SEKOLAH MENENGAH CONVENT IPOH
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1 2009
NAMA CALON: SALMAH BT SALLEH
TINGKATAN: 1 ORKID
GURU PENILAI: PN AISHAH
TANDATANGAN: _____________
TARIKH: 3 SEPTEMBER 2009
1
2
2. ISI KANDUNGAN
TAJUK
MUKA SURAT
1. Skema Pemarkahan 2. Isi Kandungan 3 .Tajuk Kajian 4. Objektif Kajian 5. Penghargaan
1 2 3 4 5
6. Pendahuluan 7. Kawasan Kajian 8. Kaedah Kajian 9. Hasil Kajian 10. Rumusan 11. Lampiran 12. Rujukan
6 7 8 9-12 13 14 15-16
TAJUK: PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN EKONOMI 3
KAWASAN KAJIAN TAMAN IPOH TIMUR, IPOH
4: OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:-
4
I. Mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan Taman Ipoh Timur.
II. Memerhati dan mengkaji cuaca dan iklim serta pengaruhnya terhadap kegiatan ekonomi di Taman Ipoh Timur.
III. Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan kegiatan penduduk di kawasan kajian
IV. Mengkaji langkah – langkah mengatasinya
5: PENGHARGAAN
5
Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subejek geografi saya kerana telah memberikan tunjuk ajar dan sumber rujukan yang amat diperlukan untuk menyiapkan folio ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama saya menyiapkan folio ini.
Disamping itu, terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan – rakan sekelas saya kerana telah berkongsi idea dan pengetahuan bersama saya.
6: PENDAHULUAN
6
6.1 Nama saya Salmah bt Salleh. Saya seorang pelajar tingkatan 1 Orkid di Sekolah
Menengah Main Convent, Ipoh. Sebagai memenuhi kehendak subjek geografi, saya perlu menyiapkan satu Kajian Geografi Tempatan (KGT) yang bertajuk “Cuaca dan Iklim dalam aspek Kegiatan Ekonomi.” Saya telah memilih kawasan perumahan Taman Ipoh Timur untuk menjalankan kajian saya.
6.2 Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat saya tinggal . Selain itu,
saya telah tinggal di kawasan ini lebih daripada 12 tahun .Ini memudahkan saya menyiapkan folio ini.
6.3 Saya telah mengambil masa selama 3 minggu untuk mengumpul maklumat dan
gambar untuk menyiapkan folio ini.
7: KAWASAN KAJIAN
7
7.1 Latar Belakang Kawasan Kajian
Saya telah memilih Taman Ipoh Timur sebagai kawasan kajian. Taman Ipoh Timur terletak lebih kurang 10 km daripada bandaraya Ipoh. Sebelum dibangunkan Taman Ipoh Timur merupakan kawasan perlombongan bijih timah. Kawasan ini mula dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1970an. Taman Ipoh Timur merupakan kawasan perumahan kos sederhana rendah dan kos sederhana tinggi. Terdapat rumah pangsa, kondominium, apartment, rumah teres dan rumah banglo di kawasan ini. Segala kemudahan awam dan infrasturuktur disediakan dan dijaga rapi . Hasil daripada pencarian saya di internet, sehingga akhir Disember tahun 2008, Taman Ipoh Timur didiami lebih kurang hampir 10,000 orang penduduk.
7.2 Lokasi Kawasan Kajian
Taman Ipoh Timur mempuyai keluasan seluas 50 km persegi. Taman Ipoh Timur terletak berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Taman Perak, Taman Kemuncak dan Bercham.
7.3 Jarak Dari Bandar
Taman Ipoh Timur terletak lebih kurang 10 km daripada Pusat Bandar Ipoh. Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat Bandar dengan menggunakan kenderaan awam seperti teksi ataupun bas.Terdapat beberapa jalan lain yang menghubungi Taman Ipoh Timur dengan pusat bandaraya Ipoh.
7.4 Jenis Petempatan
Taman Ipoh Timur didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarkat terdiri daripada bangsa Cina diikuti oleh bangsa India dan Melayu. Pola petempatan di Taman Ipoh Timur ialah pola berpusat dimana rumah – rumah dan deretan kedai dibina rapat. Ini menyebabkan kawasan ini padat dengan bangunan – bangunan.
8: KAEDAH KAJIAN
8
8.1 Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:-
a) Pemerhatian b) Internet c) Temubual
8.2Pemerhatian
Saya telah meluangkan banyak masa memerhati ciri – ciri cuaca dan iklim di kawasan Taman Ipoh Timur dan ktiviti–aktiviti ekonomi yang dijalankan.
8.3 Internet
Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian ataupun melalui keadah temubual. Antara maklumat yang berguna saya perolehi adalah jumlah penduduk dan keluasan kawasan kajian dan gambar-gambar serta peta yang telah dimuatturunkan.
8.4Temubual
Saya telah bertemubual bersama beberapa orang jiran saya mengenai kegiatan ekonomi di kawasan ini. Jiran- jiran saya yang di temubual itu telah menduduki Taman Ipoh Timur selama lebih daripada 20 tahun.
