BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM ALMARHUM SULTAN SULTAN ABDUL HAMID HAMID HALIM HALIM SHAH SHAH
ISI KANDUNGAN Kandungan
Muka Surat
Isi Kandungan
1
Penghargaan
3
Pengenalan
4
Rasional
5
Matlamat
6
Objektif Kajian
7
Kaedah Kajian
8
Latar belakang Tokoh Pencapaian/Jawatan pernah disandang Penglibatan
9-14 15 14-26
Rumusan
27
Sumber Rujukan
28
Lampiran
29-35
ISI KANDUNGAN Kandungan
Muka Surat
Isi Kandungan
1
Penghargaan
3
Pengenalan
4
Rasional
5
Matlamat
6
Objektif Kajian
7
Kaedah Kajian
8
Latar belakang Tokoh Pencapaian/Jawatan pernah disandang Penglibatan
9-14 15 14-26
Rumusan
27
Sumber Rujukan
28
Lampiran
29-35
NAMA
: SITI FATIMATU ZAHRAH BTE AZMAN
K/P
: 010204-04-0290
DARJAH
: 6 ARIF
SEK SEKOLAH OLAH``
: SEK. EK. KEB EBAN ANG GSAA SAAN KRUBO RUBON NG
TAJUK FOLIO: TOKOH KEMERDEKAAN KEMERDEKAAN
NAMA NAMA GURU GURU : PN PN.. FARA FARA DILLA DILLA
PENGHARGAAN
Assalamualaikum,
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Tokoh Kemerdekaan’’. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali, sekalung penghargaan untuk guru subjek saya PN.FARA DILLA
kerana telah
memberi tunjuk ajar kepada saya
sepanjang saya
menyiapkan folio ini dan telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada saya.
Selain itu,saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan pandangan dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya tidak kira susah mahupun senang. Jasamu akan saya kenang ke akhir hayat.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.
Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa di sebalik kejayannya. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri kedua atau yang ke-24 bagi ayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943. Ibunya pula Che Manjalara berketurunan Siam dan Burma telah menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam. Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya. Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpun sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran. kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor. Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali umum dalam kalangan rakyat Malaysia.
RASIONAL
Terdapat beberapa sebab mengapa kumpulan kami memilih Tokoh YTM Tunku Abdul Rahman sebagai tajuk kerja kursus kami. Ini kerana, beliau merupakan “Bapa Kemerdekaan” bagi Negara Malaysia dan ini sesuatu yang harus dibanggakan kerana beliau telah mengharumkan dan membebaskan Negara kita daripada terus dijajah oleh penjajah. Bagi menunjukkan penghargaan kami terhadap segala pengorbanan dan perjuangan beliau untuk mencapai kemerdekaan Negara Malaysia kami memilih beliau.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bapa Kemerdekaan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi. Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Kualiti Tunku memanglah tiada persamaan atau bandingannya dengan orang lain.
Selain itu, sebagai seorang pemerintah, sikap yang ditunjukkan oleh beliau meliputi ciri-ciri seorang pemimpin yang harus diikuti oleh setiap pemimpin lain. Sikap beliau yang merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia kepada sahabatsahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawab serta banyak lagi nilai membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Tambahan pula, sikap beliau yang berpandangan jauh ke arah positif dan sentiasa bekerja keras, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk kepentingan Negara yang tercinta diingati sehingga kehari ini.
