PERJANJIAN USAHASAMA KERJA-KERJA MELOMBONG/MENYEDUT PASIR, DI SUNGAI TERSAT, KUALA BERANG, TERENGGANU.
Satu Perjanjian telah dimeterai pada ………………… , 2014. 2014.
DI ANTARA
A RAHMAN ……, ……, NO. NO. K/PENGENALAN : ………….., ………….. , dan beralamat di No. (selepas ……………………………………………………………………. daripada ini disebut sebagai pihak “PEMEGANG KONSESI”) KONSESI” ) pada satu bahagian,
DAN
…………………………. (No. SSM : ………….. )
dan beralamat di …………………………………………………………………. (selepas daripada ini disebut “OPERATOR KONSESI”) KONSESI”) pada satu bahagian yang lain.
DENGAN INI TERSURAT DENGAN NYATA BAHAWASANYA:-
A
Pemegang Konsesi telah memeterai perjanjian Usahasama bersama ……………………………… sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, selepas daripada ini disebut sebagai “OPERATOR KONSESI” bagi tujuan menjalankan aktiviti melombong/menyedut, memproses, mengangkut pindah dan menjual pasir sungai.
B
Operator Konsesi bersetuju untuk melaksanakan seperti berikut : a. mentadbir, mengurus dan memasarkan komoditi dari pelaksanaan penuh, menjayakan Usahasama Projek Konsesi Pasir. b. melepaskan apa-apa tanggungjawab tanggungan daripada Pemegang Konsesi menjalankan Hak Operasi Projek Konsesi Pasir.
dan bagi
c. membuat bayaran pendahuluan Hak Operasi Konsesi, setelah Juru Perunding menerima, menandatangi dan mengembalikan pendua dan pembayaran bakinya, setelah Pemegang Konsesi dan Operator Konsesi menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Konsesi Pasir kepada Juru Perunding. d. membayar Aggregat jumlah sebanyak RM3.50 setiap Tan Metrik (Ringgit Malaysia : Tiga dan Sen Lima Puluh Sahaja), dwi mingguan setiap bulan kepada Pemegang Konsesi.
C
Juru Perunding mempunyai hubungan dan berjaya meyakin dan membawa ke meja perundingan antara “PEMEGANG KONSESI” dan “OPERATOR KONSESI” bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut di atas.
D
Bayaran Pindahan Hak dan Tanggungjawab Konsesi dibayar kepada Juru Perunding oleh Operator Konsesi sebanyak RM400,000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ratus Ribu Sahaja), di persetujui untuk diagihkan antara Pemegang Konsesi dan Juru Perunding menurut peratusan 40%/60% (Peratus : Empat Puluh/Enam Puluh).
E
Sebagai balasan perkhidmatan Juru Perunding, Pemegang Konsesi bersetuju membayar komisen dari setiap pembayaran yang diterima oleh Pemegang Konsesi dari Operator Konsesi.
MAKA DENGAN INI Pemegang Konsesi dan Operator Konsesi akan memeterai Perjanjian ini dengan syarat-syarat dan terma-terma serta definasi yang akan digunakan untuk menjelaskan lagi erti atau maksud dalam perjanjian ini.
ARTIKEL 1 INTEPRETASI DAN DEFINASI
SEKSYEN 1.01 1. Di dalam Perjanjian ini di mana terdapat kalimat atau perkataan yang tertera akan memberi maksud-maksud berikut seperti di bawah:-
PERKATAAN
MAKSUD
Projek Pasir
Konsesi
Pasir
…… …………….NO.
K/PENGENALAN,……… beralamat
dan di No…………………………….. di atas tanah, Sungai Tersat, Kuala
Pemegang Konsesi
………………………., NO. K/PENGENALAN : …………………., dan beralamat di bagi ………………………………. menjalankan aktiviti-aktiviti meneroka, melombong, memproses dan menjual pasir kepada pembeli tempatan.
Operator Konsesi
………………………………………, sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang beralamat di
………………………………………… ……………………………… ,
adalah syarikat yang akan membiayai perbelanjaan untuk pelaksanaan penuh projek, mempunyai kuasa penuh di dalam pengurusan kewangan dan organisasi, melaksanakan secara total dalam aliran proses untuk merancang, mengatur, melaksana, menyelia proses pra operasi, operasi dan pasca operasi secara teratur.
Usahasama
Kerjasama di antara Pemegang Konsesi dan Operator Konsesi bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sebagaimana tersebut.
Pembeli
Mana-mana pembeli/pelanggan tempatan yang membeli pasir.
Hak Pemegang Konsesi
Mendapat aggregate Ringgit Malaysia : Tiga dan Sen Lima Puluh Sahaja (RM3.50) bagi setiap Tan Metrik daripada jumlah kasar, kuantiti pasir yang dijual.
