11
TAJUK: KUPASAN FILEM BAJRAANGI BHAIJAAN
KUMPULAN KULIAH:
NAMA:
190644 'ABD. SYAKUR BIN MOHAMMAD SHAHINI
190650 AHMAD FARHAN BIN SHAH JAHAN
190676 AHMAD FAHMI BIN GHAZALI
190210 MUHAMMAD AFIQ BIN KAMARUZALI
190379 NUR NAZIRUL SHAFIQ BIN MOHD NAZRI
SEMESTER: 1 (2016/2017)
NAMA PENSYARAH: PUAN ZARINA BINTI MUHAMMAD
Isi kandungan
Muka surat
1.0 Pengenalan
2.a Ulasan filem
2.b Perbincangan isu ketamadunan
2.c Pandangan agama
3.0 Kesimpulan
4.0 Rujukan
Pengenalan
Projek ini merupakan salah satu projek yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kursus Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Dunia, SKP2203. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan dan menghendaki para pelajar untuk membuat analisis tentang sebuah filem. Filem yang dipilih tersebut hendaklah mempunyai kaitan atau isu-isu yang boleh dibincangkan yang selaras dengan topik-topik yang terdapat dalam kursus ini seperti isu ketamadunan, pandangan alam terhadap agama dan masyarakat sesuatu tamadun
. Kumpulan kami telah memilih filem Bajrangi Bhaijaan sebagai filem untuk kami kaji dan ulas. Aktor utama untuk filem Bajrangi Bhaijaan adalah Abdul Rashid Salim Salman Khan dan Harshaali Malhotra, sedangkan aktor pembantunya adalah Kareena Kapoor dan Nawazuddin Siddiqui. Salman Khan berperan sebagai Pawan Kumar Chaturvedi, yang dipanggil dengan pangilan "Bajrangi" kerana dia seorang penyembah yang sangat soleh terhadap Bajrang Bali alias Hanuman, dewa monyet.
Manakala, Harshaali Malhotra berperana sebagai Shahida, gadis berumur 6 tahun yang comel dan dia seorang yang bisu, sehinggakan ketika dia bertemu Pawan dia tidak boleh beritahu namanya. Pawan memanggilnya "Munni" yang bermaksud "gadis manis". Pawan berasal dari India, dari daerah sedangkan Shahida berasal dari Sultanpur, Kashmir, yang berada di wilayah Pakistan.
Shahida (Harshaali Malhotra) yang terpisah dari ibunya sekembalinya dari India. Tujuan mereka ke India adalah untuk mengunjungi makam seorang wali di Delhi demi menyembuhkan kemampuan bicara Shahida. Ketika terpisah di India, Shahida bertemu dengan Pawan Kumar Chaturvedi (Salman Khan). Persahabatan mereka pun dimulai meskipun ada masalah perbezaan agama hingga konflik kedua negara. Pawan yang seorang taat bertekad untuk memulangkan Shahida kembali ke Pakistan dimana rintangan berat menanti mereka. .
Isi
Ulasan filem
Filem ini memapar senario sebenar yang berlaku antara Pakistan dan India. Konflik Pakistan dan India sudah menjadi perbincangan masyarakat dunia. Munni seorang muslim yang bisu dan Bajrangi seorang penganut Hindu yang taat. Munni bersama ibunya datang dari Pakistan ke India untuk bertawassul di makam seorang wali di Delhi. Ketika perjalan pulang Munni terpisah dari ibunya ketika kereta api mereka berhenti di suatu kawasan dan Munni turun dari kereta api tersebut bertujuan membantu seekor anak kambing yang termasuk ke dalam lubang.
Malangnya, kereta api tersebut bergerak semula sebelum Munni sempat masuk kereta api tersebut. Setelah itu, takdir telah membawa Munni untuk bertemu dengan Banjrangi. Bajrangi seorang penganut yang taat kepada Bajrang Bali, dewa monyet. Bajrangi tinggal bersam Rasika. Bajrangi dan Rasika pada awalnya tidak mengetahui bahawa Munni seorang muslim tetapi dek kerana suatu hari Munni masuk ke rumah sebelah untuk menjamah lauk ayam dan Munni juga masuk ke masjid untuk solat menyebabkan mereka tahu bahawa Munni seorang muslim.