MATLAMAT
Kerja kursus ini dilakukan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat Malaysia dan mengenal erti pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yang Teramat Mulia Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang merupakan seorang ahli kebangsaan yang berjaya membebaskan Negara Malaysia daripada penjajah yang mempunyai perwatakan dan keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi dan tidak ada tolok bandingannya. Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan bagi kesejahteraan negara ini sewajarnya diambil ikhtibar dan diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan datang. Pengorbanan dan jasa beliau harus diberi penghargaan yang tinggi sebagai seorang manusia, seorang negarawan, seorang pembela bangsa Melayu, seorang yang bertimbang rasa terhadap rakyatnya khususnya orang-orang bukan Melayu dan kesabaran serta penderitaan yang beliau alami sepanjang menjadi pemimpin negara. Nama Tunku Abdul Rahman harus ditulis dengan tinta emas dalam sejarah lipatan kemerdekaan negara ini. Sehingga kini dan untuk selama-lamanya rakyat negara ini akan terus menganggap beliau sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat. Kita mestilah mendalami kisah sejarah tokoh Tunku Abdul Rahman yang telah menaikkan nama Malaysia sekaligus dapat menanam rasa setia dan bangga dengan sejarah Malaysia seterusnya menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan Negara Malaysia merupakan tanggungjawap bersama semua pihak . Kita haruslah mencontohi sikap beliau yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan negara. Kita mestilah sentiasa mengenang dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara Malaysia. Tanpa jasa dan pengorbanan YTM Tunku Abdul Rahman, Negara Malaysia pada hari ini tidak akan membangun menjadi Negara Malaysia yang maju seperti sekarang. Oleh itu, marilah kita bergandingbahu bersama-sama berusaha membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan Negara dan mengharumkan nama Negara Malaysia.
OBJEKTIF KAJIAN
Kerja kursus ini dilakukan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat Malaysia dan mengenal erti pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yang Teramat Mulia Allahyarham Tunku Abdul Rahman. •
Mengenal pasti dengan lebih mendalam bagaimana Negara Malaysia mencapai kemerdekaan dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman.
•
Mengkaji faktor-faktor yang telah menyebabkan Negara Malaysia mencapai kemerdekaan.
•
Menyatakan kesan-kesan pencapaian kemerdekaan terhadap Negara Malaysia.
•
Merumuskan faktor-faktor kejayaan Tunku Abdul Rahman dalam mencapai kemerdekaan Negara Malaysia.
•
Menyatakan matlamat yang ingin dicapai oleh semua rakayat Malaysia pada ketika itu.
•
Menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai sejarah Negara Malaysia.
•
Untuk mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sebelum dan semasa mahu menuntut kemerdekaan supaya sejarah lama tidak berulang.
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini dapat dilaksanakan setelah memperoleh maklumat berdasarkan pelbagai bentuk sumber. Rujukan yang melibatkan pelbagai bentuk termasuklah bertulis, gambar rajah dan sumber yang boleh dirujuk. Contoh buku-buku yang digunakan semasa kajian ialah seperti buku teks, buku nota, dan risalah.
Selain itu, kami juga melayari laman sesawang dan bahan-bahan internet lain sebagai satu rujukan untuk memperoleh maklumat tambahan mengenai topik yang dibincangkan. Kami juga membuat rujukan di pusat sumber sekolah untuk mencari maklumat bertulis mengenai sejarah silam tokoh untuk menghasilkan kerja kursus yang mantap dan sistematik.
Tambahan pula, kami juga berkesempatan membuat perbincangan serta diskusi secara berkumpulan dengan guru matapelajaran dan rakan-rakan mengenai topik folio yang dijalankan supaya kerja kursus ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
LATAR BELAKANG TOKOH Nama sebenar : Tengku Abdul Rahman
Putera ibni Abdul Hamid
Halim Shah. Nama dan Gelaran Popular : Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj,
Tunku, YAM Tunku Tarikh dan tempat lahir : 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Tarikh dan tempat meninggal : 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur. Pendidikan dan kelulusan : Sekolah Rendah di Alor Setar, di Bangkok,
seterusnya di Penang Free School, di Ct. Catherine, Cambridge University, England dan Inner Temple, England. B.A. (1925), LIB (INNER) (1948). Pengalaman Jawatan Awam:
•
Kadet di Pejabat Undang-Undang Alor Star Penolong Pegawai Daerah Sungai Petani dan Kulim (1931)
•
Pegawai Daerah Langkawi (1935)
•
Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Undang-undang (1938)
•
Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah (1940)
•
Penguasa Pelajaran Kedah (1943)
•
Timbalan Pendakwa Umum Jabatan Undang-Undang Persekutuan
•
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955)
•
Menteri Ehwal Dalam Negeri (1956)
•
Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957-1970)
•
Pengalaman dan Politik Akhir 1930-an : Dalam Seberkas, Alor Setar, 1946 - membantu menubuhkan
Persatuan United Kingdom, 1951- dicalonkan dan memenangi jawatan Yang Dipertua / Presiden UMNO, Presiden UMNO (hingga September 1970). Kegiatan Antarabangsa : Setiausaha Agung pertama OIC, Komanwel Negara-negara Islam (1971-
1980). Perkahwinan : 1933-dengan Meriam di Alor Setar, 1935- dengan Violet Coulson di Singapura, 1939-
dengan ( Tun) Sharifah Rodziah . Anak : Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. (hasil perkahwinan dengan Meriam) Karya-karya Tunku: Sebelum dan Sesudah 13 Mei 1969, Mahsuri (filem 1972), Memoirs Beliau:
Looking Back (Pandangan Balik). Viewpoints (Sudut Pandangan), Lest We Forget, Something ti Remember, As A Matter of Interest, Cotemporary Crisis in Malaysian Politics, Political Awakening, The Road to Independence.(Ramlah Adam:2003:541). PENDIDIKAN AWAL
