FAKULTI GEOINFORMASI DAN HARTA TANAH
AMALAN IKHTISAS SGU 4342
ESEI e-KADASTER DI MALAYSIA : KONSEP DAN PERLAKSANAAN
Oleh: NURAZIMAH BINTI BIDEN BG 080074
Pensyarah : TN. HJ. MOHAMAD SAUPI BIN CHE AWANG
e-Kadaster di Malaysia : Konsep dan Perlaksanaan Oleh Nurazimah binti Biden Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik) e-mail :
[email protected]
e-Kadaster
telah
dipraktikkan
secara
rasmi
dalam
sistem
pengukuran di Malaysia pada 1 Mei 2010. Sistem e-Kadaster yang dibangunkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) ini merupakan antara sistem ukur yang tercanggih di dunia dan ia kini menjadi rujukan kepada negara serantau. Dengan adanya sistem ini, ia mampu untuk memendekkan proses pengukuran dan penyediaan pelan hak milik tanah lebih kurang dua tahun kepada dua bulan atau kurang. Selain daripada itu, sistem e-Kadaster ini mampu untuk menjadi salah satu ikon untuk JUPEM dan boleh memberi impak yang besar terhadap kesejahteraan rakyat amnya dan pembangunan negara khasnya. Sistem ini juga diintegrasikan dengan sistem e-Tanah di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan bagi melengkapkan proses pengeluaran hak milik tanah secara bersepadu antara JUPEM dan Pejabat Tanah. e-Kadaster merupakan rombakan proses kerja pengukuran daripada konvensional Bowditch dan Transit kepada Survey Accurate Coordinate melalui Pelarasan ganda Dua Terkecil dan dengan wujudnya National Digital
Cadastral
Database
(NDCDB)
juga
Pangkalan
Data
Ukur
Strata/Stratum/Marin (PDUSSM). Data-data kadaster, pemetaan, imej satelit, peta utiliti dan apa sahaja maklumat GIS telah diintegrasikan dalam satu pangkalan data dan ia digunakan bagi tujuan urusan perancangan pembangunan negara. Terdapat pelbagai modul yang telah dibangunkan antarnya ialah JUPEM2U, CSRS, ePU, eSPID, eCRM, eTSM,
SUM eSPEK, eQC, DRP, eGLMS, SPAK, eReporting, eNotification, eKiosk, eFee, NDCDB, ePKL, eSupport. SSM, Medmas dan SPPK. Ukur
Kadaster
telah
banyak
mengalami
revolusi
dalam
era
kecanggihan globalisasi teknologi dengan peralatan ukur seperti Total Station dan Global Navigation Satellite System (GNSS) dalam penentuan
kedudukan persempadanan. Sehubungan dengan itu, dengan meluasnya perkembangan ICT masa kini juga telah banyak mempengaruhi serta mengubah kerja-kerja cerapan di padang, hitungan, semakan dan penyediaan lukisan pelan kepada metodologi masa kini. Seiring dengan pembangunan
e-Kadaster,
satu
sistem
untuk
maklumat-maklumat
pengurusan dan personel telah dibangunkan. Setiap personel haruslah didaftarkan dan selepas itu barulah kerja-kerja berdasarkan persekitaran e-Kadaster boleh dilaksanakan. Antara maklumat yang diperlukan ialah Maklumat Staf Jabatan, Maklumat JTB, Maklumat Pengguna Agensi Berkaitan Tanah. Keupayaan sistem yang dibangunkan ini termasuklah melibatkan tentang hal-hal pengurusan cuti jabatan, pengurusan hadir kerja luar, pengurusan diari kerja luar, pengurusan diari pejabat, tuntutan perjalanan dan elaun kerja luar, serta pentadbiran dan pengurusan aset ukur. Dari segi amalan kerja luar e-Kadaster pula, datum ukuran masih menjadi keperluan utama bagi setiap ukuran baru bagi membolehkan penentuan asas planimetri ukuran dan nilai koordinat. Setiap ukuran kadaster mestilah berpandukan kepada datum yang memuaskan di mana ia terdiri daripada tanda-tanda Cadastral Reference Mark (CRM) yang telah ditentududukan. Antara syarat-syarat datum yang digunapakai ialah jarak garisan yang akan dijadikan datum hendaklah melebihi 30meter dan memenuhi had anjakan yang telah dibenarkan manakala sudut dalaman di antara dua garisan yang diperolehi hendaklah tidak melebihi 10”. Selain daripada itu, kaedah pengukuran e-Kadaster boleh dilakukan dengan menggunakan silangalikan.