Bajrangi dan Rasika ingin menghantar semula Munni ke pangkuan ibunya menjadi lebih sukar apabila mereka mendapati Munni berasal dari Pakistan. Cabaran demi cabaran ditempuhi oleh Bajrangi hanya ingin menghantar Munni balik semula ke Pakistan untuk pulang ke pangkuan ibunya semula. Dalam filem ini, watak orang islam Pakistan dilihat sedikit kasar berbanding di India. Begitu juga dengan keluarga Rasika yang mana ayahnya agak tegas ketika mendapat tahu bahawa Munni seorang muslim Pakistan. Bapa Rasika tidak suka dengan lain-lain agama di rumahnya, justeru beliau menghalau Bajrangi.
Namun, sikap kasar dalam jiwa seseorang bukan datang dari fahaman mereka, ianya datang dari budaya sekeliling dan aspek geografi juga diambil kira. Munni juga nyaris terjatuh ke kancah pelacuran kerana Bajrangi menyerahkan Munni ke ejen travel untuk menghantar Munni ke Pakistan semula. Daripada peristiwa tersebut, Bajrangi bertekad untuk menghantar Munni ke Pakistan dengan tangannya sendiri. India juga tercalit dengan kes peradagangan manusia, kes perdagangan manusia yang tinggi
. Selain itu, ketika tibanya di Pakistan, Bajrangi menetap di masjid kerana lari dari polis. Seorang maulana mengajak masuk ke dalam masjid tersebut. Ketika ini, imej islam terserlah kerana keterbukaan institusi agama terbuka kepada penganut agama lain. Penguasaan media oleh pihak berkuasa juga ditunjukkan dalam filem ini. Babak pendek di bahagian akhir penceritaan menunjukkan seorang pegawai atasan dan berpangkat tinggi di negara Pakistan telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengugut pegawai polis agar media mengeluarkan kenyataan bahawa Bajrangi telah mengaku sebagai perisik India
. Hal ini bertujuan kerana dia benci dengan kenyataan Bajrangi seorang rakyat India dan dilihat baik dan disanjung oleh masyarakat. Dia mahu masyarakat melihatnya sebagai perisik dan penjenayah agar dapat menimbulkan imej yang buruk terhadap negara India yang menjadi musuh negaranya, Pakistan.
Perbincangan isu ketamadunan
i.Konflik Pakistan-India.
Dalam filem ini, pengarah telah menimbulkan satu isi global yang kini masih lagi menjadi perbualan dan perbincangan masyarakat dunia iaitu pergelutan yang berlaku antara negara India dan Pakistan. Perang antara negara India dan Pakistan telah lama berlaku sejak pemisahan antara kedua-kedua negara tersebut. Beberapa siri peperangan telah berlaku antaranya pada tahun 1947, 1965, 1971 dan 1999 dan keempat-empat perang ini berlaku adalah atas faktor yang sama iaitu perebutan wilayah Kasymir.
Wilayah Kasymir terletak di tengah-tengah antara negara Pakistan dan India. Semasa pemisahan India berlaku, wilayah Kasymir yang berada ditengah-tengah ini masih belum ditentukan berada di bawah kekuasaan negara mana, sama ada India atau Pakistan. Oleh itu, sarangan demi sarangan telah dilancarkan oleh kedua-dua belah pihak bagi menduduki kawasan tersebur. Implikasinya, wujud parut dan rasa tidak puas hati yang mendalam antara negara-negara itu terhadap satu sama lain.