Tunku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Alor Setar kemudiannya ke Sekolah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar) Kedah. Ketika berusia lapan tahun beliau mengikuti abangnya ke Bangkok meneruskan pengajiannya di sana. Pada tahun 1915, beliau meneruskan pengajiannya di Penang Free School. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya ke St. Cathrine College, Universiti Cambridge, England untuk belajar undang-undang dan kemudiannya balik ke Tanah Melayu pada tahun 1925 setelah menamatkan pelajarannya. Tunku mendapat ijazah B.A. dalam sastera. Beliau kembali ke England untuk menyambung
pelajarannya dalam
bidang undang-undang di Inner Temple, England pada tahun 1938 namun pengajiannya terbantut apabila Perang Dunia Kedua meletus. Demi menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka pada tahun 1947 beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya dalam pengajian undangundang di Cambridge Universiti dan dilanjutkan pada tahun 1949.
KELUARGA TOKOH
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong
di
dikurniakan
Alor
Star.
Beliau
dengan
dua
cahaya
mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang dan
Tunku
Khadijah.
Putra
Mariam
meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff . Walaubagaimanapun, Tunku dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.
GARIS MASA •
1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
•
1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
•
1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
•
1919 (umur 16): Belajar di England.
•
1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
•
1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
•
1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang d i Inner Temple.
•
1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
•
1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan d i Kuala Nerang.
•
1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
•
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
•
1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
•
1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
•
1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
•
1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
•
1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
•
1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember.
•
1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian
•
1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
•
1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
•
1946: Menyertai UMNO.
•
1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
•
1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
•
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan
majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan. •
1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
•
1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
•
1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
•
1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
•
1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
•
1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
•
1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
•
1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
•
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
•
1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
•
1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.
ANUGERAH YANG DIPEROLEH OLEH TUNKU
Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Sydney, Universiti Araneta dan Universiti India. Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford, England pada tahun 1970, Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Cambridge (1970) dan Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla, Thailand (1977). Beliau juga menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Ini termasuklah pangkat-pangkat seperti Order of Istiqqlal, Maghribi pada tahun 1957, Darjah Utama Negeri Kedah pada tahun 1958, Order of Kim Khanh, Vietnam (1958), Seri Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of the Order of the Crown dari Belgium Order of Sikatuna dari Filipina (1959), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Kelas Pertama), Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960), Knight Grang Cross of the Most Illustrios Order of Chula Chom Klao dari Thailand (1962), Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) dan Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai dari Kemboja.
PENGLIBATAN DAN KERJAYA TOKOH Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957. Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau pernah memegang beberapa jawatan lain. Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabil beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala, Padang Terap, Kuala Nerang, Sungai Petani dan Kulim,Kedah. Pada tahun 1940, Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah. Pada tahun 1943, beliau telah dilantik menjadi Penyelia Pelajaran Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.
SEBAGAI PERDANA MENTERI
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan atas kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung. Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak , dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura dan pada tahun itu juga, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
KEGIATAN ISLAM Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran. Beliau menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam. Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC.
Tunku menjadi Setiausaha Agung yang Pertama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden ‘Regional Islamic Council for South East Asia and The Pacific’ (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan Negara-negara Islam. Beliau mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan. Tunku jugalah pemimpin Islam yang telah mencetuskan idea supaya diadakan Pertubuhan Negara-Negara Islam bagi menjaga kepentingan negara-negara dan umat Islam. Walaupun cadangan Tunku itu memakan masa yang panjang untuk menjadi kenyataan, tetapi dapat dilaksanakan dengan tertubuhnya Sekretariat Islam baru-baru ini.