Hak Juru Perunding
Mendapat Ringgit Malaysia : Satu dan Sen Lima puluh Sahaja (RM1.50) daripada jumlah “Hak Pemegang Konsesi”
Rakan Kerjasama
Individu dan/atau sekumpulan individu “Dalaman” atau manamana individu yang bertanggung jawab melancarkan proses di Jabatan berkaitan dan bahagian kewangan Pemilik Kontrak.
Hak Rakan Kerjasama
Mendapat sebahagian dari Hak Juru Perunding yang telah dipersetujui.
Hak “Introducer”
Mendapat sebahagian dari Hak Pemegang Konsesi yang telah dipersetujui.
Bulan
Bermaksud bulan-bulan kalendar.
Urusniaga Tersebut
Urusniaga penjualan Pasir tersebut termasuklah tetapi terhad kepada segala urusan yang berkaitan Urusniaga tersebut, pemasaran, tempahan, pembayaran tempahan dan penerimaan wang hasil Urusniaga tersebut.
Ringgit Malaysia (RM)
Matawang yang sah digunakan disegi undang-undang Malaysia.
Tahun
Bermaksud tahun kalendar
Jantina
Perkataan yang memberi maksud jantina lelaki akan memasukkan sekali jantina perempuan dan apa-apa jantina lain sebaliknya dan perkataan yang membawa erti tunggal memasukkan sekali erti banyak atau ramai dan sebaliknya.
ARTIKEL 2
SEKSYEN 2.01 PENYERAHAN HAK/PESAKA
Pemegang Konsesi berhak menyerah faedah-faedah, beban liabiliti di bawah Perjanjian ini kepada mana-mana pihak Ketiga, sekiranya berlaku apa-apa musibah yang tidak diingini ke atas Pemegang Konsesi.
ARTIKEL 3 SEKSYEN 3.01 PEMBAYARAN KOMISEN
Sehingga ditamatkan menurut sebagaimana Perjanjian Usahasama, Operator Konsesi akan menunaikan Hak Pemegang Konsesi tanpa had tempoh dari tarikh menandatangani Perjanjian ini seperti berikut:(i)
Pemegang Konsesi setelah menandatangani Perjanjian ini dengan Operator Konsesi, ke Akaun Bersama, Tidak Boleh Batal antara Pemegang Konsesi dan Juru Perunding .
(ii)
Penerusan pembayaran komisen kepada waris dinamakan iaitu, …………………………………………………, sekiranya berlaku kematian, kecacatan kekal fizikal, dan/atau hilang upaya/kecacatan mental ke atas Pemegang Konsesi.
ARTIKEL 4
SEKSYEN 4.01 MASA Apabila masa disebut dalam Perjanjian ini ia hendaklah dianggap penting.
ARTIKEL 5
SEKSYEN 5.01 PERJANJIAN MENGIKAT Perjanjian ini adalah terikat kepada semua waris-waris, penerima serahhak, pentadbir, Penama dan penerima hak pihak Pemegang Konsesi dan pihak Operator Konsesi.
ARTIKEL 7
SEKSYEN 7.01 TIMBANGTARA Sekiranya berlaku perselisihan dan perbezaan pendapat antara pihakpihak yang terlibat berkaitan dengan perkara-perkara dalam Perjanjian ini atau perlaksanaannya atau penyelenggaraan terhadap apa-apa perkara yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau hak-hak, tugas-tugas atau tanggungjawab, mana-mana perselisihan dan perbezaan tersebut hendaklah dirujuk kepada seorang penimbangtara yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak ataupun dua orang penimbangtara yang mana setiap seorang dipilih oleh satu pihak dan seorang lagi dipilih oleh pihak yang satu lagi dan mestilah mengikut peruntukan di bawah Akta Timbangtara 1950 atau apa-apa perubahan undang-undang yang dikuatkuasakan pada masa itu. Keputusan Penimbangtara/Mahkamah adalah muktamad.
ARTIKEL 8
SEKSYEN 8.01
CUKAI TANGGUNGAN Semua cukai-cukai keuntungan manfaat yang dibuat atau yang disimpan oleh Pemegang Konsesi hendaklah dibayar oleh Pemegang Konsesi kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Walaubagaimanapun
semua cukai-cukai keuntungan/pendapatan yang dibuat atau disimpan oleh pihak Operator Konsesi atas jualan dan atas nama pihak Pemegang Konsesi hendaklah menjadi tanggungjawab penuh pihak Operator Konsesi melangsaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
DALAM MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak yang terlibat selanjutnya menurunkan tandatangan dan dimeteraikan pada hari dan tahun yang telah disebutkan sebelum ini:-
DITANDATANGANI oleh Pemegang Konsesi [Nama : ] [No. KP : ]
]
DITANDATANGANI oleh Saksi [Nama: [No. KP:
] ] ]
DITANDATANGANI bagi : ] [Nama : [No. KP : [Jawatan :
] ] ]
Cop & Seal Syarikat
]
DITANDATANGANI oleh Saksi [Nama: [No. KP:
] ] ]