Seperti yang kita maklumi, kedua-dua watak utama filem ini iaitu Bajrangi ( Salman Khan) dan Shahida (Harshaali Malhotra) atau lebih dikenali sebagai Munni adalah daripada dua negara yang berbeza iaitu Bajrangi dari India manakala Munni daripada Pakistan. Pada awal filem ini, diselitkan beberapa babak yang menunjukkan ketegangan antara India dan Pakistan. Larangan yang ketat telah diambil bagi mana-mana rakyat Pakistan yang mahu memasuki negara India dan begitu juga sebaliknya.
Selain itu, watak bapa Rasika (Kareena Kapoor) menunjukkan dia sangat benci dengan Pakistan dan penduduknya atas dasar agama berbeza dan konflik yang melanda kedua-dua buah negara tersebut. Sebaik sahaja dia mengetahui Munni adalah anak kelahiran Pakistan, cara layanannya terhadap Munni berubah. Dia menghalau Murni dan tidak membenarkan Munni untuk tinggal di rumahnya. Tambahan lagi, dia menyuruh Bajrangi untuk menghantar Munni pulang ke negara asalnya.
Bajrangi yang berhati suci dan mempunyai rasa kasih terhadap Munni terperangkap dalam masalah kerana segala usahanya untuk menghantar Munni pulang menghadapi kesukaran yang dasarnya akibat pergelutan antara kedua-dua negara tersebut. Visa untuk dirinya dan Munni kenegara Pakistan tidak dapat dibuat kerana rusuhan yang berlaku dalam kalangan penduduk India di kediaman duta Pakistan.
Bajrangi turut diugut bunuh oleh pengawal yang menjaga sempadan Pakistan kerana dia berbangsa India dan berada di negara Pakistan tanpa visa. Pihak polis Pakistan melabelnya sebagai perisik India dan memburunya dan Munni sepanjang mereka berdua berada di negara tersebut.
Di akhir babak filem ini, pengarah ffilem telah menunjukkan perdamaian antara kedua-dua negara tersebut atas satu faktor iaitu cinta. Kesan daripada perasan kasih dan pengorbanan Bajrangi terhadap Munni, masyarakat kedua-dua buah negara India dan Pakistan telah membuka mata dan sedar bahawa peperangan dan pergaduhan antara mereka itu sia-sia dan mereka telah sepakat agar membantu Bajrangi dapat melepasi sempadan negara dan kembali ke India dengan selamat.
Dalam berita yang disampaikan oleh wartawan yang bersama-sama membantu Bajrangi menghantar Munni pulang, dia berkata "Kenapa Bajrangi melakukan demikian? Kerana wang? Kemasyhuran? Tidak. Dia melakukan sedemikian kerana dia mempunyai hati yang bersih dan jujur. Dia berbuat demikian kerana dia tidak melihat Shahida (Munni) sebagai warga Pakistan atau sebagai Muslim tetapi dia melihatnya sebagai seorang manusia.
Tapi malangnya, Bajrangi tersepit di celah-celah kebencian antara dua negara dan hari ini, kebencian ini telah memaksa dia bersembunyi sebagai penjenayah di Pakistan. Mari tamatkan kebencian ini sekarang. Kita perlu melakukan ini sekarang. Kita, sebagai rakyat kedua-dua buah negara yang mahu membesarkan anak-anak dengan perasaan cinta dan kasih-sayang, bukan kebencian. Jadi, mari tamatkan perasaan benci ini sekarang." Dan kata-kata yang diungkapkannya telah menyedarkan rakyat Pakistan dan India.
ii.Penindasan kepada wanita dan kanak-kanak.
Filem ini turut memaparkan sedikit adegan dari filem ini yang menunjukkan penindasan terhadap golongan kanak-kanak dan wanita sebagai pengajaran. Dalam filem ini, Munni hampir menjadi mangsa kepada sindikit yang menjalankan kegiatan pelakuran di India. Nasib menyebelahi Munni, dia terselamat kerana Bajrangi mengikuti Munni dan lelaki yang kononnya mahu membantu menghantar Munni pulang ke tanah airnya.