KEMERDEKAAN PROSES MENUNTUT KEMERDEKAAN Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955 memang menjulang tinggi nama Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin penting dalam politik Persekutuan Tanah Melayu. Pertemuan Tunku dengan Donald MacGillivary pada hari Ahad 31 Julai 1955, merupakan langkah pertamanya dalam proses mununtut kemerdekaan. Inilah langkah pertama Tunku sebagai pemimpin Perikatan meminta kuasa pemerintahan daripada kerajaan British. Namun setelah berbincang selama 2
jam setengah Tunku gagal untuk membincangkan kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dan pelantikan Suruhanjaya Bebas untuk mendraf perlembagaan. Bagi Tunku mandat yang diterima daripada rakyat ialah mencapai kemerdekaan atau keluar daripada kerajaan. Kata-kata Tunku yang cukup bersemangat itu disambut dengan jeritan ‘ Merdeka ‘ oleh penyokong Perikatan. Ini merupakan demontrasi yang menunjukkan kekuatan dan kepimpinan Tunku. Ini menyebabkan Lennox Boyd berbincang dengan raja-raja Melayu tentang tuntutan Perikatan itu
ROMBONGAN MERUNDING KEMERDEKAAN DI LONDON Pada bulan September 1955, raja-raja melayu telah mengeluarkan persetujuan mereka untuk mengizinkan kehendak Perikatan bagi meminda Perjanjian Persekutuan 1948 dan mencadangkan rombongan itu dianggotai oleh tujuh orang wakil iaitu empat orang wakil Raja-raja melayu dan tiga dari Perikatan dan Peguam Negara sebagai penasihat. Persetujuan dicapai dengan melantik empat wakil daripada Raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.
Ahli Rombongan Rundingan Kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman (tengah).
Runding
bersama British dan Raja-Raja
Melayu
bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan.
Pada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail, H.S Lee, T.H Tan dan Abdul Kadir Shamsudin telah menaiki kapal M.V. Asia di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Bersama-sama dengan Tunku ialah dua orang wakil raja-raja Melayu iaitu Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor, dan Dato’ Haji Wahab, ketua rombongan raja-raja Melayu menaiki kapal terbang bersamasama dengan Dato’ Mohd Seth dua hari selepas itu. Rombongan Tunku Abdul Rahman dihantar dengan meriah sekali dari Raffles Hotel, tempat penginapannya di Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pagar.
Kapal yang dinaiki oleh Tunku dan rombonganya telah singgah di Ceylon (Sri Lanka), India dan Pakistan. Di Karachi, Pakistan , Tunku dan rombonganya telah mendarat untuk berehat beberapa hari. Tunku menjejakan kakinya ke bumi London,England pada 13 Januari 1956. Manakala rundingan kemerdekaan berlangsung selama hampir tiga minggu dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.
Dalam ucapan pembukaanya pada pagi 8 Januari di Lancester House, Setiausaha Tanah Jajahan, Lennox Boyd , telah mengalu-alukan kedatangan Tunku dengan rombonganya dengan ramah sekali. Bagi beliau rundingan itu adalah sebuah janji yang telah dibuat dalam Perjanjian Persekutuan 1948 diantara British dengan raja-raja Melayu. Selesai ucapan, diikuti pula dengan perbincangan terbuka antara rombongan Merdeka Persekutuan Tanah Melayu dengan Pejabat Tanah Jajahan. Pebincangan berkisar pada beberapa perkara iaitu soal pertahanan dan keselamatan, perkhidmatan awam, dan perubahan perlembagaan.
Pihak British melaksanakan cadanganya yang telah disediakan sebelum kedatangan rombongan merdeka. Britain telah menyiapkan ‘Memorandum of United Kingdom’.
Tunku
setuju
dengan
cadangan pihak British supaya bentuk jawatankuasa-jawatankuasa bagi memperincikan perlembagaan. Pada 2 Februari 1956 menurut Tunku, pihak British telah membuat kenyataan dari Lancaster House tentang hasil rudingan dengan rombongan merdeka dan keputusan ini memberi keadaan yang positif kepada Tunku sebagai pemimpin Perikatan.