kaedah
GNSS,
terabas,
radiasi,
persilangan
dan
Jika kerja-kerja cerapan dilakukan dengan menggunakan kaedah GNSS, ia boleh digunakan untuk pengukuran kawalan ukur kadaster dan ukuran hakmilik tanah. Walaubagaimanapun, cerapan menggunakan kaedah GNSS hendaklah dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan. Jika kerja-kerja cerapan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah terabas, ia dilakukan dengan mencerap bering dan jarak bagi kedua-dua penyilang kiri dan kanan. Selain itu, kutipan data menggunakan kaedah radiasi perlulah menghadkan cerapan jarak tidak melebihi 300 meter yang hanya berdasarkan single-leg sahaja. Jika cerapan yang dibuat telah melebihi single-leg, cerapan perlulah ditutup kepada stesen CRM berdekatan atau tanda-tanda lama yang telah disahkan berada dalam kedudukan asal tidak melebihi 25 stesen atau kawalan bering dilakukan dengan cerapan astronomi. Dari segi kutipan data menggunakan kaedah persilangan pula, cerapan bering dan jarak mestilah dilakukan dari dua stesen terabas yang berlainan dengan satu penyilang sahaja manakala dengan menggunakan kaedah silangalikan cerapan bering dan jarak hendaklah dibuat kepada tiga titik kawalan yang berlainan juga dengan satu penyilang sahaja. Format rekod cerapan dalam sistem e-Kadaster ini bagi rekod cerapan yang menggunapakai alat Total Station adalah dalam bentuk fail JUPEM ASCII manakala bagi pengukuran yang menngunakan alat GNSS sepenuhnya adalah dalam bentuk fail JUPEM GNSS. Sehubungan dengan itu, sistem e-Kadaster masih mempratikkan kawalan kualiti bagi setiap data. Setiap cerapan mestilah melalui proses semakan kualiti yang menggunapakai pelarasan data cerapan kaedah terabas (16 ASCII). Kerjakerja pemprosesan pelarasan data cerapan hanya dibenarkan kepada pengguna yang telah berdaftar dengan JUPEM, di mana ia menggunakan Sistem Pemprosesan Berpusat yang telah ditetapkan secara atas talian. Terdapat empat jenis fail mandatori yang diperlukan oleh sistem bagi tujuan pelarasan data cerapan iaitu field book (*.fbk), coordinates information (*.coo), traverses (*.tps), solar observation (*.sob).
Sehubungan dengan itu, pengguna hendaklah menetapkan fixed point dan ia mesti ditunjukkan dalam fail (*.tps) bagi membolehkan data cerapan dilaras oleh sistem. Dari segi pengiraan koordinat, sistem unjuran yang diguna pakai adalah Unjuran Cassini-Soldner Geosentrik (Datum GDM 2000). Koordinat bagi setiap titik mestilah dikira dan ditunjukkan kepada 0.001 meter terhampir dan koordinat permulaan diambil daripada koordinat-koordinat
NDCDB
atau
nilai
CRM
yang
dicerap.
Jika
menggunakan koordinat GNSS, ia mestilah dipastikan supaya transformasi dan penukaran dari koordinat WGS84 ke koordinat Cassini-Soldner Geosentrik (GDM2000) adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan. Sistem akan memaparkan hasil prosesan kepada pengguna secara atas talian menggunakan antara muka yang ditetapkan oleh jabatan. Selain itu, kaedah dengan menggunakan Chi Square Test telah ditetapkan bagi mengesan cerapan yang salah. Chi Square Test adalah LOWER BOUND bagi ≤ TOTAL ERROR FACTOR ≤ dalam suatu satu ujian yang dijalankan mengesan tiada ralat kasar
cerapan. Ianya adalah seperti berikut :
Apabila ujian gagal di mana ia melepasi tahap Lower Bound, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ia terjadi apabila nilai reja jauh lebih kecil
dariapada
ketepatan
cerapan.
Walaubagaimanapun,
jika nilai
cerapan gagal disebabkan melepasi Upper Bound, cerapan perlu disemak untuk kesilapan yang mungkin berpunca dari ralat kasar dari cerapan. Di Malaysia, sistem Ukur Kadaster telah dipraktikkan sejak tahun 1885 dan kini sudah hampir 125 tahun. Maka dengan itu, adalah amat wajar sistem e-Kadaster ini diperkenal dan dibangunkan sejajar dengan perkembangan
dan
kemampuan
teknologi
masa
kini.
Teknologi
perkakasan ukur kini juga semakin berkembang sehingga mampu memberi ketepatan jauh lebih tinggi berbanding kaedah konvensional. Dengan
adanya
peraturan dan amalan
ukur
terkini
seperti yang
terkandung di dalam PUK 2009 ia dapat memantapkan lagi amalan profesion jurutera geomatik di Malaysia ini supaya menjadi lebih berdaya saing, kompeten dan efektif.
RUJUKAN
1. PERATURAN UKUR KADASTER BILANGAN 5 TAHUN 2009 2. http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/10/e-kadaster-e-tanahselesai-kes-tanah.html 3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? dt=1015&pg=dn_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&y=2 010 4. http://ekadaster.clicdev.com/f/index.php?trk=ekadaster&showtopic=16 5. http://eforum3.cari.com.my/news/bh/readmore.php? article=Pelanhakmiliktanahsiapsatuhari/Article 6. http://www.jujh.gov.my/Jupem2u.aspx 7. http://www.juwpkl.gov.my/Home.aspx