Lelaki tersebut yang merupakan agen pelancongan dan berjanji pada Bajrangi untuk membawa Munni pulang namun dia sebenarnya telah mencuba menjual Munni kepada pemilik sebuah kelab yang menjalankan kegiatan pelacuran. Babak ini memberi gambaran realiti yang berlaku di zaman kini di mana wanita sering menjadi mangsa kepada kes-kes pelacuran akibat tertipu dan kanak-kanak wanita juga tidak terkecuali dalam hal ini.
iii.Sikap keterbukaan terhadap penganut agama lain.
Bajrangi dan Rasika membawa Munni pergi pergi ke kedai makan bukan vegetarian di kawasan perumahan Rasika. Hal ini kerana mereka mendapat tahu bahawa Munni adalah seorang bukan vegetarian, setelah mendapati Munni menyelinap masuk ke rumah sebelah rumah Rasika untuk makan makanan yang lauknya ayam. Sungguhpun Rasika dan Bajrangi seorang vegetarian kerana suruhan agamanya tetapi mereka tetap membawa juga Munni pergi ke kedai makan tersebut.
Setelah Bajrangi dan Munni berjaya masuk ke Pakistan, mereka menginap satu malam di sebuah masjid. Pada ketika itu Maulana Sahab mengajak Bajrangi masuk ke masjid tersebut untuk sembunyi daripada polis yang sedang mencari mereka. Hal ini membuktikan Islam bukan untuk penganut agama itu sahaja, tetapi Islam itu sebuah agama Rahmatan lil alamin, yang bermaksud rahmat untuk semua.
iv.Pengaruh kuasa golongan atasan
Sedikit babak pendek di bahagian akhir penceritaan menunjukkan seorang pegawai atasan dan berpangkat tinggi di negara Pakistan telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengugut pegawai polis agar media mengeluarkan kenyataan bahawa Bajrangi telah mengaku sebagai perisik India.
Hal ini bertujuan kerana dia benci dengan kenyataan Bajrangi seorang rakyat India dan dilihat baik dan disanjung oleh masyarakat. Dia mahu masyarakat melihatnya sebagai perisik dan penjenayah agar dapat menimbulkan imej yang buruk terhadap negara India yang menjadi musuh negaranya, Pakistan.
Jika diimbas kembali sejarah-sejarah tamdun dahulu seperti Tamadun Rom, Turki Uthmaniyyah serta Kerajaan Melaka, antara persamaan faktor kejatuhan negara-negara ini adalah pemimpin yang salah guna kuasa untuk kepentingan sendiri. Berbalik kepada filem ini, jika pegawai polis tersebut bertindak seperti yang diperintahkan, pasti akan memarakkan rasa benci dalam kalangan rakyat India lantas mengakibatkan tercetusnya peperangan antara kedua-dua pihak yang hanya mengorbankan ribuan nyawa dan jatuhnya sesebuah kerajaan.
Oleh itu, babak pendek ini, jika dihayati dan difahami mesej yang cuba disampaikan, banyak pengajaran yang dapat kita perolehi yang dapat membantu mengekalkan keharmonian negara.
Pandangan agama
i.Pandangan islam terhadap penganut agama lain.
Dari file mini kita dapat lihat di Pakistan ada sesetengah umat Islam member layonan buruk kepada Bajrangi. Namun ada juga sesetengah warga Pakistan yang memberikan layanan yang baik serta membantu Bajrangi. Media massa Pakistan juga memburuk-burukan perjuangan Bajrangi atas sebab perasaan benci terhadap penganut agama lain.
Dari pandangan agama Islam, Islam meyakini bahawa wajib berbuat adil dalam segala hal, termasuk dalam berinteraksi dengan penganut bukan islam yang hidup di negara muslim yang menjamin keamanan setiap penduduknya. Bahkan tidak boleh berbuat zalim sekalipun kepada penganut bukan islam.
