan bentuk muka bumi di Likas merupakan jenis
tanah pamah, aktiviti aktiviti penduduknya penduduknya menjadi menjadi pelbagai. pelbagai. Antaranya Antaranya ialah aktiviti rekreasi, perniagaan dan persekolahan.
LAMPIRAN 1: Peta Sabah (Lokasi Likas)
SABAH
LAMPIRAN 2: Peta Daerah Likas
LAMPIRAN 3: Gambar Taman Taman Tasik Tasik Likas
LAMPIRAN 4 : Gambar Sungai Likas
Lampiran 5: Gambar bukit yang tertinggi di sekitar Likas
Lampiran 6: Gambar jenis kedai di sekitar Likas
Rujukan: 1. Buku Teks Geografi Tingkatan 1, KBSM
Terbitan
: Arus Intelek Sdn. Bhd.
Tahun
: Ce Cetakan 4, 2006
2. Laman Web : http://maps.google.com.my/
http://www.scribd.com/ http://www.google.com.my/ http://en.wikipedia.org/wiki/Likas
3. Software
: Go Google Earth