Rombongan Tunku Abdul Rahman di sambut bangga oleh ahli-ahli UMNO Singapura sebelum bertolak ke Melaka untuk sambutan besar-besaran yang diadakan di padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1955. Sekembalinya Tunku dan rombonganya dari London pada Jun 1957, Tunku terpaksa mengakui bahawa kemerdekaan yang dicapai tidaklah begitu memuaskan, kerana hal-hal yang tidak dapat diatasi seperti penghapusan kerakyatan komanwel, pengekalan pegawai pinjaman British dan pertahanan yang masih bergantung pada pihak British. Dalam Mensyuarat Agung yang diadakan pada 29 dan 30 Jun 1957, di Kuala Lumpur satu ketetapan telah di buat untuk menganugerahkan gelaran Bapa Kemerdekaan Tanahair kepada Tunku atas jasa-jasa perjuangan dan pengorbanan yang telah ditunjukan dan diberikan oleh Yang Dipertua UMNO itu.
Dengan itu, UMNO telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tunku
dan cadangan
perlembagaan yang telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja itu kemudia dibincangkan oleh raja-raja Melayu dan diterima pada 27 Jun 1957 dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman (kanan) bersama Dato' Panglima Bukit Gantang ketika perarakan kemerdekaan serta deligasi diarak selepas pulang dari London di Bandar Hilir, Melaka.
UPACARA KEMERDEKAAN
Teks Kata Aluan
Pada 3 Ogos 1957, di waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-raja Melayu
untuk memilih Yang di-pertuan Agong bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British. Perlantikan itu perlu sebagai menandakan ketua Negara di sandang oleh pemerintah tempatan.
Semua
raja telah
menghadirinya kecuali Sultan Ibrahim dari Johor yang diwakili Tengku Mahkota, Tunku Ismail.
Pada 5 Ogos 1957, bertempat di King House, Kuala Lumpur, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani diantara wakil Ratu England dan Wales, Donald MacGillivaray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ( gambar sebelah) dengan Raja-raja Melayu, Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan dan Dato’-Dato’ Undang Luak Negeri Sembilan. Perjanjian 197 itu, mengakui persetujuan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk menubuhkan sebuah Persekutuan yang mengandungi negeri yang tersebut di dalamnya sebagai asas Pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu. Kesemua kerangka Perjanjian Persekutuan 1948 dikekalkan, kecuali Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British, kerana kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri yang telah merdeka. Bagi Pulau Pinang dan Melaka satu perjanjian lain akan dibuat dengan kuasa Queen untuk melantik Gabenor dan hal-hal tertentu diteruskan sebagai satu peralihan.
Sultan Kedah, Sultan Badlishah telah berucap menyatakan kegembiraan raja-raja Melayu mendapat bimbingan kerajaan British selama ini sehingga negeri ini telah maju dengan jayanya dalam lapangan masyarakat, iktisad dan sahsiah. Kebaikan hati raja-raja Melayu seperti juga rakyatnya, tergambar sehingga pada saat akhir penjajahan British di Persekutuan Tanah Melayu. MacGillivaray pula telah menyatakan antara lain “ Dengan terhentinya hubungan lama itu, timbulah hubungan baru dengan berdasarkan perasaan dan kepercayaan antara satu sama lain serta hormat-menghormati yang telah tertanam antara kedua-dua pihak.
Perikatan Pemuda UMNO telah diberi tugas untuk menurunkan bendera Umion Jack. Tepat pukul 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan mengikut gema bunyi jarum jam besar Pejabat Setiausaha Persekutuan. Serentak dengan itu bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan jaluran merah putih dan kotak biru dengan bulan bintang di tengahnya mendaki gagah menuju ke kemuncaknya. Sorak –sorai dan pekikan “Merdeka” bergema dan berkumandang di udara memecah kesunyian malam kota yang dihiasi lampu neon yang bergemelapan di sepanjang jalan utama . Merdeka! Merdeka!
Merdeka!