9: HASIL KAJIAN
9
9.1 Ciri – Ciri cuaca dan Iklim
Taman Ipoh Timur yang terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia menteBHGkan ia menerima iklim Khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun. Kedudukan Taman Ipoh Timur menerima pancaran matahari sepanjang tahun dengan purata enam jam sehari. Kawasan ini juga berkeadaan lembab sepanjang tahun. Cuaca sedemikina amat sesuai untuk aktiviti pertanian, perniagaan dan perkhiddmatan.
9.2 Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan ekonomi
Cuaca dan iklim di Taman Ipoh Timur yang panas dan lembabmenyebabkan penduduk di Taman Ipoh Timur terlibat di dalam aktiviti pertanian, perniagaan dan perkhidmatan.
9.2.1 Pertanian
Iklim dan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun merupakan factor yang mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan Taman Ipoh Timur. Di antara jenis pertanian yang dijalankan ialah tanaman sayur- sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran jenis kekacang, cili, sawi, terung dan terung merupakan beberapa jenis tanaman yang di tanam di kawasan ini.
9.2.2 Perniagaan
Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Taman Ipoh Timur telah menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan – usahawan yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan, butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk disini menjalankan aktiviti perniagaan. Bekalan hasil tanaman juga mudah diperolehi dari kebun-kebun yang berhampiran.
9.2.3.Perkhidmatan
10
Selain itu, penduduk di Taman Ipoh Timur terlibat di dalam bidang perkhidmatan kerana di kawasan Taman Ipoh Timur terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika. Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat tersebut.
N A T
A M DI 70 H R E 60 P
50
N A D N A A JENIS G AI N R E P SI N E J
PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI TAMAN IPOH TIMUR
Pelabgai Barangan
40
Pelbagai Perkhidmatan
30
Makanan
20 10 0 Graf 1 JUMLAH KEDAI
11
9.3 Masalah
9.3.1.Pencemaran
Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan yang kotor dan berbahaya kepada kesihatan dilepaskan ke alam sekitar. Di Taman Ipoh Timur aktiviti pertanian telah menyebabkan pencemaran udara dan air. Udara tercemar kerana asap dari pembakaran sisa tanaman dilepaskan ke udara.Bahan kimia daripada penggunaan baja kimia yang digunakan oleh penduduk juga telah menyebabkan pencemaran..
9.3.2.Penipisan Lapisan Ozon
Kegiatan ekonomi di Taman Ipoh Timur seperti pertanian yang menggunakan bahan kimia akan bertindak balas dengan ozon dan menyebabkan penipisan lapisan ozon.
9.3.3.Hujan Asid
Kejadian hujan asid mempunyai kaitan rapat dengan pelepasan asap dari mesinmesin pertanian dan kenderaan.Asap ini mengandungi gas-gas seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Di Taman Ipoh Timur, kebun-kebun banyak melepaskan asap dan dapat menyumbang dalam pembentukan hujan asid.
9.4 Langkah-langkah Penyelesaian masalah
9.4.1.Kempen
Penduduk Taman Ipoh Timur diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesankesan amalan mereka terhadap alam sekitar.
12
9.4.2.Penguatkuasaan Undang-undang
Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar termasuk pertanian di Taman Ipoh Timur.
9.4.3.Pendidikan
Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada penduduk Taman Ipoh Timur tentang memelihara alam sekitar, kesedaran ini diwujudkan melalui pendidikan diperingkat sekolah rendah (Kajian Tempatan) dan sekolah menengah (Geografi dan Sains)
9.4.4.Penyelidikan
Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah aktiviti menghasilkan teknologi yang baru atau lebih baik. Melalui P&P pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak mencemerkan alam sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam dan harus diamalkan oleh semua yang terlibat.
13
10. RUMUSAN
Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, saya dapat mengetahui apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya. Jenis-jenis kegiatan ekonomi di tempat kita harus diketahui kerana ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara.
Selain itu,kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai.
Saya juga dapat mengetahui bahawa terdapat pelbagai kesan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contoh kesannya ialah seperti pencemaran air dan udara. Dengan melihat kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dicungkil dan ditanam dalam jiwa penduduk. Ini dapat dilihat apabila penduduk bersama-sama mengurangkan kesan-kesan tersebut. . Akhir sekali, kita akan dapat mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah dan harus diambil untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut . Apabila penduduk melihat langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turut mengikuti langkah-langkah tersebut. Unsur patriotisme seperti bertindak wajar dan timbul rasa cinta akan tanah air dapat dilihat apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut.
Saya berasa bangga dengan kegiatan ekonomi di tempat saya.. Saya berharap agar kawasan yang saya duduki ini akan terus berkembang dengan lebih pesat dan akan terus menyumbang kepada perkembangan di negara kita.
14
12. RUJUKAN
1. Buku Teks Geografi Tingkatan 1, KBSM
2. Buku Rujukan Geografi PMR, Ulang Kaji Total Tingkatan 1,2,3 Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd. Tahun: Cetakan 2008
3. Laman Web: www.scribd.com www.tutor.com.my www.kualalumpur – hotels – classify.com google earth
15
16
Gambar Aktiviti Penanaman
17
Gambar Aktiviti Perniagaan
18