Di antara kaum muslimin, ada yang bersikap berlebihan membenci penganut bukan islam hingga mengganggu mereka bahkan menakutkan mereka seperti didalam filem. Sebahagian lagi bersikap bermudah-mudahan, hingga berkasih-sayang dan berbuat baik kepada mereka. Adapun sikap yang adil adalah pertengahan di antara keduanya
Suatu kesalahanyang besar yang terjadi pada sebahagian kaum muslimin adalah melayan semua orang kafir atau penganut bukan islam dengan sikap yang sama. Padahal Allah dan Rasul-Nya membezakan orang kafir menjadi beberapa kelompok, sebagaimana dijelaskan oleh para ulama iaitu:
Kafir harbi atau kafir muharib, yaitu orang kafir yang berada dalam peperangan dan permusuhan terhadap kaum muslimin
Kafir dzimmi, yaitu orang kafir yang hidup di tengah kaum muslimin di bawah pemerintah muslim dan mereka membayar jizyah setiap tahun
Kafir mu'ahhad, yaitu orang kafir yang sedang berada dalam perjanjian dengan kaum muslimin dalam jangka waktu tertentu
Kafir musta'man, yaitu orang kafir yang dijamin keamanannya oleh kaum muslimin
Setiap jenis orang kafir ini memiliki hukum dan sikap yang bebeza-beza. Namun, jika kita kelompokkan lagi, maka terbahagi menjadi 2 kelompok besar sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu 'Abbas radhiallahu'anhuma: "Dahulu kaum musyrikin terhadap Nabi shallallahu'alaihi wasallam dan kaum mukminin, mereka terbagi menjadi 2 kelompok: musyrikin ahlul harbi, mereka memerangi kami dan kami memerangi mereka dan musyrikin ahlul 'ahdi, mereka tidak memerangi kami dan kami tidak memerangi mereka" (HR. Bukhari).
Islam agama yang samahah (toleran), Rasulullah Nabi shallallahu'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya agama Allah (Islam) itu hanifiyyah dan samahah" (HR. Bukhari secara mu'allaq, Ahmad, Ath Thabrani). Hanifiyyah maksudnya lurus dan benar, samahah maksudnya penuh kasih sayang dan toleransi. Bahkan terhadap orang kafir yang tidak memerangi Islam telah diatur adab-adab yang luar biasa,
Setiap muslim hendaknya bermuamalah dengan baik dalam perkara muamalah dengan penganut bukan islam, serta menunjukkan akhlak yang mulia. Baik dalam jual-beli, urusan pekerjaan, urusan bisnes, dan perkara muamalah lainnya.
Sebagaimana termaktub dalam Al Qur'an (ertinya), "Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik (dalam urusan dunia) dan berlaku adil terhadap orang-orang (kafir) yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil" (QS. Al-Mumtahanah :8).
Toleransi tentu ada batasannya. Dalam hal ibadah dan ideologi tentu tidak ada ruang untuk toleransi. Bahkan jika kita mahu jujur, seluruh agama tentu tidak memberi ruang kepada pemeluknya untuk meyakini aqidah agama lain, atau beribadah dengan ibadah agama lain.
Demikian pula Islam, bahkan bagi kaum muslimin telah jelas termaktub dalam Al Qur'an (ertinya): "Untukmu agamamu, dan untukku, agamaku" (QS. Al Kafirun: 6). Oleh kerana itu ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam berinteraksi dengan penganut bukan islam.
Islam telah mengajarkan toleransi yang indah terhadap orang kafir, namun tentu toleransi itu ada batasannya. Kaum mukminin adalah kaum yang pertengahan, tidak berlebihan namun juga tidak meremehkan
ii.Pengharapan kepada tuhan sepenuhnya.
Setelah kehilangan anak tercintanya, ibu Munni meletakkan sepenuh pengharapannya kepada Allah S.W.T. Ibu Munni seorang yang taat pada perintah Allah, dia yakin bahawa di India akan ada insan yang mempunyai baik hati akan menjaga Munni di sana. Atas kehendak Allah, Munni bertemu dengan Bajrangi.