Laungan
sahut
menyahut
menandakan
berakhirnya penjajahan British secara fizikal dan politik di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlah sebuah perlembagaan merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Satu jawatankuasa sambutan besar-besaran telah diatur yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussien. Selain upacara pembarisan ketenteraan, jamuan negara dan perayaan awam di Kuala Lumpur, tetamu-tetamu kehormat dari luar Negara juga telah dijemput untuk menghadiri upacara pengistiharan kemerdekaan pada 31 Ogos. Dalam hal ini, kesemua perancangan dirujuk pada kerajaan British di pejabat Tanah Jajahan untuk diluluskan.
Upacara kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pagi 31 Ogos 1957
Upacara gilang gemilang telah diadakan pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Perarakan dan barisan pasukan tentera dan orang ramai membanjiri Stadium Merdeka sejak pukul 6.00 pagi. Walaupun hujan turun pada awalnya, tetapi mereka tetap tidak berganjak menanti saat yang paling mengembirakan itu. Di atas pentas yang dihias indah dan di bentang permaidani merah, Raja-raja Melayu dan Duke of Clocester dan pegawai kerajaan British duduk berderet dengan pakaian yang indah dan di payungi oleh binduanda.
Tunku Abdul Rahman, dengan pakaian baju melayu bertekad benang emas dan bertengkolok seperti seorang raja, berdiri tegak membaca pemasyuran Kemerdekaan dalam bahasa Inggeris, bahasa yang di anggap paling layak oleh Tunku Abdul Rahman, wira kemerdekaan negara, untuk menyatakan kebebasan dan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada Penjajahan British. Terjemahan dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan hanya dibaca oleh Senu Abdul Rahman di sebalik tirai di belakang pentas. Pada hari kemerdekaan Tunku mengarahkan supaya diadakan perarakan tentera melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan lalu ke Jalan Ipoh.
Dengan tangan yang tergenggam di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Gema suaranya kemudian di sahut penuh gemuruh oleh para hadirin yamg terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang bangsa. Pada pukul 11.00 pagi, upacara angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dijalankan di Federal House, Kuala Lumpur, tempat parlimen pertama kerajaan merdeka Persekutuan Tanah Melayu. Selepas upacara itu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan untuk diadakan majlis melantik dan angkat sumpah Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet Perikatan yang lain. Upacara itu juga tidak kurang gemilangnya kerana inilah kali pertama sebuah kerjaan yang berdaulat dilantik dan disahkan dalam sebuah yang telah mencapai kemerdekaan. Malah memang selayaknya Tunku diberi tugas untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu ke gerbang kemerdekaan negara walaupun terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilaluinya.
PERGINYA SEORANG WIRA BANGSA
Tunku Abdul Rahman pada tahuntahun akhirnya (gambar)
Pada 6 Disember 1990, Tunku menghembus nafasnya yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak kerajaan telah mengiktiraf “Istiadat Pengebumian Negara” kepada beliau. Pada 7 Disember 1970, jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar, Sungai Besi. Setibanya di sana, Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar, Alor Setar sebelum diusung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat pengebumian. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia. TUNKU SEORANG NEGARAWAN
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang negarawan berjiwa rakyat yang lahir di sebuah istana raja. Sebagai seorang putera raja, Tunku mempunyai karisma yang sangat unik. Beliau tidak dapat dibandingkan dengan pemimpin-pemimipin dunia yang lain. Tunku mempunyai beberapa kualiti istimewa semulajadi. Amalan hidupnya seperti rakyat biasa bukanlah direka-reka. Kualiti itu sentiasa bersemadi dalam jiwa Tunku sejak kecil lagi. Kualiti itu memberikan harapan masa depan rakyat. Sokongan dan harapan rakyat serta keputusan pilihanraya pertama 1955 merupakan mandat yang mutlak kepada Tunku. Sebagai seorang putera raja, maka kedudukan Tunku memberikan keyakkinan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Baginda Raja-Raja Melayu yakin bahawa kemerdekaan tidak akan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu. Perjuangan Tunku untuk menyatukan rakyat dan mendapat sokongan mereka boleh dikatakan lebih senang daripada mendapatkan keyakinanan Raja-Raja Melayu. Kemerdekaan bermakna memberi kuasa kepada rakyat dan sebaliknya bagi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu merupakan perpisahan tradisi iaitu menyerahkan kuasa kepada rakyat. Dalam zamannya Tunku telah menjadi pemimpin gigih yang meneruskan perjuangan kebangsaan yang telah dimulakan menjelang perang dunia kedua dulu. Di bawah pimpinannya maruah dan kemerdekaan Negara dapat ditebus kembali. Sesudah itu, sebagai tokoh politik dan negarawan, Tunku memulakan langkah mengisi kemerdekaan. Perjuangan Tunku selepas beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan memasuki arena nasional. Perjuangan Tunku bermula lebih awal daripada itu sebenarnya sebelum perang dunia kedua. Setelah kembali ke tanah air selepas ke United Kingdom untuk belajar, Tunku telah menceburkan diri dalam usaha menolong rakyat. Pada waktu masih kecil nama Tunku sudah pun terkeknal dalam kalangan rakyat Kedah sebagai seorang anak raja yang bersimpati dan dekat dengan rakyat. Dalam arena politik, Tunku tidak pernah bermain-main dengan politik, apalagi politik perkauman. YTM Tunku adalah seorang putera Malaysia yang tulen. Cita-cita beliau dan tindak-tanduk beliau sentiasa mengutamakan kepentingan nasional. Beliau tidak pernah merasa takut dan sentiasa menerima apa juga kritik dan hukuman, demi untuk perjuangan bangsa dan tanah airnya. Hidupnya sentiasa sederhana, kesenangan dan kebahagiaannya ialah kehidupan yang harmoni, aman dan damai. Tunku bersara dalam keadaan yang tenang dan kesihatan yang baik serta fikiran yang masih segar. Kepercayaan rakyat terhadap Tunku sebenarnya tidak pernah luntur. Semakin lama Tunku meninggalkan kerajaan semakin ramailah rakyat menyedari akan kebenaran dan kejujuran perjuangan
Tunku. Rasa kasih sayang rakyat terhadap Tunku semakin bertambah menjelang Tunku menyambut hari keputeraan yang ke-80 pada tahun 1983. Sebagai seorang pengasas kemerdekaan, Tunku sudah tentulah merupakan ‘the happiest statement’ kerana Tunku sendiri dapat melihat tiga orang Perdana Menteri yang mewarisi perjuangannya iaitu Tun Razak, Tun Hussein Onn dan dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad. Tiga puluh satu tahun yang lampau apabila Tunku memulakan kerjasama pilitik UMNO-MCA bagi menghadapi pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, terjalin satu perkahwinan politik yang melahirkan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional dan tanpa disedari Tunku sebenarnya telahh meletakkan asas kerjasama politik sepanjang suku abad ini. Keberanian Tunku mencipta kerjasama ini tidak boleh dipertikaikan. Tunku telah menjadi salah seorang yang tokoh yang terpenting dalam sejarah moden Malaysia. Kejayaan beliau dan kemampuan melibatkan diri secara langsung dalam pilitik Negara kita selama hampir suku abad, sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Perikatan, Ketua Menteri dan Perdana Menteri telah menyebabkan penciptaan satu zaman tersendiri dalam sejarah Malaysia. Pendek kata, keperibadian dan karisma Tunku akan sentiasa memberi ilham dan topik kepada para penulis. Kemuncak penghargaan kepada Tunku tiba pada malam Barisan Nasional mengadakan perayaan secara besar-besaran bagi menyambut hari keputeraannya.
Jamuan makan malam yang
disulami ucapan-ucapan serta filem dokumentari itu membawa kembali para hadirin yang bersam Tunku dulu kebeberapa sudut penting perjuangan Tunku. Tunku telah muncul pada saat yang penting dalam sejarah perjuangan bangsa kita. Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tunku telah dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan pada segenap lapisan rakyat jelata dan mereka telah memberikan sokongan dan berjuang bersama-sama Tunku sehingga tercapai azam dan cita-cita mereka untuk menjadikan satu bangsa yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mana-mana bangsa dalam dunia ini. Kemashyuran nama Tunku bukan sahaja di negara ini bahkan telah tersebar diseluruh penjuru alam. Ringkasnya Tunku telah memainkan peranan beliau sebagai seorang negarawan antarabangsa yang memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia dan mengharumkan nama negara kita sekalipun ianya sebuah negara kecil. Dengan kejayaan Tunku memainkan peranan antarabangsa dengan cara yang bijak itu, Malaysia telah menjadi sbuah negara yang berkesan yang di hormati di kalangan bangsa-bangsa di dunia ini.