Barjangi juga seorang yang taat pada suruhan agamanya. Beliau tidak akan sesekali menipu kepada orang lain walaupun di saat genting. Bajrangi tidak menipu ketika disoal oleh penguat kuasa di sempadan Pakistan-India. Beliau memberitahu bahawa dia masuk ke Pakistan melalui lorong tikus bersama-sama dengan yang lain. Beliau juga memberitahu lokasi-lokasi lorong tikus di sempadan.
iii.Jai sri ram
Jai Sri Ram bermaksud "Kemenangan kepada Lord Rama", dewa Hindu dan ketujuh Avatar Tuhan Vishnu. Dalam agama Hindu menganggap melaungkan Jai Sri Ram adalah satu cara untuk menghilangkan kebimbangan. Bajrangi dilihat kerap mengungkap ayat tersebut dalam filem ini, semasa bertemu dan berpisah dengan sesiapa.
vi. Hanuman
Filem ini banyak memaparkan watak Dewa Hanuman yang menjadi sembahan watak utama,,Bajrangi. Dewa Hanuman yang juga dikenali sebagai Andoman atau Maruti , ialah antara watak yang dikenali di kalangan penganut agama Hindu serta antara peranan terpenting didalam Puisi epik India, Hikayat Ramayana (dikenali sebagai Seri Rama di dalam dunia Melayu).
Pencapaiannya yang termasyhur, sebagaimana diceritakan dalam puisi Ramayana, ialah mengepelai sepasukan monyet untuk berperang dengan Ravana (atau Maharaja Wana), raja syaitan. Hanuman juga dikenali sebagai Bajrang (dari Sanskrit, Vajranga) kerana badannya sekeras vajra (Sanskrit untuk "petir" atau "intan"). Sebagai anak kepada Anjana, Hanuman juga dikenali sebagai Anjaneya yang membawa maksud "berasal daripada Anjana". Setiap kali Bajrangi terserempak dengan seekor monyet, dia akan tunduk dan melafazkan "Bajrang Bali" sebagai tanda dia menyembah dewa Hanuman ataupun Bajrang.
Kesimpulan
Filem ini mengisahkan niat suci seorang penganut agama hindu, Bajrangi yang ingin menyatukan semula seorang gadis muslim berumur 6 tahun, Shahida atau Munni kepada keluarganya di Pakistan.
Pada mulanya, ibu Shahida membawa dia ke Delhi untuk bertawassul di makam seorang wali kerana ingin menyembuhkan bisu shahida. NAmun ketika perjalanan pulang, Shahida tercicir sebelum melentasi sempadan Pakistan. Shahida berseorangan di bumi India tanpa ibunya.
Shahida bernasib baik apabila bertemu dengan Bajrangi, seorang pemuda yang lurus dan taat paad perintah agama. Bajrangi seorang yang berhati mulia, kerana baginya berbeza agama, bangsa dan warna kulit bukan suatu masalah. Bajrangi menerima Shahida seadanya, dia juga berancang untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Dan namakan Shahida, Munni kerana Shahida bisu dan tak boleh beritahu nama sebenarnya.
Namun, selepas mengetahui Shahida itu seorang muslim dan berasal dari Pakistan. Bakal ayah mertuanya menghalau Shahida. Ayah mertuanya menyuruh Bajrangi menghantar Shahida pulang ke Pakistan dengas pertolongan seorang agen pelancongan.
Tetapi agen tersebut telah mengambil kesimpatan dan cuba untuk menjualnya di sebuah rumah pelacuran. Namun, nasib membelahi Shahida apabila Bajrangi terdetik untuk mengekori mereka. Atas pertolongan Bajrangi, Shahida terselamat dari dijadikan mangsa sindiket itu.
Bajrangi tekad untuk menghantar Shahida ke Pakistan sendiri. Bajrangi seludup masuk ke sempadan Pakistan. Mujur atas bantuan seorang wartawan, Bajrangi berjaya menyatukan semula Shahida dengan keluarganya.
Rujukan
"BAJRANGI BHAIJAAN (12A) - British Board of Film Classification". British Board of Film Classification. Retrieved 3 October 2015.