RUMUSAN Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan ini. Melalui kajian ini, kami berbangga dapat menjadi warganegara Malaysia yang aman dan harmoni ini kerana mempunyai tenaga pemimpin yang berwibawa dan bijaksana untuk memimpin negara dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyatnya. Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember ketika usianya kira-kira 87 tahun.Beliau sempat menyaksikan 3 orang tokoh penggantinya sebagai Presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri, iaitu Allahyarham Tun Abdul razak ,Allahyarham Tun Hussein Onn dan selama hampir 10 tahun di bawah kepimpinan pengkritik politiknya sendiri,iaitu Yang Amat Berhormat Dr.Mahathir Muhammad. Tunku sesungguhnya cukup bangga dan memang boleh dibanggakan kerana beliaulah Persekutuan Tanah Melayu berjaya “menebus” kemerdekaan dan belenggu penjajahan Inggeris yang telah dimulakan oleh tindakan pihak Raja-raja Melayu sendiri sehingga terbentuknya sebuah negara iaitu Negara Malaysia. Sungguhpun beliau bukanlah perintis kebangkitan politik Melayu dalam umno seperti Dato Onn dan rakan-rakan pergagasan Umno 1946, namun warisan parti Umno yang di terajui oleh Tunku bukanlah sebuah lombong emas.Tunku sesungguhnya terpaksa bekerja keras, berkorban masa dan tenaga, termasuk gaji lumayannya sebagai pegawai kanan perundangan, serta darjatnya sebagai seorang anak raja untuk turun ke tengah rakyat dengan segala kesukaran menjelajah seluruh air bagi merealisasikan perjuangan Umno itu. Bukan itu sahaja, Tunku juga sebenarnya perintis penting terhadap hubungan kaum dan etnik di negara ini dengan segala pendekatan kesederhanaannya sehingga ada kalanya beliau kelihatan mengabaikan kepentingan Melayu dan disalah tafsirkan pula komitmen nasionalisme Melayunya itu. Tunku dalam hal ini tidak ada sebab untuk menafikan bahawa beliau turut meninggalkan banyak jasa dan baktinya yang tidak terkira yang menjadi sebahagian daripada khazanah dan keagungan yang menjadi milik dan kebanggaan bersama generasi hari ini.
SUMBER KAJIAN
Internet: •
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
•
http://www.yayasantar.org.my/kursi.html
•
http://tokoh2.blogspot.com/2008/08/tunku-abdul-rahman.html
•
http://www.scribd.com/doc/29906670/13416649-Sejarah-Hidup-Tunku-Abdul-Rahman
•
http://kotakemail.blogspot.com/2009/08/merdeka-merdeka-mederka-galeri-gambar.html
•
http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/12/tunku-abdul-rahman-during-merdekacelebrations.jpg
•
http://manlukeman.files.wordpress.com/2009/08/umicl000594208.jpg
BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH
nku
Abdul Rahman dan Raja-Raja Melayu bergambar bersama Sir Donald MacGillirary selepas Majlis menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1957
Tunku Abdul Rahman bergambar bersama Kabinet Menteri pertama Tanah Melayu selepas kemerdekaan, 1959
Tunku Abdul Rahman bergambar bersama tiga pemimpin Parti Perikatan, Dato' Haji Noah, Tun Razak, dan Cheng Lock.
Tun Tan
Perhimpunan Parti Perikatan yang diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Tunku Abdul Rahman berucap di dewan orang ramai Kampung Jelai
Presiden Motamar Al-Alam Al-Islami Lord (Sayyid) Alhusseini (tengah) bersama Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia. Di sebelah kiri, ialah Sh.Haider Al-Huseini Pembantu Jeneral Setiausaha Motamar.
Peter Ligadu, Penolong Pegawai Daerah Beaufort bersalaman dengan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, ketika beliau melawat bandar kecil di Beaufort, Sabah .
Keputusan Pilihan raya pada tahun 1955 yang dimenangi oleh calon-calon Parti Perikatan.